KINABATANGAN: Polis marin menahan lima kapal nelayan yang sedang menunda pukat di kawasan larangan di pesisir pantai Sungai Kelibung Kinabatangan di sini Sabtu lepas.
Komander Pasukan Gerakan Marin Wilayah Sabah ACP Mohamad Madun berkata kapal jenis pukat tunda terbabit dikesan melakukan kesalahan itu di kawasan pada jarak kurang dua batu nautika dari pantai.
Hasil pemeriksaan terhadap kelima-lima kapal itu, polis menemui hasil tangkapan udang dan pelbagai jenis ikan yang kesemuanya dianggar seberat 1,300 kilogram yang dipercayai dipukat di kawasan itu, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya kelima-lima kapal terbabit didapati melakukan kesalahan melanggar syarat-syarat lesen mengikut 8(b) Akta Perikanan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan kompaun.
"Bagi kesalahan kali pertama kompaun sebanyak RM500, kesalahan kali kedua RM1,000 dan kesalahan seterusnya boleh menyebabkan bot nelayan terbabit disita pihak bertanggungjawab," katanya.
Beliau berkata kelima-lima kapal itu diserah kepada Jabatan Perikanan cawangan Sandakan untuk tindakan selanjutnya.
SANDAKAN 13 Sept. - Ketua Bahagian UMNO Kinabatangan, Bung Moktar Radin yang menerajui bahagian itu selama hampir 20 tahun, hari ini secara rasminya dicabar oleh Ketua UMNO Cawangan Kampung Perpaduan Batu Putih 1, Datuk Saddi Abdul Rahman.
Saddi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau mengumumkan penawaran dirinya itu ketika berucap sempena mesyuarat cawangan itu di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
Clarice Kelly memberitahu sesuatu kepada pelajar SK Kuala Suan Lamba.
SANDAKAN: Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS) dan Pusat Lapangan Danau Girang (DGFC) memperkenal satu program khas di sekolah untuk memupuk kesedaran kanak-kanak tentang harimau akar Sunda dan karnivor lain.
Program ini merupakan komponen utama projek harimau akar Sunda dan karnivor simpatrik yang mendapat sokongan penuh Yayasan Sime Darby. Ia juga mendapat sokongan dan latihan pelajaran daripada Point Defiance Zoo of the United States.
Pegawai pendidikan DGFC Clarice Kelly Samih berkata program penerangan pertama itu diadakan di Sekolah Kebangsaan Kuala Suan Lamba awal bulan ini.
"Melalui program penerangan ini, kami harap kanak-kanak akan lebih memahami dan menyokong usaha untuk memulihara harimau akar kita yang cantik dan karnivor lain, terutama di kawasan Kinabatangan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Pengarah DGFC Dr Benoit Goossens berkata sasaran program itu untuk tahun ini ialah mewujudkan kesedaran tentang haiwan berkenaan di dua sekolah di kawasan Kinabatangan.
"Syukurlah, kami berjaya mengadakan program pendidikan ini hasil sumbangan yang diterima JHLS dan DGFC daripada Yayasan Sime Darby sebagai sebahagian daripada skim Big 9 yang dilaksanakan.
"Amat penting bagi yayasan itu memasukkan komponen pendidikan dalam program pemuliharaan harimau akar Sunda," katanya.
Goossens berkata kanak-kanak yang terlibat dengan program itu perlu berada selama dua hari di DGFC untuk membolehkan mereka mengalami suasana hutan, melihat haiwan liar dan berjumpa dengan saintis tempatan dan dari luar Negara untuk menimba pengetahuan.
"DGFC bukan sahaja memainkan peranannya untuk mendidik pelajar muda tempatan dan antarabangsa, tetapi juga memberi peluang kepada generasi muda Malaysia di Sabah untuk belajar tentang alam semula jadi yang ada di sekeliling mereka dan pentingnya kewujudan hidupan liar," katanya.
KINABATANGAN: Seramai 71 penduduk Kampung Pangkalan Bukit Garam di sini menerima lesen bot nelayan bagi membolehkan mereka menerima bantuan yang disediakan kerajaan.
Majlis disempurnakan Pembantu Menteri Belia dan Sukan negeri Masiung Bannah (gambar) di kampung itu hari ini.
Dalam ucapannya, Masiung yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kuamat berkata penerima perlu menjaga dan menggunakan lesen itu dengan sebaiknya dalam usaha mengubah sosioekonomi keluarga masing-masing.
Beliau juga mengingatkan mereka agar tidak mengambil jalan mudah bagi memperoleh wang dengan menyewakan lesen itu kepada orang lain.
Seorang penerima, Basrah Annas, 86, berkata lesen itu membolehkan beliau menerima bantuan yang disediakan untuk golongan nelayan, dan berterima kasih kepada kerajaan kerana prihatin, khususnya membantu mereka keluar daripada belenggu kemiskinan.
Kami di iAwani hadir ke acara gDayX Kota Kinabalu yang diadakan pada hari ini, 24 November 2013 bertempat di GSC Suria Sabah, tingkat 8 bangunan Suria Sabah. Kami hadir untuk membuat liputan juga untuk menjadi salah seorang daripada peserta.
gDayX amat berbeza sekali dengan GDG DevFest Kota Kinbalu kerana GDayX bukan bersifat teknikal, gDayX lebih banyak dihadiri oleh ramai usahawan, golongan professional, peminat teknologi dan pemilik-pemilik perniagaan. Turut hadir di gDayX adalah pasukan Google Student Ambassador (GSA) dari UiTM Kota Kinabalu.
Tumpuan gDayX adalah untuk mendedahkan teknologi Google dengan entiti perniagaan tempatan. Motto GDayX Kota Kinabalu yang terpampang dipintu masuk adalah "Learn web technologies for business success".
Jika dalam GDG DevFest Kota Kinabalu kesemua ucapan disampaikan dalam auditorium, kali ini dalam GDayX Kota Kinabalu kesemua ucapan disampaikan dalam panggung wayang dengan pentas yang lebih luas untuk pemberi ucapan, sistem audio yang lebih bagus (dan lebih jelas) serta paparan skrin projektor lebih besar.
Sesi fotografi percuma turut ditawarkan kepada peserta. Bingkai gambar direka berupa user interface YouTube Malaysia dengan tajuk "World Most Awesome People In gDayX Kota Kinabalu" seperti kami paparkan dalam gambar di atas.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat Bercuti Sekolah kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya kepada pelajar-pelajar sekolah yang sedang bercuti pada ketika ini.... Kepada para pelajar yang masih belum menghabiskan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)... Teruskan perjuangan anda sehingga ke titisan terakhir.... Semoga anda berjaya mendapat keputusan yang Cemerlang dalam peperiksaan SPM, supaya dapat dijadikan sebagai bekalan untuk menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi lagi.... In Shaa Allah... Sempena musim cuti sekolah ini pastinya ada rakan-rakan yang berhajat untuk membawa ahli keluarga bercuti-cuti Malaysia di Kota Kinabalu, Sabah... Untuk makluman anda semua, Kota Kinabalu Sabah merupakan antara destinasi percutian menarik yang terdapat di Malaysia... Di sana anda bukan sahaja boleh melihat pemandangan indah Gunung Kinabalu yang merupakan gunung tertinggi di Malaysia, tetapi anda juga boleh melihat keindahan pantai dan pulau-pulau yang begitu mempersonakan... Terdapat banyak pulau yang boleh anda terokai di sana mengikut kemampuan masa dan kos percutian anda... Selain itu terdapat banyak tempat makan-makan yang menarik untuk dikungjungi disamping tempat-tempat membeli-belah yang pastinya digemari oleh kaum hawa yang gemar bershopping atau window shopping seperti isteri saya.... Pendek kata sekiranya anda sekeluarga menjejakkan kaki ke Kota Kinabalu, pasti anda akan rasa berpuas hati dan berbaloi dapat bercuti ke sana....
Sukar Mencari Tempat Penginapan di Kota Kinabalu? Sememangnya tidak dinafikan, ada yang "rasa malas" nak pergi bercuti ke Kota Kinabalu di sebabkan bimbang sekiranya tiada tempat tinggal atau sukar untuk mencari tempat tinggal yang selesa semasa berada di sana... Sebenarnya perkara yang sama juga yang pernah saya hadapi suatu ketika dahulu semasa mula-mula merantau di kepulauan Borneo.... Tetapi apabila dah biasa berada di kepulauan Borneo, kerisauan tersebut telah dapat diatasi... Sekarang ni maklumat tentang tempat penginapan berada di hujung jari.... Buka sahaja internet, terdapat banyak laman web yang dapat membantu kita membuat tempahan penginapan untuk bercuti di sana...
Sekiranya ada golongan bujang atau baru mendirikan rumah tangga, anda boleh memilih untuk menginap di mana-mana hotel yang terdapat di Kota Kinabalu mengikut kemampuan kewangan anda... Terutamanya pasangan yang baru mendirikan rumah tangga, sudah semestinya hotel merupakan suatu tempat penginapan yang sangat menarik dan selesa untuk membolehkan mereka berbulan madu.. Tetapi bagi bilangan keluarga yang besar, sekiranya tinggal di hotel pastinya banyak kos yang terpaksa dikeluarkan untuk mencari hotel yang selesa untuk didiami oleh seluruh ahli keluarga.... Jadi, tempat yang paling sesuai untuk percutian sebuah keluarga besar di Kota Kinabalu ialah denga menyewa Homestay yang mempunyai ruang dalaman yang serba moden dan selesa... Boleh Cadangkan Homestay yang Sesuai Untuk Di Sewa Di Kota Kinabalu? Secara jujurnya, saya juga belum pernah berpengalaman menyewa Homestay semasa bercuti Di Kota Kinabalu... Maklumlah kerluarga saya pun bukannya besar sangat... Semasa saya bercuti di sana, saya baru mempunyai dua orang anak yang baru berumur 4 tahun dan 2 tahun... Jadi memadai untuk menyewa sebuah bilik hotel yang mempunyai sebuah katil Queen Saiz dan sebuah kati Bujang.... Tetapi ada kenalan saya yang menyediakan perkhidmatan Homestay di sana... Homestay tersebut dikenali sebagai Poly Homestay.... Berikut merupakan sedikit maklumat tetang Poly Homestay yang dapat saya kongsikan di blog ini...
10 minit ke hub pendidikan seperti UMS, ILP, IKM, UiTM dan POLITEKNIK KOTA KINABALU
15 minit ke Pusat Bandar KOTA KINABALU
25 minit ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu T1 dan T2
Cara untuk Membuat Tempahan dan Daftar Masuk:
Anda Boleh Hubungi : 016-7708379 atau 016-5838695
Deposit minima RM100 for comfirm booking and block date.
Daftar masuk 3 petang
Daftar keluar 12 tengah hari
Kapasiti maksima adalah 7 orang
Caj tambahan RM10/org/malam bg kapasiti melebihi had
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
Apartment Kondo 3 bilk - Ground level
Penghawa dingin di bilik utama
Kipas dinding di bilik kedua dan ketiga
Dapur dan kelengkapan memasak (kecuali bahan mentah)
Mesin basuh
Peti sejuk
Seterika dan papan seterika
Kolam Renang
Gymnasium
Selepas ini bolehlah anda kongsikan pengalaman anda ketika menginap di Poly Homestay supaya dapat menarik minat orang ramai untuk menginap di sana... ;)
Sekali lagi blog ini mengutarakan idea bernas untuk negeri Sabah dan kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Kali ini blog ini mencadangkan pembinaan sistem LRT di Bandaraya Kota Kinabalu. Berikut adalah imej cadangan tersebut:
Garisan Merah menunjukkan cadangan laluan LRT
Berpusat di Terminal KK Sentral Wawasan, LRT di Kota Kinabalu akan menghubungkan kepada 7 terminal utama iaitu Terminal Putatan, Terminal Donggongon, Terminal Taman Tun, Terminal Tasik, Terminal Likas, Terminal Warisan dan Terminal Universiti.
Laluan ini mengambilkira faktor kepadatan penduduk dan kepentingan di sepanjang laluan.
Adalah dijangka dalam tempoh 10 tahun akan datang, jumlah kenderaan di Kota Kinabalu akan meningkat sebanyak 1 juta buah kenderaan.
Dicadangkan agar pemandu kenderaan meletakkan kereta di kawasan parking Terminal yang berdekatan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Sistem LRT ini dicadangkan tidak menganggu laluan keretapi dan jalan raya sedia ada. Maka laluan bertingkat akan digunakan.
KOTA KINABALU: Dua projek Mesra Rakyat (PMR) oleh Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (SLDB) di Nabawan, pedalaman Sabah, iaitu Skim Nabawan dan Estet Pandewan, telah memberi harapan baharu kepada semua 578 peserta tempatan yang terlibat, kebanyakannya daripada komuniti Murut.
Bagi Skim Nabawan, SLDB setakat ini telah membangunkan seluas 474.13 hektar (ha) daripada kawasan seluas 2,275.58 ha dengan kelapa sawit semenjak 2011.
Daud Anggau, 42, ketua kampung di Nabawan berkata pelbagai usaha telah dibuat sebelum ini untuk memberikan nilai ekonomi kepada tanah itu, seperti menanam ubi kayu dan buah markisa serta mengusahakan ternakan air payau, tetapi semua ini gagal memberikan impak kepada kehidupan masyarakat setempat.
Beliau berkata mesyuarat antara SLDB dan masyarakat kampung telah melihat 292 peserta dipilih untuk projek PMR keduanya.
"Kami berterimakasih kepada SLDB kerana projek-projek PMR bukan sahaja menjanjikan masa depan yang cerah kepada peserta, tetapi juga membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Alfonsos Thomas, salah seorang daripada 289 peserta yang terlibat dalam projek perladangan kelapa sawit di Estet Pandewan berkata projek PMR itu telah menarik perhatian penduduk kampung dari Pensiangan dan Sapulut.
"Mereka benar-benar berminat dengan apa yang mereka lihat di sini, dan mereka berharap SLDB boleh melaksanakan projek yang serupa di kawasan mereka," katanya.
Dalam perkembangan lain, ketua pegawai eksekutif SLDB, Jhuvarri Majid (gambar) berkata agensi itu merekodkan pertumbuhan purata 20 peratus setiap tahun semenjak 2006 sementara nilai bersihnya naik kepada RM536 juta pada 2012 berbanding RM228 juta pada 2006.
Beliau berkata nilai tanah yang diusahakan oleh SLDB bagi tempoh yang sama meningkat kepada RM1.2 bilion daripada RM411 juta enam tahun lepas.
"Setakat ini, terdapat 5,342 peserta dalam projek-projek pembangunan pertanian di seluruh Sabah, kebanyakannya di kawasan pedalaman Sabah, dan jumlah dividen yang dibayar kepada mereka adalah RM120 juta," katanya.
SLDB juga membangunkan tanah di kawasan luar bandar untuk pemilik yang telah diberikan geran tanah komunal, satu cara paling cepat untuk memberikan hak tanah kelompok kepada penduduk tempatan.
29 Ogos 2013.Pada pukul 1.15 petang, selepas pulang dari mengajar, gua dan seorang kawan singgah makan di sebuah kedai makan di pekan Telupid untuk makan bakso jawa. Sambil makan dan berbual tiba-tiba datang 4 orang polis trafic di sebelah meja kami untuk makan. Muka mereka nampak ceria sambil berbual menunggu pesanan.
Waktu petang semasa lepak2 di rumah, gua tiba-tiba terdengar satu berita tentang kemalangan yang berlaku di jalan Beluran-Telupid. Tidak disangka rupanya kemalangan tersebut melibatkan 4 orang polis trafic yang kami nampak di kedai makan yang sedang menjamu selera di sebelah meja kami. Itulah kali pertama dan terakhir kami jumpa mereka. Ucapan takziah kepada ahli keluarga 3 orang polis trafic yang telibat dalam kemalangan tersebut.
Quote Berita
BELURAN - Lima orang termasuk tiga anggota polis terbunuh dalam nahas jalan raya di KM 53 Jalan Beluran-Telupid pada Khamis.
Kemalangan berlaku pada kira-kira pukul 4.50 petang apabila kereta dinaiki empat anggota polis itu bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda dinaiki seorang lelaki dan empat perempuan.
Kesemua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Beluran untuk dibedah siasat.
Ketua Polis Daerah Beluran DSP Sivanathan Velautham berkata tiga anggota polis yang maut dikenali sebagai Kpl Saudi Meting, 48, Kpl Hedzrin Ginan, 36, dan Lans Kpl Khairul Firdaus Abrahim, 25.
Katanya seorang lagi, Konstabel Mohd Zaini Mohd Razwan, 28, cedera parah dan dihantar ke Hospital Beluran sebelum dipindahkan ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk rawatan lanjut.
Saudi dan Hedzrin merupakan anggota polis trafik, manakala Khairul dan Mohd Zaini bertugas di cawangan Unit Peronda.
Sivanathan berkata dua penumpang kenderaan pacuan empat roda itu turut maut iaitu dua adik beradik perempuan dikenali sebagai Masiah Jailani, 47, dan adiknya Layni, 45.
Lelaki yang memandu kenderaan pacuan empat roda itu, Arry Ak Gani, 24, mengalami cedera parah, manakala dua lagi penumpang perempuan, Imawati Siru, 20, dan Regnawati Siru, 22, cedera ringan.
Sivanathan berkata insiden berlaku ketika anggota polis berkenaan dalam perjalanan balik ke Beluran selepas melakukan satu tugasan di Telupid.
Bagi penduduk Sabah, mungkin anda pernah mendengar tentang misteri terowong Jepun di Kunak Sabah. Kunak yang mempunyai kira-kira 62,000 penduduk dan merupakan daerah yang kaya dengan sumber marin seperti udang, ikan, ikan bilis dan ketam sama ada yang bersumber dari laut atau yang diternak dalam sangkar.
Kunak juga adalah antara daerah pengeluar rumpai laut di Sabah dan pengeluar ikan keempat terbesar. Nama Kunak memang agak jarang disebut dan masih ramai orang luar belum mengenali Kunak sebagaimana mereka mengenali Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Sandakan walaupun semua daerah berkenaan berada di Pantai Timur Sabah.
Mungkin disebabkan kurangnya promosi dari pihak yang berwajib meskipun di Kunak terdapat banyak lokasi menarik.
Lokasi Menarik Di Kunak, Sabah :
~ Kolam Lumpur (Mud Pool) di Ladang Binuang, ~ Air Terjun Di Hutan Simpan Madai Baturong ~ Gua Madai di Madai ~ Tasik Impian Di Mostyn ~ Kelab Golf di Mostyn ~ Tinggalan Terowong Jepun di Mostyn ~ Kawasan Tanaman Kelapa Sawit yang Tertua di Pulau Borneo (ditanam pada 1957) ~Telaga Tujuh di Pangi ~ Kolam Air Panas / Hot Spring di Sungang ~ Bahan Artifak di Tingkayu
Lokasi terowong ini terletak kira-kira 12 kilometer dari
pekan Kunak di mana terowong tanah sepanjang 8 kilometer dengan 4 cabang yang terletak di Ladang Sime Darby dipercayai digunakan oleh tentera Jepun sebagai laluan rahsia untuk mengangkut serta menyimpan peralatan perang.
Kewujudan terowong Jepun ini dikatakan dibina pada zaman Perang Dunia Kedua dan masih terdapat beberapa tinggalan tentera Jepun di dalam terowong tersebut. Beberapa individu cuba memasuki kawasan tersebut dan ada yang mendakwa pernah menemui beberapa barangan peninggalan zaman perang antaranya gelas, sudu, dan ada juga yang mendakwa pernah menemui "bekas landasan lokomotif" di dalam terowong berkenaan.
Terowong berkenaan dikatakan mampu dilalui oleh lori 10 tayar dan ditemui secara tidak sengaja pada tahun 1970-an oleh kaum Iban yang ditugas membersihkan kawasan hutan berkenaan. Mereka mengesan terowong berkenaan selepas melihat runtuhan sebahagian terowong bawah tanah itu.
Ada pihak yang mengandaikan bahawa terowong ini tembus hingga ke Laut Sulawesi. Namun,setakat ini tiada yang mampu menjelaskan di manakah penghujung terowong ini.Ada juga peneroka yang cuba memasuki terowong ini namun tidak mampu meneruskan perjalanan kerana kekurangan udara dan keadaan yang terlalu gelap.
Dua ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertanding sebagai calon Bebas di kerusi P.170 Tuaran dan N.11 Sulaman, sebenarnya telah direstui oleh Ketua Cabang PKR Tuaran Ansari Abdullah untuk bertanding di kedua kawasan tersebut.
Ansari dalam kenyataannya menjelaskan, tindakan ini diambil sebagai suatu isyarat kepada Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan layanan terhadap penyokong di Tuaran yang disifatkannya sebagai kezaliman yang sukar mereka terima.
Keputusan untuk meletakkan Hj Ali Akbar Kawi di Sulaman dan Erveana Veana Ansari di Tuaran dibuat setelah Anwar gagal menepati janjinya memberikan satu kerusi untuk ditandingi oleh Ketua Cabang.
Ansari Abdullah
" Sebaliknya, beliau memberikan kedua-dua kerusi tersebut kepada Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing yang bukan ahli PKR serta tidak mendapat sokongan penuh oleh ahli PKR Cabang Tuaran." Kata Ansari.
Pada hari penamaan calon di Dewan Seri Sulaman, Cabang PKR Tuaran telah mengemukakan tiga orang calon ahli PKR yang sah termasuk Ali Akbar dan Erveana.
Seorang lagi calon tersebut, Rhodes Panilau yang bertanding merebut kerusi dewan undangan negeri N.11 Kiulu walaubagaimanapun dikekalkan bertanding atas tiket PKR.
Ansari menambah, " Kedua-dua ahli PKR asal ini (Ali Akbar dan Erveana), masuk bertanding untuk memberi peluang kepada ahli-ahli dan penyokong setia PKR, agar dapat keluar mengundi pemimpin yang mereka kehendaki."
Mereka diturunkan untuk menentang calon-calon luar yang bukan ahli PKR, kata Ansari dengan merujuk kepada calon-calon daripada Barisan Nasional (BN), Star, Sapp dan termasuk Bumburing.
Rakyat di Tuaran telah menolak untuk mengundi beliau (Bumburing) kerana kegagalan didalam membawa kemajuan serta mengatasi kemiskinan semasa menjadi ahli parlimen penggal lepas, ujar Ansari lagi.
Pada masa yang sama, katanya lagi , Anwar juga telah gagal melihat usaha keras selama 14 tahun di Cabang Tuaran yang kini telah membuahkan hasil.
" Tindakan untuk membenarkan orang luar mengacak-acak hasil hanya untuk dirosakkan, adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali." katanya kecewa.
Pada Sabtu lepas, Ali Akbar dan Erveana telah dilihat memakai baju yang bersematkan logo PKR walaupun bertanding atas tiket Bebas.
" Ini berbeza dengan calon-calon bukan ahli PKR yang bertanding dengan logo KeAdilan," kata Ansari seolah-olah mempersoalkan keikhlasan mereka sambil menambah bahawa mereka memakai baju biasa dengan lambang Angkatan Perubahan Sabah (APS ) yang bukan merupakan Logo KeAdilan.
Awal pagi ahad kelmarin, jalan-jalan ke Tamu Ahad Di Tuaran. Tempat mencari barangan dapur basah atau kering yang pelbagai. Bertolak seawal jam 6 pagi untuk elakkan kesesakan jalan dan cuaca panas.
Suasana Tamu Ahad Di Tuaran. Orang masih kurang. Setiap ahad ia beroperasi seawal jam 6 pagi hinggalah jam 2 petang. Macam-macam boleh dapat di Tamu ini. Sayur-sayuran segar, buah-buahan segar, ikan-ikan segar, ubat-ubatan, kuih-muih, baju-baju dan banyak lagi. Hujung ke depan dalam gambar ialah tempat memilih barangan dapur dari sumber laut. Ikan, kerang, udang, ketam, rumpai laut dan macam-macam lagi.
Ikan Talapia, RM10 setompok. Sebelah ikan talapai tu kerang. Kerang RM2 sebungkus..
Cendawan dalam bahai(plastik) biru, RM5 harganya. Pakcik Dusun tu siap bagi demo lagi. Nampak kaler putih atas beg tu. Itu ialah kulit batang cendawan yang dikupas oleh pakcik tu. "Ko kasi buka kulit dia dari sini bawah ni batang cendawan...Baru lembut makan...Sedap baini cendawan kalo kasi sup..manis..Sia pakai tanah tanam" Owh..Macam itu rupanya. Kupas kulitnya supaya lembut batang cendawan tu bila dimasak. Pounsikou(terima kasih) tips ni uncle. Nanti akan ditry..;)Selama ini saya main buang saja batang cendawan tu. Adehh...membazirnya...Pucuk ubi, jantung pisang, buah pisang dan macam-macam lagi. Saya beli halia RM2 seikat. Nampak benda panjang hijau, hujungnya kemerah-merahan tu..Itu ialah batang tuhau sebelum dikupas kulitnya. Sedap kalau dibuat Jeruk Tuhau. Dalam botol penutup kuning dan merah tu pula Jeruk Buah Bambangan.
Abang jual gula kapas sedang berdiri di tepi jalan menunggu peminat-peminat kecil datang membeli. Teringat pula masa kecil-kecil dulu, selalu beli gula kapas ni bila mengikut ibu atau nenek ke tamu..:) Ini bahagian kesukaan anak-anak kecil, kereta mainan..Dalam mangkuk besar tu pula ialah memerang mandi-manda sambil bermain bola. Mainan yang menggunakan bateri. Ni kalau budak-budak tengok mesti suka. Saya pun terberhenti sekejap tengok. Seronok pula tengok si memerang tu bermain bola..hehe.. Singgah beli kuih kesukaan hati, Kuih Penjaram. Ada tiga jenis rasa. Hijau, pandan. Coklat, gula melaka. Putih, biasa. Saya beli ketiga-tiga jenis. RM1 untuk empat keping. Baru keluar dari kuali..:)
[unable to retrieve full-text content]Dalam pada itu, bulan lalu dilapurkan 500,000 Penduduk Sabah alami Gangguan Bekalan Elektrik Selama Sebulan akibat tiga IPP yang mengalami kerosakan di Ranhill Powertron 1 (IPP Teluk Salut), Ranhill Powertron 2 ...
Program Konvoi Kembara Hijrah 1435H Peringkat Negeri Sabah yang bermula hari ini dan berakhir pada Ahad adalah program bersama anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia ( YADIM), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM).
Lebih 20 kenderaan pacuan empat roda dan 60 peserta daripada pelbagai jabatan dan agensi terlibat dalam pengembaraan ke beberapa lokasi antaranya ke daerah Tuaran, Ranau, dan Beaufort.
Antara objektif Program Kembara Hijrah 1435H dianjurkan bertujuan membentuk disamping menjalin rasa ukhuwah dan kerjasama erat di kalangan agensi kerajaan dengan masyarakat setempat dalam melaksanakan program-program dakwah selain bertujuan menyemarakkan lagi sambutan Maal Hijrah 1435H Peringkat Negeri Sabah yang akan disambut awal November depan.
Antara pengisian sepanjang program berlangsung termasuklah Program Khidmat Komuniti, Gotong-royong di Masjid dan Tanah Perkuburan, Membaiki surau, Khidmat Kaunter Tabung Haji disamping mengadakan kuliah-kuliah berbentuk keagamaan di Masjid dan Surau yang dilawati.
Turut hadir pada Majlis Pelancaran Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Mohd Arifin Bin Haji Mohd Arif, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah ( JHEAINS) Datuk Amri A. Suratman serta Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM ) Zon Sabah Haji Samin Haji Ongki.
Kapal-kapal dinasihati belayar menjauhi kawasan laut berhampiran pantai timur Sabah hingga Selasa depan, selepas taufan Haiyan melanda Filipina awal pagi Jumaat.
Pengarah Pusat Ramalan Cuaca, Jabatan Meteorologi, Muhammad Helmi Abdullah berkata Haiyan merupakan salah satu taufan terkuat dicatatkan dalam sejarah dan sangat berbahaya kepada kapal dan feri.
"Nasihat kami kepada kapal dan feri supaya menjauhi aktiviti di kawasan pantai timur Sabah.
"Kapal besar mungkin boleh berhadapan dengan situasi angin kencang dan laut bergelora," katanya kepada The Star.
Bagaiamanapun, beliau berkata adalah sangat bahaya bagi kapal yang menghala ke arah utara Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE) buat masa ini, hal ini kerana taufan Haiyan dijangka melanda ke arah barat Vietnam.
Muhammad berkata kesan daripada taufan berkenaan lebih bahaya daripada apa yang berlaku di kawasan Filipina.
Laporan Reuters, melaporkan taufan Haiyan yang melanda kepulaun tengah Filipina pada awal pagi Jumaat dengan kelajuan angin hingga 315 kilometer sejam dan ombak setinggi 5 meter.
Perkhidmatan feri, penerbangan dan aktiviti menangkap ikan turut digantung dengan ribuan penduduk terpaksa dipindahkan.
Sementara itu, laman web MetMalaysia melaporkan taufan Haifan berada kira-kira 938 kilometer daripada Sandakan.
Ia melaporkan bahawa kelajuan angin 50 hingga 60 kilometer sejam dengan ombak setinggi 4.5 meter dijangka membadai kawasan pantai barat SAbah, Kudat, Sandakan dan Labuan.
"Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini sangat berbahaya kepada semua kapal dan sebarang aktiviti laut termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri," kata MetMalaysia.
Ia turut meningkatkan amaran ribut daripada 'Kategori Pertama' (berbahaya kepada bot kecil) kepada 'Kategori Kedua'
Kadar kemiskinan di negeri ini menurun sebanyak 8.1 peratus daripada 19.7 peratus pada 2009 kepada 11.6 peratus pada tahun lalu, sekali gus membuktikan kejayaan program-program bersepadu antara kerajaan negeri dan kerajaan Pusat.
Menteri Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Radin Maleh berkata, bagi tempoh sama, kadar kemiskinan tegar juga telah menurun daripada 4.8 peratus kepada 1.6 peratus.
"Penurunan ini walaupun disambut sinis oleh pembangkang, ia sebenarnya mencerminkan pencapaian cemerlang kerajaan dalam menangani kemiskinan di Sabah," katanya semasa ucapan penggulungan dalam sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.
Tambah Radin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap, penyelarasan program pembasmian kemiskinan dibuat di peringkat daerah melalui jawatankuasa kumpulan fokus pembasmian kemiskinan yang dipengerusikan oleh pegawai daerah masing-masing.
"Keberkesanan sistem pemantauan selain program yang berkesan seperti 1Azam, Mini Estet Sejahtera (Mesej), Ladang Projek Pertanian Rakyat Termiskin (PPRT), Program Bantuan Rumah termasuk program di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) berupaya menurunkan kadar kemiskinan di Sabah," katanya.
Radin turut memaklumkan bahawa pada masa ini terdapat sebanyak 1,117 ketua isi rumah miskin tegar yang terlibat sebagai peserta Ladang PPRT menerima dividen sebanyak RM400 sebulan bermula Januari 2010.
Katanya, sebuah lagi Ladang PPRT Sumatalun akan dilaksanakan di daerah Nabawan dan dijangka melibatkan seramai 360 orang.
Katanya, lima projek agropolitan di bawah Koridor Pembangunan Negeri Sabah (SDC) di Kota Belud, Pitas, Kemabong, Beluran dan Tongod kini pada pelbagai tahap perancangan dan pelaksanaan.
Sementara itu, Radin berkata, sejumlah RM80 juta diperuntukan kepada kerajaan negeri untuk melaksana program 1Azam iaitu Azam Tani, Azam Kerja, Azam Niaga dan Azam Khidmat yang melibatkan 7,500 orang di bawah e-Kasih.
Dalam tempoh 2010 hingga Mei 2013 pula, beliau menjelaskan, sejumlah RM1.8 bilion dibelanjakan kerajaan Pusat bagi melaksanakan projek bekalan air luar bandar meliputi sejumlah 95,562 unit buah rumah manakala RM1.892 bilion bagi projek bekalan elektrik luar bandar melibatkan 39,323 buah rumah.
Katanya, kementeriannya yang menjadi penyelaras utama pembinaan rumah baharu itu merekodkan sejumlah 8,249 rumah siap dibina.
LENCANA PKR.......kelihatan Mohd Najlin Haji Awang Puasa (tengah) sedang disematkan lencana PKR oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (Kanan) sambil disaksikan oleh Haji Ghulabdin Enjih (kiri).
TUARAN : Di saat-saat terakhir menjelang Pilihan Raya Umum ke 13, Barisan Nasional (BN) dan UMNO di Tuaran termasuklah di Kawasan Dewan Undangan Negeri Sulaman kian tergugat dengan kemaraan Pakatan Rakyat (PR) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak akhir-akhir ini di kawasan berkenaan.
Majlis Malam Jelajah Pakatan Harapan Rakyat anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Tuaran yang dihadiri oleh hampir 5,000 orang penyokong parti itu sebagai bukti setelah menerima kemasukan 600 ahli baharu dari kalangan anak muda yang diketuai oleh Mohd Najlin Haji Awang Puasa, 28 tahun.
Ketua Umum PKR Pusat, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima borang penyertaan kemasukan dalam PKR Tuaran di Majlis Jelajah PR yang berlangsung di Restaurant Transit Dalit, Kampung Lok Batik dekat sini pada malam Ahad lepas.
Majlis itu turut dihadiri oleh Ketua Cabang PKR Tuaran, Haji Ansari Abdullah; Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, Ahmad Tamrin Haji Jaini; Pengerusi Angkatan Perubahan Sabah (APS), Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing yang juga Ahli Parlimen Tuaran; Pengerusi Pertubuhan Pakatan Sabah (PPS), Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin; Bekas Ketua Penerangan UMNO Tuaran, Haji Ghulabdin Enjih; Bekas Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia, Leftenan Jeneral (B); Dato Abdul Ghafir Abdul Hamid dan Bekas Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Monggoh Orow.
"Penyertaan 600 ahli-ahli baharu yang sebilangan besarnya dari kalangan pemuda di Kawasan Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sulaman dan Parlimen Tuaran akan menambah kekuatan kepada Pakatan Rakyat dalam usaha untuk memenangi Kawasan DUN Sulaman dan Parlimen Tuaran dalam Pilihanraya Umum ke 13 tidak lama lagi," Kata Najlin yang juga merupakan bekas Ahli UMNO dari Cawangan Wawasan Lok Batik Tuaran.
Katanya, kemasukan ini haruslah disambut dan diterima oleh pimpinan PKR di Cabang Tuaran agar semangat dan kebangkitan anak-anak muda akan memberikan satu lagi kekuatan kepada Pakatan Rakyat dalam membuat persiapan menghadapi pilihanraya umum tidak lama lagi.
"Banyak sudah pemimpin UMNO yang telah berhijrah meninggalkan parti yang jelas sudah tidak relevan lagi. Jika perjuangannya untuk anak-anak muda sudah tidak relevan, apa lagi yang ditunggu? Lebih baik mereka tampil untuk memberikan kekuatan kepada PKR adan Pakatan Rakyat khasnya," kata Najlin lagi.
Sehubungan dengan perkembangan terbaru ini, Najrin berharap lebih ramai lagi ahli parti kerajaan yang akan menyertai PKR untuk memberikan satu keyakinan jitu terhadap kemantapan parti ini.
Majlis Malam Jelajah Pakatan Harapan Rakyat telah diisikan dengan ucapan oleh Datuk Seri Anwar, Ketua Caabang PKR Tuaran Haji Ansari Abdullah; Bekas Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia, Leftenan Jeneral (B) Dato Abdul Gafir Abdul Hamid; Naib Pengerusi DAP Sabah, Peter Liew; Aktivis Politik, Dr Chong Eng Leong dan Bekas Ketua Penerangan UMNO Tuaran, Haji Ghulabdin Enjih.
Pemilik gerai makan tersebut berasal dari Sarawak dan resipinya asli dan memang sama seperti di tempat asalnya juga. Jadi, memang bolehlah mengubat rasa rindukan makanan Sarawak.
Polis masih menyiasat sama ada kumpulan penjenayah yang terlibat dalam pembunuhan seorang lelaki Taiwan dan penculikan isterinya mempunyai kaitan dengan kumpulan militan termasuk Abu Sayyaf yang beroperasi di selatan Filipina.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata berdasarkan siasatan yang dijalankan setakat ini, penceroboh ialah kumpulan penjenayah yang menyerang sebuah villa atas air di Pulau Pom Pom di Semporna, mereka mungkin juga ingin merompak pelancong asing.
"Jenayah seperti itu nampak seperti dilakukan oleh penjenayah dan bukannya dilakukan oleh kumpulan militan bersenjata yang dikenali," katanya kepada pemberita di Kota Kinabalu selepas melawat tempat kejadian dan menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat insiden yang berlaku pada pukul 1 pagi Jumaat.
Katanya polis percaya isteri mangsa, An Wei Chang yang juga warga Taiwan berusia 58 tahun telah dilarikan oleh kumpulan terbabit ke perairan Semporna.
"Kami percaya mangsa yang dilarikan itu masih hidup," katanya sambil menambah polis sudah menghubungi Pejabat Ekonomi dan kebudayaan Taipei di Malaysia bagi memaklumkan kejadian berkenaan.
Hamza berkata berdasarkan kelongsong peluru yang ditemui di tempat kejadian, polis percaya penjenayah menggunakan senjata berat.
Kes ini juga tidak ada kaitan dengan insiden pencerobohan dan motif kejadian masih disiasat, katanya.
"Daripada pengalaman kita di Sabah, jenayah dilakukan oleh penjenayah biasa, namun mereka akan menuduh kumpulan lain melakukannya," katanya sambil menambah mereka telah memaklumkan kepada rakan sejawat mereka di Filipina dan usaha mengesan mangsa sedang dijalankan di kawasan perairan Semporna.
Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 365 Kanun Keseksaan.
"Semasa kejadian itu seorang pengawal keselamatan di situ mendengar bunyi tembakan dan melaporkan perkara tersebut kepada Pasukan Gerakan Am yang berada kira-kira 800 meter dari tempat kejadian, namun mereka mendapati pintu bilik resort dikunci daripada dalam.
"Saksi menemui mayat mangsa dengan empat kelongsong peluru kosong. Sementara isteri mangsa diculik," katanya.
Sementara itu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman menggesa orang ramai tidak panik atau terpengaruh dengan khabar angin yang disebarkan mengenai insiden berkenaan.
"Kita akan memastikan keselamatan pengunjung dan pelancong yang melawat Sabah terjamin dan pihak berkuasa akan mengambil tindakan sewajarnya," katanya di sini.
Musa berkata beliau juga sudah diberi taklimat oleh ESSCOM berhubung kejadian itu.
"Kita serah kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan," katanya.
Di PUTRAJAYA, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia menghulurkan bantuan dalam kes culik membabitkan pasangan Taiwan itu, jika diperlukan.
Ini kerana Semporna terletak dalam kawasan Esscom dan Esszone, katanya pada sidang akhbar di sini, JUmaat.
Sementara itu, beliau berkata kumpulan pertama ATM yang dihantar ke Filipina bagi membantu mangsa Taufan Haiyan melaporkan bahawa situasi di situ adalah lebih teruk daripada yang dijangkakan.