10 di tuaran - Google Blog Search |
- Ansari: Penyokong PKR <b>Tuaran</b> dizalimi Anwar | Cerita-Cerita Kedai <b>...</b>
- Tamu Ahad <b>Di Tuaran</b> | MaMaRey
- Bekalan Elektrik <b>Di</b> Sabah Bertambah Tenat? - suara bebas <b>tuaran</b>
Ansari: Penyokong PKR <b>Tuaran</b> dizalimi Anwar | Cerita-Cerita Kedai <b>...</b> Posted: 22 Apr 2013 05:08 AM PDT Oleh CCKK Dua ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertanding sebagai calon Bebas di kerusi P.170 Tuaran dan N.11 Sulaman, sebenarnya telah direstui oleh Ketua Cabang PKR Tuaran Ansari Abdullah untuk bertanding di kedua kawasan tersebut. Ansari dalam kenyataannya menjelaskan, tindakan ini diambil sebagai suatu isyarat kepada Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan layanan terhadap penyokong di Tuaran yang disifatkannya sebagai kezaliman yang sukar mereka terima. Keputusan untuk meletakkan Hj Ali Akbar Kawi di Sulaman dan Erveana Veana Ansari di Tuaran dibuat setelah Anwar gagal menepati janjinya memberikan satu kerusi untuk ditandingi oleh Ketua Cabang. " Sebaliknya, beliau memberikan kedua-dua kerusi tersebut kepada Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing yang bukan ahli PKR serta tidak mendapat sokongan penuh oleh ahli PKR Cabang Tuaran." Kata Ansari. Pada hari penamaan calon di Dewan Seri Sulaman, Cabang PKR Tuaran telah mengemukakan tiga orang calon ahli PKR yang sah termasuk Ali Akbar dan Erveana. Seorang lagi calon tersebut, Rhodes Panilau yang bertanding merebut kerusi dewan undangan negeri N.11 Kiulu walaubagaimanapun dikekalkan bertanding atas tiket PKR. Ansari menambah, " Kedua-dua ahli PKR asal ini (Ali Akbar dan Erveana), masuk bertanding untuk memberi peluang kepada ahli-ahli dan penyokong setia PKR, agar dapat keluar mengundi pemimpin yang mereka kehendaki." Mereka diturunkan untuk menentang calon-calon luar yang bukan ahli PKR, kata Ansari dengan merujuk kepada calon-calon daripada Barisan Nasional (BN), Star, Sapp dan termasuk Bumburing. Rakyat di Tuaran telah menolak untuk mengundi beliau (Bumburing) kerana kegagalan didalam membawa kemajuan serta mengatasi kemiskinan semasa menjadi ahli parlimen penggal lepas, ujar Ansari lagi. Pada masa yang sama, katanya lagi , Anwar juga telah gagal melihat usaha keras selama 14 tahun di Cabang Tuaran yang kini telah membuahkan hasil. " Tindakan untuk membenarkan orang luar mengacak-acak hasil hanya untuk dirosakkan, adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali." katanya kecewa. Pada Sabtu lepas, Ali Akbar dan Erveana telah dilihat memakai baju yang bersematkan logo PKR walaupun bertanding atas tiket Bebas. " Ini berbeza dengan calon-calon bukan ahli PKR yang bertanding dengan logo KeAdilan," kata Ansari seolah-olah mempersoalkan keikhlasan mereka sambil menambah bahawa mereka memakai baju biasa dengan lambang Angkatan Perubahan Sabah (APS ) yang bukan merupakan Logo KeAdilan. |
Tamu Ahad <b>Di Tuaran</b> | MaMaRey Posted: 01 Sep 2013 09:59 PM PDT Awal pagi ahad kelmarin, jalan-jalan ke Tamu Ahad Di Tuaran. Tempat mencari barangan dapur basah atau kering yang pelbagai. Bertolak seawal jam 6 pagi untuk elakkan kesesakan jalan dan cuaca panas. Suasana Tamu Ahad Di Tuaran. Orang masih kurang. Setiap ahad ia beroperasi seawal jam 6 pagi hinggalah jam 2 petang. Macam-macam boleh dapat di Tamu ini. Sayur-sayuran segar, buah-buahan segar, ikan-ikan segar, ubat-ubatan, kuih-muih, baju-baju dan banyak lagi. Hujung ke depan dalam gambar ialah tempat memilih barangan dapur dari sumber laut. Ikan, kerang, udang, ketam, rumpai laut dan macam-macam lagi. Ikan Talapia, RM10 setompok. Sebelah ikan talapai tu kerang. Kerang RM2 sebungkus.. Cendawan dalam bahai(plastik) biru, RM5 harganya. Pakcik Dusun tu siap bagi demo lagi. Nampak kaler putih atas beg tu. Itu ialah kulit batang cendawan yang dikupas oleh pakcik tu. "Ko kasi buka kulit dia dari sini bawah ni batang cendawan...Baru lembut makan...Sedap baini cendawan kalo kasi sup..manis..Sia pakai tanah tanam" Owh..Macam itu rupanya. Kupas kulitnya supaya lembut batang cendawan tu bila dimasak. Pounsikou(terima kasih) tips ni uncle. Nanti akan ditry..;) Selama ini saya main buang saja batang cendawan tu. Adehh...membazirnya...Pucuk ubi, jantung pisang, buah pisang dan macam-macam lagi. Saya beli halia RM2 seikat. Nampak benda panjang hijau, hujungnya kemerah-merahan tu..Itu ialah batang tuhau sebelum dikupas kulitnya. Sedap kalau dibuat Jeruk Tuhau. Dalam botol penutup kuning dan merah tu pula Jeruk Buah Bambangan. Abang jual gula kapas sedang berdiri di tepi jalan menunggu peminat-peminat kecil datang membeli. Teringat pula masa kecil-kecil dulu, selalu beli gula kapas ni bila mengikut ibu atau nenek ke tamu..:) Ini bahagian kesukaan anak-anak kecil, kereta mainan..Dalam mangkuk besar tu pula ialah memerang mandi-manda sambil bermain bola. Mainan yang menggunakan bateri. Ni kalau budak-budak tengok mesti suka. Saya pun terberhenti sekejap tengok. Seronok pula tengok si memerang tu bermain bola..hehe.. Singgah beli kuih kesukaan hati, Kuih Penjaram. Ada tiga jenis rasa. Hijau, pandan. Coklat, gula melaka. Putih, biasa. Saya beli ketiga-tiga jenis. RM1 untuk empat keping. Baru keluar dari kuali..:) |
Bekalan Elektrik <b>Di</b> Sabah Bertambah Tenat? - suara bebas <b>tuaran</b> Posted: 06 Nov 2013 11:52 PM PST [unable to retrieve full-text content]Dalam pada itu, bulan lalu dilapurkan 500,000 Penduduk Sabah alami Gangguan Bekalan Elektrik Selama Sebulan akibat tiga IPP yang mengalami kerosakan di Ranhill Powertron 1 (IPP Teluk Salut), Ranhill Powertron 2 ... |
You are subscribed to email updates from di tuaran - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan