ads

Ahad, 28 Oktober 2012

10 di ranau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


Macam Di KK...: PEJABAT METEOROLOGI DITUBUHKAN <b>DI RANAU</b>

Posted: 02 Oct 2012 05:59 PM PDT

RANAU, Sabah (29 September 2012): Pejabat Meteorologi Ranau telah dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili hari ini yang membolehkan Jabatan Meteorologi memantau dan menentukan corak cuaca dan fenomena di kawasan pertanian yang berbukit di Sabah.

Dengan penubuhan pejabat tersebut, jabatan itu kini mempunyai stesen di pedalaman dan kawasan tanah tinggi Sabah serta berupaya memperluas rangkaian pejabat meteorologi untuk ramalan cuaca yang lebih tepat.

Pejabat ini bukan sahaja mengeluarkan ramalan cuaca bagi daerah Ranau tetapi turut meliputi daerah Kota Marudu (utara), Kota Belud (timur laut), Tuaran (barat), Tambunan (barat daya), Keningau (selatan), Tongod (tenggara) dan Beluran (timur).

"Untuk meningkatkan ketepatan ramalan cuaca, kita juga perlu memantau cuaca dan iklim di kawasan tanah tinggi. Kemudahan Meteorologi ini membolehkan kita memahami corak cuaca di Ranau serta mengenal pasti perubahan yang disebabkan oleh aktiviti pertanian berskala besar di kawasan tanah tinggi di sana," kata Datuk Seri Panglima Dr Maximus.

Stesen pencerapan di Pejabat Meteorologi Ranau juga dilengkapi dengan peralatan strong motion yang digunakan untuk mengesan gempa bumi di Ranau dan kawasan sekitarnya. Sabah juga mempunyai satu lagi stesen strong motion iaitu di Lembah Danum.

"Stesen strong motion adalah kritikal kerana gempa bumi dan tanah runtuh kebiasaannya berlaku di sepanjang garisan sesar yang aktif iaitu di Mensaban, Crocker, Tabin dan Lobou-Lobou yang terletak di Ranau / Kundasang," katanya lagi.

Kajian oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia yang dijalankan antara 2008 dan 2010 di Mensaban dan Lobou Lobou yang menggunakan teknologi Global Navigation Satellite System menunjukkan berlakunya pergerakan bumi berukuran antara beberapa milimeter hingga empat sentimeter.

"Satu kajian yang telah dijalankan berkaitan dengan pergerakan bumi memerlukan pemerhatian dan kajian yang lebih lanjut iaitu selama lima tahun untuk mengenal pasti sama ada pergerakan yang berlaku tersebut berpunca daripada sesar aktif atau disebabkan oleh pergerakan permukaan tanah¬"

"Pergerakan bumi yang disebabkan oleh garis sesar yang aktif boleh mengakibatkan peningkatan dalam kekerapan gempa bumi sederhana manakala pergerakan permukaan boleh menyebabkan tanah runtuh. Kajian menyeluruh membolehkan kita menentukan tebatan yang sesuai dan langkah-langkah kawalan untuk mengurangkan kesan gempa bumi kepada aktiviti dan penduduk yang tinggal di kawasan Ranau dan Kundasang," katanya.

Pejabat Ranau ini juga berperanan untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai peranan cuaca kepada kehidupan seharian dan boleh mengeluarkan data cuaca yang lebih mudah difahami kepada orang ramai. Ini termasuklah maklumat yang membolehkan pihak berkaitan menjalankan kajian bagi tujuan pertanian dan penternakan di Ranau.

Pejabat yang turut dilengkapi dengan kuarters untuk kakitangan ini menelan belanja sebanyak RM3.58 juta. Dengan terbinanya pejabat baru ini, Sabah kini mempunyai enam buah stesen meteorologi yang utama termasuklah di Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Keningau dan Kudat.

Di bawah Rancangan Malaysia Ke-9, 14 buah pejabat / stesen meteorologi baru telah dibina dan tujuh yang sedia ada telah dinaik taraf dengan kos sebanyak RM35.1 juta. Daripada jumlah tersebut, RM10.6 juta telah dibelanjakan untuk menaik taraf stesen Tawau dan membina tiga pejabat / stesen baru iaitu di Keningau, Kudat dan Ranau, Sabah.

Menteri juga menyampaikan hamper yang berupa barang-barang keperluan asas dan makanan kepada 30 orang penerima yang dipilih daripada senarai Jabatan Kebajikan Masyarajat. Mereka terdiri daripada ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim dan golongan kurang berkemampuan di sekitar Ranau.

10 di kinabatangan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


Penyeliaan <b>di Kinabatangan</b> 1981 (2): Sup Pelanduk Karamuak

Posted: 06 Sep 2012 12:42 AM PDT

Penyeliaan di Kinabatngan 1981 (1): Azan Bergema Kembali Jalan licin tetapi kereta kami masih dapat mendaki bukit dengan gear biasa. Kereta itu hanya menghadapi kesukaran ketika mendaki sebuah bukit yang tinggi. Bachik memberhentikan kereta apabila tiba di puncak. Saya melihat jalan di hadapan curam. Saya berdebar juga. Bachik dan Ahmad tenang. Saya pun menenangkan diri. Bachik berkata, "Usah khuatir, tuan. Insya-Allah, kita selamat."

Saya tidak pasti sistem pacuan yang digunakannya sama ada pacuan empat roda atau pacuan biasa. Wlaupun menuruni bukit, bunyi enjin menderam. Sesekali kenderaan itu menggeluncur. Bachik mengendalikan stering dengan tenangnya. Tiada tanda khuatir pada wajahnya.

Sesudah menuruni bukit itu saya terlelap. Tahu-tahu kereta kami sedang menuju ke Kampung Karamuak. Ada berapa kali Bachik menggunakan pacuan empat roda ketika melalui jalan yang becak dan berselut.

Kami tiba di Kampung Karamuak ketika zuhur sudah berakhir. Bachik menurunkan barang-barang kami. Dia menyimpan barang-barang itu di sebuah rumah kampung. Kami akan menginap di situ. Saya menunaikan solat jamak takhir. Ahmad dan Bachik hilang entah ke mana. Beberapa lama setelah saya selesai menyempurnakan solat, barulah Ahmad dan guru KDC itu muncul. Guru itu memegang seekor ayam kampung.

Saya berasa sungguh lapar. Saya yakin rezeki berada di mana-mana. Benar. Tidak lama kemudian mak cik tuan rumah menatang dulang berisi teh o dan biskut tawar. Ketika kami minum, Ahmad berborak dengan pak cik tuan rumah. Mereka menggunakan bahasa sukuan. Deraian tawa kerap kedengaran. Saya tidak memahami biji butir perbualan mereka.

Maghrib bertandang. Saya segera menyambut kehadirannya dan menggabungkannya dengan isyak. Sejurus kemudian makanan malam dihidangkan. "Masakan ayam kampung!" seru Ahmad sambil tersenyum dan ketawa.

Bachik muncul. Kami menikmati makanan itu bersama-sama. Apabila selesai makan, Bachik turun. Bunyi kenderaan menderum, menjauh dan lenyap. "Dia pergi memburu dengan kawannya," kata Ahmad.

Saya mengangguk dan mula menguap. Perbualan kami yang tidak rancak berakhir apabila saya terlelap dengan berbantalkan beg pakaian.

Ahmad mengejutkan saya. Saya melihat jam tangan. Baru pukul dua belas suku.

"Mengapa?" saya bertanya.

"Mari kita makan sup pelanduk," jelasnya.

Saya kurang percaya dan bertanya, "Sup pelanduk?"

"Ya. Sup pelanduk hasil buruan Bachik."

Di Karamuak itulah kali pertama saya menikmati sup pelanduk. Rasanya sungguh enak. Ahmad, Bachik dan pak cik tuan rumah pun sama-sama menghirup kuah sup dan mengunyah daging pelanduk.

Pagi esoknya kami bersarapan ubi kayu rebus yang masih panas. Ubi rebus itu dihidangkan dengan teh o kurang manis dan sepiring kelapa muda parut bergaram. Saya dan Ahmad sahaja mengunyah ubi muda, putih dan empok. Bachik masih nyenyak mengerekot di hujung serambi. Pak cik tuan rumah sudah ke kebunnya.

Saya bertanya Ahmad tentang kecenderungan orang Karamuak mengurangkan gula dalam minuman. Mula-mula Ahad melawak dengan mengatakan orang Karamuak khususnya, suku kaum Sungai di Kinabatangan umumnya, sudah terlazim memperbanyak manis dalam senyuman. Saya bermuka selamba. Ahmad segera menjelaskan bahawa barang-barang keperluan seperti gula sukar diperoleh di kawasan itu. Pekedai runcit menjual barangan dengan harga yang mahal. Alasan mereka ialah kos pengangkutan dari Sandakan ke situ sangat tinggi.

Tanpa diminta Ahmad menambah, "Ubi menjadi makanan istimewa orang di sini. Makanan ini mengandungi gula yang tinggi. Kadang-kadang tapai ubi menjadi sarapan dengan air kosong kerana tapai sudah mengandungi gula."

Selepas bersarapan, kami ke sekolah yang tidak jauh dari rumah tempat kami menginap. Ketika itu sesi pembelajaran sudah bermula. Ahmad menemui guru yang akan kami selia. Saya melihat zoo mini dan kawasan sekolah. Haiwan dalam zoo mini itu agak banyak. Tumbuh-tumbuhan di dalam pagar zoo itu berlabel. Kawasan sekolah luas dan bersih. Banyak pokok bunga di sekeliling sekolah.

Kami melaksanakan sesi prapemerhatian di bilik guru. Rekod pengajaran guru itu lengkap. Persediaannya untuk pengajaran hari itu cukup baik. Oleh sebab kami merancang akan bertolak ke SK Kuamut selepas bersolat zuhur, kami mencerap dua sesi pengajaran bagi mata pelajaran yang berlainan. Ahmad tidak menyertai sesi pascapemerhatian. Dia meninggalkan saya dan guru itu di bilik guru. Dia pergi untuk menempah bot yang akan membawa kami ke Kuamut.

Tanpa Ahmad, sesi pascapemerhatian mendatar. Pada masa itu belum sampai dua tahun saya bergelar pensyarah. Saya kurang arif untuk menyulam perbincangan dengan gelak ketawa. Oleh sebab ilmu kaunseling saya bagaikan setitik air dalam gelas yang besar, saya banyak bercakap. Hal ini menyebabkan pelanggan saya terkedu.

Pada masa itu keupayaan saya mendengar dan mencungkil maklumat dan rasa hati pelanggan baru di peringkat percambahan. Semangat saya bergelojak. Saya mahu guru pelatih, termasuk guru KDC, sentiasa melakukan muhasabah dan bersungguh-sungguh untuk menggapai kecemerlangan. Beberapa orang guru pelatih sepenuh masa pernah bermata merah atau mengelap air mata; bahkan dalam satu sesi pascapemerhatian deraian air mata seorang guru pelatih wanita tidak mampu dilap lagi.

Kebanyakan guru KDC sudah berumur, berpengalaman dan matang. Guru KDC di SK Karamuak itu mempunyai ciri yang sama. Oleh itu saya berusaha mengawal rentak perbincangan. Saya mengelakkan timbulnya suasana tegang. Hal itu bukan disebabkan oleh ayam kampung atau sup pelanduk. Sebaliknya hal itu memang perlu kerana sesi itu ialah perbincangan profesional. Guru itu pula sudah menunjukkan usaha yang baik, walaupun belum sampai ke tahap cemerlang.

Pascapemerhatian selesai. Secara berterus terang, guru itu meminta agar saya menyatakan gred yang diperolehnya. Saya hanya membayangkan prestasinya dengan ayat yang berbunga-bunga. Hal itu saya lakukan kerana gred praktikum sulit dan mesti melalui prosedur tertentu sebelum keputusan rasmi dikeluarkan. Gred mungkin kekal, turun atau naik bergantung pada ketetapan mesyuarat satu lembaga khas. Hal yang terpenting, pensyarah penyelia tidak ada kuasa untuk menentukan gred. Mereka hanya mencadangkan gred kepada pihak pengurusan. Saya yakin guru itu dapat membuat rumusan sendiri tentang prestasi praktikumnya.

Seperti guru-guru KDC yang lain, guru itu ingin tahu sama ada dia akan diselia lagi atau penyeliaan sudah selesai. Jawapan saya hampir sama dengan jawapan kepada guru-guru KDC yang lain. Saya meminta agar dia terus membuat persediaan seperti yang diarahkan oleh pihak maktab sehingga tarikh akhir tempoh praktikum.

Saya berkata, "Kami sudah melihat cikgu menyampaikan pelajaran sebanyak dua kali. Namun cikgu masih perlu mematuhi semua arahan maktab. Hal itu penting kerana pensyarah kanan atau penyelia kursus akan datang untuk memantau atau melakukan penyelarasan. Jadi cikgu mesti berada dalam keadaan sedia pada setiap hari persekolahan sehingga hari terakhir praktikum."

Guru itu mengiringi saya sehingga ke rumah penginapan kami. Setelah dia kembali ke sekolah, Ahmad pun muncul. Wajahnya ceria. Dia tersenyum simpul. Dia berkata, "Isa, bot sudah ada. Sewanya lima puluh ringgit. Pembawa bot berpengalaman. Aki akan menemani kita."
***
Catatan seterusnya:
Penyeliaan di SK Kuamut 1981: Tidur di Ada Meja Murid
Penyeliaan di SK Paus 1981:
Di sa…na!
Penyeliaan di SK Malubang 1980 (1): Ayam Putih, Terbanglah!

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Shahzan hafiz Blog..: 10 Tempat menarik <b>di KOTA KINABALU</b> <b>...</b>

Posted: 09 Oct 2012 12:00 AM PDT

Assalamualaikum w.b.t.

Setelah hampir setahun aku berada di kota kinabalu sabah ni.. bekerja sambil melancong.. kali nie aku ingin bercerita tentang 10 destinasi yang menarik di kota kinabalu sabah yang sempat aku melawat bersama2 kawan2... skop dia hanya di kota kinabalu sabah sahaja tidak lebih daripada itu..

Bismillah..

1. GUNUNG KINABALU (KINABALU PARK & PASAR SAYUR)


KINABALU PARK yang terletak di kundasang adalah tempat yang wajib dikunjungi bila berada di KK... Cuaca yang sejuk dan nyaman serta keindahan permandangan mmg dapt merelease kan stress kat otak ni... Kamera DSLR mmg wajib ditry kat sini sbb dapat shoot permandangan yang cantik.. dan cuaca dia lebih kurang sejuk seperti cameron dan genting highland.. Anda boleh menyinggah ke PASAR SAYUR DAN BUAH yang terletak di bahu jalan ketika pergi dan balik  dari Kinabalu park.. 



Di sini juga terdapat tempat SUSU LEMBU yang 'Pure' (macam new zealand lembu nya) dan bley beli susu fresh. Ada juga beberapa destinisi lain di sini yang sangat menarik cumanya kene lalu bukit yg curam sahaja halangannya.. kalo okey then anda bley pergi ke kawasan tanaman LADANG TEH DAN SAYUR disini.. 

2. RANAU - (PORIM & CANOPY WALK)


Di ranau ni tedapat 2 tempat yang kamu bley kunjungi iaitu PORIM - KOLAM AIR PANAS dan juga CANOPY WALK (tali tergantung atas pokok yang super tinggi dan anda akan menyeberangi nya menggunakan jambatan atau titi yang disediakan- kalo lemah semangat jgn naik!).... kalo masa cuti sekolah.. adalah tidak disarankan pergi ke tempat ini.. sbb depenuhi orang ramai.. huhu xprivacy.. tapi okey je.. cuma bersesak sikit... 

3. PULAU - (MANUKAN DAN MANUTIK)

 Di sabah ni bab pulau.. mmg cantik dan terbaik.. disebabkan itu ia dipenuhi pelancong xkiralar waktu tu weekend atau weekday.. kalo kamu datang tengah hari.. mesti ramai yang bersidai kat tengah pantai tue.. so pakai sunglass k.. yang selalu datang kat sini permerhatiannya adalah orang korea, jepun dan eropah.. huhu :P

 Dua pulau ni xde perbezaan sangat cumanya kalo kamu nak pergi perlu menaiki boat yang disediakan.. shuttle boat nie akan bawa anda pergi ke manukan dan seterusnya manutik.

4. PASAR FILIPINE... PASAR IKAN KERING & MASIN


Kat sini aku dgn member2 makan sekali sahaja tp harga dia kira okey dan sedap juga.. yang penting pilih tempat yang paling xmencurigakan dari segi kebersihan.. takut sakit perut.. menarik tu mungkin sbb ramai orang jual ikan bakar dan segala jenis makanan laut yg dibakar.. agak unik.. dan kat sini setiap malam akan dibuka, kalo bosan xtau nak buat apa.. ley jalan2 di kawasan ini..  Tempat ni bersebelahan dengan PASAR FILIPINE dan mmg xsahlar kalo xshopping ke tempat ni.. ikan bilis dan ikan masin yang berkualiti ada di jual kat sini.. senang citer kalo 1kg ikan bilis dah siap kopek rm20.. kene pandai deal dengan tukang jual.. kalo bley speak sabah k..

5. PASAR MALAM - PASAR JUAL MUTIARA
Pasar ni juga tidak jauh dari Pasar philipine.. Tempat lain bley jadi sangat mahal.. kene pandai memilih tempat.. tapi setelah diselidik ada satu kawasan ni jual mutiara yang paling murah dan berbaloi. Berdekatan dengan hotel (lupa dah nama dia).. tapi harga mmg berbeza siap dapat extra atau free lagi..

6. PANTAI TANJUNG ARU


Terdapat 3 slot xsalah saya untuk pantai tanjung aru.. pantai pertama sangat happening.. kamu bley beli jeruk dan kopok lekor dan ada kawasan makan yang luas.. dan dihadapannya adlah pantai tanjung aru yang sgt bersih dan putih.. pantai kedua dan ketiga kawasannya lebih tenteram dan nyaman.. sesuai untuk berpiknik dan bbq (angin dia kuat, senang nak buat bara api)

7. PANTAI TANJUNG LIPAT..

kawasan ni lebih sesuai ketika diwaktu malam.. tempat yang sesuai untuk pasangan kekasih "CANDLE LIGHT DINNER"... romantik.. makanan dia xder sedap mana..tp tempat dia ok juga.. romantik..

8. KEPAH BAKAR DAN AIR KELAPA BAKAR
Selalunya orang yang datang ke sini nak melancong... diorang akan singgah tempat yang diorang rasakan unik.. kat sini juga agak uniknya dimana dapat rasa keenakan rasa KEPAH bakar dan Air Kelapa bakar atau sejuk yang terbaik bila dirasa bersama.. terletak berdekatan dengan politeknik kota kinabalu dan terletak di sepanjang bahu jalan on the way ke tuaran dari poli kk.....

9. Bukit Bendera Kota Kinabalu
Ni kira check point bagi orang di KK.. nak tengok permandangan bandar kota kinabalu dari atas bukit.. sambil menghirup udara segar.. tempat nie mmg sesuai utk para pelancong mengambil gambar dan berehat sebentar...
Inilar tempat dimana kami dibawa oleh En. Ali bin Hamzah (orang yang paling mengambil berat ke atas kami yang baru terkontang kanting kat bumi sabah nie.. terima kasih abg Li.. u are the best...) en.Khalil (KJ paling sporting..) dan Rashid (Li bezfrend juga byk menolong.. thankz).. 

10. Jesselton Point...

Tempat merilexkan mind sambil minum kopi dan membaca buku.. tempat menghilangkan stress.. yup.. suasana yang tenang dan tempat hangout dengan member yang sesuai.. 
harga makanan xterlampau mahal wpun mostly mahal.. tp okey lar worth it.. hee.. 
selamat mengunjungi Sabah..... :)

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


Lembaran baharu dakwah <b>di Sabah</b> | Ilmuan Malaysia

Posted: 23 Oct 2012 07:08 PM PDT

Mohd Riduan bin Khairi

Pekan Nabalu, tiada siapa mengenalnya melainkan sebuah pekan koboi di kaki Gunung Kinabalu. Di mata sebahagian orang, Sabah hanyalah sebuah negeri menyimpan sebuah gunung tertinggi di Asia Tenggara. Yang ada hanya pokok dan hutan! Kalau sebut negeri Sabah, ia tidak lebih dari himpunan sebuah kompleks/ kampung budaya dengan rumah panjang, rumah di atas laut dan rumah di atas pokok. Dikisahkan pula seorang rakan ketika di kampus universiti dahulu bercucuran air mata ketika berkenalan dengan seorang pelajar dari Sabah. Sangkaannya rakyat Sabah masih lagi tinggal di atas pokok!

Hanya sahaja nama Sabah menjadi perhatian nasional dan dunia apabila dua ahli politik veteran mereka melompat parti. Pada sebahagian orang lompatnya Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Datuk Lajim bin Ukin sesuatu fenomena dan mengejutkan. Namun tanyakan pada rakyat kebanyakan di Sabah, hal sedemikian adalah suatu yang lumrah dan biasa.

Hambar dan tidak berperasaan. Itulah rasanya ketika mula-mula saya menerima tugasan menerajui sebuah projek dan khidmat di Kepulaun Borneo khususnya di negeri Sabah dan Sarawak. Seperti tugasan-tugasan sebelum ini bermula dari Tanjung Pengelih, Kota Tinggi Johor sehinggalah ke Kampung Tengku Abdul Rahman Petra, Dabong Kelantan, perasaan saya hanya teruja untuk menerima cabaran dan pengalaman baharu. Itu sahaja.

Saya pernah bertugas menaiki bot penambang di Tanjung Surat sebelum dijemput menaiki motosikal menuju ke lokasi bertugas. Justeru menerima tugasan baharu ke Sabah pada saya hanya sekadar nilai tambah dari segugus pengalaman yang sudah ditimba.  Itulah segugus sangkaan demi sangkaan yang berbekas di dalam fikiran orang-orang seperti saya yang tidak pernah bermimpi untuk menjejakkan kaki ke negeri di bawah bayu ini. Sehinggalah tanggal 7 Julai, atas izin Allah takdir-Nya buat pertama kali saya menjejakkan kaki ke negeri yang layak digelar 'syurga dunia' ini.

Subhanallah, ketibaan di sana disambut dengan deburan ombak yang masih mulus, putih dan bersih. Rupanya landasan kapal terbang benar-benar bersandar dengan gigi-gigi pantai. Dan pantainya masih bersih dan jernih, tidak seperti kebanyakan pantai di tempat lain yang keruh dan tercemar.

Di sebalik kisah dusta dan keterlaluan akan kemunduran negeri Sabah, sebenarnya Sabah merupakan negeri yang memiliki jaringan pengangkutan yang terbaik dan efisyen. Memang sistem jalanrayanya masih sederhana, tapi jangan lupa jaringan pengangkutan udara dan lautnya yang antara yang terbaik. Air Asia sahaja sudah mendarat di Sandakan dan Tawau selain Kota Kinabalu. Sebutkan negeri mana di semenanjung yang menerima layanan korporat sedemikian rupa!

Saya sempat sampai ke Kundasang dan Semporna, sambil melawat beberapa pulau terindah di Malaysia; Mabul dan Kapalai. Sayang sekali Pulau Sipadan tidak dapat saya lawati lantaran pelancong asing terlebih dahulu menempah permit dan disahkan penuh sehingga hujung tahun!

Maka tidak hairanlah seorang pelancong Portugal menceritakan bahawa dia sanggup menjual rumahnya semata-mata untuk datang ke Sabah dan Kepulauan Borneo. Sungguh-sungguh beliau menceritakan dalam kedinginan musim sejuk di atas kapal pelancongan Ha Long Bay, Vietnam. Jelas beliau, amat beruntung saya menjadi rakyat Malaysia yang dikelilingi 'syurga' yang diidam-idamkan seantero Eropah.

Kata orang-orang tempatan, pembangunan pesat berlaku pada era YAB Datuk Seri Panglima Musa Aman. Ternyata penamatan sistem penggiliran Ketua Menteri memberikan hasil dan rahmat yang besar kepada rakyat Sabah.

Ada juga beberapa pihak yang tidak cerdik dan kurang cerdas akalnya apabila mebandingkan fasiliti di Sabah dengan negeri-negeri lain di Semenanjung. Amatlah tidak adil membandingkan ayam dan itik, epal dan oren.

Meskipun perhubungan darat terbatas, namun Sabah dilengkapi dengan perhubungan laut dan udara yang paling ke hadapan. Sebutkan negeri manakah di semenanjung yang mempunyai lapangan terbang di setiap bandar utamanya. Di Sabah, setiap bandar utamanya baik Labuan, Sandakan, Lahad Datu; semuanya memiliki lapangan terbang dan pelabuhan.

Sementelahan pula luas negeri Sabah melebihi 3 negeri yang paling besar di Semenanjung yakni Johor, Pahang dan Perak. Bahkan jika dihitung luas negeri Sabah melebihi luas separuh tanah di Semenanjung. Justeru kerajaan negeri Sabah memikul beban lebih banyak berkali-kali ganda berbanding kerajaan-kerajaan negeri di Semenanjung.

Itu belum dikira jumlah penduduk antara yang teramai dengan variasi suku, agama dan budaya. Ditambah kerajaan negeri Sabah mengawal sempadan antarabangsa meliputi ribuan km pantai yang mengelilingi negerinya.

Namun pujian 'thumbs up' harus diberikan kepada kepimpinan DS Musa Aman atas kejayaan mengurus kewangan dan perbelanjaan negeri. Dilaporkan negeri Sabah memiliki rezab dan pengurusan kewangan antara yang terbaik di Malaysia. Demikian seperti yang dijelaskan oleh Datuk Ibrahim bin Saad, Pengarah Biro Tatanegara negeri Sabah.

Yang Berbahagia Pengarah BTN memberikan kesempatan yang lumayan lagi mewah kepada saya dan rakan setugas untuk menyertai meninjau seluruh daerah di negeri Sabah melalui Konvoi Merdeka 2012.

Dari Kalabakan, kami merentasi gunung, lembah dan laut melewati Semporna, Lahad Datu, Kinabatangan, Beluran, Pitas, Kota Marudu, Tamparuli, Ranau, Tambunan, Tenom, Sipitang, Beaufort, Labuan, Membakut dan kembali ke Kota Kinabalu. Syukur dan rasa bertuah kerana tidak sampai satu bulan menjejakkan kaki ke negeri di bawah bayu ini, kami sudah diberi rezeki oleh Allah untuk menjelajah ke seluruh pelusuk negeri ini.

Terbantahlah segala tuduhan dan fintah yang dilemparkan oleh pihak pembangkang yang tidak pernah sudah-sudah memburuk-burukkan pihak kerajaan. Kalau itu yang dijadikan isu, saya percaya isu itu lebih besar di Kelantan. Beberapa kali kereta saya nyaris terbabas di Dabong kerana tanah runtuh yang tidak dibaiki dan lohong-lohong besar di sepanjang jalan raya menuju Gunung Stong! Beberapa kali juga kenderaan saya hampir terjongket menyelusuri jalan berliku di Ijok. Itu namanya negeri berstatus maju?

Alhamdulillah, sampainya saya dan pasukan Sekretariat Ilmuan Malaysia(iLMU) memberi lembaran baharu dalam perjalanan dakwah kami. Sambutan masyarakat Sabah terhadap agama Islam amat subur dan menggalakkan. Setiap hari ada sahaja berita orang memeluk Islam, baik secara peribadi mahupun berkumpulan.

Demi menyokong usaha murni ini pihak Sekretariat Ilmuan Malaysia(iLMU) di bawah Biro Tasfiyah dan Tarbiyah menubuhkan "Skuad Iman Sabah". Skuad ini akan menjalankan kerja-kerja promosi keindahan ajaran Islam. Dalam masa yang sama skuad ini memperkenalkan prinsip-prinsip Islam yang tulen di atas mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah . Ini sebagai usaha preventif (pencegahan) dari ajaran sesat yang semakin berkembang di seluruh dunia termasuk Syiah, Qadiyani,  Hizbut Tahrir, Liberalisme, Pluralisme, Rufaqa' (sebelum ini dikenali sebagai al-Arqam), dan kelompok yang terpengaruh dengan mazhab sesat khawarij. 

Penulis adalah Ketua Biro Penerbitan Sekretariat iLMU

Siaran akhbar Isnin 22 Oktober 2012


Komen atau kongsikan pendapat anda:

Sabtu, 27 Oktober 2012

10 di kota marudu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


Macam <b>Di</b> KK...: Jalan Pesisir Tuaran-<b>Kota Marudu</b>-Kudat Mangkin <b>...</b>

Posted: 16 Oct 2012 05:34 PM PDT

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


PASPB: KEJAYAAN BN <b>DI SABAH</b>!!! Menjadikan <b>Sabah negeri</b> <b>...</b>

Posted: 07 Oct 2012 01:56 AM PDT

TIMBALAN Ketua Menteri,(TKM) Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, nampaknya betul-betul marah apabila pembangkang menuduh Barisan Nasional gagal membawa pembangunan di Negeri Sabah selepas memerintah negeri itu selama 49 tahun.

Memang benar kata TKM Sabah ini, selepas

49 tahun memerintah Sabah, Barisan Nasional telah berjaya membawa pembangunan ke Negeri Sabah. Buktinya Sabah telah berjaya menjadi Negeri paling miskin di dalam Malaysia.

Bukan itu sahaja, malah Barisan Nasional telah berjaya menjadikan Negeri Sabah

memiliki 40% daripada segala kemiskinan yang ada di negara ini. Hasilnya kini 40 peratus orang miskin tinggal di Sabah terutama di kawasan pedalaman.

Perkara ini didedahkan oleh akhbar berpengaruh Sabah,

Borneo Post yang memetik hasil laporan Bank Dunia. Rujuk printscreen di bawah.

Kepada rakyat Sabah, teruskanlah menyokong Barisan Nasional, jika mahu Negeri Sabah memiliki 100 peratus segala kemiskinan yang ada di bumi Malaysia ini suatu hari nanti.

ReJaM© "

Pairin Kitingan mahu tipu siapa? Rakyat atau diri sendiri? "

10 di penampang - Google Blog Search

1 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


Lebih banyak pembangunan untuk - Insight Sabah - Home

Posted: 14 Oct 2012 09:07 PM PDT

Lebih banyak pembangunan untuk Penampang

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (tengah), bersama Ketua Menteri Datuk Musa Aman (kanan) dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Industri Komoditi Tan Sri Bernard Dompok (kiri) di upacara merasmikan jambatan.

Bernard DompokOleh Elaine Mah
Gambar oleh Oliver Majaham

Sabah menyaksikan pembangunan pesat di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok. Beliau berkata demikian dalam ucapan alu-aluannya di perasmian Jambatan Pagansakan dan majlis pecah tanah Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri di Kampung Inobong, Penampang.

Jambatan Pagansakan sepanjang 84 meter itu bernilai RM9.05 juta dan dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan. Pembinaan bermula pada 2010 dan  siap awal tahun ini. Ia menyediakan akses ke seberang sungai dan adalah rahmat sebenar kepada kira-kira 2,000 orang di kampung berkenaan.

"Jambatan ini adalah satu peruntukan khas dari Kementerian Kewangan. Ia adalah hadiah kepada rakyat Penampang, " kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas beliau merasmikan pembukaan jambatan berkenaan.

"Pembangunan tidak saja tertumpu di jalan raya dan jambatan. Ia juga membabitkan pembangunan sekolah-sekolah di Penampang seperti Sekolah Anglo Cina yang menelan belanja RM11 juta dan SMK Bahang, RM5.6 juta, " tambah Dompok.

Sebuah sekolah menengah di Kampung Kipouvo yang akan bertindak sebagai sekolah utama kepada pelajar sekolah rendah di kawasan Moyog juga telah dimasukkan dalam projek pembangunan kerajaan persekutuan tahun depan.

Musa Aman

"Daerah Penampang tidak pernah ketinggalan dari segi menerima pembiayaan pembangunan, sama ada daripada kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan," kata Ketua Menteri Musa Aman di majlis yang sama.

Musa berkata, pembiayaan ini termasuk penambahbaikan kemudahan awam, pembinaan rumah untuk golongan orang miskin dan program bantuan rumah.

Industri getah dan kelapa sawit juga telah menerima peruntukan pembiayaan, menurut Dompok. Kerajaan telah memperuntukkan dana untuk tujuan penanaman semula 1,800 hektar tanah dengan getah pada kadar RM13,000 sehektar," kata Dompok. - Insight Sabah

Jambatan baru Pagansakan.

Diterbitkan pada 15-10-2012 12:07 pm

Jumaat, 26 Oktober 2012

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


Bot Karam <b>Di Sandakan</b>, Dua Murid Lemas – Perak Today

Posted: 06 Jul 2012 10:10 PM PDT

SANDAKAN: Dua murid lemas manakala empat terselamat apabila bot yang mereka naiki semasa pulang dari sekolah, karam di perairan berhampiran Pulau Timbang dekat sini Jumaat.

Kejadian kira-kira pukul 1 petang itu membabitkan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru yang dalam perjalanan balik ke rumah mereka di Kampung Serabut.

Mayat Sabrurina Mohd Noor, 10, murid Tahun Empat telah ditemui manakala seorang lagi murid Zulaika Amri, 12, murid Tahun Enam belum ditemui.

Empat yang terselamat ialah pemandu bot yang juga bapa Zulaika berusia dalam lingkungan 30-an dan tiga lagi anaknya iaitu dua lelaki dan seorang perempuan berusia antara setahun dan lima tahun.

Amri dan dua daripada anaknya kini dirawat di Hospital Duchess of Kent Sandakan dan mereka dilapor dalam keadaan stabil.

Bapa Sabturina, Mohd Noor berkata bot yang dinaiki anaknya itu karam dipukul arus deras di perairan berhampiran Kampung Upak.

"Amri yang juga sepupu saya bersama tiga anaknya yang turut berada di dalam bot itu diselamatkan penduduk kampung," katanya ketika ditemui di Kampung Baru.

Sehingga berita ini ditulis, operasi mencari Zulaika oleh penduduk kampung dengan kerjasama Polis Gerakan Marin dihentikan pada pukul 6 petang disebabkan keadaan gelap dan perairan berombak.

Bot yang karam itu ditemui terdampar di Pulau Magandai kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.

Turut meninjau tempat kejadian dan melawat keluarga mangsa ialah Anggota Dewan Undangan Sekong Datuk Samsuddin Yahya.

- BERNAMA

10 di kota belud - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


Macam <b>Di</b> KK...: SUARA RAKYAT : Musa melawat <b>Kota Belud</b> lagi

Posted: 10 Oct 2012 06:20 PM PDT

KETUA Menteri Sabah-Datuk Musa Aman dijadual melawat Kota Belud esok. Tujuan lawatan itu adalah untuk menghadiri Pelancaran PDK KU SIHAT peringkat negeri. Beliau juga akan merasmikan pelancaran itu yang bertempat di Dewan Datuk Haji Musbah, Kg Taun Gusi, Kota Belud.

Program PDK KU SIHAT peringkat kebangsaan telah dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 23 Jun lalu.

Kali terakhir Ketua Menteri melawat Kota Belud adalah pada 15 September lalu, semasa Sambutan Hari terbuka Hariraya BN.

Sokongan Musa terhadap para wakil rakyat Kota Belud tidak dapat disangkal lagi, kerana apa sahaja program yang dianjurkan oleh para wakil rakyat Kota Belud, pasti beliau sempat hadir.

Sambuatan rumah Terbuka Tan Sri Pandikar dan USBO pada 2 September lalu, turut juga dihadiri Musa, meskipun pada hari yang sama Bahagian Umno Libaran, di mana beliau adalah Ketua Bahagiannya sedang mengadakan Mesyuarat Bahagian.


Sokongan Musa terhadap apa sahaja aktiviti para pemimpin BN, adalah paksi kepada sokongan para pemimpin BN terhadap beliau. Atas sebab sokongan itu, maka beliau terus menerajui kerajaan negeri dan parti menghampiri sepuluh tahun.

Seorang kapten yang baik, apabila kapten itu memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukannya. Melalui sokongan itu, maka akan berlaku aksi timbal balik. Inilah yang berlaku terhadap kepimpinan Musa.

Para pemimpin yang meninggalkan BN/Umno bukan kerana mereka tidak mendapat sokongan daripada Musa, akan tetapi para pemimpin itulah yang bertindak sebaliknya. Para pemimpin yang meninggalkan BN/Umno mempunyai agenda tersendiri, atas sebab itu mereka mengubah haluan, walaupun pada asasnya, mereka mendapat sokongan penuh daripada kempinan negeri.

Sifat saling hormat dan menghargai antara seseorang kapten dan pasukan sangat-sangat diperlukan bagi keutuhan dan kekuatan pasukan itu. Atas sebab itu, semangat berpasukan adalah penting dalam sesebuah organisasi.

Musa memperlihatkan hormat dan menghargai semangat berpasukan, atas sebab itu beliau sekali lagi melawat Kota Belud, esok walapun belum sebulan lawatan terakhirnya.

Nama Kota Belud sangat besar ertinya terhadap Kerajaan BN yang ditunjangi Umno, kerana di daerah ini lahirnya anak sulung Umno Sabah.

Kota Belud kini sedang membangun pesat terutama kerana daerah ini dinamakan sebagai salah satu Jelapang Padi negara yang baru.

Kemajuan Pertanian dan Perkebunan dan kini diselitkan dengan Program Agropolitan, merancakan lagi pembangunan Kota Belud. Adalah dianggarkan, apabila semua program pembangunan itu siap dan berhasil, pendapatan daerah akan melonjak kepada RM2bilion setahun pada tahun 2020. Jika diambil pendapatan perkapita penduduk pada tahun itu, maka rata-rata pendapatan rakyat telah melepasi garis kemiskinan.

Sekalung tahniah kepada para wakil rakyat Kota Belud, kerana mampu membawa pembangunan berbagai bentuk ke kawasan Kota Belud. Kejayaan ini tidak akan tercapai tanpa sokongan yang kukuh daripada Ketua Menteri.

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


Media Shah Alam – Perumahan SPNB terbengkalai <b>di Lahad Datu</b>

Posted: 21 Oct 2012 08:29 PM PDT

Saya merupakan pembeli rumah yang teraniaya dengan Projek SPNB yang dibina di Lahad Datu, Sabah (Perumahan Sri Gemilang) yang sehingga kini masih terbengkalai. Pinjaman yang saya buat dengan Kerajaan telah diluluskan pada tahun 2008. Saya telah membuang masa selama 5 tahun tanpa membeli rumah dengan projek perumahan lain semata-mata mengharapkan agar Projek Perumahan Sri Gemilang [...]

Continue reading here:
Perumahan SPNB terbengkalai di Lahad Datu

10 di penampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


UMNO Online - <b>Penampang</b> Jadi Perisai BN Halang Pembangkang <b>...</b>

Posted: 25 Sep 2012 01:34 AM PDT

Kategori Dari Bahagian

Penampang Jadi Perisai BN Halang Pembangkang Masuk Sabah

Oleh : Ropikah Ahmad

KOTA KINABALU, 25 Sept. – Ketua UMNO Bahagian Penampang, Datuk John Ambrose menegaskan bahawa pakatan pembangkang ditolak oleh rakyat Sabah lantaran isu yang dibawa mereka bukan hanya bersifat negatif tetapi juga mengundang kepada kehancuran dan musibah besar pada masa depan negara dan rakyat Malaysia.

Katanya, bahagian Penampang yang menjadi pintu masuk ke Sabah adalah antara kawasan tumpuan pakatan pembangkang dalam usaha mereka untuk mendapatkan undi dan sokongan daripada rakyat khususnya dalam merealisasikan impian mereka menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Bukan hanya ketua pembangkang iaitu Anwar Ibrahim yang kerap bertandang ke sini tetapi pemimpin dari DAP dan Pas juga acapkali turun malah kelibat anaknya Nurul Izzah juga dilihat cuba mendekati warga Penampang yang kebanyakkan terdiri dari kaum Kadazan," jelasnya kepada UMNO-Online.

Terang beliau yang merupakan satu-satunya ketua UMNO Bahagian beragama Kristian, malangnya percaturan pakatan pembangkang mengundang padah kerana rakyat terang-terangan menolak agenda dangkal mereka yang umpama memperbodohkan diri sendiri.

"UMNO bahagian Penampang mempunyai satu kesatuan bukan saja dengan penglibatan masyarakat Kadazan dan etnik lain di sini tetapi kebersamaan rakyat Sabah menolak agenda pembangkang kerana sedar bahawa mereka merosakkan perpaduan dan kemajmukan yang telah sekian lama diterapkan.

"Kita mahukan kerajaan yang bertanggungjawab sebagaimana pimpinan BN yang sentiasa melihat masa depan, kemajuan dan pembangunan rakyat dan bukannya bertumpu semata-mata kepada isu remeh sebagaimana diketengahkan oleh Anwar dan sekutunya yang datang ke sini."

Tambah beliau, pakatan pembangkang cuba merangka strategi dengan mendekati rakyat melalui kenduri dan majlis-majlis perkahwinan dengan anggota DAP bertumpu kepada kaum Cina, Pas pula cenderung kepada masyarakat Islam sementara PKR banyak memainkan sentimen perkauman dan agama.

"Dengan apa yang dilakukan oleh mereka secara tidak langsung telah menyerlahkan keburukan pakatan pembangkang itu sendiri yang gemar menggunakan isu perkauman dan agama sebagai bahan propaganda sedangkan realitinya bukan hanya masyarakat Penampang tetapi rakyat Sabah menolak agenda sedemikian yang tidak menyumbang kepada kebaikan.

"Bagaimana pakatan pembangkang sendiri mahu membentuk kerajaan di Sabah sedangkan hakikatnya mereka gagal memahami rakyat di sini dengan cuba membawa isu Semenanjung ke negeri ini dan mengibaratkan Sabah umpama Kelantan melalui sentimen agama yang diketengahkan. Itu salah," tegasnya lagi.

Katanya, sebagai ketua bahagian, beliau sentiasa meletakkan agenda rakyat sebagai keutamaan dengan bersama-sama mereka tanpa mengharapkan imbuhan atau mempunyai agenda peribadi sebagaimana yang diterapkan oleh Anwar Ibrahim.

"Walaupun saya adalah ketua bahagian UMNO tetapi saya turun padang bukan untuk menjadi calon seperti mana yang dimainkan oleh pembangkang sebaliknya saya dan anggota UMNO bekerja untuk kesejahteraan rakyat dan kemenangan BN yang menjadi payung kepada rakyat Malaysia.

"Impian pakatan pembangkang adalah untuk meletakkan Anwar sebagai PM tetapi mereka sendiri belum memutuskan untuk parti mana yang akan bertanding di sini kerana antara PKR dan DAP juga ada percanggahan dan banyak bermain tarik tali sedangkan pada BN ianya telah nyata bahawa kerusi Penampang bukan milik UMNO namun jentera kita bekerja bersama-sama," tegasnya lagi. – MediaUMNO

Berita Bertarikh Pada 4:34 PM

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


Sekong Assemblyman PROSPECTING his OWN GRAVE? (ADUN ...

Posted: 25 Oct 2012 05:17 PM PDT


TINDAKAN Adun Sekong, Datuk Haji Samsudin Yahya menggesa agar RCI menyiasat asal usul Ketua Pemuda PAS, Lahirul Latigu yang ditakrifnya sebagai PATI ketika membahaskan Belanjawan Negeri Sabah 2013 di Dewan Undangan Sabah baru-baru ini merupakan tindakan bodoh seperti menggali kubur sendiri.
Bagaimanapun saya mengalu-alukan gesaan Samsudin kerana Panel RCI perlu menyiasat kenapa permohonan bapa Lahirul iaitu Latigu Laando yang membuat permohonan kewarganegaraan mengikut lunas undang-undang belum diluluskan; tetapi dalam masa yang sama Jabatan Pendaftaran Negara memberikan kerakyatan songsang kepada Pia Bte Dahlan, PATI Filipina yang memalsukan keterangan diri dan mengaku sebagai anak saudara TYT Sabah.
Bagi saya, kerakyatan Lahirul adalah sah menurut undang-undang kerana salah seorang ibu atau bapanya adalah warganegara Malaysia; selaras dengan Bahagian II [Perkara 14(1)(B)] Kewarganegaraan Melalui Kuat Kuasa Undang-Undang; sekalipun bapanya masih memegang kerakyatan Indonesia.
Bagaimanapun kerakyatan Samsudin pula mendatangkan kesangsian kerana siasatan saya mendapati data peribadi Samsudin di Jabatan Pendaftaran Negara begitu mencurigakan iaitu tanpa 'Ibubapa'.
Saya agak terkejut kerana dalam data JPN, Samsudin dilahirkan di Kampung Lupak Meluas sedangkan pada hari kelahirannya 08 Februari 1955, kampung berkenaan belum lagi wujud.
Sebelum ini, Paparazzi Sabahkini.net telah mendedahkan bahawa Samsudin telah terlibat secara langsung mendapatkan MyKad untuk 'Gundiknya' Pia Bte Dahlan yang memalsukan keterangan diri dan mengaku sebagai saudara TYT Sabah. Mungkin kerana tidak dapat tanduk, maka telinga beliau pulas dengan menjadikan Lahirul sebagai sasaran untuk mengalihkan perhatian rakyat Sabah dan Panel RCI.
Blog dan komen di Sabahkini.net juga turut mendedahkan bahawa Samsudin lahir di Filipina sebelum dilahirkan sekali lagi setelah tembuninya ditanam di Bongao, Filipina; mendapat suaka di Tambisan sebelum berhijrah ke Sandakan bersama Dahlan dan dipelihara ibu angkat bernama Fatnah.
Jika benar Samsudin mempunyai ibubapa yang sah, kenapa Samsudin tidak mengemaskini rekodnya di JPN dan tanpa segan silu menjalani ujian DNA dengan salah seorang anggota keluarganya untuk mengesahkan bahawa beliau anak jati Sabah dan bukannya PATI sebagaimana didakwa rakyat Tambisan dan penduduk asal Batu Sapi.
Jika pendedahan Sabahkini.net tidak benar, maka Samsudin sewajarnya menyaman Sabahkini.net dan bukannya menjadikan Lahirul dan seteru ketatnya, Jimmy Wong (Adun Sri Tanjung) sebagai Korban di Hari Raya Korban ini.
Dalam hal ini Samsudin sepatutnya insaf di atas perbuatannya yang bukan sahaja mencemarkan ajaran Islam dengan melanggar Undang-Undang Poligami di Malaysia; melakukan jenayah syariah dengan berkhalwat dengan bukan muhrim di Hotel Hyyatt Kinabalu; malah menjadikan dirinya sebagai 'Pengkhianat Negara' kerana mendalangi kegiatan subversif mendapatkan kerakyatan songsang kepada 'Gundiknya' dan sebahagian besar ahli UMNO di Batu Sapi.
Ketua Menteri Sabah tidak sepatutnya bersekongkol dengan segala jenayah yang dilakukan Samsudin selama ini dengan menyambung kontraknya sebagai Pengerusi Ko-Nelayan kerana telah menindas nelayan miskin sehingga mereka membenci Barisan Nasional kerana hak mereka untuk mendapat minyak bersubsidi dinafikan.
Jika Ketua Menteri menutup mata di atas kezaliman yang dilakukan Samsuddin selama ini, maka hukum karma pasti berjalan apabila malaikat menghijab mata pengundi daripada melihat Lambang BN di atas kertas undi dan memangkah Pakatan Rakyat.
Cukuplah upah besar yang diterima Samsudin atas jasa dan khidmat bakti kepada Ketua Menteri selama ini dan tidak membiarkan Samsudin menggunakan kesempatan terakhir ini untuk menikam Ketua Menteri dan UMNO dari belakang kerana rakyat tidak dapat memaafkan segala kesalahan dan kezaliman Samsudin selama ini.
Sampai bila Ketua Menteri mahu melindungi Samsudin sedangkan beliau menjadi liabiliti bukan sahaja kepada UMNO, Barisan Nasional; malah kepada Negara Malaysia kerana menjadi 'Pengkhianat Nombor Satu' di Sabah disebabkan Skandal MyKad untuk Gundiknya, Pia Binti Dahlan sedangkan beliau adalah Penggubal Undang-Undang di Sabah.
Sepatutnya, Samsudin bukan sahaja dipecat daripada kedudukannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi, Adun Sekong, Pengerusi Ko-Nelayan; malah disumbat ke dalam penjara kerana menderhaka kepada DYMM Yang DiPertuan Agong.
Kelmarin, hampir semua akhbar menyiarkan kenyataan Samsudin yang mendesak RCI menyiasat asal usul Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu.
Beliau berkata Lahirul adalah antara pihak pembangkang yang lantang mengupas isu pendatang asing (PTI) dan kewujudan RCI yang dianggap tidak rasional dan memperlekehkan usaha murni kerajaan dalam menangani isu kebanjiran pendatang asing di Sabah.
"Lahirul lantang mengupas isu PTI dan RCI di Sabah, sedangkan beliau adalah salah seorang PTI yang harus diteliti asal usul keturunannya. Bapa beliau (Lahirul) ialah Latigu bin Laando, seorang warga Indonesia berbangsa Buton yang memegang pasport No.W075828 sedangkan Ketua Pemuda Pas Sabah itu memegang KPI No.7607l9-12-5747 dan berbangsa Melayu.
"Malah salah seorang adik beliau bernama Nuridah Binti Latigu dengan KPT No 810526-12-5700 berbangsa Murut: dan adik beliau bernama Noriyati Bind Latigu dengan No.KPT 780302-12-6048 berbangsa Buton. Tiga orang adik beradik ini mempunyai bangsa berlainan," katanya.
Samsudin berkata demikian dalam ucapan bahasnya ke atas Belanjawan 2013 di Dewan Undangan Negeri Sabah di sini pada Selasa.
Beliau juga mendakwa bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Tanjong, Jimmy Wong Sze Phin yang lantang menyuarakan isu PTI adalah bapa segala PTI di Sabah yang juga mengupah PTI untuk menjadi pengawal peribadinya.
"Adakah YB Sri Tanjong ini bersekongkol dengan Ketua Dewan Pemuda Pas ini dalam hal-hal berkaitan isu PTI ini? Saya yakin dan percaya bahawa ada ramai lagi PTI seperti Ketua Pemuda PAS Sabah ini yang direkrut oleh pakatan pembangkang untuk memutarbelitkan fakta demi mencapai agenda politik murahan mereka," katanya.
Samsudin berkata pihak pembangkang terdesak sehinggakan sanggup bersekongkol dengan PTI untuk memperjuangkan agenda politik mereka.
"Saya pasti mereka ini terpaksa menggunakan khidmat PTI kerana sokongan rakyat Sabah terhadap parti pembangkang tidak ada sambutan," dakwanya.
(NOTA : Citra Masadi merupakan Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR Sabah. Pandangan Citra adalah pendapat peribadi dan tidak semestinya pendapat Sabahkini.net atau parti yang diwakilinya).
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved