Assalamualaikum kepada pengunjung blog Suara Insan Kedil yang budiman. Terima kasih kerana anda melawati blog kerdil ini dan jadikan blog ini medium ilmu untuk kita membuka minda dan mendekatkan diri dengan alam dan Maha Pencipta. *ID blog ini telah di ekploitasi oleh pihak-pihak tertentu dengan ke adaaan aib termasuk nama penulis sehingga terpaksa menutup beberapa kali blog ini. Alhamdulilah atas nasibat sahabat-sahabat blog ini terus di bagunkan kembali. Jika nama dan link blog ini terdapat di mana-mana blog yang kurang baik dan terdapat kutukan sila abaikan. ~InsyaAllah semoga Allah mengampuni dosa kita semua
"Takutlah kamu akan firasat orang-orang yang beriman kerana sesungguhnya dia melihat dengan cahaya (pimpinan) Allah s.w.t"
~Buat renungan rakan seperjuangan~
Sayid Jamaluddin al-Afghani : "Seandainya jumlah kamu yang beratus-ratus juta ini, ditakdirkan menjadi lalat dan nyamuk sekalipun, nescaya kamu akan dapat memekakkan telinga-telinga orang Inggeris dengan suara kamu. Seandainya kamu ditakdirkan menjadi labi-labi atau penyu sekalipun, lalu kamu berenang ke tanah Inggeris, bilangan kamu yang seramai ini akan dapat mengepung dan menenggelamkan tanah Inggeris. Kamu akan pulang ke India dalam keadaan selamat"
Ya Allah,jauhilah hati-hati kami dari titik dosa dan maksiat. Jadikan hati ini dekat dengan agama Mu dan jadikan kami hambaMu yang cintakan ilmu dan ulama Mu. Ya Rabbi,jauhilah aku dari kemiskinan dan kayakan kami dengan harta yang halal dan jadikan kami hambaMu yang cintakan syahid di jalan Mu Ya Rabbi.
Jadikanlah Negeri Kami Negeri Beragama Tempat Istirehat Orang-Orang Miskin Dan Memerlukan
"Ulama dan Professional di dalam PAS saling bantu-membantu antara sama lain, inilah kejituan yang ada dalam PAS, dasar PAS adalah Islam, Inilah rahsia kekuatan PAS yang tidak akan dapat diganggu gugat oleh mana-mana pihak, Kita berdiri teguh di atas perjuangan yang suci ini dan jatuh bangun kita adalah bersama Islam"- Al-Marhum Ustaz Fadhil Noor (Mantan Presiden PAS)
"Kami rela kalah kerana melaksanakan Islam, kita rela ditolak kerana melaksanakan suruhan Allah, apalah erti pemerintahan tanpa mendapat redha Allah" (Presiden PAS)
"When injustice becomes law, resistance becomes duty " " Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes." —Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary
Nabi SAW; كُلُّ ابْنِ آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ Maksudnya; "Setiap anak adam pasti melakukan kesilapan. Sebaik-baik orang yang bersalah adalah, orang yang bertaubat (kembali ke pangkal jalan)"
Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka, dan mereka pula tidak bersedih hati. Wali-wali Allah itu ialah orang-orang Yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa. (Yunus 10: 62-63)
Sila "Click" untuk melawat Blog Institut Pemikiran Tuan Guru Nik Aziz
Sila "Click" untuk melawat Blog Tuan Guru Nik Aziz
Blog Cetusan Hati – Dato Paduka Husam Musa
Web Blog Utz Tuan Ibrahim Tuan Man
::Hadith::
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, "Setiap mata akan menangis pada hari kiamat kecuali mata yang menutup dari melihat sesuatu yang haram, mata yang berjalan malam dalam jihad pada jalan Allah dan mata yang menitiskan air mata sekali pun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah." (H.R Abu Naim)
Hadith
Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh reda Tuhannya.
~IMAN MALIK~
Maksudnya : "Sesiapa yang hanya (belajar dan beramal) dengan feqah sahaja, maka ia jadi fasiq (berdosa besar) dan sesiapa yang hanya (belajar dan beramal) dengan ilmu tasawuf sahaja ia jadi zindik dan sesiapa yang menggabungkan kedua-duanya (feqah dan tasawuf) maka ia akan sampai kepada hakikat (kehambaan)."
~ Confucius
Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya
~Abraham Lincoln
Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara
Mimpi Merdeka Kita berjaya keluarkan mereka dari negara kita kerana kita ingin merdeka daripada dunia barat. Mereka berjaya keluarkan al Quran daripada kita kerana mereka ingin merdeka daripada umat Islam. Kita isi kemerdekaan kita dengan telunjuk penjajah agar kita maju seperti mereka. Mereka isi kemerdekaan kita dengan warna mereka agar kita rabun melihat […]
Syeikh Dr Solah Abdul Fatah al Khalidi menyebut hadis ini sebagai SAHIH, merujuk kepada tahqiq kitab di bawah. Mari memahami.. روى إسحاق وأحمد بن منيع عن معاذ بن جبل رضي الله عنه، عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ألا إن رحى الإسلام دائرة، فدوروا مع الكتاب حيث دار، ألا وإن السلطان والكتاب سيفترقان، [...] […]
Kerajaan negeri akan membelanjakan RM2 juta bagi memasang 17 papan iklan di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan dan pintu keluar masuk ke negara ini yang memaparkan produk pelancongan utama di Perak.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan negeri, Datuk Hamidah Osman, berkata selain di lebuhraya itu, pihaknya juga akan memasang papan iklan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), KL Sentral dan Terminal Tambang Murah (LCCT), dekat Sepang bagi tujuan menarik lebih ramai pelancong ke Perak.
Tegasnya, kerajaan negeri turut menyalurkan peruntukan RM100,000 bagi mewujudkan Pusat Penerangan Pelancong berdekatan Stesen Keretapi Ipoh dengan kerjasama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
"Pusat ini akan diuruskan oleh Persatuan Pemandu Pelancong Perak dan berdasarkan kepada kedudukannya yang begitu strategik, kita jangka lebih ramai pelancong akan menggunakan khidmat pusat ini yang dijangka beroperasi akhir tahun ini.
"Selain itu, kerajaan negeri juga mahu pihak bertanggungjawab termasuk Tourism Malaysia cawangan Perak agar menambah bilangan pakej pelancongan sedia ada memandangkan kita hanya menyediakan 12 pakej setakat ini.
"Jika tiada agensi pelancongan tempatan yang berminat untuk membangunkan pakej baru, kita sedia mempertimbangkan penyertaan pihak dari luar Perak untuk mengambil bahagian dalam memajukan industri pelancongan negeri," katanya ketika merasmikan makan malam dan Seminar Pengurusan Pemandu Pelancong anjuran Majlis Pemandu Pelancong Malaysia (MTGC) di Ipoh, malam tadi.
Dalam perkembangan berkaitan, Hamidah yang juga Exco Industri, Pelaburan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita negeri berkata, kerajaan negeri turut menerima peruntukan bagi menaiktaraf produk pelancongan tempatan termasuklah Kelli's Castle di Batu Gajah, Gua Tempurung dan kawasan di hadapan Stesen Keretapi Ipoh.
Katanya, kerja naiktaraf Kelli's Castle akan membabitkan kos RM3 juta, Gua Tempurung (RM1.5 juta), Jejak Warisan Ipoh (RM1 juta) dan kawasan di hadapan Stesen Keretapi Ipoh (RM2 juta).
Hamidah berkata, projek menaiktaraf produk pelancongan itu merupakan sebahagian daripada persediaan kerajaan negeri untuk menjayakan Tahun Melawat Perak 2012.
"Kerajaan negeri yakin Perak adalah destinasi yang harus dilawati kerana ia mempunyai banyak produk menarik untuk diketengahkan dengan menggunakan kempen atau promosi yang lebih agresif bagi menarik kehadiran pelancong tempatan dan asing.
"Kita mempertaruhkan warisan, alam semulajadi serta eko-pelancongan untuk menarik kehadiran pelancong ke Perak dan salah satu produk terbaru yang berpotensi ialah menyaksikan kelip-kelip di Kampung Dew, dekat Taiping.
"Selain itu, pakej Heritage Trail di sekitar Ipoh juga turut menerima banyak pertanyaan daripada pelancong terutama di hujung minggu. Oleh itu, kita mahu pihak terbabit mengambil inisiatif perlu agar produk ini dapat menjadi tarikan pelancong untuk mengunjungi bandar raya Ipoh khususnya dan Perak amnya," kata Hamidah lagi.
salah satu cabaran yang mesti di tempuhi pasal cinta jarak jauh ni.
pasal cinta jarak jauh ni, kereta yang bagus adalah satu keperluan bukan lagi satu kehendak. kereta tu suda macam darah daging sendiri. jalan raya sabah yang berbukit bukau dan berlubang-lubang sudah sebati dalam diri. ececeh. best juga cinta jarak jauh ni.. banyak masa dalam perjalanan, jadi anggap ja diri sentiasa pergi vacation. haha. lepas tu mungkin juga pasal jarak jauh ni hubungan kami sebelum kawin - selepas kawin masi sama. masih sms tidak pandai berhenti. masih tidak sabar-sabar berjumpa. masih bertukar-tukar gambar mms. masih rasa macam bf dan gf kecuali sekarang kalau keluar dating tiada orang marah hoho. masih tidak pandai masak haha.
tapi kalau fikir pasal perasaan setiap hari ahad iaitu time fred pulang kinabatangan, fikir pasal keselamatan di jalan raya yang risiko tinggi tu, fikir pasal sakit leher dalam kereta tu, fikir pasal rindu 24jam, arghh! tolong la ya Allah, perkenankanlah doa kami, luluskan lah permohonan pertukaran tu :( jadikan lah tempat terbaik bagiku adalah di sisi suamiku. amin.
PETALING JAYA 15 Ogos: Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat memaklumkan, sambutan Hari Malaysia pada tahun ini akan diadakan di dua lokasi berasingan iaitu di Kota Kinabalu untuk Sabah manakala Kuching untuk sambutan di Sarawak.
"Dua acara berasingan akan diadakan. Yang pertama pada 15 September, iaitu sambutan pada malam Hari Malaysia dibuat di Kota Kinabalu. Yang kedua pula pada 16 September di Kuching, Sarawak," kata wakilnya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Hatta Ramli.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.
"Semua pimpinan Pakatan Rakyat akan bergerak ke sana. Acara khusus akan dimaklumkan kemudian," jelas Dr Hatta lagi.
TIMBALAN Ketua Menteri,(TKM) Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, nampaknya betul-betul marah apabila pembangkang menuduh Barisan Nasional gagal membawa pembangunan di Negeri Sabah selepas memerintah negeri itu selama 49 tahun.
Memang benar kata TKM Sabah ini, selepas
49 tahun memerintah Sabah, Barisan Nasional telah berjaya membawa pembangunan ke Negeri Sabah. Buktinya Sabah telah berjaya menjadi Negeri paling miskin di dalam Malaysia.
Bukan itu sahaja, malah Barisan Nasional telah berjaya menjadikan Negeri Sabah
memiliki 40% daripada segala kemiskinan yang ada di negara ini. Hasilnya kini 40 peratus orang miskin tinggal di Sabah terutama di kawasan pedalaman.
Perkara ini didedahkan oleh akhbar berpengaruh Sabah,
Borneo Post yang memetik hasil laporan Bank Dunia. Rujuk printscreen di bawah.
Kepada rakyat Sabah, teruskanlah menyokong Barisan Nasional, jika mahu Negeri Sabah memiliki 100 peratus segala kemiskinan yang ada di bumi Malaysia ini suatu hari nanti.
KUALA LUMPUR, 19 Sept – Karnival kerjaya terbesar "BN Youth Job Fair" di negara ini akan kembali dianjurkan di negeri Sabah pada 22 dan 23 September 2012 bertempat di Harbour Mall, Sandakan, Sabah.
Pengerusi Sekretariat Pekerja Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Nazir Hussain Akhtar Hussain berkata, pada tahun lalu ianya dianjurkan di Kota Kinabalu tetapi pada tahun ini karnival yang sama diterbangkan ke Sandakan, Sabah kerana mengambil kira keperluan dan permintaan rakyat di negeri Sabah khususnya golongan muda di Sandakan.
Jelas beliau Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman akan menyempurnakan majlis perasmian program ini pada hari pertama karnival.
"Negeri Sabah merupakan destinasi kedua BN Youth Job Fair 2012 selepas Stadium Nasional Bukit Jalil pada bulan Mei yang lalu.
"Pada kali ini, BN Youth Job Fair terdapat sedikit kelainan dengan beberapa penambahbaikkan dalam pengisian penganjuran bagi memenuhi keperluan dan minat golongan muda negara ini. Peluang yang diberikan bermula dari lepasan SPM hingga ke peringkat tertinggi termasuk yang mempunyai pengalaman bekerja", katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.
Tambah beliau lagi penganjuran, BN Youth Job Fair 2012 mendapat kerjasama yang cukup baik oleh pihak Kementerian, agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat GLC, syarikat multinasional dan syarikat-syarikat korporat.
Antara Kementerian dan syarikat yang akan menyertai karnival di Sandakan ialah Bahagian Francais Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK), MARA, PETRONAS, Brandt International dan banyak lagi yang bakal menawarkan hampir 7,000 peluang pekerjaan kepada masyarakat di Sandakan dan seluruh Sabah.
Nazir berkata untuk warga Sandakan, BN Youth Job Fair 2012 ini menjadi lapangan yang cukup baik kerana penganjur menekankan peluang-peluang pekerjaan yang sebahagian besarnya ditawarkan untuk berkhidmat di kawasan berkenaan sahaja.
"Ini memberi kemudahan yang cukup baik agar tiada berlaku penghijrahan golongan muda untuk bekerjaya. Jika, diimbas dalam penganjuran yang sama pada tahun lalu di negeri Sabah, sebahagian besar pengunjung berjaya mendapat peluang pekerjaan mengikut bidang dan kemahiran serta kelayakan yang mereka ada.
"Kita yakin dan percaya penganjuran di Sandakan ini akan memberi manfaat sepenuhnya kepada seluruh warga Sandakan dan Sabah amnya dalam memperolehi peluang pekerjaan dan peluang-peluang yang ditawarkan sebagai kunci kejayaan membina masa hadapan yang lebih sejahtera dan berjaya.
"BN Youth Job Fair 2012 di Sandakan ini juga memperlihatkan bahawa peluang-peluang pekerjaan di negeri Sabah adalah banyak dan pelbagai. Ini semua terhasil di atas kebijaksanaan kerajaan negeri Sabah mengurus ekonomi serta membawa pelaburan yang berterusan ke negeri ini", ujarnya.
Justeru beliau berharap seluruh warga Sandakan dan Sabah serta golongan pencari kerja yang tinggal berdekatan dapat meluangkan masa hadir untuk merebut peluang-peluang pekerjaan yang ditawarkan melalui BN Youth Job Fair ini yang dianjurkan selama dua hari pada 22 dan 23 September 2012 bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang di Harbour Mall, Sandakan.
"Suka untuk saya mengingatkan kepada pengunjung-pengunjung yang akan datang supaya bukan hanya membawa resume yang lengkap malah apa yang lebih menjadi keutamaan adalah untuk mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal.
"Rebutlah peluang serta kemudahan yang diberikan ini sebaiknya dengan usaha dan kesungguhan bagi meyakinkan majikan-majikan yang hadir kerana temuduga secara terus turut diadakan. Kami mensasarkan, lebih dari 80 peratus peluang pekerjaan yang ditawarkan di Sandakan ini dapat diisi melalui penganjuran karnival ini," tambahnya lagi. -MediaUMNO
AL QURAN : Surah Hud Ayat 113 - BERMAKSUD : "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang berlaku zalim yang akan menyebabkan kamu dibakar api neraka, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun selain daripada ALLAH SWT. Kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan"
SEORANG kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun, murid Tahun Satu di sebuah sekolah, di Penampang, didakwa diliwat gurunya bulan lepas.
Ibunya membuat laporan polis di Balai Polis Karamunsing. Dia, bagaimanapun, kecewa sebab tidak mendapat salinan laporan itu.
Menurut wanita tersebut, seorang ibu tunggal, semasa dia memandikan anaknya pada bulan lepas, anaknya mengadu sakit pada bahagian duburnya.
"Apabila saya melihat lebih dekat, saya mendapati ada bengkak di bahagian sekeliling duburnya. Saya bertanya kepadanya apa yang berlaku, dan dia menceritakan apa yang terjadi. Dia mengatakan seorang guru lelaki membawanya ke tandas dan menguncinya.
"Guru itu kemudian memintanya menanggalkan seluarnya, selepas itu dia (guru) menyapu gel ke dalam duburnya (budak). Katanya, dia berasa sakit apabila guru itu memasukkan kemaluannya.
"Anak saya juga mengatakan ini bukan kejadian pertama kerana dia pernah diliwat beberapa kali," kata ibu tersebut.
Wanita itu membuat laporan polis pada malam itu juga kerana dia merasakan perkara itu perlu disegerakan.
Pada hari esoknya, dia membawa anaknya ke hospital untuk diperiksa dan doktor memberitahunya terdapat kesan melecet di dalam duburnya.
Budak lelaki itu dan kakaknya tidak ke sekolah sejak itu kerana takut dijadikan mangsa, menurut ibu mereka.
Ibu budak itu berkata dia akan membawa anaknya ke hospital untuk kaunseling pada minggu hadapan seperti dinasihatkan.
"Walaupun saya ditegah pihak tertentu, saya mesti memberi amaran kepada ibu bapa lain melalui media kerana saya tidak mahu kanak-kanak lain mengalami nasib serupa," katanya.
Kubu kuat Parti Bersatu Sabah (PBS) di parlimen presidennya sendiri akhirnya berjaya ditembusi!
Kehadiran Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang sedang mengadakan lawatan ke Sabah terus mendapat perhatian masyarakat di negeri itu yang selama ini dianak tirikan kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak mencapai kemerdekaan bersama Malaysia pada 1963.
Buktinya, ke mana saja Anwar tiba, orang ramai berpusu-pusu menyambut ketibaan ahli parlimen Permatang Pauh setelah hebahan mengenainya disebarkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan laman sosial Facebook.
Dalam majlis di kubu kuat PBS di Keningau itu, Anwar terkejut dengan sambutan luar dugaan masyarakat setempat apabila kira-kira 1,500 orang hadir menyaksikan penyerahan borang menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) membabitkan 100 ahli PBS yang bertindak keluar parti serta-merta.
Borang permohonan tersebut diterima sendiri Anwar yang turut disaksikan pimpinan KEADILAN negeri dan Timbalan Presiden, Azmin Ali yang mengikuti jelajah tersebut yang bermula hari ini.
Bertempat di Restoran Pelancongan Pedalaman di Batu 2 dekat Keningau, Anwar menyeru supaya rakyat Sabah keluar dari kelompok kemiskinan selama kerajaan BN memerintah dengan mengundi calon Pakatan Rakyat.
Majlis kira-kira jam 3 petang tadi turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan serta ucapan bersemangat yang disampaikan pimpinan Pakatan Rakyat sekaligus mencatat sejarah tersendiri berjaya memecah dominasi PBS sejak berusaha lebih tiga tahun lalu.
Parlimen Keningau diwakili presiden PBS yang juga timbalan ketua menteri, Joseph Pairin Kitingan yang mempertahankan kerusinya sejak 1999.
Dikhabarkan PBS yang mengetahui tindakan bekas ahlinya keluar beramai-ramai dari beberapa cawangannya di sekitar Keningau cuba bertindak mengganggu majlis namun atas kecekapan pihak berkuasa, tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Sementara itu di Pensiangan pula yang menjadi persinggahan pertama Anwar dalam jadual padat Ke Sabah kali ini, beliau turut disambut dengan tarian tradisional kaum Kadazan bagi meraikan kedatangan Anwar bersama rombongannya meninjau masalah dan bertanya khabar dengan penduduk setempat.
Majlis yang dijalankan di Kampung Sarikan, Nabawan itu turut dihadiri kira-kira 1,000 penduduk yang datang tanpa dipaksa atau diberi upah bagi meramaikan majlis.
Anwar sekali lagi mengulangi janjinya menyerahkan 20 peratus royalti minyak kepada Sabah berbanding hanya lima peratus yang diberikan BN sehingga kini.
Malam ini pula, Anwar dijangka akan bertemu dengan masyarakat Sipitang di Kampung Gadung, Lumada bersama-sama dengan ahli parlimen Beaufort, Lajim Ukin, ahli parlimen Tuaran, Wilfred Bumburung dan Senator Majiol Mahap yang keluar BN bulan lalu.
Dikhabarkan ada berita gembira akan diumumkan Anwar malam ini namun ia hanya akan diketahui apabila majlis tersebut yang bermula jam 9.30 malam ini.
Sama-samalah kita nantikan pengumumannya tidak lama lagi.
No comments:
Post a Comment