10 di papar - Google Blog Search |
DSAI <b>Di Papar</b>,Sabah : SAMBUTAN MENBAWA HARAPAN <b>...</b> Posted: 13 Oct 2012 10:37 AM PDT Nabi SAW; كُلُّ ابْنِ آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ Maksudnya; "Setiap anak adam pasti melakukan kesilapan. Sebaik-baik orang yang bersalah adalah, orang yang bertaubat (kembali ke pangkal jalan)" |
RM2 juta kos pasang 17 papan iklan <b>papar</b> destinasi pelancongan <b>...</b> Posted: 12 Jul 2011 08:57 AM PDT Kerajaan negeri akan membelanjakan RM2 juta bagi memasang 17 papan iklan di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan dan pintu keluar masuk ke negara ini yang memaparkan produk pelancongan utama di Perak. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan negeri, Datuk Hamidah Osman, berkata selain di lebuhraya itu, pihaknya juga akan memasang papan iklan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), KL Sentral dan Terminal Tambang Murah (LCCT), dekat Sepang bagi tujuan menarik lebih ramai pelancong ke Perak. Tegasnya, kerajaan negeri turut menyalurkan peruntukan RM100,000 bagi mewujudkan Pusat Penerangan Pelancong berdekatan Stesen Keretapi Ipoh dengan kerjasama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). "Pusat ini akan diuruskan oleh Persatuan Pemandu Pelancong Perak dan berdasarkan kepada kedudukannya yang begitu strategik, kita jangka lebih ramai pelancong akan menggunakan khidmat pusat ini yang dijangka beroperasi akhir tahun ini. "Selain itu, kerajaan negeri juga mahu pihak bertanggungjawab termasuk Tourism Malaysia cawangan Perak agar menambah bilangan pakej pelancongan sedia ada memandangkan kita hanya menyediakan 12 pakej setakat ini. "Jika tiada agensi pelancongan tempatan yang berminat untuk membangunkan pakej baru, kita sedia mempertimbangkan penyertaan pihak dari luar Perak untuk mengambil bahagian dalam memajukan industri pelancongan negeri," katanya ketika merasmikan makan malam dan Seminar Pengurusan Pemandu Pelancong anjuran Majlis Pemandu Pelancong Malaysia (MTGC) di Ipoh, malam tadi. Dalam perkembangan berkaitan, Hamidah yang juga Exco Industri, Pelaburan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita negeri berkata, kerajaan negeri turut menerima peruntukan bagi menaiktaraf produk pelancongan tempatan termasuklah Kelli's Castle di Batu Gajah, Gua Tempurung dan kawasan di hadapan Stesen Keretapi Ipoh. Katanya, kerja naiktaraf Kelli's Castle akan membabitkan kos RM3 juta, Gua Tempurung (RM1.5 juta), Jejak Warisan Ipoh (RM1 juta) dan kawasan di hadapan Stesen Keretapi Ipoh (RM2 juta). Hamidah berkata, projek menaiktaraf produk pelancongan itu merupakan sebahagian daripada persediaan kerajaan negeri untuk menjayakan Tahun Melawat Perak 2012. "Kerajaan negeri yakin Perak adalah destinasi yang harus dilawati kerana ia mempunyai banyak produk menarik untuk diketengahkan dengan menggunakan kempen atau promosi yang lebih agresif bagi menarik kehadiran pelancong tempatan dan asing. "Kita mempertaruhkan warisan, alam semulajadi serta eko-pelancongan untuk menarik kehadiran pelancong ke Perak dan salah satu produk terbaru yang berpotensi ialah menyaksikan kelip-kelip di Kampung Dew, dekat Taiping. "Selain itu, pakej Heritage Trail di sekitar Ipoh juga turut menerima banyak pertanyaan daripada pelancong terutama di hujung minggu. Oleh itu, kita mahu pihak terbabit mengambil inisiatif perlu agar produk ini dapat menjadi tarikan pelancong untuk mengunjungi bandar raya Ipoh khususnya dan Perak amnya," kata Hamidah lagi. |
You are subscribed to email updates from di papar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan