10 di sandakan - Google Blog Search |
Masalah BR1M berupa barangan runcit <b>di Sandakan</b> | Aduan <b>...</b> Posted: 18 Sep 2012 07:19 PM PDT Pada 10 September 2012 beberapa penduduk dari Telupid datang ke Sandakan setelah di beritahu oleh Ketua Wanita UMNO bahagian Sandakan untuk menerima BR1M di sana. Mereka telah di beritahu merreka akan menerima barangan runcit yang bernilai RM 5000 seorang dan di beritahu supaya menyewa lori kerana banyak barang dan takut tidak muat. Oleh itu mereka pergi ke sana dengan harapan menerima barangan runcit seperti yang di beritahu.Setelah tiba di Sandakan,mereka di beritahu supaya ke kedai M.P Machinery Sandakan di mana kedai itu adalah tempat mengambil barang. Sampai di sana, kedai itu tidak menampakkan barangan runcit tetapi hanya mesin mesin. Mereka berpendapat kemungkinan mereka akan di beri mesin seperti mesin kisar atau mesin jahit untuk menbantu sara hidup mereka. Ada di antara mereka menerima barangan yang boleh di katakan berbaloi walaupun tidak mencapai nilai RM5000 seperti yang di janjikan. Salah seorang penerima telah di beri barangan kosmetik tetapi telah di bantah oleh penerima tersebut kerana di rasakan tidak berbaloi kerana dirinya yang telah berumur dan tidak tahu menggunakan barang tersebut. Barang barang itu seperti pengering rambut.pelurus rambut dan peti kosmetik yang jika di nilai tidak seperti nilai yang di janjikan oleh ketua UMNO bahagian Sandakan. Penerima itu meminta untuk menukar barangan tersebut tetapi d bantah oleh pemberi barangan itu kerana barangan lain itu sudah ada penerimanya dan penerima BR1M itu meminta resit bagi nilai kosmetik yang di terimanya tetapi Ketua Umno Bahagian Sandakan itu mengatakan tidak ada resit untuk barangan itu. Kebanyakan barangan itu telah di buang tanda harga dan salah satu barang dalam peti itu yang belum di buang bernilai RM9.00 sahaja. Kami yang mendengar masalah ini tidak berpuas hati kerana secara jelas berlaku penipuan kepada penerima BR1M. Ketua Wanita UMNO bahagian Sandakan mengatakan barangan runcit tetapi kenapa ianya tidak seperti yang di janjikan? Kami berharap masalah ini patut di ambil perhatian oleh semua pihak supaya tidak berlaku kepada bakal bakal penerima yang lain dan hal ini tidak patut berlaku kerana pihak kerajaan telah mengamanahkan pemberian BR1M ini kepada pihak tersebut telah di salah gunakan. By: shida
Aduan yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from di sandakan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan