orait.. nih, nak ceta trip ke kudat beberapa hari lalu.. sebenarnya tujuan utama bukan melancong tapi pergi kenduri kawin.. hehehe.. tapi still ada cerita menarik sebab ni first time cp ke kudat.. kalau korang rasa nak baca, nak kenal kudat tu kat mana.. silakan la baca.. kalau tak, takpe la.. cp just nak buat kenangan2 untuk diri sendiri jer.. kang bila dah tua, nak baca balik entri nih.. hehe.. :P sebelum tuh, meh cp tunjuk kudat kat mana.. and perjalanan cp dari Membakut(dekat2 Beaufort) hingga la ke kudat, paling atas kat sabah atau dikenali sebagai The Tip Of Borneo.. :)
01 Jun 2012, 0930AM
Pagi ni bapak aku hantar kita orang kat stesen kereta api.. yes, aku naik kereta api.. tapi bukan pergi ke kudat..sampai KK jak.. hehe.. itu pun sebab sepupu aku yang nak merasa naik train.. kalau aku, takde la jakun sangat.. eh? hahaha..
Mula mula naik, pergghhh orang ramai semacam.. yelah, tengah cuti sekolah, plus plus ngan pesta kaamatan? memang kotobian tadau tagazo do kaamatan la kita orang kat train.. sesak dan saya perlu berdiri.. sedihnya.. T_T
tapi tak lama, sampai jak kat stesen bongawan, kita orang dah dapat tempat duduk.. tapi sedihnya kerusi jauh jauh.. :'( tepaksa layan SMS jer ngan sepupu aku.. lawak kan? sepupu aku duk kerusi depan, aku nun kat belakang ngan ahkak yg duk kusyuk baca majalah..
sampai la kat stesen putatan, barulah kita orang dapat duduk sesama.. setakat stesen putatan.. apa la sangat kan? 5 minit jer lagi nak sampai stesen terakhir, stesen tanjung aru.. hmmm.. masa ni lah kami ambil peluang gambar berdua.. buat kenangan.. hehe..
Ya, kemontelan saya tidak pandai surut, biasalah.. senang hati.. hehehe.. oya, semasa dalam train.. saya telah menskodeng seorang abang ensem yg berdiri sepanjang perjalanan tadi.. beliau memakai jersey bewarna kuning dan ada DSLR gantung kat leher.. saya merasa beliau sangat kacak. ye, kacak.. hehe..
Sampai jak di stesen tanjung aru, kita orang di jemput oleh sahabat saya bernama Kayrul Ong.. Ye, Dj Oh Media.fm .. abang kayrul ong kite.. :) tak sangka bubur jadik nasik.. rupanya abang kacak yg saya skodeng kat train itu kawan si ong! enduuu.. tekesima saya! hahaha.. dan yang paling seronok.. destinasi hala tuju kami sama.. kudat! whoaaa.. macam jodoh.. kan kan? hahaha..
ok, sampai di bandaran, iaitu kawasan bas sewa, kereta sewa dan segala jenis kenderaan sewa untuk ke kawasan kawasan seluruh sabah, kami pun menaiki sebuah bas sewa.. tambang dari KK ke kudat hanya RM25 sahaja.. :) murah, jimat dan berbaloi.. tapi di dalam bas tuh hanya ada kami dua orang.. saya merasa suspen.. dalam fikiran saya, takut ditipu, diculik, dirompak dan sebagainya.. tapi ternyata driver bas tersebut masih sangat muda dan begitu pemalu.. hehehe.. tapi masi lagi peramah.. kami memanggil beliau dengan gelaran, "ahboi".. hehehe..
Kami bertolak dari Bandaran sekitar jam 2.15 petang.. pusing -pusing kat KK dan akhirnya dalam jam 3 baru kami betul betul on the way ke kudat... Dalam perjalanan memang banyak dugaan.. sejuk tu suda pasti la kan.. tambah lagi dengan hujan lebat.. memang berdoa jak la sepanjang perjalanan..Muka semakin kusam dan penat.. tapi masih sempat posing.. :D
Sirius, bagi mereka yang tak pernah merasai perjalanan kampung.. trip ke kudat memang memberi kenangan yang sangat beharga buat saya.. :) di situ saya dapat melihat betap indahnya bumi ciptaan Illahi.. Subhanallah.. Sangat cantik.. tapi sayangnya bas laju sangat.. tak dapat nak ambil gambar.. Sekitar Kota Marudu, tiba-tiba si Ahboi berhentikan bas.. saya berasa sangat takut.. napa la c ahboi brenti tepi jalan nih.. bila la mo sampai kudat nih.. macam macam yang saya fikir.. rupanya c ahboi tukar driver.. dan bas tersebut di pandu oleh seorang pakcik kumis.. tapi saya lihat, beliau pasti orang baik.. insyaAllah.. Akhirnya, dalam jam 6.20 petang kami pun sampai di Kudat.. Alhamdulillah.. Kaki saya suda kejang.. tapi masih mampu tersenyum sama pakcik driver.. :)
Sampai di kudat kami dijemput oleh buah hati sepupu saya.. so, beliau menghantar kami ke Kudat Resthouse untuk penginapan beberapa hari nih..
Hanya RM60 semalam, rasanya oke kot.. asalkan ada tilam dan ekon, saya puas hati .. memang saya nak sangat tidur cepat.. saya terlalu penat.. so sampai resthouse kami pun pergi check in.. masa beratur mau check in, tiba tiba dr tangga di sebelah pintu reception tuh, turun seorang lelaki yang saya seperti kenali.. yea, memang saya kenali! lelaki di train tadi! hahaha.. what a small world.. kan kan? kita orang jumpa lagi.. hehehe.. yeay! amboi, seronok nampak.. hehehehe.. :D tak sangka kan? :P tapi itulah kali terakhir saya nampak beliau.. T_T
oke, tu jak dulu, cerita di hari pertama berakhir disini.. esok saya sambung lagi.. :) babai.. tunggu part 2 untuk hari ke 2 pulak ye.. :D
DAYANG Itam Yusof menunjukkan pelbagai kuih tradisional yang diusahakannya di Kampung Laut, Papar, kelmarin. - utusan/Azrul Edham Mohd. Aminuddin
PAPAR, RABU, 18 April, 2012: Dahulu hidupnya sekeluarga agak susah. Semuanya bergantung harap kepada suami, Abidin Ismail yang mencari rezeki sebagai nelayan.
Apabila laut tenang, adalah habuan untuk sekeluarga, tetapi sebaliknya apabila arus bergelora.
Walaupun sehari suntuk mempertaruhkan nyawa di tengah lautan, hasil tangkapan tidak selalunya lumayan.
Demi untuk membesarkan anak-anak seramai tujuh orang, Dayang Itam Yusof, 61, dari Kampung Laut di sini turut membuat kerja sampingan dengan mengambil upah menjahit baju dan membuat kerja-kerja kampung lain. Namun, ia masih tidak mencukupi.
Berkat sokongan suami tercinta dan anak-anak, beliau memulakan perniagaan membuat kuih tradisional seperti kuih lidah, cincin dan belacan secara kecil-kecilan dengan modal permulaan hanya sekitar RM200 sahaja. - UTUSAN
SAMBUTAN Hari Belia Peringkat Negeri 2012 di Kompleks Sukan Tawau berjaya menghimpunkan 10 ribu belia dari seluruh negeri sepanjang sambutannya selama tiga hari mulai 18-20 Mei 2012. Banyak kejayaan yang dilakar sepanjang sambutan hari belia dan inilah keunikan bila Tawau menjadi tuan rumah penganjurannya.
Malaysia Book Record Sebanyak 6 kumpulan yang terdiri 10 orang belia setiap kumpulan telah menyanyi secara bergilir-gilir lagu patriotik 1Malaysia tanpa henti selama 24 jam. Ianya berjaya diikhtiraf dalam Malaysia Book Record 2012 dengan menjadikan destinasi Tawau sebagai lokasi catatan sejarah rekod itu. Idea menyanyi secara bergilir-gilir lagu patriotik 1Malaysia tanpa henti selama 24 jam itu diilhamkan Persatuan Akar Umbi Tawau dan telah direkodkan pada 18 Mei 2012.
Kejayaan pengisian perhimpunan belia. Banyak aktiviti dijalankan sepanjang hari belia. Kesemua persatuan di Tawau digerakkan untuk menganjurkan aktiviti dan pelbagai pelaksanaan aktiviti yang menarik dijalankan. Antaranya adalah pameran kerjaya, game show, explore race, pertandingan karaoke, battle of the band, tarian tradisi, pameran sejarah dan blog Tawau, autoshow dan banyak lagi.
Kejayaan Pra-Jamboree Pengakap 100 Tahun Seramai 2 ribu pengakap dari seluruh Tawau dan pasukan jemputan dari Pramuka Nunukan dihimpunkan dalam perkhemahan Pra Jamboree 100 Tahun.
Anugerah Pemimpin Belia Berjasa Negeri Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dipilih sebagai penerima anugerah Pemimpin Belia Berjasa Negeri Sabah sempena sambutan Hari Belia Peringkat Negeri sebagai menghargai sumbangannya dalam pembangunan belia di negeri ini.
Gambar-gambar sepanjang hari sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sabah 2012 di Tawau.
Kembali lagi dengan kisah percutian di Tawau. HEAVEN OF FOOD amat bertepatan diberikan kepada negeri TAWAU. 4 hari menghabiskan masa di TAWAU, memang perut ini sentiasa penuh dengan makanan, nafsu makan tidak lengkang dek masa. Haaaaaaa............
So, kalau korang nak ke Tawau, jangan sesekali lepaskan peluang menikmati makanan yang ada kat sana. Serius meletop sih... Jom roLL santapan Santai Leeza....
Terjah kedai makanan area Heritage (hujung deretan Hotel Heritage) memang best. Gerai 24 jam!
dan, Kedai yang bernama KOPITIAM, old school sikit lah kedai ni (ala-ala vespa gitu).
Mula-mula dapat mee kering jer without apa-apa kuah, terkejut jugak. Tiba-tiba datang sorang minah ni, tuang kuah kicap tu...
Tak ker berhasap-hasap depan mata. Amek kau... panas tu tak payah cakaplah kan.
Ni hidangan PALING BEST PALING FAVOURITE ar kat sana!!
U all kena cuba Pisang Goreng + gula merah + cheese... Pasti leeza rindu Sanggar Cheese ni.
Sekarang leeza nak bawa u all kat area tepi laut. Deritan gerai makan JAWA. Antara yang mantop di sini :
4.5 bintang... 0.5 sbb kurang ais. Kalau ais lagi banyak.. memang mantap!
4.5 bintang... 0.5 lagi sebab terlebih air.....
A B C + Milo tabur + cincau (ramuan-ramuan abc).
Makanan yang perlu dinikmati secara umumnya:
leeza tak ingat lah tempatnya, sbb kawan bawa ronda-ronda Tawau sampai pening! haaaaa
Mee Tauhu... Sedap sangat!! Sarapan pagi sebelum bergerak ke Pulau Mabul.
Menu akak leeza... Nasi Kuning... Konsep macam Nasi Lemak di semenanjung.
Gado-gado di Tawau (mungkin kedai ni jer) memang best!
-area Kampung Titingan 8, poskod 91000-
siap poskod lagi leeza bagi. haaaaaa
Soto Banjar Bebola Daging... Panjang tak nama?
Ni decor kedainya... U all memang kena terjah kedai ni kalau pergi Tawau!!
Yang Terakhir yang MANTOP di Tawau....
NASI LALAP... Lalap mata leeza lepas makan ni... haaaaaaaaaaa
A da 1 jenis buah yang leeza tak sempat nak rasa. Apa nama tah...
KOTA KINABALU 11 April – Aspek keselamatan premis penginapan di daerah Ranau dan Kundasang yang terletak di kawasan tanah tinggi sedang dipertingkat dari semasa ke semasa.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun (gambar) berkata, pada masa ini kerajaan negeri memutuskan hanya meluluskan pembaharuan lesen kepada premis menepati standard keselamatan ditetapkan.
"Sebenarnya kebanyakan pengusaha memulakan perniagaan sebelum kawasan ini dimasukkan dalam kawasan perkadaran, jadi kita tidak boleh menyalahkan mereka kerana beroperasi tanpa lesen yang sempurna.
"Bagaimanapun pada masa ini kita membuat keputusan tidak akan memperbaharui lesen mereka yang gagal memenuhi piawaian ditetapkan," katanya di sini semalam.
Menurut Masidi kerajaan negeri sentiasa memandang serius tahap keselamatan premis penginapan di negeri ini yang sentiasa dikunjungi pelancong dalam dan luar negara.
keyboard shortcuts: ← previous photo → next photo L view in light box F favorite < scroll film strip left > scroll film strip right ? show all shortcuts
KINABATANGAN, 7 Jun – Mayat seorang lelaki yang lemas di Sungai Kinabatangan pada Ahad lepas ditemui hari ini, kira-kira 40 kilometer dari tempat dia dilapor hilang. Ketua Polis Daerah Kinabatangan DSP Martin Lugu berkata mayat Montoh Kari, 54, ditemui di kawasan berhampiran Kampung Pintas Danau kira-kira pukul 3 petang oleh penduduk kampung yang …
TELUPID – Penduduk di 10 kampung di daerah ini bakal menikmati bekalan elektrik menerusi pelaksanaan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar Sambungan Talian Grid Zon Enam Sabah.
Ketika mengumumkan perkara itu, Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee, berkata projek tersebut diluluskan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bagi tempoh pelaksanaan bermula tahun ini hingga tahun depan.
Katanya, kampung tersebut adalah Kolopis Laut, Muanad 2, Muanad 3, Manduring, Dantun Hujung, Tambalang-Balang, Lidong, Penimbanan, Lubuk Dungun 2 dan Rumidi Lama.
Beliau berkata, ini adalah komitmen kerajaan untuk memberi kemudahan asas di kampung di luar bandar yang belum menikmati bekalan elektrik.
"Usaha ini akan dilaksanakan berterusan kerana kerajaan menyedari masih banyak kampung khususnya di daerah ini belum menikmati kemudahan tersebut," katanya ketika berucap merasmikan sambutan Pesta Kaamatan di Kampung Barayong dekat sini, malam tadi.
Ronald, yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, berkata pelaksanaan projek itu sejajar dengan komitmen kementerian terbabit di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara.
Katanya, pelaksanaan projek itu menepis dakwaan parti pembangkang yang pada masa sekarang giat masuk ke kampung luar bandar di daerah ini dan menjaja isu pembangunan untuk meraih sokongan.
Beliau berkata, kerajaan tidak bercakap kosong dalam melaksanakan pembangunan berkaitan penyediaan bekalan asas berbanding pembangkang yang hanya pandai bercakap serta berjanji kosong. – BERNAMA
Iklan Teks:
Berita Berkaitan:
PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Bermula edisi pertama pada 1957, akhbar ini dijual pada harga 15 sen.
Hanya lapan kakitangan bertugas ketika itu sebelum pelantikan pengarang pertama, Abdul Samad Ismail pada 1958.
Kini Berita Harian adalah akhbar utama di Malaysia.
TELUPID: Penduduk di 10 kampung di daerah ini bakal menikmati bekalan elektrik menerusi pelaksanaan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar Sambungan Talian Grid Zon Enam Sabah.
PENAMPANG 16 April – Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar hari ini memperuntukkan sebanyak RM56,000 bagi membantu masyarakat berstatus miskin tegar di sini.
Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, terdapat tiga jenis bantuan yang disalurkan kepada masyarakat yang terpilih iaitu bantuan baik pulih rumah, bantuan peralatan perniagaan dan bantuan bakul makanan serta sumbangan wang tunai.
Katanya, sebanyak 15 keluarga yang berdaftar di bawah e-kasih layak menerima bantuan ini dan kebanyakan mereka merupakan golongan miskin tegar iaitu pendapatan di bawah RM590 sebulan.
AMARAN: ENTRI INI BERUNSUR DIARI, HARAP MAKLUM (nak baca silakan, saya sangat berbesar hati, taknak jangan komen bukan2, tekan [X] sudahlah.. oke? ^_^y)
Hari ni saya nak sambung balik citer pasal percutian singkat saya ke kudat.. :) sebelum ni saya dah cerita kat Part 1 macam mana saya boleh tersesat ke kudat.. hehehe.. now, nak sambung part 2 pulak.. :)
Aku terjaga dari tidur, mungkin tak biasa tempat ni kot.. aku memang macam ni kalau pergi tempat baru. Aku selalu terjaga tengah malam dan tak bole melelapkan mata walaupun aku memang penat gila gila.. So aku meset2 dengan kawan aku yg masih belum tidur lagi.. sampai la aku tak sedar dah lebih kurang jam 3 pagi.. Tiba-tiba aku rasa sangat lapar, ye aku lapar.. =..= Aku pun minum air mineral yg ada kat atas meja dan makan kacang goreng yang aku beli masa dalam perjalanan tadi. Boleh la, asal ada yg aku nak kunyah.. Kan? Masa aku tengah slow slow buka plastik kacang tu, tiba-tiba!! Sepupu aku tersedar pulak.. hahahaha.. Oppsss sori boss ku! :P Kami pun berbual hingga ke subuh.. Tapi sekitar jam 4.30 pagi aku terlelap la pulak.. Masa tuh memang tidur mati tahap gaban..
0740AM
Aku terjaga dari tidur lena dan merasa masih belum puas tidur.. bole aku tidur balik ka ni? please.. +_+ Aku tarik selimut dan guling-guling atas katil.. hahaha.. Nurul plak tarik langsir, bukak besar2.. whoaaaa~~ cantiknya.. kita di kudat kah ini? matsam tida pisaya saya bah! hahahaha.. :D mau tingu pemandangan di luar ka? ok jom! :D
hahahaha, agak jakun di situ.. padahal biasa biasa jak bah.. kekekekeke.. over eksaited plak kan? ngeee~~
So, aku pun bangun dan pergi mandi sebab jap lagi kita orang mau pi kenduri kawin..
Nah, bila suda siap.. apa lagi, ambil gambar tuh pekara wajib kan? hahahaha..
muka sebelum pi orang kawin.. cun kan tok? hahaha
oya, tudung dia sy yg buat, cantek ta? hahaha.. tu blaja dr tutorial Youtube.. kekeke..
ye, saya si momoi yg perasan nak posing macam Hanis Zalikha.. =..= hahaha..
Penat jugak nak story hari ni punya hal.. nampaknya kena buat part 2.1 nih.. hahaha.. buhsan lak aku nak taip panjang panjang ni.. takpe, aku sambung lagi sikit la.. hehe..
Kita orang di jemput oleh abang pengantin perempuan merangkap abang kepada buah hati cik Nurul kite menaiki Honda City kesayangan buah hati cik Nurul.. hehehe.. Sepanjang perjalanan ke rumah beliau, perghhh aku lak yang berdebar.. Pehal? bukan aku family dorang nak tengok, Nurul ok.. Nurul.. aku cuma temankan jer.. hahaha..
Perjalanan dari pekan kudat ke rumah pengantin lebih kurang 15 minit kot.. oke la jugak.. macam dari kampung aku ke pekan pun dalam 15 minit macam tuh.. tapi kalau dari rumah aku ke pekan 10 minit jer la sebab rumah aku hujung kampung.. hehe..
Sampai jak di sana, aku terus pegang tangan sepupu aku.. eh? aku plak yg nebes gilak kan? ape cer? hahahahaha.. sepupu aku pun malu malu.. ha, aku pun duluan la jalan, salam kat orang orang kampung, bagi senyuman paling indah, tersipu sipu malu.. laaa~~ over! =..=
Orang pertama yang aku nampak, lelaki baju hitam! tinggi, kurus dan stail- stail muka dia macam Gintulak.. ya, c Gintulak.. Takkan kot? Hahaha.. C Nurul kata itu adik lelaki boifrenggg dia.. Mustahil la dia si Gintulak.. Kan? Agak pemalu, tapi dengan Nurul oke jer kot.. mungkin aku ni orang yang dia tak kenal memang la dia malu.. kan kan? Nama dia Biarlah Rahsia. Hahaha.. OMG, malu nak mention! :"> rasa berdebar-debar! hahaha.. Tapi sayangnya, sudah berpunya.. =..=
Oke, meh la tengok gambar pengantin, asyik citer aku jer kan.. hahaha..
Korang nak tau, best woo jadik pengantin kat Kudat nih.. sekali sanding sampai 4 kali tukar baju.. perghhh.. seronok tau! sebelum ni ada lagi dorang pakai baju warna biru, tapi tak sempat ambik gambar sebab masa tu baru sampai.. heee.. nak kawin orang kudat la jugak! hahahaha.. :P Blueekkk.. muntah mak dengar nakkk~~ hahahaha..
Oke, yang kat atas ni, makanan tradisional dorang.. kalau macam tempat cp ada Kelupis yang di perbuat dari beras pulut, tapi kalau dorang plak ada Bamban yang diperbuat dari ubi kayu yg di taburi kelapa jugak kot.. hehehe.. sedap! Sebenarnya kat KK pun ada jugak macam nih, tapi dalam plastik.. tu dorang panggil 'potto' kalau tak silap..
Sebelum balik, ambek gambar jap ngan kak Ctie.. hehehe.. dah kenal akak ni kat facebook.. beliau sepupu kepada pengantin.. so kat kudat baru penah jumpa face to face u know! hehehehe.. beliau memang seorang yg peramah dan baik hati.. hehehe..
Oke, tu je la.. nanti cp sambung part seterusnya lagi oke? jenuh la nak menaip.. hehehe.. babai! :-*
Semua artikel di dalam blog ini adalah hasil nukilan saya sendiri berdasarkan maklumat yang di berikan oleh rakan rakan melalui sms,email mahupun laman sosial.Manakala penggunaan bahasa adalah 100% bahasa Malaysia.Sekiranya ada yang tidak betul harap dapat respon dari pihak pembaca sekalian.
Sekiranya anda ingin meletakkan sebarang iklan atau ingin berkongsi sebarang maklumat melalui blog ini,sila berhubung terus melalui email iaitu langau@facebook.com
BANDUNG (bisnis-jabar.com): Diam-diam Gayus Halomoan Tambunan sudah tak lagi mendekam di Lapas Cipinang, Jakarta Timur. Hampir sepekan, Gayus kini menikmati hawa segar Bandung di Lapas Sukamiskin, Bandung.
Kepala Kantor Wilayah (Kakanwil) Kementerian Hukum dan HAM (Kemenkumham) Jawa Barat Nasir Almi membenarkan jika terpidana korupsi pajak tersebut sudah mendekam di Sukamiskin.
"Betul itu. Sejak pekan lalu tapi saya lupa persis tanggalnya," saat dihubungi wartawan melalui ponselnya, hari ini Selasa (5/6).
Menurut Nasir, proses perpindahan Gayus dari Jakarta ke Bandung tidak dilatarbelakangi alasan yang luar biasa. "Hal itu sesuai dengan aturan yang ada sepanjang permintaan itu berdasarkan alasan yang tepat," katanya.
Cipinang memiliki kapasitas terbatas bagi tahanan sedangkan LP Sukamiskin menurutnya masih punya kapasitas besar. Nasir membenarkan jika proses perpindahan tersebut atas permintaan dari Gayus. Namun, ia belum mengetahui alasan perpindahan itu."Saya dengar itu supaya dia (Gayus) dekat dengan keluarga dan supaya lebih tenang," katanya.
Kepala LP Sukamiskin Dewa Putu Gede mengatakan Gayus pindah ke Sukamiskin sejak hari Jumat, tanggal 1 Juni 2012 lalu. "Sampai di Sukamiskin jam 00.15," kata Dewa. Gayus saat ini menempati ruang tahanan di Blok Barat Atas 16.
Gayus terakhir divonis 6 tahun penjara dan denda Rp 1 miliar oleh Pengadilan Tindak Pidana Korupsi Jakarta. Mantan pegawai Direktorat Jenderal Pajak ini terjerat dalam perkara korupsi dan pencucian uang. Ia sebelumnya divonis untuk tiga perkara lain, yakni pemalsuan paspor, penggelapan pajak, dan penyuapan dengan total hukuman selama 22 tahun.
Lelaki yang pernah kabur ke Singapura ini disebut melanggar dakwaan pertama yaitu Pasal 12 huruf b ayat 1 dan 2 UU Pemberantasan Korupsi Nomor 31 tahun 1999, dakwaan kedua yaitu Pasal 12 huruf b ayat 1 dan 2, dakwaan ketiga yaitu Pasal 3 ayat 1 (a) tentang UU Tindak Pidana Pencucian Uang dan dakwaan keempat yaitu Pasal 5 ayat 1 UU Pemberantasan Korupsi Nomor 31 Tahun 1999. (k57/yri)
Hari keempat, pendengaran awam berkenaan inkuiri nasional mengenai tanah orang asal hampir membuatkan aku menangis selepas mendengar penjelasan daripada wakil dari Kampung Rumantai, Ranau.
Ketua Jawatankuasa Bertindak Tuntutan Tanah Adat untuk Kampung Rumantai, Wilson Kulong menceritakan kehidupan mereka di kampung tersebut sejak dari nenek moyang mereka, mengusahakan tanaman sistem gilir balik seperti padi bukit, ubi kayu, ubi rambat, buah-buahan tempatan seperti langsat, cempedah, pauh, belunu, bambangan, durian, sukang, maraang, pinang, kelapa dan lain-lain.
Sekian lamanya mereka mewarisi, menduduki, mengusaha serta menuai hasil tanaman, hasil hutan (madu lebah, memburu binatang dengan anjing, rotan, sagu, damar, sayur hutan, ubatan tradisi) dan hasil sungai (menangkap ikan dengan jala, memasang bubu, memancing, menuba) tanpa gangguan.
Memandangkan konsep tanaman sistem gilir balik memaksa mereka berpindah-randah untuk memastikan setiap tanah yang diteroka subur kembali, Wilson menerangkan mereka berhijran di kawasan sekitar Kampung Rumantai seperti Kampung Mongkosiburan, Kuala Kolowoton Poro, Kolowoton Tazo, Lidung, Tintob, Mantapok, Matupang Poro, Matupang Tazo dan Miruru.
Penduduk Kampung Rumantai menjadi aktif mengusahakan ladang getah bermula pada tahun 1994 memandangkan projek Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) telah sampai ke kawasan mereka. Kemasukan projek LIGS tersebut telah menyedarkan mereka bahawa mereka perlu memohon tanah kampung mereka dari jabatan tanah untuk prosedur 'hitam-putih' menunjukkan mereka mendapat projek getah secara rasmi.
Sebelum ini, mereka menganggap tidak perlu memohon tanah kerana kampung itu bukan dimiliki oleh sesiapa tetapi milik nenek moyang mereka yang mana mereka telah warisi. Malangnya, permohonan tanah mereka telah bertindih dengan seorang individu yang dipercayai bekas Ketua Anak Negeri di sebuah mukim berdekatan bersama dengan 9 peserta lain, sedangkan orang tersebut bukanlah berasal dari kampung mereka.
Jawatankuasa Bertindak Tuntutan Tanah Adat untuk Kampung Rumantai telah membuat beberapa bantahan bertulis tetapi malangnya jawapan dari Pejabat Daerah Ranau tidak jelas dan banyak kekeliruan. Lebih kasihan apabila mereka dikehendaki mengisi borang untuk mendapatkan maklumat 'alasan-alasan penolakan permohonan tanah mereka' dengan membayar RM5 untuk setiap 100 patah perkataan.
Walaupun keputusan tidak memihak kepada penduduk Kampung Rumantai Ranau, Wilson bertekad akan terus menuntut hak mereka kerana itu adalah tanah tinggalan nenek moyang mereka, malah bukti-bukti seperti tanah perkuburan dan tanaman masih ada sampai sekarang.
Bayangkanlah sekiranya mereka tidak lagi mempunyai tanah, di manakah mereka akan pergi? Kalau benar pemilikan tanah tersebut diberikan kepada orang luar yang tiada kena mengena dengan kampung tersebut? Apakah nasib penduduk Kampung Rumantai selepas in?
Persoalan yang paling 'sedap' untuk dijawab oleh pihak berkuasa, mengapa memberikan kelulusan untuk permohonan orang lain sedangkan tanah tersebut menempatkan orang asal yang sudah lama menetap di sana? Betullah kata Wilson yang seperti menyindir dalam dalam pembentangannya, " Pegawai-pegawai tu bukan masuk di dalam kampung kami untuk memeriksa sendiri adakah kampung kami dihuni. Baru jalan kali satu kilometer sudah penat, tidak sanggup masuk dalam. Silap-silap kalau terus jalan ke dalam kampung, boleh meleleh air hingus," katanya disambut dengan ketawa daripada hadirin yang datang.
Aku sangat bersetuju dengan nasihat dari pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam yang menegaskan jabatan kerajaan yang meluluskan tanah terutama yang melibatkan tanah orang asal patut mengikut prosedur yang betul dan tidak membelakangi hak-hak mereka sebagai orang asal. Orang asal juga patut diberi notis sebelum membuat kelulusan kepada apa juga permohonan daripada individu mahupun syarikat swasta.
[unable to retrieve full-text content]Aktiviti DI Pusat Kokurikulum Keningau. Posted by 9w6mrh at 6:46 PM. 0 comments: Post a Comment · Older Post Home. Subscribe to: Post Comments (Atom). Rakan-rakan Amatuer. http://julietpapagolf.blogspot.com ...