ads

Jumaat, 8 Jun 2012

10 di ranau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


Komuniti Dusun <b>di</b> Kampung Rumantai <b>Ranau</b> mahu tanah adat <b>...</b>

Posted: 08 Jun 2012 07:40 AM PDT

Wilson Kulong

Wilson Kulong (kiri) ditemani anaknya

Hari keempat, pendengaran awam berkenaan inkuiri nasional mengenai tanah orang asal hampir membuatkan aku menangis selepas mendengar penjelasan daripada wakil dari Kampung Rumantai, Ranau.

Ketua Jawatankuasa Bertindak Tuntutan Tanah Adat untuk Kampung Rumantai, Wilson Kulong menceritakan kehidupan mereka di kampung tersebut sejak dari nenek moyang mereka, mengusahakan tanaman sistem gilir balik seperti padi bukit, ubi kayu, ubi rambat, buah-buahan tempatan seperti langsat, cempedah, pauh, belunu, bambangan, durian, sukang, maraang, pinang, kelapa dan lain-lain.

Sekian lamanya mereka mewarisi, menduduki, mengusaha serta menuai hasil tanaman, hasil hutan (madu lebah, memburu binatang dengan anjing, rotan, sagu, damar, sayur hutan, ubatan tradisi) dan hasil sungai (menangkap ikan dengan jala, memasang bubu, memancing, menuba) tanpa gangguan.

Memandangkan konsep tanaman sistem gilir balik memaksa mereka berpindah-randah untuk memastikan setiap tanah yang diteroka subur kembali, Wilson menerangkan mereka berhijran di kawasan sekitar Kampung Rumantai seperti Kampung Mongkosiburan, Kuala Kolowoton Poro, Kolowoton Tazo, Lidung, Tintob, Mantapok, Matupang Poro, Matupang Tazo dan Miruru.

Penduduk Kampung Rumantai menjadi aktif mengusahakan ladang getah bermula pada tahun 1994 memandangkan projek Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) telah sampai ke kawasan mereka. Kemasukan projek LIGS tersebut telah menyedarkan mereka bahawa mereka perlu memohon tanah kampung mereka dari jabatan tanah untuk prosedur 'hitam-putih' menunjukkan mereka mendapat projek getah secara rasmi.

Sebelum ini, mereka menganggap tidak perlu memohon tanah kerana kampung itu bukan dimiliki oleh sesiapa tetapi milik nenek moyang mereka yang mana mereka telah warisi.
Malangnya, permohonan tanah mereka telah bertindih dengan seorang individu yang dipercayai bekas Ketua Anak Negeri di sebuah mukim berdekatan bersama dengan 9 peserta lain, sedangkan orang tersebut bukanlah berasal dari kampung mereka.

Jawatankuasa Bertindak Tuntutan Tanah Adat untuk Kampung Rumantai telah membuat beberapa bantahan bertulis tetapi malangnya jawapan dari Pejabat Daerah Ranau tidak jelas dan banyak kekeliruan. Lebih kasihan apabila mereka dikehendaki mengisi borang untuk mendapatkan maklumat 'alasan-alasan penolakan permohonan tanah mereka' dengan membayar RM5 untuk setiap 100 patah perkataan.

Walaupun keputusan tidak memihak kepada penduduk Kampung Rumantai Ranau, Wilson bertekad akan terus menuntut hak mereka kerana itu adalah tanah tinggalan nenek moyang mereka, malah bukti-bukti seperti tanah perkuburan dan tanaman masih ada sampai sekarang.

Bayangkanlah sekiranya mereka tidak lagi mempunyai tanah, di manakah mereka akan pergi? Kalau benar pemilikan tanah tersebut diberikan kepada orang luar yang tiada kena mengena dengan kampung tersebut? Apakah nasib penduduk Kampung Rumantai selepas in?

Persoalan yang paling 'sedap' untuk dijawab oleh pihak berkuasa, mengapa memberikan kelulusan untuk permohonan orang lain sedangkan tanah tersebut menempatkan orang asal yang sudah lama menetap di sana? Betullah kata Wilson yang seperti menyindir dalam dalam pembentangannya, " Pegawai-pegawai tu bukan masuk di dalam kampung kami untuk memeriksa sendiri adakah kampung kami dihuni. Baru jalan kali satu kilometer sudah penat, tidak sanggup masuk dalam. Silap-silap kalau terus jalan ke dalam kampung, boleh meleleh air hingus," katanya disambut dengan ketawa daripada hadirin yang datang.

Aku sangat bersetuju dengan nasihat dari pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam yang menegaskan jabatan kerajaan yang meluluskan tanah terutama yang melibatkan tanah orang asal patut mengikut prosedur yang betul dan tidak membelakangi hak-hak mereka sebagai orang asal. Orang asal juga patut diberi notis sebelum membuat kelulusan kepada apa juga permohonan daripada individu mahupun syarikat swasta.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved