ads

Jumaat, 23 Mac 2012

10 di tuaran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


sabahkini.net: AMANAH SEMAKIN MANTAP <b>DI TUARAN</b>

Posted: 02 Jan 2012 09:39 AM PST


Oleh: KREW SABAHKINI.NET

ANGKATAN Amanah Merdeka Malaysia (AMANAH) sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang telah diluluskan pendaftarannya pada pertengahan tahun lalu akan berperanan menjadi satu organisasi yang berupaya melonjakkan kedudukan sosio ekonomi keseluruhan rakyat agar dapat mengecapi kehidupan yang benar-benar maju, adil, saksama dan progersif, di samping memberi pendidikan dan ilmu pengetahuan terutama dalam konteks pembangunan negara.

Selain itu AMANAH akan mendokong teguh kemuliaan institusi perpaduan dan nilai-nilai murni secara kolektif terikat kukuh sebagai ahli keluarga besar yang jati serta ikhlas sejajar dengan amanah yang telah dipertanggungjawabkan bagi masa hadapan bersama keseluruhan rakyat pelbagai kaum.

Ketua Penerangan Majlis AMANAH Kawasan P170 Tuaran, Haji Awang Puasa Jambul menyatakan demikian ketika memberitahu bahawa sambutan yang amat menggalakkan telah diterima dari masyarakat pelbagai kaum di daerah ini untuk menjadi ahli AMANAH di tiga ranting iaitu di Kawasan Dewan Undangan Negeri Sulaman, Tamparuli dan Kiulu.

Beliau juga menyatakan perjuangan AMANAH adalah untuk menyampaikan suara hati nurani rakyat agar didengari oleh pimpinan kerajaan khususnya yang mencakupi permasalahan dan pembelaan terhadap rakyat tempatan agar pelbagai sumbangan yang sewajarnya dapat diterima selaras untuk meneruskan suatu tahap kehidupan yang tinggi untuk seluruh rakyat, berasaskan prinsip-prinsip keadilan, kesaksamaan dan seimbang selaras dengan perlembangaan negara dan di bawah suatu sistem kewangan negara yang stabil.

Dalam pada itu katanya, baru-baru ini telah diadakan satu mesyuarat pembentukan Majlis bagi kawasannya di Parlimen Tuaran yang memilih dengan sebulat suara Mantan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Monggoh Orow sebagai Pengerusi.

Sementara itu, Tiga Timbalan Pengerusi telah dipilih yang terdiri daripada Mantan Timbalan Menteri Buruh Malaysia; Datuk Kalakau Untol, Pemimpin Masyarakat China Tuaran; Farncis Soon dan seorang Pemimpin Masyarakat Bajau; Haji Jamling Haji Ghani.

Manakala Naib-naib Pengerusi yang terpilih terdiri daripada Pengerusi Persatuan Peladang Kawasan Tuaran Mohd Fairuz Bandar yang juga Bekas Setiausaha Sulit Menteri Kerajaan Tempatan Sabah; Bekas Pemimpin PBS Tamparuli David Chua Kim Leong; Pemimpin UPKO Kawasan Tamparuli Ramlee Mat; Pemimpin Wanita di Tamparuli Juis Jikah; dan Anak Bekas Menteri KeHakiman Malayisa Datuk Dr.James Ongkili DR Jimmy Ongkili.

Jawatan Setiausaha pula telah diamanahkan kepada seorang pemimpin masyarakat tempatan Irose Leecyous Jani dan Bendahari disandang oleh seorang pemimpin Masyarakat China Tamparuli Tan Ah Pang.

Manakala Seramai 15 orang Ahli Jawatankuasa Majlis AMANAH bagi Kawasan P170 Tuaran telah dipilih terdiri daripada Yusof Gindara, Francis Lamun, Nasir Samie, Jatim Giaron, Sidin Olin, Gaibin Ransoi, Dusin Gingging, A.Dullah Londow, Lakuman Gisob, Julian Sugara, Balanting Erom, Taib Mondoni, Christine Alan Inding, Agustine Lai dan Deraman Dermat.

Sehubungan itu, kata Haji Awang Puasa, AMANAH yang mempunyai misi perjuangan untuk menghidupkan kembali sumpahjajnji dan idealisma pengasas-pengasas kemerdekaan yang menginginkan agar seluruh rakyat Malaysia termasuk di daerah ini akan hidup sebagai satu bangsa berteraskan kesaksamaan, keadilan serta maju dan sejahtera.

"AMANAH yang dipimpin oleh Mantan Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Razaleigh Hamzah yang juga Ahli Parlimen Kawasan Gua Musang, Kelantan bagi peringkat negara dan di peringkat pimpinan Negeri Sabah diketuai oleh Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing telah juga melantik Mantan Ketua Penerangan UMNO Tuaran; Haji Ghulabdin Enjih sebagai Pengerusi Majlis Ranting AMANAH di Kawasan Dewan Undangan Negeri Sulaman.

"Sejajar dengan perjuangan yang termaktub dalam perlembagaan AMANAH ia akan juga memastikan institusi-institusi negara mendukung dan menghormati kedaulatan undang-undang, prinsip-prinsip demokrasi, hak serta nilai-nilai sejagat," kata Haji Awang Puasa yang juga Mantan Presiden Kesatuan Sekerja PETRONAS Negeri Sabah.

Dengan penubuhan AMANAH di Kawasan P170 Tuaran, kata Haji Awang, adalah diharapkan akan lebih ramai masyarakat tempatan akan memberikan sokongan dan masuk untuk menjadi Ahli agar perjuangan untuk menyuara dan mengetengahkan pelbegai permasalahan mereka akan dapat dijayakan dengan lebih teratur dan tertib.

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


sabahkini.net: DUA MAUT, RUMAH TERTIMBUS <b>DI LAHAD DATU</b>

Posted: 18 Feb 2012 10:27 PM PST

DUA orang maut, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun, apabila rumah di lereng bukit di Kampung Terusan yang mereka diami, tertimbus dan ranap dalam kejadian tanah runtuh awal pagi Sabtu.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Mohd Apandi Mahmod berkata, mangsa pertama, seorang kanak-kanak perempuan dijumpai pasukan mencari dan menyelamat pada jam 10.55 pagi manakala mangsa kedua, seorang wanita dewasa, dijumpai kira-kira jam 11.10 pagi.

Katanya, kedua-dua mangsa yang mempunyai kaitan kekeluargaan yang namanya belum dikenal pasti itu, ditemui di dalam sebuah bilik di dalam rumah yang ranap sama sekali akibat runtuhan tanah dan pokok kelapa sawit dan pokok-pokok kayu.

Menurut Mohd Apandi semasa kejadian, seramai tujuh orang berada di dalam rumah berkenaan namun empat daripadanya berjaya menyelamatkan diri manakala seorang lagi, seorang lelaki dewasa, walaupun terselamat namun mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di Hospital Lahad Datu.

Katanya, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira 2.53 pagi tadi sebelum mengejarkan anggotanya ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat.

Operasi mencari dan menyelamat yang disertai anggota bomba, polis dan Jabatan Pertahanan Awam dihentikan kira-kira jam 12 tengah hari tadi. - BERNAMA

10 di sipitang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sipitang - Google Blog Search


Cuti-Cuti 1 Malaysia: Jom Datang Dan Kenali <b>Sipitang</b> ! (35 gambar <b>...</b>

Posted: 09 Mar 2012 09:38 PM PST

Cuti-Cuti 1 Malaysia: Jom Datang Dan Kenali Sipitang ! (35 gambar)

Daerah Sipitang yang terletak di Selatan Negeri Sabah, bersempadan dengan Negeri Sarawak (Lawas) dan Negara Indonesia (Kalimantan). Sipitang juga laluan utama dari Negara Brunei Darussalam melalui jalan darat dan laut serta laluan ke Wilayah Persekutuan Labuan.

Sipitang merupakan pekan, daerah dan juga kawasan parlimen yang terletak di Bahagian Pedalaman, Sabah, Malaysia.

Jumlah penduduk di daerah Sipitang dianggarkan seramai 12,076 pada tahun 1980, 24,349 pada tahun 1991 dan dijangka akan meningkat kepada 56,634 pada tahun 2010 .Sipitang adalah pekan negeri Sabah yang paling dekat dengan sempadan Sabah-Sarawak.

Pekan Sipitang terletak sejauh 44 kilometer ke selatan Beaufort, dan 144 kilometer ke selatan ibu kota Sabah, Kota Kinabalu.

Sejarah

Sebelum tahun 1884, Sipitang adalah di bawah naungan Kesultanan Brunei. Pada 5 November 1884, Sultan Brunei menyerahkan kawasan jajahannya dari Sipitang ke Kuala Penyu kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU).Penyerahan ini berikutan daripada sogokan yang diberikan oleh gabernor SBBU, William Treacher, kepada pihak Sultan.

Pada 7 September 1901 pula, Sultan Brunei menyerahkan kawasan dari Sungai Sipitang sehingga ke Sungai Trusan kepada SBBU.Sehubungan dengan itu, SBBU memperoleh kawasan Mengalong dan Merantaman di Sipitang pada 12 September 1901.

Pemberian ini diperoleh daripada geran yang diberikan oleh Pangiran Tengah Damit ibni al-Marhum Pangiran Anak Bongsu.Kawasan-kawasan tersebut diperoleh secara berasingan kerana kawasan sebegitu adalah hak milik persendirian pangiran-pangiran (putera-putera) melalui hak tulin mereka, maka tidak terletak di bawah kuasa Sultan.

Sungai Sipitang menandakan sempadan British Borneo Utara dan Kesultanan Brunei sehingga tahun 1900.

Pada tahun 1901, iaitu setelah SBBU memperoleh tanah dari Sungai Sipitang ke Sungai Trusan, pejabat pentadbiran ditubuhkan di Sipitang dan kawasan tersebut diletakkan di bawah nama Province Clarke. Daerah ini dinamakan sempena Sir Andrew Clarke.

Matlamat penubuhan pejabat adalah untuk mengembangkan kawasan jajahan SBBU. Walau bagaimanapun, keadaan politik pada tahun-tahun berikutnya menyebabkan SBBU menjual kembali beberapa kawasan berdekatan dengan Sungai Trusan, dan sempadan Borneo utara menyusut ke Mengalong (Sindumin).

10 di keningau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


Getah <b>di Keningau</b> - I SPREAD MY WINGS AND I LEARN HOWTO <b>...</b>

Posted: 17 Mar 2012 05:08 AM PDT

Selesai makan tengahari ni, kami bergerak ke persimpangan Bingkor. Jalannya menuju ke Api Api, atau berpatah balik menuju ke Kota Kinabalu. Tak jauh pun, masih didalam daerah Keningau, saya kira sekitar 10km. Saya memandu, ikut aje arahan, dan tak tahu arah tujuan sebenar, nak ke mana? Sekitar 10 minit sudah berada di sini. 


Oh, panasnya mentari, tapi, bukankah ini tujuan sebenar kami ke Sabah?
Pusat Pengumpulan LIGS, Keningau.
Harga pasaran getah ,02/03/2012
Wakil dari Semenanjung , Najib Ahmad ingin mendapat kisah sebenar industri getah di Negeri Sabah, terutamanya Keningau.
Sekitar 20 buah 4X4 yang sarat dengan kepingan getah dan ketulan, menunggu giliran untuk ditimbang.
Kami disini sekitar satu jam, dan bergerak semula mengarah ke bandar sekitat 345 petang.


Kali ini kami mengarah ke Pekan Sook, kira kira 40km dari Keningau.


Ini pun , saya tidak tahu arah tujunya kemana dan siapa yang dicari. Semuanya atas arahan abang Ibrahim Ali ni.


Sekitar 430 petang kami disini,  kira minum petanglah.
  
Minum petang di Restoran Sri Sook.
Kami menanti akan hadirnya biras kepada Abang Ibrahim Ali ni. Ternyata beliau masih berada diluar kota. Sekitar puku 530 petang, kami bergerak pulang ke Keningau.
Jaraknya dari Keningau ini sekitar 45 km. Jalan ini merupakan jalan alternatif untuk yang mahu ke Pantai Timor Sabah, paling tepat ke Tawau. Dari KK - Tawau, perjalanan dengan 4 x4 mengambil masa 8 jam!!
Kalau dengan kereta biasa, sila congak sendiri.
Sekitar 6 petang kami sudah berada di bandar Keningau. Hantar Abang Ibrahim Ali ke stadium, dan kami terus cek-in hotel yang berhampirang simpang Balai Polis itu.
Jalan OKK Sodoman, dimana terletaknya hotel budget kami itu. OKK tu Orang Kaya Kaya
Cuba nak lelap, tapi tak boleh, mandi, menonton berita TV dari TransTV Indonesia , dan kami pun terus bergerak keluar sekitar pukul 730 malam. Keadaannya seperti sudah pukul 830 malam. 


Gerimis di Keningau, kami berlari lari anak menyeberang jalan. Saya hanya mengekori mereka dari belakang, tak tahu pun kemana pun. Yang pasti, kami nak makan malam. Moga moga makan malam ini sesuai dengan selere Semenanjung.


Hm, bersebelahan dengan Public Bank rupanya restoran ini. 


Maaf, saya dah lupa namanya restoran ini.
Menanti akan siapnya makan malam kami ni, memang saya dah lapar ni.
Saya dan Abang Ibrahim pesankan ikan bakar spesis Ikan Sebelah, serta sotong goreng cabai kering, dan sayur kangkung goreng belacan.


Satu yang saya tak tahan dengan makan di Sabah ni, setimbun nasi diletak kedalam setiap pinggan, seakan akan yang memakannya buruh paksa kontrak yang bekerja 24 jam tanpa henti, hahaha.
Sotong goreng cili kering
Memang sedap masakan malam ini. Saya sering juga membeli ikan sebelah ini di Pasar Sungai Petani, tetapi dari spesis yang senipis tapak tangan itu. Saya senang goreng garing dan disambalkan sahaja. Sotong yang spresis  apolo ini pula, selalu sekadar bersambal sahaja, bukan menu cabai kering ini.


Markah penuh 10 saya berikan kepada restoran ini dengan menu menu yang kami makan malam ini.
Memang  peel begini, kalau dah ngantuk, saya tak akan sorok muka yang toye ini
Dah kenyang, mulalah mengantuk. Saya kira malam ini kami lebih ceria dan terbuka berbual dengan Abang Ibrahim Ali. Semua kemusykilan kami ketengahkan. Saya bukanlah faham sangat dengan getah ni, sebab getah 25 batang di kebun itu pun di toreh ikut musim, rasa rasa ada harga,  baru orang kampung minta kebenaran menoreh, saya ambil duit aje.


Jadi, supaya masa mereka tidak terbuang dengan soalan soalan bodoh saya, lebih baik saya saya mohon diri, hahaha. Tanpa segan , saya minta diri, sedangkan mereka sedang rancak berbual.


Berlarian didalam gerimis.


Dikamar saya terlena seketika rasanya, bila sejam kemudian Najib mengetuk pintu, dan saya tersedar dari mamai saya. 


Abang Bacho pulang pukul berapa pun saya dah tak peduli walaupun terdengar suara beliau semasa beliau memasuki bilik.


Bukan apa , sebab malam sebelumnya pun, tidur tidak mencukupi, jadi malam ini saya mahu tumpukan rehat secukupnya, sebab esok, mungkin perjalanan akan lebih jauh, atau terus pulang ke KK sahaja.


Latiff Hariri
1938 13032012
Sungai Petani

Khamis, 15 Mac 2012

10 di sipitang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sipitang - Google Blog Search


Najib bakal rasmikan acara pecah tanah <b>di Sipitang</b>

Posted: 13 Feb 2012 05:23 AM PST

KOTA KINABALU 13 Feb. — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan acara pecah tanah bagi projek kilang baja urea ammonia Sabah (SAMUR) yang bernilai US$1.5 bilion (RM4.6 bilion) di Sipitang Khamis ini.

Projek besar itu dimiliki oleh Petronas Chemicals Group Bhd. Pengurus besar pejabat Petronas Wilayah Sabah dan Labuan, Joseph Podtung berkata kehadiran SAMUR bertaraf dunia di Sipitang akan mewujudkan kesan positif ke atas industri kimia dan berkaitannya, termasuk pertanian, hotel dan katering, penyenggaraan kilang dan pengangkutan.

"Ia juga akan menyediakan syarikat dan para usahawan prospek perniagaan yang meluas dan menjana pekerjaan untuk tempatan, sekali gus menyemarakkan pertumbuhan ekonomi, terutamanya untuk komuniti tempatan di Sipitang," kata beliau pada satu majlis makan tengah hari yang dianjurkan oleh Petronas Chemicals Group. — BERNAMA

Diucapkan SELAMAT DATANG kepada PM Najib, untuk sekali lagi ke Daerah Sipitang......

10 di kinabatangan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


[Gambar] penemuan kera hantu <b>di Kinabatangan</b> Sabah - Home

Posted: 12 Mar 2012 02:24 AM PDT

Habitat primat kecil bakal diketahui, penyelidik mula proses pemuliharaan
KINABATANGAN: Lokasi habitat tarsier atau kera hantu di daerah ini yang dikategori sebagai primat kecil, bakal diketahui dengan lebih terperinci berikutan penemuan seekor tarsier jantan bersaiz sebesar tapak tangan orang dewasa yang diselamatkan dari ladang sawit di sini, 7 Mac lalu.
Haiwan yang aktif pada waktu malam itu ditemui berhampiran kawasan Gomantong oleh Saroto Payar yang juga bapa kepada pembantu penyelidik lapangan Pusat Lapangan Danau Girang (DGFC), di sini.
 Tarsier itu kemudian dipasang dengan kolar radio bagi membolehkan habitatnya dikenal pasti.
Pelajar Cardiff University, Alice Miles yang mengetuai projek mengenai ekologi tarsier di DGFC berkata, primat itu ditempatkan dalam sangkar selama sehari dan diberi makan serangga sebelum dilepaskan ke hutan.
"Kami memasangnya dengan kolar radio sebelum dilepaskan ke hutan. Tarsier itu diberi nama 'Lad' iaitu singkatan daripada perkataan 'ladang.'
"Pada malam berikutnya, kami kembali ke hutan dan mengesan Lad menggunakan telemetri.
"Dia ditemui kira-kira 150 hingga 200 meter dari tempat dilepaskan dan dikesan memburu serangga di tanah," katanya dalam kenyataan dikeluarkan Jabatan Hidupan Liar Sabah dan DGFC, semalam.
Sementara itu, Pengarah DGFC, Dr Benoit Goossens, berkata langkah memahami keperluan habitat, pemakanan dan struktur organisasi sosial primat itu kunci terhadap usaha membentuk dasar pemuliharaan haiwan unik terbabit.
Selain Lad katanya, DGFC sudah memasang kolar radio pada empat tarsier lain di sekitar padang DGFC di hilir Pusat Perlindungan Hidupan Liar Kinabatangan.
"Sebelum ini, kami memasang kolar radio pada dua tarsier betina bagi mengesan lokasi haiwan ini tidur, selain memetakan habitatnya.
"Kita harap Lad akan bertemu seekor daripada dua tarsier betina itu bagi membolehkan pembiakan," katanya.
Habitat primat kecil bakal diketahui, penyelidik mula proses pemuliharaan
KINABATANGAN: Lokasi habitat tarsier atau kera hantu di daerah ini yang dikategori sebagai primat kecil, bakal diketahui dengan lebih terperinci berikutan penemuan seekor tarsier jantan bersaiz sebesar tapak tangan orang dewasa yang diselamatkan dari ladang sawit di sini, 7 Mac lalu.
Haiwan yang aktif pada waktu malam itu ditemui berhampiran kawasan Gomantong oleh Saroto Payar yang juga bapa kepada pembantu penyelidik lapangan Pusat Lapangan Danau Girang (DGFC), di sini.
 Tarsier itu kemudian dipasang dengan kolar radio bagi membolehkan habitatnya dikenal pasti.
Pelajar Cardiff University, Alice Miles yang mengetuai projek mengenai ekologi tarsier di DGFC berkata, primat itu ditempatkan dalam sangkar selama sehari dan diberi makan serangga sebelum dilepaskan ke hutan.
"Kami memasangnya dengan kolar radio sebelum dilepaskan ke hutan. Tarsier itu diberi nama 'Lad' iaitu singkatan daripada perkataan 'ladang.'
"Pada malam berikutnya, kami kembali ke hutan dan mengesan Lad menggunakan telemetri.
"Dia ditemui kira-kira 150 hingga 200 meter dari tempat dilepaskan dan dikesan memburu serangga di tanah," katanya dalam kenyataan dikeluarkan Jabatan Hidupan Liar Sabah dan DGFC, semalam.
Sementara itu, Pengarah DGFC, Dr Benoit Goossens, berkata langkah memahami keperluan habitat, pemakanan dan struktur organisasi sosial primat itu kunci terhadap usaha membentuk dasar pemuliharaan haiwan unik terbabit.
Selain Lad katanya, DGFC sudah memasang kolar radio pada empat tarsier lain di sekitar padang DGFC di hilir Pusat Perlindungan Hidupan Liar Kinabatangan.
"Sebelum ini, kami memasang kolar radio pada dua tarsier betina bagi mengesan lokasi haiwan ini tidur, selain memetakan habitatnya.
"Kita harap Lad akan bertemu seekor daripada dua tarsier betina itu bagi membolehkan pembiakan," katanya.

Kisah aku dan kau: Letih <b>di Kinabatangan</b>.....

Posted: 27 Feb 2012 02:36 AM PST

27/2 Pukul 7.00 Pegawai dari PPD menjemput aku untuk ke Kinabangan.Kurang lebih 11/2 jam perjalanan. Pukul 8.51 minit akau hantar sms pada kau..namun tak dibalas.Sehingga jam sekarang 6.39 waktu Kinabatangan.Letihnya di Kinabatangan...

10 di keningau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Kaunter khas BR1M <b>di Keningau</b>

Posted: 19 Feb 2012 03:03 PM PST

KENINGAU 19 Feb. – Seramai 11,236 orang ketua isi rumah bagi kawasan Bingkor dan Liawan dekat sini sudah menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bernilai RM500 bagi setiap penerima sehingga proses agihan fasa keempat bantuan tersebut hari ini.

Pegawai Daerah Keningau, Amat Mohd. Yusof berkata, proses pembayaran BR1M secara tunai itu dilakukan di pusat agihan pada hujung minggu dan di lokasi yang jauh dari bank.

Katanya, langkah itu bagi memudahkan penerima menunaikan baucar tanpa menunggu masa yang lama untuk ke bank yang dilantik, apabila urus setia menyediakan kaunter khas pembayaran oleh bank yang dilantik oleh kerajaan.

"Memang ada penerima yang senarai namanya tidak termasuk di kawasan tempat mereka tinggal, tetapi tersenarai di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) lain dalam daerah ini.

"Sehubungan itu, saya menasihatkan mereka yang belum menerima surat tawaran BR1M untuk membuat semakan di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Pejabat Daerah Keningau bagi memudahkan mereka menyemak senarai nama dan mengetahui kawasan pusat pengagihan yang telah ditetapkan," katanya di sini hari ini.

Amat berkata demikian selepas meninjau pengagihan BR1M fasa keempat di Dewan Masyarakat Keningau itu.

Hadir sama Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Sairin Karno dan Pemaju Mukim Lingkudau, Amir Jani.

Proses agihan fasa keempat berjalan lancar dengan lebih 600 ketua isi rumah menerima baucar serta wang tunai RM500 di kaunter bayaran yang dibuka oleh pengurusan Bank Bumiputera Commerce (CIMB) Cawangan Keningau.

Sairin berkata, setiap penerima yang sudah mendapat BR1M dinasihat menyampaikan maklumat yang tepat kepada ketua isi rumah di kampung masing-masing yang belum berbuat demikian agar peka terhadap jadual agihan dan menuntut bantuan tersebut di kaunter penerimaan.

Beliau berpuas hati dengan proses agihan yang berjalan lancar dan mendapat kerjasama baik daripada petugas di semua pusat agihan bantuan itu.

"Saya harap tempoh agihan BR1M akan dilanjutkan agar semua masalah berhubung bantuan ini dapat diatasi, termasuk yang belum tersenarai, tetapi masih boleh mengemukakan dokumen sokongan pada bila-bila masa," katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

10 di beluran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di beluran - Google Blog Search


AKTIVITI &#39;GRAFITY AREA&#39; 1 MALAYSIA <b>DI</b> PERINGKAT <b>...</b>

Posted: 06 Mar 2012 01:29 AM PST


ASSALAMU ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM 1 MALAYSIA.

Dimaklumkan kepada semua Guru-Guru Prasekolah/ PPM Prasekolah ,  di setiap kelas PRASEKOLAH di daerah Beluran agar dapat menyediakan sehelai ' GRAFITY AREA' 1 MALAYSIA dan menghantarnya ke UNIT PRASEKOLAH PPD Beluran pada 30 ogos 2012.

Apa yang perlu guru-guru prasekolah lakukan ialah menyediakan kain putih ( jenis cotton sahaja ) yang berukuran 1 meter ( 100cm X 60cm ) dan membimbing murid-murid prasekolah membuat aktiviti yang menarik sama ada dalam bentuk : LUKISAN/ CATAN/ CAPAN/ JAHITAN  atau KOLAJ. Hasil kerja itu akan digabungjahitkan dengan 48 hasilan kelas prasekolah lain di daerah Beluran pada 30 ogos - 10 september 2012 , di dataran PKG Beluran oleh guru-guru Prasekolah sendiri ( atau wakil ).

Adalah diharapkan kesemua guru Prasekolah dapat mengambil tindakan sewajarnya  bagi memastikan penglibatan kelas Prasekolah anda . Ianya pasti dapat dibanggakan kerana akhirnya hasil kerja tersebut akan digabungkan pula dengan hasil kerja kelas-kelas prasekolah di antara DAERAH dan seterusnya dengan NEGERI-NEGERI lain di MALAYSIA.

UNIT PRA SEKOLAH PPD BELURAN.

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved