10 di kinabatangan - Google Blog Search |
[Gambar] penemuan kera hantu <b>di Kinabatangan</b> Sabah - Home Posted: 12 Mar 2012 02:24 AM PDT Habitat primat kecil bakal diketahui, penyelidik mula proses pemuliharaan KINABATANGAN: Lokasi habitat tarsier atau kera hantu di daerah ini yang dikategori sebagai primat kecil, bakal diketahui dengan lebih terperinci berikutan penemuan seekor tarsier jantan bersaiz sebesar tapak tangan orang dewasa yang diselamatkan dari ladang sawit di sini, 7 Mac lalu. Haiwan yang aktif pada waktu malam itu ditemui berhampiran kawasan Gomantong oleh Saroto Payar yang juga bapa kepada pembantu penyelidik lapangan Pusat Lapangan Danau Girang (DGFC), di sini. Tarsier itu kemudian dipasang dengan kolar radio bagi membolehkan habitatnya dikenal pasti. Pelajar Cardiff University, Alice Miles yang mengetuai projek mengenai ekologi tarsier di DGFC berkata, primat itu ditempatkan dalam sangkar selama sehari dan diberi makan serangga sebelum dilepaskan ke hutan. "Kami memasangnya dengan kolar radio sebelum dilepaskan ke hutan. Tarsier itu diberi nama 'Lad' iaitu singkatan daripada perkataan 'ladang.' "Pada malam berikutnya, kami kembali ke hutan dan mengesan Lad menggunakan telemetri. "Dia ditemui kira-kira 150 hingga 200 meter dari tempat dilepaskan dan dikesan memburu serangga di tanah," katanya dalam kenyataan dikeluarkan Jabatan Hidupan Liar Sabah dan DGFC, semalam. Sementara itu, Pengarah DGFC, Dr Benoit Goossens, berkata langkah memahami keperluan habitat, pemakanan dan struktur organisasi sosial primat itu kunci terhadap usaha membentuk dasar pemuliharaan haiwan unik terbabit. Selain Lad katanya, DGFC sudah memasang kolar radio pada empat tarsier lain di sekitar padang DGFC di hilir Pusat Perlindungan Hidupan Liar Kinabatangan. "Sebelum ini, kami memasang kolar radio pada dua tarsier betina bagi mengesan lokasi haiwan ini tidur, selain memetakan habitatnya. "Kita harap Lad akan bertemu seekor daripada dua tarsier betina itu bagi membolehkan pembiakan," katanya. Habitat primat kecil bakal diketahui, penyelidik mula proses pemuliharaan KINABATANGAN: Lokasi habitat tarsier atau kera hantu di daerah ini yang dikategori sebagai primat kecil, bakal diketahui dengan lebih terperinci berikutan penemuan seekor tarsier jantan bersaiz sebesar tapak tangan orang dewasa yang diselamatkan dari ladang sawit di sini, 7 Mac lalu. Haiwan yang aktif pada waktu malam itu ditemui berhampiran kawasan Gomantong oleh Saroto Payar yang juga bapa kepada pembantu penyelidik lapangan Pusat Lapangan Danau Girang (DGFC), di sini. Tarsier itu kemudian dipasang dengan kolar radio bagi membolehkan habitatnya dikenal pasti. Pelajar Cardiff University, Alice Miles yang mengetuai projek mengenai ekologi tarsier di DGFC berkata, primat itu ditempatkan dalam sangkar selama sehari dan diberi makan serangga sebelum dilepaskan ke hutan. "Kami memasangnya dengan kolar radio sebelum dilepaskan ke hutan. Tarsier itu diberi nama 'Lad' iaitu singkatan daripada perkataan 'ladang.' "Pada malam berikutnya, kami kembali ke hutan dan mengesan Lad menggunakan telemetri. "Dia ditemui kira-kira 150 hingga 200 meter dari tempat dilepaskan dan dikesan memburu serangga di tanah," katanya dalam kenyataan dikeluarkan Jabatan Hidupan Liar Sabah dan DGFC, semalam. Sementara itu, Pengarah DGFC, Dr Benoit Goossens, berkata langkah memahami keperluan habitat, pemakanan dan struktur organisasi sosial primat itu kunci terhadap usaha membentuk dasar pemuliharaan haiwan unik terbabit. Selain Lad katanya, DGFC sudah memasang kolar radio pada empat tarsier lain di sekitar padang DGFC di hilir Pusat Perlindungan Hidupan Liar Kinabatangan. "Sebelum ini, kami memasang kolar radio pada dua tarsier betina bagi mengesan lokasi haiwan ini tidur, selain memetakan habitatnya. "Kita harap Lad akan bertemu seekor daripada dua tarsier betina itu bagi membolehkan pembiakan," katanya. |
Kisah aku dan kau: Letih <b>di Kinabatangan</b>..... Posted: 27 Feb 2012 02:36 AM PST 27/2 Pukul 7.00 Pegawai dari PPD menjemput aku untuk ke Kinabangan.Kurang lebih 11/2 jam perjalanan. Pukul 8.51 minit akau hantar sms pada kau..namun tak dibalas.Sehingga jam sekarang 6.39 waktu Kinabatangan.Letihnya di Kinabatangan... |
You are subscribed to email updates from di kinabatangan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan