ads

Khamis, 6 Oktober 2011

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


Analisis Pakatan Rakyat menuju PRU 13 <b>di Sabah</b>

Posted: 22 Sep 2011 12:34 PM PDT

20 perkara yang ditawarkan oleh PR untuk rakyat Sabah dalam PRU ke 13 yang diurakan-urakan bakal berlangsung dalam masa terdekat ini, merupakan antara isu yang sangat genting dan menjadi satu tuntutan kepada PR untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat Sabah jika PR berjaya menakluki 'fixed deposit' BN ini. 

Siti Salasiah Salamun, Harakah Daily

Pendahuluan

Pada 16 September yang lalu, bersamaan dengan sambutan Hari Malaysia, Konvensyen Pakatan Rakyat Sabah telah berlangsung dengan jayanya di Convention and Event Center, Star City, Kota Kinabalu Sabah. Konvensyen ini dihadiri oleh semua penyokong dan ahli dari Pakatan Rakyat seluruh negeri.

Konvensyen yang bermula dari pukul 1.00 petang hingga 5.00 petang itu bertujuan untuk merasmikan Buku Jingga Pakatan Rakyat Negeri Sabah. Lim Kit Siang, Haji Mohamad Sabu dan Datuk Seri Dr Wan Azizah antara pimpinan Pakatan Rakyat yang turut hadir memberikan ucapan dan sekaligus merasmikan Buku Jingga Pakatan Rakyat.

Tawaran PR

Tawaran baru Pakatan Rakyat (PR) untuk rakyat Sabah meliputi 20 perkara. Antaranya adalah mengenai agama, menjunjung kedaulatan negeri Sabah, menangani pendatang asing tanpa izin (PATI), pemuliharaan tanah Sabah, Borneonisasi, pengambilalihan Blok L dan M, 20 perkara autonomi Sabah, royalti minyak dan gas, dasar kabotaj, pengawalan cukai hasil negeri Sabah, kajian fungsi FELDA dan FELCRA, Yayasan Orang Asal, pembasmian kemiskinan, perumahan rakyat, peranan Yayasan Sabah dan lain-lain.

Penerimaan rakyat Sabah terhadap PR pada masa ini adalah pada tahap yang amat baik. Di sesetengah kawasan, wakil PR sama ada terdiri daripada PAS, DAP atau PKR, dijadikan rujukan utama oleh masyarakat setempat untuk memberitahu masalah dan mendapatkan penyelesaian kepada masalah itu, hal ini menjadi simbolik kepada ketidakcekapan wakil rakyat BN yang ada untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

Menurut Ketua Penerangan Pas Sabah, Hisamudin Sulaiman yang juga merupakan Yang Dipertua Pas Kawasan Pensiangan, apabila beliau turun mendengar keluhan dan permasalahan masyarakat di kawasannya, di samping mendedahkan penipuan yang dilakukan oleh BN, pada ketika itulah masyarakat sedar bahawa selama ini mereka hanya ditipu dan tidak diambil berat langsung oleh wakil rakyat yang dipilih oleh mereka dalam PRU lalu.

Beliau juga mendakwa bahawa penduduk kampung memberikan kepada beliau beberapa pucuk surat yang mengandungi berbagai-bagai permintaan daripada penduduk kampung. Beliau menegaskan kepada penduduk kampung bahawa tugas wakil rakyat yang dipilih dalam pilihanraya bukan hanya untuk memberikan beras sekilo dua ataupun memberikan 'tandas segera', tetapi ia lebih dari itu, iaitu mendengar dan menyelesaikan permasalahan yang wujud.

PAS mengukuh di Sabah

Di kawasan Sandakan pula, penerimaan masyarakat terhadap PR juga pada tahap yang amat memberangsangkan. Masyarakat di sekitar Batu Sapi sangat teruja apabila mengetahui bahawa Tuan Guru Haji Hadi akan turun ke kawasan mereka, namun harapan mereka untuk bertemu dengan dengan beliau tidak kesampaian apabila beliau tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.

Namun kedatangan beliau di tempat lain seperti di Tawau, amat meriah dan disambut dengan baik.

20 perkara yang ditawarkan oleh PR untuk rakyat Sabah dalam PRU ke 13 yang diurakan-urakan bakal berlangsung dalam masa terdekat ini, merupakan antara isu yang sangat genting dan menjadi satu tuntutan kepada PR untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat Sabah jika PR berjaya menakluki 'fixed deposit' BN ini.

Antara isu yang cukup sinonim dengan rakyat negeri ini, adalah isu Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR). Di semua kawasan, terutamanya kawasan pedalaman, seperti di kawasan Pensiangan, kawasan Batu Sapi, dan kawasan Beluran serta di Merotai, penduduk kampung meneroka dan mengusahakan tanah-tanah tersebut untuk dijadikan kawasan petempatan dan pertanian atau penternakan. Apabila tanah-tanah tersebut diusahakan, ia sepatutnya menjadi milik penduduk yang mengusahakannya.

Namun, hal yang sebaliknya pula terjadi apabila kerajaan sewenang-wenangnya merampas tanah NCR tersebut. Pampasan yang dijanjikan hanya menjadi 'pemanis mulut' sahaja tanpa ada tindakan susulan. Rakyat dibiarkan turun naik ke mahkamah dan akhirnya kes ditutup.

Pembelaan yang sewajarnya dibuat oleh wakil rakyat seperti yang diharapkan oleh penduduk kampung, tidak terjadi. Malahan wakil rakyat pula hilang entah ke mana. Hanya akan muncul apabila ada program nyanyian, kebudayaan dan acara tari menari yang sememangnya sinonim dengan jiwa wakil rakyat BN negeri ini.

Tahun ini, PAS Sabah amat tekun dan gigih untuk memastikan Sabah tidak lagi menjadi 'fixed deposite' BN pada PRU akan datang. Pada Mei tahun ini, Konvensyen PAS Sabah yang berlangsung di Sabah Hotel, Sandakan yang bermatlamatkan "merakyatkan PAS di Sabah" telah mengusulkan juga beberapa tindakan lain antaranya untuk menyebarkan isi kandungan Buku Jingga, menarik undi masyarakat bukan Islam, mengenalpasti permasalahan masyarakat setempat, kursus pilihanraya kawasan dan penekanan kualiti ahli.

Seminar pendidikan yang diadakan di Kundasang yang turut berlangsung beberapa bulan yang lalu turut menarik perhatian. Resolusi seminar ini antaranya menubuhkan Sekolah Rendah Islam (SRI), menubuhkan Pusat Pendidikan Islam, Pusat Tahfiz, Pondok Fi Zilalil Quran, Madrasah Al Ulumiyyah wa Tarbiah dan sebagainya.

Hal ini berikutan insitusi keagamaan yang seperti ini yang kurang di Sabah. Ia merupakan langkah yang sangat bijak untuk mendekatkan rakyat Sabah terhadap ilmu keagamaan yang bersistemkan madrasah, pondok dan SRI.

Pada 17 September yang lalu pula, Konvensyen Pas Negeri Sabah telah berlangsung di Yaho Hotel, Kota Kinabalu. Konvensyen pada kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran semua ahli PAS dari seluruh pelusuk negeri ini. Konvensyen yang berlangsung selama sehari ini turut mengupas mengenai Negara Berkebajikan: Tawaran Pas yang telah disampaikan oleh ahli parlimen Pasir Putih Kelantan, Ustaz Muhammad Husin.

Menariknya, konvensyen kali ini menggunakan buku MENEGAKKAN PERJUANGAN: Memenangi Pilihanraya Menerusi Persiapan Tarbiyyah yang ditulis oleh Ustaz Datuk Abu Bakar Chik yang turut digunakan ketika Ijtimak Tarbawi DPPP di Rusila Terengganu pada Oktober tahun lalu.

Sebanyak tiga kertas kerja telah dibentangkan iaitu 'Menegakkan Perjuangan' yang disampaikan oleh Ustaz Anuar Ali merangkap Timbalan Pesuruhjaya Pas 3, 'Pilihanraya adalah Jihad dan Wasilah Perjuangan' yang disampaikan oleh Ketua Dewan Ulama Pas Sabah, Ustaz Nuruddin Abdullah dan pembentangan ketiga mengenai 'Adakah PAS boleh menang dan memerintah Malaysia' yang disampaikan oleh Ketua Penerangan PAS Sabah, Saudara Hisamudin Sulaiman. Majlis ini diakhiri dengan bacaan doa wehdah oleh Ketua Pemuda PAS Sabah, Saudara Lahirul Latigu.

Jaringan PAS dan NGO

Konvensyen PAS kali ini juga disertai oleh beberapa wakil NGO yang turut serta bersama-sama memperjuangkan isu setempat, antaranya NGO ini bekerjasama dengan PAS Sabah untuk menangani isu alam sekitar yang melibatkan pembukaan lombong arang batu di Felda UMAS. Hasilnya, mereka berjaya menghentikan pembukaan lombong tersebut. Hal ini secara tidak langsung menampakkan bahawa PAS adalah sebuah parti yang universal, tidak hanya merangkumi hal ehwal keagamaan semata-mata.

Di Sabah, pilihanraya Parlimen Batu Sapi yang diadakan tahun lalu adalah cerminan kepada usaha PR di Sabah, khususnya di Sandakan. Walaupun ketika itu wakil dari PKR yang menjadi calon bertanding, namun usaha untuk memenangkan calon ini turut dibantu oleh jentera dari semua parti PR. Hasilnya, lebih 3000 pengundi yang mengundi calon PKR ini. Ia merupakan satu 'hint' awal betapa rakyat Sabah mahukan perubahan yang lebih baik dan wakil rakyat dipilih biarlah menjadi mata dan telinga kepada rakyat di parlimen nanti, bukan hanya melihat dan membiarkan rakyat terseksa.

Keberkesanan pendidikan rendah PAS

Penerimaan masyarakat terhadap PAS juga turut dilihat melalui peningkatan murid yang berdaftar di PASTI yang ada di seluruh negeri. Hal ini menunjukkan kepercayaan yang tinggi oleh masyarakat agar anak-anak mereka dapat dididik dengan baik dan berkonsepkan Islam.

Dakwah Islamiyyah turut dapat disebarkan secara 'bil hikmah' melalui PASTI. Rata-rata ibu bapa pelajar yang menghantar anak-anak ke sekolah PASTI, berpakaian tidak menepati syariat Islam dan disinilah peranan guru ditonjolkan. Beretika pakaian yang sopan dan menutup aurat merupakan tuntutan wajib untuk semua guru PASTI.

Pada masa ini juga, PASTI beroperasi di seluruh tempat yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan tidak hanya tertumpu pada sesuatu kawasan sahaja. PASTI ada di bandar-bandar besar, di flat-flat mewah dan ada juga di kawasan perumahan elit. Hal ini menunjukkan bahawa PAS mampu untuk memberikan pendidikan bukan hanya kepada golongan sasaran tertentu sahaja tetapi merangkumi kepada semua golongan.

Rintangan seteru politik

Namun, kepastian yang nyata adalah pihak BN tidak akan pernah untuk berdiam diri membiarkan Sabah jatuh ke tangan PR. Ternyata pelbagai usaha difokuskan kepada negeri ini untuk memenangkan BN di Sabah pada pilihanraya akan datang.

Ketika syawal baru-baru ini pun, Ketua Menteri turun ke semua masjid yang ada untuk menyampaikan sumbangan dan membuat rumah terbuka menjamu rakyat yang dahagakan janji ketika PRU lalu. Pemberian beras dan barang-barang keperluan lain kepada golongan sasaran seperti ibu tunggal atau orang kurang upaya sudah menjadi kelaziman untuk wakil BN apabila turun bertemu masyarakat.

Malangnya wakil BN menganggap bahawa itu sudah cukup untuk memadamkan janji-janji yang dibuat ketika PRU lalu. Rakyat Sabah sudah bertahun hidup dalam keadaan yang sama, tidak ada perubahan yang drastik walaupun Sabah merupakan negeri yang kaya pada suatu ketika dahulu. Jalan raya misalnya, hanya dibaiki apabila tiba musim pilihanraya, jambatan di kampung hanya akan dibaiki apabila wakil rakyat BN akan melawat kampung tersebut dan jalan yang berlubang hanya akan ditampal apabila Ketua Menteri melawat kawasan tersebut.

Fenomena yang amat menyedihkan. Adakah rakyat yang tinggal di kawasan itu tidak berhak untuk mendapat kemudahan yang baik? Kenapa perlu tunggu 'orang besar' masuk ke kawasan tersebut baru semuanya akan dipulihkan? Saya menyarankan agar Ketua Menteri dan jemaah menterinya berulang alik dari Sandakan ke Kota Kinabalu, atau dari mana sahaja, dengan menaiki kereta melalui jalan raya yang ada. Biar mereka turut merasai betapa sistem perhubungan jalan raya yang ada di negeri ini berada pada tahap yang amat teruk.

Di kawasan Sandakan, misalnya di kawasan pedalaman Batu 12, sehingga saat ini penduduk masih belum mendapat bekalan air bersih walhal tempat tersebut mempunyai sekolah dan petempatan. Penduduk di kawasan itu juga perlu menunggu 11 tahun untuk mendapatkan sistem perhubungan jalan raya yang lebih baik.

Logik atau tidak rakyat perlu menunggu bertahun lamanya untuk mendapat kemudahan yang lebih baik? Sedangkan BN memerintah Sabah lebih lama daripada tempoh itu. Jika anda berkesempatan ke Sandakan, anda akan melihat sepanjang jalan dari Batu 14 hingga ke Batu 12, jalan raya sedang dalam proses pembesaran. Hal ini rentetan daripada jumlah kenderaan yang semakin bertambah. Satu langkah yang amat baik dan disambut baik oleh semua penduduk namun persoalan yang timbul, kenapa sekarang usaha itu dibuat?

Kenapa tidak selepas sahaja kemenangan BN di Sabah pada PRU lalu? Bergerak pula ke kawasan bas ekspres Sandakan, anda akan melihat satu kawasan yang amat daif. Kawasan bas ekspress ini hanya terdiri daripada beberapa pondok tiket bas dan tandas serta beberapa gerai jualan makanan. Dan lebih malang lagi, kawasan bas ekspres ini tidak berbumbung.

Namun, jika anda ke Tawau atau Kota Kinabalu, anda akan dapat merasakan bahawa stesen bas ekspres yang ada setaraf dengan stesen bas ekspres di bandar utama negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Cukup lengkap dan gah. Walhal, Ketua Menteri Sabah adalah anak jati Sandakan, namun mengapa Sandakan seakan-akan dianaktirikan, sedangkan Sandakan merupakan bandar terpenting selain Kota Kinabalu dan Tawau.

Stesen bas harian yang terletak di tengah-tengah bandar Sandakan turut mengalami nasib yang sama, dianaktirikan daripada pembangunan. Stesen bas ini tidak berbumbung, (kecuali stesen bas Labuk yang merupakan stesen bas swasta) dan ia sangat menyukarkan pengguna apabila hujan. Hal ini bertambah sukar apabila terdapat bas sesuatu kawasan yang adakalanya jauh dari tumpuan orang ramai.

Hal ini sudah wujud bertahun lamanya tanpa ada apa-apa tindakan daripada pihak kerajaan negeri. Perkara ini patut dipandang dengan serius kerana kebanyakan penduduk menggunakan bas sebagai pengangkutan utama. Jika hal ini tidak ditangani dengan baik, ia akan membebankan rakyat. Jika alasan sempit dan tidak ada ruang yang diberikan, ia adalah tidak relevan kerana kemudahan ini adalah lebih penting daripada pembinaan kompleks membeli belah (Harbour Mall) yang semakin pesat dibangunkan di pinggir bandar Sandakan. Jika kompleks ini ada tempatnya di bandar ini, kenapa pula tidak boleh diperuntukkan tempat untuk stesen bas harian?

Masalah setinggan

Isu setinggan juga amat sinonim dengan negeri ini sama ada di Sandakan, Kota Kinabalu dan Tawau. Di Sandakan, kawasan setinggan BDC yang dulunya terletak di Batu 2 dirobohkan tanpa pembelaan yang wajar diberikan kepada penduduk yang terlibat. Kawasan tersebut kononnya akan digunakan untuk mendirikan Hotel Sri Malaysia namun sehingga ke hari ini, lebih dari 5 tahun kawasan setinggan itu dirobohkan, belum pun ada tanda-tanda pembangunan dilakukan. Semuanya hanya untuk menghapuskan kawasan setinggan agar negeri ini dikatakan 'zero setinggan' walhal hakikatnya rakyat merempat dan terpaksa mencari tempat tinggal yang lebih mahal kosnya.

Adakah ini langkah yang betul-betul bijak mengurangkan kemiskinan di Sabah? Penduduk masa kini yang tinggal di kawasan setinggan bagaikan telur di hujung tanduk. Bila-bila masa sahaja tempat mereka akan dirobohkan. Ketika berkunjung ke Batu Sapi Ramadhan lalu, rumah penduduk di kawasan Kampung Lupak Meluas juga ingin dirobohkan dan tidak ada seorang pun wakil rakyat yang turun menjadi 'front liner' mempertahankan penduduk.

Apabila ditanya kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab merobohkan kawasan tersebut, mereka hanya menyatakan bahawa wakil rakyat mereka yang memberikan arahan. Sudah terang lagi bersuluh bahawa wakil rakyat yang dipilih oleh mereka hanya 'menyayangi' mereka apabila tiba musim pilihanraya sahaja.

Isu PATI

Kebanjiran PATI di Sabah juga tidak dapat ditangani dengan baik oleh kerajaan Negeri. Tawaran PR untuk PRU akan datang adalah menyempurnakan penubuhan Suruhanjaya DiRaja bagi mencari jalan menyelesaikan kemelut pendatang asing tanpa izin di negeri ini. Pendaftaran PATI sebagai penduduk tetap yang dijalankan oleh kerajaan bulan lalu amat membimbangkan.

Penduduk amat takut jika hak yang sepatutnya dimiliki dirampas dan diberikan kepada PATI. Pendaftaran yang dilakukan juga amat merobek hati penduduk, kerana ada antara penduduk tetap negeri ini yang terpaksa berurusan ke Putrajaya semata-mata untuk mendapatkan kad pengenalan penduduk tetap, tetapi kerajaan sewenang-wenangnya memberikan hak tersebut kepada PATI.

Rakyat menghabiskan ribuan ringgit dan perlu menanti bertahun-tahun untuk mendapatkan kad pengenalan, PATI pula mendapat kerakyatan hanya dalam masa beberapa jam. Bukan itu sahaja, kebanjiran PATI di Sabah turut menyebabkan kadar jenayah meningkat. Pecah rumah, mencuri, penyeludupan rokok dan sebagainya turut membimbangkan masyarakat tempatan.

Pelbagai isu yang boleh dicanang untuk menjatuhkan BN di Sabah, point utamanya adalah menyampaikan kepada masyarakat tentang maklumat dan kebenaran yang sepatutnya mereka ketahui.

Meraih kepercayaan penduduk tidak mudah, tapi apabila kita menyampaikan kebenaran insya Allah mereka akan dapat berfikir pilihan yang lebih baik. Jika tempat mereka tidak boleh diakses menggunakan internet, kita perlu turun menyampaikan. Keadaan di Sabah amat berbeza dengan kawasan lain.

Di Sabah ada tempat yang perlu untuk menaiki kereta pacuan empat roda, ada tempat yang hanya boleh menggunakan pengangkutan air, dan ada jalan yang tidak berturap, dan tanah merah. Namun semua ini bukan halangan untuk kita membantu menyampaikan kepada masyarakat. Saya amat yakin dan percaya bahawa rakyat di bawah bayu ini mahukan perubahan kerana semuanya sudah muak menderita di bawah pemerintahan BN yang tidak mempedulikan rakyat.

Penutup

Bahang pilihanraya semakin terasa samada akan diadakan pada tahun ini atau tidak. Pelbagai usaha harus dijalankan oleh semua jentera pilihanraya kawasan. Penculaan, mengenalpasti permasalahan setempat, mendekati golongan sasaran, menarik undi bukan Islam, memantapkan kualiti ahli dan memperbanyakkan program dan aktiviti bersifat luaran, tidak hanya tertumpu aktiviti dalaman sahaja. Jika usaha sudah dibuat sebesar Gunung Kinabalu dan sedalam Lautan China Selatan, namun jika kemenangan masih belum diberikan, bersabarlah kerana Allah SWT beserta dengan orang-orang yang sabar.




Pesta Kraftangan Zon Pantai Barat Utara <b>Negeri Sabah</b> 2011 <b>...</b>

Posted: 22 Sep 2011 06:52 PM PDT

Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Utara dengan kerjasama Pejabat Daerah Kota Belud  dengan segala hormat dan penuh takzimnya menjemput seluruh rakyat jelata  menyaksi dan memeriahkan  Pesta Kraftangan Zon Pantai Barat Utara dimana julung-julung kali diadakan di Daerah Kota Belud.

Majlis perasmian pesta ini padan 2 Oktober 2011 yang akan disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman Ketua MePesta Kraftangan Zon Utara Di Kota Belud Sabahnteri Sabah,bertempat di Padang Pekan Kota Belud yang akan bermula jam  7:30 pagi-5:00 petang.Pada 1 Oktober 2011 pertandingan Ratu Kraf Ibu Ceria  dan  nyanyian artis-artis tempatan  dengan diiringi band cekrawala Yayasan Sabah akan diadakan yang akan bermula dari pagi sehingga ke malam.

Kepada sesiapa yang berminat mempamer kraftangan bagi tujuan jualan kraf dalam dan luar daerah Kota Belud sila berhubung dengan Majlis Daerah Kota Belud atau jawatan kuasa penganjur di Pejabat Daerah Kota Belud  dengan segera dan pihak penganjur akan berusaha menyediakan tempat pameran atau julan.

Maklumat lanjut sila berhubung  dengan pejabat Yayasan Sabah Zon Utara di talian 088:629028 atau pejabat daerah Kota Belud ditalian ini 088-976621,088-976622,088-976623,088-976624.

ShowNo related links found

Did you like this? Share it:

Tags: daerah kudat, Kote Belud, Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Utara, Pejabat Daerah Kota Belud, Pesta Kraftangan, Pesta Kraftangan Zon Pantai Barat Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


Kontraktor Pembinaan, BaikPulih, Tingkat taraf Bangunan <b>di Sandakan</b>

Posted: 25 Sep 2011 02:28 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Anda harus dapat mencari beberapa fakta yang tidak boleh diketepikan mengenai kontraktor pembinaan, pembaikan, menaik taraf bangunan di Sandakan dalam perenggan yang berikut.

Penyambungan Letrik Haram Berleluasa <b>Di Sandakan</b>?

Posted: 04 Oct 2011 08:18 PM PDT

SUARA BEBAS TUARAN: Penyambungan Letrik Haram Berleluasa Di Sandakan?


Pengurus Zon Timur (Sandakan) SESB, Charles K Dalansing berkata sebanyak 400 buah rumah dari sembilan kawasan setinggan di sekitar daerah Sandakan dikesan melakukan penyambungan elektrik secara haram menerusi operasi membanteras aktiviti itu oleh Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) setakat September lepas.
Antaranya, Kampung Lupak Meluas (Jalan Batu Sapi), kawasan pencawang dan perindustrian Sedco, Sentosa Jaya dan Cahaya Baru (Batu 3), Astana Height (Batu 1.5) serta Taman Mesra.
  • Charles berkata secara purata dianggarkan hampir 50 kilogram wayar pelbagai jenis dirampas di lokasi pada setiap operasi pemotongan sambungan haram dijalankan.
  • "Statistik setakat September lepas menunjukkan penurunan berbanding tahun-tahun sebelum ini. Ia hasil daripada pelaksanaan jadual khas operasi membanteras penyambungan haram selain maklumat yang disalurkan oleh orang awam, pihak keselamatan dan golongan pengusaha.
  • "SESB dengan kerjasama pelbagai pihak akan terus mempergiatkan operasi ini dalam usaha mengurangkan aktiviti penyambungan haram yang bukan sahaja menyebabkan berlakunya gangguan bekalan elektrik, malah boleh mengakibatkan kemalangan, kematian, kebakaran dan kerosakan harta benda," katanya.
  • Beliau berkata demikian pada sidang media Operasi Membanteras Penyambungan Elektrik Haram di Pejabat SESB Kawasan Sandakan di sini, kelmarin.
  • Tambahnya, setakat bulan ini dua rakyat tempatan yang dipercayai terlibat penyambungan haram telah ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan.
  • Menurut Charles, melalui tinjauan pada setiap operasi, pihaknya mendapati mereka yang terlibat mempunyai kemahiran selain menggunakan pelbagai taktik untuk membuat penyambungan haram.
  • "Individu tidak bertanggungjawab tahu talian SESB ada bekalan dan mereka boleh mematikan aliran elektrik. Selain itu, seperti kejadian sebelum ini mereka juga berupaya mencuri kabel bawah tanah sebesar 33kV, inikan pula kabel yang lebih kecil," katanya.
Katanya, mana-mana individu yang menggunakan elektrik secara haram atau mengganggu meter SESB akan didakwa mengikut Seksyen 37(3) Akta Bekalan Elektrik 1990 yang boleh dikenakan denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Sumber: BERNAMA

Rabu, 5 Oktober 2011

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Kelapa Mawar: INTISARI UCAPAN ANWAR IBRAHIM <b>DI SEMPORNA</b>

Posted: 18 Jul 2011 08:42 PM PDT

Kehadiran Datuk seri Anwar Ibrahim di Semporna pada 17 Julai yang lepas meskipun agak terlewat namun ia tidak menghampakan hampir 1000 orang yang berkumpul di perkarangan rumah En.Tahir, penganjur Ceramah Umum tersebut. sebelum itu di sebelah petang kira-kira pukul 3, sudah kelihatan polis trafik cawangan semporna mengadakan sekatan jalanraya di sekitar jalan menuju ke tempat ceramah umum tersebut. Walaupun beberapa penyokong PR di semporna menyifatkan tindakan itu sebagai sesuatu yang ganjil kerana sebelum ini Presiden PAS Tuan guru Hj Abdul Hadi Awang juga telah mengunjungi Semporna tetapi situasi awam tidak seperti itu. Mereka menyifatkan situasi itu sebagai satu petanda besar rakyat masih mahukan Datuk seri Anwar Ibrahim meskipun pelbagai kes dan skandal melingkari politik peribadi mantan Timbalan Perdana Menteri itu. Dalam satu banner berlambangkan logo UMNO tertera perkataan "PENGKHIANAT BANGSA TIDAK DIPERLUKAN DI PARLIMEN SEMPORNA".Banner tersebut menjadi polimek panjang dalam dunia cyber apabila ada pihak yang mempublishkannya di FCB.

Seperti yang dijangka kehadiran DSAI bukanlah bertujuan menyelesaikan kemelut parti PKR di Semporna yang telah digantung ekoran daripada beberapa kes dan salahlaku ketika pemilihan cabang parti itu , tetapi kemunculan DSAI kali ini adalah rutin peribadi iaitu Road Show ketua pembangkang itu di seluruh negara dalam rangka memberikan penerangan kepada rakyat. Dan seperti yang diduga dalam ucapan DSAI itu yang tidak sampai 1 jam itu telah membawa beberapa isu besar termasuk mengulas sedikit tentang perhimpunan BERSIH 2.0 yang beliau turut hadiri sehingga dilaporkan oleh media alternatif beliau dan pengawal peribadi mengalami kecederaan termasuk di bahagian muka.

Namun apa yang lebih mengusik warga Semporna yang hadir ketika itu ialah berkaitan dengan isu kekayaan negara yang dibolot oleh segelintir pihak dari kalangan berstatus pemimpin. Malahan DSAI juga turut menyentuh isu berkaitan dengan tanah adat yang begitu signifikan di sabah. Malahan isu pengambilan tanah yang diusahakan oleh peribumi dengan berselindung di sebalik KOPERASI yang dimiliki oleh proksi dan kroni di sabah telah lama menyayat hati penduduk Semporna. Walaupun beberapa langkah diambil termasuk membawa kepengetahuan menteri kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Datuk seri Shafie Apadal dan disusuli dengan pertemuan dengan ADUN BUGAYA Datuk Ramlie Marhaban, namun segala usaha itu gagal diselesaikan.

Apa yang menimbulkan ketidakpuasan hati rakyat ialah apabila tanah-tanah yang dirampas itu telahpun diusahakan oleh rakyat selama lebih 10 tahun dengan penanaman Kelapa sawit, Namun apabila diambil oleh kerajaan negeri atas sebab tanah rezab, sebaliknya tanaman kelapa sawit itu tidak pula dimusnahkan sebaliknya diperluaskan lagi. Tanaman sedia ada diambil begitu sahaja tanpa sebarang pampasan. Isu inilah yang dikatakan oleh DSAI sebagai 'perompakan".

Walaupun ceramah perdana itu berlangsung kurang dari 1 Jam, namun ramai yang menyifatkannya sebagai 'berbaloi' untuk mendengar pelbagai isu dan perancangan PR apabila memerintah Sabah kelak. Tidak dapat kita pastikan apakah kehadiran DSAI itu akan membangkitkan perubahan pada jiwa warga Semporna atau sebaliknya? Kerana dalam percaturan politik daerah, rakyat perlu memikirkan pada jangka panjang..jangan seperti 'melepaskan ayam, tangan pula berbau taik".

10 di papar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


KELAB GREENBOC: Hudud: Mahathir <b>Papar</b> Sikap Hipokrisinya <b>...</b>

Posted: 22 Sep 2011 08:20 AM PDT

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menegaskan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamadlah yang sepatutnya menasihati Perdana Menteri supaya menarik balik surat yang mengugut mahu dikenakan tindakan terhadap Kelantan sekiranya Kanun Jenayah Syariah (II) dilaksanakan.

Dr Mahathir jangan hanya pandai menyuruh (Menteri Besar Kelantan) Tuan Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) "pi la tanya (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) kot dia nak bagi (laksanakan hukum hudud)".

"Beliau sendirilah yang sepatutnya menasihati Najib supaya menarik balik surat ugutan itu.

"Kalau Dr Mahathir boleh menasihati Najib supaya menangguhkan pilihan raya, tak mungkin beliau tak boleh nasihatkan Najib supaya menarik balik surat yang mengugut mahu dikenakan tindakan terhadap Kelantan sekiranya Kanun Jenayah Syariah (II) dilaksanakan," kata Salahuddin.

Surat yang masih dalam simpanan pejabat Menteri Besar Kelantan itu dihantar kepada kerajaan Kelantan oleh Dr Mahathir sendiri atas sifatnya sebagai Perdana Menteri waktu itu.

Ketika menjadi Perdana Menteri, Dr Mahathir juga memberi amaran pada 14 Ogos 1994 bahawa "kita (kerajaan pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud".

Salahuddin juga menyeru Dr Mahathir menarik balaik pelbagai tuduhannya terhadap hukum hudud.

"Sempena bulan Syawal ini, saya dengan rendah diri menyeru Dr Mahathir menarik balik pelbagai tuduhannya terhadap hukum hudud.

"Beliau pernah menuduh perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Dalam temubualnya dengan wartawan pada 18 Ogos 1991, Dr Mahathir dilaporkan mendakwa perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.

Dalam ucapannya pada di Papar Sabah 2 Mei 1992 pula, Dr Mahathir dipetik sebagai berkata: "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa2 lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama".

Salahuddin berkata, Dr Mahathir sepatut berjiwa besar dan menarik balik persendaannya terhadap hukum potong tangan itu memandangkan hukum tersebut diperintahkan di dalam al-Quran.

"Kalau ada kelapangan, dengan rendah diri juga saya menyeru Dr Mahathir membaca surah al-Maidah ayat 38 dan 39," kata beliau.

Ayat tersebut membawa maksud, "Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Maka barangsiapa bertaubat (diantara pencuri-pencuri itu) sesudah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".

Semalam, Dr Mahathir meminta Tuan Guru melaksanakan hukum hudud di Kelantan sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri yang dahulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri itu melaksanakannya.

"Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib kot dia nak bagi... ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (PAS) tak dapat laksana hukum hudud," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, The Malaysian Insider melaporkan, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan sokongannya kepada Kelantan yang sudah lebih sedekad berhasrat mahu melaksanakan undang-undang hudud sambil berkata perundangan yang diusahakan oleh kerajaan PAS itu melindungi hak bukan Islam.


KOLEKSI KENYATAAN/UCAPAN YANG MENGHINA ISLAM, MENGELIRUKAN RAKYAT MENGENAI ISLAM DAN MENGHALANG PERKEMBANGAN ISLAM DI MALAYSIA

(Kenyataan Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitif

(Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan): Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan -

(Kenyataan Mahathir pada 14 Julai 1992 kepada wartawan). Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.

(Ucapan Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 Umno bahagian Johor). Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.

(Ucapan Mahathir pada 2 Mei 1992 di Papar Sabah). Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa2 lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.

(Kenyataan Mahathir kepada para wartawan pada tahun 1994 selepas mesyuarat MT Umno). Saya ingin memastikan bahawa negeri2 yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud.

(Ucapan Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan). Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.

(Ucapan Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan). Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? -

(Ucapan Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik. -

(Kenyataan Najib Razak pada 20 April 1992 kepada para wartawan). Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.

(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) "Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac1994). "Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994). "Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini."

(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi Umno, 1994). "Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama') ialah mengajar, bukan mentadbir."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam".

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud."

(Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992). "Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam."

(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991). "Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan."

(Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992) . "Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak."

(Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992): "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992). "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama."

"(Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 15 Julai 1994). Jika semua urusan selesai dan kita puas hati sikap Israel, kita akan mengiktiraf negara itu."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam."

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 28/9/2001) Perhimpunan Agong Umno. Mahathir berkata: Malaysia telah diistiharkan sebagai sebuah Negara Islam oleh Dr Mahathir ketika merasmikan Kongres Tahunan Partai Gerakan pada 28 September 2001 yang lalu.

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad3/3/94) 'Hukum rejam kepada penzina adalah primitif'.

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 14/7/92) 'Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja'.

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 2/5/92) 'Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dankaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama'.

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 1994) 'Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud'( hukum Islam)

(Dato' Seri Najib TunAbd Razak 20/4/93) 'Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan'. (Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13/11/99) 'Apa erti negara Islam jika mundur'.

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 11/1/02 Berita Harian Mahathir berkata):Malaysia adalah sebuah negara Islam sejak merdeka dan peniaga serta pelancong Jepun sudah melawat negara ini sejak itu lagi. Kita tidak mengalami sebarang perubahan walau sedikitpun, lantas kebimbangan ini tidak berasas sama sekali, katanya berucap pada majlis jamuan meraikan rakan sejawatannya dari Jepun, Junichiro Koizumi di Seri Perdana di sini malam ini.

Firman Allah SWT: "Maka demi Tuhanmu mereka (pada hakikatnya) tidaklah beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakimAllah swt." (al-An'am:57)

Firman Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang kafir" (al-Maidah: 44)

Firman Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang zalim" (al-Maidah:45)

Firman Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang fasiq" (al-Maidah:47)

Firman Allah SWT: "Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan hukum siapakah yang lebih baik dari hukum Allah bagiorang-orang yang yakin?" (al-Maidah:50)

MENGHINA SUNNAH - BERJANGGUT
(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). "Sapa tau janggut Nabi macam mana? Sapa biasa tengok janggut nabi, ada gambar? Kita tak tau. Ada pulak yang kata janggut mesti sampai ke pusat. Ada yang special sikit macam tu! (ketawa). Apakah kita nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut maka kita Islam. Kononnya Sunnah Nabi. Kita tak tau. Kita tak tau sebenarnya macam mana janggut dia (Nabi) (menahan ketawa).

Di zaman itu nak cukur pun mudah ke?Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke, tak dak. Pisau cukur pun tak dak masa tu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu. Lepas itu, dia berjalan sana sini naik unta. Bukan nak dapat air banyak...(di) padang pasir".

MENGHINA HUKUM MENUTUP AURAT DAN MENGALAKAN RATU CANTIK
(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). "Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam".

Dr.Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO). Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat".

(Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997) Apabila tiga orang gadis Melayu Islam, Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 ditangkap oleh lima pegawai JAIS, Mahathir yang ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun mengulas:

"Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa".

Allah berfirman: "Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka.( An-Nuur:31)

Sesungguhnya termasuk ahli neraka, iaitu perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat.mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium buanya (Muslim)

MENGHINA DAN MEMECAT ULAMA'
(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). "Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato' Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama', macam-macam ulama' ada."Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama' jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi - pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa 'ulama' adalah waris nabi'. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih."

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC). " Ajaran ulama' inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka".

10 di tawau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


:: D&#39; EyEs 0f pRIncEsS D0t c0m ::: Konsert lagenda rock <b>di tawau</b> 2011

Posted: 23 Sep 2011 06:33 AM PDT

Membariskan empat nama besar di dalam industri muzik tanah air untuk dipersembahkan di dalam satu konsert besar yang bakal diadakan di Tawau, Sabah pada 1 Oktober nanti, Nova Records dengan kerjasama bersama Mustwin Venture Sdn Bhd menjanjikan yang terbaik buat peminat-peminat rock di sana.

Menjangkakan 20 ribu menonton yang akan hadir pada malam 1 Oktober ini nanti, konsert ini menampilkan Ella, Mus (May), Bandi (Amuk), dan Asheed(Deb Geb C). Konsert yang diberi nama Konsert Rock Legenda ini juga akan menampilkan sebuah band dari Sabah iaitu Point Band.

Konsert yang dijangka akan berlangsung dalam durasi masa dua jam ini bakal menghiburkan peminat dengan hanya menawarkan harga tiket yang berpatutan iaitu serendah RM20 ringgit.

Sumber: ManggaOnline

***************************

Harga tiket konsert kali nih, betul² memangkin kehendak hati. Tambah² pula Ella pun turut di undang untuk membuat persembahan, itu yang saya sangat suka.. yeayy yeayy!

Konsert lagenda rock

Last saya pergi konsert live Ella di Jesselton Point Kota Kinabalu. Tiket masa tu di taja sepenuhnya oleh pihak Nuffnang... 1o keping yang mana 1 keping bernilai Rm100. Terjegil jugak bijik mata #kalauBayarSendiri. Hahahaha!!

Rock 2011 di tawau

Persembahan ella masa ini betul² memuaskan hati... Percayalah... Ella da best. Ratu Rock Malaysia.. YeaHhhhhh!!

Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!

NotaSepintas: Hati sangat² nak pergi... tapi Mr.A tak dapat nak confirm lagi... kawan² yang pergi, meh la roger² saya jugak... hehehe!

10 di sipitang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sipitang - Google Blog Search


SAMBUTAN RAYA MERDEKA PuTERI <b>SIPITANG DI</b> ZON LUPAK

Posted: 29 Sep 2011 05:47 PM PDT

Sambutan merdeka raya walaupun hampir kepenghujungnya tetap diraih oleh semua peringkat. Pergerakan puteri umno bahagian sipitang bersama puteri cawangan kawasan zon Lupak berjaya menjayakan jamuan mesra aidil fitri dengan kerjasama padu KEMAS di zon tersebut.

Majlis ini telah diadakan di dewan kg lupak. Selain dari memberi suntikan keceriaan kepada pelajara KEMAS dengan meraihkan ulang tahun serentak sepanjang tahun, ia juga bertujuan merapatkan lagi hubungan kepimpinan bersama kumpulan ibubapa dan masyarakat setempat.

Dalam majlis tersebut jawatan kuasa puteri bahagian dan puteri cawagan memakai pakaian seragam rasmi puteri umno untuk membangkitkan kembali aura batik puteri.

Ketua pergerakan puteri bahagian berkata " sudah lama sarung batik puteri umno hanya dipakai ketika persidangan sahaja. Pakaian ala pink atau merah jambu mengambil tempat dalam majlis2 rasmi umno atau kepimpinan sehingga ada yang sudah lupa corak batik kebanggaan puteri umno. "

" Kini sudah tiba masanya kita hidupkan semula aura batik puteri umno malaysia agar tidak dilupai. Bukan menidak warna tema pink sebagai sesuatu tema fleksible tetapi pink ini sangat sesuai disarungkan oleh seluruh peringkt usia. Malahan wanita sendiri juga menyukai warna ini. Namun imej sebagai warga puteri umno perlu menyemarakkan semula pakaian asas pergerakan agar semangat gelombang merah jambu semakin kukuh" tegasnya.

pergerakan puteri sipitang mengambil pendekatan mesra masyarakat dengan melaksanakan program kemasyarakatan seiring dengan pelaksanaan yang sama dilakukan oleh kepimpinan umno bahagian.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

10 di kinabatangan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


Pusat Asuhan Tunas Islam [PASTI] Kawasan <b>Kinabatangan</b>: Majlis Hari <b>...</b>

Posted: 23 Sep 2011 06:35 PM PDT


Bermula dengan PASTI Darul Ulum, PASTI Kinabatangan terus berkembang sehingga wujud tiga buah Pusat Asuhan Pra Sekolah [PASTI] bagi memberi pendidikan Pra Sekolah alternatif kepada masyarakat Kinabatangan.

Keberadaan PASTI Kinabatangan di tiga lokasi yang memerlukan Pendidikan Islam disambut baik oleh masyarakat sekalipun terpaksa membayar yuran bulanan dan kepayahan lagi demi memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan sewajarnya.

Menghargai kesediaan dan pengorbanan ibubapa dan masyarakat, PASTI Kawasan Kinabatangan telah menganjurkan Majlis Hari Raya PASTI peringkat kawasan bertempat di PASTI Darul Ulum. Sambutan dari ibubapa, pemimpin masyarakat setempat amat memberangsangkan.

Selain hidangan Hari Raya, majlis turut diserikan dengan persembahan nasyid, azan, bercerita, doa oleh pelajar PASTI dari ketiga-tiga PASTI. Duit Raya turut disampaikan oleh pemimpin masyarakat setempat kepada pelajar PASTI.

Mazlan Aliman, AJK PAS Pusat turut menaruh keyakinan kepada pendidikan PASTI berupaya membentuk anak-anak menjadi insan yang bertaqwa seperti acuan Al-Quran kerana pelajar PASTI diseluruh negara telah membuktikan hasil didikan PASTI. Beliau menyeru seluruh anggota masyarakat menyokong dan berusaha mengembangkan pendidikan berteraskan Islam bagi menyelamatkan negara yang dilanda masalah sosial kini.

Turut hadir timbalan Pesuruhjaya PAS Perak dan Negeri Sembilan serta setiausaha akhbar Presiden PAS, Sdr Nasaie.

sabahkini.net: POLIS <b>KINABATANGAN</b> JADI BARUA PENJENAYAH?

Posted: 02 Oct 2011 01:06 AM PDT

Oleh : HAMZAH ABDULLAH

PADA 26 September 2011, saya telah mengutus surat kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dengan sesalinannya kepada Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur, Datuk Osman Jamal.

Dalam surat tersebut saya menyatakan kepada Tan Sri Ismail tentang penglibatan segelintir pegawai polis dari Balai Polis Daerah Kota Kinabatangan yang menganiaya para peneroka di kawasan Koyah Bersatu; justeru memohon campurtangan beliau bagi menyiasat, serta mengambil tindakan sewajarnya ke atas kezaliman yang dilakukan oleh pegawai-pegawai terbabit.

Pada 1 Oktober 2011, saya telah melawat kawasan Koyah Bersatu, bertemu para peneroka berkenaan, melihat dan mendengar sendiri keperitan yang mereka hadapi setiap hari berdepan dengan suasana penganiayaan oleh pegawai-pegawai polis terbabit.

Para peneroka di kawasan yang dimaksudkan telah menduduki kawasan berkenaan secara sah, permohonan mereka untuk menjadi pekebun kecil telah dibuat pada zaman kerajaan Berjaya ketika Ketua Menteri masa itu, Datuk Harris Salleh, telah memperuntukkan sejumlah hampr 1 juta ekar di bawah Skim Pekebun Kecil (Small Holders Scheme) dengan matlamat meningkatkan taraf hidup rakyat Sabah.

Datuk Zaki Gusmiah, ADUN Sukau pada masa itu telah menyokong sepenuhnya permohonan para peneroka ini. Ini bererti para peneroka ini telah menduduki secara sah, lengkap dengan dokumen permohonan tanah (P.T.) yang telah dimajukan dan diterima oleh Jabatan Tanah, Kota Kinabatangan untuk tempoh hampir 30 tahun!

Episod malang menimpa para pekebun kecil ini apabila tanah yang dipohon seawal pemerintahan Berjaya, mendapat kelulusan tetapi geran-geran tanah mereka 'disambar' oleh seorang tauke Cina, Ang Hong Swee yang mendakwa sebagai Anak Negeri secara dokumen (Anak Negeri 'By Document') dan bukan melalui pertalian 'darah' (Anak Negeri 'By Document' and not 'By Blood').

Anak Negeri palsu yang memang terkenal dengan 'link' pihak atasan di Jabatan Tanah serta mempunyai sahabat dari kalangan anggota dan pegawai polis telah memperalatkan dua orang pegawai polis dari Balai Polis Kinabatangan, yang bernama Sarjan Ismail dan seorang yang bernama Hilme.

Kedua-dua pegawai inilah yang telah bertindak bagi pihak tauke Anak Negeri palsu ini menggertak dan mengancam para peneroka di kawasan Koyah Bersatu. Para peneroka memberitahu saya bahawa Sarjan Ismail dan yang berenama Hilme (saya diberitahu oleh seorang kawan bahawa Hilme ni berpangkat Inspektor dan berasal dari sebuah negeri di utara Semenanjung) telah menyumbat seorang pekebun kecil selama 5 hari di lokap Balai Polis Kinabatangan tanpa sebab dan tanpa reman daripada Majistret.

Sarjan Ismail dan Hilme ini jugalah yang memberi amaran kepada para peneroka supaya tidak mengalihkan batu sempadan (Boundary Stone) kerana Sarjan Ismail akan bertindak meletakkan batu sempadan yang baru.

Semuanya dilakukan oleh Sarjan Ismail bagi mempastikan 'Nafsu Sarakah' tauke Anak Negeri palsu ini menguasai lot-lot peneroka yang telah ditanam dengan kelapa sawit tercapai.

Modus operandi yang dilakukan oleh Sarjan Ismail dan anggota yang lain amat mudah iaitu merampas tanah-tanah peneroka melalui batu sempadan yang akan mereka tanam secara palsu dalam kawasan yang bukan merujuk kepada lot-lot peneroka.

Seorang peneroka, Hasmiati binti Rustam dan mendududki Lot 52, mempunyai geran tanah sah bernombor 095312744, tetapi bakal dirampas oleh tauke Anak Negeri palsu ini dengan dibantu oleh Sarjan Ismail serta seorang pencacai tauke bernama Osman Enting, atau lebih dikenali sebaga Tabu.

Ketua Polis Negara mempunyai tanggungjawab moral bagi memperbetulkan kepincangan ini sesuai sebagaimana saranan yang sering dilaungkan bahawa 'rakyat juga mempunyai tanggungjawab bersama' bagi mengurangkan kes-kes jenayah dinegara ini.

Nah! sekarang, apa yang dilakukan oleh segelintir anggota polis ini adalah suatu jenayah yang tidak bermoral dan bercanggah dengan lafaz ikrar dalam piagam pelanggan Jabatan Polis.

Kita sama-sama tunggu dan lihat sejauh mana Tan Sri Ismail benar-benar komited untuk membersihkan imej Jabatan Polis yang semakin tercalar.

(NOTA : Hj Hamzah Hj Abdullah merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, merangkap YDP Pas Kawasan Batu Sapi.)

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Mana nak makan Kari Kepala Ikan tersedap <b>di Kota Kinabalu</b> <b>...</b>

Posted: 03 Oct 2011 11:37 AM PDT

Kalau korang tersinggah ke Kota Kinabalu ni..and rasa2 nak merasa kari kepala ikan..tak yah carik tempat lain dah pergi jek kat Krishna Fish Head Curry House..kompom sedap..sebab aku dah pergi situ few times dah…and everytime kalau terasa nak makan kari kepala ikan memang pergi sana jek…kat Donggongon, KK.

kari kepala ikan krisha fish head curry house

kepala ikan kitorang kecik jek..sebab makan 2 orang jek kan..tapi kari dier memang meletop laa..best~~ kalau tak caye kena try sendiri laa..ni gambo lama..hahaha..bile wat post ni cam terasa nak makan kari kepala ikan la pulak kan…

hari tu masa adik aku datang sini jalan2 ngan family bakal mentua dier ingat nak bawak adik aku, awek dier and 2 orang adik awek dier gi makan kat krishna fish head curry house ni (family yang lain2 tak dapat nak angkut..diorang sampai 10 orang datang sini beramai2..)…tup2 sampai tutup la pulak..huu..tak sure la memang tiap2 hari ahad tutup malam ke camne..tapi tak tercapai la niat nak makan kari kepala ikan tersedap kat KK ni..hehehe..takde rezeki..

banana leaf rice with fish head curry at krishna curry house kota kinabalu

kat sini makan atas daun pisang jek..alahai..berkeriuk2 perut aku sambil menaip post ni..esok nak ajak dak p makan kari kepala ikan kat krishna ni laa…

owh..walaupon namanya Krishna Fish Head Curry House tapi sini makanannye 'halal'..kalau tak takkan la aku pergi makan kot kan..hehehe..ade logo halal bertepek besar gile kat dinding restaurant ni..

so tu jek la post aku setelah lama menyepi.. :p lapo la plak~~~

Incoming search terms:

  • makan sedap di kota kinabalu (1)
  • makanan sedap di kota kinabalu (1)
  • murahnya ikan di kk (1)

Yang ni pon best jugak :D

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved