ads

Selasa, 2 Ogos 2011

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


sabahkini.net: SUKAR BUDAYAKAN KEBERSIHAN <b>DI LAHAD DATU</b>

Posted: 27 Jul 2011 06:19 PM PDT


PERIKSA….CHONG sedang memeriksa saluran parit yang tersumbat di belakang Restoran Dovist, Fajar Centre, Lahad Datu.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

SIKAP kurang bertanggungjawab menjaga kebersihan dan suka membuang sampah sarap di merata tempat termasuk ke dalam parit mahupun longkang, merupakan satu tabiat buruk 'haiwan' yang tidak baik dan seharusnya dikikis daripada lubuk hati sanubari seseorang insan yang bernama manusia.

Jadilah rakyat Malaysia dan warga Bandar Lahad Datu yang mempunyai tanggungjawab dalam memulihara kecantikan dan keindahan di setiap sudut bandar ini agar mendapat pujian pelancong asing yang gemar berkunjung ke daerah ini, sekalipun dihuni majoritinya oleh pendatang asing tanpa izin (PATI).

Demikian pandangan telus dan jujur seorang kontraktor binaan yang hanya mahu dikenali sebagai Micheal Chong yang sempat ditemui oleh Sabahkini.Net di lorong belakang Restoran Dovist, Fajar Centre, Jalan Segama, Lahad Datu, kelmarin.

Chong yang menjalankan kontrak penyelenggaraan seluruh longkang dan parit daripada pihak Majlis Daerah Lahad Datu menjelaskan bahawa 70 peratus longkang mahupun parit yang ada di bandar Lahad Datu, termasuk di pekan-pekan kecil lainnya tersumbat dan berbau busuk.

Kata Chong lagi, walaupun kerajaan, khususnya Pejabat Daerah dan Majlis Daerah memainkan peranan penting mengadakan kempen kebersihan untuk menyedarkan kepada masyarakat supaya membudayakan kebersihan dalam kehidupan seharian, namun tidak mendapat kerjasama sepenuhnya daripada masyarakat setempat.

Lagipun kata Chong, Pusat Bandar Lahad Datu menjadi tumpuan atau medan niaga PATI daripada negara jiran Filipina yang sukar dikawal oleh pihak berkuasa tempatan kerana perniagaan mereka mendapat sambutan daripada masyarakat tempatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

10 di ranau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


Gempa bumi <b>di Ranau</b>, Sabah dan Kepulauan Aleutian di Alaska-satu <b>...</b>

Posted: 23 Jun 2011 10:45 PM PDT

No of View :615

Salam mesra dari Ellen…

Setiap hari Ellen mendapat info dari Jabatan Meteorologi Malaysia..Ellen like FB mereka…hari2 mesti ada gempa bumi di sana sini..dan yang paling terbaru kejadian ni berlaku di Kepulauan Aleutian di Alaska dan semalam berlaku juga satu gempa bumi di kawasan Ranau, Sabah…tu dekat sudah dengan tempat ellen..sangat2 dekat..agaknya kalo kuat sikit..gegaran tu boleh rasa di Kota Kinabalu. huhu..minta di jauhkan…gempa bumi di Alaska tu telah menyebabkan amaran Tsunami dikeluarkan…

Pagi tadi..Ellen ada post kat status FB mengenai hal ni…risau juga kan sebab tempat tu di sebelah saja…adoii..ada seorang akak ni dia g komen status ellen tu ..dia tanya pasal Gunung Kinabalu…dia kata Gunung Kinabalu itu Gunung berapi yang nda aktif tapi maybe akan aktif..adoii takut lagi…ni ellen ada copy sket apa dia tulis untuk dikongsikan…

1)Ko subscribe news tu sama dorang ka apa? Akak ada subscribe sama UNESCO punya eartrhquake & tsunami data, jadi kalau ada di mana2, dorang hantar email. Tapi so far, kalau magnitud atas 5 baru dorang kastau… tapi, magnitud kici pun boleh jadi besar bah kan, permulaan… ish… palis2… tapi, kamu tau status Gg Kinabalu tu? Gg berapi ka apa? Macam pernah terbaca somewhere, lama sudah, Gg Kinabalu tu asalnya gg berapi tapi ndak aktif sudah… tu tiak tau la… kena confirm…
2)ko pernah tinguk documentary pasal kejadian gg berapi ka? siok, very informative… ilmu baru… walaupun dada ndak penuh, tapi lebih faham la kejadiannya. Kalau gegaran tu di laut, tu ada gg berapi baru mau terbentuk bah tu di dasar laut… pressure kuat dia mau kasi pecah permukaan dasar laut tu, bila sudah pecah, meletup la, so gegaran tu di laut. Bila sudah pecah, magma yg mengalir keluar tu cepat sejuk dan beku, sebab dlm air kan… proses dia berulang… kita cuma boleh nampak bila dia sudah besar dan berada atas paras laut. Gg berapi di darat ni sebenarnya gg berapi yg sudah tua… limpahan magma keliling tu bentuk darat la… tapi gg kinabalu ni ndak tau la pulak… kalau gegaran tu berasal dari sana, alala… kalau kira macam di dokumentari tu, terjaga dari lenanya la… takuttttttt….. palis2, i hope not… mungkin jua ada anak gg berapi baru mau terbentuk… tiak tau… macam2 posibilities… kita tunggu laporan geologist kita la… bah update ya kalau ada perkembangan lagi. akak memang minat kejadian alam ni.
Thanks untuk Kak Lateefah..
korang tahu kah pasal gunung Kinabalu tu..gunung berapi kah apa…huhu
Okies..ellen kongsikan juga berita mengenai gempa bumi ni..

KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah berukuran 3.2 pada skala Richter berlaku kira-kira 40 kilometer di tenggara Ranau, Sabah pada 10.39 malam Khamis.

Dalam satu kenyataan, Jabatan Meteorologi Malaysia berkata gegaran mungkin dirasai di kawasan berhampiran pusat gempa.- BERNAMA

WASHINGTON: Amaran tsunami telah dipancarkan ke seluruh pantai barat Amerika dan Alaska selepas satu gempa bumi kuat berskala 7.4 magnitut mengegarkan Kepulauan Aleutian di Alaska, Amerika Syarikat.

Setakat ini belum ada sebarang laporan terperinci mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa.

Bagaimanapun, Pusat Amaran Tsunami Pantai Barat Amerika dan Alaska telah mengeluarkan amaran tsunami dan mengarahkan para penduduk di sekitar pantai bergerak ke kawasan tinggi.

Gempa itu dilaporkan berlaku di Pulau Fox yang terletak 163 kilometer ke timur sebuah pekan perikanan kecil bernama Atka dalam negeri Alaska.

Nota Kaki : Dunia ini semakin Tua..menuju pada kehancuran….huhu…inikah petandanya…Ya Tuhan, Lindungilah kami dari segala malapetaka ini….
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

10 di kinabatangan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


Lontugi.com» Blog Archive » Gempa Bumi menggegarkan <b>Kinabatangan</b> Sabah

Posted: 11 Jul 2011 11:05 PM PDT

KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah berukuran 3.7 pada skala Richter berlaku di Kinabatangan, Sabah pada 10.28 pagi Selasa.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa itu adalah 16km tenggara Kinabatangan.

Berikutan itu, gegaran mungkin dirasai di sekitar kawasan itu. -BERNAMA

Sumber: mStar

Tagged with: , ,

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

10 di beluran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di beluran - Google Blog Search


Seminar perubatan berteraskan Islam <b>di Beluran</b> - Komunitikini

Posted: 03 Apr 2011 04:24 PM PDT

Seramai 120 orang peserta telah berpeluang untuk melihat cara-cara perubatan Islam yang meliputi pencegahan sihir, dan santau dalam satu seminar yang dianjurkan disini pada Ahad baru-baru ini.

Seminar Perubatan Islam Berteraskan Al-Quran yang dianjurkan secara bersama diantara Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Beluran dan Pertubuhan Peladang Kawasan Beluran, telah dikendalikan oleh pengamal perubatan Islam yang bertauliah dan terkenal di negara ini iaitu Dr. Sharhan Shafie.

Menurut Penolong Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Beluran, Mardi Ariffin, seminar tersebut diadakan selama dua hari bermula pada Ahad dan bertempat di Pejabat Peladang Kawasan Beluran.

Mardi berkata, "Antara pengisian pada hari pertama ialah seminar perubatan Islam selain daripada sesi rawatan kepada pengunjung yang ingin mendapatkan rawatan berteraskan perubatan Islam, pada hari kedua adalah seminar."

Para peserta seminar terdiri daripada Imam, golongan remaja dan orang dewasa yang datangn dari sekitar negeri ini iaitu Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Beluran, katanya lagi sambil menambah bahawa anjuran seminar tersebut juga mendapat kerjasama  Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Persatuan Kebajikan Perubatan Islam Sabah (PERKIPS) dan Mahkamah Anak Negeri Beluran.

Related article

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


Jadual Waktu Berbuka dan Imsak bagi <b>Negeri Sabah</b> 1432H/2011 <b>...</b>

Posted: 30 Jul 2011 05:55 AM PDT

Berikut adalah jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi kawasan-kawasan di negeri Sabah untuk tahun 1432H/2011. Anda boleh melihat secara terus atau muat turun (download) melalui pautan yang disediakan.

Waktu Berbuka dan Imsak bagi kawasan di negeri Sabah

Berikut adalah senarai kawasan yang berada dalam zon-zon waktu di negeri Sabah:

Sabah

Zon 1 – (Bahagian Sandakan: Timur) Tomanggong, Sukau, Bandar Sandakan, Samawang, Kota Kinabatangan dan Bukit Garam

Zon 2 – (Bahagian Sandakan: Barat) Terusan, Beluran, Kuamut, Jambongan, Paitan, Telupid, Tongod dan Pinangah

Zon 3 – (Bahagian Tawau: Timur) Tambisan, Sahabat, Tungku, Semporna, Silabukan, Kunak dan Lahad Datu

Zon 4 – (Bahagian Tawau: Barat) Balung, Bandar Tawau, Pulau Sebatik, Merotai dan Kalabakan

Zon 5 – (Bahagian Kudat) Pulau Banggi, Pitas, Kota Marudu, Matunggong dan Bandar Kudat

Zon 6 – Gunung Kinabalu; Ketinggian 4,101 m

Zon 7 – (Bahagian Pantai Barat) Ranau, Kota Belud, Tuaran, Tamparuli, Penampang, Kota Kinabalu, Putatan dan Papar

Zon 8 – (Bahagian Pedalaman; Atas) Pensiangan, Mabawan, Sook, Sepulut, Tambunan dan Keningau

Zon 9 – (Bahagian Pedalaman; Bawah) Tenom, Long Pa Sia, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Weston, Menumbok dan Sipitang

Sila download salinan jadual waktu berbuka dan imsak negeri Sabah melalui paparan Sribd di atas.

Sumber: e-Solat JAKIM DAN BELIA MUDA

Incoming search terms:

Related posts:

  1. Jadual Waktu Berbuka dan Imsak bagi Negeri Kedah 1432H/2011
  2. Jadual Waktu Berbuka dan Imsak bagi Negeri Johor 1432H/2011
  3. Jadual Waktu Berbuka dan Imsak bagi Negeri Kelantan 1432H/2011
  4. Jadual Waktu Berbuka dan Imsak bagi Negeri Pahang 1432H/2011
  5. Jadual Waktu Berbuka dan Imsak bagi Negeri Perak 1432H/2011
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Isnin, 1 Ogos 2011

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


Gua Gomantong <b>Di Sandakan</b> Sabah Merupakan Syurga Lipas

Posted: 23 Jul 2011 11:16 PM PDT

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans yang budiman. Sebentar tadi waktu gua membaca surat khabar Kosmo gua tertarik dengan pelbagai berita. Selain dari kisah pengeboman dan tembakan rambang di negara Norway ada satu lagi kisah yang begitu menarik perhatian gua yang bertajuk Lantai Lipas Bumbung Kelawar dimana artikel tersebut boleh dibaca DISINI.
Walawehhhh!! Memang meremang sudah gua membaca kisah tentang Gua Gomantong di Sandakan, Sabah ini. Gua ini yang diiktiraf sebagai Pengurusan Gua Sarang Burung Terbaik Di Dunia oleh Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) merupakan salah satu tempat yang menjadi punca rezeki kepada pencari sarang burung berlesen untuk memungut sarang burung yang dibenarkan sebanyak dua kali setahun iaitu antara Februari dan April dan antara Julai dan September.
Tetapi, apa yang membuat gua meremang bulu roma itu ialah jumlah lipas gergasi yang bersaiz lebih kurang 10 sentimeter setiap ekor yang dianggarkan berjumlah berjuta - juta ekor yang menghuni lantai gua serta di tepi - tepi dinding gua dan yang membuatkan gua lebih seram itu apabila gua terbaca jika ada kelawar yang terjatuh ke atas lantai itu mesti akan dimakan hidup - hidup oleh lipas - lipas gergasi ini. Fuhhh!! Seram!!!
Mengikut apa yang gua baca, lipas - lipas ini memang penuh melata dekat bahagian bawah gua tu sebab lipas - lipas nih akan makan tahi kelawar - kelawar yang hidup di atas gua yang sentiasa berguguran setiap saat tu! Gua memang tak boleh bayang macam mana kalau manusia yang terjatuh dekat bawah tu! Memang tinggal rangka sudah! Hohohoho! Jadi, sebagai kesimpulannya gua tak berminat untuk pergi ke Gua Gomantong nih kerana keseraman yang bagi gua agak terlampau walaupun setiap tahun banyak pengunjung yang berkunjung ke sini.! Hehehehe!
P/S : Ada Sesiapa Pernah Pergi Ke Gua Gomantong Atau Teringin Mahu Pergi? Kongsikan Pengalaman Anda Di Ruangan Komen! (^_^)Y
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

10 di tawau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Big Apple Donuts & Coffee Buka Cawangan <b>di Tawau</b>, Sabah <b>...</b>

Posted: 29 Jul 2011 05:57 AM PDT

InsyaAllah kita akan berada di bulan Ramadhan beberapa hari saja lagi. Waktu buka puasa untuk kawasan Tawau pun sudah aku post di sini. Malangnya aku tidak berpuasa di Tawau. Ini tahun kedua berpuasa di perantauan Kuching, Sarawak. happy

Ini hari aku ada dapat info dari kawan yang Big Apple Donuts & Coffee buka cawangan di bandar Tawau. Wah.. masa aku tiada di Tawau juga baru "Kuih Gelang" ni datang. Kalau di Tawau, Donut itu kami gelar Kuih Gelang/Kuek Gelang.

Menurut info dari laman web rasmi Big Apple Donuts & Coffee, cawangan mereka di Tawau, Sabah kini telah di buka. Cawangan tersebut terletak di Fajar Complex, Tawau Sabah beralamat di Lot 6, Ground Floor, Jalan Haji Karim bersebelahan dengan King Park Hotel. Alhamdulillah.. cawangan itu terletak di sekitar bandar Tawau. Memudahkan warga Tawau untuk berkunjung ke sana. Antara menu popular dari Big Apple Donuts & Coffee:

  1. Chocolic
  2. Say Cheese
  3. Pink Twister
  4. California Almond
  5. dan pelbagai lagi disini

Bagi aku, Big Apple Donuts & Coffee cawangan Tawau akan kekal di Tawau dan mendapat keuntungan kerana bukan saja warga Tawau, tapi hampir semua orang suka makan makanan segera. Tambahan, kedudukan strategik juga memainkan peranan. Aku dulu belajar subjek Perdagangan di sekolah.. Kalau mahu perniagaan maju, carilah kedudukan yang strategik.

Nanti aku balik Tawau aku akan berkunjung ke cawangan Big Apple Donuts di Tawau… insyaallah.

Flyer for opening of BADC Fajar Complex Tawau! NOTE: THIS IS NOT E-COUPON. DO NOT PRINT OUT


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popularity: 2%

Artikel berkaitan:


You can leave a response, or trackback from your own site. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

10 di tuaran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


PUSAT ANAK PERMATA NEGARA <b>TUARAN</b>, SABAH: Majlis Perasmian dan <b>...</b>

Posted: 26 Jul 2011 12:41 AM PDT

Pada 30 Jun 2011, terlakar kenangan manis bagi warga Pusat Anak PERMATA Negara Tuaran juga kepada penduduk setempat apabila Y.A.B Datin Seri Paduka Seri Rosmah Manusur berbesar hati untuk merasmikan PUSAT ANAK PERMATA TUARAN sekaligus mengadakan program 'Apa Khabar Anak PERMATA'dan sudi untuk meluangkan masa bersama penduduk setempat.

 Kanak-kanak PERMATA serta ibubapa adalah tetamu terawal yang memenuhi ruangan dan tidak ketinggalan juga penduduk kampung yang juga tidak mahu ketinggalan untuk memeriahkan acara tersebut.

Kanak-kanak begitu sabar menunggu kedatangan Yang Amat Berbahagia.
Paluan kompang serta alunan muzik tradisional mengiringi kedatangan YAB. Tetamu yang hadir turut teruja dan turut sama menyambut ketibaan YAB.
Kanak-kanak menanti beliau di pintu masuk PAPN dan mereka begitu teruja memberikan sekuntum bunga kepada YAB dan disambut mesra oleh beliau. 
Acara dimulakan dengan penanaman pokok oleh YAB di sekitar kawasan PAPN. 
Sesi bersama anak-anak dimulakan dengan kanak-kanak yang berumur 4 tahun bersama Cikgu Salmiah iaitu aktiviti mengenal anggota badan burung dan fungsi-fungsinya. Seterusnya, sesi bersama anak-anak 3 tahun dengan Cikgu Sri Hadzuana iaitu bercerita mengenai 5 ekor itik.
Aktiviti diteruskan dengan sesi dialog bersama ibubapa. Beliau memberikan taklimat ringkas kepada ibubapa dan ibubapa juga turut sama melahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga di atas penubuhan Pusat Anak PERMATA di Tuaran.
Setelah selesai dialog bersama Ibubapa, sesi berikutnya ucapan perasmian serta menandatangani plak.
Acara berikutnya melawat tapak pameran serta beramah mesra dengan penduduk setempat.

Anak-anak PERMATA, ibubapa, warga PAPN serta seluruh penduduk setempat mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Y.A.B Datin Paduka Seri Rosmah Mansur kerana sudi untuk bertandang ke daerah Tuaran....

seimbas lalu

                                                     senyuman  manis ....Iffah Nabihah
                                                     ceria dengan belon yang berwarna-warni
                           Pendidik PERMATA, Guru Pelatih KEMAS & PIBP yang banyak membantu
                                                            Temuramah oleh RTM                                              Pakaian tradisional suku kaum Bajau dan Kadazan                                        Keberangkatan Y.A.B Datin Paduka Seri Rosmah Mansur
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


Lahad Datu Car Rental / kereta sewa <b>di Lahad Datu</b>: Car Hire <b>...</b>

Posted: 12 Jul 2011 05:35 AM PDT

WE GIVE YOU A CHOICE..
* You decide what you need. We gives you the choice, for your business or convenience.

WE OFFER YOU FLEXIBILITY..
* Anytime delivery.

WE GIVE YOU CONVENIENCE..
* Just give a call and we will arrange the car to your doorstep.

WE PROVIDE A LOW BUDGET CAR RENTAL..
* we offer the lowest price.



Rates : Rm 350.00     P/day
             Rm 2300.00   Weekly
             Rm 9000.00   Monthly


Isuzu D-Max
Rates : Rm 350.00      P/day
             Rm 2300.00   Weekly
             Rm 9000.00   Monthly 


Proton Saga

Rates : Rm 150.00   P/day
             Rm 840.00   Weekly
             Rm 3000.00 Monthly
Rates : Rm 100.00    P/day
              Rm 600.00    Weekly
              Rm 1800.00  Monthly


Rates : Rm 350.00     P/day
             Rm 2300.00   Weekly
             Rm 9000.00   Monthly


Isuzu D-Max
Rates : Rm 350.00      P/day
             Rm 2300.00   Weekly
             Rm 9000.00   Monthly 


Proton Saga

Rates : Rm 150.00   P/day
             Rm 840.00   Weekly
             Rm 3000.00 Monthly
Rates : Rm 100.00    P/day
              Rm 600.00    Weekly
              Rm 1800.00  Monthly


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

10 di keningau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


CDM FARIDAH MOHD ALI: Bicara Anggun Bergaya <b>Keningau</b>

Posted: 17 Jul 2011 04:57 PM PDT

Program Bicara Anggun Bergaya
17 Julai 2011
Keningau Sabah.
Aku tiba di terminal satu jam 9.30 pagi semalam bersama CDM Kuyah.
CDM Siti Rahmah dan DDM Tam sedia menunggu di airport
untuk dibawa terus ke Keningau yg mengambil masa perjalanan darat sejam 45 minit dari KK.
Jalannya mak oiiiii....berliku2, naik curam yg sangat tinggi di banjaran Crocker.
Nasib baik dgn Ninja King.
Beratur untuk pendaftaran.
Ramai yg hadir.
Dengan tiket RM10 dan RM5, hampir 150 orang orang yg hadir.
Tahniah untuk org2 Keningau.
Antara pemimpin2 CDM Sabah yg terus bekerja kuat untuk menjayakan Taipan Sabah.
CDM Kuyah, CDM Ainon dan DDM Krechy
Penuh dewan hotel ini.
Mereka minta aku datang lagi.
Boleh datang aje jika mereka mau. jawab aku.
kalau begini sambutannya, memang luar biasa.
Positif org2 Keningau ni.
Semua mau berniaga PB.
Hadiah jam tangan untuk SM bulan pertama disampaikan semalam.
Woww...ada lucky draw lagi.
Slot pertama...disampaikan oleh CDM Siti Rahmah.
hebat pemimpin ini.
Tanpa mengenal erti putus asa, terus berusaha untuk menggerakkan Taipan Sabah
meskipun begitu banyak cabaran yg datang
Tetapi mengalah tidak sama sekali.
Tahniah Siti dan Tam.
Lelaki pun wajib guna bio ever.
Kesannya menakjubkan.
CDM Hamsah, DDM Krechy, CDM Kuyah dan CDM Maidah.
Wanita yg hebat, kaya bergaya dengan PB.
Bersama rakan kongsi yg hadir.
CDM Hasni
DDM Kalson dan DDM Krechy...bila2 masa saja akan naik CDM.
Wah...CDM Maidah
bicaranya semakin mantap, gayanya semakin meyakinkan, komitmennya kepada AT 181 sukar digugat.
Terus berganding bahu dengan CDM Siti Rahmah dan CDM2 lain
untuk menjayakan program ini.
CDM Kuyah..syoknya dengar Kuyah berkongsi pengalaman tentang PB.
Bincang apa tu??
Lelaki2 juga ramai yg hadir walaupun bicaranya tentang kecantikan dan keanggunan.
heh heh heh...apa lagi??? Bakar rentung supaya mereka semua berniaga,
Bukan hanya cantik dan bergaya, tetapi mereka mesti mengambil kesempatan ini
untuk berniaga dan menjadi kaya bersama PB.
Ternyata, matlamat program ini tercapai.
Mereka cukup teruja dan membuka mata.
Strategy plan yg mudah, simple dan ringkas.
Semua peserta menunggu sehingga habis aku bentangkan.
Tidak ada yg berganjak keluar.
Ramai yg nak punch sale hari ini.
Ramai yg nak gi Holland, Belgium.
Penerima hadiah jam tangan di Keningau.
Bergambar lagi...semua hantu gambar.
Untuk peserta sebelum majlis bersurai.
Burger dihadangkan selepas majlis selesai.

Teruja.
Rasa aku macam nak buka kaki baru di Keningau.
Jika ada flight terus dari KL-Keningau, pasti aka cari sorang SM baru di sana.
Hebat orang2 keningau.

Org2 KK, Papar, Kota Belut,
Sandakan, Tawau, Beufort...jom bergerak.

C U at Holland.
Holland 2 tiket.

CDM FARIDAH
CIKGU DAN MENTOR
012 2212181

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


MediaSubsidi: Apa yang bestnya berpuasa <b>di negeri SABAH</b>...

Posted: 30 Jul 2011 03:53 AM PDT

Tidak lama lagi umat islam seluruh dunia akan menempuhi bulan yang paling best iaitu bulan puasa,..
Menjelang mau puasa ni aku mau cerita apa yang best kalau berpuasa di negeri aku yang tercinta ni...

Apa yang best ialah negeri pertama yang berbuka puasa di Malaysia..bila suda awal berbuka maka balik kerja pun lebih awal dari hari2 biasa..kalau selalu balik jam 5 bila bulan puasa balik keja jam 4 atau 4.30 bergantung pada budi bicara majikan dan walaupun majikan tu bukan orang islam keistimewaan ini tetap diberikan kepada umat islam yang berpuasa,..

Bukan saja sektor swasta..malah kakitangan kerajaan pun balik awal juga..tapi bukan semua la..hehe..
Pernah juga aku berpuasa di negeri lain iaitu Sarawak dan Pulau Pinang.. Memang rasa lain sikit..terutamanya masa aku puasa di Penang...Masa berbuka memang berbeza dengan negeri aku namun aku dapat juga menyesuaikan diri...

Perkara yang sebaliknya berlaku kepada orang yang berasal dari semenajung dan Sarawak..kena menyesuaikan diri untuk bangun lebih awal sebab bila berbuka awal maka imsaknya pun awal...

Bagi mereka yang bukan berasal dari Sabah dan tahun ni merupakan pengalaman puasa pertama korang,bila buka puasa nanti,lepas ja buka puasa call kawan2,keluarga atau kekasih yang diluar Sabah,
bila call tu korang tanya la ayat macam biasa..dah makan?...hehehe inilah yang di panggil gurauan kasar....

Waktu berbuka sama atau tidak itu tidak penting yang penting kita berjaya menunaikan ibadah puasa dengan cemerlang..

Selamat menjalani Ibadah puasa

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved