ads

Sabtu, 2 Julai 2011

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


abdnaddin: Zubaidi Abas komited perjuang bahasa dan sastera <b>di Sabah</b>

Posted: 20 Jun 2011 04:14 AM PDT

SEJAK bertugas sebagai Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah sejak enam tahun lalu, Zubaidi Abas telah menunjukkan komitmen yang tinggi dan berterusan dalam usaha mengembangkan bahasa dan sastera di negeri ini. Sebagai seorang yang aktif, Zubaidi bersama pegawai dan kakitangannya di DBP Sabah telah mengelilingi dan merentasi hampir seluruh negeri untuk menyempurnakan tugas mereka mengembangkan bahasa dan sastera kebangsaan di Negeri di Bawah Bayu ini. Di celah-celah kesibukannya sebagai Ketua Jabatan, Zubaidi masih sempat menulis setiap minggu untuk ruangan Ujana DBP di Utusan Borneo.

Zubaidi Abas dilahirkan di Jerantut, Pahang pada 10 April 1959. Sebelum bertugas sebagai Pengarah DBP Cawangan Sabah sejak 3 Januari 2005, beliau pernah bertugas sebagai Pengarah DBP Wilayah Selatan pada 2001-2004. Berkelulusan Ijazah Sarjana Pengajian Bahasa Moden, Zubaidi pernah memulis beratus-ratus makalah yang pernah disiarkan di akhbar dan majalah tanahair. Sejak makalahnya bertajuk "Isu-isu di Sebalik Perubahan Istilah tersiar di Berita Harian pada 12 Disember 1985, beliau terus menyumbangkan buah fikirannya kepada khalayak pembaca melalui tulisannya yang tersiar di Berita Harian, Jurnal Dewan Bahasa,Utusan Malaysia, Harian Tamil Osai,Thinamani,Mingguan Famili, Berita Peristilahan,MASSA,Pelita Bahasa, Jendela Selatan, Utusan Borneo, Etnik dan sebagainya. Beliau juga menulis kolum Ujana DBP dalam akhbar Utusan Borneo sejak 2008 hingga sekarang.

Wartawan Utusan Borneo, Abd.Naddin Haji Shaiddin sempat menemui Pengarah DBP Sabah, Zubaidi Abas (ZA) untuk menemubual beliau mengenai isu-isu sekitar bahasa dan sastera sambil minum pagi di Kantin DBP Cawangan Sabah di Teluk Likas pagi kelmarin.

UTUSAN BORNEO: Terima kasih kerana sudi ditemubual untuk ruangan Sembang Sabtu. Saya nampak tuan kelihatan agak sibuk juga. Apa perancangan pihak tuan untuk menyemarakkan lagi kegiatan bahasa dan sastera kita?

ZUBAIDI ABAS: Tahun ini kita merancang untuk melaksanakan pelbagai kegiatan bahasa dan sastera. Antara yang terdekat ialah Perkampungan Sasterawan 2011 yang akan diadakan di Teluk Likas pada 18 dan 19 Jun ini. Perkampungan ini akan menghimpunkan penulis, sasterawan, budayawan dan aktivis sastera dari seluruh Sabah untuk berkampung di DBP Cawangan Sabah sebagai satu wadah untuk mempertemukan golongan sasterawan untuk mengadakan perbincangan dan percambahan minda untuk memartabatkan sastera tanahair. Selain itu kita merancang untuk mengadakan Pertandingan Lagu Puisi Berkumpulan, Konsert Perdana Lagu Puisi dan sebagainya. Kita juga mengadakan apresiasi sastera di setiap bulan, di setiap daerah di seluruh Sabah. Dengan cara ini kita dapat mendekatkan sastera kepada masyarakat.

UB: Sejak akhir-akhir ini, kegiatan sastera semakin rancak. Apa yang pihak tuan harapkan daripada program-program seperti ini?
ZA: Kita menggalakkan agar ada pertemuan, perbincangan dan percambahan minda di kalangan penulis, sasterawan, karyawan di negeri ini untuk memartabatkan lagi sastera kita. Sebab itu kita menganjurkan pelbagai kegiatan dalam usaha pengembangan dan pembinaan bahasa dan sastera. Kehadiran ramai penulis juga menunjukkan minat terhadap sastera di kalangan penulis dan aktivis sastera tidak pernah luntur.Tetapi kita mengadakan program itu untuk mengukur sejauhmana pencapaian kita, hala tuju kita. Apa sebenarnya yang kita cari? Semua ini memerlukan keterlibatan semua pihak, pengurus sastera, persatuan penulis, penulis, aktivis dan sebagainya.

UB: Dalam bidang bahasa, mungkin ramai juga yang ingin tahu mengenai sumbangan DBP Sabah. Boleh ceritakan sedikit mengenainya?
ZA: Program dan kegiatan bahasa dilaksanakan untuk memenuhi matlamat mengembangkan bahasa kebangsaan dan melestarikan bahasa sukuan di Sabah.
Antara yang telah kita laksanakan ialah pelancaran Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN)2008 di Padang Merdeka Kota Kinabalu yang dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sabah, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah dan Yang Berhormat Menteri Pelajaran Malaysia.
Di peringkat negeri, kita mengadakan Program Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN) pada setiap tahun.

UB: Bagaimana kaedah yang dijalankan DBP untuk meningkatkan citra bahasa kebangsaan di tempat awam?
ZA: DBP juga berusaha meningkatkan citra kebangsaan melalui pemaparan penggunaan bahasa kebangsaan yang baik dan betul di tempat-tempat awam. Program ini melibatkan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh negeri Sabah.

UB: DBP juga terlibat dalam memartabatkan tulisan jawi?
ZA: Pengembangan tulisan jawi melalui pemaparannya pada papan tanda nama dilaksanakan di Lahad datu, Semporna, Sipitang, Beaufort, Kinabatangan dan Membakut.

UB: Bagaimana tentang jalinan kerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan?
ZA: Kita juga mengadakan Ziarah bahasa ke Pihak Berkuasa Tempatan di Seluruh Sabah untuk meningkatkan kerjasama khusus dalam pemaparan bahasa kebangsaan di tempat-tempat awam.

UB: Apa perkembangan mengenai pemetaan bahasa sukuan?
ZA: Pemetaan bahasa sukuan melalui Program Jejak Etnik untuk mengenal pasti tahap penguasaan dan penggunaan bahasa sukuan dalam kalangan penutur asli serta mengambil pelbagai langkah untuk melestarikannya. DBP Sabah juga menerbitkan penerbitan Glosari Budaya Tempatan sabah, Penerbitan Kamus Bahasa Sukuan Sabah.

UB: Boleh jelaskan sedikit mengenai bengkel dan kursus bahasa anjuran DBP?
ZA: DBP Sabah juga menganjurkan bengkel, kursus dan ceramah bahasa untuk pelbagai golongan dari semasa ke semasa dalam usaha meningkatkan pemahaman, penguasaan, dan penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan anggota masyarakat.

UB: Bolehkah tuan ceritakan sedikit mengenai sumbangan DBP sabah dalam bidang sastera?
ZA: Program dan kegiatan sastera dilaksanakan untuk memenuhi matlamat memajukan bakat kesusasteraan, memantapkan kesusasteraan Melayu sebagai teras kesusasteraan kebangsaan, menjadikan kesusasteraan Melayu dapat diterima oleh masyarakat berbilang kaum, meningkatkan mutu penulisan kreatif dan memelihara sastera rakyat.

ZA: Antara kegiatan yang kita adakan ialah pementasan Teater Perdana sebagai pengisian Sambutan Hari jadi Rasmi TYT Yang Di Pertua Negeri Sabah, yang dijalankan setiap tahun sejak 2004.Kita juga pernah mengadakan malam Dondangan Kasih, dengan puisi tradisi pelbagai kaum untuk tontonan TYT Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Selain itu kita mengadakan Hadiah Sastera Sabah yang diadakan sebagai penghargaan kepada penulis Sabah dan sumbangan karya dalam pembangunan minda masyarakat. Sebelum itu, DBP Sabah pernah juga mengadakan Sendait Ria: Dendangan Puisi Tradisi selama 50 jam tanpa henti di Pitas. Acara yang menghimpunkan kira-kira 20 suku kaum di sabah ini telah dicatatkan dalam Malaysia Book of Records sebagai dendangan puisi tradisi tanpa henti yang paling lama pernah diadakan di negara ini.

UB: Wah, ini menarik ya. Seterusnya apa lagi kegiatan yang diadakan DBP Sabah dalam bidang Sastera?
ZA: DBP Sabah juga mengadakan Syair Ria: Dendangan Syair selama 50 jam tanpa henti di DBP cawangan Sabah. Acara yang melibatkan seluruh anggota masyarakat ini telah dicatatkan dalam Malaysia Book of records sebagai dendangan syair tanpa henti paling lama pernah diadakan di negara ini.

UB: Dalam bidang puisi, tak ada rekod?
ZA: Bacaan sajak dalam acara Puisi Ria selama 50 jam tanpa henti di DBP Cawangan Sabah juga mencatat rekod dalam Malaysia Book of Record sebagai acara bacaan sajak paling lama pernah diadakan di negara ini.

UB: Apa kegiatan lain DBP Sabah?
ZA: DBP Sabah juga mengadakan pengembangan teater di sabah melalui Program Anjung Apresiasi, mengadakan pengumpulan dan penerbitan cerita rakyat suku kaum di Sabah. Kita juga mengadakan bengkel dan kursus penulisan untuk pelbagai golongan sebagai usaha menggalakkan, mengembangkan dan memajukan minat, bakat dan semangat penulis di Sabah. Selain itu, DBP Sabah juga mengadakan ceramah dan apresiasi sastera di sekolah-sekolah di seluruh negeri Sabah.

UB: Mungkin baik juga kalau tuan ceritakan sedikit mengenai bidang penerbitan?
ZA: Kita telah menerbitkan lebih 350 buah buku hasil karya penulis Sabah dalam pelbagai bidang sama -ada kreatif dan bukan kreatif. DBP Sabah juga menerbitkan majalah Wadah, Etnik, karya serta Buletin Jendela Sabah untuk menampung karya penulis Sabah. Penerbitan majalah dan buletin ini sebagai usaha menggalakkan perkembangan pengkaryaan di Sabah.

UB: Bagaimana tentang kerjasama dengan pihak lain dalam mengembangkan bahasa dan sastera di Sabah?
ZA: DBP sentiasa berusaha meningkatkan dan memantapkan kerjasama dengan pihak Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Badan-badan penulis, media cetak dan elektronik dan pertubuhan-pertubuhan lain di negeri ini.

UB: Kita beralih ke soalan lain. Apa yang menarik sepanjang perkhidmatan tuan sebagai Pengarah DBP Sabah sejak enam tahun lalu?
ZA: Saya merasakan suasana keakraban, suasana kemesraan yang tidak ada di negeri lain. Itu yang saya rasa seronok. Jika bertugas di kampung-kampung yang jauh, kita disambut dalam suasana akrab dan mesra. Kemesraan dan keakraban itu sukar digambarkan dengan kata-kata.

UB: Apa harapan tuan mengenai penggunaan bahasa kebangsaan?
ZA: Kita berharap sepertimana yang disuarakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin agar setiap majlis-majlis rasmi yang bakal kita laksanakan sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa, harus menggunakan bahasa kebangsaan sepenuhnya. Kita tahu kadang-kadang ada seminar antarabangsa yang dihadiri oleh seorang dua orang asing, kita gunakan bahasa Inggeris padahal kita boleh menggunakan bahasa Melayu.
Kalau boleh pemimpin-pemimpin negara dalam lawatan mereka ke luar negara juga menggunakan bahasa Melayu kerana biasanya ucapan mereka diterjemahkan oleh penterjemah. Pemimpin kita mestilah menunjukkan teladan yang baik.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jumaat, 1 Julai 2011

10 di kudat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


sabahkini.net: PENYELUDUPAN BARANG SUBSIDI <b>DI KUDAT</b>

Posted: 01 Jul 2011 08:39 AM PDT


Saudara Pengarang,

UNTUK makluman, saya berasal dari Sandakan tetapi buat masa ini sedang bercuti di Kudat, Sabah. Pagi kelmarin, lebih kurang jam 10.30 pagi semasa memancing di jeti Sabah Port Kudat, saya ternampak sebuah lori yang berada di sebelah bot kumpit dalam keadaan yang mencurigakan.

Saya melihat dengan jelas ketika itu anak-anak kapal sedang memungah barang-barang (kotak-kotak) dari lori ke bot kumpit (Filipina) yang sebelum ini merapat ke jeti untuk memuat kayu belian, tetapi turut menyeludup keluar barangan kawalan bersubsidi seperti minyak masak, tong gas, gula dan sebagainya.

Saya harap pihak tuan dapat menghebahkan perkara ini di Sabahkini.net agar pihak berkuasa dapat membuat pemantauan dan menghalang penyeludupan keluar barang kawalan bersubsidi ke Filipina.

Salam Hormat,

PUTERA SANDAKAN

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


SEMPURNAKANLAH…..<b>SEMPORNA</b>! | RontogDaily.Com

Posted: 15 Jun 2011 12:11 AM PDT

Hello… Semporna!. Dalam keghairahan pembangunan, pembinaan pelbagai kemudahan yang memanifestasikan keamanan yang dikecapi masyarakat kita seringkali mengundang kealpaan. Pembinaan bangunan dan gedung-gedung perniagaan tentu sahaja mempamerkan kemakmuran ekonomi yang dijelmakan oleh keyakinan para pemodal terhadap prospek ekonomi yang terhidang. Bangunan yang serba indah didirikan. Peluang-peluang perniagaan dijana dan retorik wujudnya peluang pekerjaan yang melimpah ruah dijaja ke hulu ke hilir oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

Ironinya, keadaan ini hanya menyedapkan halwa mata memandang. Realiti yang berlaku dalam putaran ganas kehidupan tidak pernah mengambilkira retorik dan omongan kosong. Situasi inilah yang berlaku dalam masyarakat kita, khususnya di Semporna. Bangunan-bangunan baru tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Tidak mengira kawasan daratan atau tepi lautan, bangunan yang tentunya menempatkan gedung-gedung perniagaan milik pemodal-pemodal berkapasiti besar. Lantas, apakah nasib yang menimpa kelompok yang berinisiatif untuk membawa keluarga keluar dari kepompong kemiskinan. Para peniaga kecil-kecilan yang tentunya menjadikan  perniagaan kecil-kecilan yang mereka jalankan sebagai sumber utama pendapatan untuk menyara keluarga, persekolahan anak-anak dan sebagainya.

Langkah mewujudkan gerai-gerai perniagaan secara tetap dan tersusun tentunya suatu langkah yang bijak dan harus diberi pujian. Sungguhpun langkah ini sepatutnya telah lama diwujudkan oleh pihak-pihak yang berkenaan, namun inisiatif baru ini tentunya melegakan para peniaga kecil-kecilan khususnya, yang selama ini berniaga di tempat dan premis yang tidak terurus, usang dan tentu sahaja tiada kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air. Kita tentunya berharap, sebagaimana harapan para peniaga ini agar pihak-pihak berwajib turut mewujudkan hub-hub perniagaan kecil-kecilan seperti gerai-gerai tersusun ini di lokasi-lokasi lain yang strategik.

Lokasi gerai tersusun dan teratur di Taman Sem Paul ini bukan sahaja menyediakan tempat yang baik dan selesa untuk para peniaga, lebih dari itu, kewujudan gerai-gerai ini tentunya akan mengubah landskap pemandangan para pengunjung dan pelancong sama ada tempatan atau pelancong asing. Berbanding binaan gerai sebelum ini yang dibuat daripada kayu, memperlihatkan pemandangan yang usang, tidak tersusun dan kotor, gerai-gerai tersusun yang baru ini tentunya memberikan manfaat kepada banyak pihak. Selain para peniaga yang tersenyum lebar kerana bakal berniaga di tempat yang lebih selesa, pihak berkuasa tempatan juga bakal mendapat manfaat langsung sama ada dalam bentuk cukai atau usaha mengubah lanskap daerah Semporna ini secara khususnya.

Namun dalam keghairahan menyediakan kemudahan-kemudahan seperti ini, pihak-pihak yang berkenaan juga tidak seharusnya 'terlupa' menguruskan beberapa perkara penting. Pertamanya, pengeluaran dan pemberian lesen-lesen perniagaan khususnya yang menggunakan gerai-gerai serba baru ini harus diuruskan secara telus dan profesional. Seringkali kewujudan kemudahan seperti ini dieksploitasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Apabila pengeluaran lesen dan kebenaran menggunakan kemudahan ini diperolehi oleh individu yang tidak menjalankan perniagaan sebenarnya. Pihak yang berkenaan pula 'mengalibabakan' gerai perniagaan ini kepada pengusaha sebenar. Akhirnya, peniaga sebenar terpaksa menanggung cukai yang tidak perlu.

Bukankah lebih elok jika peniaga sebenar yang telah lama menjalankan perniagaan kecil-kecilannya dilokasi ini diberikan keutamaan memiliki lesen berkenaan. Jika selama ini mereka sanggup bertahan menjalankan perniagaan sungguhpun dengan keadaan yang sangat daif, maka adalah sangat tidak bermoral untuk memberikan lesen berkenaan kepada individu yang hanya tahu mengaut keuntungan daripada jerit perih peniaga yang bersungguh-sungguh menjayakan kehidupan keluarganya.

Kedua, harus juga diwujudkan sistem untuk membolehkan pemantauan dijalankan oleh pihak-pihak berwajib agar penyewa-penyewa premis ini benar-benar menjalankan perniagaan mereka. Sistem itu kelak bukan sahaja memantau para peniaga semata-mata, malah juga memastikan segala kemudahan yang ada tidak diubahsuai sewenang-wenangnya oleh pihak-pihak berkenaan. Kemudahan yang ada juga boleh diselenggarakan dengan baik andai wujud sistem yang baik dan telus. Lebih dari itu, mekanisme pemungutan hasil cukai ke atas peniaga-peniaga ini juga diwujudkan agar tidak berlaku ketirisan yang akan merugikan pihak yang berkenaan.

Ketiga, projek ini juga harus dikendalikan secara profesional dan dijadikan 'bahan kajian' untuk mengumpul data-data tertentu yang akan memanfaatkan pengurusan pihak berkuasa tempatan. Melalui pengurusan yang profesional itu, bukan sahaja menaikkan imej pihak berkuasa tempatan sebagai agensi yang berautoriti, tetapi juga memungkinkan inisiatif baru boleh diperkenalkan dan sekaligus membudayakan tabiat inovasi dan kreativiti dalam kalangan pihak-pihak yang berkenaan. Paling penting lagi, 'pengalaman' yang dikutip daripada pengendalian gerai baru ini kelak, akan menyediakan maklumat berharga seandainya pihak berkenaan merencana hub-hub seumpamanya dilokasi yang lain pula.

Semoga inisiatif ini boleh dimanfaatkan. Kombinasi pihak berkuasa tempatan, para peniaga serta juga orang ramai yang berurusan dengan kawasan ini nati akan mendapat manfaat secara langsung daripada kejayaan projek ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di tawau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Bantahan Perhimpunan Haram <b>di Tawau</b>, Sabah | Junaidiey Dot Com

Posted: 01 Jul 2011 08:01 AM PDT

Sebelum aku memulakan penceritaan, ingin aku jelaskan bahawa aku tidak memihak pada mana-mana pihak. Entry ini sekadar perkongsian dari Tanah Tumpah Darahku, Tawau Sabah.

Apakah yang dimaksudkan dengan Perhimpunan Haram? Perhimpunan Haram bermaksud sebuah perhimpunan sekolah perhimpunan yang ditaja oleh Pihak tertentu dan tidak mempunyai permit. Mengapa tiada permit? Hal ini adalah kerana permit yang dipohon tidak akan diluluskan oleh pihak berwajib.

Aku masih tiada pengalaman menyertai mana-mana perhimpunan haram. Baik di Tawau, ataupun diluar kawasan Tawau. Hanya yang pernah, Perhimpunan Belia 2011 Kuching Sarawak saja. Berikut petikan berita yang aku dapatkan dari BERNAMA.

Di TAWAU, empat pertubuhan, dua daripadanya Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) membuat laporan polis di sini bagi membantah rancangan kumpulan pengacau untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai ini di Tawau.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Kalabakan, Gasing Saling bersama wakil Kelab Sukan Komuniti Sebatik, Kelab Tinju Amatur Tawau dan Umno Cawangan Kampung Perdana, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau pada 9 pagi tadi.

Pertubuhan berkenaan meminta pihak berkuasa supaya mengambil tindakan sewajarnya bagi menghalang rancangan perhimpunan haram yang dikatakan akan dibuat di kawasan Pasar Tanjung, Tamu Takada dan Pasar Sin On.

"Kita berharap orang ramai tidak mengambil bahagian dalam perhimpunan haram berkenaan kerana ia boleh menggugat keamanan dan keharmonian hidup rakyat pelbagai kaum di negara ini," katanya.

Gasing berkata beliau mendapat maklumat kononnya kira-kira 1,000 orang akan mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan dengan 1,500 helai baju kuning telah dicetak untuk Sabah dan 200 helai daripadanya sudah dijual.

Terima kasih warga Tawau kerana masih ada yang menjaga keharmonian daerah kita.

nota kaki: ini entry SEO. Tumpang keyword perhimpunan haram. tongue

Popularity: 1%

Ini lebih menarik:

Menarik hari ini:

Bantahan Perhimpunan Haram Di Tawau, Sabah thunderbird50 getym11 fb junaidieycomseksi google+ pr2 nikita-willy-111
You can leave a response, or trackback from your own site. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Edrie Hashim Projek Pistol <b>di Tawau</b> | Puadede.Com

Posted: 28 Jun 2011 07:53 AM PDT

ProjekPistol-Borneo-Tour-1

Ini bukan kali pertama penerbit album dan pencipta lagu terkenal, Edrie Hashim berada di Tawau, malah sudah beberapa kali ke sini dengan pelbagai kegiatan dan urusan. Imej yang ada pada ketua kumpulan Projek Pistol ini yang mungkin meletakkannya sebagai seorang artis yang mempunyai peminatnya tersendiri di Tawau. Almaklum sajalah, Tawau yang begitu sinonim dengan artis imej rock ini, pasti laku punya… alasan paling kukuh? Edrie Hashim gondrong siap rebonding lagi tau!

Petang tadi, aku berkesempatan untuk memenuhi jemputan makan tengah hari untuk sesi bertemu peminat Edrie Hashim dan artis Projek Pistol di Sidrap Corner, Tawau. Walaupun datang lewat daripada yang dijanjikan, namun aku dan LisaAli bertenang. LisaAli sempat lagi bertanya, tiadakah orang kenal dengan kita ni. Jawabku mudah, orang di sini tidak berFB atau berblog… ketawa!

.

Sempat mengambil beberapa gambar sebelum ketibaan Edrie Hashim Projek Pistol, memang sempoi gaya kami tapi santai. Ada beberapa orang makcik lalu dan berhenti memerhatikan poster di dinding kaca Sidrap Corner dan aku juga ada terdengar keluhan dua anak muda rock yang mungkin dalam perjalanan untuk ke bus station Sandakan….

Hoi gila kau, aku minat Edrie Hashim ni… Alaaah kenapalah hari ini, bukan hujung minggu. Masa kita mo bejalanlah dorang buat bah! Tidak sempat kita mo triping di Fire!

Info event:
Projek Pistol Borneo Tour 2011 Tawau, Sabah.
Live showcase 29 Jun 2011
FIRE Clubbing Star
Penganjur Sumber Karya Seni

.

Penganjur tiba, artis tiba, Sidrap Corner semakin sesak. Artis mula menjamu selera dan kami menemui Encik Jamil Aziz, memperkenalkan diri kepadanya, lalu diperkenalkan dengan barisan artis. Telefon aku berdering, aku biar LisaAli mengambil gambar dan bertanya khabar2 artis.

Di akhir pertemuan, aku sempat bertemu dengan wartawan penyiaran Melodi dan Fuh. Esok saja aku kisahkan pertemuan selanjutnya kerana esok jam 4 petang, Tawau Bloggers Unity ada program tersendiri di Arena Cafe dengan artis Projek Pistol ini. Tak sabar nak terjah!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di papar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


Selamat Datang ke rumahdsabah: Soft Lunching Rumah Teres <b>di Papar</b>

Posted: 05 Apr 2011 12:00 AM PDT

Dua taman perumahan teres akan dilancarkan di Papar iaitu Jalan Buuzut (Vila Mutiara) dengan harga antara RM268,800 - RM298,800 dan Jalan Sapat RM178,800 - RM238,800. Taman ini akan dibangunkan oleh HBA Group www.theHBAgroup.com atau hubungi Miranda 017-8666711 untuk keterangan lanjut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di tenom - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tenom - Google Blog Search


Sahabat-Gunung: Belia <b>Tenom Di</b> Gesa Sertai Askar Wataniah- Jamawi

Posted: 15 Dec 2009 12:00 AM PST

Tenom- Golongan belia khususnya di luar bandar daerah ini digesa menyertai askar wataniah jika masih belum terlibat dalam mana-mana persatuan beruniform.

EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Jamawi Jaafar berkata, penyertaan itu akan menghindarkan mereka daripada terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.

"Bilangan belia yang menyertai askar wataniah masih lagi kurang sedangkan daerah ini mempunyai jumlah belia yang ramai. Apa yang paling penting, langkah ini dapat menyuntik semangat patriotik dalam jiwa mereka selain mengisi masa terluang dengan perkara yang berfaedah," ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO bahagian Tenom.

Jamawi berkata, penerangan dan penjelasan mengenai askar wataniah perlu dilakukan secara lebih aktif bagi menarik lebih ramai remaja yang merupakan golongan sasar.

Sejajar dengan itu, katanya, penubuhan Kompeni Askar Wataniah bukan sahaja di Tenom tetapi di seluruh negara adalah satu langkah yang tepat sekali.

"Kita harap golongan belia di setiap daerah khususnya di daerah ini menyertai askar wataniah. Penyertaan ini merupakan bukti kasih dan setia mereka untuk menyumbang khidmat mempertahankan negara.

Dengan cara ini, mereka akan menyedari tanggungjawab menjaga keamanan negara bukan dipikul pihak berkuasa semata-mata," ujarnya.

Menurutnya, difahamkan 125 daripada 222 kawasan Parlimen sedang dalam proses untuk menubuhkan kompeni tersebut secara berperingkat dan dijangka selesai pada 2011.

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Bangunan Bersejarah <b>di Kota Kinabalu</b> - Menara Jam Atkinson <b>...</b>

Posted: 01 Jul 2011 01:14 AM PDT

Assalamualaikum... Kalau kamu datang ke Kota Kinabalu, bagi yang jenis suka ronda tempat-tempat menarik tu, bolehlah datang jenguk-jenguk, gambar-gambar, posing-posing depan Menara Jam Atkinson yang terletak berdekatan dengan Padang Merdeka, Kota Kinabalu ni. Menara ni terletak betul-betul dalam bandaraya Kota Kinabalu. Kalau setakat duduk kat hotel ataupun backpacker dalam bandaraya Kota Kinabalu, tiada masalah la nak ke tempat ni dengan hanya berjalan kaki.

Kalau dah penat berjalan tu, jangan lupa singgah untuk makan malam di Pasar Malam Filipino. Perghhhh, di sinilah dia syurga makanan laut di Kota Kinabalu yang menawarkan pelbagai jenis ikan, sotong, ketang, udang panggang/bakar dengan harga yang sangat murah. Engkau orang makanlah sampai muntah hijau kat situ!

Okeh, berbalik kepada Menara Jam Atkinson ni, atau dalam bahasa kampung saya, Atkinson Clock Tower (ekekekeke). Jom baca sejarah di sebalaik pembinaan menara ni...
Bangunan menara jam ini telah mula dibina pada tahun 1902 dan siap pada tahun 1905. Pada asalnya, ia dibina sebagai tanda untuk memperingati Pegawai Daerah Kota Kinabalu (dulunya Jesselton) yang pertama, Encik Francis George Atkinson yang meninggal dunia akibat 'demam Borneo' (malaria) ketika berusia 28 tahun. Bangunan ini dibina hasil sumbangan orang ramai. Jam asal di menara ini yang disumbangkan oleh ibu Atkinson telah diganti dengan yang baru pada tahun 1964. Jam ini telah mula berfungsi pada 19 April 1905 ketika masih dalam pembinaan. Pada asalnya, menara jam ini dibina daripada kayu Mirabau (Merbau) dan berketinggian 157 meter (48 kaki). Selepas dibina dan melalui pembaikan dan pembaharuan yang menyeluruh, bentuk permukaan asalnya telah mengalami perubahan yang besar. Pada tahun 1979, pihak Muzium Sabah telah mengambil alih penjagaan dan pemeliharaan menara jam ini. Tapak bangunan ini telah diwartakan sebagai Simpanan Kerajaan pada Ogos 1983.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di nabawan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


This is my life: kampung Penontomon <b>nabawan</b>, Pensiangan Sabah

Posted: 09 Jun 2011 04:59 AM PDT

kampung ku jauh dari bandar......memang jauh lah masuk dari hutan kami bermula dari sandakan bergerak dari jam 9.00...hingga di nabawan.... dah jam 2.00.. kami singgah dulu keningau utuk makan tengah hari.. jam 3.00 kami sambung lagi perjalanan kami untuk sampai nabawan..peta sabah malaysia

beberapa jam kemudian kami sampai sudah kampung penontomon , tapi mahu masuk dalam lagi waaduhh jauh nya lah.....

rumah di atas tu tidak silap mcam rumah mayat....takut lah pergi di atas tu!!!
wahhh cantik nya sungai nii!!
nii rumah org2 murut....
lori angkat kayu balak...kalau lah setiap hari mcam nii habis kayu balak di tebang!!!
gambar 1
gambar 2
gambar 3
gambar 4
gambar 5gambar 6
kereta kami..vigo. ini adalah pondok tapi dari jauh mcam rumah kan!!!
gambar 7
gambar 8
gambar 9
gambar 1 hingga 9 kami datang kampung itu untuk mencandangkan menanam kelapa sawit x juga lah besar sangat . tanah hanya 60 atau 70 hektar...x banyak kan!!!ini lah kampung penontomon nabawanrumah org


gereja
di situ jambatan gantung memang best lah naik jambatan gantung tapi takut sebab bergoyang jambatan nya kalau kita naik hehe ...rumah cikgu
rumah cikgu
rumah cikgu
kata org sana kawasan luar rumah cikgu atau kawasan solar kat sk penontomon ada hantu.. uii saya rasa takut owh....cerita nii saya ambil dari seorang kerja dalam projek sistem solar katanya... ( ''mengikut bangsa yang menduduki kawasan tersebut. dan dipercayai bahawa gambar yang aku dapat adalah semangat kepala. sebabnya bangsa Murut terkenal dengan sikap pahlawan, dan hobi mereka adalah memancung kepala.
mungkin makhluk tu adalah semangat kepala yang dipancung. ini ikut cerita cikgu kt sana la.'') bha takutnya cerita dorang nii ehhh!!!!! tak nak cerita lagi lah takut.. korang klik tu kalau nak tahu cerita hantu oleh pekerja sistem solar..

sk penontomon
niii pula prasekolahnii sk penontomon
adik2 semua lihat sini peace!!!.... adik2 nii sedang tanam bunga...nii lah rumah atuk dan nenek saya!!!ayoyo kereta siapa ni! melekat kat blog saya nii hehe... okey...lah sampai sini lah cerita saya kali nii..:p Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di beluran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di beluran - Google Blog Search


Geng Joran Beluran: Jenis Memancing <b>Di Beluran</b>

Posted: 18 Jun 2011 05:32 AM PDT

Bagi kaki pancing, sama ada yang hobi atau sebagi satu pencarian sumber rezeki. Mereka sudah tentu arif sudah tentang cara-cara memancing di Beluran. Bagi aku sendiri ,aku hanya mahir memancing di takat( batu) sahaja berbanding memancing di ranggas( tepi kayu atau pokok tumbang).

Sesuatu yang anda perlu tahu untuk memancing di Beluran ialah, kami disini boleh dikatakan semuanya menggunakan umpan udang hidup yang dirambat(jala) dahulu sebelum aktiviti memancing dilakukan.


Ini lah salah satu aktiviti sebelum memancing, biasanya kami akan merambat dahulu pada malam hari dan mula memancing pada sebelah pagi, kalau banyak udang yang ditangkap, harapan untuk menaikan ikan juga besar...kalau kurang udang..maka kuranglah tangkapannya...

inilah rupa udang umpan pancing, biasanya di Beluran kami gunakan udang ini, yang kami simpan dalam kolam didalam perahu.  Malam yang kami pergi, udangnya agak kurang kerana pertukaran air dari air pasang besar ke pasang kecil...silap atur jadual...untuk syok memancing biasanya kami disini mula bergerak dihujung minggu. Beluran memang banyak hasil laut, walaupun udang pisayan yang kami cari untuk buat umpan. Udang galah juga kami dapat...sesiapa yang nak memancing udang galah datanglah ke Beluran...

udang galah yang kena rambat

Selain dari memancing ditakat dan rangas, pemancing juga boleh mencuba memancing secara menunda, kebiasaannya rakan-rakan pancing di Tanjung Nipis yang lebih gemar menggunakan kaedah ini. Hasilnya memang lumayan kerana saiz ikan yang berjaya ditangkap agak besar saiznya. Umpanya hanya rapala(umpan tiruan) dan ianya perlu sesuai dengan kedalam air, biasa rapala yang digunakan adalah jenis "halco" atau dari jenis rapala sendiri untuk kedalaman air 3 meter, 5 meter. Gambar ini adalah hasil menggunakan kaedah menunda di Tanjung Nipis Beluran.

siakap...anda agaklah sendiri berapa kilo?

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Khamis, 30 Jun 2011

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


KEPERLUAN <b>SEMPORNA</b> SEBAGAI HUB PERLANCONGAN SERANTAU <b>...</b>

Posted: 30 Jun 2011 09:38 PM PDT

Menurut Datuk Ainal Fatah seorang pengamal undang-undang, Semporna walaupun amat terkenal dengan produk pelancongan tetapi sehingga kini, langsung tiada golongan bumiputera daripada Semporna itu yang merebut peluang mendapatkan kuota penyelaman di Pulau Sipadan untuk membolehkan mereka menerokai industri berkenaan. Semporna adalah syurga kepada pelancong sama ada daripada dalam atau luar negara, keindahan flora dan fauna serta khazanah lautnya amat bernilai tetapi ia tidak dioptimumkan serta potensinya  amat luas.  Menurut beliau lagi, ekopelancongan merupakan produk pelancongan yang berasaskan alam semulajadi seperti pulau, pantai, sungai, flora dan fauna. Semporna merupakan antara destinasi ekopelancongan yang terkenal kerana mempunyai sumber semulajadi yang mampu menarik ramai kemasukan pelancong. Ekopelancongan di Malaysia telah meningkat sealiran dengan tren pelancongan antarabangsa.

Jika dilihat dari segi aspek positif, industri pelancongan antara industri yang sangat berpotensi sebagai salah satu sumber pendapatan kepada kerajaan negeri, seterusnya kepada sumber pendapatan negara. Langkah bijak kerajaan dalam memberi tumpuan yang besar terhadap industri pelancongan ini dengan menyediakan pelbagai langkah, selain usaha yang diambil dalam meningkatkan kemudahan dan pelbagai jenis aktiviti pelancongan di negara ini merupakan langkah bijak yang harus mendapat pengiktirafan semua pihak. Lembaga Pelancongan Sabah, sebagai contoh, telah berjaya menarik lebih ramai pelancong asing datang ke Sabah sehingga sub-sektor pengangkutan, runcit, perhotelan, dan gerai makan seperti restoran telah menyumbang sekitar 21 peratus daripada 50.9 peratus sumbangan sektor perkhidmatan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2001 untuk negeri Sabah (SGS, 1995; dan STB, 2008). Pencapaian ini dilihat adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan pencapaian dalam peringkat nasional bagi tahun yang sama.

Pertama, Pertumbuhan Resort. Kewujudan resort seperti Borneo Divers di pulau Mabul, Kapalai, dan sekitarnya termasuk di Semporna telah mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan di situ. Sebagaimana menurut B. Pirjevic (1989), sektor pekerjaan di hotel tidak memerlukan kemahiran dan kelulusan yang tinggi kerana tersedianya latihan sambil bekerja. Hasil temubual menunjukkan bahawa Borneo Divers, umpamanya, mengupah belia tempatan bekerja di resort tersebut dengan gaji permulaan sekitar RM 300.00 sebulan. Upah tersebut boleh mencecah ke lingkungan RM 700.00 berdasarkan tempoh perkhidmatan dan pengalaman kerja. Penduduk tempatan dari Pulau Sipadan itu sendiri menjadi keutamaan pemilihan pekerja resort.

Peluang pekerjaan di  dalam  sektor  perhotelan umumnya,   jikalau ditunjukkan dalam carta piramid pekerjaan, mempamerkan majoritinya terdiri daripada pekerjaan yang tidak memerlukan kemahiran yang tinggi. Justeru itu, peluang terbuka luas kepada orang ramai untuk terlibat sama. Sungguhpun sarjana-sarjana seperti A. Williams dan G. Shaw (1988:91) pernah mengaitkan pekerja-pekerja dalam sektor perhotelan dengan kenyataan-kenyataan seperti kurang berpelajaran kerana majoriti pekerja dalam sesebuah hotel tidak memerlukan pendidikan yang tinggi, kurang bermotivasi disebabkan bayaran gaji yang tidak seberapa, tidak terlatih kerana tidak memerlukan berkemahiran spesifik mahupun kurang produktif, ia sebenarnya masih memberikan pendapatan yang lumayan kepada penduduk tempatan yang sedia menceburi bidang tersebut.

Kedua,  Perusahaan Pelancongan oleh Anak Tempatan. Pelancongan merupakan suatu aktiviti yang cukup mudah diceburi yang semakin popular dan segelintir menjadikannya sebagai aktiviti masa lapang sahaja untuk memperolehi pendapatan tambahan, khususnya melalui agensi pelancongan, pemandu pelancong, penganjur (promoter) dengan membantu memperkenalkan produk-produk tertentu.

Kewujudan aktiviti pelancongan di sesebuah kawasan sememangnya membawa kepada pertumbuhan dalam pelbagai jenis sektor dalam proses pembangunan di kawasan-kawasan sekitar kepulaun Sipadan secara amnya. Hasil daripada perkembangan aktiviti pelancongan tersebut wujudnya pelbagai sektor perkhidmatan seperti wujudnya rumah-rumah rehat, hotel, servis, perniagaan kraf tangan selain pertumbuhan pusat atau agen-agen pelancongan. Hasil daripada pertumbuhan pelbagai sektor yang berikut, peluang pekerjaan akan berjaya diwujudkan kepada pelbagai lapisan masyarakat. Penduduk tempatan berpeluang memperolehi gaji sekitar RM 300.00 hingga RM 700.00 untuk bekerja di resort di Pulau Mabul misalannya. Penduduk di situ secara teorinya akan bertumpu di sesebuah kawasan yang banyak menawarkan peluang pekerjaan yang banyak. Hasil daripada pertumbuhan pelbagai jenis perkhidmatan yang disediakan tersebut menyebabkan penduduk akan bertumpu di kawasan Sipadan untuk mendapatkan pelbagai peluang pekerjaan dan seterusnya akan menetap di kawasan tersebut walaupun dalam jangka masa pendek atau sementara sahaja. Namun, kesan daripada tumpuan penduduk  tersebut  menyebabkan bilangan penduduk akan bertambah yang akan memberikan kesan kepada kawasan tersebut dari segi kepesatan pertambahan penduduk dan seterusnya akan berkembang dan terus berkembang. Hal ini secara langsung, ia akan mengurangkan kadar pengangguran dan kadar kemiskinan di kawasan tersebut. Secara langsung hal ini akan mengatasi masalah kemiskinan dan pengangguran, walaupun tidak secara total.

Dari segi aktiviti perniagaan pula, terutamanya kepada peniaga-peniaga kraf tangan  ala  tempatan, menarik lebih ramai pengunjung atau pelancong asing dan secara langsung akan memberikan pulangan yang lumayan terhadap peniaga atau pemilik gerai tersebut. Tambahan pula, ruang makan tersebut akan memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk yang berada di kawasan berdekatan. Dan ini sekaligus selaras dengan isitilah melengkapkan setiap negeri dengan pengetahuan intensif tentang industri-industri yang boleh menembusi sektor-sektor seperti perkilangan, agrikultur, dan pelancongan menerusi perkhidmatan yang baik, seterusnya membolehkan setiap sektor tersebut berkembang menjangkaui potensinya yang tersendiri.

Ketiga,  Aktiviti Komersil. Membuka peluang kepada Industri Kecil dan Sederhana (IKS), khususnya aktiviti penjualan hasil kraf tangan yangberkonsepkan hidupan laut. Justeru itu, ia adalah penting untuk pemasar pelancongan memahami dengan lebih baik apa yang membolehkan sesuatu destinasi menjadi tempat untuk percutian, dan bagaimana produk atau perkhidmatan mereka diterima.

Keempat,  Sektor Perkhidmatan. Kemudahan penginapan merupakan medium yang sangat penting kepada sesebuah kawasan yang terkenal dengan pusat pelancongan. Oleh sebab itu, perkhidmatan jenis penginapan turut menjadi keperluan perkhidmatan yang ditawarkan, terutamanya di sekitar pekan Semporna. Perkhidmatan yang disediakan ini adalah bertujuan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelancong yang ingin menyelam di Sipadan terutamanya; bot pelancong yang ulang-alik dari pekan Semporna ke pulau-pulau berdekatan; hotel/ rumah tumpangan untuk memudahkan penginapan para pelancong asing. Hal ini juga lanjutan daripada sosio-budaya di kawasan kajian yang mempunyai sosio-budaya yang sedikit berbeza dengan kawasan lain dan terdapat pusat hiburan seperti pusat karaoke, pub, dan Cafe Lounge yang disediakan kepada para pelancong yang inginkan hiburan pada sebelah malam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved