ads

Khamis, 9 Jun 2011

10 di beluran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di beluran - Google Blog Search


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

321 Pelajar Sekolah <b>Di Beluran</b> Terima Notebook 1Malaysia

Posted: 26 May 2011 04:02 AM PDT

Rakyat Didahulukan | Rakyat Didahulukan
Written by Raja on Thursday, 26 May 2011 19:02   

BELURAN - Seramai 321 pelajar dari dua sekolah menengah di sini pada Khamis, menerima Notebook 1Malaysia daripada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Mereka terdiri daripada 110 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Sapi dan 211 dari SMK Telupid.

Timbalan Pengarah SKMM cawangan Sandakan Aaron Tan berkata pengagihan hari ini adalah untuk fasa kedua bagi kawasan parlimen Beluran.

Sebelum ini sebanyak 1,500 unit telah diagihkan dalam fasa pertama, katanya kepada Bernama.

Beliau berkata sejumlah 49,832 unit notebook 1Malaysia akan diagihkan untuk fasa kedua bagi seluruh Sabah.

"Pengagihan Notebook 1Malaysia untuk fasa ketiga akan dilakukan tidak lama lagi bagi mencapai sasaran tiada lagi anak Sabah akan ketinggalan zaman Teknologi Maklumat (IT) dan menjadi pakar IT pada masa depan," katanya.

Terdahulu semasa berucap pada majlis itu, Tan menasihatkan pelajar terbabit memanfaatkan sebaiknya komputer berkenaan selain mematuhi tatacara penggunaan internet agar tidak melanggar undang-undang seperti Akta Komunikasi dan Multimedia.

- BERNAMA

LAMAN KL-TODAY.COM » Blog Archive » Miskin tegar terpinggir <b>di Beluran</b>

Posted: 10 Dec 2010 08:33 AM PST

Seramai 540 buah keluarga di Kampung Rancangan Nangoh Beluran yang sebahagian daripada mereka benar-benar terpinggir dan terus disisihkan daripada mendapat bantuan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) dan E-Kasih kerana dasr pilih kasih, sebahagiannya ibu tunggal dan balu; memerlukan keprihatinan Kerajaan Barisan Nasional untuk menyelesaikan masalah miskin tegar yang dideritai mereka selama ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Rancangan Nangoh, Mohd Pimpin Hj Mangas (gambar kanan) ketika mendedahkan perkara ini kepada Ketua Biro Sabahkini.Net Wilayah Sandakan menjelaskan walaupun mereka sudah memohon berkali-kali melalui pejabat Daerah Beluran dan agensi berkaitan, tetapi sehingga hari ini masih tiada khabar berita, bagaikan menunggu sebutir hujan di gurun nan tandus sejak bertahun lamanya.

"Kitapun hairan kenapa pihak kerajaan khususnya kementerian yang berkenaan tidak mahu meluluskan permohonan mereka, sedangkan mereka ini anak jati Kg Nangoh dan juga penyokong kuat Barisan Nasional (UMNO/PBS/UPKO), tetapi masih juga tersingkir untuk mendapatkan agehan bantuan selayaknya," kata Mohd Pimpin.

Selaku pengerusi JKKK Kg Rancangan Nangoh yang dimanahkan oleh kerajaan untuk menjaga keselamatan dan kemajuan kampung termasuk kebajikan para penduduk berkenaan, Mohd Pimpin mengharapkan sekiranya pihak berkenaan terbaca berita ini di Sabahkini.net harus mengambil tindakan drastik mengenai penyingkiran sebahagian keluarga yang tidak dapat walaupun satu sen daripada pihak kerajaan.

Tegas Mohd Pimpin lagi, pilihanraya umum Ke-13 semakin hampir tetapi para pegawai kerajaan dan dua ADUN serta Ahli Parlimen, nampaknya selamba sahaja tidak begitu menghiraukan permasalahan yang sedang dihadapi rakyat.

"Sebagai pengerusi JKKK yang sering kali jadi sasaran dan mangsa keadaan kerana saban hari ada saja mereka jumpa kita minta itu dan ini. Tanya itu tanya ini, sedangkan saya bukan wakil rakyat, sekadar menerima elaun JKKK RM200 sebulan saja. Itupun hanya cukup untuk beli minyak motorsikal sahaja," keluh Mohd Pimpin lagi yang menagih perhatian Ketua Menteri Sabah.

Dalam perkembangan berkaitan, Wartawan Sabahkini.Net berkesempatan menemui Bendahari Jawatankuasa Barisan Nasional (BN) Labuk-Sugut merangkap Ahli Majlis Daerah Beluran, James Miki untuk meminta pandangannya mengenai kenyataan Pengerusi JKKK berhubung mengenai penyingkiran tersebut.

James berjanji akan membawa perkara ini kepengetahuan ADUN Labuk, Pejabat Daerah dan juga Ketua Bahagian UMNO Beluran agar perkara ini akan dapat diatasi segera untuk menyelesaikan masalah yang tertunggak tersebut.

"Kita tidak mahu sekiranya perkara ini terus berlarutan sehingga menjadi rumit dan isu kepada parti pembangkang yang sentiasa mencari apa saja kelemahan pentadbiran kerajaan khususnya BN," ujarnya.

Sabah Kini

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di kunak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kunak - Google Blog Search


sabahkini.net: SIAPA DALANG TAUKE JUDI <b>DI KUNAK</b>?

Posted: 28 Mar 2011 11:44 PM PDT


Saudara Pengarang,

MERUJUK pada perkara artikel sebelum ini, 'Tauke Judi Masih Kebal Di Kunak' dan dalam siri dua kali ini saya ingin menarik perhatian Ketua Polis Negara, Tan Sri Haji Ismail Haji Omar pula setelah edisi sebelum ini yang cuba saya bangkitkan tidak mendapat sebarang tindakan yang boleh meyakinkan rakyat bahawa pihak Polis boleh membendung jenayah dengan begitu berkesan.

Sebagai pembayar cukai, saya agak terkilan apabila ada rakan saya berseloroh mengatakan tauke judi hanya tutup premis sempena sambutan hari Polis sahaja dan selepas itu beroperasi semula kerana mereka 'kebal' seolah-olah ada pertalian khas antara mereka dengan PDRM.

Adakah suatu hari nanti Kerajaan Malaysia terpaksa meminta bantuan FBI untuk membantu PDRM membendung jenayah seumpama ini atau adakah tauke judi di Kunak sudah sama taraf dengan penjenayah tegar seperti yang terdapat di Mexico atau Colombia?

Mereka ini (Tauke Judi) boleh berbuat apa sahaja di Pekan Kunak yang masih mundur ini (saya katakan mundur setelah Pihak Berkuasa Tempatan gagal dalam banyak perkara dan antaranya tidak menyelenggara Tandas Awam walaupun ia telah dibina beberapa tahun lepas).

Atau mungkinkah PDRM hanya berselera menyiasat kes-kes tertentu seperti 'Video Seks' atau 'Kes Liwat' sehinggakan orang ramai merasa tidak selesa dengan fenomena seperti ini dan adakah di masa akan datang daerah Kunak masih selamat untuk di diami kelak sekiranya aktiviti yang tidak bermoral seperti ini sentiasa berleluasa.

Gelaran 'Pekan Koboi High Chapparal' masih kekal milik Kunak setelah tragedy berdarah Skim Pekebun Kecil Tingkayu penjenayah mengamalkan hukum rimba kerana tiada sebarang kekangan drastik daripada pihak berkuasa.

Semoga moga apa yang saya paparkan ini mendapat perhatian Tan Sri agar imej PDRM di masa akan datang, lebih-lebih lagi PDRM telah wujud lebih dari dua abad tetapi bertindak seperti kanak-kanak yang dilahirkan cacat anggota.

'Selamat Hari Polis Yang Ke 204'

Salam Hormat,

CITRA BIN MASADI

Timbalan Ketua Penerangan AMK Negeri Sabah

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


3 HEROES: CUTI-CUTI <b>DI</b> MUZIUM <b>NEGERI SABAH</b>

Posted: 20 Apr 2011 09:03 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]CUTI-CUTI DI MUZIUM NEGERI SABAH. OLEH NONG Pada 12:03 AM. Label: Aktiviti my3hero, Cuti2 Sabah, gambar. 0 ulasan: Catat Ulasan · Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama. Langgan: Catat Ulasan (Atom). Cari Blog Ini ...

Lawatan Kerja Menteri Dalam <b>Negeri</b> ke <b>Sabah</b> | Portal Berita iKDN

Posted: 30 May 2011 01:06 AM PDT

Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein telah mengadakan sesi perjumpaan dengan Ketua-ketua Jabatan-jabatan dan agensi dibawah Kementerian Dalam Negeri di Kota Kinabalu, Sabah. Pelbagai isu dibincangkan terutamanya yang berkaitan dengan aspek-aspek keselamatan di negeri Sabah dan program-program yang akan dilaksanakan oleh agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri di Sabah.

Beliau juga mengambil kesempatan untuk beramah-mesra dengan pegawao-pegawai dan kakitangan Kementerian Dalam Negeri yang turut hadir di perjumpaan tersebut.

, , , Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di penampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


17 parah bas penjara terjunam gaung <b>di Penampang</b> » Perak News <b>...</b>

Posted: 15 Dec 2010 11:09 PM PST

[unable to retrieve full-text content]17 parah bas penjara terjunam gaung di Penampang. December 16, 2010 — Leave a Comment. Posted in National, National News · Cancel Reply. Leave a Reply. Name. Email. Website. You can use these HTML tags and attributes: <a href="" ...

Rabu, 8 Jun 2011

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


AUCMS <b>Di Sandakan</b>, Sabah. - ACMS

Posted: 23 May 2011 08:41 AM PDT

IMG_0330

Hari ini Allianze University College of Medical Sciences berada di Hotel Swiss Inn, Sandakan untuk mengadakan sesi temuduga terbuka untuk memberi penerangan tentang peluang kerjaya dalam bidang perubatan dan sains kesihatan bersekutu. Sesi penerangan yang diwawarkan dalam Radio Sabah sejak seminggu yang lalu berjaya menarik lepasan SPM untuk tampil meminta penerangan lanjut. Ramai yang hadir amat teruja dengan peluang yang disediakan oleh AUCMS kepada pelajar dari Negeri Sabah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Fisioterapi, Farmasi, Sains Perubatan, Makmal Sains Perubatan dan Kejururawatan.

Kunjungan AUCMS ke Sandakan kali ini amat bermakna kerana Naib Canselor AUCMS Prof. Dato' Dr. Mohamad Abd Razak turut serta. Bersama Puan Norzahizan Ismail, Dato' Naib Canselor telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Pegawai Pelajaran Daerah Sandakan dan juga kunjungan ke pejabat Presiden Majlis Perbandaran Sandakan. Kunjungan Naib Canselor bukan saja membawa salam dari Presiden tetapi juga cadangan dari Presiden AUCMS untuk membuka cawangan AUCMS di Sandakan. Cadangan Presiden AUCMS mendapat sambutan baik dari semua pihak kerana Daerah Sandakan telah dikenalpasti sebagai hub pendidikan iaitu di Batu 10 Sandakan. Ini bertujuan bagi memberi kemudahan kepada penduduk pantai Timur Negeri Sabah mendapat peluang pendidikan yang terbaik.

Sandakan adalah sebuah bandar yang terletak di persisir pantai timur Negeri Sabah. Bandar ini juga mempunyai pelbagai kemudahan seperti pusat membeli-belah serta kawasan riadah di tepi pantai yang cantik lagi mendamaikan. Adalah tidak lengkap jika berkunjung ke Sandakan tanpa merasai keenakan masakan laut yang segar lagi lazat. Penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Sandakan melalui sistem penerbangan utama negara memudahkan perhubungan antara penduduk ke Semenanjung Malaysia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Taiping Mali: Anwar jual minyak lagi <b>di Sandakan</b>

Posted: 23 May 2011 05:47 AM PDT

Sudahlah. masa hang jadi TPM dan menteri kewangan semua kroni hang kaya raya. Apa yang cat dah repair rumah pangsa ? Hoi Sivarasa kata apa? Itu tanggung jawab kerajaan persekutuan dan BN kerana mereka yang bina rumah pangsa itu dahulu. Di Bandar Bukit Beruntung, siapa yang baik pulih semua rumah pangsa yang rosak teruk? BN juga. Hang memang haram jadah punya manusia , layak di bakar hidup-hidup. kecil-kecil tak mau mampus , sudah besar dok kelentong rakyat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


S U T E R A K A S I H : .Regata Lepa-Lepa 2011 <b>di Semporna</b>.

Posted: 23 Apr 2011 07:00 AM PDT

Apa tu Regatta Lepa-Lepa?

Ianya merupakan salah satu acara sukan air tahunan yang diadakan di perairan Semporna. Pada asalnya, acara regatta lepa-lepa ni merupakan pertandingan antara penduduk yang berketurunan Bajau Laut yg bertujuan untuk memilih perahu tradisional yang paling cantik. Dalam acara tu, perahu-perahu yg ikut bertanding dihias cantik dan diserikan dengan seorang Ratu Lepa :)

okey, dapat gambaran dah acara regata lepa-lepa?hehe okey, sekarang ni baru sahaja selesai acara penutupan regatta lepa-lepa 2011 di Semporna. eh, saya tak berada di sana pun tapi bapak saya yg bagitau kat facebook hikhikhik. okey, kat bawah ni antara gambar yg bapak tag kat facebook tapi sorilah kualiti gmbr tak berapa nk cantik coz mobile upload jekk..jom layannn !!!

Ewah-ewah..semangat sungguh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meng Igal dalam perahu atau lebih dikenali sebagai Lepa..hehe

Acara pertandingan regatta lepa-lepa 2011

Malam penutupan pesta Regatta Lepa ke-18 tahun 2011 

di padang pekan Semporna..majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian oleh penyanyi terkenal Zainal Abidin..

(tiba-tiba aku rasa rindu nk karang news haha)

Persembahan tarian Igal-igal oleh kumpulan  

Dayang Lepa diketuai Datin Seri Suriani..

Komen saya? 

sepatutnya acara ni patut diberi tumpuan juga di  televisyen..terutamanya semasa sesi perasmian atau penutupan..sebab ianya mempunyai keunikan tersendiri yg mampu meningkatkan industri pelancongan negara..yeahhhhh 1Malaysia hehe

*KATA HATI: 

tengah tengok AF9 ni..tak sebest musim-musim lepas..huhu sangat berbeza dari yg dulu-dulu..dulu pelajarnya bersungguh-sungguh persembahkan apa yg cikgu mereka telah ajar dan setiap minggu ada peningkatan..tapi musim kali ni..hampehhh sampai kena ada operasi gugur pulakk..pesal ramai ckp **** patut keluar?aku rasa yg patut keluar si **** tu..haha aku rasa Fyna atau  Fir Fever patut ganti si **** tu kahkahkah jgn marah !!

[terjah latest tutorial: cara buat tab menu drop down, disentuh cursor terus jatuh ke bawah]

Related Posts : adat kaum Bajau, juara AF9, regata lepa-lepa, semporna


kalau suka kliklah :) Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di kota marudu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


BLOG InfoSTI@MOSTI: PELANCONGAN <b>di KOTA MARUDU</b>

Posted: 01 Jun 2011 02:09 AM PDT

SERINSIM, KOTA MARUDU

Serinsim adalah sebuah kampung yang terletak di daerah Kota Marudu. Sub Stesen Serinsim pula terletak di kampung ini. Sub Stesen ini terletak di paras ketinggian 192meter di atas paras laut. Taman kinabalu. Sub Stesen Serinsim 38km daripada Kota Marudu terletak di antara dua sungai iaitu Sungai Serinsim dan sungai Kinarom. Vegetasi hutan terdiri daripada hutan sekunder tanah rendah kerana bekas terbakar akibat kemarau yang melanda negeri Sabah pada tahun 1997. Sebahagian kawasan Sub Stesen Serinsim pernah dibuka untuk tujuan pertanian oleh penduduk kampung Serinsim sebelum diwartakan sebagai kawasan Taman-Taman Sabah pada tahun 1992.

Taman-Taman Sabah telah menyediakan asrama dan tapak perkhemahan untuk kemudahan pelancong yang ingin menikmati keunikan semulajadi dan mengetahui sejarah Serinsim. Kebun Rusa serinsim telah diwujudkan sebagai satu strategi konservasi dengan pendekatan ex-situ, merupakan tambahan kepada tarikan semulajadi Sub stesen serinsim selain tarikan utamanya seperti Gunung Nombuyukong setinggi 1,475meter, Gua Kelawar, Air Terjun Misumpak, Makam Si-Gunting dan dua batang sungai (Sg.Serinsim dan Sg.Kinarom) yang sangat menarik kerana sesuai untuk beriadah dan bermandi manda.

Kemudahan lain yang baru diwujudkan untuk menampung keperluan  pelancong yang semakin bertambah adalah beberapa buah Chalet dan Restauran. Dengan adanya kemudahan seperti ini akan memudahkan pelancong untuk bermalam bagi menikmati keunikan semulajadi di Sub Stesen Serinsim. Selamat meninjau gambar-gambar suasana di Sub Stesen Serinsim.

Gambar sekitar kawasan Sub Stesen Serinsim


AIR TERJUN DI KOTA MARUDU

Terdapat banyak air terjun di daerah Kota Marudu. Disebabkan keadaan jarak yang jauh, jalan yang sukar dilalui, terdapat berpenunggu dan sebagainya menyebabkan tidak ramai mampu ke semua air terjun tersebut. Namun begitu, terdapat beberapa air terjun yang sering dikunjungi pengungjung dan selamat bagi penduduk di daerah Kota Marudu. 

1. Air Terjun Kinamawali

Terletak berhampiran Kg. Salimandut, Kg. Nolotan dan Kg. Batition, Kota Marudu, Sabah, Malaysia. Perjalanannya agak memenatkan, meredah hutan belantara, meranduk sungai, berjalan di atas bongkah batuan yang besar dan licin. Mengikut kepercayaan orang-orang kampung tempatan, kawasan air terjun ini adalah kawasan yang keras. Oleh itu, jaga kelakuan anda semasa berada disana.

2. Air Terjun Kampung Hatob

Terletak berhampiran Kg. Lotong, Kota Marudu Sabah. Tempat ini sering dikunjungi warga tempatan. Disamping dapat melihat air terjun, pengunjung juga dapat menikmati kehijauan hutan rimba disini. Apa yang menariknya lokasi air terjun ini ada kemudahan jalan raya yang baik. bagi anda yang mempunyai kenderaan boleh terus ke tempat ini. Selain itu, rumah tumpangan, tandas juga disediakan.

3. Air Terjun Sorinsim

Inilah air terjun yang paling terkenal di Kota Marudu. Promosi yang giat dijalankan oleh banyak pihak turut menyumbang kepada populariti air terjun ini di Sabah serta di seluruh dunia. Mungkin Air terjun ini terletak dalam area Stesen Kinabalu Park yang sesuai dijadikan tempat pelancongan.

Air Terjun Sorinsim terletak kira-kira 40km dari pekan Kota Marudu. Dan terlekat kira-kira 131km dari Kota Kinabalu. Airnya yang jernih dan persekitarannya yang tenang amat sesuai untuk aktiviti berkelah dan bercamping.



Selain daripada air terjun ini, terdapat juga beberapa lagi air terjun yang terkenal di daerah Kota Marudu iaitu :

  • Air Terjun Kg. Morion
  • Air Terjun Kg. Longob
  • Air Terjun Kg. Talas
  • Air Terjun Kg. Samparita
  • Air Terjun Kg. Kulimpasaan

4. Tasik Buyut

Tasik Buyut terletak dalam daerah Kota Marudu di utara negeri Sabah dan kini merupakan sebuah Pusat Penternakan Ikan Air Tawar dan di bawah seliaan Jabatan Perikanan Sabah, cawangan Kota Marudu. Kewujudannya seakan dilupakan dan hanya berdiri sebagai sebuah tasik untuk tujuan penyelidikan dan penternakan semata-mata.

Kewujudan Tasik Buyut dikaitkan dengan sikap segelintir manusia yang alpa dengan keseronokan dan kemewahan dunia lantas melaksanakan sesuatu perkara secara melampaui batas sehingga menyimpang dari landasan yang sepatutnya dilalui. Akhirnya ketelanjuran tersebut mengundang kutukan dari maha pencipta dengan menurunkan bala untuk menghapuskan manusia yang melampaui batas itu sambil memberi pengajaran kepada yang lain.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di kota belud - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


Kelapa Mawar: PEMILIHAN W 7 UMNO <b>KOTA BELUD</b> : SEJARAH TIDAK PERNAH <b>...</b>

Posted: 22 May 2011 07:39 PM PDT


Pemilihan wakil 7 UMNO Kota Belud yang telah berlangsung beberapa hari lepas tidak banyak mencatat sejarah demokrasi dalam parti itu. Isu yang diketengahkan oleh para calon masih ditakuk lama. Transformasi UMNO yang mengundang pemikiran kelas pertama, nyata tidak memberi kesan maksimum kepada minda para perwakilan yang mempunyai tugas berat memilih wakil 7 yang benar-benar berkarisma. Seperti yang dikatakan oleh Sdr Saibeh Hj Manshor dalam wall FCBnya bahawa ahali-ahli UMNO Kota Belud harus bermuhasabah menilai kembali tujuan mereka menyertai parti UMNO. Kerana kata beliau lagi pemilihan w 7 pada tahun ini masih mengekalkan prinsip lama, isu saudara, isu kawan dan kelik masih menjadi keutamaan para perwakilan.

Seorang AJK UMNO bahagian juga dalam laman FCBnya dengan terang dan tegas memperkatabahawa pemilihan W 7 kali ini masih dicemari olah politik wang. "rasuah' politik yang disalurkan kepada para perwakilan mencecah RM 20,RM 30 dan hingga RM 50. Seorang daripada perwakilan merakamkan gambar mengenai sampul surat berisi "kepala Raja" yang bertaburan di tandas lelaki dalam dewan Masyarakat Kota Belud dimana berlangsungnya pemilihan itu.

Itulah minda para perwakilan UMNO Kota Belud. Masih enggan menerima transformasi yang dilaungkan oleh Najib. Kegagalan menterjemahkan transformasi di peringkat akar umbi ini paling tidak akan menjerumuskan parti orang Melayu itu ke kancah kehancuran. Pemilihan wakil 7 dalam UMNO Kota Belud tidak dilihat sebagai satu pikulan tanggungjawab insan kepada masyarakat yang diwakilinya, sebaliknya menjadi satu "Pesta RM" dikalangan para perwakilan.

Kerana itu tidak heran jika, Kota Belud akan mengalami 'kemarau' pencarian pemimpin pelapis untuk dekad-dekad yang akan datang. "Ketandusan' para pemimpin inilah yang menjadikan Kota Belud masih menerima pemimpin luar walaupun daerah ini dikenali sebagai daerah pejuang.

Kelahiran UMNO Sabah yang menumpahkan darah akikahnya di Usukan tidak banyak diteladani oleh generasi pemimpin kel;as pertengahan di Kota Belud. Budaya songsang, patuh melulu dan juga mengharapkan habuan RM pada waktu pemilihan inilah yang mencacatkan kelahiran pemimpin pelapis yang diharapkan.

Keputusan pemilihan W 7 seperti yang dimumukan tidak banyak mengejutkan banyak pihak kerana wajah-wajah pemenang ini nyata lebih dikenali oleh para perwakilan. Bahkan boleh dilihat dan dibuat perhitungan, berapa kos melepas yang terpaksa dikorbankan oleh mereka. Nama-nama seperti sdr Tadzul Radim, Taip Sisai, Serin Hj. Sudah,Aziz Bilin, Arshad Bistari, Shamsudin Erang dan Ting Tong Fah adalah antara nama 'berulang' yang begitu menonjol ketika pemilihan w 7. Manakala nama-nama yang semakin ditolak oleh perwakilan adalah seperti sdr Musli Oli dan Selisih.

Kita mengharapkan agar budaya meletakkan pemimpin dan kepimpinan di tempat yang 'mulia' dapat diperaktikan oleh para perwakilan di masa-masa akan datang.Setidaknya 'roh' UMNO dan semangat juang USNO yang masih 'merah' di Kota Belud akan dapat disuburkan kembali.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


SAPP persoal kredibiliti Felda | Free Malaysia Today

Posted: 07 Jun 2011 08:08 PM PDT

Penolong Setiausaha Agung SAPP berkata, kredibiliti Felda terjejas kerana projek penempatan masyarakat yang telah dijanjikan di Lahad Datu tidak siap sepenuhnya.

KOTA KINABALU: Parti Maju Sabah (SAPP) mempersoal kredibiliti Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (Felda) membawa pembangunan serta kemakmuran kepada rakyat Sabah ekoran masalah projek milik agensi itu yang tidak siap sepenuhnya.

Penolong Setiausaha Agung SAPP Suaib Mutalib berkata, kredibiliti Felda terjejas kerana projek penempatan masyarakat yang telah dijanjikan di Lahad Datu tidak siap sepenuhnya malah membazir wang sahaja.

"Pada tahun 2006 Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri telah melancarkan projek penempatan masyarakat milik Felda bernilai RM50 juta di Lahad Datu.

"Najib berjanji bahawa sebanyak 350 unit rumah lengkap dengan segala kemudahan akan dibina, tetapi sehingga ke hari ini hanya 12 buah rumah sahaja yang telah disiapkan.

"Lebih teruk lagi kesemua rumah itu tidak dilengkapi dengan kemudahan asas seperti air dan letrik, manakala jalan raya pula tidak sempurna," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Suaib mengulas kenyataan Pengerusi Felda Mohd Isa Samad baru-baru ini bahawa Felda telah melancarkan projek pembaikan perumahan miskin bernilai RM20 juta dengan membina sebanyak 150 unit rumah di Tungku, Lahad Datu.

Isa dilaporkan sebagai berkata bahawa projek itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat Felda yang akan memulangkan semula sebanyak 30 peratus keuntungan kepada rakyat dalam usaha membantu kerajaan Sabah membasmi kemiskinan.

Suaib berkata, beliau tidak mempersoalkan usaha Felda membantu kerajaan Sabah tetapi hanya ingin tahu bagaimana kesudahan projek di Sabah Baru itu yang bernilai RM50 juta.

"Jika dikira secara kasar saya dapati 12 buah rumah yang telah siapitu walaupun tanpa kemudahan asas bernilai lebih RM4 juta se unit.

"Persoalan sekarang ialah adakah masuk akal se unit rumah kos rendah boleh menelan kos lebih RM4 juta?," soal Suaib.

Suaib seterusnya ingin bertanya samada projek perumahan di Lahad Datu itu akan disiapkan atau dibiarkan begitu sahaja.

Katanya, jika projek di Lahad Datu itu tidak dapat disempurnakan besar kemungkinan projek lain di mana-mana sahaja kawasan di negeri ini juga akan menerima nasib yang sama.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di sipitang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sipitang - Google Blog Search


SEPETANG <b>DI SIPITANG</b> « Blog Ittewww

Posted: 03 Jun 2011 09:04 AM PDT

Sipitang, Sabah

JALAN-JALAN DI BAWAH BAYU: DAY THREE.

Semalam pagi (Jumaat), pas sarapan di hotel, haku terus ke Keningau. Nak jumpe anak sedara yg punye anak sembilan.

Kelmarin pakcik punye cikBibah sudah bgtau. Ada 3 cara nak ke Keningau dari KK bah. Cara biasa, ikut bandar Tambunan (3 jam). Cara kedua, ikut pekan Kimanis (2 jam), tapi jalan amat curam dan tak sesowai utk kenderaan kecik spt cikBibah. Cara jalan sedap, ikut Sipitang yg amek masa dua kali ganda (6 jam).

Jadi, smlm haku sudah ikut Tambunan masa pergi. Masa balik pulak, haku ikut Tenom ke Sipitang ke Beaufort di malam yg gelap gulita. Hajat hati nak ke Kuala Penyu tak kesampaian sebab kesuntukan masa nak amek gambo sunset. Pemandangan sunset di pekan Sipitang pun tak kurang hebatnye.

Tengah penat nih. Letak gambo mensate di Sipitang dulu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di beluran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di beluran - Google Blog Search


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

321 Pelajar Sekolah <b>Di Beluran</b> Terima Notebook 1Malaysia

Posted: 26 May 2011 04:02 AM PDT

Rakyat Didahulukan | Rakyat Didahulukan
Written by Raja on Thursday, 26 May 2011 19:02   

BELURAN - Seramai 321 pelajar dari dua sekolah menengah di sini pada Khamis, menerima Notebook 1Malaysia daripada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Mereka terdiri daripada 110 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Sapi dan 211 dari SMK Telupid.

Timbalan Pengarah SKMM cawangan Sandakan Aaron Tan berkata pengagihan hari ini adalah untuk fasa kedua bagi kawasan parlimen Beluran.

Sebelum ini sebanyak 1,500 unit telah diagihkan dalam fasa pertama, katanya kepada Bernama.

Beliau berkata sejumlah 49,832 unit notebook 1Malaysia akan diagihkan untuk fasa kedua bagi seluruh Sabah.

"Pengagihan Notebook 1Malaysia untuk fasa ketiga akan dilakukan tidak lama lagi bagi mencapai sasaran tiada lagi anak Sabah akan ketinggalan zaman Teknologi Maklumat (IT) dan menjadi pakar IT pada masa depan," katanya.

Terdahulu semasa berucap pada majlis itu, Tan menasihatkan pelajar terbabit memanfaatkan sebaiknya komputer berkenaan selain mematuhi tatacara penggunaan internet agar tidak melanggar undang-undang seperti Akta Komunikasi dan Multimedia.

- BERNAMA

10 di penampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


Hadir <b>di</b> Sambutan Kaamatan KEADILAN Cabang <b>Penampang</b> - Apa Kata YB

Posted: 27 May 2011 08:35 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Hadir di Sambutan Kaamatan KEADILAN Cabang Penampang, Sabah {http://www.niknazmi.com/wordpress/}. Posted by | Posted on 28-05-2011. Category : Nik Nazmi. Tags: Cabang, Hadir, Kaamatan, Keadilan, Penampang, ...
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved