ads

Jumaat, 28 Februari 2014

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di semporna</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Feb 2014 11:48 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Mawardi Yunus: Menarik <b>Di Semporna</b> | Tip Mengunjung Daerah <b>...</b>

Posted: 08 Feb 2014 03:13 AM PST

Menarik Di Semporna | Tip Mengunjung Daerah Semporna Sabah | Perjalanan dari Tawau ke Semporna memakan masa lebih kurang 60 minit dengan menaiki Nissan Navara [klik]amacam *laju kan Sepanjang perjalanan kami hanya bertemankan ladang-ladang sawit di kiri dan kanan jalan.

Untuk info tambahan khas untuk korang, terdapat kaum Cocos yang mendiami satu kawasan di pertengahan Tawau Semporna. Asal usul keturunan ini adalah pendatang dari Australia yang di bawa oleh British semasa zaman penjajah dulu-dulu. Dan yang paling penting anak gadis kaum ini memang putih-putih dan lawa-lawa. *eh macamana MY tahu nie? ha ha google la apa lagi kan.


Daerah Semporna ni merupakan daerah yang sibuk menerima kedatangan pelancong setiap hari. Sebab utamanya adalah kerana kejernihan air laut yang tiada bandingannya. Oleh sebab itu, banyak aktiviti dapat dilaksanakan seperti menyelam, 'snorkeling', berenang, memancing dan sebagainya. Pengunjung boleh menikmati keindahan laut dan menyelam di pulau-pulau seperti Sipadan, Mabul, Kapalai, Mataking dan Sibuan [klik].
Sini ada beberapa tips kalau nak ke Semporna.
MASA TERBAIK UNTUK MELANCONG :
Pengunjung boleh melawat Semporna sepanjang tahun. Jika anda bercadang ke Pulau Sipadan untuk menyelam, masa terbaik untuk lawatan anda adalah sekitar April hingga Jun. Ini kerana pada bulan-bulan ini jarak penglihatan menyelam adalah sekitar 30m hingga 50m berbanding bulan-bulan lain hanya sekitar 20m sahaja. Dari bulan May hingga Ogos, anda mungkin bertuah untuk melihat sendiri penyu-penyu bertelor disepanjang pulau-pulau. Pada pertengahan April setiap tahun, daerah ini menyambut 'Perayaan Pesta Air' Regatta Lepa [klik].
Bahasa Melayu Malaysia ditutur oleh penduduk tempatan dalam dialek 'baku-sabah'. Selain itu terdapat juga Bahasa Bajau dan Bahasa Suluk turut dipertuturkan oleh suku-suku kaum disini. Bahasa Inggeris selaku bahasa kedua Malaysia boleh digunapakai di Semporna dan difahami dengan meluas. Lebih 95% penduduk tempatan Semporna beragama Islam.
Panas & lembab khatulistiwa sepanjang tahun antara 21ºC (70ºF) ke 32ºC (90ºF). Kelembapan adalah tinggi (85-95%). Musim tengkujuh bermula dari November hingga Februari. Disebabkan oleh cuacanya yang panas anda dinasihatkan mengunakan 'sunblock' sewaktu berada di laut atau pulau-pulau.
Pakaian kasual. Tiada masalah jika anda menggunakan seluar pendek dan tshirt. Sebaiknya anda menggunakan pakaian berasaskan kain kapas atau yang mudah menyerap peluh. Gunakan pakaian yang sesuai untuk berenang, snorking dan menyelam.
NILAI WANG DAN KAD KREDIT : 
Semua transaksi menggunakan 'RM' (Ringgit Malaysia). RM 1.00 bersamaan 100 sen. Nilai pertukaran semasa Ringgit ke US Dollar adalah dalam anggaran USD1=RM3.20. Pertukaran wang asing boleh dibuat di lapangan terbang Tawau atau di bank-bank komersil di Semporna. Ada 2 bank di Semporna iaitu Bank Simpanan Nasional dan Maybank. Kedua-duanya dilengkapi dengan kemudahan ATM. Mesin CDM (Cash Deposit Machine) hanya terdapat di Maybank. Tiada bank atau mesin ATM di pulau-pulau. Visa dan Mastercard boleh digunapakai di Semporna.
Kesemua hotel/resort mempunyai kemudahan telefon dan faks (termasuk kemudahan IDD (International Direct Dial). Kod Akses untuk membuat panggilan antarabangsa dari Malaysia ialah 00. Untuk maklumat tambahan, sila dail 103. Operator Telekomunikasi Selular (TELCO) seperti talian Digi, Maxis dan Celcom menyediakan akses yang baik dengan kemudahan 3G dan 'Mobile Broadband'. Kebanyakkan hotel/resort mempunyai akses internetnya tersendiri. Kemudahan WiFi dan CyberCafe boleh didapati dengan mudah. Kelajuan internet mencapai 'broadband' dengan minimum 384kbps.

Perhiasan peribadi berasaskan mutiara dan kristal amat popular sekali dikalangan pelancong. Item seperti butang baju melayu, keronsang, cincin, gelang dan rantai mutiara mudah didapati di kedai-kedai di kawasan pekan, restoran dan hotel. Selain itu baju 'T', rantai kunci, poskad dan cenderamata lain berasaskan 'Sipadan' dan 'Semporna' juga ada di jual. 
Cenderamata 'khas' Semporna adalah replika bot 'Lepa' yang diperbuat daripada kayu, 'barung', parang dan 'pedang samurai' hasil pertukangan penduduk tempatan. Namun jika anda berhajat untuk mendapatkan barangan 'senjata' ini, anda perlu berhati-hati untuk membawanya ke dalam pesawat. Pelancong dinasihatkan agar berwaspada dengan penjualan cenderamata 'jalanan' dan gunakan kebijaksanaan anda untuk proses tawar-menawar.
Bagaimana Untuk Ke Semporna.
1. Penerbangan Harian / Daily Flights
MAS/ AIRASIA - from Kota Kinabalu to Tawau
Fares: *check with the nearest travel agents 
AIRASIA - from Kuala Lumpur to Tawau
Duration: 2 Hours and 45 mins
2. Bas Ekspress / Express Bus
From Kota Kinabalu to Semporna
Fares: RM58 Duration: 9 hours
Fares: RM80 - RM100 Duration: 1hr 45mins
Fares: RM12 - RM20 Duration: 1hr 45mins
Untuk info yang lebih lengkap korang leh layari website sabah.gov.my [klik]


p/s: cenderamata di semporna lebih murah dari di Tawau. Jadi, disini adalah tempat yang paling sesuai untuk borong dan beli cenderamata untuk yang tersayang.




06/02/2014: 46.27 juta ringgit diperuntukkan bagi pelaksanaan <b>...</b>

Posted: 05 Feb 2014 04:49 PM PST

Kerajaan memperuntukkan 46.27 juta ringgit bagi melaksanakan projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di sekitar Kampung Lihak-Lihak, Semporna.
Pengurus Besar Pembahagian Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Ahmad Sazree Abd Aziz berkata, projek itu mula dilaksanakan Februari tahun lepas dan dijangka siap penghujung Mei depan.
Apabila siap, projek itu memberi manfaat kepada 395 buah rumah.
Beliau berkata demikian selepas melawat tapak projek berkenaan di Semporna.
Menurut Ahmad Sazree, dengan adanya sambungan sistem itu, maka penduduk di sekitar berkenaan akan menikmati bekalan elektrik 24 jam sehari.
Sebelum ini, hanya sebahagian kawasan yang mendapat bekalan elektrik daripada Stesen Janakuasa Luar Bandar yang dikendalikan SESB.
Juliana (Juliana/Bernama)

10 di kudat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


Pengalaman <b>di</b> Sabah - <b>Kudat</b>, tempat menarik <b>...</b> - memmetlenggeng

Posted: 11 Jan 2014 10:02 AM PST

Entry ini adalah entry tertangguh yang bersambung dari sini

Selepas balik dari Keningau, program kami menuju ke Kudat pula. Kudat adalah daerah paling hujung di utara Borneo. Jarak perjalanan dari KK mengambil masa kira-kira 2 jam lebih paling cepat. Walau pun jaraknya dari KK tidak jauh sangat, tetapi masa yang diambil sedikit lama kerana struktur jalannya masih banyak perlu diperbaiki. Terdapat juga penerbangan dari KK ke sini menggunakan pesawat Twin Otter. Kalau anda masih ingat, baru-baru ini, ada kejadian pesawat twin otter terhempas mengorbankan dua nyawa di Kudat. Saya fikir, salah satu sebabnya ialah, kedudukan Kudat yang terletak di open sea, jadi angin memang kuat, menyebabkan pesawat ringan selalu tidak stabil ketika membuat pendaratan, kena pula masa musim ribut. Sebelum pergi, salah seorang pegawai mengesyorkan kami menaiki pesawat itu ke sana untuk menjimatkan masa, tapi semua pakat tidak setuju, termasuklah saya. Ha ha. Padahal, kalau mati, tak naik pesawat pun boleh mati juga. Lagipun kalau menaiki pesawat, tak dapatlah nak melawat dengan baik daerah Kudat itu nanti.

 Oklah, panjang pula bebelnya.

Perjalanan ke Kudat

Perjalanan ke Kudat akan melalui Tuaran dahulu, daerah yang popular dengan kuda. Dari Tuaran, terus menuju ke Kota Belud, sama seperti nak menuju Kundasang, tapi teruskan perjalanan sehingga bertemu satu simpang yang mana, kanan untuk ke Kota Marudu dan kiri untuk ke Kudat. Sepanjang perjalanan di Kota Belud tadi boleh nampak pemandangan Gunung Kinabalu yang masyur. Hati meronta nak ke sana, tapi entahkan bila baru dapat menjejakkan kaki. Sepanjang jalan ada banyak sawah padi bukit. Padi bukit tidak memerlukan air yang banyak ketika di tanam. Bukan mudah nak jumpa padi bukit di semenanjung. Sayang sekali kami tidak sempat singgah berhenti untuk ambil gambar padi bukit itu.






Dalam perjalanan ini akan bertemu satu kawasan gerai unik yang menjual barang makanan secara disangkut-sangkut pada tali. Antara makanan yang banyak dijual ialah keropok dan kekacang, terutama kacang tanah. Nama tempat ini saya tidak pasti, tapi nama papan tanda sebuah jalan di sana ialah jalan langkon



Kemudian bila sudah hampir sampai ke Kudat terdapat lagi satu gerai-gerai tepi jalan yang mejual banyak barangan tradisional etnik Sabah dan juga hasilan produk pertanian. Saya ingin juga nak menyinggah, tapi sayang kami kesuntukan masa kerana perlu melawat dua tapak projek.


Bandar Kudat

Bandar Kudat, walaupun kecil, tetapi ia turut mengalami kemajuan sama dengan lain-lain tempat di Malaysia. Ia memiliki segala kemudahan disini, termasuk landasan kapal terbang kecil. Anda boleh juga datang dengan pengangkutan awam seperti teksi dan bas. Kedudukan Kudat adalah diantara laut China Selatan dan Laut Sulu. Itu yang memberi keistimewaannya di Simpang Mengayau atau Tips of Borneo.







Tempat membuat Gong

Dalam perjalanan ini anda akan bertemu dengan satu daerah atau pekan yang dipanggil Matunggong. Disinilah kawasannya pembuatan gong dilakukan. Terdapat banyak rumah yang mengusahakan pembuatan gong. Ada juga gong yang dijual sebagai cenderamata. Gong Sabah tidak jauh beza rupanya dengan cak lempong dari negeri sembilan. Tapi ia menghasilkan bunyi yang berbeza. Agak merdu juga.




Sungguh penerbit filem dan drama di malaysia tidak ada passion dalam kerjaya mereka. Ini kerana, Sabah adalah sebuah negeri yang sangat menarik, mempunyai sumber-sumber klasik yang sesuai untuk didramakan. Hanya perlukan naskah skrip yang menarik dan pengarah yang profesional untuk mendapatkan sebuah drama yang setanding dengan negara korea dan lain-lain. Apalah malangnya nasib negara ini, sumber ada, tapi jati diri pupus. Semua sibuk buat cerita yang meloyakan.

Sori, tersasar pula. Dalam kawasan perkampungan ini juga terdapat sebuah gong gergasi yang bersaiz lebih 20 kaki persegi! Ia terletak ke dalam lagi kawasan perkampungan. Tetapi tidaklah jauh sangat, boleh saja berjalan kaki. Cuma banyak anjing. Kalau anda jenis penakut anjing, saya tidak nasihatkan berjalan kaki.

Kena bayar juga untuk masuk ke dalam kawasan gong ini. Kata pemandu kami, dulu tidak dikenakan bayaran masuk. Apapun alang-alang sudah sampai, saya bayar saja. Sudah lupa pula berapa harganya. Maaf ye, tapi tidak lebih RM 10.




Lain-lain Tempat-tempat menarik sepanjang perjalanan :

Sebenarnya tidak semua tempat saya singgah dalam perjalanan itu. Ada yang saya hanya lalu sahaja. Apapun dari beberapa blog, saya dapati banyak juga tempat menarik dalam perjalanan di Kudat ini. Tidak termasuk tentang Simpang Mengayau, kerana, saya akan buat entry yang lebih spesifik tentang tempat itu. Antara blog yang ada menceritakan tempat menarik lain di Kudat (selain Simpang Mengayau), boleh rujuk di sini :

http://chelzlensaphotography.blogspot.com/2011/12/aku-di-kudat-sabah.html
http://budgetciputtraveller.blogspot.com/2012/10/sabah-day-1-kota-kinabalu-international.html
http://www.sabah.gov.my/lbk/index.php?option=com_content&view=article&id=80&Itemid=478

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


ESSCOM laksana bancian <b>di Sandakan</b> 15-17 Februari <b>...</b>

Posted: 22 Jan 2014 01:35 PM PST

Bancian untuk kaji jumlah rumah, penduduk, demografi

SANDAKAN: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) akan melaksanakan operasi bancian di empat perkampungan air di sini selama tiga hari bermula 15 Feb depan.

Ketua Pengarahnya Datuk Mohammad Mentek berkata empat perkampungan tersebut adalah Mangkalinau, Cahaya Baru, Muhibbah dan Forest.

Katanya bancian dilakukan bagi mengetahui jumlah rumah, penduduk, keluarga, demografi penduduk warga-negara dan bukan warga-     negara dengan mengenal pasti jenis dokumen yang dipegang mereka.

"Operasi bancian ini dilaksanakan tidak melibatkan penguatkuasaan dan tangkapan biarpun sedang berjalan Operasi Bersepadu pada masa sekarang.

"Anggota polis dan tentera yang menyertai operasi bancian ini bertujuan memasti-kan keadaan keselamatan terkawal khususnya keselamatan pembanci," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Bersama Pemimpin Masya-rakat perkampungan terlibat, di sini semalam.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Sekong Au Kam Wah, Pengarah Bahagian Perisikan Pertahanan Mej Jen Datuk Mohd Noor Osman dan Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan dan Awam Rahim Isyak.

Mohammad berkata dianggarkan sebanyak 160 pembanci terdiri daripada penduduk tempatan Sandakan akan terlibat dalam operasi bancian berkenaan agar dapat memudahkan komunikasi dengan penduduk di perkampungan air itu.

Menurutnya berdasarkan statistik bancian Majlis Perbandaran Sandakan di empat perkampungan air tersebut terdapat 3,164 rumah dan daripada jumlah itu 1,688 diduduki warganegara dan 1,476 diduduki bukan warganegara yang memiliki dokumen.

Katanya jumlah penduduk adalah seramai 12,501 orang dan pada masa sekarang jumlah itu dipercayai bertambah antara 20 dan 30 peratus.

Beliau turut menasihatkan penduduk di empat perkampungan air berkenaan agar  menyediakan dokumen mereka ketika proses bancian dilakukan.

Mohammad berkata kaedah operasi bancian akan ditambah baik selepas operasi pertama dilakukan di Kampung Simunul, Semporna.

Katanya Sandakan merupakan satu daripada tiga daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang dipilih sebagai projek perintis program itu selepas Semporna dan Lahad Datu.

Beliau berkata hasil maklumat bancian itu akan membantu pihaknya dan kerajaan merancang program penem-patan semula penduduk dengan lebih baik.

Kawasan ESSZONE me-rangkumi 10 daerah iaitu Kudat, Kota Merudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

ESSCOM ditubuhkan bagi menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri ini susulan pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di Kampung Tanduo pada Februari tahun lepas. — Bernama

10 di papar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


SPNB BINA RUMAH MAMPU MILIK <b>DI PAPAR</b> | SPNB

Posted: 09 Nov 2013 08:56 AM PST

media_press_logo

SPNB BINA RUMAH MAMPU MILIK DI PAPAR
Oleh: Y.Bhg. Prof. Dato' Dr. Sr. Kamarul Rashdan Salleh, Pengarah Urusan

Papar, Sabah 19 Jun – Bersempena dengan Program Motivasi, Anugerah Pelajar Cemerlang anjuran Ahli Parlimen Papar dengan kerjasama Yayasan Pelajaran MARA dan SPNB, telah turut diadakan Penyerahan Surat Tawaran dan Kunci Rumah Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) dan juga pameran hartanah SPNB.

Majlis yang berlangsung di Dewan Dato Salleh Sulong, Papar dirasmikan oleh Y.B. Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin; Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Papar dan juga Ketua Puteri UMNO Malaysia. Ianya juga dihadiri oleh Y.Bhg. Dato' Shamshul Baharain Sulaiman selaku Ketua Jabatan Pengurusan Sumber Manusia SPNB.

Di Sabah, SPNB sedang membina 10,991 unit rumah di bawah Program Rumah Mampu Milik (RMM) bagi sembilan (9) projek yang merangkumi Taman Apas Permai di Tawau, Taman Cenderawasih di Kunak, Pangsapuri Darau Angkasa di Kota Kinabalu, Bandar Seri Gemilang di Lahad Datu, Pangsapuri Putatan Platinum serta Pangsapuri Vista Minitod di Penampang, Taman Permata serta Vista Leila Idaman di Sandakan dan juga Taman Saujana Kinabalu di Ranau. Selain itu, sejumlah 1,998 unit rumah berjaya disiapkan melibatkan lima (5) buah projek di Sabah.

Program RMR adalah program yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang berhadapan dengan kesukaran membuat pinjaman dengan institusi perbankan untuk memiliki rumah yang selesa berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Program ini telah mendapat maklumbalas yang memberansangkan di seluruh negara dimana sejumlah 44,199 permohonan telahpun diterima. Manakala pemohon yang berjaya hanya perlu membayar RM150 sebulan tanpa dikenakan sebarang faedah berdasarkan konsep Al-Qardhul Hassan.

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) adalah milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF. Inc.) yang komited menyediakan rumah berkualiti yang mampu dimiliki untuk rakyat Malaysia melalui pelaksanaan program perumahan seperti Rumah Mampu Milik (RMM), Rumah Mesra Rakyat (RMR) dan juga Program Pemulihan Perumahan Terbengkalai (PPT).

Di seluruh Negara, bagi Program RMM, sejumlah 14,740 unit rumah telah berjaya disiapkan dan sebanyak 21,355 unit masih ditahap pembinaan. Manakala, bagi Program RMR sebanyak 15,385 telah berjaya diserahkan.

Di Sabah, sebanyak 645 unit rumah RMR telah diluluskan dan 372 unit rumah telah diserahkan. Sementara itu, SPNB telah berjaya menyiapkan 82 buah projek yang melibatkan 24,856 unit rumah yang terbengkalai di bawah Program PPT di seluruh negara seperti yang diarahkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kos pembangunan sebanyak RM557 juta.

SPNB berusaha keras demi membantu rakyat bagi memenuhi tuntutan keperluan hidup yang semakin tinggi. Dengan wujudnya Skim Rumah Pertamaku (SRP), SPNB turut bertindak sebagai one stop centre untuk membantu rakyat memiliki rumah SPNB di bawah Skim tersebut.

122 PATI ditahan dalam Ops Tanduk <b>di Papar</b> - Kosmo

Posted: 15 Feb 2014 06:28 AM PST

122 PATI ditahan dalam Ops Tanduk di Papar

122 PATI ditahan dalam Ops Tanduk di Papar

15/02/2014 2:51pm

KOTA KINABALU - Seramai 122 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan di daerah Papar dekat sini menerusi Ops Tanduk Bersepadu selama dua hari bermula 13 Februari lalu.

Pengarah Pasukan Petugas Khas Persekutuan (PPKP) Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Datuk Suhaimi Mohd Salleh berkata, antara lokasi operasi termasuklah di kawasan-kawasa setinggan, tapak pembinaan dan premis perniagaan.

"Kita telah membuat pemeriksaan ke atas 205 individu dan 122 daripadanya ditahan atas beberapa kesalahan termasuk tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, 101 individu yang ditahan merupakan warga Filipina, 19 warga Indonesia manakala tiga merupakan warga India. - KOSMO!

Rabu, 19 Februari 2014

10 di sipitang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sipitang - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di sipitang</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Jan 2014 01:25 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di sipitang</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Jan 2014 01:36 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di sipitang</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Jan 2014 01:25 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di sipitang</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Dec 2013 01:02 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di sipitang</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Aug 2013 01:05 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

SADIS : [18SG] Keadaan Mangsa Samun <b>Di Sipitang</b>, Sabah (2 <b>...</b>

Posted: 12 Jun 2013 12:00 AM PDT

Mangsa Samun di Sipitang, Sabah. Kejamnya penyamun itu. Sesungguhnya penyamun / pencuri wajar dihukum dengan hukuman yang berat.

Mangsa, Laud Adau, 68, Suku Kedayan, dari Kampung Kesusuk Sapok, Pelakat Sipitang.
1. Kronologi kes: menurut mangsa ketika kejadian dia sedang tidur seorang diri di rumah kebun di Kg. Susuk Sapok Sipitang tiba-tiba didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali terus menetak mangsa menggunakan tombak sabit sebanyak 2 kali di bahagian leher dan tengkuk. Masa kejadian gelap dan mangsa tidak nampak suspek. Suspek hanya syak suspek terlibat berbangsa bugis dan merupakan pekerja kebun sawit berdasarkan kepada senjata yg digunakan. Suspek telah berjaya melarikan dompet milik mangsa berisi wang tunai RM1K. Masa kejadian dipercayai pada 12/06/2013 lebih kurang jam 11 malam.
2. Lebih kurang jam 8 pagi, KADIR BIN AISHA yg lalu dikawasan rumah mangsa untuk menebas telah terdengar bunyi berdengus seperti orang meminta tolong daripada rumah mangsa. Penama datang meninjau dan mendapati mangsa telah terbaring di beranda rumah dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah. Penama kemudian terus membawa mangsa ke hospital Sipitang.
3. Suspek disyaki seorang lelaki bangsa Bugis dipercayai pekerja ladang sawit berdasarkan senjata yang digunakan.
4. Kedaan mangsa sekarang menurut doktor adalah stabil dan mangsa akan dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth kota kinabalu untuk rawatan lanjut.

Jika anda suka artikel ini, jangan lupa sertakan kami dengan copy salah satu link di bawah ^_^

Kopi link post yang comel ini ^_^

Kalau nak dalam bentuk HTML, kopi saya lak ^_^

10 di penampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di penampang</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Jan 2014 01:56 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di penampang</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Dec 2013 01:49 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di penampang</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Dec 2013 01:41 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

31 warga asing diserbu <b>di</b> kawasan setinggan <b>Penampang</b> <b>...</b>

Posted: 16 Oct 2013 03:11 PM PDT

by I.Sab Khan Mukarab Shah, utusanborneokk@gmail.com. Posted on October 17, 2013, Thursday

RATAN menunjukkan pedang samurai yang dirampas bersama barangan lain yang dipercayai dicuri dalam serbuan di sebuah kawasan setinggan berhampiran Taman Indah Bundusan.

PENAMPANG: Dua lelaki dipercayai penagih dadah adalah antara 31 orang yang ditangkap pihak berkuasa dalam Ops Cantas di kawasan setinggan Taman Indah, Bundusan, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Ratan Kumar Singh, berkata operasi yang dijalankan selama dua jam itu menyaksikan 15 rumah setinggan diserbu pihak polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Bahagian Narkotik, Rela dan Jabatan Pertahanan Awam Negeri Sabah (JPAM).

"Dua lelaki berumur lingkungan 30an ditahan selepas polis menemui beberapa paket plastik mengandungi bahan putih dipercayai syabu dalam milikan mereka," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Ratan berkata pihak polis turut merampas pelbagai barangan seperti komputer riba, jam tangan, perhiasan dan kamera yang dipercayai barangan curi.

"Polis juga menemui beberapa bilah parang dan pedang samurai ketika serbuan," katanya.

Singh berkata seramai 31 pendatang tanpa izin (PTI) itu telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Penampang untuk siasatan lanjut.

"Antara mereka yang ditahan adalah tiga lelaki, tujuh wanita, 17 kanak-kanak dan dua bayi," katanya.

Beliau berkata operasi berkenaan akan terus dijalankan dari masa ke semasa dan turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang tampil memberikan maklumat kepada pihak berkuasa.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

kajian ku di Muzium sabah <b>di penampang</b> | coretanfirash - Busuk.org

Posted: 05 Feb 2014 04:36 PM PST

Laman Ping.Busuk dibangunkan dan diaturcara oleh pengaturcara kami tersendiri. Sebarang kesulitan, diharap anda dapat menghubungi kami melalui email busuk.org[at]gmail ataupun melalui laman fb kami.

Online user : 2,976
Widget Aktif : 3,552
Banner Aktif : 4,950

Domain Dibenarkan: 8,502
Jumlah Artikel : 509,199

Selasa, 18 Februari 2014

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :- di sandakan - Google Blog Search

10 di sandakan - Google Blog Search


Lelaki Maut Kereta Langgar Pokok <b>Di Sandakan</b> - myNewshub

Posted: 14 Feb 2014 11:59 PM PST


SANDAKAN – Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar sebatang pokok di Kilometer 9 Jalan Utara dekat sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong berkata dalam kejadian kira-kira 3.20 pagi itu, mangsa Muhd Hanif Rahban, 25, sedang memandu dari Bandar Sandakan.

Katanya mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu dikeluarkan anggota bomba dan dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan.

Mangsa meninggal dunia di hospital pada pukul 12.45 tengah hari akibat kecederaan parah di seluruh anggota badan, katanya di sini hari ini.

Saksi kejadian diminta membantu siasatan polis dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Zabir Aripin di talian 089212222 sambungan 254. – BERNAMA

Anda mungkin juga meminati:

Lelaki Maut Kereta Langgar Pokok Di Sandakanhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Maut-Kemalangan.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Maut-Kemalangan-150x150.jpgMyNewsHub Terkini

SANDAKAN - Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar sebatang pokok di Kilometer 9 Jalan Utara dekat sini, awal pagi semalam. Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong berkata dalam kejadian kira-kira 3.20 pagi itu, mangsa Muhd Hanif Rahban, 25, sedang memandu dari Bandar...

SANDAKAN - Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar sebatang pokok di Kilometer 9 Jalan Utara dekat sini, awal pagi semalam. Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong berkata dalam kejadian kira-kira 3.20 pagi itu, mangsa Muhd Hanif Rahban, 25, sedang memandu dari Bandar Sandakan. Katanya mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu dikeluarkan anggota bomba dan dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan. Mangsa meninggal dunia di hospital pada pukul 12.45 tengah hari akibat kecederaan parah di seluruh anggota badan, katanya di sini hari ini. Saksi kejadian diminta membantu siasatan polis dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Zabir Aripin di talian 089212222 sambungan 254. - BERNAMA

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved