ads

Selasa, 11 Oktober 2011

10 di tuaran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


Reynaldo Raymond Pagi “Fan Club” | TuaranBlog.com

Posted: 19 Sep 2011 07:43 AM PDT

'Reynaldo-Raymond-Pagi-FAN-CLUB' , i suggest you visit the Page!! :D -

If you still curious who is Rey, than you should go to his fanPage club and click the 'Like' button, lot's of interesting things with this guy, i really appreciated in every things he done for the town, he help us to raise and shine just like he sang that song in early 2007 (You Raise me up!), anyway this gaman is fully loaded! :D ya know what i mean.. He just RAWKS!!!

The ACHIEVEMENT of Rey (Juara Bintang RTM 2007)

1.Pada malam 1 Julai 2007, Juara Suara Emas Bintang RTM telah dimiliki oleh Reynaldo Raymond Pagi atau Rey. Di samping menjuarai acara berprestij ini, Rey, 21, turut diundi (sms) sebagai Bintang Paling Popular. Dia yang lahir di Tuaran, Sabah, telah membawa dua buah lagu

iaitu Mata Hati Jiwa (nyanyian Awie) dan You Raise Up (nyanyian Josh Groban) pada peringkat akhir acara tersebut.Dengan dua kejayaan meraih hadiah utama Rey menerima wang tunai RM13, 000 untuk Juara Suara Emas Bintang RTM dan RM3,000 untuk Bintang Paling Popular.

2.Sabahan shines at Asean song fesT

HO CHI MINH CITY, (Vietnam): Tuaran-born Reynaldo Raymond Pagie@ Rey, 22, made Sabah proud when he won the gold in the folk song category of the Asean Golden Melodies Festival 2008, on Sunday.

Rey, 22, received US$1,500 (RM5,325), a trophy and a handphone at the Hao Binh Theatre, here.

His winning song was Temasya Desa Gernalai. He also took part in the contemporary pop category and belted the number, One Thousand Million Smiles.

The Festival which started on Oct. 14 saw participants from Laos, Myanmar, Indonesia, Brunei, Vietnam, the Philippines and Thailand taking part.

Article was copied in "Rey Fan Page", if you dont want this kind of info's getting around with TuaranBlog please do not hestitate to kill me asap .. Hahha.. Anyway it's such a great info's..

[Support Tuaran, Support Borneoclub, Support our Blog in TuaranBlog.com]

Hi im eshanne, currently working as a [Web & Graphic Designer]..
Location "Kuala Lumpur".

If you need any help about Logo Design/Web Design please do not hesitate to contact me im always available for the JOB!

Originally posted 2010-11-19 07:14:32.

Full content generated by Get Full RSS.

10 di ranau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


FaiZ PuNyeR bLoG: jalan2 <b>di</b> Kundasang, <b>Ranau</b>

Posted: 09 Oct 2011 10:13 AM PDT

kat bawah ni aku masukkan gambar2 masa pergi kundasang,ranau, sabah raya ari tu. kiranya benda lama yg aku beru ada idea nak tulis.

ini gambar masa kat ranau n kk. dari sampai ranau sampai masa nak fly balik.

ini anak2 sedara aku. dah besar panjang kedua2nya. yg kecik tu yg bongsu baya fauzan darjah 1.

ini kita org posing berlatar belakangkan gunung kinabalu. cantikkkkk tul tgk dari jauh. cuaca kat sini bestttt jerrr sbb sejukkkk n nyaman. bilik yg kita org tinggal ni pun x ada air cond tapi dah terasa sejuk. yelah kawasan pergunungan katakan.

gambar2 kat atas ni amik masa kat ranau, sabah. balik raya ari tu sempat singgah ranau sebelum balik johor. tapi oleh kerana perancangan x berapa betul jadi kita org check in kat Kinabalu Rose Cabin, kundasang pun dah petang. penginapan ok dan best,dari bilik boleh nampak gunung kinabalu. cuma yg x best anak tuan tanah. berlagak nak mam... mulanya aku ingatkan supervisor ker apa sbb x ada senyuman dan x ramah langsung. kalau tanya pun jawab x jawab jer. aku pun tanyalah staff kat situ rupanya anak owner. aikkk... bukanker sbgi anak owner yg kemungkinan satu hari nanti akan jadi owner (kalau bertahanlah business tu), bukankah dia sepatutnya yg lebih ramah agar org nak datang situ. tapi dia pula yg over... emmmm ntahlah. rasanya kalau ada pilihan lain aku xkan stay situ lagi kot biler dtg ranau. he..he.....

lepas check in kita org makan petang/lunch nasi lemak yg siap di tapau dari umah. lepas makan, mandi dan yg sewaktu dengannya kita org lepak2 jer kat bilik sampai esok pagi. sekali2 ada gak keluar kat luar tapi angin memang sejuk. malam tu pun makan kat situ jer malas nak kuar. esok nyer baru pegi kinabalu park.
ayyad yg busy berlatih buat 'gasher'. jgn taya aku gasher tu apa sbb aku x tau. kalau tanya ayyad nanti ayyad jawab " gasherlah... itu pun tak tau".

tapi cuaca kat ranau ni memang sejukkk... kalau takder water heater agaknya bekulah masa mandi sbb sejuk yg amat sangat. budak2 pun bukan main suker dan asyik nak keluar bilik main lari2 jer nak pegi bilik sepupu n atuk dia. kita org pegi naik 3 kete ngan mak ayah, adik beradik lain. kiranya kali ni 1 family sabah semua ada tu yg amik 3 bilik.

esok pagi lepas sarapan kat situ kit aorg check out n terus pegi ke kinabalu park. masa masuk kena bayar rm4 kalau x silap utk dewasa. snn ak n hubby jer dewasa dan anak2 dan anak sedara belum dewasa jadi kita org bayar rm8 jer. kat situ kita org singgah kat botani park. tgk periuk kera dan tumbuhan2 lain. masuk kena bayar lagi rm3 kalau x silap utk 18 thn keatas. 18 thn ke bawah free. sempat gak posing skit2.

berkenan tul tgk pokok ni. macam nak amik jer bawa balik.

dari botani park kita org terus kuar n gerak ke kk sbb dah tengah hari. nak cari mamam lagi jadi bertolaklah dari ranau lepas pegi kinabalu park tanpa singgah tempat lain.

insya allah ada rezeki datang lagi n singgah tempat lain mcm poring hot spring, ladang tea sabah, luanti tempat spa ikan dll. insya allah akan datang kalau nak pegi jalan2 perancangan yg lebih terperinci akan dibuat utk mengelakkan pembaziran kos dan masa. insya Allah.
inikah dia gunung kinabalu. gunung yg tertinggi di malaysia dan asia tenggara. Subahannallah. Hebat betul ciptaan Allah

Full content generated by Get Full RSS.

10 di keningau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


sabahkini.net: PBT <b>KENINGAU</b> PERLU SENTIASA PEKA

Posted: 04 Oct 2011 05:53 PM PDT


Oleh: THAMPPAREQ KITOES

PIHAK berkuasa tempatan (PBT) Keningau digesa agar mengambil ikhtibar insiden yang berlaku di Kolombong, Inanam yang dilaporkan media tempatan baru-baru ini apabila seorang budak berumur lapan tahun mati lemas selepas terjatuh ke dalam lurang (mainhole) sedalam 15 kaki yang tidak berpenutup, dipercayai telah dicuri.

Gesaan itu dibuat Ketua Perhubungan DAP Keningau Dr Benjamin Yapp dalam satu kenyataan yang menyifatkannya sebagai suatu insiden terburuk pernah berlaku setakat ini.

Katanya, beliau bukan mengambil kesempatan daripada insiden itu untuk menuding jari mana-mana pihak, tetapi disebabkan faktor manusia yang tidak mengambil berat malah mengambil sikap remeh terhadap teguran pihak lain terutamanya apabila teguran itu datangnya dari pihak pembangkang.

"Setelah berlaku barulah kita sedar tentang kelekaan diri seseorang itu, tetapi apa gunanya lagi. Selain itu masalah sedemikian turut berlaku di Keningau ini. Kita juga sudah beberapa kali mengingatkan PBT di sini berkenaan lubang-lubang yang tidak bertutup masih terbiar setakat ini," tegas Dr Benjamin.

Dr Benjamin turut mengulangi beberapa gesaan parti itu kepada pihak tertentu sebelum ini yang meminta pihak terbabit agar mengambil tindakan serius ke atas satu lubang tidak bertutup atau dikenali sebagai perangkap maut di SASCO, No.40, Lorong Jati bersebelahan AMBANK dan ADIKA Commercial complex.

"Kita telah kenal pasti masalah itu bahawa sehingga sekarang masih tiada tindakan telah dilakukan, walaupun DAP telah buat aduan ke atasnya," kata beliau.

Mungkin juga pihak terbabit enggan melayani aduan DAP yang statusnya sebagai pembangkang, kata Dr Benjamin, tetapi harus diingat bahawa DAP tidak berminat menggunakan isu sekecil ini untuk kepentingan politik.

"Kami (DAP) secara ikhlas mahu melihat keselamatan awam terus terjamin daripada menjadi mangsa kelekaan seperti apa yang berlaku di Kolombong, Inanam baru-baru ini," tambah beliau lagi.

Dr Benjamin menambah, tinjauan beliau ke beberapa kawasan di Tenom mendapati keadaan masih jelas tidak berubah kerana beberapa benda tajam seperti batang besi, kepingan aluminium dan sebagainya kelihatan berselerak di kawasan tersebut.

"Kita bimbang objek ini pasti akan mencederakan pelalu lalang jika tidak berhati-hati melalui kawasan itu," tegasnya sambil mengharapkan agar pihak berkuasa tempatan mengambil sikap positif bagi setiap aduan diterima, tanpa mengambilkira status kedudukan pengadu itu.

Tambahnya lagi, DAP Pedalaman ingin melihat pihak berkuasa tempatan, khususnya Majlis Daerah Keningau mengambil sikap proaktif dalam menangani pelbagai masalah yang tidak disenangi rakyat di kawasan itu, terutama sekali pengkuatkuasaan undang- undang yang terlalu lemah.

Full content generated by Get Full RSS.

10 di kinabatangan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


Mazlan Aliman Meriahkan Hari Terbuka PASTI <b>Kinabatangan</b>

Posted: 02 Oct 2011 08:32 AM PDT

Sumber: http://legehiyyah.blogspot.com/
Beliau yang disambut oleh ahlijawatankuasa PASTI telah melahirkan kegembiraan atas sambutan dan kemeriahan PASTI Kinabatangan. Mazlan berbangga dengan kewujudan PASTI Kinabatangan sekalipun berada di kawasan yang agak jauh dengan kawasan bandar.
Mazlan memberi keyakinan PASTI akan terus berkembang kerana pendidikan Islam adalah satu-satunya pendidikan yang boleh menyelamatkan manusia di dunia dan di akhirat. "Semakin maju manusia, semakin kuat keinginan mereka kepada pendidikan berteraskan Islam untuk mempertahankan jati diri manusia dalam menghadapi cabaran zaman yang semakin mendesak". Luah Mazlan dalam ucapan alu-aluan beliau.
Full content generated by Get Full RSS.

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


SabahKita.Net » Analisis Pakatan Rakyat menuju PRU 13 <b>di Sabah</b>

Posted: 22 Sep 2011 06:47 PM PDT

Oleh : Siti Salasiah Salamun

Pendahuluan
Pada 16 September yang lalu, bersamaan dengan sambutan Hari Malaysia, Konvensyen Pakatan Rakyat Sabah telah berlangsung dengan jayanya di Convention and Event Center, Star City, Kota Kinabalu Sabah. Konvensyen ini dihadiri oleh semua penyokong dan ahli dari Pakatan Rakyat seluruh negeri.

Konvensyen yang bermula dari pukul 1.00 petang hingga 5.00 petang itu bertujuan untuk merasmikan Buku Jingga Pakatan Rakyat Negeri Sabah. Lim Kit Siang, Haji Mohamad Sabu dan Datuk Seri Dr Wan Azizah antara pimpinan Pakatan Rakyat yang turut hadir memberikan ucapan dan sekaligus merasmikan Buku Jingga Pakatan Rakyat.

 
Tawaran PR
Tawaran baru Pakatan Rakyat (PR) untuk rakyat Sabah meliputi 20 perkara. Antaranya adalah mengenai agama, menjunjung kedaulatan negeri Sabah, menangani pendatang asing tanpa izin (PATI), pemuliharaan tanah Sabah, Borneonisasi, pengambilalihan Blok L dan M, 20 perkara autonomi Sabah, royalti minyak dan gas, dasar kabotaj, pengawalan cukai hasil negeri Sabah, kajian fungsi FELDA dan FELCRA, Yayasan Orang Asal, pembasmian kemiskinan, perumahan rakyat, peranan Yayasan Sabah dan lain-lain.

Penerimaan rakyat Sabah terhadap PR pada masa ini adalah pada tahap yang amat baik. Di sesetengah kawasan, wakil PR sama ada terdiri daripada PAS, DAP atau PKR, dijadikan rujukan utama oleh masyarakat setempat untuk memberitahu masalah dan mendapatkan penyelesaian kepada masalah itu, hal ini menjadi simbolik kepada ketidakcekapan wakil rakyat BN yang ada untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

Menurut Ketua Penerangan Pas Sabah, Hisamudin Sulaiman yang juga merupakan Yang Dipertua Pas Kawasan Pensiangan, apabila beliau turun mendengar keluhan dan permasalahan masyarakat di kawasannya, di samping mendedahkan penipuan yang dilakukan oleh BN, pada ketika itulah masyarakat sedar bahawa selama ini mereka hanya ditipu dan tidak diambil berat langsung oleh wakil rakyat yang dipilih oleh mereka dalam PRU lalu.

Beliau juga mendakwa bahawa penduduk kampung memberikan kepada beliau beberapa pucuk surat yang mengandungi berbagai-bagai permintaan daripada penduduk kampung. Beliau menegaskan kepada penduduk kampung bahawa tugas wakil rakyat yang dipilih dalam pilihanraya bukan hanya untuk memberikan beras sekilo dua ataupun memberikan 'tandas segera', tetapi ia lebih dari itu, iaitu mendengar dan menyelesaikan permasalahan yang wujud.

 
PAS mengukuh di Sabah
Di kawasan Sandakan pula, penerimaan masyarakat terhadap PR juga pada tahap yang amat memberangsangkan. Masyarakat di sekitar Batu Sapi sangat teruja apabila mengetahui bahawa Tuan Guru Haji Hadi akan turun ke kawasan mereka, namun harapan mereka untuk bertemu dengan dengan beliau tidak kesampaian apabila beliau tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.

Namun kedatangan beliau di tempat lain seperti di Tawau, amat meriah dan disambut dengan baik.

20 perkara yang ditawarkan oleh PR untuk rakyat Sabah dalam PRU ke 13 yang diurakan-urakan bakal berlangsung dalam masa terdekat ini, merupakan antara isu yang sangat genting dan menjadi satu tuntutan kepada PR untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat Sabah jika PR berjaya menakluki 'fixed deposit' BN ini.

Antara isu yang cukup sinonim dengan rakyat negeri ini, adalah isu Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR). Di semua kawasan, terutamanya kawasan pedalaman, seperti di kawasan Pensiangan, kawasan Batu Sapi, dan kawasan Beluran serta di Merotai, penduduk kampung meneroka dan mengusahakan tanah-tanah tersebut untuk dijadikan kawasan petempatan dan pertanian atau penternakan. Apabila tanah-tanah tersebut diusahakan, ia sepatutnya menjadi milik penduduk yang mengusahakannya.

Namun, hal yang sebaliknya pula terjadi apabila kerajaan sewenang-wenangnya merampas tanah NCR tersebut. Pampasan yang dijanjikan hanya menjadi 'pemanis mulut' sahaja tanpa ada tindakan susulan. Rakyat dibiarkan turun naik ke mahkamah dan akhirnya kes ditutup.

Pembelaan yang sewajarnya dibuat oleh wakil rakyat seperti yang diharapkan oleh penduduk kampung, tidak terjadi. Malahan wakil rakyat pula hilang entah ke mana. Hanya akan muncul apabila ada program nyanyian, kebudayaan dan acara tari menari yang sememangnya sinonim dengan jiwa wakil rakyat BN negeri ini.

Tahun ini, PAS Sabah amat tekun dan gigih untuk memastikan Sabah tidak lagi menjadi 'fixed deposite' BN pada PRU akan datang. Pada Mei tahun ini, Konvensyen PAS Sabah yang berlangsung di Sabah Hotel, Sandakan yang bermatlamatkan "merakyatkan PAS di Sabah" telah mengusulkan juga beberapa tindakan lain antaranya untuk menyebarkan isi kandungan Buku Jingga, menarik undi masyarakat bukan Islam, mengenalpasti permasalahan masyarakat setempat, kursus pilihanraya kawasan dan penekanan kualiti ahli.

Pada 17 September yang lalu pula, Konvensyen Pas Negeri Sabah telah berlangsung di Yaho Hotel, Kota Kinabalu. Konvensyen pada kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran semua ahli PAS dari seluruh pelusuk negeri ini. Konvensyen yang berlangsung selama sehari ini turut mengupas mengenai Negara Berkebajikan: Tawaran Pas yang telah disampaikan oleh ahli parlimen Pasir Putih Kelantan, Ustaz Muhammad Husin.

Menariknya, konvensyen kali ini menggunakan buku MENEGAKKAN PERJUANGAN: Memenangi Pilihanraya Menerusi Persiapan Tarbiyyah yang ditulis oleh Ustaz Datuk Abu Bakar Chik yang turut digunakan ketika Ijtimak Tarbawi DPPP di Rusila Terengganu pada Oktober tahun lalu.
Sebanyak tiga kertas kerja telah dibentangkan iaitu 'Menegakkan Perjuangan', 'Pilihanraya adalah Jihad dan Wasilah Perjuangan' yang disampaikan oleh Ketua Dewan Ulama Pas Sabah, Ustaz Nuruddin Abdullah dan pembentangan ketiga mengenai 'Adakah PAS boleh menang dan memerintah Malaysia' yang disampaikan oleh Ketua Penerangan PAS Sabah, Saudara Hisamudin Sulaiman. Majlis ini diakhiri dengan bacaan doa wehdah oleh Ketua Pemuda PAS Sabah, Saudara Lahirul Latigu.

Jaringan PAS dan NGO
Konvensyen PAS kali ini juga disertai oleh beberapa wakil NGO yang turut serta bersama-sama memperjuangkan isu setempat, antaranya NGO ini bekerjasama dengan PAS Sabah untuk menangani isu alam sekitar yang melibatkan pembukaan lombong arang batu di Felda UMAS. Hasilnya, mereka berjaya menghentikan pembukaan lombong tersebut. Hal ini secara tidak langsung menampakkan bahawa PAS adalah sebuah parti yang universal, tidak hanya merangkumi hal ehwal keagamaan semata-mata.

Di Sabah, pilihanraya Parlimen Batu Sapi yang diadakan tahun lalu adalah cerminan kepada usaha PR di Sabah, khususnya di Sandakan. Walaupun ketika itu wakil dari PKR yang menjadi calon bertanding, namun usaha untuk memenangkan calon ini turut dibantu oleh jentera dari semua parti PR. Hasilnya, lebih 3000 pengundi yang mengundi calon PKR ini. Ia merupakan satu 'hint' awal betapa rakyat Sabah mahukan perubahan yang lebih baik dan wakil rakyat dipilih biarlah menjadi mata dan telinga kepada rakyat di parlimen nanti, bukan hanya melihat dan membiarkan rakyat terseksa.

 
Keberkesanan pendidikan rendah PAS
Penerimaan masyarakat terhadap PAS juga turut dilihat melalui peningkatan murid yang berdaftar di PASTI yang ada di seluruh negeri. Hal ini menunjukkan kepercayaan yang tinggi oleh masyarakat agar anak-anak mereka dapat dididik dengan baik dan berkonsepkan Islam.

Dakwah Islamiyyah turut dapat disebarkan secara 'bil hikmah' melalui PASTI. Rata-rata ibu bapa pelajar yang menghantar anak-anak ke sekolah PASTI, berpakaian tidak menepati syariat Islam dan disinilah peranan guru ditonjolkan. Beretika pakaian yang sopan dan menutup aurat merupakan tuntutan wajib untuk semua guru PASTI.

Pada masa ini juga, PASTI beroperasi di seluruh tempat yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan tidak hanya tertumpu pada sesuatu kawasan sahaja. PASTI ada di bandar-bandar besar, di flat-flat mewah dan ada juga di kawasan perumahan elit. Hal ini menunjukkan bahawa PAS mampu untuk memberikan pendidikan bukan hanya kepada golongan sasaran tertentu sahaja tetapi merangkumi kepada semua golongan.

 
Rintangan seteru politik
Namun, kepastian yang nyata adalah pihak BN tidak akan pernah untuk berdiam diri membiarkan Sabah jatuh ke tangan PR. Ternyata pelbagai usaha difokuskan kepada negeri ini untuk memenangkan BN di Sabah pada pilihanraya akan datang.

Ketika syawal baru-baru ini pun, Ketua Menteri turun ke semua masjid yang ada untuk menyampaikan sumbangan dan membuat rumah terbuka menjamu rakyat yang dahagakan janji ketika PRU lalu. Pemberian beras dan barang-barang keperluan lain kepada golongan sasaran seperti ibu tunggal atau orang kurang upaya sudah menjadi kelaziman untuk wakil BN apabila turun bertemu masyarakat.

Malangnya wakil BN menganggap bahawa itu sudah cukup untuk memadamkan janji-janji yang dibuat ketika PRU lalu. Rakyat Sabah sudah bertahun hidup dalam keadaan yang sama, tidak ada perubahan yang drastik walaupun Sabah merupakan negeri yang kaya pada suatu ketika dahulu. Jalan raya misalnya, hanya dibaiki apabila tiba musim pilihanraya, jambatan di kampung hanya akan dibaiki apabila wakil rakyat BN akan melawat kampung tersebut dan jalan yang berlubang hanya akan ditampal apabila Ketua Menteri melawat kawasan tersebut.

Fenomena yang amat menyedihkan. Adakah rakyat yang tinggal di kawasan itu tidak berhak untuk mendapat kemudahan yang baik? Kenapa perlu tunggu 'orang besar' masuk ke kawasan tersebut baru semuanya akan dipulihkan? Saya menyarankan agar Ketua Menteri dan jemaah menterinya berulang alik dari Sandakan ke Kota Kinabalu, atau dari mana sahaja, dengan menaiki kereta melalui jalan raya yang ada. Biar mereka turut merasai betapa sistem perhubungan jalan raya yang ada di negeri ini berada pada tahap yang amat teruk.

Di kawasan Sandakan, misalnya di kawasan pedalaman Batu 12, sehingga saat ini penduduk masih belum mendapat bekalan air bersih walhal tempat tersebut mempunyai sekolah dan petempatan. Penduduk di kawasan itu juga perlu menunggu 11 tahun untuk mendapatkan sistem perhubungan jalan raya yang lebih baik.

Logik atau tidak rakyat perlu menunggu bertahun lamanya untuk mendapat kemudahan yang lebih baik? Sedangkan BN memerintah Sabah lebih lama daripada tempoh itu. Jika anda berkesempatan ke Sandakan, anda akan melihat sepanjang jalan dari Batu 14 hingga ke Batu 12, jalan raya sedang dalam proses pembesaran. Hal ini rentetan daripada jumlah kenderaan yang semakin bertambah. Satu langkah yang amat baik dan disambut baik oleh semua penduduk namun persoalan yang timbul, kenapa sekarang usaha itu dibuat?

Kenapa tidak selepas sahaja kemenangan BN di Sabah pada PRU lalu? Bergerak pula ke kawasan bas ekspres Sandakan, anda akan melihat satu kawasan yang amat daif. Kawasan bas ekspress ini hanya terdiri daripada beberapa pondok tiket bas dan tandas serta beberapa gerai jualan makanan. Dan lebih malang lagi, kawasan bas ekspres ini tidak berbumbung.

Namun, jika anda ke Tawau atau Kota Kinabalu, anda akan dapat merasakan bahawa stesen bas ekspres yang ada setaraf dengan stesen bas ekspres di bandar utama negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Cukup lengkap dan gah. Walhal, Ketua Menteri Sabah adalah anak jati Sandakan, namun mengapa Sandakan seakan-akan dianaktirikan, sedangkan Sandakan merupakan bandar terpenting selain Kota Kinabalu dan Tawau.
Stesen bas harian yang terletak di tengah-tengah bandar Sandakan turut mengalami nasib yang sama, dianaktirikan daripada pembangunan. Stesen bas ini tidak berbumbung, (kecuali stesen bas Labuk yang merupakan stesen bas swasta) dan ia sangat menyukarkan pengguna apabila hujan. Hal ini bertambah sukar apabila terdapat bas sesuatu kawasan yang adakalanya jauh dari tumpuan orang ramai.

Hal ini sudah wujud bertahun lamanya tanpa ada apa-apa tindakan daripada pihak kerajaan negeri. Perkara ini patut dipandang dengan serius kerana kebanyakan penduduk menggunakan bas sebagai pengangkutan utama. Jika hal ini tidak ditangani dengan baik, ia akan membebankan rakyat. Jika alasan sempit dan tidak ada ruang yang diberikan, ia adalah tidak relevan kerana kemudahan ini adalah lebih penting daripada pembinaan kompleks membeli belah (Harbour Mall) yang semakin pesat dibangunkan di pinggir bandar Sandakan. Jika kompleks ini ada tempatnya di bandar ini, kenapa pula tidak boleh diperuntukkan tempat untuk stesen bas harian?

 
Masalah setinggan
Isu setinggan juga amat sinonim dengan negeri ini sama ada di Sandakan, Kota Kinabalu dan Tawau. Di Sandakan, kawasan setinggan BDC yang dulunya terletak di Batu 2 dirobohkan tanpa pembelaan yang wajar diberikan kepada penduduk yang terlibat. Kawasan tersebut kononnya akan digunakan untuk mendirikan Hotel Sri Malaysia namun sehingga ke hari ini, lebih dari 5 tahun kawasan setinggan itu dirobohkan, belum pun ada tanda-tanda pembangunan dilakukan. Semuanya hanya untuk menghapuskan kawasan setinggan agar negeri ini dikatakan 'zero setinggan' walhal hakikatnya rakyat merempat dan terpaksa mencari tempat tinggal yang lebih mahal kosnya.

Adakah ini langkah yang betul-betul bijak mengurangkan kemiskinan di Sabah? Penduduk masa kini yang tinggal di kawasan setinggan bagaikan telur di hujung tanduk. Bila-bila masa sahaja tempat mereka akan dirobohkan. Ketika berkunjung ke Batu Sapi Ramadhan lalu, rumah penduduk di kawasan Kampung Lupak Meluas juga ingin dirobohkan dan tidak ada seorang pun wakil rakyat yang turun menjadi 'front liner' mempertahankan penduduk.
Apabila ditanya kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab merobohkan kawasan tersebut, mereka hanya menyatakan bahawa wakil rakyat mereka yang memberikan arahan. Sudah terang lagi bersuluh bahawa wakil rakyat yang dipilih oleh mereka hanya 'menyayangi' mereka apabila tiba musim pilihanraya sahaja.

 
Isu PATI
Kebanjiran PATI di Sabah juga tidak dapat ditangani dengan baik oleh kerajaan Negeri. Tawaran PR untuk PRU akan datang adalah menyempurnakan penubuhan Suruhanjaya DiRaja bagi mencari jalan menyelesaikan kemelut pendatang asing tanpa izin di negeri ini. Pendaftaran PATI sebagai penduduk tetap yang dijalankan oleh kerajaan bulan lalu amat membimbangkan.

Penduduk amat takut jika hak yang sepatutnya dimiliki dirampas dan diberikan kepada PATI. Pendaftaran yang dilakukan juga amat merobek hati penduduk, kerana ada antara penduduk tetap negeri ini yang terpaksa berurusan ke Putrajaya semata-mata untuk mendapatkan kad pengenalan penduduk tetap, tetapi kerajaan sewenang-wenangnya memberikan hak tersebut kepada PATI.

Rakyat menghabiskan ribuan ringgit dan perlu menanti bertahun-tahun untuk mendapatkan kad pengenalan, PATI pula mendapat kerakyatan hanya dalam masa beberapa jam. Bukan itu sahaja, kebanjiran PATI di Sabah turut menyebabkan kadar jenayah meningkat. Pecah rumah, mencuri, penyeludupan rokok dan sebagainya turut membimbangkan masyarakat tempatan.

Pelbagai isu yang boleh dicanang untuk menjatuhkan BN di Sabah, point utamanya adalah menyampaikan kepada masyarakat tentang maklumat dan kebenaran yang sepatutnya mereka ketahui.

Meraih kepercayaan penduduk tidak mudah, tapi apabila kita menyampaikan kebenaran insya Allah mereka akan dapat berfikir pilihan yang lebih baik. Jika tempat mereka tidak boleh diakses menggunakan internet, kita perlu turun menyampaikan. Keadaan di Sabah amat berbeza dengan kawasan lain.

Di Sabah ada tempat yang perlu untuk menaiki kereta pacuan empat roda, ada tempat yang hanya boleh menggunakan pengangkutan air, dan ada jalan yang tidak berturap, dan tanah merah. Namun semua ini bukan halangan untuk kita membantu menyampaikan kepada masyarakat. Saya amat yakin dan percaya bahawa rakyat di bawah bayu ini mahukan perubahan kerana semuanya sudah muak menderita di bawah pemerintahan BN yang tidak mempedulikan rakyat.

 
Penutup
Bahang pilihanraya semakin terasa samada akan diadakan pada tahun ini atau tidak. Pelbagai usaha harus dijalankan oleh semua jentera pilihanraya kawasan. Penculaan, mengenalpasti permasalahan setempat, mendekati golongan sasaran, menarik undi bukan Islam, memantapkan kualiti ahli dan memperbanyakkan program dan aktiviti bersifat luaran, tidak hanya tertumpu aktiviti dalaman sahaja. Jika usaha sudah dibuat sebesar Gunung Kinabalu dan sedalam Lautan China Selatan, namun jika kemenangan masih belum diberikan, bersabarlah kerana Allah SWT beserta dengan orang-orang yang sabar.

Full content generated by Get Full RSS.

Roketkini.com >> Harapan baru untuk <b>Sabah</b>

Posted: 26 Sep 2011 11:32 PM PDT

Buku Jingga sebagai agenda Pakatan Rakyat telah menyarankan secara am bahawa semangat Perjanjian Malaysia 1963 akan dijadikan asas kepada hubungan adil di antara Kerajaan Persekutuan dengan Sabah dan Sarawak.

"Di samping memulihkan imbangan kuasa yang memihak kepada kerajaan pusat, Pakatan Rakyat berjanji membuat penilaian yang adil dan terbuka mengenai persoalan pokok yang kini menghalang kemajuan politik dan sosioekonomi di kedua-dua negeri di Malaysia Timur," demikian menurut buku itu yang menjadi garis panduan pendirian bersama Pakatan.

Menjelaskan lagi, Buku Jingga menyatakan bahawa Pakatan Rakyat akan:

* Memastikan khazanah negeri Sabah dan Sarawak dinikmati sepenuhnya oleh rakyatnya dengan memperuntukkan royalti 20% daripada pendapatan petroleum mereka;

* Menubuhkan Suruhanjaya Diraja demi mencari jalan penyelesaian terbaik untuk isu pendatang asing;

* Menjamin hak tanah adat Orang Asal tidak dicabuli oleh mana-mana pihak; dan

* Menghentikan dengan serta-merta penindasan terhadap rakyat kawasan pedalaman akibat kegiatan ekonomi yang tidak beretika.

20 Perkara yang baru

Bagi menghalusi lagi Buku Jingga di peringkat negeri Sabah, satu konvensyen Pakatan Rakyat Sabah telah diadakan di Kota Kinabalu pada 16 September lalu yang menampilkan kehadiran Presiden PKR Datuk Dr Wan Azizah Ismail, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Satu agenda khusus telah diperkenalkan, iaitu Tawaran Baru Untuk Rakyat Sabah – Reformasi Pentadbiran Pakatan Rakyat Sabah yang menyediakan 20 perkara. Ia selaras dengan pendirian Buku Jingga dengan dikhususkan kepada isu-isu utama yang perlu disegerakan penyelesaian yang telah merumitkan kehidupan warga Sabah.

Perkara-perkara yang ditawarkan kepada rakyat Sabah itu adalah:

1.  Mengiktiraf dan menghormati Islam sebagai agama rasmi manakala agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.

2.  Menjunjung kedaulatan Sabah sebagai negeri sah dalam Malaysia dengan mematikan sebarang tuntutan  bertindih termasuk menghentikan bayaran kepada negara asing yang membuat tuntutan itu;

3.  Menyempurnakan sebuah Suruhanjaya Diraja bagi mencari menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin.

4.  Menjaga, menghormati dan mengiktiraf hak tanah adat dan menarik semula semua kes mahkamah berkaitan, yang dibawa kerajaan negeri sekiranya kes-kes tersebut jelas mencabuli hak tanah adat.

5.  Melancarkan program Borneonisasi dalam sektor perkhidmatan awam secara berperingkat-peringkat untuk memastikan jawatan utama dipegang rakyat Sabah.

6.  Membawa usul ke Dewan Undangan Negeri untuk menuntut hak Blok L dan M yang dirampas tanpa persetujuan rakyat Sabah, termasuklah mengambil tindakan sivil dan jenayah ke atas pihak-pihak yang bertanggungjawab menyerahkan Blok L dan M tanpa izin dari rakyat Sabah.

7.  Mengukuhkan autonomi Sabah dengan menyemak kembali perkara-perkara yang termaktub dalam Perkara 20 untuk memastikan sebarang tindakan bertentangan, dihenti serta merta.

8.  Menyempurnakan tuntutan kenaikan royalti hasil minyak petroleum kepada 20% dengan menandatangani perjanjian baru dengan Kerajaan Persekutuan agar bayaran kepada rakyat Sabah adalah berkadar langsung dengan keuntungan tambahan dari hasil petroleum di negeri Sabah.

9.  Mengurangkan beban rakyat Sabah dengan mengkaji semula dasar polisi sabotaj yang menyebabkan harga barang di Sabah jauh lebih mahal.

10. Mengkaji semula bidang kuasa mengawal cukai, kewangan, dana pembangunan, tarif dan hasil-hasil Kerajaan Negeri dengan mencari formula pembahagian hasil yang adil dan saksama dengan Kerajaan Persekutuan.

11. Mengkaji semula peranan FELDA, FELCRA dan RISDA di Sabah supaya hasil pengagihan penanaman komoditi dinikmati oleh semua rakyat Sabah.

12. Mewujudkan Yayasan Orang Asal dengan dana RM1 bilion bagi merangsang sosio ekonomi komuniti Orang Asal.

13. Menaikkan bantuan kewangan untuk warga emas, orang kurang upaya, ibu tunggal serta golongan miskin.

14. Mewujudkan Skim Perumahan untuk semua rakyat di Sabah.

15. Menggalakkan pelaburan dan memperkasakan sektor pertanian dan pelancongan yang akan mewujudkan peluang pekerjaan dan perkhidmatan.

16. Menuntut hak ke atas semua pulau-pulau kecil di perairan Sabah yang tuntutannya belum diselesaikan demi menjamin kedaulatan sempadan Sabah dan hasil minyak dan gas di perairannya.

17. Menubuhkan Tabung Warisan Sabah dengan modal awal RM1 bilion dari wang royalti hasil industri minyak dan gas bagi tujuan program-program pembasmian kemiskinan kepada semua rakyat Sabah di bawah paras kemiskinan.

18. Menubuhkan syarikat minyak dan gas yang dimiliki rakyat Sabah dengan modal awal berbayar RM1 bilion dengan tujuan mewujudkan sebuah konglomerat antarabangsa yang dapat dibimbing oleh Petronas untuk bersaing di persada dunia dan menyediakan peluang pekerjaan serta membina kepakaran rakyat Sabah dalam industri minyak dan gas.

19. Mewujudkan semula jawatan Kementerian Pendidikan, Pengangkutan dan Kesihatan Sabah untuk pelaksanaan polisi yang berkesan dan saksama.

20. Menyemak semula dan memastikan peranan Yayasan Sabah kembali kepada tujuan asalnya.

Yakin rakyat akan menyokong Pakatan

Ahli Parlimen DAP Kota Kinabalu Dr Hiew King Cheu, yakin tawaran itu akan diterima baik oleh rakyat di Sabah yang selama ini telah dipinggirkan oleh kerajaan UMNO-Barisan Nasional.

"Saya yakin kerjasama ketiga-tiga parti Pakatan – PKR, PAS dan DAP – akan memberi semangat kepada warga Sabah untuk membuat perubahan dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.

Kit Siang pula dalam ucapannya di konvensyen itu menyatakan rakyat di Sabah adalah antara golongan yang berani membuat perubahan kerana telah empat kali menukar kerajaan sejak menyertai penubuhan persekutuan Malaysia pada 1963.

Menurutnya, kemenangan awal telah pun tercapai apabila suara rakyat berjaya memaksa Perdana Menteri memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri serta berjanji untuk meminda undang-undang lain yang zalim.

Walau pun janji-janji Datuk Seri Najib Razak mungkin gagal dikotakannya, beliau menganggap, jika rakyat terus bangun menuntut hak, Perdana Menteri terpaksa tunduk kepada apa yang rakyat mahukan. – Roketkini.com

Full content generated by Get Full RSS.

Isnin, 10 Oktober 2011

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


MALAYSIA CIDB COURSES AND SEMINARS IN <b>SANDAKAN</b> <b>...</b>

Posted: 09 Oct 2011 04:23 PM PDT

MALAYSIA CIDB COURSES AND SEMINARS ON OCTOBER 10, 2011

Wannah Enterprise will attend seminars of Construction Industry Development Board (CIDB) today, October 10, 2011. Further developments will be written later.

Imagine the next time you join a discussion about MALAYSIA CIDB COURSES AND SEMINARS. When you start sharing the fascinating MALAYSIA CIDB COURSES AND SEMINARS facts below, your friends will be absolutely amazed.

It seems like new information is learned about something every day. And the topic of MALAYSIA CIDB COURSES AND SEMINARS is no exception. Keep reading to get more fresh news about MALAYSIA CIDB COURSES AND SEMINARS.

That's how things stand right now. Keep in mind that any subject can change over time, so be sure you keep up with the latest news on MALAYSIA CIDB COURSES AND SEMINARS.

Versi Bahasa Malaysia

Bayangkan masa depan anda menyertai perbincangan mengenai kursus-kursus dan seminar CIDB Malaysia. Apabila anda mula berkongsi fakta-fakta menarik mengenai kursus-kursus dan seminar CIDB Malaysia di bawah, kawan-kawan anda akan benar-benar kagum.

[caption id="attachment_327" align="alignright" width="173" caption="MALAYSIA CIDB COURSES AND SEMINARS IN SANDAKAN"]MALAYSIA CIDB COURSES AND SEMINARS[/caption]

Ia seolah-olah seperti maklumat baru yang ditemui tentang sesuatu setiap hari. Dan topik kursus-kursus dan seminar CIDB Malaysia juga tidak terkecuali. Teruskan membaca untuk mendapatkan berita yang lebih segar mengenai kursus-kursus dan seminar CIDB Malaysia.

Kursus-kursus dan seminar CIDB Malaysia pada 10 OKTOBER 2012

Wannah Enterprise akan menghadiri seminar Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) hari ini, 10 Oktober, 2011. Perkembangan lanjut akan ditulis kemudian.

Itulah bagaimana perkara berdiri sekarang. Perlu diingat bahawa apa-apa perkara boleh berubah dari semasa ke semasa, jadi pastikan anda menyimpan dengan berita terbaru tentang kursus-kursus dan seminar CIDB Malaysia.

Incoming Wannah Enterprise search terms:

Full content generated by Get Full RSS.

10 di tawau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


CERAMAH ABANG MAD <b>DI TAWAU</b> « ABU NUHA CORNER

Posted: 30 Sep 2011 06:55 AM PDT

Abu Nuha Corner mengalu-alukan para pembaca :

1) Menghantar sebarang maklumat program atau aktiviti dakwah dan bukan berasaskan komersil khususnya sekitar Kota Kinabalu @ Pantai Barat Selatan dan Sabah amnya untuk dihebahkan di blog ini. Bahan yang bersesuaian, lengkap (seperti foto, banner dll) serta tepat akan dipaparkan di blog ini dalam tempoh tertentu.

2) Menghantar undangan untuk Abu Nuha atau rakan-rakan pendakwah sama ada JHEAINS atau Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) Sabah mengisi program dakwah di kawasan berdekatan dan bersesuaian sama ada di masjid, surau, jabatan kerajaan dan swasta dan sebagainya.

3) Menghantar undangan untuk Abu Nuha Corner membuat liputan sebarang aktiviti dakwah di lokasi yang berdekatan. Berikan maklumat lebih awal dan terperinci untuk memudahkan lokasi dikunjungi. Aktiviti yang bersesuaian akan dikongsikan untuk tatapan pembaca di blog ini.

4) Menghantar berita, laporan atau catatan aktiviti dakwah sekitar Sabah untuk dipaparkan di blog ini tanpa Abu Nuha Corner berkunjung ke lokasi berkenaan. Catatan yang menarik, lengkap dengan foto dan menepati citarasa Abu Nuha Corner akan dikongsikan bersama.

Contoh program @ aktiviti dakwah adalah seperti kelas pengajian agama, ceramah, kuliah, forum, kursus-kursus, seminar, majlis qurban, aqiqah, khatam al-Quran, pertemuan, ziarah hospital, muallaf atau ulama dan seumpamanya. Sama ada ia dianjurkan oleh masjid, surau, kampung, jabatan kerajaan, swasta, NGO, parti atau individu persendirian.

Hantar maklumat program berkenaan ke mesej Facebook Abu Nuha atau emel ke ma_alhafiz@yahoo.com. Sertakan nama pemberi maklumat atau urusetia dan nombor telefon untuk rujukan dan pertanyaan lanjut. Maklumkan juga sasaran audien (sama ada terbuka, tertutup atau ada umur tertentu). Maklumat yang lengkap dan paling penting MENEPATI CITARASA Abu Nuha Corner akan disiarkan. Mari kita bersama-sama menyebarkan maklumat dan aktiviti dakwah demi perkembangan Islam. Terima kasih.

Full content generated by Get Full RSS.

10 di tambunan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tambunan - Google Blog Search


Aisyah Qaisyiah: ~OPKIM <b>di Tambunan</b>~

Posted: 28 Sep 2011 04:55 AM PDT

assalam dan selamat blogging to bloggers....

wah wah wah...dengan senang hatinya, hari ni sy nak berceloteh pasal program amal kami iaitu OPKIM di tambunan...yeahhh tambunan mariiiiii.....



itu la dia suasana meriah di dalam bas kami...semuanya muka2 xcited ni..hahaha nampak benor kebaruannya..hahaha...dalam muka2 yg xcited tu juga, ada la sikit penatnya sebab terpaksa angkat barang2, makanan, minuman dan yg sama waktu dengannya....

nak dijadikan cerita, pemandangan di sepanjang perjalanan pegi tambunan memang cantik la, superb...tapi, menyeramkan la juga sebab itu kan kawasan gunung ganang, bukit bukau, so jalannya pun agak2 curam la juga, amat bahaya bagi yang gayat..hehe...tapi ianya memang best, x tipu....


wahhhh sungguh indah ciptaan Allah SWT...subhanallah....cantikkan???penuh dengan kehijauan...sumpah demi Allah, sy sangat2 terpegun dan kagum dengan suasana ni...luas dan indah...memang x terkata la rasanya....

perjalanan kami masih jau lg..so singgah la kejap kat kedai tuk melaburkan dan mengisikan pa yg patut...hahaha agak lain juga kan kata2 tu...tempat tu memang sejuk ow mcm di korea jak rasanya, memang la sejuk dan dingin sebab di atas bukit yg penuh gunung ganang kan...ala mcm di gunung kinabalu tu, tpi gunung tu dingin sakit dari tempat di tambunan ni...

yeahhh dah sampai!!!...ni la tmpt yg kami tuju tu...hehe x sabar nak bergotong-royong dengan anak2 yatim ni sambil mengeratkan silaturahim...hehe

keja jangan x keja..hehe
bantulah kakak2 dan abang2 mu wahai adik2 ku...hehehe jum kita menyapu!!!


omg, sempat lagi ar bermusyawarah 4 gadis ni time keja....haha sindir diri sendiri kunun....
masa untuk makan pulak...ermmm yummy~

ok, sekarang saya nak tunjuk la pic2 plus muka2 yg hepy plus penat...huahuahua
ok, gotong royong dan aktvti lain yg kami plan dah hbs, tiba pulak masanya tuk balik...alalalala sedih pulak rasanya...huhu
on da way nak balik tu, kami singgah2 dulu di taman butterfly...hehe tapi sayangnya, kami hanya boleh berada di luar sambil menunggu bas kami kena rehat2 gara2 breknya kurang ok. sebenarnya, time dekat tempat tu la kami hampir lagi xcident terjunam di gaung, event yg sangat2 menyeramkan...copot jantung gue...alhamdulillah, dengan kuasa dan kasih sayang Allah kepada kami, kami selamat juga, pada hal tinggal beberapa langkah lagi baru kami akan terjunam...huhu
ni la lecturer yg jaga kami sepanjang perjalanan tu..hehe smuanya ladies...

ok ni pic yg last...sy dah penat, so nak rehat dulu....

smoga event kali ini menjadi yg trpahit dan termanis bg kmi smua..hahaha
daaa n assalam~

Full content generated by Get Full RSS.
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved