ads

Sabtu, 12 Oktober 2013

10 di ranau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


Sabah…Day 2….Part 2..24/8/13…sambungan melawat <b>Kundasang</b> <b>...</b>

Posted: 11 Sep 2013 02:32 AM PDT

Kami masih berada di kundasang war memorial..luas juga kawasan ini,penat kaki menjelajah ke setiap taman..taman2 di sini diberi nama sempena nama negara yg menjajah sabah seperti taman australia dan taman britain…
image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image
image

image

Di sini kami hanya mengambil gambar dan melihat view yg cantik sekitarnya..

image

image

image

image

image

image

image

Kami mahu keluar dari kawasan ini dan akan pergi ke Poring Hotspring di Ranau..di sana ada kolam air panas dan sejuk..air kolam tu datangnya dari kaki gunung kinabalu..tentu sejuk air gunung…tapi air panas pun ada..dari kundasang ke ranau kira2 setengah jam perjalanan..

image

image

image

Terjumpa pula satu tempat berehat yang santai..ada seekor anjing terikat di satu tempat..apalagi bergambar sebelum meninggalkan tempat ini…

image

image

image

image

image

image

Kuat sangat tu nak angkat batu…hehe

image

Terus ke ranau menuju ke Poring Hotspring..untuk berendam dengan air kaki gunung..

image
Dah ready untuk berendam..

image

image

image

image

image

Seronoknya mandi manda..cuma airnya sejuk sedikit..ada banyak kolam di sini..ada yang free masuk dan ada yang berbayar..di tempat yang free agak ramai orang..jadi kami memilih kolam yang berbayar..iaitu seorang rm3 sejam..di kolam berbayar ini tidak ramai orang jadi selesa untuk mandi manda..airnya jernih dan bersih..ada petugas yang menjaga keselamatan pengunjung..kolam yang paling dalam ialah 6m dalamnya..kami mandi di kolam yang dalamnya 4.5 m..

image

image

image

Kasihan salman tidak dapat mandi bersama2 kerana matanya belum pulih lagi kerana luka dek kesan libasan kertas ..doktor menasihati supaya berhati2 supaya tidak terkena jangkitan kuman..

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Jadi sesiapa yang berkunjung ke sabah terutama jika ke daerah kundasang mesti berkunjung kesini..seronok mandi manda..airnya sangat bersih,jernih, segar dan sejuk..

image

image

image

image

Kami sudah kesejukkan..sejam sudah cukup..puas rasanya..kami pergi menukar baju di tempat yang disediakan..

image

Bersiap sedia untuk balik..penat seharian berjalan dari kk pagi tadi..kami mahu pergi check in di hotel cottage di kundasang..

image

image
Anak sungai di bawah jambatan menuju ke poring hotspring…

image

Gunung kinabalu semakin diliputi kabus..jika kabus tebal tidak dapat melihat gunung tertinggi di asia tenggara itu..sebelum balik kami singgah di pekan ranau..agak besar juga pekannya..kami singgah di restoren orang melayu untuk mengisi perut yang lapar selepas berendam..kami makan roti canai ..sangat sedap rasa roti canai di sini..kari nya pun sedap..esok sebelum balik ke bandar kk..kami akan datang ke sini lagi…sebelum beredar kami menapau nasi,sayur dan ayam goreng untuk makan malam nanti..

image

image

image

Sudah sampai di cottage hotel..agak kecil biliknya..kecil2 pun rm250 semalam..okay lah untuk menumpang tidur satu malam..boleh juga dari kundasang balik semula ke bandar kk,cuma 2 jam perjalanan..tapi kami ingin bermalam di kundasang,ingin merasai suhu sejuk di sini juga ingin melihat panorama waktu pagi di kaki gunung ini..semua mandi dan berehat…zzzzzzzzzzz

Isteri maut kereta dipandu suami terjunam ke dalam gaung <b>di Ranau</b>

Posted: 11 Aug 2013 06:37 PM PDT

August, 12, 2013 - 9:37 am

RANAU: Seorang wanita maut apabila kenderaan yang dipandu suaminya terjunam ke dalam gaung dalam nahas di Jalan Kampung Sarapong, Ranau semalam.

Ketua Polis Ranau DSP Abdul Rahman Kassim berkata dalam kejadian 9.45 malam itu, mangsa Halisah Raibin, 38, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

Bagaimanapun, suami mangsa Yasik Atim, 40, dan enam anaknya (dua lelaki dan empat perempuan) yang berumur antara enam dan 14 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya Yasik yang memandu kenderaan jip jenis Suzuki sedang dalam perjalanan pulang selepas berhari raya di Kampung Mohimboyon, dekat sini.

"Pemandu dipercayai hilang kawalan sebelum kenderaannya terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 70 meter," katanya sambil menambah kejadian berlaku dalam keadaan cuaca baik.

Abdul Rahman berkata spesimen darah pemandu telah diambil untuk dianalisa.

Program Ziarah Mahabbah <b>di</b> Kg Gusi <b>Ranau</b> - penggerak dakwah <b>...</b>

Posted: 24 Jul 2013 07:24 PM PDT





Program Ziarah Mahabbah di Kg Gusi Ranau
Tarikh                   : 20/06/2013 – 22/06/2013 (Khamis - Sabtu)
Anjuran                : JAKIM Sabah kerjasama JHEAINS Ranau.    
                Pada 20/06/2013, Program Ziarah Mahabbah diadakan di Kg Gusi Ranau, anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Cawangan Sabah dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Daerah Ranau yang  memakan masa perjalanan  kira-kira 4 jam jalan darat dan terpaksa menaiki bot melalui sungai selama kira-kira hampir 2 jam. Jarak dari pekan Ranau ke Kg Gusi iaitu kira-kira 95km. Menurut profail Kg Gusi Ranau terdapat 40 buah keluarga Islam (seramai 230 orang) daripada jumlah keseluruhan penduduk Kg Gusi iaitu seramai 230 orang. Kampung tersebut merupakan kawasan perkampungan  yang terdiri daripada bangsa sungai. Program ini dijalankan bermula pada 20 Jun 2013 hingga 22 Jun 2013 yang dihadiri oleh Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Ranau iaitu Ustazah Zatuliffah Mohd Aslie, Penggerak Dakwah JAKIM iaitu Us Mohd Sobi Hadipin, Us Zaidi Karim serta staf JHEAINS Ranau iaitu Us Ahmad Masnin Abdullah, Ketua Unit Bahagian Dakwah JHEAINS Ranau, Us Rusdi Abdul Kadir selaku Imam Daerah Ranau, Us Mohd Farid Soinin, Pegawai Penyelaras Masjid Daerah, Imam Kariah iaitu Imam Hamid Mohammad, Imam Asidi Yusuf, Imam Rabinin Lamin, Imam Sapinin Jahasin, Imam Arsat Badin dan sukarela Rakan Masjid Pekan Ranau serta 4 orang pembekal AZ HEBAT. Rombongan yang datang ke kg Gusi seramai 17 orang.
                Pada 20 Jun 2013 bersamaan hari khamis, semua rombongan berkumpul di masjid Ar Rahman Pekan Ranau kira-kira jam 08.30 am. Kami bertolak ke Kg Gusi kira-kira jam 9.30 am dengan menaiki kenderaan jabatan dan 3 buah kenderaan pacuan 4 roda. Perjalanan darat memakan masa hampir 4 jam untuk sampai ke Kg Karagasan kerana bentuk jalan rayanya yang tidak bertar dan bentuk jalannya yang berbatu besar. Kami sampai di Kg Karagasan kira-kira jam 2.30 pm. Kami meneruskan perjalanan ke kg Gusi dengan melalui dua jalan. Us. Ahmad Masnin memimpin jalan darat untuk ke Kg Gusi dengan menggunakan kenderaan Jabatan dan sebuah kenderaan pacuan 4 roda iaitu pembekal AZ HEBAT untuk mengangkat barang-barang. Imam Hamid memimpin jalan sungai dengan menaiki bot iaitu seramai 9 orang untuk bot pertama dan bot kedua seramai 7 orang. Kami sampai di Kg Gusi pada jam 5.25 pm. Manakala rombongan Us Ahmad Masnin sampai pada jam 5.45 pm. Selepas solat asar secara berjemaah, kami mula memasang khemah dan mula mengemas tempat barang-barang. Selepas Solat Maghrib, kami menghidupkan suasana kampung dengan membaca surah Yassin dan tahlil yang dipimpin Imam Arjunah Yahya. Selepas solat Isyak, kami bersama-sama penduduk kampung yang datang menjamu makan malam.
                Pada hari kedua iaitu 21 Jun 2013, pagi subuh diisi dengan kuliah subuh yang disampaikan oleh Us Zaidi Karim, Penggerak Dakwah JAKIM. Pada jam 08.00 pagi program bermula dengan Halaqah bab Thaharah yang di kendalikan oleh Us Mohd Sobi Hadipin sehinggalah jam 11.00 am. Seterusnya penduduk balik bersiap-siap untuk solat jumaat. Selepas solat jumaat, kami beramah mesra serta makan tengahari dengan penduduk kampung yang hadir dan kira-kira jam 2 petang, majlis penangguhan program Ziarah Mahabbah diadakan di dalam surau Kg Gusi Ranau.
                Acara penangguhan majlis dilancarkan dengan dimulakan bacaan doa majlis oleh Imam Hamid Mohammad selaku  Imam Qariah Mukim Kaingaran, seterusnya ucapan alu-aluan wakil penduduk Kg Gusi iaitu Arjunah Yahya . Beliau  melahirkan tanda rasa gembira dan terima kasih di atas program yang dianjurkan di kampung tersebut dan beliau membentangkan maklumat ringkas penduduk muslim di Kg Gusi Ranau. Beliau juga mengharapkan agar pada masa akan datang program seumpama diadakan sekali lagi di kampung tersebut. Beliau juga mengharapkan agar anak muda di kampung tersebut diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di Pusat Latihan Dakwah Kudat.
                Seterusnya Ustazah Zatuliffah Mohd Aslie, Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Ranau sebagai wakil Pengarah JAKIM Sabah memberikan ucapan alu-aluan serta Tazkirah sebagai mengakhiri majlis penangguhan program tersebut. Beliau telah mengucapkan tanda syukur kepada Allah swt diatas pertemuan serta hajat untuk melangkah kaki ke kampung tersebut yang memakan masa agak lama untuk sampai. Beliau menyampaikan salam Pengarah JAKIM Sabah yang tidak dapat hadir bersama-sama dalam program tersebut. Beliau meneruskan ucapannya dengan mengatakan bahawa walaupun pengisian program tersebut agak "santai", tetapi sasarannya adalah untuk menyampaikan tentang kefahaman bab Thoharah. Katanya, pendekatan tersebut sangat sesuai dilancarkan   di semua kampung di daerah Ranau. Beliau mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih diatas kerjasama penduduk kampong dan dengan lafaz "Bismillahhirrahmannirrahim" majlis penangguhan tersebut dirasmikan. Seterusnya program diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada Ahli jawatankuasa surau, penyampaian cendera kenangan perasmi dan  penyampaian sumbangan kepada 40 keluarga  yang disampaikan oleh Ustazah Zatuliffah Mohd Aslie. Majlis berakhir dengan alunan selawat dan pelukan bersama penduduk kampung.
                Selepas waktu asar, kami berjalan mengelilingi kampung tersebut dan menziarahi rumah ke rumah seterusnya menyampaikan sumbangan tersebut. Selepas solat Maghrib, Kuliah maghrib di sampaikan oleh Us Farid Soinin, Pegawai Penyelaras Masjid Daerah. Selepas solat isyak, kami dijemput ke majlis kenduri arwah dan memimpin bacaan Yassin dan Tahlil.
                Pada keesokan harinya 22 Jun 2013 bersamaan hari sabtu, selepas sarapan pagi, kami mula berkemas dan membersihkan kawasan surau dan bertolak balik kira-kira jam 9.00 am. Kami sampai di Pekan Ranau kira-kira jam 4.00 pm.

10 di kinabatangan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


Bung Moktar dicabar Saddi <b>di Kinabatangan</b> - Utusan Online

Posted: 13 Sep 2013 04:23 AM PDT

Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM

SANDAKAN 13 Sept. - Ketua Bahagian UMNO Kinabatangan, Bung Moktar Radin yang menerajui bahagian itu selama hampir 20 tahun, hari ini secara rasminya dicabar oleh Ketua UMNO Cawangan Kampung Perpaduan Batu Putih 1, Datuk Saddi Abdul Rahman.

Saddi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau mengumumkan penawaran dirinya itu ketika berucap sempena mesyuarat cawangan itu di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

DGFC mulakan program pulihara harimau akar <b>di Kinabatangan</b> <b>...</b>

Posted: 24 Sep 2013 05:09 AM PDT

September, 24, 2013 - 8:09 pm
Clarice Kelly memberitahu sesuatu kepada pelajar SK Kuala Suan Lamba.

Clarice Kelly memberitahu sesuatu kepada pelajar SK Kuala Suan Lamba.

SANDAKAN: Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS) dan Pusat Lapangan Danau Girang (DGFC) memperkenal satu program khas di sekolah untuk memupuk kesedaran kanak-kanak tentang harimau akar Sunda dan karnivor lain.

Program ini merupakan komponen utama projek harimau akar Sunda dan karnivor simpatrik yang mendapat sokongan penuh Yayasan Sime Darby. Ia juga mendapat sokongan dan latihan pelajaran daripada Point Defiance Zoo of the United States.

Pegawai pendidikan DGFC Clarice Kelly Samih berkata program penerangan pertama itu diadakan di Sekolah Kebangsaan Kuala Suan Lamba awal bulan ini.

"Melalui program penerangan ini, kami harap kanak-kanak akan lebih memahami dan menyokong usaha untuk memulihara harimau akar kita yang cantik dan karnivor lain, terutama di kawasan Kinabatangan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pengarah DGFC Dr Benoit Goossens berkata sasaran program itu untuk tahun ini ialah mewujudkan kesedaran tentang haiwan berkenaan di dua sekolah di kawasan Kinabatangan.

"Syukurlah, kami berjaya mengadakan program pendidikan ini hasil sumbangan yang diterima JHLS dan DGFC daripada Yayasan Sime Darby sebagai sebahagian daripada skim Big 9 yang dilaksanakan.

"Amat penting bagi yayasan itu memasukkan komponen pendidikan dalam program pemuliharaan harimau akar Sunda," katanya.

Goossens berkata kanak-kanak yang terlibat dengan program itu perlu berada selama dua hari di DGFC untuk membolehkan mereka mengalami suasana hutan, melihat haiwan liar dan berjumpa dengan saintis tempatan dan dari luar Negara untuk menimba pengetahuan.

"DGFC bukan sahaja memainkan peranannya untuk mendidik pelajar muda tempatan dan antarabangsa, tetapi juga memberi peluang kepada generasi muda Malaysia di Sabah untuk belajar tentang alam semula jadi yang ada di sekeliling mereka dan pentingnya kewujudan hidupan liar," katanya.

Seramai 71 nelayan <b>di Kinabatangan</b> terima lesen bot | The Borneo <b>...</b>

Posted: 28 Aug 2013 05:03 AM PDT

August, 28, 2013 - 8:03 pm

Masiung-B18KINABATANGAN: Seramai 71 penduduk Kampung Pangkalan Bukit Garam di sini menerima lesen bot nelayan bagi membolehkan mereka menerima bantuan yang disediakan kerajaan.

Majlis disempurnakan Pembantu Menteri Belia dan Sukan negeri Masiung Bannah (gambar) di kampung itu hari ini.

Dalam ucapannya, Masiung yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kuamat berkata penerima perlu menjaga dan menggunakan lesen itu dengan sebaiknya dalam usaha mengubah sosioekonomi keluarga masing-masing.

Beliau juga mengingatkan mereka agar tidak mengambil jalan mudah bagi memperoleh wang dengan menyewakan lesen itu kepada orang lain.

Seorang penerima, Basrah Annas, 86, berkata lesen itu membolehkan beliau menerima bantuan yang disediakan untuk golongan nelayan, dan berterima kasih kepada kerajaan kerana prihatin, khususnya membantu mereka keluar daripada belenggu kemiskinan.

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Sambutan Ambang Malaysia <b>Di Kota Kinabalu</b> - Tv3

Posted: 15 Sep 2013 09:20 PM PDT

Berita Terkini < Kembali ke Berita Terkini

16 Sep 2013, 12:20pm by Rodhiah Abu Yazid



Di Taman Prince Philip, pantai Tanjung Aru Kota Kinabalu, berlangsung sambutan 50 Tahun Sabah Maju Jaya dalam Malaysia.

Majlis yang disempurnakan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, dimulakan dengan acara perasmian rumah tradisi kaum etnik Sabah.

Tun Juhar membaca peristiyharan perasmian sebelum memalu gong sebanyak tujuh kali.

Ini diikuti lawatan ke lima rumah tradisi  iaitu Rumah Brunei atau Teratak Brunei yang menampilkan kebudayaan kaum Brunei Sabah.

Seterusnya ke rumah tradisi kaum Dusun Ranau dikenali Walai Ranau.

Disusuli Rumah Bajau atau "Banso Sama", Rumah Rungus  dan akhir sekali ke rumah panjang suku kaum Murut dikenali "Pahun Sinom-Pipit".

Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman serta menteri kabinet negeri.

Majlis turut dimeriahkan dengan pertunjukan bunga api.


Vitamin Saya: FREE!! Percutian Mewah <b>di Kota Kinabalu</b> Bersama <b>...</b>

Posted: 24 Sep 2013 01:44 AM PDT

Alhamdulillah.....

21-23hb September menjadi antara detik yang paling manis dalam hidup saya, dapat menyertai PERCUTIAN MEWAH SECARA PERCUMA yang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee.

Nak tengok gambar-gambar kami di sana??

Jom layanzzzz......

 Sabah ni memang terkenal dengan SEAFOOD. Bukan setakat fresh, tapi juga besar2. Memang kecur liur la bila mengenangkan seafood kat Sabah ni...
Ni hotel tempat kami menginap. Hotel TERBAIKdi KK. Memang 5 STAR la hotel ni.
Memori bersama teman-teman Shaklee, yang selama ini hanya dikenali melalui alam maya sahaja, tapi kali ni dapat beramah mesra, bukan setakat dengan empunya diri malahan keluarga masing2 juga...
Banyak aktiviti2 kami di sana. Antaranya sempat melawat muzium, dinner seafood di restoran seafood terkenal kat KK, aktiviti pantai di Pulau Manukan (snorkeling, banana boat, flying fish, bbq lunch), kemudian GALA Dinner dengan tema 70s. Last sekali sebelum bertolak balik, shopping di Pasar Filipina dan ke kedai yang jual Frozen Fresh Seafood untuk dibawa pulang ke semenanjung.

Oh ya lupa nak cerita. Setiap malam kat sana, setiap kali balik bilik pasti ada hadiah kejutan dari Shaklee kat atas katil kami. Romantik sungguh kan.... heheheh....

Memang beruntung sungguh saya rasa menjadi sebahagian dari team Shaklee. Semua ini dinikmati dengan hanya bermodalkan RM75, dan ada juga caranya untuk mendapat keahlian percuma.

Sebenarnya, ini merupakan salah satu insentif yang Shaklee tawarkan kepada pengedar Shaklee yang aktif dan memenuhi syarat-syarat yang ditawarkan. Lawatan ke Kota Kinabalu pada kali ini adalah merupakan ganjaran buat kami yang cemerlang pada tahun 2012.
Selain daripada itu, Shaklee turut menawarkan BONUS TUNAI, BONUS KERETA juga BONUS UMRAH buat mereka yang memenuhi syarat-syaratnya. Dan alhamdulillah, semua ini telah saya nikmati, kecuali umrah. Insya Allah untuk tahun ini saya akan berusaha untuk dapatkan ganjaran umrah pula.

Best kan jadi ahli Shaklee ;-)

Jom jadi ahli Shaklee bersama saya dan grup eksklusif kami yang telah melahirkan ramai pemimpin-pemimpin Shaklee yang cemerlang...

................................................................................................................
Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya, agen Shaklee Pasir Tumboh, Kota Bharu. Bagi mereka yang tinggal jauh, saya gunakan khidmat PosLaju bagi penghantaran.
Boleh hubungi saya di 019-9890707 ;-)
Ini adalah salah satu insentif yang Shaklee tawarkan kepada pengedar shaklee yang aktif dan menepati syarat jualan sepanjang tempoh satu tahun. Trip ke KK kali ini adalah ganjaran untuk prestasi tahun 2012. Dan yang PALING BEST ialah semua perbelanjaan kami ke sana nanti dari segi tiket penerbangan, hotel penginapan dan makan2 sepanjang 3 HARI 2 MALAM itu ditaja SEPENUH nya oleh pihak Shaklee Malaysia. Kita cuma bawak duit shopping aje ! :) Apa lagi yang Shaklee tawarkan buat ahli Shaklee yang aktif dan cemerlang?? CASH Bonus - jualan produk setiap bulan CAR Bonus – bonus kereta dalam bentuk tunai CONVENTION – percutian dalam negeri dan pakej Umrah/International Saya dah terima. Anda mahu?? Jom sertai kami jom ! Klik sini untuk info keahlian Shaklee.

Read more at: http://rahsiavitamin.com/2013/07/shaklee-fully-sponsored-luxury-trip-kota-kinabalu.html
Copyright © RahsiaVitamin.Com

Ini adalah salah satu insentif yang Shaklee tawarkan kepada pengedar shaklee yang aktif dan menepati syarat jualan sepanjang tempoh satu tahun. Trip ke KK kali ini adalah ganjaran untuk prestasi tahun 2012. Dan yang PALING BEST ialah semua perbelanjaan kami ke sana nanti dari segi tiket penerbangan, hotel penginapan dan makan2 sepanjang 3 HARI 2 MALAM itu ditaja SEPENUH nya oleh pihak Shaklee Malaysia. Kita cuma bawak duit shopping aje ! :) Apa lagi yang Shaklee tawarkan buat ahli Shaklee yang aktif dan cemerlang?? CASH Bonus - jualan produk setiap bulan CAR Bonus – bonus kereta dalam bentuk tunai CONVENTION – percutian dalam negeri dan pakej Umrah/International Saya dah terima. Anda mahu?? Jom sertai kami jom !

Read more at: http://rahsiavitamin.com/2013/07/shaklee-fully-sponsored-luxury-trip-kota-kinabalu.html
Copyright © RahsiaVitamin.Com

Seminar Skil & Pengurusan Emas <b>di Kota Kinabalu</b> Sabah | Emas <b>...</b>

Posted: 08 Sep 2013 04:47 AM PDT

Salam sejahtera kepada semua pembaca. Di sini admin ingin mewar-warkan perkongsian ilmu pelaburan emas yang akan diadakan khas untuk warga Sabah terutamanya di Kota Kinabalu. Para speaker adalah yang didatangkan khas dari semenanjung, Team RER dan dibawah label Sinar Gold (SG).Kami selaku penganjur, syarikat Amaish Enterprise berbesar hati untuk menganjurkan seminar tersebut pada pertengahan bulan Oktober 2013. Boleh rujuk pada flyer di bawah untk maklumat lanjut.

seminar _KK

Jika seseorang itu punya banyak duit atau modal sekali pun, kalau tiada ilmu untuk melabur, nescaya akan sia-sia apa yang dilaburkan. Penuhkan ilmu di dada sebelum melabur. Untuk maklumat lanjut serta tempahan, boleh hubungi 016-7114262 ( call / sms / WhatsApp). Tempat adalah terhad.

10 di beluran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di beluran - Google Blog Search


Tiga anggota polis maut kemalangan <b>di Beluran</b> | Kick Story

Posted: 30 Aug 2013 09:31 AM PDT

29 Ogos 2013.Pada pukul 1.15 petang, selepas pulang dari mengajar, gua dan seorang kawan singgah makan di sebuah kedai makan di pekan Telupid untuk makan bakso jawa. Sambil makan dan berbual tiba-tiba datang 4 orang polis trafic di sebelah meja kami untuk makan. Muka mereka nampak ceria sambil berbual menunggu pesanan. 

Waktu petang semasa lepak2 di rumah, gua tiba-tiba terdengar satu berita tentang kemalangan yang berlaku di jalan Beluran-Telupid. Tidak disangka rupanya kemalangan tersebut melibatkan 4 orang polis trafic yang kami nampak di kedai makan yang sedang menjamu selera di sebelah meja kami. Itulah kali pertama dan terakhir kami jumpa mereka. Ucapan takziah kepada ahli keluarga 3 orang polis trafic yang telibat dalam kemalangan tersebut.


Quote Berita

BELURAN - Lima orang termasuk tiga anggota polis terbunuh dalam nahas jalan raya di KM 53 Jalan Beluran-Telupid pada Khamis.

Kemalangan berlaku pada kira-kira pukul 4.50 petang apabila kereta dinaiki empat anggota polis itu bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda dinaiki seorang lelaki dan empat perempuan.

Kesemua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Beluran untuk dibedah siasat.

Ketua Polis Daerah Beluran DSP Sivanathan Velautham berkata tiga anggota polis yang maut dikenali sebagai Kpl Saudi Meting, 48, Kpl Hedzrin Ginan, 36, dan Lans Kpl Khairul Firdaus Abrahim, 25.

Katanya seorang lagi, Konstabel Mohd Zaini Mohd Razwan, 28, cedera parah dan dihantar ke Hospital Beluran sebelum dipindahkan ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk rawatan lanjut.

Saudi dan Hedzrin merupakan anggota polis trafik, manakala Khairul dan Mohd Zaini bertugas di cawangan Unit Peronda.

Sivanathan berkata dua penumpang kenderaan pacuan empat roda itu turut maut iaitu dua adik beradik perempuan dikenali sebagai Masiah Jailani, 47, dan adiknya Layni, 45.

Lelaki yang memandu kenderaan pacuan empat roda itu, Arry Ak Gani, 24, mengalami cedera parah, manakala dua lagi penumpang perempuan, Imawati Siru, 20, dan Regnawati Siru, 22, cedera ringan.

Sivanathan berkata insiden berlaku ketika anggota polis berkenaan dalam perjalanan balik ke Beluran selepas melakukan satu tugasan di Telupid.

Polis masih menyiasat punca kejadian.

Sumber The Star 29 Ogos 2013


10 di kunak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kunak - Google Blog Search


Calon naib ketua Wanita Umno Silam cedera parah dalam <b>...</b>

Posted: 26 Sep 2013 05:16 PM PDT

September, 27, 2013 - 8:16 am

Umno FlagKUNAK: Calon Naib Ketua Wanita Umno Bahagian Silam dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pergerakan itu cedera parah selepas kenderaan yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan yang turut mengorbankan pemandu kereta itu di KM27 Jalan Kunak-Lahad Datu, malam tadi.

Dalam kejadian pada kira-kira 9.30 malam itu, Jumhariah Hambali, 42 yang bakal bertanding dalam pertandingan Umno Oktober ini dan Zuraidah Baching cedera parah selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas dan tergolek beberapa kali.

Ketua Polis Daerah Kunak DSP Radzali Mahmud berkata pemandu kenderaan yang dikenali sebagai Samman Arum, 49, meninggal dunia di Hospital Kunak.

Radzali berkata, kenderaan yang dalam perjalanan dari Kunak ke Lahad Datu itu dipercayai terbabas ketika menuruni bukit di satu selekoh dan memasuki lorong kanan sebelum tergolek.

Jumhariah mengalami kecederaan di bahagian tulang belakang manakala Zuaraidah cedera di bahu kiri serta tulang rusuk.

Kedua-duanya, kini dirawat di Hospital Tawau.

BLOG SABAH: 10 <b>di kunak</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Sep 2013 03:22 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di kunak</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Sep 2013 03:10 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Misteri Terowong Jepun <b>Di Kunak</b> Sabah | Persada sites | Sains <b>...</b>

Posted: 07 Apr 2013 09:40 PM PDT

Bagi penduduk Sabah, mungkin anda pernah mendengar tentang misteri terowong Jepun di Kunak Sabah. Kunak yang mempunyai kira-kira 62,000 penduduk dan merupakan daerah yang kaya dengan sumber marin seperti udang, ikan, ikan bilis dan ketam sama ada yang bersumber dari laut atau yang diternak dalam sangkar.

Kunak juga adalah antara daerah pengeluar rumpai laut di Sabah dan pengeluar ikan keempat terbesar. Nama Kunak memang agak jarang disebut dan masih ramai orang luar belum mengenali Kunak sebagaimana mereka mengenali Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Sandakan walaupun semua daerah berkenaan berada di Pantai Timur Sabah.

Mungkin disebabkan kurangnya promosi dari pihak yang berwajib meskipun di Kunak terdapat banyak lokasi menarik.

Lokasi Menarik Di Kunak, Sabah :

~ Kolam Lumpur (Mud Pool) di Ladang Binuang,
~ Air Terjun Di Hutan Simpan Madai Baturong
~ Gua Madai di Madai
~ Tasik Impian Di Mostyn
~ Kelab Golf di Mostyn
~ Tinggalan Terowong Jepun di Mostyn
~ Kawasan Tanaman Kelapa Sawit yang Tertua di Pulau Borneo (ditanam pada 1957)
~Telaga Tujuh di Pangi
~ Kolam Air Panas / Hot Spring di Sungang
~ Bahan Artifak di Tingkayu

Lokasi terowong ini terletak kira-kira 12 kilometer dari pekan Kunak di mana terowong tanah sepanjang 8 kilometer dengan 4 cabang yang terletak di Ladang Sime Darby dipercayai digunakan oleh tentera Jepun sebagai laluan rahsia untuk mengangkut serta menyimpan peralatan perang.

Kewujudan terowong Jepun ini dikatakan dibina pada zaman Perang Dunia Kedua dan masih terdapat beberapa tinggalan tentera Jepun di dalam terowong tersebut. Beberapa individu cuba memasuki kawasan tersebut dan ada yang mendakwa pernah menemui beberapa barangan peninggalan zaman perang antaranya gelas, sudu, dan ada juga yang mendakwa pernah menemui "bekas landasan lokomotif" di dalam terowong berkenaan.

Terowong berkenaan dikatakan mampu dilalui oleh lori 10 tayar dan ditemui secara tidak sengaja pada tahun 1970-an oleh kaum Iban yang ditugas membersihkan kawasan hutan berkenaan. Mereka mengesan terowong berkenaan selepas melihat runtuhan sebahagian terowong bawah tanah itu.

Ada pihak yang mengandaikan bahawa terowong ini tembus hingga ke Laut Sulawesi. Namun,setakat ini tiada yang mampu menjelaskan di manakah penghujung terowong ini.Ada juga peneroka yang cuba memasuki terowong ini namun tidak mampu meneruskan perjalanan kerana kekurangan udara dan keadaan yang terlalu gelap.


BULAN <b>DI KUNAK</b> | ABU NUHA CORNER

Posted: 24 Apr 2013 08:57 AM PDT

Abu Nuha Corner mengalu-alukan para pembaca :

1) Menghantar sebarang maklumat program atau aktiviti dakwah dan bukan berasaskan komersil khususnya sekitar Kota Kinabalu @ Pantai Barat Selatan dan Sabah amnya untuk dihebahkan di blog ini. Bahan yang bersesuaian, lengkap (seperti foto, banner dll) serta tepat akan dipaparkan di blog ini dalam tempoh tertentu.

2) Menghantar undangan untuk Abu Nuha atau rakan-rakan pendakwah sama ada JHEAINS atau Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) Sabah mengisi program dakwah di kawasan berdekatan dan bersesuaian sama ada di masjid, surau, jabatan kerajaan dan swasta dan sebagainya.

3) Menghantar undangan untuk Abu Nuha Corner membuat liputan sebarang aktiviti dakwah di lokasi yang berdekatan. Berikan maklumat lebih awal dan terperinci untuk memudahkan lokasi dikunjungi. Aktiviti yang bersesuaian akan dikongsikan untuk tatapan pembaca di blog ini.

4) Menghantar berita, laporan atau catatan aktiviti dakwah sekitar Sabah untuk dipaparkan di blog ini tanpa Abu Nuha Corner berkunjung ke lokasi berkenaan. Catatan yang menarik, lengkap dengan foto dan menepati citarasa Abu Nuha Corner akan dikongsikan bersama.

Contoh program @ aktiviti dakwah adalah seperti kelas pengajian agama, ceramah, kuliah, forum, kursus-kursus, seminar, majlis qurban, aqiqah, khatam al-Quran, pertemuan, ziarah hospital, muallaf atau ulama dan seumpamanya. Sama ada ia dianjurkan oleh masjid, surau, kampung, jabatan kerajaan, swasta, NGO, parti atau individu persendirian.

Hantar maklumat program berkenaan ke mesej Facebook Abu Nuha atau emel ke ma_alhafiz@yahoo.com. Sertakan nama pemberi maklumat atau urusetia dan nombor telefon untuk rujukan dan pertanyaan lanjut. Maklumkan juga sasaran audien (sama ada terbuka, tertutup atau ada umur tertentu). Maklumat yang lengkap dan paling penting MENEPATI CITARASA Abu Nuha Corner akan disiarkan. Mari kita bersama-sama menyebarkan maklumat dan aktiviti dakwah demi perkembangan Islam. Terima kasih.

Nahas <b>di</b> Jalan Semporna-<b>Kunak</b> | Kemalangan Jalan Raya

Posted: 19 Aug 2013 01:25 AM PDT

Inalillahi wainailaihi rojiun

19 Ogos 2013
TAWAU - Tiga lelaki maut selepas kereta yang mereka naiki bertembung sebuah lori sepuluh tan di Kilometer 40, Jalan Semporna-Kunak hari tadi.
 
Mereka yang terbunuh ialah pemandu kereta yang dikenali sebagai Amran Juma, 47, serta dua penumpang Julham Amil, 26, dan Ajun Ibrahim, 35. Kesemua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
 
Bagaimanapun, pemandu lori jenis Isuzu berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.
 
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna Penolong Penguasa Bomba Mohd Razali Awang Ahmad, ketika dihubungi Bernama, berkata mereka menerima panggilan kecemasan berkaitan nahas itu pada kira-kira 5.28 petang.
 
Dua jentera bomba, masing-masing satu dari Balai Semporna dan Kunak dengan 10 anggota dikejar ke tempat kejadian dan tiba pada kira-kira 6 petang.
 
Beliau berkata operasi mengeluarkan mangsa berakhir pada 6.58 petang.
 
Sementara itu, Bernama gagal menghubungi Ketua Polis Daerah Semporna untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung nahas berkenaan. - Bernama

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/semasa/3-maut-dalam-nahas-di-jalan-semporna-kunak-1.193145

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved