di negeri sabah - Google Blog Search |
- <b>Sabah Negeri</b> Termiskin <b>di</b> Malaysia? - Berita Semasa
- Rafi Harumin: Istilah yang terkenal <b>di Negeri Sabah</b>.
- Muhyiddin Tiba <b>Di Sabah</b> Untuk Lawatan Dua Hari - MyNewsHub
| <b>Sabah Negeri</b> Termiskin <b>di</b> Malaysia? - Berita Semasa Posted: 08 Sep 2013 06:20 PM PDT Jikalau anda masih ingat lagi Datuk Seri Najib pernah menegaskan (SEPERTI DI SINI) tahun lepas (tahun 2012) yang mana negeri Sabah bukan lagi negeri termiskin tetapi negeri Kelantan adalah negeri termsikin di Malaysia. Hari ini….. Secara rasminya negeri Sabah yang terkenal dengan sumber alam semula jadinya seperti balak yang bermutu tinggi dan minyak serta gas diumumkan sebagai negeri termiskin di Malaysia.
Apa yang Berita Semasa perhatikan adalah, GLC dilihat kurang berminat untuk melabur di Kelantan. Berita Semasa tidak pasti apa sebabnya. Contohnya perledangan kepala sawit. Tanah terbentang luas di Kelantan tetapi GLC sanggup melabur di negara lain yang banyak risikonya contohnya di Indonesia dan Afrika. Akhirnya, apa yang jadi sekarang? Banyak tanah-tanah persendirian terpaksa pajak kepada syarikat persendirian termausklah syarikat non bumiputra. Sebelum ini, pernah tercetusnya kontroversi apabila rakyat negeri Johor dicop sebagai rakyat termiskin di Malaysia dek kerana kos sara hidup di sana yang terus melambung tinggi akibat kemasukan & pembangunan bertali arus yang banyak dikhususkan untuk rakyat Singapura berbelanja berbanding rakyat Kelantan seperti laporan Berita Semasa (DI SINI) Apa kata anda terutamanya rakyat Kelantan dan Sabah apabila negeri anda menjadi negeri termiskin di Malaysia dan juga merupakan rakyat yang menerima gaji terendah di Malaysia? |
| Rafi Harumin: Istilah yang terkenal <b>di Negeri Sabah</b>. Posted: 08 Sep 2013 06:48 AM PDT Istilah yang terkenal di Negeri Sabah. Mari kita berkenalan dengan dua istilah yang biasa digunakan oleh golongan belia di Negeri Sabah. Perkataan atau istilah yang pertama ialah 'trep'. Trep bermaksud perasan. Saya tidak tahu dari mana asal usulnya perkataan ini. Apapun, ia sudah sebati digunakan dalam perbualan dengan memahami maksudnya seperti yang dinyatakan. Antara contoh ayatnya adalah seperti berikut; i. "Si polan itu memang TREP artis. Menyanyi dan berpakaian seperti penyanyi padahal suaranya benar-benar memanggil hujan!" ii. "Kau jangan cuba-cuba TREP penulis di sana. Sudahlah penulisan pun main hentam keromo, buruk pula tu!" iii. "Masalah kau ini, seluruh aspek kehidupan pun kau macam tahu. TREP sempurna. Kawal-kawallah diri jangan kuat berTREP!" Itu istilah pertama berserta contohnya. Yang kedua pula disebut 'memulitik'. Maksudnya, seseorang yang kuat temberang atau cakap berbelit-belit. Rasanya tuan puan sudah tahu apa kata akarnya bukan? Contoh ayatnya pula adalah seperti berikut; i. "Engkau, kalau bercakap biar jelas pada maksud. Jangan kuat MEMULITIK! ii. "Si anu itu, janji-janjinya selalu melangit, padahal MEMULITIK saja. Sekian, selamat belajar. |
| Muhyiddin Tiba <b>Di Sabah</b> Untuk Lawatan Dua Hari - MyNewsHub Posted: 29 Sep 2013 08:55 PM PDT KOTA KINABALU – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini hari ini untuk lawatan kerja dua hari ke Sabah. Beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 10.30 pagi dan disambut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, barisan kabinet negeri serta ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan. Majlis pertama beliau di negeri ini ialah menghadiri perjumpaan dengan usahawan Sabah di Hotel Le Meridien di sini. Pada sebelah petang, Muhyiddin dijadual mengadakan perjumpaan bersama Institut Pendididkan Guru (IPG) di Dewan Saadah Wisma Muis, Majlis Agama Islam Sabah (MUIS). Pada malam, beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO dijadual menghadiri majlis makan malam bersama anggota Badan Perhubungan UMNO negeri di Bangunan UMNO Negeri Sabah. Pada Selasa, Timbalan Perdana Menteri dijadual melancarkan majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Taman Kepayan Ridge sebelum menemui warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di UMS. Muhyiddin dijangka berlepas pulang ke Kuala Lumpur selepas perjumpaan khas bersama mahasiswa itu. – BERNAMA Muhyiddin Tiba Di Sabah Untuk Lawatan Dua Harihttp://mynewshub.my/2013/09/30/muhyiddin-tiba-di-sabah-untuk-lawatan-dua-hari/http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/07/Tan-Sri-Muhyiddin-Yassin1.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/07/Tan-Sri-Muhyiddin-Yassin1-150x150.jpg TerkiniMuhyiddinKOTA KINABALU - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini hari ini untuk lawatan kerja dua hari ke Sabah. Beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 10.30 pagi dan disambut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, barisan kabinet negeri serta ketua-ketua jabatan dan... KOTA KINABALU - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini hari ini untuk lawatan kerja dua hari ke Sabah. Beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 10.30 pagi dan disambut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, barisan kabinet negeri serta ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan. Majlis pertama beliau di negeri ini ialah menghadiri perjumpaan dengan usahawan Sabah di Hotel Le Meridien di sini. Pada sebelah petang, Muhyiddin dijadual mengadakan perjumpaan bersama Institut Pendididkan Guru (IPG) di Dewan Saadah Wisma Muis, Majlis Agama Islam Sabah (MUIS). Pada malam, beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO dijadual menghadiri majlis makan malam bersama anggota Badan Perhubungan UMNO negeri di Bangunan UMNO Negeri Sabah. Pada Selasa, Timbalan Perdana Menteri dijadual melancarkan majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Taman Kepayan Ridge sebelum menemui warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di UMS. Muhyiddin dijangka berlepas pulang ke Kuala Lumpur selepas perjumpaan khas bersama mahasiswa itu. - BERNAMA MyNewsHubhttps://plus.google.com/108738154760102812514MyNewsHub rhad76@yahoo.comAdministratormyNewshubSeptember 11, 2013 · 1 Comments TAWAU: Seorang Sarjan polis cedera selepas ditikam dengan keris oleh seorang suspek kes pecah rumah di Felda Umas 4 di sini. Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata kejadian berlaku kira-kira 12 tengah hari ini ketika anggota berkenaan bersama tiga rakan yang lain cuba menangkap suspek di hadapan sebuah kedai koperasi. Bagaimanapun polis berjaya memberkas suspek dan merampas sebuah komputer riba serta motosikal daripadanya yang disyaki dicuri. Dalam perkembangan lain, Awang Besar berkata polis memberkas sembilan orang pendatang tanpa izin di tiga lokasi semalam. Mereka ditahan dalan sekatan jalan raya di Jambatan Putih, Jalan Kuhara dan Jalan Apas. Seramai 12 individu termasuk seorang penjawat awam yang positif dadah turut ditahan dalam operasi itu, katanya. – BERNAMA |
| BN Kekal <b>Di Tawau</b>, Petisyen PKR Ditolak | Politik - Rakyat News Posted: 14 Sep 2013 03:59 AM PDT
KUALA LUMPUR 14 Sept - Petisyen membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang difailkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi parlimen Tawau ditolak Mahkamah Pilihan Raya lantas mengekalkan Barisan Nasional (BN) sebagai pemerintah kawasan tersebut. Keputusan dibuat oleh Hakim Supang Lian selepas mendapati daftar pemilih yang dicabar pempetisyen telah disahkan mahkamah mengikut Seksyen 9A Akta Pilihan Raya. Tambah Supang, bantahan seharusnya dilakukan pada tempoh bantahan selepas daftar pemilih diwartakan. Petisyen difailkan oleh Datuk Kong Hong Mong dari PKR pada 12 Jun lalu di Mahkamah Tinggi Tawau mencabar keputusan PRU13 yang dimenangi oleh Datuk Mary Yap Kain Ching dari BN. Kong didalam petisyennya meletakkan empat responden dengan Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai responden pertama, Pegawai Pilihan Raya Negeri Sabah sebagai responden kedua manakala Pengurus Pilihan Raya dan Ahli Parlimen Tawau Datuk Mary sebagai responden ketiga dan keempat. Mahkamah kemudiannya memutuskan supaya Kong membayar kos kepada keempat-empat responden RM30,000 setiap satu. Pada PRU13 lalu, BN menang dalam pertandingan empat penjuru dengan kutipan undi 21,331 mengatasi PKR yang memperoleh 16,352 undi Last Updated on Saturday, 14 September 2013 16:54 |
| Konsulat Indon <b>di Tawau</b> mahu bawa lebih ramai ahli perniagaan ke <b>...</b> Posted: 03 Oct 2013 05:11 AM PDT October, 3, 2013 - 8:11 pm
Ketua Perwakilan Konsulat Republik Indonesia di Tawau Muhammad Soleh berkata rombongan yang diatur pejabat konsul itu buat kali kedua untuk usahawan dari Tawau itu diharap dapat membuka lebih banyak jalinan kerjasama dengan ahli perniagaan di Indonesia untuk faedah kedua-dua belah pihak. Beliau berkata semasa di Jakarta, ahli-ahli perniagaan atau penggiat ekonomi dari Tawau akan diatur untuk bertemu dengan kelompok sama di Indonesia bagi memudahkan jalinan kerjasama itu. "Mengikut statistik TEI ke-27 tahun lepas, Malaysia dikenal pasti sebagai negara kedua tertinggi yang berurus niaga di sepanjang pameran itu berlangsung dan kita harap statistik ini akan meningkat lagi pada tahun ini. "Kita harap kali ini, kita boleh membawa anggota rombongan yang lebih besar berbanding 17 orang pada tahun lepas," katanya semasa mempengerusikan majlis makan tengah hari peniagaan TEI di sini hari ini. Majlis berkenaan dihadiri pegawai-pegawai kanan KRI Tawau, ahli perniagaan serta persatuan perniagaan di daerah ini. Mohammad berkata ahli-ahli perniagaan dari Tawau perlu mengambil peluang berkenaan bagi memperluas dan mengembangkan bidang perniagaan atau perusahaan yang mereka jalankan melangkaui sempadan kedua-dua negara. Katanya banyak manfaat yang dapat dicapai sekiranya hubungan perdagangan kedua-dua negara khususnya di Tawau dan wilayah Indonesia yang berhampiran diwujudkan melalui pengukuhan hubungan ekonomi dan keakraban Malaysia-Indonesia. "Perkara ini selaras dengan hasrat kita untuk memperkenalkan ahli-ahli perniagaan di sini terhadap situasi perniagaan dan perdagangan di Indonesia sekaligus merealisasikan misi untuk melihat daerah Tawau turut tersenarai di dalam kalendar ekonomi dunia," katanya. |
| You are subscribed to email updates from di tawau - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

