ads

Isnin, 29 April 2013

10 di kinabatangan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di kinabatangan</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Apr 2013 11:49 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di kinabatangan</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Apr 2013 11:29 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di kinabatangan</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Apr 2013 11:19 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di kinabatangan</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Mar 2013 11:41 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

adun48sukau: Jumlah anggota keselamatan <b>di Kinabatangan</b> perlu <b>...</b>

Posted: 10 Mar 2013 08:31 PM PDT


Datuk Saddi Haji Abdul Rahman mencadangkan kepada kerajaan supaya menambah jumlah anggota pasukan polis dalam Daerah Kinabatangan bagi memperkasakan tugas melindungi keselamatan rakyat di kawasan ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau itu berkata, penambahan anggota itu agak penting memandangkan kedudukan daerah Kinabatangan yang amat luas, selain memiliki kawasan persisiran pantai dan pulau-pulau yang berhadapan perairan Laut Sulu, kawasan  menjadi laluan pengganas di Kampung Tandou, Lahad Datu dan Semporna ketika ini.
"Saya mencadangkan langkah penambahan anggota ke kawasan Kinabatangan.  Kerana ketika ini  saya  merasakan jumlah anggota pasukan keselamatan Di Balai Polis Kinabatangan  perlu dipertingkatkan.
"Selain daripada kedudukan perairan ini dan Sandakan begitu bebas daripada kegiatan penyeludupan dan kemasukan rakyat asing suatu ketika dulu, anggota yang bertugas di dakawasan persekitaran daratan dan kampung-kampung terpencil di Dun Sukau perlu diadakan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, DSP Martin Lugu di Ibu Pejabat Balai Polis Daerah Kinabatangan di sini.
Turut sama dalam pertemuan itu ialah pegawai-pegawai kanan Polis IPD Kinabatangan, Pegawai Platon Rela Kinabatangan  dan Pegawai Pembangunan Masyarakat Dun Sukau, Amirudin Mohd Damit.
Saddi yang juga Pengerusi Koperasi Pembangunan Desa (KPD) Sabah  berkata, terdapat  hampir 90 buah kampung dalam kawasan jagaan Pejabat Polis Daerah Kinabatangan merangkumi kawasan-kawasan Kampung Dalam Daerah Kuamut dan 42 buah lagi terletak dalam kawasan Dun Sukau. 16 darinya kampung dalam Dun Sukau, kata Saddi, berkedudukan di persisiran Pantai yang menghala perairan Sulu dan 26  buah Kampung terletak di kawasan daratan yang bersempadan Dun Tungku dan Lahad Datu dalam kawasan Parlimen Silam.
"Saya dan pihak polis sependapat kawasan dalam Dun Sukau ini amat memerlukan perhatian pasukan keselamatan termasuk pihak polis kerana kedudukan penduduknya yang saya anggap terdedah daripada ancaman luar dan golongan subresif," katanya.
Saddi difahamkan pihak IPD Kinabatangan juga sudah mengemukakan permohonan menambah bilangan anggotanya kepada pihak tertinggi pasukan itu.
Saddi berkata, sektor pelancongan, perladangan dan perikanan di dalam Dun Sukau akan menjadi lebih mantap dengan meningkatnya jumlah kawalan keselamatan di polis di kawasan berkenaan.
Dalam pada itu, kata Saddi, beliau amat berbangga dengan persiapan serta pengawasan keselamatan yang terus diberikan pihak polis daerah ini.
"Selain mereka meningkatkan kerjasama dengan pasukan keselamatan di daerah berhampiran seperti Sandakan dan Lahad Datu, pasukan polis ini juga meningkatkan rondaan ke seluruh kawasan Dun Sukau dan Kinabatangan termasuk di kampung-kampung terpencil seperti dalam kawasanMukim Litang dan sepanjang pintu masuk ke daerah ini," kata Saddi.
"Saya begitu berbangga dengan tanggungjawab  harian mereka. Saya mendoakan semua anggota keselamatan ini terus terlindung daripada bahaya dan daerah ini bebas daripada sebarang ancaman pencerobohan pengganas," kata Saddi.
Saddi juga juga berpuas hati dengan aktiviti  pelancongan dan perladangan di sini yang dapat berjalan seperti biasa atas keupayaan pengawasan itu.

PASPB: TERKINI!!! 500 ahli UMNO sertai PAS <b>di Kinabatangan</b>

Posted: 18 Jan 2013 01:55 AM PST

sabahkini.net: PAS MUNGKIN TANDING <b>DI KINABATANGAN</b>?

Posted: 19 Jan 2013 01:07 AM PST



SEMANGAT...Hj Ahdah bersama pemimpin kanan parti Pakatan Rakyat Kinabatangan. Gambar sisipan Nizar.
OLEH:  RICHARD P ANDIANG    Foto : JUHARI KADIR
PERHIMPUNAN  Kebangkitan Rakyat Kinabatangan siri kedua yang diadakan di kawasan kediaman  Haji Adhah Sulaiman Kampung Batu Putih Kinabatangan anjuran PAS Pusat  kelmarin telah dihadiri lebih 500  orang.
Kedatangan beberapa orang pemimpin kanan PAS pusat yang diketuai  Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Dato'  Mahfuz dan para pemimpin Pas Negeri Sabah  merupakan satu rahmat kepada para penyokong parti Pakatan Rakyat di kawasan Kinabatangan.
Antara ceramah yang disampaikan oleh Nizar ialah mengenai RCI di Sabah dan kepimpinan BN/UMNO yang sekarang kurang mendapat sokongan khususnya di Semenanjung; malah  semakin merosot terutama sekali bagi masyarakat Cina dan India yang sudah menolak kepimpinan BN di Negara ini.
"Saya tahu rakyat Kinabatangan memang memerlukan bantuan dan pembelaan sewajarnya daripada parti yang boleh membawa kemajuan rakyatnya untuk  menikmati pelbagai kemudahan asas dan sebagainya," ujar Nizar.
Kata Nizar isu di Sabah sekarang yang menjadi tarikan dan perhatian penduduk setempat khususnya rakyat Kinabatangan ialah isu tanah; iaitu tanah-tanah mereka yang sudah diusahakan sejak beberapa generasi dengan pelbagai tanaman, telah diceroboh oleh saudagar atau Mafia tanah dari Semenanjung yang didalangi oleh Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, Datuk Osman Jamal dengan restu Ketua Menteri Sabah,  Datuk Musa Hj Aman.
"Bila kita lihat secara dekat, penghidupan masyarakat kaum Sungai di DUN Sukau dan Parlimen Kinabatangan, amat menyedihkan berbanding dengan kehidupan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang menduduki perkampungan Kinabatangan yang telah diberikan Mykad oleh kerajaan BN/UMNO yang bertaraf bumiputera," ujarnya.
Kata Nizar lagi, PAS juga mendapat maklumat terperinci bahawa populasi  penduduk asal yang terdiri daripada suku Sungai baru  mencecah jumlah  seramai 31 orang berbanding PATI yang bergelar Bumiputera celupan seramai 174 ribu termasuk yang bekerja di ladang-ladang sawit.
Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan BN/UMNO di Kinabatangan,  kata Nizar mengutamakan PATI daripada rakyat tempatan. Apa tidaknya kerana PATI yang sudah mendaftar sebagai pengundi tegar BN/UMNO terus mendapat pembelaan yang sempurna dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti di Kampung Muhibbah, Bukit Garam; Kampung Paris 1; Kg Paris 2 dan Kampung Paris 3 yang majoritinya warga negara songsang.
Sementara suku Sungai lainnya, terus terpinggir dan kalau dapat kemudahanpun hanya terdiri daripada kroni-kroni dan suku sakat ADUN dan ADR sahaja, makala yang lainnya hanya menelan air liur.
"Inilah kita datang ke kawasan Kinabatangan untuk memberi tahu sekiranya PAS bertanding di kawasan DUN Sukau, maka ahli Parti KeAdilan Rakyat (PKR) Kinabatangan harus bersatu memberikan kemenangan kepada calon PAS yang bertanding atas tiket Pakatan Rakyat," ujar Nizar dengan wajar penuh ceria.
Begitu juga, kata Nizar, jika PKR bertanding di Parlimen Kinabatangan, maka ahli-ahli PAS harus memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi dan kerjasama keras. Yang pastinya, calon-calon pakatan rakyat sama ada dari PAS atau PKR dapat  merampas kerusi DUN dan kerusi Parlimen dari  kedua-dua kawasan berkenaan," tambah Nizar.
Nizar menambah walaupun kerajaan BN/UMNO memberikan pelbagai bantuan kepada rakyat, ini semuanya menggunakan wang rakyat untuk memancing undi, konon-kononnya UMNO/BN kerajaan yang baik namun sebaliknya rakyat diperbodoh-bodohkan rakyat tanpa disedari.

Ahad, 28 April 2013

10 di kota marudu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


sabahterkini2u: <b>KOTA MARUDU</b> BAKAL MILIK PAKATAN RAKYAT!

Posted: 25 Apr 2013 11:20 AM PDT


Oleh: Pemerhati Kota Marudu
Pakatan dijangka mempertahankan kerusi Parlimen Kota Kinabalu, Tuaran dan Beaufort. 8 kerusi lagi yang diintai Pakatan ialah Sandakan, Putatan, Sepanggar, Tawau, Kota Marudu, Tenom, Keningau dan Penampang. Selain itu Kimanis, Kota Belud, Sipitang dan Pensiangan yang turut mempunyai isu-isu tempatan turut di masukkan dalam senarai yang boleh ditawan.
Kali ini kita meninjau Kerusi Parlimen Kota Marudu yang bakal melihat pertembungan penjuru antara BN, PR, STAR dan SAPP. Walaupun pertembungan PR, STAR dan SAPP 3 pembangkang di kawasan Kota Marudu ini dilihat merugikan namun persaingan lebih tertumpu antara Maximus Ongkili (BN) dan Maijol Mahap bekas Naib Presiden UPKO pemimpin berasal dari Kota Marudu ini.
Maximus seorang ahli Kabinet Persekutuan yang juga Timbalan Presiden PBS  tidak boleh memandang rendah dengan keupayaan Maijol Mahap bekas Senator di Parlimen yang banyak bersuara ini. Maijol sudah membuktikan kehadiran rakyat Kota Marudu di kediamannya semasa pengumuman beliau keluar BN.


Suara-suara lantang Maijol sebelum ini mengenai RCI dan NCR (Tanah Adat) membuka mata rakyat mengenai usaha-usaha membela rakyat. Misalnya isu tanah adat di Kota Marudu yang di ceroboh oleh syarikat-syarikat gergasi yang mendapat kebenaran kerajaan Negeri (Musa Aman) untuk membangunkan tanah milik rakyat yang diduduki sejak turun temurun oleh mereka.
Begitu juga dengan RCI, hanya beberapa hari Maijol Mahap meninggalkan parti, Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak mengumumkan RCI. Gimik-gimik politik BN ini akhirnya terpaksa dibuat bagi meredakan kemarahan rakyat bagi menyiasat tentang projek IC di Sabah. 
Dalam PRU 2004 Maximus Ongkili hanya memperolehi majoriti 3,189 dan tahun 2008 dengan majoriti 4,198. Jika pada tahun 2008 calon PR Andonny Pilit@ Anthony Biri Mandiau boleh mendapat undi 7,830 dan Roslan Mohd Zain (Bebas) boleh memperolehi undi 1,109 tentu Maximus Ongkili BN pada tahun 2013 tidak boleh duduk diam dan memandang rendah betapa 8,939 pengundi benci dan rasa tidak puas hati rakyat Kota Marudu kepada Maximus. 
Kali ini tahun 2013 pengundi Kota Marudu ialah 42,197. Apakah 8,939 pengundi ini akan kembali kepada BN atau pengundi PR akan bertambah? Dengan isu-isu yang berlaku di Kota Marudu, sikap wakil rakyat yang jarang turun ke Kota Marudu, tentu rasa tidak puas hati rakyat makin membuak betapa bencinya mereka kepada pemimpin parti komponen seperti PBS dan UPKO yang kini sudah termakan telunjuk Musa Aman UMNO. Syarikat-syarikat besar yang merampas tanah adat melalui kelulusan Ketua Menteri telah menghalau dan memusnahkan tanaman rakyat Kota Marudu yang dimiliki sejak turun-temurun. 


Begitu juga kerusi Dun Matunggung yang diwakili Jelani Hamdan dan di Dun Tandek calon PKR Parlimen tahun 2008 Andonny Pilit@ Anthony Biri Mandiau bertanding. Apakah Sarapin Magana (BN- majoriti 2,982) dan Lasiah Baranting (BN- Majoriti 2,237) mampu bertahan kerana lawan mereka dalam PR bukan calang-calang. 
Apakah mereka akan mengundi BN? sama-sama kita nantikan apakah keinginan rakyat?Sejauh mana undi meningkat dan menurun di Parlimen dan Dun. 5 Mei akan menjawab segalanya. 

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Kedahkini: DETIK CEMAS SERANG HENDAP <b>DI SEMPORNA</b>....

Posted: 03 Mar 2013 10:07 PM PST

DETIK CEMAS SERANG HENDAP DI SEMPORNA: 19 ANGGOTA PDRM TERPERANGKAP DIKELUARKAN...


Mula-mula kejadian di LAHAD DATU penceroboh berpura-pura menyerah diri dan angkat bendera putih tapi kawan-kawan penceroboh sudah standby dan lepaskan tembakan RPG..

Di Semporna pula.. Penceroboh mengunakan strategi sama,Tembak anggota bertugas dari belakang ketika pihak berkuasa tidak bersedia..



Detik cemas apabila enam anggota polis terkorban dalam serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata dipercayai Tentera Sultan Sulu, ketika operasi di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna.

Pihak Polis mendapat maklumat bahawa pembenrontak sudah berada di Kampung Sri Jaya Simanul, Semporna dan terus membuat intipan.

Operasi yang diselesaikan hampir 24 jam itu turut mengorbankan enam anggota kumpulan bersenjata terbunuh, manakala seorang lagi maut dibelasah penduduk kampung.

Sehingga kini, jumlah anggota keselamatan yang terkorban meningkat kepada lapan orang selepas dua komando VAT 69 mati ditembak penceroboh dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, dekat sini sejak Jumaat lalu.

Polis juga berjaya mengeluarkan 19 anggotanya yang terperangkap di kawasan perkampungan atas air itu. Seorang penduduk wanita berusia 50 tahun dilaporkan cedera dipercayai terkena tembakan rambang kumpulan bersenjata dan dirawat di Hospital Tawau.

Setakat petang semalam, seorang pegawai polis yang disahkan terkorban ialah pegawai Cawangan Khas Bukit Aman, Superintendan Ibrahim Lebar, 52, dari Besut, Terengganu.

Sehingga kini, jumlah anggota keselamatan yang terkorban meningkat kepada lapan orang selepas dua komando VAT 69 mati ditembak penceroboh dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, dekat sini

Terdapat enam mayat lagi yang belum dikenal pasti, dipercayai anggota kumpulan pemberontak.




PUAK PENGGANAS DENGAN PENUH BERGAYA BERGAMBAR SEBELUM KEJADIAN TEMBAK MENENBAK BERLAKU DI SIMUNUL DAN SEKITAR DAERAH SEMPORNA HASIL GAMBAR RISIKAN DI BUAT....( ADMIN PUN PENING MCM MNA GAMBAR NI PEROLEHI TAPI BILA DI SIASAT GAMBAR NI PEROLEHI DARI TELEFON BIMBIT PENGGANAS YANG MATI DI TEMBAK DI SEMPORNA ) ~ Sumber Gambar Lanun yang menyerang di semporna dapat ditangkap semalam...? 
Sumber Gambar

WEB: Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

Ketua Polis Negara dan isteri serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan salam takziah kepada keluarga 5 pegawai dan anggota PDRM yang terkorban dalam satu serang hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Semporna. Mereka yang terkorban adalah:

1. Supt Ibrahim bin Lebar, Caw Khas, Bukit Aman.
2. ASP Micheal Padel, Caw Khas, IPD Semporna
3. Sjn/D Baharin bin Hamit, Caw Khas, IPK Sabah
4. Sjn Aziz bin Sarikun, BN 14 PGA Tawau
5. Kpl/S Salam bin Togiran, IPD Tawau
6. L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, BN 14 PGA Tawau




Al-fatihah.Semoga roh wira-wira negara ini ditempatkan di kalangan orang beriman dan dicucuri rahmat.

Kepada ahli keluarga mendiang, diharap bersabar menerima kehilangan ini dan sesungguhnya seluruh pasukan turut menangisi pemergian beliau.


ANGGOTA polis menguruskan tiga dari enam wiranegara di Surau As Salam, IPD Tawau yang terkorban dalam kejadian berbalas tembakan dengan sekumpulan bersenjata yang mendakwa tentera Sultan Sulu di Semporna.

1. supt ibrahim lebar, E1 b.aman (mati)
2. asp michael, kckd (status tidak diketahui - dijangka mati)
3. insp asanal, ei b.aman (parah dipercayai meninggal)
4. insp aswad, e1 b.aman
5. insp azrah, e1 b.aman
6. insp khairul nizam, sb semporna
7. insp pengiran mohd zamri, kbsjkd SPA
8. insp mohd ramdan, kbld SPA

- 17 anggota


1. Sjn waris - nakotik
2. Sjn Ibrahim - nakotik
3. Sjn aziz - pga
4. Kpl alfian - trafik
5. Kpl mustapa - sb ipk
6. Kpl zulhalip - trafik
7. Kpl johansah - nakotik
8. Kpl mohammad - balai
9. Kpl kamarul - sb
10. Kpl salam - sb
11. Kpl salmi - sb
12. L/kpl azrul - pga
13. Konst ismail - sb
14. Konst yusri - sb
15. Konst sabri- sb
16. Konst Suhaimi - sb
17. Sjn baharin - sb

C. Orang awam cedera
- seha bt ghani, p/50 tjm, bajau, kg sri jaya.
- kecederaan: tembakan di lutut kali lanan belakang.
- telah dihantar ke hospital tawau dan keadaan stabil.
Sehingga kini, perbincangan masih berjalan utk menyelamat yh terperangkap dipengerusikan oleh KCK bersama vat 69, tentera, PASKAL, pga dan lain-lain. Sjn barry muka telah pecah.

Sabahdaily: 21 Calon Bertanding <b>Di Semporna</b>

Posted: 20 Apr 2013 07:47 AM PDT

SEMPPORNA : Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah,dato Seri Mohd Shafie Apdal (BN) mempertahankan kursi Parlimen P.189 Semporna dan ditentang calon PKR, Zamree @ Mohd Suffian Abdul Habi dan Datu Badaruddin Tun Datu Mustapha (Bebas).

Sementara Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Dato sri Nasir Tun Sakaran pula mempertahankan kerusi N.53 Senallang (BN) terlibat dengan perlawanan lima penjuru dan ditentang calon PKR, Mohd Amin Abdul Mem; Abdul Manang Hatib Lawari@ Osman (Bebas); Datu Badaruddin Tun Datu Mustapha (Bebas) dan Abd Karim Talib (Bebas).

Bagi DUN Bugaya, Datuk Ramlee Marahaban (BN) mempertahankan kerursi yang dimenanginya tanpa bertanding dalam PRU-12 kini ditentang lima orang pencabar iaitu Abdullah Sani Abdul Salleh (Bebas); Atal Muhammad KK Abd Menang (Bebas); Abdul Hussin Kiamsin (Bebas); Alimin Budin (Bebas); Hasai Tudai (PAS).

Kawasan N.52 Sulabayan pula menyaksikan calon baru Barisan Nasional (BN), Dato' Jaujan Sambakong ditentang calon PKR, Hermeny Murgal; Hasaman Sagaran (Bebas); Hussein Mumakil (Bebas); Mamat Barhana (Bebas); Julkani Abd Rahman (Bebas) dan Ghazali Penghulu Hindi.

Oleh : ARSHAD HUSSIN (sabahkini)

10 di kota belud - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


DATUK SALLEH TUN SAID MAHU MAJLIS DAERAH <b>KOTA BELUD</b> <b>...</b>

Posted: 28 Mar 2013 02:46 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Saranan Datuk Salleh ini tentunya mendapat pelbagai response termasuk apakah dengan pelaksanaan cukai menyeluruh di pekan Kota belud itu akan meningkatkan prestasi ahli-ahli Majlis daerah yang sebelum ini ...

10 di tawau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Addin: (Gambar) Ribuan Sambut Anwar <b>Di Tawau</b>, Sabah..

Posted: 28 Apr 2013 09:35 AM PDT


Sekarang Anwar Ibrahim di Tawau, Sabah dalam rangka jelajah terakhir sebelum menghadapi PRU13 pada 5 Mei 2013. Gambar yang di rakam sekitar jam 10 malam 28 april 2013 yang di hadiri oleh ribuan "Sabahan"..

Ini Kalilah Tukar!!

10 di sipitang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sipitang - Google Blog Search


pru13: gelombang biru bn tatap <b>di sipitang</b> - pewaris anak bangsa

Posted: 26 Apr 2013 03:42 AM PDT

Bertempat di Dewan Serbaguna Sipitang. Pekan sipitang dibanjiri oleh aura Biru membangkitkan semangat dalam gelombang Biru
Seluruh lapisan masyarakat dengan penuh semangat hadir kerana menerima info pemimpin no 1 Sabah turun ke sipitang.
#Vote4BN
#BNBah
#betternation
#PRU13
#BNTatap

10 di keningau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


Nasi Lalap Ikan Menu Pilihan <b>Di Keningau</b> | my.Mustaffa

Posted: 27 Mar 2013 03:37 AM PDT

hztours Nasi Lalap Ikan Menu Pilihan Di Keningau

8196f66e969e11e2ab4322000a1fa430 7 Nasi Lalap Ikan Menu Pilihan Di Keningau

PEDAS TAPI SEDAP – Hidangan pertama menjadi santapan di Keningau hari ini.

Sebelum ini saya pernah mencuba Nasi Lalap Paha Ayam. Sambalnya yang pedas membuka selera untuk makan.

Harga hidangan ini adalah RM8.50. Saya sering ke Restoran Rahmat 2 jika berkunjung ke Keningau.

Esok saya akan bergerak ke Tenom pula.

Posted from Samsung S3

pixel Nasi Lalap Ikan Menu Pilihan Di Keningau

Carian Yang Berkaitan:

10 di beluran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di beluran - Google Blog Search


sabahkini.net: POLIS TAHAN SEMBILAN INDIVIDU <b>DI BELURAN</b>

Posted: 10 Apr 2013 08:59 PM PDT



KOTA KINABALU: Sembilan individu termasuk dua wanita yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pengganas Sulu telah ditahan polis dalam tangkapan berasingan di beberapa kawasan di Beluran pada malam Selasa dan pagi kelmarin.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata dalam tangkapan jam 8 malam dan 10 pagi itu, membabitkan tujuh rakyat asing dan dua warga tempatan. Hasil pemeriksaan turut menemui beberapa senjata seperti parang, dokumen dan wang tunai dalam tangkapan berkenaan.
"Kita telah menahan tujuh lelaki dan dua wanita dalam tangkapan berasingan itu yang kesemua berusia lingkungan 20an hingga 50an di sebuah kampung di kawasan Beluran kerana dipercayai mempunyai petunjuk dan keterangan-keterangan terlibat dengan pengganas Sulu dari selatan Filipina ini.
"Mereka semua kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Sandakan dan siasatan akan dijalankan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma)," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sabah, kelmarin.
Sementara itu dalam perkembangan berasingan, Hamza mendedahkan pasukan keselamatan telah mengebumikan 17 mayat pengganas di satu lokasi kelmarin.
"Untuk makluman, pihak pasukan keselamatan telah mengkafan, memandikan serta disolat-jenazahkan pada hari ini (kelmarin) dan dikebumikan di satu kawasan di Sabah ini," katanya.

10 di kunak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kunak - Google Blog Search


Tyka Syazawanie: Cutiku <b>Di</b> Lahad Datu dan <b>Kunak</b> Sabah .

Posted: 02 Apr 2013 12:49 AM PDT


Yeayy ! Habis sudah cuti sekolah kan ? and , mesti , semua macam rasa mau cuti lagi kan ? Macam saya juga , dan , saya sambung cuti 2 hari lagi . esok baru mau sekolah . hhi ! Jangan contohi perangai yang kurang baik ini . Korang sabar , nanti bulan 5 , kita cuti 2 minggu . 
Dan , seperti tajuk entry di atas , saya meluangkan cuti 1 minggu saya di Lahad Datu dan Kunak . Tapi , kebanyakannya di Kunak lah . Semua orang tau kan , apa yang berlaku di Lahad Datu , Kunak , dan Semporna bulan March tu hari . Erm , memang menyeramkan , tapi ...
Sebenarnya , kita kena pecaya dengan pihak polis dan pihak ATM . Dorang sudah bertungkus lumus menjaga keamanan negeri Sabah . Memang , banyak khabar angin yang disebarkan , dan kita tidak boleh pecaya bulat2x . Kalau mau betul2x sahih , telefonlah ibu pejabat polis anda . Hha !
Masa sampai sana , roadblock memang ada . Dan , saya sangat kesian dan bangga dengan polis tuh , muka dia pucat , bawah mata dia hitam tapi dia masih meneruskan tugas dia cek semua kereta yang masuk kawasan tu dengan M16 di tangan dia tuh . Mau juga ambik gambar , tapi , untuk mengelakkan masalah , jadi lebih baik tingu jak . 
Dan , begitu juga di kampung kami . Ada pihak ATM tapi dorang di bahagian-bahagian yang pihak pengganas pernah pegi . Jadi , orang kampung kami xbegitu takutlah . Lagipun , pihak pengganas sudah berkurang , pihak ATM pun ada juga jaga di kawasan-kawasan tertentu , jadi keadaan di kampung kami macam biasalah . masih seperti dulu . 
gambar dari google ( bukan saya yang ambil )
Dan lagi satu , pernah satu hari tu , polis  ( macam di atas )  , round kampung kami dengan senapang dorang . Memang smart gaya dorang , eiyy . teringin mau ambil gambar , tapi3x , NDA BERANI ! biarlah dorang menjalankan operasi dorang . Nda mau ganggu , lagipun , time tu kami ada busy sikit sebab cousin saya yang mau bernikah . kalau nda , memang saya mau tingu jak durang sampai dorang keluar dari kampung . 
gambar dari google ( bukan saya yang ambil )


Dan nie masa pulang . mula-mula , ada 10 atau 11 lori askar dengan askar-askarnya sekali , pegi mana , nda tau . hha ! bukan saya ada tanya dorang mau pegi mana , lepas tu ada 7 ka 8 yang macam gambar di atas tu pun , tapi , sama juga la , nda tau mau pegi mana . smart . sungguh smart , dan time tu , berdoa juga , supaya operasi dorang dipermudahkan lepas tu Sabah bebas dari pengganas nie . Amin .
Dan , sememangnya , cuti saya tidak terganggu . Memang kadang-kadang rasa macam lain jak kan , tiba-tiba banyak polis berkeliaran begitu , tapi , itu kerja dorang . dorang mau memastikan kampung kami dan kampung-kampung lain bersih dari pengganas nie . Dan apa yang kami perlu buat , bagi kerjasama . jangan ganggu operasi dorang dan laporkan kalau tiba-tiba ada orang yang tidak dikenali dan mencurigakan bekeliaran di kampung .
Conclusionnya ,  marilah kita berdoa supaya negeri Sabah atau pun Malaysia kembali aman . Time pegi pasar pun , ada tentera , Bayangkan ?? Tapi , apa-apapun , saya percaya dengan kekuatan pihak polis dan tentera kita . Doakan mereka selamat . 
Gambar di belakang rumah nenek . Suka jalan di sini sebab , pendek jak kalau mau pegi rumah kazen . Kalau ikut jalan , lambat . hha ! Yaa , kampung kami memang banyak kelapa sawit . sekian ! 
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved