ads

Isnin, 15 April 2013

10 di tawau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Tiada bukti pengganas berbelanja <b>di Tawau</b> - The Borneo Post Online

Posted: 15 Mar 2013 04:50 AM PDT

by AMIR ANUAR. Posted on March 15, 2013, Friday

TAWAU: Pihak polis menafikan desas-desus yang mengatakan kononnya wujud bukti pembelian barang makanan oleh sekumpulan lelaki yang disyaki mempunyai kaitan dengan pengganas di premis beli-belah di sekitar daerah ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Awang Besaar Dullah, hasil siasatan yang dijalankan mendapati pekerja ataupun pemilik premis yang dimaksudkan tidak melihat ataupun mengetahui kehadiran individu-individu berkenaan.

"Kita tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan wujud pengganas ataupun pihak tertentu yang membeli barang makanan dalam kuantiti yang banyak untuk dibekalkan kepada pengganas di lokasi yang dinyatakan oleh orang awam," katanya.

Awang berkata, pihaknya menerima maklumat yang mengatakan kononnya ada sekumpulan lelaki yang tidak tahu berbahasa Melayu dan mencurigakan dilihat berada di Batu 8 dan Batu 10 Jalan Apas di sini.

Ekoran itu, beliau sekali lagi mengingatkan masyarakat supaya tidak mudah panik dan cuba menimbulkan huru-hara dengan menyebarkan khabar angin mengenai kehadiran pengganas di daerah ini.

"Sekali lagi saya tegaskan, tahap keselamatan di daerah ini terkawal dan masyarakat diharap sentiasa berhubung dengan pihak polis untuk mendapatkan pengesahan berhubung sebarang maklumat terlebih dahulu," katanya.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Kem PLKN <b>di Tawau</b>, Sandakan ditutup sementara – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 19 Mar 2013 04:49 AM PDT

by Clarice Usopclater_2812@yahoo.com. Posted on March 19, 2013, Tuesday

Abdul Hadi (tengah) bersama para jurulatih PLKN di kem PLKN KK Di Bawah Bayu Tuaran.

Abdul Hadi (tengah) bersama para jurulatih PLKN di kem PLKN KK Di Bawah Bayu Tuaran.

TAMPALURI: Dua kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di negeri ini, iaitu di Kem PLKN San Shui, Tawau dan Kem PLKN Bagai Budi, Sandakan ditutup buat sementara waktu bagi kemasukan pelatih PLKN Kumpulan 2 Siri 10/2013 yang akan diadakan mulai 30 Mac ini.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Kementerian Pertahanan Malaysia, Dato' Abdul Hadi Awang Kechil berkata demikian dalam satu sidang media selepas menyampaikan ucapan dalam satu perjumpaan dan dialog bersama seramai 160 jurulatih PLKN Zon Barat di kem PLKN KK Di Bawah Bayu Tuaran.

"Keputusan ini telah dimaklumkan kepada pengusaha kem yang terlibat, dan mereka faham keputusan yang diambil oleh jabatan adalah demi kepentingan para pelatih PLKN dan keluarga mereka," katanya.

Seramai 142 orang pelatih dari Semenanjung yang telah ditempatkan di kedua-dua kem berkenaan ditukar ke lima buah kem di Selangor dan Melaka.

"Seramai 846 pelatih dari kawasan keselamatan khas yang akan ditempatkan di kedua-dua kem berkenaan pula ditangguhkan latihan mereka ke Kumpulan 3 Siri 10/2013.

"Manakala, seramai 516 pelatih yang ditempatkan di kem-kem di Semenanjung perlu meneruskan latihan mereka mengikut jadual," katanya.

Menurut Abdul Hadi, keputusan itu dilakukan atas beberapa faktor, seperti latihan untuk para pelatih perlu diadakan dalam keadaan berkesan tanpa memikirkan masalah lain.

"PLKN merupakan program yang melibatkan masyarakat setempat terutama Modul Khidmat Komuniti, yang mana para pelatih boleh mengadakan aktiviti bersama masyarakat," katanya.

Katanya, ibu bapa dapat menghantar pelatih mengikut latihan tanpa sebarang kerisauan akibat daripada insiden di Lahad Datu.

Selain itu, JLKN mempunyai pilihan sama ada menempatkan para pelatih ke kem-kem lain atau menangguhkan latihan kepada Kumpulan 3 Siri 10/2013 pada 12 Ogos tahun ini.

"Sebaik kejadian di Lahad Datu, kita telah mengambil tindakan drastik. Pada peringkat awal, tentera telah ditempatkan di kem yang terlibat.

"Para pelatih kumpulan pertama telah mendapat pengetahuan dan pengalaman yang cukup besar, mereka telah diberikan taklimat mengenai situasi di Lahad Datu," katanya.

Beliau berkata, para pelatih dipilih secara rawak melalui sistem komputer yang mana senarai nama telah diberikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Daripada jumlah yang dipilih, 60 peratus adalah bumiputera, 28 peratus Cina, 10 peratus India dan dua peratus lagi kaum lain.

Terdahulu dalam ucapannya, Abdul Hadi berkata latihan yang sepatutnya bermula pada 16 April depan itu diawalkan kepada 30 Mac ini agar para pelatih diberikan pelepasan awal bagi memasuki IPTA dan matrikulasi.

Menurutnya, langkah berkenaan adalah satu inovasi yang cuba diketengahkan oleh JLKN bagi menyelesaikan penangguhan latihan oleh para pelatih yang terpilih.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Terkini !! Letupan Kuat <b>Di Tawau</b> !! Foto | AAKJ

Posted: 06 Apr 2013 08:31 PM PDT


"Saya tak tahu apa sebenarnya berlaku, keadaan tiba-tiba menjadi huru-hara seperti tsunami selepas satu letupan disusuli gegaran kuat.
"Beberapa saat selepas itu, rumah saya bergoncang kuat lalu ranap,"


"Sekalipun terperangkap, saya sempat melepaskan diri dan menyelamatkan empat anak jiran dan kami keluar dari runtuhan secara meniarap.
"Nasib baik saya terdengar kanak-kanak itu menangis kerana ketakutan lalu mencari mereka dalam keadaan merangkak di bawah timbunan kayu.
"Mujur ada satu tiang menghalang batu itu daripada terus menghempap mereka," kata Edy Lasuasa, 57, yang cedera di kepala selepas rumahnya musnah dihempap tiga bongkah batu gergasi yang bergolek dari atas bukit di Kampung Bukit Kukusan, Tanjung Batu, di sini, semalam.
Kanak-kanak yang terselamat dikenali sebagai Mohd Hafiz Azizul, 9; Mohd Ajili Arwansyah, 6; Mohd Said Abdul Said, 5; dan adiknya, Norafdilah Abdul Said, 3.
Menceritakan kejadian jam 11.30 pagi yang menghempap 11 rumah itu, Edy berkata, dia terdengar satu dentuman disusuli gegaran kuat sebelum bunyi kayu pecah.
Menurutnya, ketika itu dia berehat di anjung rumah bersama empat kanak-kanak yang juga jirannya sebelum terdengar satu letupan dari kuari berhampiran.

EDY bersama Mohd Hafiz yang terperangkap di bawah runtuhan rumah mereka.

Dia yang bekerja sebagai nelayan berkata, letupan dilakukan di kuari berhampiran adalah perkara biasa tetapi tidak menyangka rumahnya dihempap bongkah batu akibat letupan itu.
"Rumah saya musnah dan ketika kejadian berlaku (rumah ranap) saya terus pengsan.
"Sebaik tersedar, saya terperangkap di bawah runtuhan, saya turut mendapat luka di belakang kepala akibat dihempap tiang rumah yang patah," katanya.
Seorang lagi mangsa, Hula Igu, 58, berkata, dia bernasib baik kerana tiada di rumah ketika kejadian.
"Pada masa itu, saya di pasar kerana menjual ikan. Saya menerima panggilan telefon daripada jiran mengatakan rumah saya runtuh dihempap bongkah batu besar yang jatuh dari atas bukit," katanya.
Katanya, terkejut dengan perkara itu, dia bergegas pulang ke rumah.
"Saya bimbang mengenai keselamatan tiga cucu, termasuk dua daripadanya kembar yang baru berusia sebulan, selain anak serta menantu di rumah.
"Saya bersyukur kerana walaupun rumah musnah, semua ahli keluarga terselamat," katanya.
Menurutnya, menantunya, Nisa Yusuf, 30, bersama bayi kembarnya, Noraisah dan Noranisah Fazlan berusia satu bulan dihantar orang ramai ke Hospital Besar Tawau untuk rawatan lanjut manakala seorang lagi cucunya, Mohd Khairul, 2, terselamat.
Tinjauan di lokasi kejadian mendapati, satu bongkah batu sebesar rumah banglo manakala dua lagi sebesar kenderaan pacuan empat roda.

10 di ranau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


Dari pandangan kepada penulisan: Tempat Menarik <b>di Ranau</b> <b>...</b>

Posted: 10 Apr 2013 09:41 AM PDT

Bismilahirahmanirahim dan Assalamualaikum..
Alhamdullilah habis juga cerita jalan2 kat Ranau dan Kinabalu. So sekarang i will make summary untuk tempat2 yang dah kami kunjungi.
Tempat paling best yang aku rasakan ialah Dairy Farm.. Siyess best.. Kedatangan kami ke kawasan berhampiran pergunungan tu di lambai dengan angin yang tersangat best. Not sepoi-sepoi bahasa because boleh menutup pintu kereta without someone push it. U can imagine? If not u can read this entry..
Selain daripada tu, kalau suka menimba ilmu boleh la buat kunjungan ke Sabah Tea Garden. I know selama hari nie, sapa yang tak pernah lawat kilang teh tak akan tahu cam mana pemprosesannya, dan juga xtahu berapa suhu yang menghasilkan teh yang terbaik. Correct me if i'm wrong make a  conclusion about u readers. Or kepada pengemar teh, banyak pilihan ada di sana.
Tak dilupakan bagi peminat yang suka basah-basah. Ranau Hot Spring boleh anda kunjungi. Bukan setakat basah aje, lecun yang amat pun boleh. Dikelilingi dengan hutan yang menghijau juga boleh membuatkan anda tenang. Tapi apa yang aku xsuka kat tempat nie, u need to pay more.. Untuk lebih lanjut rujuk entry nie..
Manakala bagi pencinta sejarah. U know who u are. War Memorial boleh mengingatkan anda kepada sejarah tanah air. Atau paling jelas lagi untuk tanah air Sabah. Juga buat pengemar rose, kat cnie juga boleh la buat aksi cium2 rose.. Hehe
Last but not least, perempuan suka shoping kan? So pasar Kundasang aje yang ada kat sana. Mid Valley, Jusco jangan nak berharap sangat. Going back to ur hometown la. Sayur-sayur segar bersepah kat pasar nie. Pilih la kedai mana yang anda mahu beli sayurnya. 
Tempat menarik lain? Yehh Kinabalu Park. But a litter bit disappointment. Huhu. Because when we are there, the weather not so good. We cannot see the mount Kinabalu. Cerita lain kat Kinabalu Park leh rujuk entry nie..
Lain2 tempat memang dah tak tahu dan tak kunjungi dah. Seharian memang x cukup kalau ada tempat menarik lain kat Ranau dan Kundasang tu. Kita pergi mana yang sempat aje la.. Next cerita kat Kota Kinabalu plak. Pe yang ada kat Kota Kinbalu. Nantikannn!!
* entry tanpa gambar? cam pelikk aje

10 di nabawan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


KDM M&#39;sia Idol ditangguh, beri laluan kepada PRU-13 | Z-o-o-m!

Posted: 11 Apr 2013 11:35 PM PDT

Boyd PV
boyd_pv@myyzoom.com

734452_436243633113269_694013797_nPERJALANAN program realiti KDM Malaysia Idol ditangguh ke satu tarikh yang akan diumumkan kemudian bagi memberi laluan kepada proses Pilihan Raya Umum Ke-13.

Ketua juri program berkenaan, Asmin Mudin, juga memberitahu uji bakat di Kota Marudu dibatalkan.

Ini bermakna jelajah untuk mencari peserta Top 50 sudahpun berakhir dengan berlangsungnya uji bakat di Nabawan pada 3 April lalu.

Jumlah keseluruhan peserta yang menyertai uji bakat di 10 lokasi ialah 695.

"Selepas ini kami akan menilai semula persembahan 78 peserta yang telah kami berikan kad hijau sepanjang jelajah itu berlangsung," kata Asmin kepada Hiburan Ekspres.

Apabila program itu diteruskan kelak, kami akan umumkan siapa di antara 78 peserta itu yang akan berada dalam senarai Top 50, tambahnya.

Berdasarkan makluman awal pihak juri, mana-mana peserta yang berjaya mendapat tiga kad hijau sebanyak empat kali, mereka tidak perlu risau kerana tempat mereka telahpun disahkan dalam kelompok 50 terbaik itu.

Kecuali berlaku perubahan, adalah selamat untuk mengatakan bahawa setakat ini 11 orang telahpun mengesahkan tempat mereka dalam senarai Top 50 setelah kesemuanya memenuhi kriteria itu.

Maka, persaingan sebenar sekarang ini adalah baki 67 peserta lagi yang mana sembilan daripada mereka mendapat tiga kad hijau sebanyak tiga kali, 17 mendapat tiga kad hijau sebanyak dua kali dan 41 peserta mendapat tiga kad hijau sekali.

Asmin

Asmin

"Kami ucapkan syabas kepada semua peserta yang telah menyahut cabaran kami untuk menyertai uji bakat baik yang berada dalam senarai awal Top 50 mahupun mereka yang tidak terpilih ke dalam senarai itu," kata Asmin.

Ketika jelajah uji bakat terakhir di Nabawan, 37 peserta berjaya menempatkan diri dalam senarai awal Top 50.

Mereka ialah Brenda Anura Lundo Jamin, berumur 19 tahun dari Kudat, Mamat San Ambu (25, Tenom), Edvilito Edward (19, Tenom), Rayon Sitim (16, Tuaran), Sarma Sitim (22, Tuaran), Deffny Pearl Tanggar (24, Tuaran), Azera Jeikin (22, Ranau), Heevine Maria Singlee (20, Telipok), Edwin Sintiu (23, Beaufort) dan Eusebius Eyahing (29, Kota Kinabalu).

Sepuluh orang lagi ialah Andrew Poninting (45, Penampang), Christopher Simon (20, Tambunan), Suzie Peter (29, Tambunan), Ndey Brendon Nain (19, Kudat), Chudin Ansut (44, Tenom), Ranjit Rasid (38, Tenom), Yeltsin Sundang (18, Nabawan), Benzie Peter (27, Tambunan), Azlee Mualip (28, Kudat) dan Khadizah Wati Gumilin (26, Keningau).

Peserta lain ialah Donny Gilbert Matawas (27, Tenom), Emmy Elias (34, Nabawan), Jenny Gaising (29, Penampang), Johnnetry Pingut (43, Paitan), Aslimah Sawang (26, Beluran), Sartinie Ami (26, Nabawan), Alex Angkaus (39, Nabawan), Afiezal Fahmi Inggu @ Amir (19, Nabawan), Rushdy Raphael (23, Keningau) dan Mary @ Norasiah Intiang (45, Tuaran).

Kelompok terakhir ialah Lindra Sylvia Selvister (25, Tuaran), Idzzan Dzuzailah Azamain (21 Ranau), Julli U. Justin (28, Nabawan), Zilamaria Juhara (26, Tenom), Rayner Longpin (24, Tenom), Jessica Joseph (22, Penampang) dan Mazeri Kulandu (26, Kota Kinabalu).

Sepanjang siri jelajah itu berlangsung, beberapa artis rakaman dan bekas peserta program realiti TV turut menyahut cabaran tetapi kejutan paling manis ialah penyertaan seorang remaja berbangsa Cina tulen dari Lawas, Sarawak, Lauridson Liaw Fu Kang.

Lauridson Liaw

Lauridson Liaw

Kemampuan peserta berumur 17 tahun ini menyanyikan lagu dalam bahasa Dusun menarik perhatian bukan sahaja juri tetapi rakan-rakan peserta dan penonton.

Dalam komennya, Betsy Michael dilaporkan berkata: "Kemampuan Lauridson Liaw Fu Kang menyanyikan sebuah lagu Dusun dengan baik dengan intonasi dan sebutan yang betul menambat hati pengadil dan penonton."

Debaran sekarang ini adalah untuk mengetahui peserta mana yang akan berada dalam kelompok 50 terbaik yang akan mengikuti satu modul pembelajaran selama enam minggu di lokasi yang akan dimuktamadkan kemudian.

KDM Malaysia Idol menawarkan hadiah keseluruhan RM235,000 dengan sang juara bakal membawa pulang RM100,000, pemenang tempat kedua (RM50,000), pemenang tempat ketiga RM30,000 dan tempat keempat RM15,000.

Pemenang tempat kelima hingga ke lapan bakal menerima RM10,000 setiap seorang.
Uji bakat program anjuran KDM Malaysia itu yang dimulakan sejak Januari lepas telah berkunjung ke 10 lokasi iaitu di Menggatal, Telupid, Tenom, Keningau, Ranau, Pitas, Tuaran, Beaufort, Penampang dan Nabawan.

Uji bakat yang dijadualkan di Papar dan Kota Marudu dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.

KDM Malaysia Idol disasarkan untuk mencungkil bakat terbaik bukan sahaja dalam bidang hiburan tetapi juga mereka yang mempunyai pengetahuan luas dan mendalam dalam isu-isu berkaitan sosio-ekonomi, politik, budaya, sains dan teknologi serta alam sekitar.

Ia juga disasarkan untuk melahirkan idola yang mempunyai keperibadian seimbang dan boleh dijadikan contoh kepada semua anak muda lain.

Terbuka kepada penyanyi amatur dan mereka yang sudah pernah merakam album, peserta haruslah seorang warganegara Malaysia (tanpa mengira bangsa) dan berumur antara 15 dan 45 tahun dan boleh menyanyikan sebarang lagu dalam bahasa Kadazan, Dusun atau Murut.

Program berkenaan akan disiarkan secara langsung di kaca TV di mana kemuncaknya dijadualkan berlangsung Mei ini.

10 di beluran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di beluran - Google Blog Search


Sabahdaily: Polis Tahan Sembilan Individu <b>Di Beluran</b>

Posted: 11 Apr 2013 06:17 AM PDT

Sembilan individu termasuk dua wanita yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pengganas Sulu telah ditahan polis dalam tangkapan berasingan di beberapa kawasan di Beluran pada malam Selasa dan pagi kelmarin.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata dalam tangkapan jam 8 malam dan 10 pagi itu, membabitkan tujuh rakyat asing dan dua warga tempatan. Hasil pemeriksaan turut menemui beberapa senjata seperti parang, dokumen dan wang tunai dalam tangkapan berkenaan.

"Kita telah menahan tujuh lelaki dan dua wanita dalam tangkapan berasingan itu yang kesemua berusia lingkungan 20an hingga 50an di sebuah kampung di kawasan Beluran kerana dipercayai mempunyai petunjuk dan keterangan-keterangan terlibat dengan pengganas Sulu dari selatan Filipina ini.

"Mereka semua kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Sandakan dan siasatan akan dijalankan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma)," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sabah, kelmarin.

Sementara itu dalam perkembangan berasingan, Hamza mendedahkan pasukan keselamatan telah mengebumikan 17 mayat pengganas di satu lokasi kelmarin.

"Untuk makluman, pihak pasukan keselamatan telah mengkafan, memandikan serta disolat-jenazahkan pada hari ini (kelmarin) dan dikebumikan di satu kawasan di Sabah ini," katanya. -Sabahkini

Sembilan Pengganas Sulu Ditahan <b>Di Beluran</b> Sandakan | melvister <b>...</b>

Posted: 10 Apr 2013 07:41 AM PDT

Lebih kurang sembilan pengganas Sulu ditahan di Beluran, Sandakan. Hampir kesemua mereka ini adalah berbangsa sulu yang asal dari selatan filipina manakala setengah lagi asal dari negara kita. Polis pada awal pagi tadi menahan individu sulu tersebut yang disyaki terlibat dengan kumpulan pengganas di sebuah kampung di Beluran.

pengganas sul

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, tujuh daripada yang ditangkap itu berbangsa Sulu dari Filipina manakala dua lagi ialah warganegara Malaysia. Kesemua suspek berumur dalam lingkungan 20an hingga 50an itu ditangkap di beberapa lokasi di daerah tersebut.

Katanya, pihaknya  juga telah merampas beberapa dokumen dan juga wang serta peralatan-peralatan lain. Datuk Hamza berkata, pasukan keselamatan akan terus menjalankan usaha mengesan pengganas mahupun yang mempunyai hubungkait dengan pengganas tersebut.

Lahad Datu: Sembilan Ditahan <b>Di Beluran</b> Berhubung <b>...</b>

Posted: 10 Apr 2013 04:32 PM PDT


Sembilan orang, termasuk dua penduduk tempatan, telah ditahan di Beluran bagi menyiasat kemungkinan mempunyai kaitan dengan insiden pencerobohan pengganas Sulu di Sabah.
Sembilan itu, termasuk dua wanita dan tujuh lelaki ditahan secara berasingan pada kira-kira pukul 8 malam pada Selasa dan 10 pagi Rabu.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, suspek berusia antara 20an dan 50an, ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
"Mereka akan disiasat di bawah kesalahan keselamatan, dan ini menjadikan jumlah suspek yang ditahan di bawah kesalahan itu kepada 181 orang," katanya pada sidang media di ibu pejabat polis Kepayan di sini, Rabu.
Hamza berkata, suspek ditemui bersama dengan senjata, dokumen dan RM1,000 apabila mereka ditahan.
"Bagaimanapun, tiada pertempuran bersenjata ketika mereka ditahan," katanya.

Ahad, 14 April 2013

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

10 di kudat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

10 di kota belud - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

10 di tawau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

10 di papar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

10 di kinabatangan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


JUHARI GANTI BUNG <b>DI KINABATANGAN</b>? - Malaysians Must <b>...</b>

Posted: 09 Apr 2013 10:18 AM PDT


EKSKLUSIF....Juhari menjelaskan sokongan Suku Sungai kepada BN masih kekal semasa sesi wawancara eksklusif.
Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
SANDAKAN : Timbalan Presiden Persatuan Bangsa Sungai Sabah (SABAS) Juhari Hj Janan menyeru kepada suku kaum bangsa Sungai bukan sahaja di kawasan Kinabatangan, Sugut, Beluran; bahkan di seluruh pelusuk Sabah agar menyokong sepenuhnya calon-calon BN yang bakal bertanding pada PRU 13 ini.
Katanya, sokongan padu yang tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan Barisan Nasional (BN) ini nyataBN akan dapat membentuk semula kerajaan selepas PRU 13 nanti untuk menumbangkan parti pembangkang.
Juhari berkata demikian ketika di wawancara Sabahkini.Net semasa beliau mengikuti lawatan kerja Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke Pangkalan KD Sri Sandakan kelmarin.
Beliau menambah di Sabah sahaja mempunyai 11 orang calon BN yang terdiri daripada suku Sungaiyang akan bertanding di beberapa kawasan tertentu dan diharap masyaraat suku Sungai di negeri ini agar memberikan sokongan seterusnya memberikan kemenangan besar terhadap calon-calon tersebut.
Juhari menambah, sejak Barisan Nsional menerajui kerajaan negeri Sabah pada tahun 1994 sehingga sekarang, kebajikan masyarakat Sungai dan bangsa lain terus terpelihara.
"Ini jelas membuktikan bahawa kerajaan BN di peringkat Negeri di bawah pucuk pimpinan Datuk Seri Musa Hj Aman dan juga di bawah kepimpinan peringkat kerajaan pusat, Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang tiada noktanya terus membela rakyat dalam pelbagai aspek," kata Juhari.
Katanya lagi, mengenai manifesto ataupun akur janji yang dilancarkan baru-baru ini oleh Perdana Menteri; 90 peratus rakyat yang ada di negara ini tidak kira Melayu, Cina, India, Iban termasuk KDM; telah menyokong sepenuhnya akur janti tersebut kerana membawa kebahagian kepada semua rakyat jelata yang bergelar Warganegara Malaysia.
"Parti pembangkang seperti Pakatan Rakyat hanya pandai bercakap tapi tak serupa bikin terlalu banyak menabur pelbagai janji tetapi tidak menjadi realiti inilah kerja-kerja pembangkang yang suka menabur fitnah dan memaki hamun kafir mengkafirkan sesama sendiri, tetapi bukan semudah itu untuk meracunibuah fikiran rakyat," ujarnya.
Dalam perkembangan berkaitan, bangsa Sungai di kawasan Kinabatangan 90 peratus mahukan Juhari Hj Janan sebagai calon Parlimen Kinabatangan pada PRU 13 untuk menggantikan tempat Datuk Bung Moktar Radin.
Dilihat dari beberapa sudut, Juhari Janan memang layak dicalonkan jika pucuk pimpinan BN/UMNO memberi laluan untuk calon Parlimen kerana mengikut sumber yang boleh dipercayai; Juhari Janan adalah seorang aktivis masyarakat dalam aktiviti belia lebih 20 tahun yang lalu dan pernah mendapat gelaran daripada kerajaan Malaysia yang bergelar 'Tokoh Belia Negara'.

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


video ucapan anwar <b>di kota kinabalu</b> tentang isu <b>...</b> - Kelapa Mawar

Posted: 29 Mar 2013 01:19 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]skip to main | skip to sidebar. Kelapa Mawar · Home · Home » VIDEO UCAPAN DSAI DI KK » VIDEO UCAPAN ANWAR DI KOTA KINABALU TENTANG ISU PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU Konten Lain di Sini ...

10 di beluran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di beluran - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


KEKOSONGAN JAWATAN <b>DI</b> JABATAN KERAJAAN <b>NEGERI SABAH</b>

Posted: 04 Apr 2013 05:41 AM PDT

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :-
Bilangan Kekosongan : Enam (06) Jawatan
Tempat Kekosongan: Seluruh Sabah
2. Jururawat Masyarakat Gred U19
Bilangan Kekosongan : Tiga (03)
Tempat kekosongan : 2 Jawatan di Tawau, 1 Jawatan di sembulan, Kota Kinabalu
Tarikh tutup 11 April 2013

Penanaman Sawit Tidak Menghalang Pemulihan Hutan <b>Di Negeri</b> <b>...</b>

Posted: 04 Mar 2013 08:45 AM PST

Sebagai rakyat Sabah kita bersyukur kerana kerajaan negeri sentiasa berusaha untuk memastikan hutan di negeri terus terjaga dan dilindungi. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk memastikan masalah kemusnahan hutan ini dapat ditangani. Tambahan lagi, kerajaan telah mengantikan hasil kayu balak yang sebelum ini pendapatan utama di Sabah kepada kelapa sawit yang mana lebih memberikan keuntungan dan mesra kepada alam sekitar berbanding dengan pembalakan yang lebih kepada pemusnahan hutan.
3 Ogos 2009 (Bernama) -- Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah Isnin meluluskan pindaan Enakmen Hutan (Penubuhan Hutan Simpan dan Pindaan) 1994 yang menyaksikan pewujudan 12 hutan simpan yang baru. Nasrun berkata dengan pewujudan kesemua hutan simpan itu, hutan simpan kekal kerajaan negeri Sabah akan bertambah keluasannya dari 3,594,366.000 hektar kepada 3,604,894.876 hektar atau lebih kurang 49 peratus daripada keluasan negeri Sabah.

13 Sept 2011 (Bernama) Kira-kira 326,000 daripada 340,000 hektar hutan bakau di Sabah diwartakan sebagai Rizab Hutan Bakau, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

30 Mac 2012 (Sabahkini) DEWAN Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan Rang Undang-undang Hutan (Penubuhan Hutan Simpan dan Pindaan) 2012 pada persidangan DUN kelmarin. Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Radin Malleh berkata, rang undang-undang itu bertujuan untuk menyempurnakan hasrat kerajaan, pertama, untuk membubarkan seluas 7,024,00 hektar hutan simpan kekal melalui ke arah landskap dengan tanah kerajaan.
"Kedua, untuk menubuhkan seluas 9,544,50 hektar hutan simpan kekal negeri yang baru bagi menggantikan hutan simpan-hutan simpan yang telah dibubarkan.
"Ketiga untuk mengkelaskan semula lima kawasan hutan simpan sedia ada dengan keluasan 129,209,00 hektar kepada kelas-kelas yang lebih sesuai selaras dengan fungsinya," katanya ketika membentangkan Rang Undang-undang Hutan (Penubuhan Hutan Simpan dan Pindaan) 2012 di Persidangan DUN kelmarin.
6 Nov 2012 (Utusan)- Menerusi sistem pengurusan yang mapan, Sabah berjaya memiliki 17 kawasan hutan simpan dan mempunyai 1.3 juta hektar kawasan hutan yang dilindungi sepenuhnya atau kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan negeri pada masa ini. Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, keupayaan mengurus hutan secara bijak membolehkan negeri itu melepasi ketetapan piawaian yang dikenakan oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Perlindungan Semulajadi (IUCN) sebanyak 10 peratus.
(New Sabah Times) Kawasan-kawasan yang dilindungi seperti Ulu Segama-Malay melibatkan kira-kira 240,000 hektar hutan simpan untuk pelindungan Orang Utan, kira-kira 150,000 hektar sebagai ekosistem hidupan liar, pemuliharaan Lembah Kinabatangan dan Tanah Lembap Segama kira-kira 79,000 hektar dan Trusmadi, Lembah Danum, Maliau Basin dan Imbak Kanyon. Kita telah mengklasifikasikan semula kira-kira 180,000 hektar kawasan termasuk 54,000 hektar koridor hidupan liar menghubungkan Maliau Basin dan Imbak Kanyon ke Lembah Danum dan Ulu Segama dan 130,000 hektar Hutan Simpan Ulu Segama sebagai Hutan Simpan Kelas 1, yang dilindungi sepenuhnya.
Walaupun penanaman kelapa sawit dilakukan secara besar-besaran dan meluas di negeri Sabah namun kerajaan tetap mengambil langkah pemuliharaan hutan secara terancang. Itulah yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri untuk memastikan hutan dapat dipulihkan semula. 
24 July 2008 (http://forest.sabah.gov.my) The Director of Forestry, Datuk Sam Mannan, today handed over a cheque for RM11 million, to his Deputy, Fidelis Edwin Bajau, the officer in charge of development projects, being the latest allocation from the State Government of Sabah for forest restoration, rehabilitation, recreation and research planting activities, to be carried out by the department.

18 Nov 2008 (Utusan)- Sebanyak RM300 juta telah dibelanjakan untuk menggerakkan Unit Pengurusan Hutan (FMU) bagi menjalankan kerja-kerja penanaman dan pemulihan hutan di Sabah.
"FMU sudah pun dilaksanakan di kawasan seluas 384,342 hektar, daripada jumlah tersebut kerja-kerja pemulihan hutan sudah dilakukan di kawasan seluas 189,910 hektar manakala kerja-kerja penanaman sudah dilakukan di kawsan seluas 94,432 hektar.

28 July 2010 (Insightsabah) Datuk Musa Aman adalah satu-satunya lelaki yang boleh melindungi hutan Sabah, hidupan liar dan kepelbagaian hayat yang akan mampu memperseimbangkan pemanasan global. Beliau adalah ketua menteri yang menghentikan pembalakan di Ulu Segama Malua dan Maliau Basin serta mewujudkan hutan penampan yag mempunyai keluasan tiga kali besar daripada Singapura untuk melindungi Lembah Danum daripada pembalakan, perlombongan dan pembukaan tanah untuk tujuan pertanian. Tanpa Musa, hutan dan bahan galian seperti emas di pantai timur Sabah mungkin akan hilang. Kelapa sawit mungkin menggantikan hutan hujan yang ada.


25 August 2012 (Bernama) Tiga badan bukan kerajaan (NGO) di Sabah Jumat menyatakan sokongan terhadap langkah Jabatan Hutan Sabah mahu mewartakan semula 183,000 hektar Hutan Komersil Kelas 2 yang terlibat dengan kegiatan pembalakan secara besar-besaran, sebagai Hutan Perlindungan Kelas 1 yang menjadikannya kawasan yang dilindungi.
07 Nov 2012 (Insightsabah) Dalam satu inisiatif penting, empat syarikat kelapa sawit Malaysia iaitu IOI Corporation Berhad, TH Group, Kwantas Corporation Berhad dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor hari ini, mengumumkan Perjanjian Pemuliharaan Hidupan Liar Malua. Perjanjian ini adalah perkongsian unik dengan BioBank Malua bertujuan untuk meningkatkan perlindungan hidupan liar yang terancam di kawasan Heart of Borneo.
Menurut sumber Jabatan Perhutanan, BioBank Malua ditubuhkan untuk melindungi dan memulihkan Hutan Simpan Malua. Projek itu bermula pada 2008 yang meliputi kawasan seluas 34,000 hektar, kebanyakannya tanah pamah dipterokarpa yang terancam di Sabah dan terletak di Heart of Borneo, bahagian Malaysia.
Sabah merupakan pengeluar minyak kelapa sawit utama untuk Malaysia. Bukan itu saja malahan Sabah adalah pengeluar hasil kelapa sawit ke-3 Dunia. Ini membuktikan Sabah sememangnya berpotensi besar dalam perladangan kelapa sawit. Program pemulihan hutan tetap tidak dilupakan walaupun Sabah menjadi pengeluar hasil kelapa sawit utama negara dan dunia. Itulah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri dibawah kepimpinan Datuk Seri Musa Hj Aman.

23 May 2012 (Bernam) Menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), pada 2009, Sabah mempunyai kawasan penanaman kelapa sawit terbesar berbanding negeri lain, seluas 1.36 juta hektar daripada 4.69 juta hektar keluasan tanaman di seluruh negara. 

Hasil juga secara umumnya lebih kukuh pada purata 4.3 tan sehektar pada 2010 - tertinggi berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Sabah Timur dikenal pasti sebagai lokasi baik untuk kelapa sawit, terutama di Tawau, Lahad Datu dan Sandakan.
Sabah muncul sebagai peneraju dalam usaha memajukan pengurusan ekosistem semula jadi dan dalam mengurus hutan sebagai kawasan simpanan air, karbon serta biodiversiti, bukan semata-mata sebagai sumber balak.

BLOG SABAH: <b>di negeri sabah</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Apr 2013 01:48 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

KEKOSONGAN JAWATAN <b>DI</b> JABATAN KERAJAAN <b>NEGERI SABAH</b>

Posted: 04 Apr 2013 05:41 AM PDT

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :-
Bilangan Kekosongan : Enam (06) Jawatan
Tempat Kekosongan: Seluruh Sabah
2. Jururawat Masyarakat Gred U19
Bilangan Kekosongan : Tiga (03)
Tempat kekosongan : 2 Jawatan di Tawau, 1 Jawatan di sembulan, Kota Kinabalu
Tarikh tutup 11 April 2013

Jawatan Kosong 2013 <b>di</b> Suruhanjaya Perkhidmatan Awam <b>Negeri</b> <b>...</b>

Posted: 04 Apr 2013 03:10 AM PDT

Jawatan Kosong 2013 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPAN)

Jawatan Kosong 2013: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (SPAN) pada mulanya telah ditubuhkan atas Perintah Dewan, the North Borneo (Public Service Commission) Order in Council, 1963, yang diwartakan pada 1 Mac 1963 dalam Warta Kerajaan Bil. S. 43/63.Selepas Negeri Sabah mencapai kemerdekaan menerusi Malaysia pada 31 Ogos 1963, pewujudan SPAN diperuntukkan pula di bawah Bahagian (I), Artikel 36(1) Perlembagaan Negeri Sabah.

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti:

// ]]>

Nama Jawatan :

.JURUTERA (AWAM)

Gred :

.JA41

No. Notis SPA :

.001/2013

Klasifikasi :

.KEJURUTERAAN

Kumpulan Perkhidmatan :

.PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

Taraf Jawatan/Bil. :

.TETAP (6)

.

Tarikh Tutup Permohonan :

.11 April 2013

Nama Jawatan :

.JURURAWAT MASYARAKAT

Gred :

.UA19

No. Notis SPA :

.002/2013

Klasifikasi :

.PERKHIDMATAN PERUBATAN DAN KESIHATAN

Kumpulan Perkhidmatan :

.SOKONGAN

Taraf Jawatan/Bil. :

.TETAP (3)

.

Tarikh Tutup Permohonan :

.11 April 2013

CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari
Laman web SPANS di alamat http://www.jawatan.sabah.gov.my/.
Kemudahan untuk memohon secara on line ini ada disediakan secara percuma di pejabat :

Urus Setia
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah,
Tingkat 3, Blok B, Wisma MUIS,
Peti Surat 10998,
88811 KOTA KINABALU.

Salinan sijil – sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad
pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan
dokumen – dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA
dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

Permohonan yang diterima daripada calon – calon yang TIDAK MEMENUHI kelayakan yang disyaratkan dalam iklan ini tidak akan dilayan.
Hanya calon-calon yang layak selepas TAPISAN SAHAJA akan dipanggil untuk temuduga.
Pemohon – pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas
EMPAT BULAN dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap
permohonan mereka tidak berjaya.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN TIDAK LEWAT ATAU PADA 11 April 2013

Sila klik sini untuk maklumat penuh dan sumber iklan jawatan kosong 2013 ini.

———————————————————————————————-

Jgn ketinggalan utk mendapatkan pemberitahuan jwtn kosong di negeri anda.Isikan langganan email di sini
->> http://bit.ly/QH82aX

———————————————————————————————–

Jawatan Kosong 2013

from your own site.

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved