ads

Selasa, 12 Februari 2013

10 di penampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


Pilihan Anda: 24 Wanita PKR <b>Penampang</b> keluar parti

Posted: 07 Feb 2013 05:31 AM PST

|

KOTA KINABALU: Sebanyak 24 anggota Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Penampang dekat sini hari ini mengisytiharkan keluar parti.

Sungguhpun tidak mengumumkan sebarang alasan berhubung tindakan itu, Ketua Wanita PKR Penampang, Winnie Juani yang mengetuai sebahagian wanita itu berkata beliau mempunyai alasan tersendiri dan meletak kesemua jawatan dalam parti berkuat kuasa 27 Januari lepas.

"Saya memutuskan untuk keluar parti atas keputusan peribadi. Tiada parti, tiada alasan dan tiada komen buat masa ini. Saya belum buat keputusan untuk sertai mana-mana parti. Kami akan umum apabila pilihan raya nanti," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Winnie yang pernah dilantik Pengarah Pilihan Raya Negeri Sabah berkata, beliau komited kepada perjuangan parti selama berkhidmat sejak 2007 tetapi menolak untuk disenaraikan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Winnie berkata beliau mengambil keputusan itu juga bagi menumpukan perhatian kepada keluarga.

Parlimen Penampang kini disandang Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu, Tan Sri Bernard Dompok.

AP

PERINGATAN: Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Berkaitan : POLITIK, TERKINI


Share/Bookmark comments
Posted by Desperado on 9:31 PTG. Filed under , .
© 2008 - 2012 Desperado, Hakcipta Terpelihara.

Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini MILIK ASAL PENULISNYA yang dikutip dari pelbagai sumber di dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. PENULIS tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

Isnin, 11 Februari 2013

10 di kota marudu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


PERTAHANAN AWAM MALAYSIA: JPAM Sabah <b>di Kota Marudu</b>

Posted: 03 Feb 2013 08:53 AM PST

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lb.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

10 di tenom - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tenom - Google Blog Search


KDM IDOL 2013 | UJIBAKAT <b>DI TENOM</b> | Khabar Kinabalu

Posted: 07 Feb 2013 07:58 PM PST

kdm idol

Anda berbakat dalam bidang hiburan? Mahu menjadi seorang idola aka IDOL? Mahir dan boleh menyampaikan persembahan dalam bahasa Kadazan, Dusun atau Murut?

Peluang kini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 15 – 45 tahun.

Sila hebahkan kepada rakan-rakan anda dan hadir ke sesi Uji Bakat di kawasan TENOM

UJIBAKAT KDM IDOL 2013

TARIKH : 9hb Februari 2013

LOKASI : Dataran Terbuka, Pekan Kecil Kemabong, Tenom

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi

Abu Bakar Ella : 019-810 1530
Farrabe AB : 013-808 2711 / 016-806 9067
Pej KDM Malaysia : 088-719 188

10 di nabawan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


Kejadian-kejadian aneh <b>di Nabawan</b>, Sabah - blog rasmi djkc <b>...</b>

Posted: 11 Feb 2013 08:32 AM PST


Saya peminat setia MJ12 dari JB. Saya tak pernah mengalami kisah aneh, misteri dan seram tetapi kisah ini adalah kali pertama berlaku pada saya dan saya harap ini adalah kali yang terakhir... Cerita ini agak panjang jadi kalau boleh pendekkan, silakanlah.

Peristiwa ini baru saja berlaku pada malam tahun baru. Saya bersama adik kembar lelaki saya telah ke Sabah atas satu urusan. Dari Kota Kinabalu (KK) kami menyewa sebuah kereta menuju ke sebuah daerah pendalaman di Sabah bernama Nabawan. Cubalah pendengar semua mencari di ruang siber dan cari di mana letaknya daerah Nabawan di Sabah kerana itulah yang kami lakukan sebelum bertolak. Hakikatnya ini kali pertama kami memandu di Sabah dan kali pertama kami ke Nabawan. Adik kembar saya jenis pemandu tegar. Setiap pelusuk Semenanjung Malaysia telah mereka jejaki dan mereka memang gila memandu. Sebab itulah mereka sanggup menyewa kereta dan memandu sendiri menuju ke Nabawan. 

Mereka pernah memandu dalam semua keadaan, pagi petang, tengah malam, awal pagi, ribut taufan dan apa sahaja bentuk muka bumi semua mereka pernah jejaki. Memandu ke Nabawan adalah satu pengalaman baru untuk mereka kerana jalan yang kami lalui adalah jalan di lereng-lereng gunung-ganang yang membentuk banjaran Croker. Pemandangannya sangat indah kerana kami melalui celah-celah kepulan awan. Kereta yang berselisih dengan kami yang menggunakan jalan itu boleh dikira dengan jari.


Berbalik kepada cerita saya tadi, kami ke Nabawan sebanyak dua kali iaitu hari pertama bertolak ke Nabawan dan malamnya pulang semula ke KK. Dan hari kedua pergi lagi ke Nabawan dan malamnya pulang semula ke KK. Maknanya kami melalui jalan yang sama sebanyak empat kali. Sebagai pemandu tegar yang melalui jalan yang sama lebih dari sekali menyebabkan adik-adik kembar saya boleh menghafal setiap laluan dan apa yang ada di kiri kanan jalan. Di mana kawasan rumah, kawasan hutan, selekoh2 tajam, bukit yang tinggi, kawasan gaung dan laluan turun bukit. Kami tidak mengalami masalah dalam perjalanan pertama, kedua dan ketiga tetapi pada perjalanan terakhir menuju semula ke KK, kembara kami benar-benar diuji...

Nama pun laluan lereng gunung, jadi jalannya mestilah penuh dengan selekoh tajam dan menurun kawasan gunung. Adik saya memandu agak laju (100km/j) walaupun laluan agak merbahaya sebabnya adalah kerana sudah terlalu lewat malam iaitu hampir 11 malam. Kami perlu segera sampai di KK. Sepanjang sejam perjalanan tiada sebuah kereta pun yang kelihatan kecuali tiba-tiba kami ternampak sebuah kereta di hadapan kami yang menuju ke arah yang sama. Kereta tersebut sejenis lori jenis lama dan saya masih ingat lagi nombor pendaftarannya. Kereta tersebut kelihatan terhoyong-hayang. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan dan dipandu dengan sangat perlahan. Apabila adik saya cuba memotong, dia melajukan kenderaannya. Bila adik saya tak nak memotong dia memperlahankan kenderaannya sehingga 30km/j dan menyebabkan adik saya naik angin. Seorang lagi adik saya cuba menyabarkan kembarnya dan mengingatkan yang ini adalah tempat orang. Mungkin pemandu itu baru pulang dari parti tahun baru dan berada dalam keadaan mabuk.  Apabila ada kesempatan adik saya akhirnya dapat juga memotong lori tersebut. Saya cuba melihat ke arah pemandunya tetapi keadaan terlalu gelap. Yang ada cuma lampu dari kereta kami dan lampu malap dari lori tersebut.

Setengah jam selepas memotong lori tersebut dan meninggalkannya jauh ke belakang sehingga tidak kelihatan lagi, tiba-tiba kami diterpa keanehan. Walaupun keadaan cuaca gelap, kami tahu yang kami sedang melalui lereng gunung jadi di sebelah kanan kami adalah tebing batu tinggi dan di sebelah kiri ialah gaung curam yang sudutnya hampir 90 darjah. Tidak jauh di hadapan kami ternampak satu jalan susur ke kiri. Aneh, kiri kan gaung? Adik saya yang memandu bersuara, "Eh, tiga kali lalu jalan ni, aku tak pernah perasan pula ada susur kiri kat sini. Memang ada ke?" Abang kembar dia menjawab, "Mana ada susur kiri sebelum ni? Jalan ni kan sebatang je? Mana ada simpang? Lagipun bawah tu kan gaung?" Mendengar saja jawapannya, dada saya berdebar. Kalau ada susur kiri patutnya ada papan tanda menunjukkan jalan menuju ke mana. Ini, apa-apa pun tiada. Jalan itu seperti jalan yang baru di tar dan garisan putihnya masih memancar lagi. Ketika saya menjenguk ke jalan itu, saya tak nampak di mana penghujungnya kerana gelap dan yang saya nampak hanyalah bayang-bayang pokok di bawah gaung sana. Kalaulah jalan itu benar-benar wujud, tak mengapalah. Tapi bagaimana pula kalau jalan itu memang tak pernah wujud dan ada kereta yang memasuki susur kiri? Fikir-fikirkanlah...

Adik saya memecut lagi kereta sehingga kami bertemu sebuah kereta di hadapan kami. Belum habis debar tadi tiba-tiba adik saya terjerit dan beristighfar, kenderaan di hadapan kami adalah lori yang kami potong dua jam awal tadi. Macamana dia ada di hadapan kami semula? Lori yang sama, nombor pendaftaran yang sama dan masih dipandu dalam kadaan yang sama. Waktu itu saya rasa seperti hendak menangis. Beginilah rupanya perasaan orang yang berada dalam ketakutan yang amat sangat. Saya memegang bahu adik, cuba meneramkannya manakala abang kembarnya yang tidak memandu mula membaca Ayatul Kursi dengan suara yang kuat, saya risau kalau adik saya yang memandu itu panik dan itu boleh membahayakan nyawa kami bertiga. Saya rasa lori itu memang betul2 mahu mengganggu kami dan kalau kami hilang pertimbangan mungkin kemalangan akan berlaku.

Dengan suara yang perlahan dan yakin, adik yang memandu mengarahkan abangnya melaungkan azan dan dengan satu pecutan akhirnya kami sekali lagi berjaya memotong lori tersebut. Aneh, sebaik sahaja berjaya memotong, lampu dari lori tersebut terus hilang dari pandanagn cermin sisi kereta. Seolah-olah ia hilang begitu sahaja. Seram. Kami potong lori itu dua jam yang lalu. Macamana ia boleh berada di hadapan kami semula? Ada jalan potong ke di lereng gunung ni? Kalau ada kami tak nampak simpang pun kecuali susur kiri ke gaung yang mencurigakan itu. Dan kenapa lampu lori dimatikan sebaik sahaja kami memotong? Kami tak dapat pastikan kerana keadaan terlalu gelap. Kalaulah ia muncul lagi di hadapan kami, saya tak tahu di mana pengakhiran kembara kami malam itu. Mungkin ia takkan puas hati selagi kami tak tersasar masuk ke gaung atau menghentam tebing batu gunung di sebelah kanan jalan.

Tiga jam perjalanan kami lalui dengan tenang. Debar di dada semakin berkurangan. Kami mula berbual seperti biasa setelah kejadian mendebarkan tadi. Lebih-lebih lagi, kurang lebih 15 batu lagi kami akan melalui kawasan penempatan penduduk asli. Itulah kampung pertama yang kami lalui setelah hampir 6 jam perjalanan. Kawasan di situ agak terang dengan lampu jalan. Sebelum memasuki kawasan tersebut, kami perlu melalui tiga selekoh terakhir menuruni gunung. Di kiri kanan jalan dipenuhi pokok-pokok besar dan gaung di sebelah kiri tidaklah terlalu curam seperti awal perjalanan tadi. Pokok-pokok besar di kiri kanan jalan mempunyai dahan yang banyak dan menganjur ke jalan. Gabungan dari dahan dan daun-daun pokok di kiri kanan itu membentuk kanopi jalan yang sangat cantik tetapi tidak di waktu malam lebih-lebih lagi pada awal pagi sebegini. Di awal perjalanan, adik saya menggunakan lampu tinggi dan ia hanya direndahkan apabila bertemu dengan lori yang aneh tadi. Jadi sepanjang perjalanan kami menggunakan lampu tinggi. 

Apabila kami menuruni selekoh terakhir, lampu kereta kami menyuluh tepat ke hadapan dan dari kedudukan kami yang tinggi, lampu itu menyuluh ke arah rimbunan dahan yang membentuk kanopi jalan. Ya Allah, tahu tak apa yang kami nampak? Di bahagian atas dahan kami ternampak sesuatu seperti terikat di dahan, dalam keadaan baring dan mukanya menghadap ke bawah (jalan yang kami akan lalu). Susuk tubuh yang dibaluti kain putih, dikafan seperti mayat. Mungkin itu yang dipanggil Pocong tapi yang kami nampak dalam keadaan baring dan mukanya menghadap ke jalan.

Ketiga-tiga kami terdiam terkaku. Saya memang tak berani toleh ke belakang, lutut saya bergetar, bulu roma saya meremang, peluh menitis-nitis keluar walaupun keadaan sangat sejuk. Dan itulah juga yang dialami oleh kedua-dua orang adik saya. Perlahan-lahan adik saya yang memandu mengadu, "Kak, kaki aku kebas. Aku tak dapat rasa 'pedal brake'". Kereta kami hampir terbabas. Sekali lagi adik saya melaungkan azan untuk meneneramkan kembarnya yang sedang memandu. Keadaan sangat sunyi kecuali suara azan yang  kedengaran. Laungan azan berulang-ulang kali itu berhenti apabila kami memasuki kawasan perkampungan orang asli. Walaupun kawasan itu lebih kurang sama sahaja seramnya kerana rumah di situ jarak-jarak, sekurang-kurangnya kawasannya terang dengan lampu jalan. Dan yang penting sekali, kami selamat.

Itulah peristiwa terakhir yang kami lalui sebelum sampai semula ke KK. Kain kafan di bahagian kepala pocong yang terbuai-buai di tiup angin, lori aneh dan laluan susur kiri yang mencurigakan itu masih lagi tebayang2 di mata saya. Sehingga kini saya masih lagi tidur tanpa mematikan lampu kerana bayang-bayangan itu masih lagi menghantui saya sehingga kini.

p/s Seorang teman saya yang berasal dari Sabah terkejut apabila mengetahui kami memandu ke Nabawan melalui jalan itu kerana menurutnya jalan tersebut sangat angker dan misteri kerana terlalu banyak kejadian aneh berlaku dengan kemalangan yang mengerikan. Dia menganggap kami sangat berani kerana melakukannya.

Sekian, selamat tengah malam...
Asyikin, Ulu Tiram, Johor

10 di beluran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di beluran - Google Blog Search


546 nelayan <b>di Beluran</b> terima elaun sara hidup | The Borneo Insider

Posted: 29 Jan 2013 05:21 AM PST

ronald29BELURAN, 29 Jan, 2013: Sebanyak 546 nelayan dari kawasan Beluran menerima elaun sara hidup sebanyak RM200 seorang di sini hari ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dalam ucapan perasmian pada majlis itu berkata jumlah peruntukan keseluruhan bagi pemberian elaun sara hidup nelayan itu berjumlah RM109,200.

Katanya pemberian elaun sara hidup nelayan ini merupakan antara usaha dan inisiatif kerajaan untuk membantu masyarakat nelayan di negara ini.

"Saya percaya ia (elaun) ini akan menjadi pendorong kepada para nelayan untuk terus berusaha gigih, dalam memajukan industri perikanan seterusnya menjamin bekalan makanan negara sentiasa mencukupi khususnya di negeri Sabah dan Malaysia amnya," katanya.

Teks ucapannya disampaikan anggota Parlimen Beluran Datuk Ronald Kiandee.

Menurutnya selain elaun ini, nelayan juga menerima bantuan subsidi minyak petrol dan diesel untuk membantu meringankan kos operasi nelayan ke laut.

Beliau berkata di samping itu, nelayan juga dibayar wang insentif tangkapan iaitu RM0.10 sen bagi setiap sekilo ikan yang ditangkap.

10 di penampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


36 motosikal disita dalam operasi bersepadu <b>di Penampang</b> | my <b>...</b>

Posted: 17 Dec 2012 04:14 AM PST

| 17/12/2012 | 0 Comments
Email This Post Email This Post   Print This Post Print This Post  
1 Star2 Stars3 Stars4tars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

KETUA Bahagian Kententeraman Awam dan Trafik Daerah Penampang, Inspektor Andi Baso Andi Mappangerang (dua kanan) menunjukkan motosikal yang disita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang kelmarin.

Category: Berita Sabah, Sarawak

Ahad, 10 Februari 2013

10 di kudat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


Addin: Hanya Kanak-Kanak Sambut Najib <b>Di Kudat</b>?

Posted: 14 Oct 2012 12:03 AM PDT


Kehadiran perdana menteri Najib Altantuya ke Daerah Kudat di utara Sabah disambut dingin penduduk walaupun penganjuran karnival jelajah janji ditepati diadakan di daerah itu.
Buktinya, jika dilihat sambutan yang diberikan ternyata yang hadir di tapak karnival di Kompleks Sukan Kudat itu hanya kanak-kanak yang kelihatan yang mengambil kesempatan cuti hujung minggu berada di kawasan tersebut.
Seperti biasa Najib Altantuya terus menghentam Pakatan Rakyat tanpa rasa malu melihatkan betapa pembangunan di negeri ini jauh ketinggalan dari negeri-negeri lain walaupun sudah mencapai kemerdekaan sejak 49 tahun lalu.
Najib Altantuya yang tiba dengan helikopter dari Penampang, 190 kilometer dari Kudat itu diiringi Ketua Menteri Musa Aman dan Bernard Dompok hanya seketika saja melawat tapak karnival berkenaan.
Jelajah tersebut yang dianjurkan Telekom Malaysia (TM) dengan kerjasama media pencacai Umno nombor satu, Media Prima Berhad seperti biasa terpaksa mengerah beberapa artis tanah air membuat persembahan untuk cuba menarik perhatian penduduk setempat.

Cuma kira-kira 25 minit berada di tapak berkenaan, Najib Altantuya kemudian terus menghala ke pekan Kudat apabila melihat rata-rata pengunjung yang hadir hanya kanak-kanak yang diupah memakai baju t karnival berkenaan yang teruja dengan kehadiran beberapa personaliti media pencacai Umno itu seperti Fara Fauzana, Sharifah Aleya dan penyampai berita.

Tiba di pekan, Najib Altantuya bertemu dengan penduduk yang rata-ratanya berusia 50 tahun ke atas termasuk pemilik kedai kopi yang sudah pasti bukannya anak muda seperti yang dilaporkan Bernama dalam beritanya sebentar tadi:

"Sebaik tiba, Perdana Menteri terus ke Pekan Kudat dan beramah mesra dengan peniaga dan orang ramai di situ.

Beliau juga bersarapan pagi bersama-sama ketua-ketua suku kaum dan kapitan China di sebuah kedai kopi paling lama beroperasi di situ.
Pemilik kedai kopi itu, Fong Hon Khiong yang kelihatan gembira dengan kunjungan Najib itu berkata beliau begitu "gementar" dan teruja Perdana Menteri memilih untuk singgah di kedainya."
Nampaknya apa yang berlaku semasa program yang sama di Teras Jernang, Bangi, Selangor, beberapa bulan lalu kini berulang kembali dan beberapa sumber memberitahu Najib Altantuya kurang senang dengan sambutan penduduk di pekan itu. ~jalanpulang

10 di ranau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


Sekitar MSS Zon Timur 2013 <b>Ranau</b>, Sabah - semua tentang diri aku

Posted: 06 Feb 2013 04:13 AM PST


Gambar-gambar hebat semasa sukan MSS Zon Timur 2013 Bertempat di SK Sagindai Ranau, Sabah 5-6 hb Febuari 2013.
KEPUTUSAN KESELURUHAN:

JOHAN : SK NUNUK RAGANG RANAU EMAS 4, PERAK 5 , GANGSA 4

NAIB JOHAN : SK PAGINATAN RANAU EMAS 4, PERAK 3, GANGSA 3

KETIGA  : SK PAUS RANAU EMAS 2, PERAK 3, GANGSA 1

Olahragawan:

Olahragawati :

Johan Perbarisan:

Penyandang Juara 2012 SK Paginatan Ranau Sabah.
Info: SK Nunuk Ragang Ranau sebelum 2012 sebenarnya telah MENJUARAI 5 edisi sukan iaitu 2011, 2010, 2009 dibawah Pengurus Cikgu Asmah Abdul Kadir, 2008 dan 2007 dibawah Pengurus Cikgu Macarius Jair.

TAHNIAH..... TAHNIAH..... TAHNIAH.....

SK NUNUK RAGANG JUARA KEMBALI PADA TAHUN 2013.....

 PAPAN KUTIPAN PINGAT RASMI
Pengurus ... Kalau bukan saya... Cikgu Hussin Durahman PK Kokum
Semua Peserta Bergembira kerana mengambil kembali piala pusingan 

 Orang kuat JuruLetih skuad SK Nunuk Ragang





 Ketua Pasukan SK Nunuk Ragang menerima Piala Pusingan MSS Zon Timur 2013
 Hebattttttttttttttt.......................Tahniahhhhhhhhhhhh...........



 Tahniah Skuad SK Nunuk Ragang Ranau







Penyerahan Bendera Kejohanan Kepada SK Matupang Ranau
Tuan Rumah MSS Zon Timur 2014
JUMPA LAGI di Edisi Sukan 2014...
Tahniah SK Nunuk Ragang Ranau.....

10 di sipitang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sipitang - Google Blog Search


Warga Emas, Ibu Tunggal Diraikan <b>di Sipitang</b> - TV3

Posted: 10 Aug 2012 04:42 AM PDT

10/08/2012 19:42:00

SIPITANG 10 Ogos - Bulan Ramadan yang tinggal beberapa hari sahaja lagi terus memberi berkat dan manfaat serta limpahan rezeki buat mereka yang tidak berkeupayaan apabila golongan asnaf itu terus menerus mendapat bantuan sewajarnya.

Tidak ketinggalan di Lumadan, dekat sini golongan asnaf yang terdiri daripada warga emas, ibu tunggal, anak yatim piatu dan lain-lain turut mendapat limpahan rezeki bulan yang penuh berkat apabila mereka diraikan dalam majlis Ziarah Ramadan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan tersebut, Kamarlin Hj Ombi.

Bertempat di Masjid Kampung Bukau, Kamarlin serta pimpinan Kemajuan Rakyat Kawasan Lumadan turut berbuka puasa, solat maghrib, isya' dan terawih secara berjemaah bersama penduduk setempat.

Terdahulu berucap di majlis tersebut Kamarlin yang juga Timbalan Ketua UMNO bahagian Sipitang mengingatkan umat Islam setempat agar memanfaatkan sepenuhnya bulan yang penuh dengan barakah itu.

"Bulan Ramadan bukan sahaja untuk mempertingkatkan ibadah namun ianya juga wadah untuk menjalin hubungan harmoni di samping memperkukuhkan perpaduan melalui pelbagai program yang dijalankan di masjid dan surau di kawasan masing-masing sepanjang bulan Ramadan ini," katanya.

Kata beliau lagi dengan adanya program seumpama itu, ianya akan dapat membantu meningkatkan lagi hubungan antara satu sama lain sekaligus melahirkan masyarakat setempat yang harmoni.

10 di kinabatangan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


Bilit <b>Kinabatangan</b> Heritage BnB

Posted: 10 Feb 2013 04:13 AM PST

Welcome to the oldest rainforest in the world, the Island of Borneo. One of the largest island in the world 'shared' by 3 countries i.e. Malaysia, Brunei and Indonesia. The majestic rainforest habitats consists of almost 15,000 flowering plants species and 3,000 three species. Above all, 221 species mammal and 400 species of bird found.Sabah is located at most north part of Borneo with land area of 73,371 sq. km that presents about 10% of the entire island. At the Crocker Range situated Mount Kinabalu at 4,094 meters is the highest mountain in South East Asia. The Kinabatangan River, the longest river in Sabah is 560 kilometers long. Originate from Crocker Range drains eastward into the Sulu Sea. With Lower Kinabatangan Floodplain in eastern

part of Sabah is less than 500 meters above sea level. An equatorial climate rarely rises above 32°C / 90°F except on very hot days. Rarely fall below 20°C / 68°F even at night. Annual rain falls received is about 150 cm / 60 inches and during wetter parts over 450 cm / 180 inches. Most intense period is during the north east monsoon i.e. from October to February but usually drier from March to September.

Major wildlife habitat types

Tropical forests are the home of the greatest biological diversity on the planet, supporting well over half the globe's species of plants and animals on only a little over five percent of the total land area. Sabah's forest is divided into four broad categories of vegetation type of habitat:

Coastal and Mangrove Forest

Coastal forest includes mangrove forest, freshwater swamp forest, riverine forest and beach vegetation. These types of habitats are found from zero to 100 feet above sea level. The distribution is all along the coast and on major rivers in Sabah.

Mangrove forests and swamp forests are important breeding grounds for fish and provide nesting and roosting sites for wetland birds such as egrets and herons. They are critical for the survival of Borneo's famous Proboscis Monkey.

Dipterocarp Forest

This type of habitat is sub-divided into three categories: The Lowland Dipterocarp Forest (100 - 500 feet above sea level), Upland Dipterocarp Forest (500 - 1,500 feet above sea level) and Highland Dipterocarp Forest (1,500 - 3,000 feet above sea level). Dipterocarp Forests are among the most diverse ecosystems on earth, and are home to most of Sabah's unique and famous wildlife species, such as orangutan and rhinoceros. Most commercial logging is carried out in these forests are special lowland forest types. These special forests may be low in stature, but are rich in unique plant species

Heath forests and limestone forests.

These are special lowland forest types. Although these forests may be low in stature, they are rich in unique plant species.

Montane Forest.

Montane forest is sub-divided into Lower Montane Forest (3,000 - 4,500 feet above sea level) and Upper Montane Forest (4,500 - 11,000) feet above sea level). Upper montane habitat type in Sabah is basically restricted to Kinabalu and Trus Madi mountains. Many rare and restricted range species occur in these unique habitats.

Wetlands

Sabah has a rich variety of wetland habitats besides mangrove forest, including swamp forests, peat swamp forest, marshes, rivers and lakes. In addition to many fishes and aquatic organisms, these wetlands are habitat for numerous species of wetland birds, including long distance migrants that may travel from as far as Australia or Siberia. They are also home to Crocodiles and the rare False Garial.

Marine Habitats

Among the most important marine habitats are sea grass beds and coral reefs. Sea grass beds are important as breeding grounds for many ocean fish, and are feeding grounds for Green Turtles and the rare Dugong (or sea cow). Like tropical forests, coral reefs are among the most diverse ecosystems on earth and Sabah's reefs are famous the world over. The open ocean is also rich in life, and is the home of many valuable fish and invertebrates, as well as marine mammals such as porpoises and whales.

Biodiversity

Most of the mammals and birds that occur in Borneo can be found in Sabah. There are 197 species of mammals in Borneo, and 167 of these have been recorded from Sabah. All of Borneo's ten primate species occur in Sabah. These include the Bornean orangutan -Pongo pygmaeus pygmaeus and the proboscis monkey -Narsalis larvatus which both are endemic to Borneo. Borneo's three mega-herbivores - the Asian elephant -Elaphas maximus, Sumatran rhinoceros -Dicerorhinus sumatrensis harrisoni and Banteng -Bos banteng occur in various parts of Sabah. Other notable species present include the rare Malayan Sun Bear -Helarctus malayanus and the Clouded Leopard -Neofelis nebulosa.

Borneo also has about 622 species of birds, of which 434 are known or thought to breed, and 39 are endemic. Of these, Sabah has about 526 well-documented species, of which about 395 are residents, 35 are Bornean endemics, and four are Sabah endemics. Another 51 species have been recorded in Sabah, but are unconfirmed. The Sabah endemics are the White-Fronted Falconet - Microhierax latifrons, Black-and-Crimson Pitta -Pitta ussheri, White-Crowned Shama -Copsychus stricklandii and friendly Bush Warbler -Bradypterus accentor. Most of Sabah's mammals and birds occur in forest habitats. Various forms of dipterocarp forest are predominant and cover 41.9 percent of Sabah's land area. Commercially important timber species of the family Dipterocarpaceae of which 155 of the 390 species in Asia are endemic to Borneo, are found in the first type. The rest of the area is montane forest (9.5%), mangrove forest (3.7%), swamp forest (2.3%), plantation forest (2%), and brackish water forest/nipah forest (0.6%). The rest of the land area (39.7%) is basically agricultural land, urban areas etc.

Totally Protected Species

Totally protected species are those listed in Schedule 1 of the wildlife. No one may possess these species or any part or product from them without written authorisation from the Minister for Tourism Development, Environment, Science and Technology.

Totally Protected Mammals

Local Name: Badak Sumatra (My)
Common Name: Sumatran Rhinoceros
Scientific Name: Dicerorhinus sumatrensis Order: Perissodactyla Family: Rhinocerotidae
Status: WCE 1997 Schedule I Part I; CITES Appendix I; IUCN E
Threats to Survival:

Habitat loss and poaching for its horn, which is believed to have medical properties.
Conservation Measures: Protection by legislation. Establish protected areas network. Established interagency collaboration and new approaches in monitoring and research. Conducting captive breeding program. Translocation of doomed animals from areas where loss of habitat and poaching are threatening its survival. Government and NGOs working together in promoting public awareness for protection and conservation.

Local Name: Orang Hutan (My); Kogiu (Kd)
Common Name: Orang Utan
Scientific Name: Pongo pygmaeus
Order: Primates
Family: Pongidae
Status: WCE 1997 Schedule I Part I; CITES Appendix I; IUCN E
Threats To Survival: Habitat loss and poaching.
Conservation Measures: Protection by legislation. Establish protected areas network. Established interagency collaboration and new approaches in monitoring and research. Conducting natural rehabilitation and breeding programs. Translocation of doomed animals from areas where loss of habitat and poaching are threatening to its survival. Government and NGOs working together in promoting public awareness for protection and conservation.

Local Name: Beruang (My)
Common Name: Sun Bear/Malay Bear/Honey Bear
Scientific Name: Helarctus malayanus
Order: Carnivore
Family: Ursidae
Status: WCE 1997 Schedule I Part I; CITES Appendix I; IUCN V
Threats To Survival: Habitat loss and poaching.
Conservation Measures: Protection by legislation. Establish protected areas network. Established interagency collaboration and new approaches in monitoring and research. Government and NGOs working together in promoting public awareness for protection and conservation.

Local Name: Kera Belanda (My), Bangkatan (Kd)
Common Name: Proboscis Monkey
Scientific Name: Nasalis larvatus
Order: Primate
Family: Cercopitihecidae
Status: WCE 1997 Schedule I Part I; CITES Appendix I; IUCN V
Threats To Survival: Habitat loss and poaching.
Conservation Measures: Protection by legislation. Establish protected areas network. Established interagency collaboration and new approaches in monitoring and research. Government and NGOs working together in promoting public awareness for protection and conservation.

Local Name: Harimau Dahan (My)
Common Name: Clouded Leopard
Scientific Name: Neofelis nebolusa
Order: Carnivora
Family: Felidae
Status: WCE 1997 Schedule I Part I; CITES Appendix I; IUCN V
Threats To Survival: Habitat loss and poaching.
Conservation Measures: Protection by legislation. Establish protected areas network. Established interagency collaboration and new approaches in monitoring and research. Government and NGOs working together in promoting public awareness for protection and conservation.

Local Name: Duyung (My)
Common Name: Dugong
Scientific Name: Dugong dugon
Order: Sirenia
Family: Dugonidae
Status: WCE 1997 Schedule I Part I; CITES Appendix I; IUCN V
Threats To Survival: Habitat disturbance by fishing, poaching, accidental catch in fishing nets.
Conservation Measures: Protection by legislation. Establish marine protected areas network. Established interagency collaboration and new approaches in monitoring and research. Government and NGOs working together in promoting public awareness for protection and conservation.

Totally Protected Reptiles

Local Name: Buaya Julung-Julung (My)
Common Name: False Gharial
Scientific Name: Tomistoma schlegeli
Order: Crocodylia
Family: Crocodylidae
Status: WCE 1997 Schedule I Part I; CITES Appendix I; IUCN E
Threats To Survival: Habitat loss and poaching.
Conservation Measures: Protection by legislation. Establish protected areas network. Establish interagency collaboration and new approaches in monitoring and research. Government and NGOs working together in promoting public awareness for protection and conservation.

Local Name: Penyu Hijau (My)
Common Name: Green Turtle
Scientific Name: Chelonia mydas
Order: Testudinata
Family: Cheloniidae
Status: WCE 1997 Schedule I Part I; CITES Appendix I; IUCN E
Threats To Survival:

Habitat loss, accidental catch in fishing nets and poaching of eggs and adults.
Conservation Measures: Protection by legislation. Establish marine protected areas network. Established interagency collaboration and new approaches in monitoring and research. Government and NGOs working together in promoting public awareness for protection and conservation.

Local Name: Penyu Sisik (My)
Common Name: Hawksbill Turtle
Scientific Name: Eretmochelys imbricata
Order: Testudinata
Family: Cheloniidae
Status: WCE 1997 Schedule I Part I; CITES Appendix I; IUCN E
Threats To Survival: Habitat loss, accidental catch in fishing nets and poaching of eggs and adults.
Conservation Measures: Protection by legislation. Establish marine protected areas networking. Intensive monitoring and research. Established interagency collaboration and approaches in monitoring and research. Government and NGOs working together in promoting public awareness for protection and conservation.

Totally Protected Plants

Local Name: Periuk Kera (My)
Common Name: Pitcher Plant
Scientific Name: Nepenthes rajah
Family: Nepenthaceae
Status: WCE 1997 Schedule I Part II; CITES Appendix I
Description: A highland species found only on Mt. Kinabalu and Mt. Tambuyukon in Sabah, where it grows among grasses and shrubs on ultramafic soils. It is one of the largest (and certainly the most famous) species in the genus, and has captured the attention of botanists and explorers since it was first discovered in 1858. The huge purple lower pitchers can hold up to 3 litres of water, and have been recorded catching rats in the wild.
Threats To Survival: This species is highly localised and is therefore vulnerable to any negative impacts from habitat disturbance and collecting.
Conservation Measures: Protection by legislation. Government and NGOs working together in promoting public awareness for protection and conservation. Established interagency collaboration and new approaches in monitoring and research.

Local Name: Orkid (My)
Common Name: Orchid

Scientific Name: Paphiopedilum spp.
Family: Orchidaceae
Status: WCE 1997 Schedule I Part II; CITES Appendix I
Threats To Survival: Most species are highly localised and are therefore vulnerable to extinction because of habitat disturbance and collection.
Conservation Measures: Protection by legislation. Government and NGOs working together in promoting public awareness for protection and conservation. Established interagency collaboration and new approaches in monitoring and research.

Local Name: Bunga Padma (My)
Common Name: Rafflesia

Scientific Name: Rafflesia spp.
Family:
Rafflesiaceae

Status: WCE 1997 Schedule I Part II; CITES Appendix II
Description: Seven out of fifteen species worldwide of Rafflesia can be found in Malaysia. R.cantleyi and R.kerrii are found in Peninsular Malaysia whereas R.arnoldii, R. pricei, R. keithii, R. tuan-mudae and R. tengku-adlinii in Sarawak and Sabah. R.kerrii, R. keithi, R. tuan-mudae and R. tengku-adlinii are endemic to Malaysia.
Threats To Survival: Most species are highly localised and are therefore vulnerable to extinction because of habitat disturbance and collection.
Conservation Measures: Protection by legislation. Established interagency collaboration and new approaches in monitoring and research. Collection for cultivation is threatening its survival. Government and NGOs working together in promoting public awareness for protection and conservation.

Local Name: Akar Tetrastigma (My)
Common Name: Tetrastigma (vine)

Scientific Name: Tetrastigma spp.
Family: Vitaceae
Status: WCE 1997 Schedule I Part II
Threats To Survival: Most species are highly localised and are therefore vulnerable to extinction because of habitat disturbance and collection.
Conservation Measures: Protection by legislation. Government and NGOs working together in promoting public awareness for protection and conservation. Established interagency collaboration and new approaches in monitoring and research.

Lower Kinabatangan Managed Elephant Range (58,809 ha)

This range (corresponding to Areas 1 and 2 in Table 3) consists of forest remaining in the Kinabatangan River floodplain, with freshwater swamp forests, secondary dryland forest, limestone outcrops and lakes. Most of the original forest in this region has been converted to oil palm plantations. About 95 – 115 elephants exist in the area, and the remaining forest land currently used by elephants incorporates the Pin-Supu, Gomantong, Pangi and Keruak Forest Reserves, and the Kinabatangan Wildlife Sanctuary. This elephant range has been cut from the extensive forest blocks and elephant ranges further inland by plantations and by a public road and human settlements along the road.

However, some prospects exist of regaining a corridor, perhaps through the development of timber plantations using a mixture of native tree species. Elephants may be observed near the villages of Sukau, Batu Puteh and Bilit, and have come to be a big tourism attraction. However, problems occur when elephants damage village farms. Many of the large plantations adjacent to the forest use electrified fencing to reduce elephant incursion.

If you have come to Borneo to see the amazing wildlife than the lower Kinabatangan River is an essential place for you to visit. The entire river is teeming with many rare and endangered animals, birds and reptiles. It can almost be guaranteed that you will see families of Proboscis monkeys, Macaque monkeys and hornbills. If you are lucky, you can also see Orang Utan, crocodiles, elephants, and a spectacular assembly of birdlife.

You will have the opportunity to join a river cruise which is the perfect way to spot animals. You will spend the night at a small, clean and eco-friendly resort nestled within the forest on the banks of the river.

In total facing the river Kinabatangan partially scenic hills viewed on its left. The usual misty filled during morning sunrise with dusky at sunset towards twilight. This amazing site situated on six acres piece of land belong to an Orang Sungai passed down from their ancestors. Surrounded by lowland forest of wild fruit and flowering trees and plants has invited primate and bird species closer and frequent the area. Two hundred meters inside from where land transport has stopped located the reception counter.

At present, only six village styles wooden made accommodation built on stilt has been erected. Of each with a maximum area of 30' width X 25' length X 15' in height. One of the many little ways minimises the impact to it wildlife filled environment. The reception counter area is also our guest information centre, briefing area and a cafeteria. There are four 'huts' with eight rooms as guest's accommodation. Three either twin or double bed with clean attached bathroom. One other hut with two rooms is the dormitory with three Double-Decker beds to accommodate six guests and one Double-Decker and a twin bed to accommodate four persons. Just behind there's a clean common bath rooms with 2 toilets and two shower respectively.

We hope to accommodate less 20 persons at a time. With main aim minimise impact and conflict indirectly created towards environment and wildlife habitats.

We hope guests and visitors join us minimise unwanted none decay product into the area. Kindly, to carry out back to town own unwanted material.

We hope everyone join us in our 'bits' towards conservation related issues at the area for our future generation.

Sabtu, 9 Februari 2013

10 di tuaran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


“Mari Keliling <b>Tuaran</b>” - projek pemetaan komuniti oleh belia

Posted: 31 Dec 2012 02:00 AM PST

Oleh Amy Yee dan Fizah Yusof
Gambar oleh Ille Tugimin

 

Pada 29 Disember lalu, seramai 16 belia berusia 19-35 tahun turun ke Tuaran untuk menunjukkan pelbagai tempat ibadat yang berbeza dan keunikan pekan ini.

 

"Mari Kelliling Tuaran" adalah projek pemetaan komuniti yang pertama seumpamanya di Tuaran. Krew menghabiskan masa selama tiga bulan meneroka Tuaran melalui beberapa siri bengkel berbeza yang terdiri daripada penyelidikan, fotografi dan klip video mengenai penduduk Tuaran.

Lew Pik-Svonn, 29 tahun, pengasas bersama dan pengurus projek berkata, Sabah adalah satu daripada negeri-negeri yang paling majmuk budayanya di Malaysia. Berasal dari Kuala Lumpur, beliau kagum dengan paparan yang begitu banyak kepelbagaian dalam satu tempat yang kecil. 

"Kami memutuskan untuk menjalankan projek di Tuaran kerana ada enam gereja mazhab berbeza, dua kuil Tao dan sebuah masjid berdekatan di antara satu dengan lain dalam komuniti kecil ini. Ia juga tempat asal kumpulan etnik Dusun Lotud. Melalui projek ini, kita berharap penduduk Tuaran akan belajar, menghargai dan berasa bangga untuk memanggil Tuaran rumah mereka," katanya.

Lew berkata, projek pemetaan komuniti ini dianjurkan oleh Projek Rumah Ibadat Kita, sebuah inisiatif Kota Kita daripada kolektif seni bukan berasas keuntungan bertujuan untuk memperkayakan hubungan masyarakat melalui media kreatif yang dibiayai oleh geran dari Projek Dialog.

"Projek ini adalah susulan projek pemetaan pada Oktober lepas di Brickfields, Kuala Lumpur. Terdapat tiga siri dalam projek ini dan destinasi terakhir belum lagi didedahkan," katanya.

Pelawat di acara komuniti masing-masing diberi sebuah buku kecil percuma yang bertajuk: "Tuaran Bah Ni!". Ia penuh dengan maklumat. Mengumpul bahan-bahan dalam buku panduan itu mengambil masa dua bulan untuk disiapkan.

Buku itu yang juga berfungsi sebagai peta Tuaran, menonjolkan kepelbagaian budaya dan agama di Tuaran dengan penerangan dan komentar berguna oleh mereka yang menganjurkan acara itu. Komentar mengenai makanan tempatan, kepercayaan tradisional Dusun Lotud, tempat-tempat ibadat, restoran, pasar dan pelbagai tempat rekreasi dibuat dalam bahasa kebangsaan.

Lawatan itu juga membawa krew ke menara jam ikonik Tuaran. Ia bermula dengan lebih 50 orang yang menyertai berjalan kaki selama dua setengah jam yang meliputi empat rumah ibadat berbeza di Tuaran untuk belajar tentang sejarah, agama dan amalan tempat-tempat ini.

Empat tempat ibadat itu termasuk Gereja Katolik St John, yang diasaskan oleh Rev Fr. Groot yang dibina pada 1917. Ia adalah gereja tertua di Tuaran. masjid An-Nur dirasmikan oleh bekas Ketua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai pada 1999. Masjid ini boleh memuatkan 2,000 orang pada satu-satu masa. Gereja Basel berusia 60-tahun adalah satu-satunya gereja Basel di Tuaran. Kuil Ling San yang ada sembilan tingkat adalah salah satu daripada tarikan utama Tuaran. "Ling San" yang bermaksud sembilan naga bermain dengan bola api. Ia dikenali penduduk tempatan sebagai Lung San Pagoda. Sepanjang perjalanan, peserta boleh mengambil sampel percuma hidangan tradisional tempatan seperti 'hinava' dan 'kombos'  

Selain berjalan kaki, terdapat juga program berterusan seperti stesen mencetak baju T dan beg di mana edisi terhad baju T Tuaran ada untuk dijual, dan pameran sebanyak 200 gambar mendokumenkan mengenai penduduk Tuaran.

Kegiatan ini juga mempunyai kelas membuat manik Lotud untuk pelawat yang berminat. Mereka boleh membawa pulang hasil kerja mereka secara percuma. Eleanor Goroh, 30, seorang guru yang berpengalaman membuat manik tradisional dan penyokong kuat untuk menghidupkan semula budaya manik di Sabah, menunjukkan kepada orang ramai orang bahawa seni menyusun manik berwarna berbeza untuk membuat kalung.

Beliau memberitahu pemberita, pembabitannya dalam budaya manik bermula apabila menghadiri Persidangan Manik Borneo Antarabangsa 2010 di Miri. Di sana, dia diperkenalkan kepada pelbagai budaya pribumi yang berkongsi semangat rasa bangga membuat manik. Rasa diinspirasi dan menyedari bahawa ada ramai orang di dunia yang menganggap membuat manik sebagai sebahagian daripada warisan mereka, Goroh kembali ke akar beliau untuk melihat dan belajar daripada neneknya cara menggunakan manik lama.

Beliau kini memiliki studio manik di Bundusan, dan yakin membuat kraftangan manik akan dipulihkan dan dibangunkan.

Di kelas membuat manik di Tuaran, Nurhidayah Abdullah, 40, seorang suri rumah dari Tuaran dengan anak perempuannya, Alia Natasha, 7, amat bersemangat mengenai kraftangan manik.

Nurhidayah berkata, "Adalah menarik untuk belajar terutamanya membuat manik tradisional. Saya hanya tahu bagaimana untuk menyusun manik untuk pakaian tetapi tidak untuk aksesori. Saya rasa belajar membuatnya akan memberi peluang saya mendapat pendapatan sampingan.  Jauh dari manik, Mary Anne Baltazar, 26, berkata acara itu penting kerana ia menawarkan peluang untuk rakyat mengetahui dan memahami agama-agama lain. "Kami hampir tidak mengambil masa untuk mengetahui tentang agama-agama lain walaupun ada kepelbagaian kepercayaan agama di Sabah. Jadi saya fikir ini mungkin membantu mengisi jurang," katanya.

Teruja melihat perhimpunan seperti karnival di Tuaran, Amy-Jean, 65, berkata memelihara keunikan sebuah bandar kecil seperti Tuaran sememangnya satu idea yang hebat.

"Saya tinggal di Kota Kinabalu selama 44 tahun dan sentiasa suka datang ke Tuaran. Ia adalah sebuah pekan yang cantik yang dikelilingi oleh sawah padi dengan Gunung Kinabalu di latar belakangnya," katanya. Beliau percaya mengumpulkan orang bersama-sama, terutamanya generasi muda, untuk terlibat dalam projek komuniti, akan membawa keluar yang terbaik daripada masyarakat pelbagai budaya. - Insight Saba
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved