ads

Isnin, 26 November 2012

10 di kudat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


IdaMan: Ribuan Keluar Bertemu Anwar <b>Di Kudat</b>, Sabah

Posted: 26 Nov 2012 03:11 AM PST

             
                   (Orang ramai yang keluar untuk bertemu Anwar di Kudat)

KUDAT: Lebih 6,000 penduduk Sabah keluar beramai-ramai di Kudat hari ini bagi bertemu dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia melambangkan sokongan kepada Pakatan Rakyat yang disifatkan oleh para penganalisis amat menggerunkan Umno.

Kalau selama ini Sabah dianggap deposit tetap untuk BN, pertemuan hari ini meleyapkan segala anggapan itu.

"Pertemuan di tengah panas mentari ini menggoncang Umno Sabah," kata seorang penganalisis yang menghubungi Harakahdaily.

Sebelum ini, seorang bekas bekas timbalan menteri menganggarkan, Pakatan akan menang sekurang-kurangnya 16 dari 24 kerusi Parlimen di Sabah.

Ia terdiri dari 13 kerusi-kerusi KDM (Kadazan Dusun dan Murut) serta tiga kerusi Melayu Islam. harakahdaily

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


Pengurus Ladang Dan Penolongnya Diculik <b>Di Lahad Datu</b> – Perak <b>...</b>

Posted: 15 Nov 2012 09:55 PM PST

Seorang pengurus ladang kelapa sawit dan penolongnya dilaporkan diculik sekumpulan lima lelaki bersenjata api dari sebuah ladang di kawasan pedalaman di bahagian pantai timur Sabah, pada Rabu.

Ladang tersebut terletak kira-kira dua kilometer dari kawasan pantai, bersebelahan tanah rancangan Felda Sahabat 15, kira-kira 50km dari pekan Lahad Datu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata kedua-dua mangsa lelaki itu berusia 25 dan 33 tahun itu, dari Semenanjung, dan mempunyai tali persaudaraan itu menggunakan nama keluarga Tung.

Beliau berkata kedua-dua mangsa itu dipercayai diculik antara pukul 3.30 petang dan 4.30 petang dan setakat ini, tiada tuntutan atau pihak yang mengaku bertanggungjawab dalam penculikan tersebut.

Hamza berkata semasa kejadian itu, kedua-dua mangsa bersama dua pekerja mereka yang sedang menjalankan kerja harian di rumah sarang burung walit (dalam kawasan ladang kelapa sawit) telah didatangi oleh lima lelaki yang bersenjata api dan seorang daripada mereke memakai topeng.

"Mereka yang menggunakan logat 'Suluk' kemudian telah menculik mangsa dan membawa mereka dengan menaiki bot engin sangkut lalu menghilangkan diri dari pantai Lahad Datu," katanya pada media di ibu pejabat polis kontinjen Sabah di Kepayan, dekat Kota Kinabalu, Khamis.

Hamza berkata polis mengkelaskan kes itu sebagai culik dan disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.

Katanya jumlah kerugian berdasarkan laporan daripada keluarga mangsa ialah sekitar RM28,000.

"Setakat ini motif kes ini kita percaya rompakan dan kita tidak tahu kenapa mereka diculik, dan antara barang yang dilarikan ialah telefon bimbit, rantai emas, cincin emas dan dua set kunci kereta pacuan empat roda," katanya.

Hamza berkata sebaik sahaja menerima laporan angoota keluarga mangsa pada kira-kira pukul 4.45 petang, polis bersama pasukan keselamatan lain termasuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melancarkan gerakan mengesan mangsa culik itu.

Ditanya sama ada kes penculikan itu dirancang dan penculik yang memakai topeng itu merupakan dalangnya, beliau tidak menolak kemungkinan itu sambil berkata: "Lelaki pakai topeng itu mungkin kenal dengan orang di sini…kalau tidak, saya tidak percaya ada keperluan pakai topeng".

Mengenai kemungkinan pembabitan kumpulan Abu Sayyaf dalam kes itu, katanya tiada petanda setakat ini namun siasatan akan merangkumi semua aspek termasuk pembabitan kumpulan itu.

Hamza berkata polis Sabah sedang bekerjasama dengan pasukan keselamatan negara jiran bagi mengesan mangsa dan kumpulan penculik itu.

Ditanya sama ada mangsa culik itu masih berada di negara, Hamza berkata beliau tidak pasti sama ada mereka masih berada di kawasan itu atau dilarikan ke negara jiran.

Sementara itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman telah mengarahkan pihak berkuasa terutamanya polis marin supaya membuat siasatan rapi berhubung kes penculikan itu.

"Pesuruhjaya Polis telah memaklumkan kepada saya berhubung kes itu dan saya telah meminta semua pihak berkuasa yang berkenaan untuk menggerakkan anggota mereka dan mengesan lokasi mangsa culik," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Musa, yang juga Pengerusi Keselamatan negeri, berkata fakta kes itu masih tidak jelas dan oleh itu masih terlalu awal untuk menyatakan apa yang sebenarnya berlaku.

"Sehingga siasatan rapi dibuat, saya minta orang ramai bertenang dan tidak membuat spekulasi mengenai kes ini. Pihak berkuasa sedang melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan kes ini," katanya.

Sementara itu, Pegawai Daerah Lahad Datu, Zulkifli Nasir, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan peringkat daerah itu,berkata beliau terkejut dengan insden itu apatah lagi setiap mesyuarat pihak keselamatan memaklumkan bahawa keadaan keselamatan di perairan Lahad Datu terkawal.

"Keadaan di Lahad Datu adalah tenang meskipun insiden penculikan itu sudah melepasi beberapa jam. Kita dimaklumkan bahawa mangsa yang diculik itu memiliki ladang sawit dan pusat penternakan burung walit," katanya kepada Bernama, di sini.

Rata-rata penduduk di sini tidak menyangka insiden penculikan itu berulang selepas sembilan tahun peristiwa penculikan enam pekerja Paradise Resort dekat sini berlaku pada awal Oktober 2003.

-BERNAMA

10 di beluran - Google Blog Search

1 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di beluran - Google Blog Search


<b>Beluran</b> : Panduan Untuk Pendatang Baru | SeGaLa CeRiTeRa

Posted: 26 Nov 2012 04:07 AM PST

Resah, gelisah, itulah yang bermain di hati bagi mereka yang pertama kali menjejakkan kaki ke Beluran. Bukan untuk mereka yang datang melawat keluarga, tetapi bagi mereka yang akan memulakan hari dengan mencari rezeki untuk berkerja. Aku memahaminya, dan "ini kali lah", aku buat artikel khas untuk mereka yang belum dan akan menjejakkan kaki ke Beluran.

Back to basic

Beluran, merupakan daerah terbesar di Sabah, malah lebih besar daripada Perlis, Melaka hatta Negeri Sembilan tidak menandingi keluasan daerah Beluran itu sendiri. Cuma, sebesar-besar Beluran, pekannya cuma kecil sahaja. Kemudahan asas tetap ada, seperti Balai Polis dan Hospital, cuma Balai Bomba sahaja yang belum wujud di sini.

Terkenal dengan makanan dalam air, macam udang galah, ikan patin, ketam. Semua fresh main tangkap, bukan kena ternak. Asal balik kampung, atau ke tempat kawan, malah kalau ada "boss-boss" datang sini, semua tanya pasal udang.

Ini baru ketam, udang pula ikut gred, gred biasa dalam lingkungan Rm 10 sekilo

Journey to Beluran

Terletak 330 km dari kota Kinabalu, dengan bandar besar terdekat sejauh 86 km iaitu Sandakan. Kalau nak ke Beluran dari Kota Kinabalu, bolehlah ke Terminal Bas Inanam dan ambil bas menuju ke Sandakan. Pesan pada konduktor bahawa anda turun di simpang Beluran. Minta mereka maklumkan jika sudah sampai ke simpang Beluran andaikata anda tidak tahu tempat tersebut.

Perjalanan mengambil masa 5 jam menuju simpang, so, perlu awal, sebabnya sampai simpang, kena naik kereta sapu lagi menuju ke pekan. Dari simpang ke pekan lebih kurang 27 km. Kalau dah lewat petang, memang kereta sapu susah nak dapat. Kos tambang memang tidak lebih dari Rm 100 untuk sepanjang perjalanan (tambang bas + kereta sapu)

Boleh juga melalui jalan udara, naik kapal terbang menuju Sandakan, sampai sana minta teksi airport hantar ke bandar, tempat kereta sapu ke Beluran. Yang penting kena awal, sebab limit selalunya tengahari mereka lepak kat sana, kalau petang, keajaiban jika masih ada.

Penginapan dan rumah sewa

Nak menginap kat sini, cuma ada dua tempat penginapan setahu aku, yakni Motel Legend dengan Beluran Inn, terpulang nak pilih yang mana satu, dan ini adalah hotel bajet, jadi jangan mengharap 5 bintang. Sekurang-kurangnya, selesa.

Tapi, yang selalu menerjah inbox blog ni, adalah pertanyaan mengenai rumah sewa. Yezza, kerana artikel "Jangan memperkecilkan pekan yang kecil", ramai yang bertanya aku tentang rumah sewa. Sejujurnya, memang menjadi masalah di Beluran ni untuk mencari rumah sewa. Aku cuma mampu membantu mana yang termampu, sebab kabel nak cari rumah sewa tak seberapa kuat, so, maklumat memang terhad.

Rumah sewa kat sini lingkungan harga dalam Rm 300 – Rm 800, mungkin ada yang merungut, kenapa mahal sangat. Bersyukurlah kalau dapat, sebab memang susah nak cari rumah kat sini.

Take a note

Untuk yang kerja bahagian kesihatan dengan pelajaran, Beluran ni besar, kemungkinan untuk anda diletakkan di tempat-tempat pedalaman memang tinggi. Pulau ada 3, Pulau Jambongan, Keniogan dan Terusan Sugut. Belum lagi area yang jalan darat memang susah nak tembus, dan ada yang kena ikut jalan sungai. Untuk menakutkan hati korang yang membaca, Beluran antara daerah yang terkenal dengan buaya, cuma gelarannya bukan bujang senang, tapi, "Si Black". Yang penting tiada kaitan dengan buaya darat, woha~

Tapi, janganlah takut dengan si Black tu, baik takut tuhan. Setakat ni jarang aku dengar serangan-serangan buaya, kira buaya-buaya kat sini baik-baik haiwannya.

Orang-orang kat sini memang friendly, tak dinafikan kebanyakkan yang mula-mula posting, yang terasa nak balik cepat, lama-lama bertahan juga kat sini. Bagi yang biasa tinggal di bandar, memang boring, tapi kalau yang pandai bawa diri, sini tempat yang menyenangkan. Yang penting, pembawaan budak, eh, i mean, pembawaan diri.

Saja ku buat artikel ni, sekurang-kurangnya mereka yang pertama kali datang, dapat gambaran juga. Takut-takut juga nanti ada yang kena ambil kesempatan, bayar tambang charter sampai Rm 500, atau tak tahu nak tinggal kat mana dan macam-macam masalah lagi.

Ini bukan complete guide, kalau ada apa-apa pertanyaan, di alu-alukan, InsyaAllah, diriku akan cuba membantu sekadar mampu.

Apapapun, Beluran gua bagi thumbs up!

 *Sebahagian gambar diambil dari blog ini : http://albelurani.blogspot.com

  • Jangan Memperkecilkan Pekan Yang KecilJangan Memperkecilkan Pekan Yang Kecil
    "Mohd Firdaus Bin Sahmain, Beluran." Mendengar nama disebut, satu kelegaan setelah menanti selama 6 bulan untuk penempatan kerja. Tapi, Beluran? Yarabi, tidak pernah terbayang akan dicampakkan ke san...
  • TipS “TraFiK” TinGgI?TipS "TraFiK" TinGgI?
    Weehuu, budak baru wat tips? Biar betul? Adakah diriku yang baru berjinak-jinak dalam bidang perbloggan ini menjadi liar dengan memplagiatkan tips blogger lain? Nop2, its originally created by me woke...
  • Tatkala Istikharah Mengharap PetandaTatkala Istikharah Mengharap Petanda
    "Ustaz, saya dan tunang saya sudah hampir ke tarikh pernikahan kami. Tetapi tunang saya telah secara mendadak memutuskan pertunangan kami. Beliau bermimpi melihat seorang perempuan lain dan setelah be...
  • Bila Blog Jadi Facebook Part 2Bila Blog Jadi Facebook Part 2
    "Selamat pagi all bloggerians, dah sarapan?" Secara jujurnya aku tak pernah tulis macam ni pun di facebook, haha. SCemanoti : Macam shoutbox pula entri begini, ahakz....
  • Great Teacher Aretikz 8Great Teacher Aretikz 8
    Pergh ~ Lama tak buka cerita ni. Hampir sebulan lebih. Bukan apa, korang anggap jak masa tu cuti sekolah. Tapi, belum pernah lagi aku nampak cuti sekolah pertengahan tahun sebulan lebih. Hari ni ce...

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

10 di penampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


SIARAN LANGSUNG! Merdeka Rakyat Dari <b>Penampang</b>!

Posted: 25 Nov 2012 04:47 AM PST


Buat pertama kalinya, Jelajah Merdeka Rakyat akan membawakan siaran secara langsung dari Sabah negeri di bawah bayu dalam siri penjelajahan paling panjang setakat ini.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang sudah tiba di negeri ini sejak semalam dijangka akan bersama rakyat dalam parlimen Penampang bertempat di Kampung Kituau, Limbanak malam ini.

Selain Anwar, turut bakal menghangatkan pentas ceramah ialah Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Yong Teck Lee, ahli parlimen Beaufort, Lajim Ukin, ahli parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing, pengerusi majlis pimpinan KEADILAN negeri, Ahmad Thamrin Jaini dan bekas bendahari Umno negeri, Ibrahim Menudin.

Sebelah pagi dan tengah hari tadi, kehadiran Anwar yang berada di parlimen Kudat terus mendapat sambutan hangat dari masyarakat setempat yang hadir dianggarkan kira-kira 6,000 orang bertempat di perkarangan pejabat KEADILAN parlimen itu bersama pimpinan Pakatan Rakyat negeri.


Manakala sebelah petangnya, Anwar berada di pejabat KEADILAN di parlimen Sepanggar yang terletak di sebuah pusat membeli belah terkenal di daerah itu.

Lewat petang, ahli parlimen Permatang Pauh ini diraikan dalam satu majlis minum petang yang diadakan di sebuah rumah milik Jaafar Ismail yang terletak di Kampung Malawaring, Bongawan dalam parlimen Kimanis.


Saksikan selanjutnya bukti sambutan rakyat Sabah terhadap Pakatan Rakyat yang terus menggoncangkan kedudukan Barisan Nasional (BN) yang menghina penduduk dengan slogan 'simpanan tetap' mereka lebih 49 tahun mencapai kemerdekaan bersama Malaysia.

JALAN PULANG

Ahad, 25 November 2012

10 di papar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


SERAMBI AWAM: Imej satelit <b>papar</b> kemusnahan besar <b>di</b> Arakan

Posted: 11 Nov 2012 02:05 AM PST

NEW YORK – Sebuah kumpulan hak asasi manusia, Human Rights Watch (HRW) telah mengeluarkan imej satelit apa yang disifatkan sebagai kemusnahan besar sebuah kawasan pantai di Myanmar akibat rusuhan etnik.

Imej tersebut menunjukkan lebih daripada 800 bangunan dan rumah bot musnah dibakar di Kyaukpyu, bahagian barat negeri Rakhine atau Arakan.

HRW berkata kebanyakan mangsa adalah umat Islam Rohingya yang menjadi sasaran orang-orang bukan Islam.

Jurucakap presiden mengakui bahawa seluruh kampung telah dibakar dan lebih banyak tentera boleh dikerahkan.

Seramai 64 orang dilaporkan meninggal dunia dalam rusuhan baru-baru, tetapi HRW berkata angka sebenar mungkin lebih tinggi, demikian dilaporkan BBC.

Timbalan Pengarah Asia di HRW, Phil Robertson berkata, keganasan menunjukkan kerajaan Myanmar 'perlu segera menyediakan keselamatan untuk Rohingya' di negeri Rakhine.

"Selagi pihak berkuasa tidak mula menangani punca keganasan, ia berkemungkinan akan menjadi lebih teruk," kata Robertson.
Kumpulan yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu membandingkan imej satelit daerah Kyaukpyu yang diambil pada 9 dan 25 Oktober.

Pada 9 Oktober, barisan beratus-ratus rumah yang dibina rapat di sepanjang semenanjung serta kumpulan-kumpulan rumah sampan di sepanjang pantai utara boleh dilihat dengan jelas.

Tetapi dalam imej yang diambil pada Khamis lepas, hanya beberapa buah bot yang tinggal dan hampir tiada kelibat rumah di daerah seluas 35 ekar itu.

HRW berkata ramai penduduk dianggap telah melarikan diri dengan bot ke laut.

Seorang wartawan tempatan yang melawat tapak memberitahu BBC Burma bahawa kawasan itu telah musnah, dengan api di beberapa bangunan masih membara. Wartawan berkata daerah itu juga hampir kosong sepenuhnya.

Pegawai berkata tidak ada laporan keganasan baru sejak Jumaat dan pemerintahan di Rakhine juga telah dipulihkan.

Zaw Htay, jurucakap Presiden Myanmar Thein Sein mengakui "seluruh kampung dan bandar-bandar sedang dibakar di Rakhine manakala kita tidak dapat menyediakan jaminan keselamatan penuh di sesetengah kawasan".

"Itulah sebabnya kerajaan memperketat kawalan keselamatan. Jika perlu, kami akan menghantar polis dan tentera dalam usaha untuk mengembalikan keamanan," katanya.

Sekurang-kurangnya 64 orang terbunuh minggu ini, kata pegawai, dalam keganasan pertama sejak Jun, apabila darurat diisytiharkan di Rakhine.

Pada masa itu pertempuran maut meragut berpuluh-puluh nyawa mankala beribu-ribu orang telah dipaksa untuk meninggalkan rumah mereka.

PBB sebelum ini memberi amaran program reformasi negara berkemungkinan gagal disebabkan keganasan kaum berterusan antara kumpulan penganut Buddha tempatan dan umat Islam Rohingya di negeri barat.

Golongan bukan Islam melaporkan bahawa kali ini mereka juga telah dipecat dari pasukan kerajaan semasa pergolakan, dan mereka juga mengalami kecederaan yang banyak.

Kerajaan telah mengisytiharkan perintah berkurung di kawasan yang terjejas, tetapi respons sejak keganasan pertama tercetus pada bulan Jun sedang dikritik sebagai tidak memadai, kata Ketua Jonathan BBC di Bangkok.

Pada tiga hari lepas, pertempuran berlaku di enam buah bandar dan satu perintah berkurung pada waktu malam dikuatkuasakan di beberapa lokasi termasuk Min Bya dan Mrauk Oo, tempat peristiwa keganasan terbaru bermula. Dalam pada itu, penganut Buddha dan Muslim terus menyalahkan antara satu sama lain.

Akibat keganasan tersebut juga, umat ​​Islam di seluruh Myanmar terpaksa melupakan hasrat untuk meraikan perayaan Eid al-Adha.

Ketegangan etnik di Rakhine telah berlanjutan sejak sekian lama, dan bangsa Rohingya yang majoritinya beragama Islam terus dianggap bukan warganegara oleh pihak berkuasa Myanmar, sebaliknya dilabel sebagai pendatang haram.

Pada bulan Ogos, pemerintah Myanmar menubuhkan suruhanjaya untuk menyiasat keganasan antara penganut Buddha dan Islam di bahagian barat negara itu. Pihak Berkuasa sebelum ini menolak satu suruhanjaya siasatan yang diterajui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Sumber : malaysiaharmoni.com

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Pagi <b>di Kota Kinabalu</b> « Eman540705&#39;s Blog

Posted: 08 Nov 2012 10:38 AM PST

Sabtu, 24 November 2012

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


sabahkini.net: KRISIS AIR <b>DI SEMPORNA</b> MERUNCING

Posted: 18 Nov 2012 12:17 AM PST



SEMPORNA tidaklah seindah namanya. Ini bermakna masih banyak kekurangan infrastruktur yang dialami oleh daerah ini yang sewajarnya diambil perhatian oleh wakil rakyat yang telah diberi mandat oleh seluruh warga daerah Semporna, terutamanya Datuk Seri Panglima Shafie Afdal selaku Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang semestinya mempunyai banyak peruntukan kewangan.
Namun apa yang menyedihkan, percayakah rakyat Sabah bahawa masih ada kampung-kampung di daerah Semporna ini yang tidak ada bekalan air bersih.
Contoh yang paling jelas ialah Kampung Tampi-Tampi, Kampung Kabogan dan kampung yang terletak di sekitarnya, walhal kedudukan kampung-kampung ini tidaklah berapa jauh dari pekan Semporna.
Manakala di kampung Bugaya dan sekitarnya terpaksa menjalani catuan dua dan hanya mendapat air dua kali seminggu iaitu hari Rabu dan Sabtu, itu pun sekadar 5 jam sehari.
Bayangkan, apalah sangat dua kali seminggu dan hanya lima jam sehari? Senario ini bukannya perkara baru dan catuan ini sudahpun berkali-kali diajukan kepada Jabatan Air Semporna, namun 1001 alasan yang diberikan.
Apa yang menyedihkan lagi, penduduk tempatan terpaksa membeli bekalan air bersih dari pihak kontraktor yang kononnya telah dilantik oleh Jabatan Air Semporna dan dikhabarkan kontraktor ini bukannya penduduk tempatan (sejauh mana kebenarannya hanya Jabatan Air Semporna yang tahu).
Adakah ini tidak menyedihkan? Persoalannya sampai bila keadaan ini akan berakhir? Adakah menunggu kerajaan baru atau fenomena ini terus membelenggu masyarakat daerah Semporna terutama masyarakat yang tinggal di kampung yang dinyatakan tadi.
Logik akal, keadaan ini tidak mungkin berlaku di daerah Semporna kerana daerah Semporna mempunyai empat orang wakil rakyat yang diketuai oleh Datuk Shafie Afdal selaku Naib Presiden Umno merangkap Merangkap Menteri KKLW; Datuk Hj Nasir Tun Sakaran, Datuk Ramlee Marhaban dan Datuk Hj Herman Mohammad.
Apa yang diharapkan, agar semua wakil rakyat ini mengambil tindakan dengan segera demi keselesaan masyarakat daerah Semporna atau akan dihukum oleh rakyat pada PRU-13 nanti?

10 di tenom - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tenom - Google Blog Search


ZAKRI ALI: [Video] Ceramah DSAI <b>di Tenom</b> Sabah 12/10/2012

Posted: 12 Oct 2012 09:30 PM PDT

PEMIMPIN YANG MENIPU RAKYAT !!

Ka'ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (menyokong) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae'i dan Hakim).

HUKUMAN MENUDUH TANPA EMPAT ORANG SAKSI

AL QURAN-SURAH AL-NUR AYAT 4

"Orang yang melemparkan TUDUHAN (ZINA/LIWAT) kepada seseorang yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan EMPAT ORANG SAKSI, maka sebatlah mereka DELAPAN PULUH KALI sebatan dan jangan lah kamu menerima penyaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang yang FASIQ."

I N G A T ! !


"Jika ALLAH SWT memakbulkan doamu, maka Allah meneguhkan kepercayaan mu kepadaNya",
"Jika ALLAH SWT menangguhkan doamu, maka ALLAH menguji kesabaranmu",
Jika ALLAH SWT TIDAK MEMAKBULKAN doamu, maka ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu",

10 di sipitang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sipitang - Google Blog Search


persiapan rohani coy tatal keningau - perlayananku <b>di sipitang</b>

Posted: 04 Nov 2012 05:38 AM PST

shallome,














Tidak lama lagi belia menengah rendah seluruh keuskupan Keningau akan menyertai satu program yang julung kali diadakan dengan tema yang sama dengan SYD3 iaitu Colour of Youth, Program ini akan diadakan di KSFX keningau pada 13-16 November ini, dimana Paroki St Yohanes Pembaptis disertai oleh 18 Peserta. Oleh itu persiapan rohani peringkat keuskupan telah diadakan di Retret Tatal keningau dan saudara Jae,Leopard dan adik Tata telah mewakili SYPS untuk program persiapan rohani ini.

Yang melayani,

Mackenzie Banyeng
AJKPUBLISITI KBKSYPS

10 di ranau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


Masalah tanah <b>di</b> Kg Kirokot <b>Ranau</b> « Eman540705&#39;s Blog

Posted: 13 Oct 2012 01:10 PM PDT

Kelmarin, aku hantar isteri dan anak aku balik kampung. Ada mesyuarat di kampung pasal tanah-tanah orang kampung yang diambil oleh sebuah syarikat.

Baru aku tahu di Sabah ni, hak tanah-tanah adat sebenarnya yang ada Native Title bergantung kepada keluasan setiap kampung. Maksudnya, kalau tanah itu terletak dalam sempadan kampung A, jika orang hendak membeli tanah tersebut perlu mendapat kelulusan ketua kampung atau pengerusi kampung tersebut.

Dalam kes kampung isteri aku ni, tanah-tanah orang kampung isteri aku diambil telah dijual oleh ketua kampung sebelah. Jadi mesyuarat tu untuk menentukan sempadan yang sebenar di antara Kg Kirokot (kg isteri aku di Ranau bukan Kg Kirokot Tambunan) dan Kg Lobou.

Dalam mesyuarat tu nanti dihadiri oleh wakil dari kampung-kampung, wakil dari syarikat dan wakil dari mahkamah anak negeri Ranau. Mungkin mereka akan menentukan sempadan dengan menggunakan peta dari Jabatan Tanah.

Yang aku kasihan ni, syarikat yang membeli ni dengan orang kampung sebelah, membersihkan kawasan tanah tu tanpa berbincang dahulu dengan orang-orang kampung isteri aku ni. Jadi semua sawit, pokok buah-buahan, padi, pondok dan lain-lain semua mereka kasi bersih. Orang-orang kampung isteri aku sedar bila sudah bersih kawasan tu.
Ada orang kampung yang pengsan tengok punca pendapatan mereka hilang.

Minta-minta mesyuarat tu nanti dapat menyelesaikan masalah di kampung isteri aku tu. Sekiranya, tanah-tanah tersebut di dalam kawasan kg Lobou atau kg Kirokot pun, diharapkan pihak syarikat dapat membayar gantirugi pokok-pokok yang ditebang.

Wallahua'lam.

10 di nabawan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


You Say Bah, I Say Bah, Sabah bah.....: <b>Nabawan</b> bakal pengeluar <b>...</b>

Posted: 18 Nov 2012 09:48 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Bobbey A Suan, berkata tanaman yang diperkenalkan di daerah ini mampu menjana pendapatan lumayan kepada bakal pengusaha tanaman lada hitam di ...

10 di beluran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di beluran - Google Blog Search


Teratak 66: SANDAKAN DAN <b>BELURAN</b>

Posted: 21 Nov 2012 09:50 PM PST

       Salam sayang selalu.....sambung cerita kelmarin..hari tu Nekcik dah bawak jalan jalan pasar ikan..kalau melancong takkan nak beli ikan pulak buat souvenir kan..sebelah pasar ikan tu ada kedai nak beli souvenir atau ole ole...di tingkat atas..of koz  kalau sabah ni mestilah mutiara kan..mutiara air tawar ke air masin ke..yang ni Nekcik memang kurang ariflah...Nekcik pun tak beli pun mutiara mutiara ni..( zaman zaman kegilaan acessori ni dah berlalu!!)....adalah 3,4 urat untuk buah tangan..dan FM  sikit..tapi yang satu ni masih menjadi kegilaan..apa ye...tu yang bawah tu!!!
              Biasalah kan..kemana jugak..mesti beli jam..Tokpokcu dah angkat satu!! murah jek..rm45 hengget

           Bukan nyoping pun..baju tak cukup..alasanlah tu..so Nekcik dengan sikecik belilah satu..murah jer 35 hengget  sikecik beli kemeja 28 hengget...taklah mahal kan...
                                  Belilah T shirt untuk anak anak di rumah
                                                                I LOVE SANDAKAN!!!
Depan Balai Polis Sandakan pun tangkap gambar!! Nak jadikan bukti ..kami dah sampai Sandakan disaksikan batu besar tu!!
  Kembara  Nekcik ke Sandakan ni  lebih kepada bermesra bersama keluarga di sini..so dengan waktu yang terbatas..kami puter puter di sekeliling bandar sahaja..tak sempatlah nak jumpa anak cucu di SEPILOK..next time ye!!


 Apa yang Nekcik pegang tu ye?? Itu makanan kegemaran keluarga Nekciik..BURASAK...Kat sini senang dapat pasal ramai orang Bugis..tapi yang ini Nekcik tak beli...Tuan punya gerai tu tengah makan..so Nekcik tanyalah kat mana ada jual..dia kata orang jual tu baru lepas balik...so dengan murah hatinya dia sedekah kat jariah..alhamdulilah...murah rezeki dia..Insya Allah
 Gerai gerai ni di CHECK POINT...selepas bandar Sandakan..Ini on da way nak ke Kota Kinabalu...Alhamdulilah anak sedara Nekcik yang tinggal di KK balik ke Sandakan ( 7 jam perjalan tu) semata mata nak bawak kami ke KK...Pada mulanya plan nak naik bas express je ke KK..sebab tiket balik dari KK..tapi mereka kata nanti tak boleh singgah di Ranau dan Kundasang ...Terima kasih anaknda Nizam dan Yanie serta abang sekeluarga kerana bersusah payah meraikan kami..siap abang berdua ikut ke KK  lagi



                                       3 dara  model ikan!!! Posing tetap posing..tak kira lah bau ikan!!!

                            Gigihnya makcik ni..mengharungi ombak laut untuk mencari rezeki!! Kita menitis air mata melayan OMBAK RINDU!! Satu pengajaran dari sebuah perjalanan!!!!! 

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved