ads

Sabtu, 10 November 2012

10 di penampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


domba2domba: Kisah <b>Di</b> Sebalik Kem Transformasi

Posted: 07 Nov 2012 01:26 AM PST

Sejak beberapa bulan lalu, ada satu kem yang sering disebut di kalangan anak muda. Berita tentang kem itu sering muncul di Facebookku dan kawan-kawanku. Apakah cerita di sebalik Kem Transformasi? Berita terbaru adalah Kem Transformasi akan mengadakan banyak kem sewaktu cuti sekolah Nov/Dis untuk melayani anak muda khusus di Sabah dan Sarawak. 
Dalam cuti sekolah ini, pihak Kem Transformasi akan menganjurkan 7 kem (dan satu lagi masih menunggu izin dari pihak atasan) di pelbagai tempat di Sabah dan Sarawak.
Bermula dengan kem pertama di Penampang pada 9-11 November 2012, serentetan kem akan diadakan di pelbagai tempat di Sabah dan Sarawak. Acara di Belaga dijangka akan menjadi acara terbesar kerana diadakan sebagai Konvensyen Transformasi. Berikut jadual Kem Transformasi dan tempat kem diadakan;
9-11 Nov          Maranatha Penampang
12-14 Nov        SIB Pekan Papar
15-18 Nov        SIB Meluyan Ulu, Tenom
19-21 Nov        BCCM Keningau
22-25 Nov        SIB Narawang, Ranau
29 Nov-2 Dis    Konvensyen di Belaga
3-5 Dis             BEM Bukit Song, Miri
Apakah Kem Transformasi ini? Siapakah orang-orang yang menjalankan Kem ini? Aku pun teringin tahu dan berkesempatan menemubual Juliana Langgat yang merupakan salah satu penggerak utama untuk kem-kem ini. Berikut ini temubual dengan Juliana melalui internet;
Apakah matlamat Kem Transformasi?
1. Untuk memberi pengajaran asas Alkitabiah kepada muda-mudi dan mengukuhkan dasar di dalam Firman Tuhan agar mereka hidup dan menyembah Tuhan dalam roh dan kebenaran.
2. Untuk melengkapkan mereka untuk menjadi pemimpin di masa hadapan, pemimpin yang takut akan Tuhan dan yang hidup sejajar dengan Firman Tuhan. 
Apakah fokus Kem ini? Adakah untuk pelajar-pelajar sekolah menengah atau penuntut kolej dan universiti?
1. Semua pelajar-pelajar Sekolah Menengah (Tingkatan 1 hingga 6 atas). Kami juga memberikan tumpuan khas kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 dan 6 atas sebab mereka akan berkemungkinan besar menyambung pendidikan mereka di luar negeri dan jauh dari kampung mereka, dan merekalah pelajar-pelajar yang kami perlu lengkapkan dengan Firman Tuhan.
2. Pelajar-pelajar Kolej dan Universiti dan IPTA yang lain - mereka adalah pemimpin potensi masa depan kita.

Siapakah orang-orang yang memainkan peranan utama dalam Kem Transformasi?

Orang yang memainkan peranan utama dalam Kem Transformasi ialah Pastor Ong sendiri, dialah yang membawa kami bersama untuk pelayanan ini. Pada awalnya hanya terdapat 5 orang sahaja yang telah merintiskan kem ini iaitu Ps. Ong, Valeria Vyner Pilin, Roslia Anthony, Jacqueline George dan aku sendiri.

Kem pertama telah dianjurkan pada Julai 2011 dengan lebih kurang 40 peserta di rumah cikgu Jacqueline George. Selepas itu, sambil kami menganjurkan kem-kem lain, Pastor Ong telah membawa beberapa orang lain untuk menyertai tim pelayanan. Kami telah dipertemukan dengan orang-orang lain seperti Pastor Perry Robert, Janet Liew, Rigan Lewi, David Tan dan Murneh Dundang.


Apabila pelayanan berkembang dengan lebih pesat lagi, Tuhan telah membawa para fasilitator yang baik seperti Ivy M. Karangkas, Sabrina Abigail, Stacey Geoffrey, Athena Thomas, Annastasia Kian, Leexing Rimun, Brian Ginsos, Gloria Manda, Viona Tapoi dan lebih ramai lagi pada sekarang ini.

Bagaimanakah Kem Transformasi ini telah dimulakan?

Aku telah bertemu dengan Ps. Ong pada tahun 2010 di satu kem gereja di Kolumpang Resort di Selangor. Kalau tak silap, pada waktu itu aku sedang menunggu keputusan daripada temuduga untuk menyertai UMS (Universiti Malaysia Sabah), pada waktu itu aku adalah pensyarah di Management Science University di Shah Alam.

Semasa kem itu, Ps. Ong berdoa untukku dan telah bernubuat ke atasku, "Tuhan akan mengutus kamu ke satu tempat di mana kamu akan terlibat dalam satu pelayanan khusus di kalangan anak-anak muda dan ramai akan dijamah melalui pelayananmu dan kamu akan menjadi berkat di tempat itu. Kamu akan Ku temukan dengan orang-orang yang akan melakukan pelayanan ini bersama denganmu. Kamu jangan risau dan jangan khuatir kerana Aku telah mempersiapkan segala sesuatu bagimu."

Dua bulan kemudian, aku telah mendapat keputusan daripada temuduga dan diberi tawaran menyertai UMS. Selepas beberapa bulan di Kota Kinabalu, aku bertemu lagi dengan Ps. Ong di satu persekutuan muda-mudi yang dikenali sebagai Intervarsity Christian Student Fellowship pada Julai 2010 (anjuran di BCCM Likas). Pada masa itu, Ps. Ong berkata bahawa dia memberikan aku satu tahun untuk membiasakan diri dulu di Kota Kinabalu.


Selepas itu aku bertemu dengan Valeria, Murneh, Jacqueline dan Janet (mereka adalah bekas pelajar di bawah jagaan Ps. Ong semasa mereka belajar di sekolah dan universiti di Semenanjung 21 tahun yang lalu). Aku juga telah dipertemukan dengan Roslia, yang kakaknya pernah dijaga oleh Ps. Ong. Secara kebetulan mereka ini saling berkenalan dan mempunyai pertalian yang rapat antara satu dengan lain. Mereka adalah teman baik sejak dari remaja lagi! Pada masa yang sama aku masih berhubung dengan Ps. Ong, jadi satu hari dia mencadangkan kepada kami untuk menganjurkan kem Muda-Mudi, dan kami berempat, Valeria, Roslia, Jacqueline dan aku mula berbincang tentang penganjuran kem. Pada masa itu, Janet masih di belakang tabir dengan menyediakan satu periuk stewnya yang sangat enak! Lebih kurang 40 orang telah menyertai kem pertama itu.

Begitulah bagaimana semua nubuatan itu mula digenapi....

(Sejak dari kem pertama di Kota Kinabalu pada Julai 2011, Transformation Camps telah pun menganjurkan 16 kem di pelbagai tempat di Sabah, Sarawak dan Semenanjung, membawa impak kepada ratusan anak muda yang menyertainya. Doakan pengurapan kuasa Tuhan atas para penganjur, para fasilitator dan para peserta siri Kem Transformasi yang akan bermula lagi Jumaat ini. Biarlah kuasa dan kasih Tuhan dicurahkan dengan limpahnya ke atas mereka!)

Sila klik Facebook Transformation Camps untuk maklumat lanjut tentang kem-kem yang dianjurkan.


Jumaat, 9 November 2012

10 di kinabatangan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


sabahkini.net: BANTERAS PENGUNDI HANTU <b>DI KINABATANGAN</b>

Posted: 08 Nov 2012 10:14 PM PST



WAWANCARA….Hj Ahdah sedang diwawancara Sabahkini.Net mengenai isu Lajim dan Pengundi Kinabatangan.
Oleh : SHAIMON S JUMADI          Foto : SAFFIE S JUMADI
KITA bukan mahu mempertikaikan kedudukan Datuk Hj Lajim Hj Okin dalam UMNO atau di mana-mana sahaja beliau berada, tetapi kenapa tidak mahu mengisytiharkan keluar daripada UMNO sehingga menjadi satu teka-teki kepada rakyat di Sabah, khususnya kepada ahli-ahi UMNO itu sendiri.
Mantan Ketua Daerah Kinabatangan, Hj Ahdah Hj Sulaimen berkata demikian kepada Sabahkini.Net kelmarin ketika mengulas satu kenyataan yang disiarkan Sabahkini.Net bertajuk 'Benarkah Lajim Under Cover Agen UMNO?' pada 7 November 2012.
http://www.sabahkini.net/index.php?option=com_content&view=article&id=15987:benarkah-lajim-under-cover-agen-umno&catid=66:surat-pembaca&Itemid=72
"Saya amat bersetuju dengan apa yang ditulis oleh Sabahkini.Net mengenai senario ini dan saya fikir penulis tidak berniat memburukkan mana-mana pihak tetapi satu persoalan kenapa Lajim yang menderhaka kepada UMNO dibiarkan begitu sahaja tanpa diambil sebarang tindakan, termasuk untuk memecat secara rasmi daripada UMNO.
"Bukankah UMNO baru saja menubuhkan Jawatankuasa Khas Elak Mensabotaj Parti bagi mengambil sebarang tindakan terhadap ahli-ahlinya yang mensabotaj parti kenapa Najib takut memecat Lajim? Mungkin juga ada kebenarannya dakwaan yang menyebut Lajim 'Under Cover Agen' UMNO," tegas Hj Ahdah.
Dalam Jawatankuasa yang telah dibentuk itu sudah memperuntukkan undang-undang kecil sebagai garis panduan yang termaktub bagi membolehkan tindakan diambil bagi memecat mana-mana ahli UMNO yang terbabit dalam mensabotaj parti, tetapi Haji Ahdah mempersoalkan sekali lagi, kenapa Najib sebagai Presiden UMNO tidak berani memecat Lajim?
Dalam kesempatan ini juga Haji Ahdah ingin menyelongkar sebanyak sedikit mengenai kedudukan pengundi di Kampung Batu Putih dan Kampung Paris 1-2 dan 3 demi untuk pengetahuan umum.
Menurut Hj Ahdah, dalam mesyuarat Penubuhan Pembentukan Jawatankuasa Daerah Pengundi Kg Batu Putih dan Kampung Paris di bawah DUN Sukau dan Parlimen Kinabatangan yang diadakan kelmarin, terdapat nama-nama yang terdaftar sebagai pemilih dalam buku semakan SPR mendapati pengundi sekarang seramai 1,500 orang; sementara jumlah pengundi di kampung Paris 1-2 dan 3 berjumlah 1,580 undi dan jumlah undi keseluruhannya yang membabitkan dua kampung itu telah mencecah 3,080 undi.
Yang menghairankan kata Hj Ahdah, kampung Batu Puith tidak sampaipun seribu orang penduduk asal dan beliau mempersoalkan dari mana datangnya undi-undi  sebanyak itu.
"Begitu juga dengan penduduk kampung Paris. Kita difahamkan kebanyakannya pengundi bertaburan tersebut datangnya daripada luar Kinabatangan seperti dari FELDA Lahad Datu, Tawau, Kudat dan tempat lain yang disebut sebagai 'Undi Hantu'.
Kata Hj Ahdah, pengundi-pengundi tersebut yang datangnya dari luar Kinabatangan tetapi berdaftar di Kinabatangan, nama-nana mereka juga berdaftar di tempat masing-masing, mungkin menggunakan MyKad yang berbeza kerana ada kita jumpa sehingga lima kali mengundi pada 2008.
"Saya amat bimbang fenomena seumpama ini pastinya akan berulang kembali yang dilakukan oleh pihak yang tertentu untuk memboleh parti pemerintah khususnya BN/UMNO memperoleh kejayaan semula; demi untuk membolot semua kerusi parlimen dan DUN pada PRU 13 nanti," tegasnya.
Tegasnya, beliau secara jujur menjelaskan tidak menentang sebarang dasar parti kerajaan yang ada sekarang, tetapi ada dua tiga dasar yang dianggap songsang termasuk memberi MyKad kepada PATI untuk mengundi dan amalan ini bukan rahsia lagi di Kinabatangan.
"Sebagai penduduk asal Sukau dan Mantan Ketua Daerah Kinabatangan, saya meminta Panel Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) agar tidak menjadikan RCI sebagai gimik politik atau semata-mata untuk menyedapkan hati rakyat di Sabah," katanya yang mendesak agar mereka yang diamanahkan menjalankan siasatan  rapi tanpa tunduk kepada tekanan; terutama memastikan semua kerakyatan songsang melalui IC Projek dibenteras segera.

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

10 di nabawan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

10 di beluran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di beluran - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

10 di penampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


Lebih banyak pembangunan untuk - Insight Sabah - Home

Posted: 14 Oct 2012 09:07 PM PDT

Lebih banyak pembangunan untuk Penampang

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (tengah), bersama Ketua Menteri Datuk Musa Aman (kanan) dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Industri Komoditi Tan Sri Bernard Dompok (kiri) di upacara merasmikan jambatan.

Bernard DompokOleh Elaine Mah
Gambar oleh Oliver Majaham

Sabah menyaksikan pembangunan pesat di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok. Beliau berkata demikian dalam ucapan alu-aluannya di perasmian Jambatan Pagansakan dan majlis pecah tanah Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri di Kampung Inobong, Penampang.

Jambatan Pagansakan sepanjang 84 meter itu bernilai RM9.05 juta dan dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan. Pembinaan bermula pada 2010 dan  siap awal tahun ini. Ia menyediakan akses ke seberang sungai dan adalah rahmat sebenar kepada kira-kira 2,000 orang di kampung berkenaan.

"Jambatan ini adalah satu peruntukan khas dari Kementerian Kewangan. Ia adalah hadiah kepada rakyat Penampang, " kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas beliau merasmikan pembukaan jambatan berkenaan.

"Pembangunan tidak saja tertumpu di jalan raya dan jambatan. Ia juga membabitkan pembangunan sekolah-sekolah di Penampang seperti Sekolah Anglo Cina yang menelan belanja RM11 juta dan SMK Bahang, RM5.6 juta, " tambah Dompok.

Sebuah sekolah menengah di Kampung Kipouvo yang akan bertindak sebagai sekolah utama kepada pelajar sekolah rendah di kawasan Moyog juga telah dimasukkan dalam projek pembangunan kerajaan persekutuan tahun depan.

Musa Aman

"Daerah Penampang tidak pernah ketinggalan dari segi menerima pembiayaan pembangunan, sama ada daripada kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan," kata Ketua Menteri Musa Aman di majlis yang sama.

Musa berkata, pembiayaan ini termasuk penambahbaikan kemudahan awam, pembinaan rumah untuk golongan orang miskin dan program bantuan rumah.

Industri getah dan kelapa sawit juga telah menerima peruntukan pembiayaan, menurut Dompok. Kerajaan telah memperuntukkan dana untuk tujuan penanaman semula 1,800 hektar tanah dengan getah pada kadar RM13,000 sehektar," kata Dompok. - Insight Sabah

Jambatan baru Pagansakan.

Khamis, 8 November 2012

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


CATATAN PERISTIWA BERDARAH <b>DI SEMPORNA</b>

Posted: 26 Sep 2012 03:45 AM PDT


Hari itu, 29 April, 1954, hari yang paling malang bagi penduduk Semporna. Hari yang paling celaka, yang mengorbankan nyawa dan harta benda. Malah ada yang dicabul kehormatan, dirogol dan diperkosa.
Tarikh hitam itu masih kekal dalam ingatan penduduk yang menyaksikan peristiwa berdarah akibat perbuatan ganas mundu-mundu (lanun-lanun) yang datangnya entah dari mana.
Pekan Semporna yang terletak di pinggir laut itu sepertimana biasa, aman

 dan damai. Petang itu, udara menghembus nyaman dari laut yang biru yang tenang itu.
Padang bola sepak yang terletak berhampiran dengan Balai Polis Semporna itu telahpun dipenuhi oleh peminat-peminat bolasepak yang saban petang punya pengunjungnya. Mereka bermain dengan begitu seronok sekali. Beberapa anggota polis juga turut bermain untuk mengeluarkan peluh di samping memupuk hubungan baik dengan masyarakat setempat.
Balai Polis Semporna yang terletak di bawah Kawalan Ketua Polis Daerah (OCPD) Lahad Datu mempunyai keanggotaan 7 orang sahaja. Ketua Polis Balai (OCS)- nya ialah Sarjan Sagar Singh. Perhubungan antara Balai Polis Semporna dengan ibu pejabat daerahnya di Lahad Datu hanya menerusi radio wireless dan jalan laut sahaja yang memakan masa lebih kurang 10 jam perjalanan.
Peristiwa berdarah itu masih segar dalam ingatan Encik Bullah Ganggal, bekas pegawai polis yang baru bersara dengan pangkat Penolong Penguasa Polis (ASP). En.Bullah, keturunan Kadazan, semasa kejadian itu bertugas di balai polis tersebut dengan pangkat Detektif Lans Koperal.
"Segala-galanya bermula pada jam 5.30 petang. Pada masa itu penduduk-penduduk Semporna sedang berehat setelah kembali dari menangkap ikan." En.Bullah Ganggal memulakan ceritanya.
"Para pemuda pula sedang seronok bermain bola. Ia turut berada berhampiran padang bola itu. Tiba-tiba bunyi tembak bertalu-talu dari arah jeti yang tidak jauh dari situ", katanya.
"Orang di pekan dan di padang itu lari bercempera sambil berteriak, mundu! mundu! (lanun! Lanun!) cepat lari. Masing-masing mencari tempat perlindungan".
"Melihatkan keadaan kelam-kabut dan serangan mengejut lanun itu, Sarjan Sagar Singh segera memerintahkan orang-orangnya bersiap sedia. Ia memerintahkan saya membawa isteri dan anak-anak anggota polis Semporna berlindung di balai. Ini disebabkan keadaan di balai itu lebih selamat kerana adanya pagar berduri dan segala senjatapi serta peluru ada di sana".
L/Kpl Bullah Ganggal segera bertindak dengan menjerit memanggil semua isteri dan anak-anak polis untuk mengikutnya ke balai.
"Belum sempat isteri-isteri dan anak-anak polis itu saya lindungkan di balai, saya lihat dari celah-celah lubang berek kami, lanun-lanun yang ramainya tidak kurang 50 hingga 70 orang itu telahpun hampir dengan Balai Polis Semporna. Mereka berpecah kepada dua kumpulan. Satu kumpulan mara ke balai polis satu lagi ke arah bot jabatan hutan".
Sementara itu di balai polis, Sarjan Sagar Singh dengan dibantu oleh orang-orangnya iaitu PC 442 Sulaiman dan PC Jambuan memuntahkan peluru ke arah lanun-lanun yang begitu ramai itu. Sarjan Sagar Singh dan orang-orangnya sekali-kali tidak mahu menyerah kalah kepada lanun-lanun itu sekalipun terpaksa mengorbankan nyawa mereka.
Sambil memuntahkan peluru ke arah balai yang dipertahankan bermati-matian oleh Sarjan Sagar Singh itu, lanun itu memusnahkan alat-alat hubungan wireless di luar balai itu. Dengan itu hubungan Balai Polis Semporna dengan Ibu Pejabat Daerah Polis Lahad Datu TERPUTUS.
"Kita mesti pertahankan balai ini hingga ke titisan darah terakhir. Biar putih tulang, jangan putih mata", kata Sagar Singh kepada dua orang anggotanya dengan penuh semangat. Mereka terus melawan dengan beraninya.
En.Bullah Ganggal yang ditugaskan melindungi isteri dan anak-anak polis tidak dapat berbuat apa-apa kerana pada masa itu senjata tiada di tangannya. Kalau dia keluar tanpa senjata tentu seperti menyerah diri tanpa berlawan. Ia melihat bagaimana rakannya PC Jambuan yang kehabisan peluru ditikam dengan barung (parang) oleh lanun-lanun itu. Ia dibunuh dengan kejam sekali di mana perutnya diburaikan.
Akhirnya kerana kehabisan peluru dan lanun-lanun yang ramai itu bersenjatakan senjata-senjata automatik, maka Sarjan Sagar Singh dan dua orang anggotanya terkorban. L/Kpl Bullah Ganggal cuba untuk keluar dari tempat persembunyian untuk memberi bantuan tetapi dihalang oleh permintaan isteri Sjn.Sagar dan isteri-isteri anggota polis yang lain supaya jangan pergi dan melindungi mereka di situ.
Bila saja lanun-lanun itu mendapati Sjn Sagar dan orang-orangnya terkorban , mereka lalu merempuh ke dalam balai polis. Bilik radio polis dipecah dan alat-alatnya dimusnahkan. Mereka juga memecahkan bilik besi tempat menyimpan senjatapi dan peluru lalu merampasnya.
Lanun-lanun itu semakin menganas. Senjatapi mereka ditembak ke sana ke mari. Mereka terus menggeledah seluruh rumah dan kedai di pekan Semporna.
"Apa yang saya dengar lepas itu ialah teriakan dan jeritan minta tolong oleh mangsa-mangsa lanun-lanun yang jahat itu. Mereka bukan sahaja merompak, mengambil apa sahaja barang-barang berharga, makanan, malah mereka juga merogol wanita dan anak dara. Mereka sungguh kejam dan tidak berkeperimanusiaan langsung", Kata En.Bullah dengan perasaan amat geram. "Apakan daya masa itu saya tidak bersenjata dan memikirkan pula keselamatan anak isteri anggota-anggota polis. Saya kesal tidak dapat membantu kawan-kawan saya yang gugur sebagai perwira negara".
"Lanun-lanun celaka itu telah bermaharajalela selama 3 jam iaitu dari jam 5.30 hingga 8.30 malam di pekan Semporna. Mereka melakukan pelbagai dosa yang tidak dapat diampun", terang beliau lagi.
Menurut En.Bullah ia tidak tahu dari mana datangnya lanun-lanun itu tetapi ia mengagakkan dari percakapannya adalah dari Seberang (Filipina).
Selama 3 jam Semporna telah menjadi neraka. Lanun-lanun bertindak sewenang-wenangnya kerana tiada siapa berani melawannya. Akibatnya, Semporna musnah semacam diserang garuda, menjadi padang jarak padang tekukur. Setelah lanun-lanun itu puas memuaskan hawa nasfu, mereka segera menghilangkan diri di lautan luas dengan kumpit-kumpit (perahu) yang dilengkapi dengan motosangkut laju.
"Bila mendapati lanun-lanun itu berlalu, saya dan anak isteri anggota-anggota polis keluar dari tempat persembunyian di berek polis itu. Betapa sedih hati saya melihatkan rakan-rakan saya, Sjn Sagar, PC Jambuan, PC Gimun terkorban. Mayat mereka yang berlumuran darah itu dipeluk dan ditangisi oleh anak dan isteri masing-masing. Saya turut menitiskan air mata melihatkan peristiwa itu. Hingga hari ini ianya kekal dalam ingatan saya," ceritanya lagi.
L/Kpl Bullah segera mengambilalih tugas Ketua Polis Balai. Didapatinya dua orang anggotanya masih hidup. Mereka itu sedang bermain bola ketika lanun menyerang. Oleh kerana tidak sempat lari ke balai, mereka terpaksa bersembunyi.
Setelah menguruskan mayat empat orang rakannya L/Kpl Bullah terus berbincang dengan Ketua Anak Negeri (Penghulu) Semporna, Panglima Jakarullah yang telahpun tiba di balai bersama-sama orangnya.
Dengan bantuan mereka, dia membuat rondaan di sekitar bandar Semporna untuk mengumpul mayat dan memberi pertolongan kepada orang yang cedera akibat kekejaman lanun-lanun tadi. Hasilnya mereka menemui mayat seorang pegawai hutan British, seorang pekedai Cina (tukang jahit) dan seorang pemuda Bajau Semonul. Mayat -mayat itu dibawa ke balai polis untuk diuruskan.
L/Kpl Bullah seterusnya mengadakan perbincangan dengan Panglima Jakarullah dan orang-orangnya pada malam kejadian itu. Mereka mengambil keputusan untuk menhantar dua orang awam ke Lahad Datu bagi membawa pembantu hospital Harry Chew dan Lian Chap Yit yang luka parah mendapat rawatan. Di samping itu mereka juga diarahkan meminta bantuan segera dari KPD Lahad Datu yang tidak dapat dihubungi menerusi wireless radio.
Pada malam itu L/Kpl, Bullah dan Panglima Jakarullan serta orang-orangnya mengambil keputusan untuk berjaga dan berwaspada bagi menentang lanun-lanun yang mungkin datang sekali lagi.
Petang esoknya, 30hb, Mac barulah rombongan yang diketuai oleh Pegawai Daerah Lahad Datu, Mr.Dalimore dan Ketua Polis Daerah (OCPD), Mr.W.R.H. Roberts tiba untuk menyaksikan pekan Semporna yang hampir menjadi padang jarak padang tekukur itu.
Peristiwa ngeri itu amat menakutkan penduduk-penduduk Semporna. Ada di antara mereka yang lari bersembunyi tidak mahu balik ke rumah beberapa hari kerana takutkan lanun mengganas lagi. Seorang kakitangan kerajaan yang bertugas di Semporna, ketika kejadian itu terus jadi 'gagap' hingga ke hari ini kerana terlampau terkejut, gamam dan ketakutan.
Sumber: Berita Bukit Aman, 1983.
✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

10 di kota belud - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


IdaMan: Gelombang Perubahan Sangat Kuat <b>Di Kota Belud</b>

Posted: 04 Nov 2012 11:14 PM PST


                                  (Gambar: Mustaqim (tengah) bersama SU PAS kawasan Martubis Jumdot (kiri) serta SU Dewan Pemuda PAS kawasan Abu Ubaidah)

KOTA BELUD: Gelombang perubahan yang melanda seluruh Sabah sejak akhir-akhir ini sangat kuat dirasai di kawasan Parlimen P.169 Kota Belud di sini.

Biarpun ia dikatakan 'kubu kuat' BN sejak sekian lama, sehingga tidak pernah dalam sejarah politik Sabah, ada parti yang bukan kerajaan pernah menang di sini, namun kali ini ianya dilihat berbeza.

Kesedaran masyarakatnya yang timbul akibat dihimpit pelbagai masalah khususnya infrastruktur dan ekonomi menyebabkan rata-rata mereka kini berani bercakap tentang perubahan politik.

Yang DiPertua PAS Kota Belud, Mustaqim Aling berkata, pihaknya kini dapat melihat satu perubahan luar biasa masyarakat di situ yang cukup berbeza dari tahun-tahun sebelum ini.

Katanya, slogan 'ini kalilah' bagai meniti dibibir masyarakat dan dapat didengar dalam perbualan harian mereka di sini.

"Ini kalilah itu mulanya di Kota Belud, malah sekarang sudah jadi gelombang yang sangat luar baiasa di sini. Kalau kita di mana-mana sahaja boleh dengar.

"Dulu gelombang Parti Bersatu Sabah (PBS) pernah melanda sini, tapi sekarang saya rasa gelombang ini kali lah lebih besar dari PBS dahulu," katanya ketika ditemui Harakahdaily di Pusat Khidmat Masyarakat PAS di sini.

(Gambar: Mustaqim menunjukkan kawasan jelapang padi yang didakwa terbengkalai dan tidak mengeluarkan hasil seperti setatutnya)

Daerah Kota Belud terletak di pantai barat utara negeri Sabah, 70 kilometer dari Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah, iaitu kira-kira sejam perjalanan menggunakan kereta.

Kota Belud juga adalah kawasan campuran antara Kadazan Dusun Murut (KDM), Bajau dan sedikit kaum Cina dan boleh dikatakan ianya kawasan bermajoriti Islam.

Pada PRU12 2008 yang lalu, calon BN Datuk Abdul Rahman Dahlan mengekalkan kerusi Kota Belud dengan kelebihan 3,020 undi mengalahkan calon PKR Saidi Simoi.

Ianya juga menyaksikan sebanyak 1,046 kertas undi ditolak pada waktu itu.

Desas-desus mengatakan pergaduhan pemimpin tempatan kerana tidak dipilih menjadi calon sangat kuat waktu itu sehinga wujud undi protes yang menyebabkan kemerosotan undi kepada BN.

Pergaduhan antara pemimpin mereka juga dikatakan masih berlaku sehingga memaksa pemimpin pusat termasuk Naib Presiden Umno Datuk Safie Apdal terpaksa turun beberapa kali.

Bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) pula, terdapat tiga Dun di bawahnya iaitu Usukan, Kadamian dan Tempasuk.

PAS pula dijangka meletakkan calonnya di Tempasuk pada pilihan raya akan datang.

Pada PRU 2008, BN menang di Tempasuk dengan majoriti 2,432 mengalahkan calon PKR dan bebas ketika itu.

Mengulas lanjut, Mustaqim berkata, penerimaan orang ramai terhadap PAS dan Pakatan Rakyat juga sangat berbeza berbanding sebelumnya.

PAS tidak lagi dilihat sebuah parti yang perlu ditakuti oleh mereka khususnya yang bukan beragama Islam.

"Pusat khidmat masyarakat PAS ini sendiri menjadi tempat rujukan masyarakat di sini termasuk bukan Islam untuk membuat aduan mereka.

"Malah sejak akhir-akhir ini pejabat ini menjadi makin sibuk dengan kehadiran ramai mereka yang turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang kita jalankan di sini," katanya.

(Gambar: Batang paip sepatutnya digunakan bagi membina saluran air ke kawasan sawah, tetapi terbengkalai di sini sejak 2005)

Antara isu besar di Kota Belud yang menjadi rungutan masyarakat setempat termasuklah keadaan jalan yang uzur yang sekaligus menghadkan pergerakan mereka.

Jalan raya disini difahamkan dibina sejak zaman PBS lagi dan tidak dibaiki secara menyeluruh oleh kerajaan BN.

Bairpun dijanjikan 'dalam perancangan' untuk dinaiktaraf oleh kerajaan BN, namun rakyat dilihat sudah tidak tahan lagi dengan alasan politik pilihan raya itu.

Masalah lain yang tidak kurang juga besarnya adalah masalah bekalan air bersih kepada penduduk.

Difahamkan walaupun batang paip air sudah ditanam sejak lama, namun ianya tidak mengeluarkan air.

Ini menyebabkan sebahagian masyarakat di sini mencari alternatif dengan mengeluarkan modal sendiri membeli enjin mengepam air dari bawah tanah.

Namun ianya juga tidak me mana kerana kualiti air yang dipam itu didakwa sangat teruk dan berbau busuk.

Selain itu, penduduk juga didakwa mengeluh dengan masalah yang melanda Program Jelapang Padi dan Agropolitan yang terbengkalai sehingga menyebabkan mereka hilang sumber pendapatan.

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


:: D&#39; EyEs 0f pRIncEsS D0t c0m ::: Transit <b>di Kota Kinabalu</b> dulu~~

Posted: 20 Oct 2012 06:31 AM PDT


Besok pagi flight saya ke Putrajaya... saya ada bengkel di HQ....

InsyaAllah bermula besok, saya akan berkampung di Putrajaya hingga hari rabu.... Pehtu rabu petang flight saya balik ke sini semula... ;-)

Ada yang cakap alang² saja... bagus terus balik kampung sempena cuti AidilAdha... paling² pun lajak ja sampai Ahad.... hurmm... memang betul pendapat kamu ya kawan.. bila lagi kan alang² juga.. tapi tapi tapi... Encik suami saya tak dapat cuti...Khidmat pewira saya di perlukan... itulah saya dicide.. tak balik kampung just sampai Putrajaya sahaja. habis ja bengkel terus balik sini semula....

Sebenarnya.... tiket flight AidilAdha kami berdua, saya dah beli awal² lagi.. sama dengan tiket AidilFitri hari tu... Tiket Promosi kan... Ngee~~. Kalau confirm lah abang dapat cuti, 25hb malam tu kami balik kampung...

Lagipun abang kan baru sahaja balik dari operasi minggu lepas... So memang jangan harap lah nak dapat cuti AidilAdha... Kesudahan nya..tiket tu kami Burn saja. Tiket promo tak boleh di ubah tarikh segala.. Nasib RM30/pax... Tak da la nak terasa ralat sangat kennnn  =P

Ohh ya... surat panggilan bengkel nih dorunk fax dah lewat, So urusan tiket memang susah sikit...terkejar² masa... tambah pula musim perayaan begini.. huh. Susah nak cerita... paham saja la... Jadi besok flight saya akan transit di Kota Kinabalu sekejap... Balik ke sini semula pun sama.. tukar flight pulak naik Mas Wing...Tak pa la lagu mana pun.. Janji sampai dengan selamat dan semuanya berjalan lancar...... InsyaAllah >.<

Okeh dah itu ja nak kongsi, Sekarang nak p menempek tepi abang pulak.... abang tengah tengok bola di depan... ATM vs Kelantan...  Macam biasa, sure abang jadi pengulas tak berbayar untuk saya.... yeayyyyy!!!

Thanks you read and support my writing. Please come again ya!!!

JIKA ada akaun FaceB00k, BOLEHLah share & klik Button LIKE ehh.. makaceh....

Rabu, 7 November 2012

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


Karnival Kerjaya “BN Youth Job Fair” <b>Di Sandakan</b>, 22-23 <b>...</b>

Posted: 23 Sep 2012 12:00 AM PDT

Karnival kerjaya terbesar "BN Youth Job Fair" di negara ini akan kembali dianjurkan di negeri Sabah pada 22 dan 23 September 2012 bertempat di Harbour Mall, Sandakan, Sabah.
Pengerusi Sekretariat Pekerja Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Nazir Hussain Akhtar Hussain berkata, pada tahun lalu ianya dianjurkan di Kota Kinabalu tetapi pada tahun ini karnival yang sama diterbangkan ke Sandakan, Sabah kerana mengambil kira keperluan dan permintaan rakyat di negeri Sabah khususnya golongan muda di Sandakan. YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman akan menyempurnakan majlis perasmian program ini pada hari pertama karnival.
"Negeri Sabah merupakan destinasi kedua BN Youth Job Fair 2012 selepas Stadium Nasional Bukit Jalil pada bulan Mei yang lalu. Pada kali ini, BN Youth Job Fair terdapat sedikit kelainan dengan beberapa penambahbaikkan dalam pengisian penganjuran bagi memenuhi keperluan dan minat golongan muda negara ini.  Peluang yang diberikan bermula dari lepasan SPM hingga ke peringkat tertinggi termasuk yang mempunyai pengalaman bekerja.
Penganjuran, BN Youth Job Fair 2012 mendapat kerjasama yang cukup baik oleh pihak Kementerian, agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat GLC, syarikat multinasional dan syarikat-syarikat korporat. Antara Kementerian dan syarikat yang akan menyertai karnival di Sandakan  ialah Bahagian Francais Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK), MARA, PETRONAS, Brandt International dan banyak lagi yang bakal menawarkan hampir 7,000 peluang pekerjaan kepada masyarakat di Sandakan dan seluruh Sabah," ujarnya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.
Tambahnya, untuk warga Sandakan, BN Youth Job Fair 2012 ini menjadi lapangan yang cukup baik kerana kita menekankan peluang-peluang pekerjaan yang sebahagian besarnya ditawarkan untuk berkhidmat di kawasan berkenaan sahaja. Ini memberi kemudahan yang cukup baik agar tiada berlaku penghijrahan golongan muda untuk bekerjaya.
Jika, diimbas dalam penganjuran yang sama pada tahun lalu di negeri Sabah, sebahagian besar pengunjung berjaya mendapat peluang pekerjaan mengikut bidang dan kemahiran serta kelayakan yang mereka ada.  Saya yakin dan percaya penganjuran di Sandakan ini akan memberi manfaat sepenuhnya kepada seluruh warga Sandakan dan Sabah amnya dalam memperolehi peluang pekerjaan dan peluang-peluang yang ditawarkan sebagai kunci kejayaan membina masa hadapan yang lebih sejahtera dan berjaya.
"BN Youth Job Fair 2012 di Sandakan ini juga memperlihatkan bahawa peluang-peluang pekerjaan di negeri Sabah adalah banyak dan pelbagai. Ini semua terhasil di atas kebijaksanaan kerajaan negeri Sabah mengurus ekonomi serta membawa pelaburan yang berterusan ke negeri ini.
Oleh yang demikian, saya mengharapkan seluruh warga Sandakan dan Sabah serta golongan pencari kerja yang tinggal berdekatan dapat meluangkan masa hadir untuk merebut peluang-peluang pekerjaan yang ditawarkan melalui BN Youth Job Fair ini yang dianjurkan selama dua hari pada 22 dan 23 September 2012 bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang di Harbour Mall, Sandakan.
Suka untuk saya mengingatkan kepada pengunjung-pengunjung yang akan datang supaya bukan hanya membawa resume yang lengkap malah apa yang lebih menjadi keutamaan adalah untuk mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal. Rebutlah peluang serta kemudahan yang diberikan ini sebaiknya dengan usaha dan kesungguhan bagi meyakinkan majikan-majikan yang hadir kerana temuduga secara terus turut diadakan. Kami mensasarkan, lebih dari 80% peluang pekerjaan yang ditawarkan di Sandakan ini dapat diisi melalui penganjuran karnival ini," tambahnya lagi.

Pejalan Kaki Maut Dilanggar Van <b>Di Sandakan</b> | MyNewsHub

Posted: 05 Sep 2012 10:30 PM PDT

Pejalan Kaki Maut Dilanggar Van Di Sandakan

SANDAKAN – Seorang pejalan kaki maut selepas dilanggar sebuah van ketika menyerang jalan di Jalan Pasir Putih dekat sini, Rabu.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Arifin berusia dalam lingkungan 40-an itu mati di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong berkata kejadian dilapor berlaku pada pukul 5.30 pagi dan pemandu van berkenaan telah membuat laporan polis.

Mayat lelaki itu masih ditempatkan di kamar mayat Hospital Duchess of Kent Sandakan (HDOK) dan polis meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga tampil bagi mengecam mayat mangsa. – BERNAMA

Iklan Teks:
PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


promosi : kelas tahfiz hujung minggu <b>di kota kinabalu</b> mulai disember

Posted: 02 Nov 2012 06:17 AM PDT

Abu Nuha Corner mengalu-alukan para pembaca :

1) Menghantar sebarang maklumat program atau aktiviti dakwah dan bukan berasaskan komersil khususnya sekitar Kota Kinabalu @ Pantai Barat Selatan dan Sabah amnya untuk dihebahkan di blog ini. Bahan yang bersesuaian, lengkap (seperti foto, banner dll) serta tepat akan dipaparkan di blog ini dalam tempoh tertentu.

2) Menghantar undangan untuk Abu Nuha atau rakan-rakan pendakwah sama ada JHEAINS atau Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) Sabah mengisi program dakwah di kawasan berdekatan dan bersesuaian sama ada di masjid, surau, jabatan kerajaan dan swasta dan sebagainya.

3) Menghantar undangan untuk Abu Nuha Corner membuat liputan sebarang aktiviti dakwah di lokasi yang berdekatan. Berikan maklumat lebih awal dan terperinci untuk memudahkan lokasi dikunjungi. Aktiviti yang bersesuaian akan dikongsikan untuk tatapan pembaca di blog ini.

4) Menghantar berita, laporan atau catatan aktiviti dakwah sekitar Sabah untuk dipaparkan di blog ini tanpa Abu Nuha Corner berkunjung ke lokasi berkenaan. Catatan yang menarik, lengkap dengan foto dan menepati citarasa Abu Nuha Corner akan dikongsikan bersama.

Contoh program @ aktiviti dakwah adalah seperti kelas pengajian agama, ceramah, kuliah, forum, kursus-kursus, seminar, majlis qurban, aqiqah, khatam al-Quran, pertemuan, ziarah hospital, muallaf atau ulama dan seumpamanya. Sama ada ia dianjurkan oleh masjid, surau, kampung, jabatan kerajaan, swasta, NGO, parti atau individu persendirian.

Hantar maklumat program berkenaan ke mesej Facebook Abu Nuha atau emel ke ma_alhafiz@yahoo.com. Sertakan nama pemberi maklumat atau urusetia dan nombor telefon untuk rujukan dan pertanyaan lanjut. Maklumkan juga sasaran audien (sama ada terbuka, tertutup atau ada umur tertentu). Maklumat yang lengkap dan paling penting MENEPATI CITARASA Abu Nuha Corner akan disiarkan. Mari kita bersama-sama menyebarkan maklumat dan aktiviti dakwah demi perkembangan Islam. Terima kasih.

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved