[unable to retrieve full-text content]Kesedaran Pengguna di Tenom Rendah? Sedcovest Tenom, 14 Julai 2012: Penduduk Tenom dinasihatkan agar mendalami pengetahuan berkaitan hak dan prosedur kepenggunaan. Ini membantu mereka mengelak dari ...
TENOM, 27 Mei – Golongan belia khususnya di luar bandar daerah ini digesa menyertai askar wataniah jika masih belum terlibat dalam mana-mana persatuan beruniform.
Ketua Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar berkata penyertaan itu akan menghindarkan mereka daripada terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.
"Bilangan belia yang menyertai askar wataniah masih lagi kurang sedangkan daerah ini mempunyai jumlah belia yang ramai.
"Apa yang paling penting, langkah ini dapat menyuntik semangat patriotik dalam jiwa mereka selain mengisi masa terluang dengan perkara yang berfaedah," ujarnya yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia.
Beliau berkata penerangan dan penjelasan mengenai askar wataniah perlu dilakukan secara lebih aktif bagi menarik lebih ramai remaja yang merupakan golongan sasar.
Sejajar dengan itu, katanya, penubuhan Kompeni Askar Wataniah bukan sahaja di Tenom tetapi di seluruh negara adalah satu langkah yang tepat sekali.
"Kita harap golongan belia di setiap daerah khususnya di daerah ini menyertai askar wataniah. Penyertaan ini merupakan bukti kasih dan setia mereka untuk menyumbang khidmat mempertahankan negara.
"Dengan cara ini, mereka akan menyedari tanggungjawab menjaga keamanan negara bukan dipikul pihak berkuasa semata-mata," katanya.
Menurutnya, difahamkan 125 daripada 222 kawasan Parlimen sedang dalam proses untuk menubuhkan kompeni tersebut secara berperingkat dan dijangka selesai pada 2011. -MediaUMNO
SAYA menyokong penuh kenyataan Adun Melalap Datuk Radin Malleh supaya pucuk pimpinan BN menimbang untuk memberi peluang kepada PBS untuk mewakili BN untuk bertanding di kerusi Parlimen P.181 Tenom. Kini sudah menjadi pengetahuan umum bahawa Datuk Rubin Balang, Ketua Bahagian UMNO Tenom sedang mempersiapkan jentera pilihanraya untuk bertanding di kerusi Parlimen P.181 Tenom atas tiket BN. Dan adalah diuar-uarkan bahawa pucuk pimpinan UMNO telah bersetuju dengan pencalonan beliau. Beliau sekarang adalah ADUN N.36 Kemabong.
Saya tidak bermaksud untuk memperkecil-kecil parti komponen lain, tetapi saya menyatakan sesuatu yang hakikat sebenarnya dan juga atas rasa sayangkan kepada BN dan untuk menghindarkan kekalahan BN jika salah parti komponen yang dipertaruhkan untuk bertanding di kawasan Parlimen P.181 Tenom.. Selaku penduduk asal daerah Tenom saya melihat bahawa parti PBS lah yang amat sesuai untuk mewakili rakyat di kawasan ini di dewan rakyat, atas sebab-sebab berikut:-
Kawasan Parlimen P.181 Tenom mengandungi dua kawasan DUN iaitu DUN N.35 Melalap dan DUN N.36 Kemabong, yang mana sebilangan besar penduduknya mungkin dalam lingkungan 70% adalah dari suku kaum Murut, ia itu kawasan bumiputra (bukan Islam). Oleh itu PBS selaku parti komponen BN yang perjuangannya berasaskan KDM adalah amat sesuai untuk mewakili BN di kawasan ini. Ini bukan bermakna tidak menghormati komponen BN yang lain tetapi pucuk pimpinan harus melihat kesesuaian asas perjuangan sesebuah parti komponen berkenaan. Pada pendapat saya biarlah UMNO bertanding di kawasan Bumiputra Islam.
Secara tradisinya kawasan P.181 Tenom adalah kawasan kubu kuat PBS. Maka oleh kerana itulah kawasan ini adalah milik PBS semasa era PBS dalam BN dahulu. dan jika diberi peluang pada PRU13, saya yakin PBS akan menang di kawasan ini dengan majoriti yang besar.
Jika PBS yang dipertaruhkan untuk mewakili BN dalam kerusi P.181 Tenom, maka ini adalah membuktikan bahawa konsep BERKONGSI KUASA yang dilaung-laung oleh UMNO dan BN masih kekal utuh.
UMNO telah mewakili kawasan ini dalam 03 penggal iai itu dari 1999-2004 . (Y.Bhg.Datuk Rizalman Abdullah ), 2004-2008 (Y.B.Datuk Raime Unggi) dan 2008-sekarang (Y.B.Datuk Raime Unggi)..maka amatlah sesuai jika dalam pada PRU13 ini komponen lain khususnya PBS diberi pelaung untuk bertanding di kawasan ini. Ini juga adalah bertepatan dengan kata-kata PM bahawa tidak semestinya sesebuah parti komponen itu kekal bertanding di sesebuah kawasan. Kesesuaian dan keserasian di antara parti berkenaan dengan rakyat di kawasan berkenaan harus diambil kira dalam menentukan parti komponen yang lebih sesuai dan seterusnya boleh memenangi kerusi berkenaan bagi BN.
Tidak dapat dinafikan sentimen kurang senang dengan UMNO di kalangan rakyat umum, sudah mula menular di Tenom. Oleh itu, jika cadagan PBS itu tidak diberi perhatian yang sewajarnya, maka ia mungkin akan menjejaskan peluang BN untuk mempertahankan kerusi Parlimen Tenom. Lantas kenyataan Y.B. Datuk Radin yang mengatakan PBS boleh menang dengan mudah, jika dicalonkan, memang tepat sekali.
Pengembaraan di Sabah meninggalkan kesan cinta dan sayang pada negeri tersebut. Mengapa ada setengah dari kita membuat andaian buruk pada negeri lain, sedangkan beliau sendiri tidak menjejakkan kaki disana. Benarlah kata pepatah "tak kenal maka tak cinta". Tidak rugi menimba ilmu kehidupan yang merupakan ilmu pengetahuan bagi kita semua.
Melihat di sekitar daerah Ranau, kebersihan terjaga, udara yang nyaman, penduduknya mesra, pemandangan yang mempersonakan, bukit dan gunung menjadi tiang yang utuh dan kukuh.
Bagi meneruskan tanggungjawab sosial kepada masyarakat di negeri Sabah ini, Telekom Malaysia (TM) melalui Badan Kebajikan Islam Telekom (BAKIT) telah mengadakan Ziarah Ramadhan di beberapa kampung Pedalaman yang terletak di sekitar pekan Ranau.
Ziarah Ramadhan yang diadakan selama dua hari, pada 4 hingga 5 Ogos (15 dan 16 Ramadhan 1433H) bertumpu kepada dua kawasan utama; kawasan Matupang dan Ulu Sugut. Perjalanan pada hari yang pertama di sekitar Matupang meliputi empat buah kampung, iaitu Kg Matupang Jaya, Kg Lungkidau, Kg Tompius dan Kg Bitoon.
Perjalanan hari pertama kami ialah ke Kampung Matupang Jaya yang jauhnya 45KM daripada Pekan Ranau. Walaupun terletak di tepi jalan utama menghubungkan Kota Kinabalu ke Sandakan dan Tawau, namun keadaan surau ini agak dhaif dan usang. Atas maksud itulah, ziarah kali ini turut menguruskan penyerahan bahan-bahan binaan seperti bata, pasir, simen dan batu. Selain daripada itu, ziarah ini turut menyerahkan sumbangan barang-barang dapur dan buku-buku agama untuk kegunaan penduduk kampung.
Seterusnya, lawatan kami ialah ke Kg Lungkidau yang terletak di seberang sungai dan jalan perhubungan untuk memasuki kampung ini ialah melalui jambatan gantung. Alternatif lain, ialah menggunakan kereta tinggi (4WD) untuk menyeberang sungai yang kebetulannya cetek pada masa ini. Ziarah ini juga menyerahkan sumbangan barang-barang dapur dan buku-buku agama untuk kegunaan penduduk kampung.
Kampung seterusnya ialah Kg Tompius yang terletak tidak jauh daripada Kg Lungkidau. Dari Kg Lungkidau ke Kg Tompius, terdapat dua jalan yang boleh dilalui iaitu; melalui jalan hutan yang mengambil masa selama sejam setengah atau melalui jalan utama Kota Kinabalu - Sandakan (perlu meredah semula sungai). Ziarah ini juga menyerahkan sumbangan barang-barang dapur dan buku-buku agama untuk kegunaan penduduk kampung serta pengagihan lampu solar kepada penduduk kampung yang bertujuan membantu kanak-kanak menelaah buku di malam hari. Di kampung-kampung ini, cahaya yang menerangi di waktu malam hanyalah lampu pelita selain daripada sinar bulan dan bintang. Untuk surau dan di kalangan yang berada, tenaga solar merupakan sumber tanaga yang menjana lampu dan peralatan elektrik yang lain. Kampung terakhir untuk kembara pada 4 Ogos ialah Kg Bitoon yang terletak tidak jauh daripada Kg Tompius. Di sinilah para rombongan beriftar bersama-sama penduduk kampung sambil menyerahkan sumbangan lampu solar, barang-barang dapur dan buku-buku agama untuk kegunaan penduduk kampung. Jemaah disajikan dengan nasi berbungkus daun yang merupakan tradisi masyarakat di sini. Menu lauk istimewa ialah daging rusa dan sayur rebung segar.
Perjalanan hari kedua dimulakan ke Kg Tinotuan, yang jaraknya hanya 30KM dari Pekan Ranau... Walau bagaimanapun, masa perjalanan tidaklah sesingkat yang disangka kerana kenderaan kami terpaksa melalui jalan berbatu, berdebu dan naik turun bukit dengan kelajuan purata 30km sejam. Selepas itu, barulah kami menuju ke Kg Terawas, Kg Morungin Dua dan diakhiri di Kg Sumbilingon.
Sama seperti hari sebelumnya, ziarah ini juga menyerahkan sumbangan lampu solar, barang-barang dapur dan buku-buku agama untuk kegunaan penduduk kampung. Syukur Alhamdulillah dan berkat ziarah-dakwah Ramadhan kali ini, hasil sumbangan warga Bakit TM Sabah & warga ex-TM KL, sebanyak 112 barangan dapur, 122 helai set (telekung & kain pelikat) telah berjaya disumbangkan kepada penduduk mualaf di 5 buah kampung terpencil di Ranau, buku panduan solat wanita & lelaki, buah buku Iqra dan terjemahan Al Quran. Sebanyak 90 buah lampu solar disumbangkan juga ke 3 buah kampong iaitu Kg. Sumbilingon, Kg. Bitoon dan Kg. Tompios di Ranau. Semoga usaha ini berterusan, menjadi manfaat kepada penerima dan pemberinya serta mendapat keberkatan yang Maha Esa. Wallahu a'lam.
Satu program Keibubapaan ' MASA ITU HANYA SEKALI' telah diadakan di SK Lohan pada 7-8 Julai 2012 bersama-sama masyarakat Kampung Lohan. Kampung Lohan terletak 9 km dari pekan Ranau. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada masyarakat dan guru di Kampung Lohan diatas layanan mesra yang diberi kepada kami semasa mengadakan program. Sama-sama kita doakan agar ilmu yang kami kongsikan diberkati Allah SWT, bermanfaat, dapat diamalkan dan seterusnya menjadikan anak-anak di Kampung Lohan anak-anak yang cemerlang, dari segi akademik dan agama mereka, membesar menjadi orang-orang yang berilmu, beramal, yang soleh dan bertaqwa. Amin.
Dalam foto ini : Cikgu Ann Lian dari Tadika Astana, Ustaz Nazri b. Abdullah, Encik Rusining Rusidi (Pegawai Pelajaran Daerah Ranau).
Pada pagi Sabtu, 7 Julai 2012 kami berada di Dewan SK Lohan untuk mengadakan 2 ceramah untuk ibubapa SK Lohan. Encik Rusining Rusidi telah merasmikan program ini dan turut bersama kami hingga tamat program - seorang pegawai yang sungguh komited dan sangat menggambil berat mengenai pendidikan kanak-kanak di kawasan Ranau. Terima kasih diatas sokongan tuan!
Ceramah kedua pada pagi itu bertajuk 'Perkembangan Menyeluruh dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak' oleh pihak Tadika Astana mengenai pentingnya penglibatan ibubapa untuk merangsangkan anak-anak mereka di rumah dari lahir dan pentingnya menghantar kanak-kanak ke prasekolah. Umur 0-5 tahun adalah peringkat yang amat 'KRITIKAL' dalam perkembangan otak kanak-kanak yang mempengaruhi 'intelligence'. Ibubapa disarankan JANGAN mengsia-siakan MASA ini .Ceramah ketiga bertajuk ' Literasi Awal' - menekan peranan ibubapa untuk menyemaikan budaya membaca dan mendidik anak-anak membaca dari dalam kandungan hingga besar, atau umur seterusnya. Beberapa aktiviti literasi awal yang boleh dilakukan oleh ibubapa dikongsikan .
Encik Jabilin Hadimin, Timbalan YDP PIBG SK Lohan memberi ucapan. Beliau turut bersama kami dari awal hingga tamat program. Terima kasih diatas sokongan tuan dan semua ahli PIBG.
BENGKEL GURU di Tabika KEMAS, Kampung Lohan Ahad, 8 Julai 2012
Bengkel diadakan di Tabika KEMAS, Kampung Lohan dan dirasmikan oleh Encik Rusining Rusidi (PPD Daerah Ranau). Ibubapa turut hadir bersama guru-guru dari prasekolah, tabika KEMAS dan Perpaduan untuk bengkel ini yang dikendalikan oleh Cikgu Ann Lian dari Tadika Astana.
Foto : Encik Rusining b. Rusidi berucap dan merasmikan bengkel.
Cikgu Ann Lian berkongsi cara pengajaran yang digunakan di Tadika Astana. Bahagian pertama mengenai tema dan membuat 'webbing'.
SIPITANG 10 Ogos - Bulan Ramadan yang tinggal beberapa hari sahaja lagi terus memberi berkat dan manfaat serta limpahan rezeki buat mereka yang tidak berkeupayaan apabila golongan asnaf itu terus menerus mendapat bantuan sewajarnya.
Tidak ketinggalan di Lumadan, dekat sini golongan asnaf yang terdiri daripada warga emas, ibu tunggal, anak yatim piatu dan lain-lain turut mendapat limpahan rezeki bulan yang penuh berkat apabila mereka diraikan dalam majlis Ziarah Ramadan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan tersebut, Kamarlin Hj Ombi.
Bertempat di Masjid Kampung Bukau, Kamarlin serta pimpinan Kemajuan Rakyat Kawasan Lumadan turut berbuka puasa, solat maghrib, isya' dan terawih secara berjemaah bersama penduduk setempat.
Terdahulu berucap di majlis tersebut Kamarlin yang juga Timbalan Ketua UMNO bahagian Sipitang mengingatkan umat Islam setempat agar memanfaatkan sepenuhnya bulan yang penuh dengan barakah itu.
"Bulan Ramadan bukan sahaja untuk mempertingkatkan ibadah namun ianya juga wadah untuk menjalin hubungan harmoni di samping memperkukuhkan perpaduan melalui pelbagai program yang dijalankan di masjid dan surau di kawasan masing-masing sepanjang bulan Ramadan ini," katanya.
Kata beliau lagi dengan adanya program seumpama itu, ianya akan dapat membantu meningkatkan lagi hubungan antara satu sama lain sekaligus melahirkan masyarakat setempat yang harmoni.
KEBAKARAN KILANG PAPAN DI JALAN NABAWAN, KENINGAU-500 KEHILANGAN TEMPAT TINGGALReviewed by Admin on Aug 16.Rating: -
KENINGAU: 500 pekerja sebuah kilang papan di sini, hilang tempat tinggal setelah kebakaran memusnahkan kira-kira 100 buah kuarters rumah pekerja itu, di Batu 5 Jalan Nabawan, pada Rabu.
Tragedi yang dianggap terbesar dalam sejarah kebakaran di daerah ini, berlaku pada 1.45 tengah hari.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Keningau, Janil Jaya berkata dua jentera bomba dan penyelamat bersama 15 pegawai dan anggota dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada 2.03 petang.
"Kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya, meskipun menghadapi masalah bekalan air pada pili bomba dan mencari sumber air di kilang untuk disalurkan ke lokasi kebakaran," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Katanya, sebahagian besar daripada pekerja kilang terbabit berada di tempat kerja yang terletak kira-kira 200 meter dari kuarters yang terbakar itu.
Tiada sebarang kehilangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dan sebahagian daripada penghuni unit kuarters itu, sempat menyelamatkan barang dan harta benda mereka, katanya.
Punca dan anggaran kerugian masih disiasat, tambah beliau. -BERNAMA
Sabah juga dikenali dengan nama Negeri Di Bawah Bayu.Sabahadalah negeri yang kedua terbesar diMalaysia, terletak di utara kepulauanBorneo, pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi kawasan seluas 73,500 kilometer persegi dengan pantai sepanjang 14,400 kilometer denganLaut China Selatanterletak di pantai barat,Laut Suludi sebelah timur laut danLaut Celebesdi sebelah selatan. Sabah adalah satu kawasan berbukit bukau dan merupakan sebuah negeri yang unik dan terkenal dengan kepelbagaian kebudayaan suku kaumnya. Menurut Agnes Keith (1981), gelaran Negeri di Bawah Bayu bukan merujuk kepada negeri Sabah sahaja tetapi juga merujuk kepada kawasan di Selatan Sulu. Terdapat kira-kira 2.5 juta penduduk Sabah merangkumi lebih daripada 30 suku kaum dan terdapat sebanyak 80 dialek bahasa yang digunakan. Sabah terdiri daripada 6 daerah pentadbiran yang dipanggil "Residensi" iaitu Kudat, Pantai Barat-Utara dan Selatan, Pedalaman, Sandakan dan Tawau. Bandar-bandar utama di Negeri Sabah adalah Kota Kinabalu (ibu negeri), Sandakan dan Tawau.
Penduduk Sabah terdiri daripada kaum Kadazan atau Dusun, Bajau, Murut, Kelabit, Rungus, Kedayan, Brunei, Lundayeh, Rungus,Iranun, Ida'an, dan lain-lain. Ciri-ciri kebudayaan negeri Sabah amat unik kerana kepelbagaian suku kaum. Tiga suku kaum utama di Sabah iaitu masyarakat Kadazan-Dusun, Bajau dan Murut. Kumpulan etnik yang utama adalah Kadazandusun, Murut, dan Bajau. Dengan itu, Sabah adalah kaya dengan penduduk berbagai-bagai kaum dengan latarbelakang kebudayaan masing-masing.
Suku kaum Kadazan-Dusun yang merupakan kaum terbesar di Sabah iaitu mewakili satu pertiga dari jumlah penduduk Sabah dan majoritinya tinggal di Pantai Barat. Suku kaum yang tergolong dalam suku Kadazan-Dusun ialah Rungus, Lotud, Tambonuo, Kimaragang, Sanayo, Minakok dan Tenggera. Suku kaum Bajau merupakan suku kaum kedua terbesar di Negeri Sabah. Suku kaum Bajau terbahagi kepada dua iaitu Bajau Pantai Barat dan Bajau Pantai Timur.
Seterusnya suku kaum ketiga terbesar ialah suku kaum Murut yang tinggal di Selatan Pantai Barat. Perkataan 'Murut' merujuk kepada kumpulan penduduk yang tinggal di lereng bukit atau tanah tinggi di Pedalaman Sabah. Murut terdapat di beberapa kawasan seperti Keningau, Tenom, Pensiangan, Sipitang, Kalabakan dan Kinabatangan. Kaum Murut terbahagi kepada Murut Tahol atau Tagal, Tidung, Timugon, Sembakung, Paluan, Bookan, Kalabakan,dan Murut Serundung. Dimana kaum Murut mewakili sebanyak 2.9% daripada penduduk di Sabah iaitu lebih kurang 50,000 orang. Suku kaum Murut juga terdapat di Brunei, Sarawak dan sempadan Kalimantan. Kaum Murut mempunyai bahasa tersendiri yang berbeza dengan suku kaum Murut yang lain. Ini disebabkan faktor geografi sebagai penghalang dalam komunikasi bahasa mereka. Secara uniknya, kaum Murut tinggal di rumah panjang yang berhampiran dengan kawasan sungai atau membuat penempatan sepanjang sungai. Mereka tinggal di dalam rumah panjang yang menempatkan 10 hingga 20 keluarga. Tetapi terdapat juga kaum Murut yang tinggal dan membina penempatan secara individu di sepanjang sungai. Suku kaum Murut pakar dalammembuat perahu dan menurunkan kepakaran mereka kepada generasi seterusnya. (Gambar menunjukkan Prof. Marina dan pelajar UPSI melawat Rumah Panjang Kg. Sandukan (b) Nabawan Sabah sempena perkahwinan sahabat beliau).
Kaum Murut juga menyambut perayaan seperti Hari Raya, Hari Krismas, Tahun Baru, Majlis harijadi, pengembumian dan Pesta Kalimaran dan lain-lain. Pesta Kalimaran ialah pesta sama seperti kaum kadazan-Dusun yang menyambut pesta Kaamatan. Ia di sambut selepas mereka menuai padi. Kaum Murut masa kini, telah mengalami proses kemodenan dan ramai yang berkerja sebagai kakitangan kerajaan dan bukan kerajaan. Mereka juga tinggal di bandar-bandar besar dan mempunyai pekerjaan profsional. Namun demikian, Kaum Murut ini masih lagi mengamalkan adat istiadat yang diamalkan oleh nenek moyang mereka sebagai adat turun temurun yang mempunyai nilai estetika tinggi dalam kehidupan.
Sabah juga dikenali dengan nama Negeri Di Bawah Bayu.Sabahadalah negeri yang kedua terbesar diMalaysia, terletak di utara kepulauanBorneo, pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi kawasan seluas 73,500 kilometer persegi dengan pantai sepanjang 14,400 kilometer denganLaut China Selatanterletak di pantai barat,Laut Suludi sebelah timur laut danLaut Celebesdi sebelah selatan. Sabah adalah satu kawasan berbukit bukau dan merupakan sebuah negeri yang unik dan terkenal dengan kepelbagaian kebudayaan suku kaumnya. Menurut Agnes Keith (1981), gelaran Negeri di Bawah Bayu bukan merujuk kepada negeri Sabah sahaja tetapi juga merujuk kepada kawasan di Selatan Sulu. Terdapat kira-kira 2.5 juta penduduk Sabah merangkumi lebih daripada 30 suku kaum dan terdapat sebanyak 80 dialek bahasa yang digunakan. Sabah terdiri daripada 6 daerah pentadbiran yang dipanggil "Residensi" iaitu Kudat, Pantai Barat-Utara dan Selatan, Pedalaman, Sandakan dan Tawau. Bandar-bandar utama di Negeri Sabah adalah Kota Kinabalu (ibu negeri), Sandakan dan Tawau.
Penduduk Sabah terdiri daripada kaum Kadazan atau Dusun, Bajau, Murut, Kelabit, Rungus, Kedayan, Brunei, Lundayeh, Rungus,Iranun, Ida'an, dan lain-lain. Ciri-ciri kebudayaan negeri Sabah amat unik kerana kepelbagaian suku kaum. Tiga suku kaum utama di Sabah iaitu masyarakat Kadazan-Dusun, Bajau dan Murut. Kumpulan etnik yang utama adalah Kadazandusun, Murut, dan Bajau. Dengan itu, Sabah adalah kaya dengan penduduk berbagai-bagai kaum dengan latarbelakang kebudayaan masing-masing.
Suku kaum Kadazan-Dusun yang merupakan kaum terbesar di Sabah iaitu mewakili satu pertiga dari jumlah penduduk Sabah dan majoritinya tinggal di Pantai Barat. Suku kaum yang tergolong dalam suku Kadazan-Dusun ialah Rungus, Lotud, Tambonuo, Kimaragang, Sanayo, Minakok dan Tenggera. Suku kaum Bajau merupakan suku kaum kedua terbesar di Negeri Sabah. Suku kaum Bajau terbahagi kepada dua iaitu Bajau Pantai Barat dan Bajau Pantai Timur.
Seterusnya suku kaum ketiga terbesar ialah suku kaum Murut yang tinggal di Selatan Pantai Barat. Perkataan 'Murut' merujuk kepada kumpulan penduduk yang tinggal di lereng bukit atau tanah tinggi di Pedalaman Sabah. Murut terdapat di beberapa kawasan seperti Keningau, Tenom, Pensiangan, Sipitang, Kalabakan dan Kinabatangan. Kaum Murut terbahagi kepada Murut Tahol atau Tagal, Tidung, Timugon, Sembakung, Paluan, Bookan, Kalabakan,dan Murut Serundung. Dimana kaum Murut mewakili sebanyak 2.9% daripada penduduk di Sabah iaitu lebih kurang 50,000 orang. Suku kaum Murut juga terdapat di Brunei, Sarawak dan sempadan Kalimantan. Kaum Murut mempunyai bahasa tersendiri yang berbeza dengan suku kaum Murut yang lain. Ini disebabkan faktor geografi sebagai penghalang dalam komunikasi bahasa mereka. Secara uniknya, kaum Murut tinggal di rumah panjang yang berhampiran dengan kawasan sungai atau membuat penempatan sepanjang sungai. Mereka tinggal di dalam rumah panjang yang menempatkan 10 hingga 20 keluarga. Tetapi terdapat juga kaum Murut yang tinggal dan membina penempatan secara individu di sepanjang sungai. Suku kaum Murut pakar dalammembuat perahu dan menurunkan kepakaran mereka kepada generasi seterusnya. (Gambar menunjukkan Prof. Marina dan pelajar UPSI melawat Rumah Panjang Kg. Sandukan (b) Nabawan Sabah sempena perkahwinan sahabat beliau).
Kaum Murut juga menyambut perayaan seperti Hari Raya, Hari Krismas, Tahun Baru, Majlis harijadi, pengembumian dan Pesta Kalimaran dan lain-lain. Pesta Kalimaran ialah pesta sama seperti kaum kadazan-Dusun yang menyambut pesta Kaamatan. Ia di sambut selepas mereka menuai padi. Kaum Murut masa kini, telah mengalami proses kemodenan dan ramai yang berkerja sebagai kakitangan kerajaan dan bukan kerajaan. Mereka juga tinggal di bandar-bandar besar dan mempunyai pekerjaan profsional. Namun demikian, Kaum Murut ini masih lagi mengamalkan adat istiadat yang diamalkan oleh nenek moyang mereka sebagai adat turun temurun yang mempunyai nilai estetika tinggi dalam kehidupan.
Menurut Kamus Dewan edisi keempat, suku kaum Murut adalah suku kaum pribumi Sabah yang tinggal di daerah Tenom, Keningau, Sipitang, Pensiangan, dan Nabawan. Kegiatan utamanya adalah menanam padi huma, berburu dan memungut rotan, madu lebah dan damar. Mereka tinggal di rumah panjang dan hidup dalam keluarga yang besar.
Masyarakat Murut merupakan suku bangsa yang tertua sekali di Sabah, dan dipercayai datang dari Annam, Indo-China dan sampai ke Sabah melalui kepulauan Filipina. Cara hidup mereka hampir sama dengan cara hidup bangsa Mois iaitu Orang Asli negeri tersebut. Mereka juga mempunyai banyak persamaan dengan orang Dayak di Sarawak. Kawasan penempatan mereka ialah di daerah Tenom, Sapulut, Rundum, dan Sipitang. Berikut dipaparkan adat resam yang diamalkan oleh masyarakat Murut di Sabah. Murut Tahol atau lebih di kenali sebagai Murut Tagal tinggal di kawasan pedalaman Daerah Nabawan yang hampir dengan kawasan Kalimantan Indonesia.
Sepulut
Sapulut berada dalam Daerah Nabawan. Sapulut terletak di sepanjang Sungai Sapulut. Sapulut terletak berdekatan dengan Gunung Antulai (1,713 meter). Kawasan yang hampir dengan Sapulut adalah Batu Punggul iaitu sebuah kawasan peranginan. Kaum yang mendominasi Sapulut adalah dari kaum Murut Tahol. Sepanjang Sungai Sapulut terdapat banyak kampung-kampung di bahagian kiri dan kanan. Mereka mendirikan petempatan di sepanjang sungai Sapulut.
Nabawan terletak di Pedalaman Sabah iaitu di bahagian Pantai Timur kepulauan Borneo. Populasi penduduk dianggarkan seramai 23,890 orang pada tahun 2000 dan kebanyakannya daripada etnik Murut. Daerah Nabawan meliputi kawasan 6089 km. Terletak di bahagian Selatan Sabah dan bersempadan dengan Tawau dan Kinabatangan di bahagaian Timur manakala Keningau dan Tenom di bahagian Barat Sabah.
Menurut Ismaily Bungsu (1995:29-30), Sabah mempunyai ruang seluas 27,500 km persegi, di kelilingi oleh pantai sepanjang 1440 dari Sipitang ke Tawau. Berjiran dengn Filipina di sebelah Utara dan bersempadan dengan Kalimantan Timur Indonesia, Brunei dan Sarawak di sebelah Selatan. Sabah mempunyai 31 etnik kaum dan mempunyai 80 dialek selain Bahasa Melayu.
Mengikut pendapat Lee Yong Leng (1982:1), Borneo utara iaitu negeri Sabah terletak d bahagian utara Pulau Borneo. Seluruh wilayahnya terletak dalam kawasan tropika, garis lintang 3 42' U di Puncak Sungai Padas ke 7 2'U di Semenajnung Kudat. Pulau ini meruncing ke bahagian Utara. Sehingga tidak ada satu pun tempat di sabah yang jauhnya luas saeratus batu dari laut.
Negeri Sabah merupakan negeri yang kedua terbesar di Malaysia, terletak di utara kepulauan Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi kawasan seluas 73,500 kilometer persegi dengan pantai sepanjang 14,400 kilometer dengan Laut China Selatanterletak di pantai barat, Laut Sulu di sebelah timur laut dan Laut Celebes di sebelah selatan. Sabah adalah satu kawasan berbukit bukau. Kawasannya yang bergunung-ganang disilangi dengan sungai-sungai yang mengalir melalui lembah-lembah menerusi dataran tanah yang subur. Banyak gua ditemui di hutan-hutannya. Gunung Kinabalu yang tertinggi di Asia Tenggara tersergam indah dengan ketinggian 4,101 meter. Sabah terdiri daripada 6 daerah pentadbiran yang dipanggil "Residensi" iaitu:Kudat, Pantai Barat - Utara dan Selatan, Pedalaman, Sandakan dan Tawau. Bandar-bandar utama di Sabah adalah Kota Kinabalu (ibu negeri), Keningau, Papar, Sipitang, Kota Belud, Tuaran, Penampang, Semporna dan Lahad Datu.
Selain jumlah institus pengajian tinggi dan sekolah, kedai buku juga memberi sedikit klu atau gambaran aras intelektual masyarakat di sesebuah tempat.
Persepsi saya terhadap Sabah khususnya Kota Kinabalu beralih hampir 180 darjah mengenai hal ini. Sebuah kota yang tidak begitu masyhur di dalam negara sebenarnya sangat diminati untuk dikunjungi pelancong dari luar negara. Benar kata orang, 'grass always greener ther other side".
Lupakan rumput, kambing New Zealand dan lembu. Kembali kepada topik buku.
Di Kota Kinabalu ada banyak kedai buku. Yang besar-besar seperti Times di Plaza Warisan, Popular di Centre Square. Times menawarkan bacaan bahasa Inggeris yang variasi dengan majalah dan koleksi buku bacaan kelas antarabangsa.
Manakala Popular pula menawarkan buku bacaan tempatan yang subhanallah banyak judulnya. Bahkan koleksi buku Melayu di Popular Kota Kinabalu menandingi kebanyakan cawangan popular di Semenanjung. Bahkan Johor Bahru yang beberapa tahun dahulu jualannya paling baik di Malaysia tidak memiliki judul bahasa Melayu sebanyak di KK.
Kedai-kedai buku indie juga tidak kalah banyak. Kebanyakannya menawarkan buku-buku agama. Tentunya bisnes ini milik mamak, siapa lagi.
Antaranya termasuk Iqra' Islamic Centre di Wawasan Plaza, Neezadee berdepan Centre Point, Islamic House dan paling besar ialah dua buku kedai buku agama di Wisma Muis.
Insya Allah kami akan rebiu sedikit detil datu demi satu nanti.
PETALING JAYA 15 Ogos: Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat memaklumkan, sambutan Hari Malaysia pada tahun ini akan diadakan di dua lokasi berasingan iaitu di Kota Kinabalu untuk Sabah manakala Kuching untuk sambutan di Sarawak.
"Dua acara berasingan akan diadakan. Yang pertama pada 15 September, iaitu sambutan pada malam Hari Malaysia dibuat di Kota Kinabalu. Yang kedua pula pada 16 September di Kuching, Sarawak," kata wakilnya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Hatta Ramli.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.
"Semua pimpinan Pakatan Rakyat akan bergerak ke sana. Acara khusus akan dimaklumkan kemudian," jelas Dr Hatta lagi.
Aku rasa,bagi yang layan cerita jam 7 petang sambil berbuka puasa,pasti kenal si Bazli ni kan?
Mukanya yang aku rasa,ada kacukan antara arwah Hani Mohsin dan digabungkan dengan sedikit muka Aznil Haji Nawawi.Mengikut apa yang aku baca dalam internet,brader ni bekas pramugara.
Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa bangang si Bazli ni masih nak tunggu si Nadira walaupun nadira dah cakap dia cintakan orang lain kan? Sekarang,nak buat u-turn pulak nadira tu.Kata cintakan Bazli semula.Haih....Ok lah,kalau kita tolak alasan si Bazli hanya ikut skrip,dan aplikasikannya dalam dunia realiti,maka,kita tetap akan nampak betapa bangangnya Bazli membuang masa kan?
Bagi aku,kepada mereka yang rasa macam tu, mereka patut angkat tangan tinggi-tinggi sekarang, dan ucapkan syukur banyak-banyak kepada tuhan, kerana mereka tak pernah terjebak dalam keadaan sedemikian.
Ya.Cinta dan sayang kepada sesama makhluk, adalah benda yang pelik.Kepada yang belum terkena, jagalah cinta dan sayang anda sebaik-baiknya. =)
*Patut lah bila sampai babak Bazli sedih,LAGU INIberkumandang dan nampak kena dengan dia.Dia yang nyanyi sendiri rupanya lagu ni.Chait.Tapi aku suka.Deep.Kah kah kah.Ha,jangan leka sampai terbabas solat maghrib pukul 8 sudah!