ads

Rabu, 20 Jun 2012

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Punca Kejadian Awan Pelik <b>Di Kota Kinabalu</b> Sabah | melvister.com

Posted: 12 Jun 2012 07:14 PM PDT

Share

Berikut adalah punca kejadian gambar awan pelik yang melanda di Kota Kinabalu Sabah. Pembentukan awan tersebut telah mencemaskan penduduk yang menyaksikan fenomena luar biasa itu. Menurut saksi yang merakamkan imej tersebut, Awan pelik terbentuk pada pagi 12 Jun 2012. Ketika gambar diambil, cuaca stabil tanpa angin dan hujan. Namun begitu, menjelang tengahari, ribut kencang berserta hujan melanda seluruh kawasan Pantai Barat Sabah

Awan Pelik Di Kota Kinabalu Sabah

Punca kejadian adalah dipercayai daripada taufan yang sedang melanda filipina. Taufan yang kedua sedang menuju ke arah negara Filipina mungkin adalah penyebab kejadian awan pelik di bahagian Pantai Barat Sabah berlaku.

Awan Pelik Di Kota Kinabalu Sabah

Incoming search terms:

  • awan pelik di kota kinabalu (8)
  • awan di kota kinabalu (7)
  • awan pelik di sabah (6)
  • awan pelik kota kinabalu (4)
  • awan d sabah (3)
  • awan kota kinabalu (3)
  • kejadian awan pelik di kota kinabalu (2)
  • youtube awan pelik di kk (2)
  • awan pelik di kk (1)
  • kejadian dia sabah 12 6 2012 (1)

Teruskan Membaca:

  1. Gambar Ribut Taufan Di Kota Kinabalu Sabah 12 Jun 2012
  2. Video Lelaki Arab Pukul Receptionist Di Kota Kinabalu Sabah
  3. Video Gumpalan Awan Jatuh Gugur Di Tanah Arab
  4. Pencawang TNB Bangi Terbakar Dan Meletup Punca Blackout
  5. Wanita Cina Maut Kepala Tersepit Lif Di Kota Kinabalu
  6. Letupan Kereta Api Langgar Lori Tangki Di Kota Kinabalu

Selasa, 19 Jun 2012

10 di tambunan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tambunan - Google Blog Search


sabahkini.net: NAJIB, PM PERTAMA LAWAT <b>TAMBUNAN</b>

Posted: 19 Jun 2012 08:02 PM PDT


TAMBUNAN: Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menyifatkan kunjungan Perdana Menteri Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak merupakan detik yang bersejarah di daerah yang terkenal dengan tanaman halia ini.
Katanya, ia menjadi detik yang bersejarah kerana beliau (Dato' Seri Najib) adalah Perdana Menteri yang pertama melawat daerah ini.
"Selain Perdana Menteri yang pertama melawat daerah ini, penubuhan Kolej KDM di daerah ini khususnya dan Pedalaman amnya juga detik yang bersejarah kerana impian masyarakat di kawasan ini untuk mendapatkan Kolej tersebut menjadi realiti," kata Pairin semasa berucap sempena Majlis Bersama Rakyat dan Pecah Tanah Kolej KDM Tambunan yang disempurnakan oleh Perdana Menteri di Pisompuruan Square di sini baru-baru ini.
Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tambunan berkata, kunjungan Perdana Menteri di daerah ini tidak sia-sia kerana ia melakar sejarah yang berkekalan apabila wujudnya Kolej KDM yang menjadi impian masyarakat KDM di kawasan ini.
"Apabila Kolej KDM ini beroperasi kelak ia akan memberi kemudahan kepada masyarakat di daerah ini untuk menghantar anak-anak mereka yang melanjutkan pelajaran," katanya.
Pada masa ini katanya, ramai anak-anak masyarakat di kawasan Pedalaman tercicir untuk melanjutkan pelajaran di IPTA/IPTS sama ada di Semenanjung dan di Kota Kinabalu kerana ramai ibu bapa yang tidak mampu menghantar anak mereka atas faktor kos yang tinggi.
Ini katanya, menyebabkan ramai anak-anak masyarakat di kawasan ini tidak berpeluang mendapat kemahiran dan latihan teknikal di IPTA/ IPTS.
Tetapi apabila Kolej tersebut siap kelak ia akan memberi kemudahan kepada anak- anak masyarakat di kawasan ini melanjutkan pelajaran dalam bidang yang ditawar bagi membolehkan mereka setanding dengan masyarakat lain di negara ini.
Sementara itu, seorang pendidik Nordin Lawanding 50, dari Kg. Kumawanan menyambut baik penubuhan Kolej KDM di Daerah.
Katanya, penubuhan Kolej ini sudah tentu memberi peluang kepada anak-anak di daerah ini dan kawasan Pedalaman keseluruhannya melanjutkan pelajaran mereka.
Dalam masa yang Nordin yang juga Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Tambunan meminta rakyat di kawasan ini agar menyokong pemimpin-pemimpin yang mencadang penubuhan Kolej KDM ini.
Nordin juga mencadangkan agar pihak yang berkenaan wujudkan kelas sementara bagi membolehkan operasi dilaksanakan sementara menunggu pembinaan bangunannya siap.
Ini katanya, supaya rakyat tidak tertunggu-tunggu disamping membolehkan anak- anak di kawasan ini dapat melanjutkan pelajaran dalam masa yang terdekat.
Beliau mencadangkan agar operasi sementara dijalankan bangunan SMK Nambayan Tambunan kerana sekolah berkenaan hanya menjalankan pembelajaran sesi pagi.
"Jika Kolej KDM menjalankan operasi lebih awal ia boleh menumpang bangunan sekolah itu untuk menjalankan pembelajaran atau pengajian pada sebelah petang" katanya.
Seorang penduduk Benjamin Bianus 55, dari Kg. Sungoi turut menyambut baik penubuhan Kolej KDM di daerah ini.
Benjamin seorang petani yang baru tahu penubuhan kolej berkata, walaupun beliau tidak tahu apa itu Kolej KDM tetapi beliau bersetuju ia diwujudkan di daerah ini.
Katanya, seperti sekolah yang menjadi tempat anak-anak belajar begitulah juga dengan kolej itu.
Bagi dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tambunan, Anney Justin dari Kg. Tombotuon dan Vianylyn Philip dari Kg. Pantai berkongsi pendapat menyambut baik penubuhan Kolej itu.
"Kami berharap menjadi pelajar yang pertama memasuki Kolej KDM itu nanti," kata kedua-dua pelajar tingka- tan lima SMK Tambunan itu.
Seorang pemimpin masyarakat yang merupakan Ketua Anak Negeri (KAN) Tambunan Shalan Hamidin 49, pula bersyukur dengan penubuhan Kolej KDM itu yang menurutnya telah diimpi-impikan oleh masyarakat Tambunan selama ini.
"Sebagai pemimpin masyarakat di daerah ini, saya berterima kasih kepada Huguon Siou Tan Sri Joseph Pairin Kitingan kerana memainkan peranan penting dalam penubuhan Kolej KDM ini," kata Shalan. (NST)

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


2 Maut Tertimbus Tanah Runtuh <b>Di Lahad Datu</b> | ZerousVortex[dot <b>...</b>

Posted: 18 Feb 2012 06:34 PM PST

Kejadian selepas hujan ranapkan rumah mangsa di lereng bukit 
LAHAD DATU: Seorang budak perempuan berusia lapan tahun bersama ibu saudaranya maut tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang turut menyebabkan seorang lagi ahli keluarga mereka parah dan meranapkan seba-hagian rumah di Kampung Terusan, di sini semalam.
Kejadian jam 1.30 pagi itu mengorbankan Nisdawati Jamal dan ibu saudaranya, Faridah Jompah, 40, manakala suami Faridah, Masdar Naning, 50, patah kaki. Faridah dan Nisdawati dipercayai tertimbus, manakala Masdar dihanyutkan aliran lumpur.
Ketiga-tiga mangsa bersama empat ahli keluarga mereka mendiami rumah di lereng bukit dalam kawasan ladang kelapa sawit, ranap akibat kejadian berkenaan. 
Difahamkan, Nisdawati bersama ibu dan bapa saudaranya itu tidur dalam bilik di ruang belakang. 
Tiga anak Masdar dan Faridah, iaitu Suhardi, 24; Mariam 19, dan Mohd Azizul 15, bagaimanapun sempat menyelamatkan diri dan membawa bersama cucu Masdar yang berusia empat bulan, Nurasheema Humaira Abd Rashid. 
Ketika kejadian, semua mangsa tidur dan tersedar selepas mendengar bunyi tanah menggelungsur di belakang rumah, dipercayai berikutan hujan berterusan sejak jam 8 malam kelmarin. 
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Mohd Apandi Mahmod, berkata pihaknya menerima panggilan jam 2.53 pagi dan bergegas ke lokasi berkenaan sebelum melancarkan gerakan mencari dan menyelamat mangsa. 
"Mayat Nisdawati ditemui jam 10.55 pagi tadi (semalam), manakala mayat Faridah ditemui 15 minit kemudian di bilik sama. Keadaan rumah yang hampir 50 peratus tertimbus menyukarkan usaha menyelamat serta mencari mangsa. 
"Kedua-dua mayat hanya ditemui selepas pasukan penyelamat menggunakan jengkaut. Usaha mencari turut dibantu anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dan bomba sukarela," katanya. 
Mohd Apandi berkata, Masdar yang dihantar ke Hospital Lahad Datu dilaporkan stabil dan operasi mencari dan menyelamat dihentikan tengah hari semalam. -BH
" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Gambar Ribut Taufan <b>Di Kota Kinabalu</b> Sabah 12 Jun 2012 <b>...</b>

Posted: 12 Jun 2012 04:21 AM PDT

Share

Gambar Ribut Taufan Melanda Kota Kinabalu Sabah 12 Jun 2012. Ribut luar biasa ini yang telah berlaku hari ini di KK menggerunkan ramai penduduk. Ini merupakan kejadian yang jarang berlaku di Kota kinabalu. Fenomena ini biasanya berlaku di luar negara dan agak sukar kelihatan di negara kita Malaysia. Mari lihat beberapa keping gambar yang sempat dirakam.

Incoming search terms:

  • ribut di kota kinabalu (11)
  • ribut di sabah (6)
  • ribut kota kinabalu (4)
  • ribut taufan di sabah (4)
  • ribut di kk (2)
  • ribut di sabah 2012 (1)
  • Ribut k k (1)
  • ribut kk (1)
  • RIBUT DI SABAH 12/06/2012 (1)
  • ribut kotakinabalu (1)

Teruskan Membaca:

  1. Video Lelaki Arab Pukul Receptionist Di Kota Kinabalu Sabah
  2. Gambar Ribut Solar Yang Berlaku Pada 8 Mac 2012
  3. Video Terengganu Dilanda Ribut Taufan
  4. Letupan Kereta Api Langgar Lori Tangki Di Kota Kinabalu
  5. Amaran Ribut Solar Akan Melanda Bumi Malam Ini
  6. Fenomena Ribut Geomagnetik Solar Di Bumi Petanda Awal Kiamat

10 di penampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


Tun_Telanai: Ucapan Anwar <b>di</b> Kg Tuavon, <b>Penampang</b>-1.m4v

Posted: 11 May 2012 10:27 PM PDT

Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


LAJIM: 380000 PTI Telah Didaftar <b>Di Negeri Sabah</b>....

Posted: 18 Jun 2012 10:09 PM PDT

Isnin, 18 Jun 2012

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


Gambar Kemalangan Bas Sairah <b>Di Sandakan</b> Sabah | melvister.com

Posted: 18 Apr 2012 06:16 PM PDT

Share

Gambar kemalangan maut membabitkan Bas Ekspress Sairah di Sandakan Sabah pada 18 april 2012. Kemalangan ngeri telah berlaku apabila bas bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda Di Jalan Labuk Batu 22, Sandakan. Pemandu pacuan empat roda maut ditempat kejadian manakala beberapa penumpang cedera ringan.

Untuk rekod, bas ekspress Sairah pernah mengalami kemalangan jiwa sekitar tahun 2010 dan 2011 yang lepas.

Incoming search terms:

  • gambar kemalangan (30)
  • kemalangan bas sairah (11)
  • bas sairah kemalangan (8)
  • kemalangan di sandakan gambar (6)
  • kemalangan di sabah (4)
  • bas sairah (4)
  • kemalangan bas ekspress sabah (3)
  • gambar kemalangan di sabah (2)
  • kemalangan sandakan (2)
  • kemalangan disabah (2)

Teruskan Membaca:

  1. Kemalangan Ngeri Bas Di Lebuhraya Karak Genting Highland
  2. Video Kemalangan Bas Pelancong Di Genting Highland 2012
  3. Gambar Marco Simoncelli Maut Kemalangan MOTOGP Sepang
  4. Gambar Iqram Dinzly Dan Fouziah Gous Kemalangan Jalan Raya
  5. Gambar Syazwan Zulkifly Apek Juvana Kemalangan Dengan Adik Ipar
  6. Wartawan BernamaTV Mati Ditembak Di Somalia Kena Peluru Sesat

10 di kota marudu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


Rombongan ke <b>Kota Marudu</b> « Eman540705&#39;s Blog

Posted: 20 May 2012 06:55 AM PDT

Pagi ni, (20 Mei) pagi pukul 8 aku dah pergi ke rumah kakak tiri aku. Hari ni nak ikut rombongan bertunang anak lelaki dia si Boboy bertunang di Kota Marudu. Bertunang dengan orang Dusun sana.

20120520-094149.jpg

Rumah dia tak jauh belakang rumah aku seja di Pj telipok ni. Aku sampai sini (di rumah dia aku tulis blog ni dengan iPhone) aku pun tanya tanya la sama ada dorang pasal adat bertunang orang dusun ni. Maklumlah aku ada pengalaman sebab bini aku orang Dusun Ranau juga. Rupanya dorang tak tahu sangat pasal berian, belanja dapur, sogit dan lain-lain. Aku ingat dorang dah jumpa ketua kampung belah perempuan bincang pasal ni. Jadi aku ceritalah sikit-sikit pasal bayaran-bayaran ni.

Setiap kampung Dusun ni adat dia berbeza-beza antara satu dengan lain. Tapi yang basicnya ada 3 bayaran:-

1. Berian – yang ni sama dengan hantaran kalau di Semenanjung. Selalunya mengikut kampung, status perempuan tu, status lelaki tu, kekayaan belah lelaki dan sebagainya sama macam Semenanjung. Contoh kalau di Penampang, kalau tak silap aku dorang kira tiang rumah ada berapa lepas tu dorang tentukan berian dia.

2. Belanja Dapur – belanja dapur ni bayaran untuk keluarga belah perempuan untuk adakan kenduri di kampung belah perempuan. Tengok la keluarga belah perempuan tu nak adakan majlis macam mana. Kalau besar kampung atau ramai orang yang akan dijemput makin besar la belanja dapur ni. Kalau di Semenanjung aku fikir belanja dapur ni dah kira lump sum dengan hantaran kot. Wallahua'lam.

3. Sogit – yang ni bayaran kepada ketua kampung. Yang ni banyak jenis dan ada yang kena bayar cash ada yang kena bayar dengan kerbau. Sogit ni macam macam, ada sogit sebab bawa anak perempuannya masuk Islam ( macam aku kena dulu), ada sogit lambat kahwin dan macam-macam bergantung kepada adat kampung tersebut.

Yang peliknya, keluarga kakak aku ni bawak satu rombongan besar pergi bertunang. Siap sewa bas, sedangkan dorang belum jumpa ketua kampung belah perempuan tu, baru nak pergi jumpa la ni. Lagi besar jumlah yang datang makin besar la bayarannya hehe. Tak tau la, aku tulis perenggan ni masa naik bas ni, belum jalan lagi Masa sampai nanti tau la.

20120520-101655.jpg

20120520-101720.jpg

Kira-kira 2 jam perjalanan sampai di kota marudu. Pendek cerita, anak saudara aku tu kena berian belasan ribu plus belanja dapur pun belasan ribu. Belanja bawak masuk Islam seekor kambing, bayar kepada kakak-kakak yang belum kahwin pun ada (langkah bendul). Penat la juga perjalanan ni. Gambar-gambar di bawah antara yang sempat aku tangkap.

20120520-214734.jpg

20120520-214706.jpg

20120520-214909.jpg

20120520-214928.jpg

20120520-214955.jpg

20120520-215012.jpg

20120520-215030.jpg

20120520-215047.jpg

20120520-215107.jpg

20120520-215125.jpg

20120520-215148.jpg

20120520-215214.jpg

20120520-215239.jpg

20120520-215258.jpg

20120520-215319.jpg

20120520-215340.jpg

20120520-215410.jpg

20120520-215424.jpg

20120520-215438.jpg

20120520-215506.jpg

20120520-215523.jpg

10 di papar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


KELAB GREENBOC: Bahana <b>Papar</b> Kisah Rumahtangga <b>Di</b> Facebook

Posted: 17 Jun 2012 08:01 PM PDT

Alkisah rumah tangga di Facebook

"SUAMI saya outstation lah dua hari. Rindunya kat dia nanti…," antara kata-kata yang sering dipaparkan dalam ruangan mana-mana status di laman sembang yang popular terutamanya laman sosial Facebook (FB). Fenomena menulis ayat-ayat 'cinta' di samping memuat turun gambar yang agak keterlaluan untuk dipaparkan kepada umum dilihat kian menjadi-jadi dari semasa ke semasa.

Apakah rahsia rumah tangga sama ada di ambang bahagia atau sebaliknya perlu dijadikan tatapan ramai? Sedangkan apa yang dilalui pasangan itu adalah rahsia yang perlu tersimpan rapi dalam kamus hidup suami isteri. Situasi itu pastinya menimbulkan kesan negatif kelak tidak kiralah pada diri sendiri atau masyarakat sekeliling.

Mengundang keghairahan

Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus dalam kuliahnya di sebuah masjid sekitar Shah Alam baru-baru ini berpandangan bahawa, kemungkinan besar insan yang memuat turun gambar di FB mahu berkongsi kasih sayang dan kebahagiaan mereka dengan orang lain.

"Hukumnya haram, menyiarkan gambar senyum sana senyum sini adalah fitnah. Nescaya mengundang dan menaikkan nafsu orang yang melihatnya. Tidak elok bukan, walaupun individu yang bergambar itu mempunyai perhubungan yang sah di sisi Islam.

"Ingatlah lafaz ini – aku terimalah nikahnya dengan mas kahwin tersebut itu maknanya aku terimalah dia menjadi isteri ku halal bagi ku mengikut garis syariat, yang pakai tudung pun apa kurangnya, senyuman dengan pelbagai aksi. Itu semua bagi menarik perhatian ramai dan akhirnya jadilah ia suatu perkara yang tidak elok," ulasnya dalam ceramah tersebut.

Menurutnya, FB adalah medium yang banyak manfaatnya jika digunakan sebaiknya antaranya mujahidin pembela agama ALLAH SWT di Chechnya mengaplikasikan penggunaan FB untuk menentang pencerobohan tentera Rusia, mereka menggunakan bahasa isyarat dalam FB yang tidak boleh dikemas kini tentera musuh, namun masyarakat kini bertindak sebaliknya.

Itulah yang berlaku apabila dunia berada di akhir zaman. Sementara itu, pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Nabilah Yusof berkata, tidak boleh mengharamkan penggunaan FB kerana ia adalah medium yang mempunyai kebaikan dan keburukan kepada pengguna. FB boleh dianggap sebagai pengikat (silaturahim). Laman sosial itu dilihat bermasalah apabila penggunanya tidak mengemudi FB kepada perkara sepatutnya.

Rahsia rumah tangga

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya sejahat-jahat manusia di sisi ALLAH pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang melepaskan hajatnya kepada isterinya dan isterinya melepaskan hajatnya kepadanya kemudian dia menyebarkan rahsia itu." (Riwayat Muslim).

Melihat kepada hadis di atas jelas menunjukkan janganlah beria-ria memuat turun gambar mahupun menaip status yang bukan-bukan di FB yang menjadi ikutan berjuta orang. Cukuplah jika anda dan pasangan tahu apa yang berlaku. Kegembiraan atau kedukaan usah dipertontonkan kepada orang lain kerana pada anda ia adalah perkara baik namun, bagaimana jika individu itu tersalah menilai.

Nabilah mengulas mengenai tindakan sesetengah pasangan yang hangat mempamerkan kisah cinta dan aktiviti mereka di FB dilihat kurang wajar kerana ia mengundang timbulnya perasaan meluat dan gejala negatif.

"Sebagai contoh, si isteri meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan suaminya, lalu dipaparkan di FB. Apabila kenalannya memberi komen yang berunsur mengapi-apikan, pasti pertengkaran akan wujud sekali gus merosakkan hubungan yang tersedia rapuh.

"FB ini bersifat serampang dua mata, digunakan dari aspek kebaikan maka baiklah jadinya jika tidak parah yang menimpa. Sekarang ini kita lihat isteri tak puas hati dengan suami, si suami pula geram dengan isteri, lepas ini ada pula anak melepaskan kemarahan pada ibunya dengan post di FB," katanya kepada Rehal.

Menurutnya, perkara yang mahu dipaparkan di FB perlu ditapis, jangan semua benda mahu dikongsi, sifat malu itu perlu. Jangan berfikiran semua orang akan senang dengan tindakan yang dilakukan.

Alternatif terbaik

Islam adalah agama yang sangat menjaga umatnya, setiap perkara yang berlaku hendaklah diselesaikan berlandaskan kaedah dan cara berdasarkan hukum dan tuntutan syariat.

Nabilah menegaskan, sebagai manusia yangdikurniakan akal fi kiran waras, kita hendaklah tahu menyalurkan kemahuan ke landasan yang betul.

"Usah diikutkan kemarahan atau keghairahan yang tersemat di jiwa, melainkan apabila menghadapi saat-saat getir di mana bantuan daripada pihak tertentu diperlukan.

Mungkin mula-mula post gambar atau update status di FB, si polan berkenaan tak rasa apa-apa, tapi sampai satu hari dia sendiri akan rasa malu dengan perkara yang dilakukan, sampai saat itu barulah menyesal," ulas anak kelahiran Johor ini.

Menurutnya, banyak alternatif yang boleh digunakan untuk menzahirkan kata cinta kepada pasangan.

"Usahlah dihebohkan secara melampau-lampau. Ramai juga suami isteri yang hampir bercerai disebabkan tersilap mengemudi medium sosial itu, pekalah dengan keadaan masyarakat sekeliling bukan semua boleh menerima cara kita kerana setiap manusia itu berbeza. -SH

10 di ranau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


A wedding in <b>Ranau</b> « Ministry of Tourism, Culture and Environment <b>...</b>

Posted: 12 Jun 2012 01:39 AM PDT

A wedding in Ranau

YB Datuk Masidi Manjun, Minister of Tourism, Culture and Environment and Assemblyman for N30 Karanaan, attended a few wedding ceremonies  on the 9th of June 2012 in Ranau. Seen on the photo, YB Datuk Masidi Manjun taking a photo together with one of the newlyweds.

YB Datuk Masidi Manjun, merangkap ADUN N30 Karanaan menghadiri beberapa majlis perkhawinan di Ranau pada 9 Jun 2012. Kelihatan dalam gambar, YB Datuk Masidi Manjun mengambil gambar kenang-kenangan bersama-sama dengan salah seorang pasangan pengantin.

10 di keningau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


sabahkini.net: JEFFREY GANTI PAIRIN <b>DI KENINGAU</b>?

Posted: 14 Jun 2012 11:17 AM PDT


KOTA KINABALU : Pengerusi The State Reform Party (STAR) Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan telah menyatakan hasratnya bertanding di kerusi Parlimen Keningau dalam pilihan raya umum akan datang.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan untuk bertanding sekali lagi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor.
"Saya akan bertanding di Keningau. Saya berharap beliau (abangnya Tan Sri Joseph Pairin Kitingan) tidak akan merebut kerusi itu lagi. Beliau sudah berkhidmat bagi kawasan itu selama 30 tahun. Saya fikir sudah sampai masanya bagi saya membawa isu Sabah ke Parlimen," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual di sini baru-baru ini.
Pairin adalah Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Timbalan Ketua Menteri Sabah, Anggota Parlimen bagi Keningau dan Anggota Dewan Undangan negeri Tambunan.
Pada pilihan raya umum 2008, Jeffrey bertanding menentang Pairin di kerusi Parlimen Keningau dan DUN Tambunan tetapi dikalahkan oleh abangnya. (BERNAMA)
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved