ads

Sabtu, 16 Jun 2012

10 di keningau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


SABAHKITA: DS NAJIB TUN RAZAK <b>DI KENINGAU</b> KINI...

Posted: 16 Jun 2012 06:29 AM PDT

Ingatlah firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)
Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: "Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): "Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu". Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada." [Ali Imran: 118 & 119]
..............................................
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍآل عمران : 27
"Engkaulah (Wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

Sabahdaily: Jeffrey Ganti Pairin <b>Di Keningau</b>?

Posted: 15 Jun 2012 03:37 PM PDT

Pengerusi The State Reform Party (STAR) Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan telah menyatakan hasratnya bertanding di kerusi Parlimen Keningau dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan untuk bertanding sekali lagi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor.

"Saya akan bertanding di Keningau. Saya berharap beliau (abangnya Tan Sri Joseph Pairin Kitingan) tidak akan merebut kerusi itu lagi. Beliau sudah berkhidmat bagi kawasan itu selama 30 tahun. Saya fikir sudah sampai masanya bagi saya membawa isu Sabah ke Parlimen," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual di sini baru-baru ini.

Pairin adalah Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Timbalan Ketua Menteri Sabah, Anggota Parlimen bagi Keningau dan Anggota Dewan Undangan negeri Tambunan.

Pada pilihan raya umum 2008, Jeffrey bertanding menentang Pairin di kerusi Parlimen Keningau dan DUN Tambunan tetapi dikalahkan oleh abangnya. (BERNAMA)

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Punca Kejadian Awan Pelik <b>Di Kota Kinabalu</b> Sabah | melvister.com

Posted: 12 Jun 2012 07:14 PM PDT

Share

Berikut adalah punca kejadian gambar awan pelik yang melanda di Kota Kinabalu Sabah. Pembentukan awan tersebut telah mencemaskan penduduk yang menyaksikan fenomena luar biasa itu. Menurut saksi yang merakamkan imej tersebut, Awan pelik terbentuk pada pagi 12 Jun 2012. Ketika gambar diambil, cuaca stabil tanpa angin dan hujan. Namun begitu, menjelang tengahari, ribut kencang berserta hujan melanda seluruh kawasan Pantai Barat Sabah

Awan Pelik Di Kota Kinabalu Sabah

Punca kejadian adalah dipercayai daripada taufan yang sedang melanda filipina. Taufan yang kedua sedang menuju ke arah negara Filipina mungkin adalah penyebab kejadian awan pelik di bahagian Pantai Barat Sabah berlaku.

Awan Pelik Di Kota Kinabalu Sabah

Incoming search terms:

  • awan pelik di kota kinabalu (3)
  • awan pelik kota kinabalu (2)
  • awan pelik di sabah (2)
  • kejadian awan pelik di kota kinabalu (1)
  • awan di kota kinabalu (1)
  • kejadian awan pelik di sabah (1)
  • kejadian pelik di kota kinabalu 2012 (1)
  • kejadian pelik di sabah (1)
  • punca kejadian awan pelik di sabah (1)
  • Gambar kejadian diSabah (1)

Teruskan Membaca:

  1. Gambar Ribut Taufan Di Kota Kinabalu Sabah 12 Jun 2012
  2. Video Lelaki Arab Pukul Receptionist Di Kota Kinabalu Sabah
  3. Video Gumpalan Awan Jatuh Gugur Di Tanah Arab
  4. Pencawang TNB Bangi Terbakar Dan Meletup Punca Blackout
  5. Wanita Cina Maut Kepala Tersepit Lif Di Kota Kinabalu
  6. Letupan Kereta Api Langgar Lori Tangki Di Kota Kinabalu

10 di beluran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di beluran - Google Blog Search


10 kampung <b>di Beluran</b> bakal nikmati bekalan elektrik | Inimajalah

Posted: 08 Jun 2012 09:07 PM PDT

Kategori

Arkib

10 di penampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


Tun_Telanai: Ucapan Anwar <b>di</b> Kg Tuavon, <b>Penampang</b>-1.m4v

Posted: 11 May 2012 10:27 PM PDT

DOA SEMOGA ALLAH GAGALKAN PENIPUAN UMNO DALAM PRU-13

Ya Allah, Tuhan Semesta Alam. Yang menjadikan langit dan bumi serta menggerakkan awan. Kami hamba Mu yang lemah dan daeef sujud memohon kepada Mu. Sesungguhnya UMNO dan Barisan Nasional akan menipu dan berbohong dalam Pilihanraya Umum ke 13 kelak.

Ya Allah Ya tuhan kami, pohon kami semoga Kau menurunkan Bala Tentera Malaikat Mu dan mengagalkan segenap penipuan mereka ini, Ya Allah. Pastikan setiap penipuan mereka itu memakan diri mereka sendiri.

Ya Allah, ko turunkan Bala Mu pada setiap yang bertanggungjawab di atas penipuan2 ini samada mereka duduk di dalam Jabatan Pendaftaran Negara, Kementrian Pertahanan, Kementrian Dalam Negeri, Imigresen, SPR dan mana-mana lagi. Turunkan bala ke atas mereka sekiranya mereka terus menerus mahu menipu, Ya Allah.

Jumaat, 15 Jun 2012

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


Sultan Brunei tiba <b>di Sandakan</b> untuk lawatan dua hari | Inimajalah

Posted: 02 Mar 2012 08:24 PM PST

Kategori

Arkib

10 di tawau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Kelas Aneka Kuih Talam <b>di Tawau</b> ~ Aku. Zack.

Posted: 27 May 2012 09:45 AM PDT

Kelmarin tolong kak Rosnita buat kelas Aneka Kuih Talam Komersial di rumahnya di Tawau. Boleh tahan juga...penatnya buat kuih talam o.0

Peserta belajar 10 jenis kuih talam dan dapat 2 resepi percuma. I have to tell you, bukan senang rupanya nak handle class. Banyak unforeseen events boleh berlaku, contohnya last minute cancellation. Which is why deposit memang sangat penting, jadi sesiapa yang tarik diri last minit deposit tu dikira sebagai insuran untuk bahan-bahan yang telah dibeli. Yela, sape je nak sediakan barang banyak-banyak tapi tengok modal tak boleh pusing balik kan? Kesian la macam tu..

Nak tulis panjang-panjang sudah tak larat, jadi ku uploadkan sekeping dua gambar kelas kuih talam (pertama rasanya kot? hehe..) di Tawau, Sabah ni. Bye2 dan selamat malam :P


10 di ranau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


Komuniti Dusun <b>di</b> Kampung Rumantai <b>Ranau</b> mahu tanah adat <b>...</b>

Posted: 08 Jun 2012 07:40 AM PDT

Wilson Kulong

Wilson Kulong (kiri) ditemani anaknya

Hari keempat, pendengaran awam berkenaan inkuiri nasional mengenai tanah orang asal hampir membuatkan aku menangis selepas mendengar penjelasan daripada wakil dari Kampung Rumantai, Ranau.

Ketua Jawatankuasa Bertindak Tuntutan Tanah Adat untuk Kampung Rumantai, Wilson Kulong menceritakan kehidupan mereka di kampung tersebut sejak dari nenek moyang mereka, mengusahakan tanaman sistem gilir balik seperti padi bukit, ubi kayu, ubi rambat, buah-buahan tempatan seperti langsat, cempedah, pauh, belunu, bambangan, durian, sukang, maraang, pinang, kelapa dan lain-lain.

Sekian lamanya mereka mewarisi, menduduki, mengusaha serta menuai hasil tanaman, hasil hutan (madu lebah, memburu binatang dengan anjing, rotan, sagu, damar, sayur hutan, ubatan tradisi) dan hasil sungai (menangkap ikan dengan jala, memasang bubu, memancing, menuba) tanpa gangguan.

Memandangkan konsep tanaman sistem gilir balik memaksa mereka berpindah-randah untuk memastikan setiap tanah yang diteroka subur kembali, Wilson menerangkan mereka berhijran di kawasan sekitar Kampung Rumantai seperti Kampung Mongkosiburan, Kuala Kolowoton Poro, Kolowoton Tazo, Lidung, Tintob, Mantapok, Matupang Poro, Matupang Tazo dan Miruru.

Penduduk Kampung Rumantai menjadi aktif mengusahakan ladang getah bermula pada tahun 1994 memandangkan projek Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) telah sampai ke kawasan mereka. Kemasukan projek LIGS tersebut telah menyedarkan mereka bahawa mereka perlu memohon tanah kampung mereka dari jabatan tanah untuk prosedur 'hitam-putih' menunjukkan mereka mendapat projek getah secara rasmi.

Sebelum ini, mereka menganggap tidak perlu memohon tanah kerana kampung itu bukan dimiliki oleh sesiapa tetapi milik nenek moyang mereka yang mana mereka telah warisi.
Malangnya, permohonan tanah mereka telah bertindih dengan seorang individu yang dipercayai bekas Ketua Anak Negeri di sebuah mukim berdekatan bersama dengan 9 peserta lain, sedangkan orang tersebut bukanlah berasal dari kampung mereka.

Jawatankuasa Bertindak Tuntutan Tanah Adat untuk Kampung Rumantai telah membuat beberapa bantahan bertulis tetapi malangnya jawapan dari Pejabat Daerah Ranau tidak jelas dan banyak kekeliruan. Lebih kasihan apabila mereka dikehendaki mengisi borang untuk mendapatkan maklumat 'alasan-alasan penolakan permohonan tanah mereka' dengan membayar RM5 untuk setiap 100 patah perkataan.

Walaupun keputusan tidak memihak kepada penduduk Kampung Rumantai Ranau, Wilson bertekad akan terus menuntut hak mereka kerana itu adalah tanah tinggalan nenek moyang mereka, malah bukti-bukti seperti tanah perkuburan dan tanaman masih ada sampai sekarang.

Bayangkanlah sekiranya mereka tidak lagi mempunyai tanah, di manakah mereka akan pergi? Kalau benar pemilikan tanah tersebut diberikan kepada orang luar yang tiada kena mengena dengan kampung tersebut? Apakah nasib penduduk Kampung Rumantai selepas in?

Persoalan yang paling 'sedap' untuk dijawab oleh pihak berkuasa, mengapa memberikan kelulusan untuk permohonan orang lain sedangkan tanah tersebut menempatkan orang asal yang sudah lama menetap di sana? Betullah kata Wilson yang seperti menyindir dalam dalam pembentangannya, " Pegawai-pegawai tu bukan masuk di dalam kampung kami untuk memeriksa sendiri adakah kampung kami dihuni. Baru jalan kali satu kilometer sudah penat, tidak sanggup masuk dalam. Silap-silap kalau terus jalan ke dalam kampung, boleh meleleh air hingus," katanya disambut dengan ketawa daripada hadirin yang datang.

Aku sangat bersetuju dengan nasihat dari pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam yang menegaskan jabatan kerajaan yang meluluskan tanah terutama yang melibatkan tanah orang asal patut mengikut prosedur yang betul dan tidak membelakangi hak-hak mereka sebagai orang asal. Orang asal juga patut diberi notis sebelum membuat kelulusan kepada apa juga permohonan daripada individu mahupun syarikat swasta.

10 di kinabatangan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


Baja Foliar Mekar Super Grow: SAWIT <b>DI KINABATANGAN</b> <b>...</b>

Posted: 11 Jun 2012 04:00 AM PDT

LADANG SAWIT YANG DI USAHAKAN OLEH EN. BACOH
Masalah En. Bacoh anak sawit terlalu kuning sehinggakan pokok sawit tersebut hampir mati
Penyiraman bermula pada 06/05/2012
Selepas membuat penyiraman
Hasil yang nampak selepas 2 minggu
baja foliar MSG selepas di gunakan

Daun yang hijau selepas menggunakan baja foliar MSG
Yang baru di siram oleh baja merah

10 di nabawan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


sabahkini.net: PERPUSTAKAAN <b>NABAWAN</b> PINTU KE MASA DEPAN

Posted: 18 Apr 2012 05:40 PM PDT


RASMI....Azizah menandatangani papan tanda perpustakaan sebagai rasminya cawangan Pderpustakaan Nabawan sambil disaksikan Bobbey dan Ranchon.

Oleh : YAYASAN DALIMPOS

PENDUDUK di daerah Nabawan kini boleh mengunjungi pusat ilmu utama apabila sebuah cawangan Perpustakaan Negeri Sabah beroperasi sepenuhnya berikutan perasmian bangunan baru yang boleh memuatkan ratusan orang dalam sekali masa.

Penduduk juga boleh membawa anak-anak dan keluarga untuk berkunjung ke Perpustakaan untuk bersama-sama menimba ilmu pengetahuan melalui membaca bahan-bahan buku yang disediakan oleh perpustakaan, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal-Ehwal Pengguna Datuk Hjh Azizah Binti Datuk Hj.Mohd Dun.

Azizah turut mengingatkan rakyat supaya sentiasa menggalakkan anak-anak untuk membaca kerana dengan membaca mereka akan mendapat ilmu pengetahuan, apatah lagi di perpustakaan banyak sumber bahan bacaan yang boleh memberikan ilmu kepada mereka, katanya.

"Di perpustakaan banyak bahan bacaan yang boleh memberikan ilmu kepada anak-anak, oleh itu ibubapa seharusnya menjadi tauladan dalam membentuk minda mereka agar sikap suka membaca tersemai dalam onak kehidupan mereka untuk mencapai kejayaan kelak".

Walaupun cawangan perpustakaan ini agak jauh terpencil di pedalaman namun ia mendapat sambutan sejak sekian lama iaitu kira-kira 30 tahun lalu dan berjaya melakar sejarah sebagai Perpustakaan terbaik kumpulan kecil pada tahun 1996, 1999 dan 2001, katanya.

Beliau juga mengajak penduduk agar mendaftar sebagai ahli kerana tiada sebarang yuran dikenakan kepada mereka, malah mereka boleh beriadah, berjumpa kawan-kawan dan berbincang, menerokai bidang keilmuan dan berdiskusi.

Kira-kira 500 orang menghadiri majlis perasmian tersebut yang diadakan di perkarangan bangunan baru cawangan perpustakaan, terdiri daripada ibubapa, pelajar dan kakitangan kerajaan serta orang awam menyaksikan perasmian perpustakaan tersebut.

Turut hadir ialah Adun Nabawan Bobbey A Suan, Timbalan Pengarah Perpustakaan Negeri Sabah Maria Sinti; Penolong Pegawai Daerah Pentadbiran Ranchong Amin dan Pemimpin Kemajuan Rakyat Jubilin Kilan.

Azizah turut menjelaskan transformasi kerajaan adalah menentukan perubahan dan keberhasilan dengan cepat melalui penetapan dan penyampaian sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA).

Seterusnya ialah melebar dan mendalami kehidupan rakyat untuk lebih baik dan mempunyai ekonomi yang baik sejajar matlamat model baru ekonomi (MBE) dalam menghasilkan sektor-sektor yang mempunyai nilai tambah yang lebih tinggi.

Tambahnya lagi, setiap rakyat Malaysia mempunyai jatidiri dan semangat cintakan negara, oleh itu dalam mencapai matlamat Wawasan 2020, masyarakat khususnya generasi muda seharusnya mempunyai ilmu yang tinggi agar zaman teknologi dapat ditelusuri.

"Kunjungilah perpustakaan kerana banyak manfaat yang boleh diperolehi," katanya, di samping terdapat perkhidmatan yang dibuka pada masa cuti malah sampai ke waktu malam turut disediakan perkhidmatan seperti library @ Suria, playsmart petrosains, program perkhidmatan perpustakaan bergerak dan di perpustakaan boleh mengakses internet ke luar negara.

Selain daerah Nabawan, terdapat bangunan baru Perpustakaan Negeri Sabah sedang giat dibina iaitu di Matunggong, Kota Belud, Kuala Penyu dan Tambunan, jelasnya.

Dalam pada itu, Adun Nabawan Bobbey A Suan, turut berucap katanya, kini rakyat Nabawan bangga kerana mempunyai sebuah gedung Perpustakaan yang membolehkan masyarakat menimba ilmu.

"Rakyat boleh menimba ilmu di Perpustakaan yang baru siap beroperasi, oleh itu tercapailah sudah impian kita untuk mendapatkan bangunan dan perkhidmatan Perpustakaan di daerah ini," katanya.

UJI....Azizah (duduk tengah), Bobbey (kanan), Maria (2 kiri) dan Ranchong (3 kiri) sedang menguji minda pelajar membaca buku di perpustakaan.

Beliau menyeru kepada rakyat agar menjaga Perpustakaan, menjadikan ia sebagai gedung ilmu, tempat beriadah, berdiskusi dan berbincang tentang pelajaran malah berpeluang melayari internet untuk mendapatkan pengetahuan secara meluas.

Nabawan yang mengimpikan sebuah gedung ilmu (perpustakaan) kini boleh bangga kerana ia telah dilaksanakan meskipun 30 tahun lebih telah lama ditunggu perlaksanaan pembinaan Perpustakaan.

Justeru itu, Bobbey yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah berterima kasih kepada kerajaan kerana prihatin dalam membangunkan penduduk luar bandar melalui pembangunan infrastruktur tersebut.

"Masih banyak lagi bantuan kerajaan yang di bawa oleh Barisan Nasional, oleh itu rakyat perlu bersabar dan menunggu masanya kerana kerajaan komited membangunkan rakyat dan bukannya mempunyai mesej yang kurang baik, kita ikhlas membantu," jelas beliau.

Sempena perasmian bangunan cawangan perpustakaan tersebut Azizah dan Bobbey turut melawat pameran oleh jabatan Perpustakaan, pameran lukisan Inauk dan permainan menyusun huruf oleh kanak-kanak tabika Kemas di balai perpustakaan tersebut.

10 di beluran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di beluran - Google Blog Search


10 kampung <b>di Beluran</b> bakal nikmati bekalan elektrik | Sharing ur Life

Posted: 08 Jun 2012 09:07 PM PDT

TELUPID: Penduduk di 10 kampung di daerah ini bakal menikmati bekalan elektrik menerusi pelaksanaan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar Sambungan Talian Grid Zon Enam Sabah.

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved