ads

Ahad, 31 Julai 2011

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


DIALOG RAKYAT: 60000 PATI Dijangka Didaftar <b>Di Sandakan</b>

Posted: 18 Jul 2011 03:00 AM PDT

SANDAKAN: Pejabat Imigresen di sini menyasarkan untuk mendaftarkan 60,000 pendatang asing tanpa izin (Pati) pada program pendaftaran di bawah 5P yang bermula hari ini hingga 1 Ogos.

Ketuanya Jaimin Sumpit berkata kebanyakan mereka adalah pekerja dari sektor perladangan dan pertanian di sekitar daerah ini, Kinabatangan dan Beluran.

Sabah hanya melaksanakan lima perkara daripada Program 6P dan tidak melaksanakan proses pemutihan yang telah dilaksanakan pada 1997, 1998, 2008 dan 2009.

Jaimin berkata jumlah itu adalah termasuk tanggungan Pati iaitu isteri dan anak-anak mereka yang akan mengambil peluang pendaftaran di bawah 5P itu yang membolehkan mereka tidak diambil sebarang tindakan dan pulang ke negara mereka secara sukarela.

Menurutnya kategori Pati yang boleh mendaftar dalam program berkenaan ialah warga asing yang memasuki negara ini secara tidak sah, tinggal melebihi tempoh pas, melanggar syarat-syarat pas dan juga mereka yang dikeluarkan pasport oleh kedutaan masing-masing.

"Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada warga asing yang datang mendaftar di bawah program 5P itu yang dibuat serentak di lapan daerah lain di negeri ini," katanya ketika ditemui pada program pendaftaran itu bagi daerah Sandakan di Dewan Sibuga Batu 5 dekat sini, Isnin.

Lapan lagi pusat pendaftaran 5P itu ialah di Dewan Masyarakat Kudat, Dewan Masyarakat Menggatal (untuk Kota Kinabalu), Dewan Masyarakat Ranau, Dewan Masyarakat Keningau, Dewan Masyarakat Sipitang, Dewan Masyarakat Tawau, Dewan Masyarakat Lahad Datu dan Balai Seni Inabah, Semporna.

Jaimin berkata majikan dan mana-mana pihak yang terlibat mengaji Pati diminta mengambil peluang mendaftar pekerja mereka dalam program itu kerana tiada sebarang tindakan akan diambil terhadap mereka.

Beliau berkata ketika program 5P itu dilaksanakan, semua Pati turut didaftarkan ke dalam sistem biometrik yang akan membolehkan pihaknya mengesan jika mereka masuk semula bekerja di negeri ini.

Masa pendaftaran program itu bermula 8 pagi hingga 5 petang pada Isnin hingga Jumaat, manakala Sabtu dan Ahad, waktu pendaftaran dibuka bermula 8 pagi hingga 1 petang.

Di TAWAU, program pendaftaran pekerja asing di Rumah Persekutuan dekat sini mendapat sambutan menggalakkan daripada majikan dan pekerja.

Sehingga jam 11 pagi tadi, seramai 500 pekerja warganegara asing sudah mendaftarkan diri dengan agensi kerajaan berkenaan.

Ada antara pekerja warga asing yang datang mendaftar sudah bekerja secara sah di negara ini melebihi 20 puluh tahun dan masih bersemangat meneruskan kerja mereka selagi khidmat mereka diperlukan majikan.

Seorang pekerja yang berasal dari Palopo, Sulawesi Selatan, Indonesia, Kaslim Tasse, 47, berkata dia telah bekerja di Ladang Table sejak 27 tahun lalu dan ketika itu dia masih bujang dan kini mempunyai tiga orang anak yang berusia antara tujuh hingga 20 tahun.

Nama asal ladang tempat Kaslim bekerja ini ialah Borneo Abaca Limited (BAL), salah satu ladang tertua di Tawau. Suatu ketika dahulu, ladang ini dimiliki Golden Hope dan kini oleh Sime Darby.

"Sejak saya mula bekerja di ladang itu hingga ke hari ini, saya sudah bekerja di bawah tiga majikan. Kami semua dilayan dengan baik tanpa sebarang masalah," katanya.

Menurut Kaslim, sejak menjejakkan kaki ke Tawau, beliau tidak pernah kembali ke kampung halamannya kerana seronok bekerja di sini sehingga dianggapnya Tawau sebagai 'lombong emas'.

Seorang lagi rakyat Indonesia yang berasal dari Nunukan, Mohd Arif Bacho, 48, yang bekerja di Ladang Bombalai juga milik Sime Darby berkata dia sungguh seronok bekerja di ladang berkenaan kerana segala prasarana disediakan majikan.

Mohd Arif yang telah bekerja di situ sejak 18 tahun lalu berkata dia akan tetap bekerja di situ selagi majikannya memerlukan tenaganya.

"Saya merasa bersyukur, kerana pihak berkuasa Malaysia memberi peluang kepada saya untuk menyambung semula pasport saya yang telah tamat tempohnya sejak tiga bulan lalu," katanya.

Pendaftaran yang akan berakhir pada 2 Ogos ini mensasarkan rakyat asing yang masuk ke negara ini secara haram (PATI), tinggal melebihi tempoh, melanggar syarat-syarat pasport dan rakyat asing yang diberi pasport oleh kedutaan masing-masing.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

[Terkini]Program Pemutihan : PATI <b>di Sandakan</b> Sabah—8303 telah <b>...</b>

Posted: 20 Jul 2011 11:06 PM PDT

No of View :1181

Seramai 8,303 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah mendaftar di bawah program 5P (pendaftaran, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran) dalam tempoh tiga hari bermula Isnin lepas.

Proses pendaftaran akan berakhir 1 Ogos.

Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Mohammad Mentek, berkata daripada sembilan pusat pendaftaran yang dibuka di seluruh negeri, jumlah PATI paling ramai mendaftar ialah di Lahad Datu seramai 2,440 orang, diikuti Sandakan (1,619), Tawau (1,412) dan Kota Kinabalu (1,222). "Ramai PATI yang mendaftar adalah dari sektor perladangan hasil kerjasama yang diberikan oleh majikan di sektor itu yang membawa pekerja mereka dalam kategori PATI mendaftar di bawah program 5P," katanya kepada pemberita semasa melawat pusat pendaftaran 5P di Dewan Sibuga Batu 5, di sini, hari ini.

Mohammad berkata pada hari ketiga semalam, seramai 3,051 orang PATI mendaftar yang membabitkan 2,478 warga Indonesia, Filipina (557) Pakistan (10), India (lima) dan lain-lain (satu).

Beliau berkata, PATI yang sudah mendaftar dalam program 5P dikecualikan dari tempoh bertenang iaitu apabila mereka sudah balik ke negara asal, mereka boleh balik semula ke Malaysia pada bila-bila masa dengan menggunakan dokumen dan pintu masuk yang sah.

Tempoh bertenang ialah PATI perlu berada di negara asal selama tiga bulan sebelum boleh kembali semula ke Malaysia.

Mohammad menafikan khabar angin bahawa Jabatan Imigresen akan mengadakan operasi penguatkuasaan terhadap PATI selepas program 5P berakhir.

Sebaliknya, katanya selepas tarikh itu, pihaknya akan memberikan tempoh pengampunan selama dua bulan kepada PATI yang mendaftar di program tersebut untuk mereka menguruskan dokumen perjalanan dan perjalanan balik ke negara asal mereka. – BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


MaCaM MaCaM AdA: Tempat Penginapan <b>Di Semporna</b>

Posted: 05 Jul 2011 08:18 PM PDT

Dragon inn merupakan tempat penginapan yang di sediakan untuk penduduk tempatan dan dan pelancong luar . Selain itu, Seafest Hotel juga terut menyediakan kemudahan penginapan. Penginapan yang ada di Semporna kedua-dua tersebut merupakan penginapan yang kelas khususnya di dearah Semporna.
 
  
 
Bayaran yang berpatutan akan dikenakan kepada mereka yang mendapat kemudahan ini. Pulau-Pulau pelancong utama di dearah Semporna seperti Pulau Sipadan dan Pulau Mabul terut kepada para pengungung atau pelancong
 Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Sabtu, 30 Julai 2011

10 di tawau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


MONAT©: # BIG APPLE kini <b>di TAWAU</b> ! :)

Posted: 25 Jul 2011 08:28 AM PDT

Disini ada berita baik untuk penggemar BIG APPLE yang berada di Tawau. Apa berita baik nya ? Alah , pura-pura tak tahu lagi , BIG APPLE DONUT & COFFEE (BADC) akan membuka cawangan mereka yang pertama di Tawau tidak lama lagi. YEAYYYY!!!! Bila tu? Bila tu? Sebelum nak bagitahu bila , kalau ikutkan sumber dari laman Facebook rasmi BADC , ini merupakan store BADC yang pertama yang dibina bukan di dalam shopping mall / gedung beli belah , tetapi sebuat LOT KEDAI. Wah , canggih!.  Bagi korang yang meminati BIG APPLE , tak perlu lagi tunggu sedara-mara , rakan taulan , ahli keluarga balik dari bercuti / jalan jauh untuk pesan BIG APPLE , sebab sekarang Tawau pun akan ada BIG APPLE yaww!! , Lokasi dan bila mula operasi ? Baca sampai habis.




 Mengikut laman rasmi BADC di Facebook , (klik sini) , ushar gambar dekat atas tu , pihak BADC menyatakan :

"Good news for Tawau fans! BADC Tawau is opening earlier than expected - on 29th July 2011 @ Lot 6, Ground Floor, Jalan Haji Karim (Next to King Park Hotel). This will be our first outlet to open outside a shopping mall - in a shop lot! Here we come Tawau!!!"

Makin maju nampaknya daerah Tawauku yang maju jaya ini , selepas pembukaan Old Town , datang pula Secret Resepi  dan kali ini BIG APPLE , peduli apa orang nak kata , orang Tawau ni kebarusan ka apa , suka hati , kami warga Tawau gembira , nak tunggu McDonald pulak buka dekat Tawau ni , jadi pada orang-orang kaya dekat Tawau ni , join venture la bukak restoran McDonald dekat sini. hehehehe...

WELCOME BIG APPLE !

ushar laman web Big Apple dekat sini : http://www.bigappledonuts.com

#UPDATED - Disebabkan aku terlalu eksited nak tengok sangat tempat BADC dekat Tawau ni , memandang petang semalam aku berjalan-jalan dekat Bandar Tawau tu dengan kawan-kawan , pusing lah area-area dimana BADC ni dikatakan dibuka , aku sempat snap gambar pulak yah! :) hahahaa.. tengok lah dekat bawah tu.


29hb ni dah mula operasi kan ? Ahah , waktu gambar ni , diorang masih susun barang dekat dalam tu lagi , jadi aku secara tak langsung eksited nak jadi orang pertama yang order dekat situ! hahaah! NAK PASANG KHEMAH LA DEPAN BADC NI HOI! haahaha. Ada satu lagi berita baik untuk korang , ni ha ,BADC dah umumkan akan berikan pemberian istimewa buat 100 pembeli pertama , apa dia tu ? sila alert dengan surat khabar Morning Post pada 29hb dan 30hb , cari keratan kupon di bawah ni , free donut tau!!! :

Hmmm : ok , jadi sila simpan duit anda untuk belanja Monat ya , belanja terus 6 pieces! Big Apple DURIAN! heheheh!!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


SIAPA LINDUNGI &#39;KING PIN&#39; KUARI HARAM <b>DI LAHAD DATU</b>?

Posted: 24 Apr 2010 12:12 AM PDT

Share

HARAM.... Kuari haram di kaki Gunung Silam ini boleh dilihat daripada lebuh raya Kunak-Lahad Datu namun pihak berkuasa membutakan mata mereka.

Oleh: ZAZARIZA ZAZIZUL

SUDAH lebih 30 tahun kuari ini beroperasi secara haram, namun tidak ada pihak mempedulikan nasib dan nyawa penduduk kampung Silam yang terdedah kepada debu beracun ledakan kuari berkenaan; hatta Mantan Ketua Polis Daerah Lahad Datu tinggal tidak jauh daripada kuari haram berkenaan.

Sehubungan itu, Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (AMK) mengutuk tindakan Kerajaan Barisan Nasional Sabah kerana menghina wawasan kesemua Perdana Menteri Malaysia termasuk kerajaan '1Malaysia' Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang mahukan 'rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan'.

Ketua Penerangan AMK Sabah, Zainuddin Hassan ketika melakukan pemeriksaan mengejut ke kuari haram berkenaan yang terletak di atas tanah CL 115384015, CL 115414661, CL 115379247 dan CL 115379238 di kaki Gunung Silam, Lahad Datu setelah menerima aduan rasmi daripada penduduk kampung Silam Lamak, Kampung Bumiputera Silam dan sebagainya berikutan kejayaan AMK Sabah membongkar kes kuari haram di Keningau, Sabah baru-baru ini.

"Kita tidak tahu di mana silapnya kerana Jabatan Perlindungan Alam Sekitar tidak pernah meluluskan semua permohonan EIA yang dikemukakan oleh Fordeco Construction Sdn.Bhd; namun mereka boleh beroperasi secara haram sejak lebih 30 tahun lalu," tegas Zainuddin yang takjub dengan sikap taksub pemimpin Barisan Nasional Silam untuk membuka mulut menegur perbuatan jenayah oleh 'Penjenayah' Alam Sekitar seperti pemilik kuari haram ini.

 

 

KAWAL..... Jalan masuk ke kuari haram ini dikawal ketat dan berpalang sedangkan ianya jalan awam yang dibina di kawasan simpanan jalan Tanah Bumiputera Silam.

 

Kata Zainuddin, jika di Semenanjung, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memburu pemimpin Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Kedah seperti memburu babi hutan dan menjatuhi 'hukuman' sebelum dihadapkan ke mahkamah; namun SPRM di Sabah seperti 'makan sepiring dan minum secawan' dengan penjenayah alam sekitar yang dilindungi Adun dan Ahli Parlimen.

Zainuddin menyifatkan SPRM di Tawau dan Pengarah SPRM Sabah sebagai 'bacul' kerana hanya berani bertindak terhadap 'ikan kecil' namun gentar kepada 'jerung' yang menjadi penjenayah alam sekitar dan didalangi konglomerat perladangan yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

"Bukankah sudah jelas, ada laporan polis dibuat; laporan rasmi telah difailkan terhadap SPRM, berita telah disiarkan media dan rungutan rakyat telah disampaikan secara rasmi; namun kenapa sehingga ke hari ini mereka bebas melakukan jenayah dengan meletupkan batu granit pada waktu malam dan memunggah batu secara haram melalui hutan simpan dan tanah adat bumiputera?," tanya Zainuddin dalam nada kesal kerana Mantan Ketua Polis Daerah, Superintendan (B) Haji Idris Jikon dan Ketua Polis Daerah kini tidak mengambil tindakan sekalipun kuari haram berkenaan menggunakan bahan letupan tanpa lesen.

Sehubungan itu, Zainuddin menggesa agar sebuah Task Force ditubuhkan untuk memantau semua kuari haram bukan sahaja di Lahad Datu, malah di seluruh Sabah akibat berleluasanya rasuah di kalangan penguatkuasa termasuk Penolong Pemungut Hasil Tanah, Polis, Jabatan Perhutanan, Jabatan Perlindungan Alam Sekitar dan sebagainya kerana setiap daerah mempunyai kes kuari haram.

Tegas Zainuddin, sebelum satu kuari boleh beroperasi, satu penilaian impak alam sekitar harus dijalankan demi mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, (Akta 127) dan Perundangan di bawahnya (Perubahan 2000) Seksyen 34A dan di bawah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Impak Alam Sekitar) Orde 1987, Jadual 14, namun kuari haram ini gagal mendapat kelulusan daripada JPAS.

"Apakah wajar jika saya mencadangkan agar pejabat SPRM di Tawau ditutup kerana mereka membutakan mata terhadap kegiatan kuari haram yang semakin berleluasa di Lahad Datu sehingga menjadi salah satu punca pencemaran udara dan alam sekeliling," ujar Zainuddin yang turut mendesak Unit Khas SPRM Putrajaya dihantar untuk memberhentikan kegiatan kuari haram ini.

Sehubungan itu, Zainuddin turut mendesak agar SPRM menyiasat Ahli Parlimen Silam, Adun Lahad Datu, Pegawai Daerah Lahad Datu, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Audit Negara, Polis Di Raja Malaysia dan Penolong Pemungut Hasil Tanah Lahad Datu yang gagal mengambil tindakan terhadap pengusaha kuari haram ini.

Mengikut siasatan Sabahkini.net, Silam Quarry yang dimiliki sepenuhnya oleh Fordeco Construction Sdn.Bhd dan merupakan anak syarikat Kwantas Corporation Berhad iaitu konglomerat perladangan yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur yang dimiliki 'Bumiputera' melalui perolehan Sijil Anak Negeri Palsu daripada Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu (Bandaraya).

Siasatan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati Fordeco Construction Sdn.Bhd dimiliki oleh Kwan Bersaudara iaitu, Kwan Min Nyet (12,500 unit saham), Kwan Ngen Wah (1,512,500 unit saham), Kwan Jin Nget (12,500 unit saham) dan Kwan Ngen Chung (1,512,500 unit saham) yang mempunyai modal berbayar RM3.050 juta daripada modal dibenarkan sebanyak RM5 juta yang mencatatkan keuntungan bersih RM30 juta setiap tahun daripada operasi kuari.

Kedua-dua pemegang saham, Kwan Ngen Wah dan Kwan Ngen Chung turut menjadi pengarah Fordeco Construction Sdn.Bhd dan lebih 40 syarikat gabungan Kwantas Corporation Berhad.

Mengikut rekod Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS), permohonan Silam Quarry di Bukit Silam oleh Fordeco Construction Sdn.Bhd dihantar pada 10 Oktober 2005 namun pada 26 September 2006 JPAS Tidak Meluluskan permohonan yang dikemukakan melalui Sinoh Environmental Sdn.Bhd

 

 

 

 

CABUTAN.... Cabutan berikut diambil daripada Laman Web JPAS yang menunjukkan permohonan kuari berkenaan tidak dililuskan JPAS.

 

Pada 4 April 2008 sekali lagi Sinoh Environmental Sdn.Bhd mengemukakan permohonan bertajuk The Existing Quarrying at CL 115384015, CL 115414661, CL 115379247 dan CL 115379238 Gunung Silam Lahad Datu, namun sekali lagi permohonan Fordeco Construction Sdn.Bhd ditolak pada 16 Jun 2008.

Fordeco Construction Sdn.Bhd mengemukakan sekali lagi permohonan iaitu pada 30 Oktober 2009 melalui GM Consult setelah semua permohonan yang dibuat melalui Sinoh Environmental Sdn.Bhd ditolak; namun mengekalkan tajuk permohonan yang sama iaitu The Existing Quarrying Operation at CL 115384015, CL 115414661, CL 115379247 dan CL 115379238 Gunung Silam Lahad Datu, tetapi sehingga berita ini ditulis belum mendapat sebarang jawapan daripada Jabatan Perlindungan Alam Sekitar.

Dalam pada itu sumber SPRM mendakwa bahawa mereka telah berjaya memberkas seramai 38 orang di seluruh negara berhubung sindiket kuari haram; namun tidak seorangpun melibatkan negeri Sabah; sekalipun terdapat sembilan laporan rasmi dibuat kepada SPRM.

Walaupun SPRM mengatakan mereka amat komited dalam membanteras sindiket ini daripada terus berleluasa kerana ia memberi kesan kepada aspek ekonomi dan alam sekitar, namun tindakan punitif tidak melibatkan Sabah.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

10 di ranau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


Perumahan Terbengkalai: Projek SPNB Taman Saujana Kinabalu <b>...</b>

Posted: 11 Jul 2011 04:47 PM PDT

Aduan Rakyat Online
July 11th, 2011

Saya ingin membuat aduan tentang projek perumahan di Taman Saujana Kinabalu Ranau yang telah lama terbengkalai. Setahu saya, projek ini dimajukan oleh SPNB iaitu Syarikat perumahan negara malaysia.

Projek perumahan ini telah lama dimulakan iaitu sejak 2007 lagi dan dijangka siap pada 2009 (kalau tidak silap saya, sebab ada sesetengah orang berpendapat yang ianya dijangka siap pada 2008) Apa-apa pun, jangkaan tahun yang sepatutnya projek ini disiapkan telah berlalu 2-3 tahun lepas.

Sekarang ini, projek perumahan ini masih lagi belum siap, malah terbengkalai begitu sahaja. Ini belum lagi termasuk tempat-tempat lain yang telah lama terbengakalai di sabah. Projek perumahan di Taman Saujana Kinabalu ranau belum siap tapi SPNB sudah sibuk membuat projek perumahan baru.

Sepatutnya SPNB utamakan dulu projek perumahan yang belum siap, kemudian barulah beralih ke projek perumahan baru yang seterusnya. Kalau beginilah SPNB menunjukkan ketidaktanggungjawab dalam hal ini, lama kelamaan akan timbul ketidakpercayaan terhadap SPNB.

Tolong ADUAN RAKYAT dedahkan tentang projek perumahan di Taman Saujana Kinabalu Ranau yang telah lama terbengkalai.

By: Eij
http://www.aduanrakyat.com.my/projek-spnb-taman-saujana-kinabalu-terbengkalai-di-ranau-sabah

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Bercuti <b>Di Kota Kinabalu</b> [Gambar] | KaiZeN SHiNoBi

Posted: 26 Jul 2011 01:40 AM PDT

Assallamualaikum dan salam sejahtera semua~Link
Ahaaaakksss...~~~~ suka-suka~ uhoh! Well~ seperti yang korang sedia maklum~ aku mengambil keputusan untuk teman member aku Mus, dari terengganu yang berusaha dan gamble untuk pergi menawan puncak gunung kedua tertinggi di dunia dan yang tertinggi di Asia Tenggara as same as tertinggi di Malaysia.

Banyak dugaan yang aku terima korang bolehlah baca di entry INI dan entry ITU. Well, semua telah kutinggalkan di sana~ sekarang hanya menunggu masa yang menentukan kesembuhan hati ini yang senantiasa luka dan lara dek kecewa kerana cinta fitrah sesama manusia~ Aku ingin mencari ketenangan dari cinta hakiki ku~ amin~

So~ here it goes~ gambar2 yang sempoi semasa bercuti! uhoh!





















So? amacam? best? hahaha

Best kan? lalalalala~

p/s: bercuti2 macam nih~ boleh membuatkan aku tenang sentiasa~ alhamdulillah~

Dojo Klasik
Kaizen Shinobi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

10 di kunak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kunak - Google Blog Search


sabahkini.net: POS <b>KUNAK</b> CUTI DUA MINGGU?

Posted: 26 Jul 2011 08:07 PM PDT


TUTUP.... Harap maklum: Urusniaga Tidak dapat dijalankan kerana bekalan elektrik terputus. Harap Maaf.

Oleh : MUTALIB M.D

KEROSAKAN elektrik di tingkat bawah Pejabat Pos Kunak menyebabkan penduduk Kunak terpaksa ke Semporna, Lahad Datu atau Tawau untuk berurusan kerana dimaklumkan Pejabat Pos Kunak tidak dapat beroperasi seperti biasa sekalipun tingkat atas bangunan masih mempunyai bekalan elektrik.

Krew Sabahkini.net yang dalam rangka lawatan ke Sabah telah singgah di Pekan Kunak setelah menerima aduan daripada penduduk tempatan yang kesal kerana tidak dapat menggunakan perkhidmatan pos di atas talian kerana masalah bekalan elektrik.

Pengadu yang juga Timbalan Ketua Penerangan Pemuda AMK PKR Sabah, Citra Masadi, berkata beliau dimaklumkan oleh para pengguna bahawa Pejabat Pos Kunak tidak dapat beroperasi selama dua minggu ekoran masalah bekalan elektrik turut membuat lawatan ke Pejabat Pos berkenaan.

"Kita kesal kerana Adun Kunak dan Ahli Parlimen Silam tidak mempedulikan aduan rakyat berhubung isu ini sedangkan perkara ini begitu mudah diselesaikan jika semua pihak memberikan kerjasama," ujar Citra yang meminta SESB atau kontraktor yang dilantik Pos Malaysia menyegerakan pembaikan atau memindahkan Pejabat Pos ke Pejabat Daerah buat sementara waktu.

Adalah tidak mungkin, kata Citra, bagi pelanggan Pejabat Pos ke Lahad Datu, Semporna atau Tawau semata-mata untuk membeli wang pos atau membuat kiriman pos laju kerana semua operasi pos di Kunak tergendala.

Kata Citra, beliau kesal kerana Pengurus Pos Kunak tidak mengambil iniasiatif untuk mendapatkan bekalan elektrik daripada tingkat atas atau menggunakan janakuasa bagi memastikan urusan pos tidak terganggu.

INIASIATIF.....Pos Malaysia tidak mengambil inisiatif mendapatkan bekalan elektrik daripada tingkat atas bangunan.

KECEWA....Pelanggan ini kecewa kerana tidak dapat berurusan di Pejabat Pos Kunak.

Dalam pada itu, Ibu Pejabat Pos Sabah, ketika dihubungi mengesahkan bahawa pihaknya baru mendapat maklumat berhubung isu berkenaan dan sedang menguruskan perlantikan kontraktor untuk mengesan punca dan membuat pendawaian semula jika perlu.

Jurucakap Pos Malaysia menyatakan rasa kesal di atas kejadian yang berlaku dan meminta maaf daripada pengguna dan berjanji akan menyegerakan pembaikan agar urusan pos tidak tergendala begitu lama.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


IJTIMA&#39; HARAKI PERTAMA WADAH DAN ABIM <b>NEGERI SABAH</b> « Wadah <b>...</b>

Posted: 06 Jul 2011 05:37 PM PDT

Datuk Sri Nasir Tun Sakaran merasmikan Seminar tersebut dengan memukul gong dan diperhatikan oleh Tn Hj Sainuri bin Hj Yahmin Pengerusi WADAH Negeri Sabah dan Dr.Abdullah Bede YDP ABIM Negeri Sabah.

SEMINAR DAKWAH : ISLAM SEBAGAI AGAMA RISALAH | FORUM: ISLAM AGAMA RISALAH DALAM KONTEKS BORNEO SEMPENA IJTIMA' HARAKI PERTAMA WADAH DAN ABIM NEGERI SABAH

Oleh: Sainuri Bin Yahmin

Islam telah disebarkan oleh pedagang daripada Negara Arab, India dan China sejak abad ke 10 masehi. Islam telah wujud si pesisir pantai Laut China Selatan 977M mengikut rekod sejarah Dinasti Sung (960-1279M), ini disebabkan Negara bernama Pu-Ni pernah menghantar rombongan ke negeri China semasa pemerintahan dinasti Sung yang di ketuai oleh seorang yang bernama Pu Ali (Abu Ali). (Wacana Sejarah: Kedatangan Islam di Borneo-Arkib Negeri Sabah :2010).

Kewujudan Islam di Borneo ditandai melalui pemerintahan Sultan Muhammad Shah pada tahun 1368M di Brunei. Asalnya beliau adalah seorang Raja Borneo yang bernama Awang Alak Betatar. (Wacana Sejarah: Kedatangan Islam di Borneo-Arkib Negeri Sabah :2010).

Mengikut Cesar Adib Majul, Negara Filipina menerima Islam daripada pedagang Islam yang melalui kepulauan Filipina dalam perjalanan berniaga ke Negara China. Pendakwah daripada Borneo jugak memainkan peranan menyampaikan Islam ke Filipina. Mereka digelar Makhdumin. (Cesar Adib Majul : 1973)

Penyampaian ajaran Islam ke Sabah berlegar di sekitar persisiran pantai dan kuala-kuala sungai sahaja. Ini adalah disebabkan struktur muka bumi yang bergunung ganang susah untuk dikunjungi. (Wacana Sejarah: Kedatangan Islam di Borneo-Arkib Negeri Sabah :2010).

Islam dipercayai sampai ke Sabah pada abad ke 15. Ini diperkuatkan dengan penemuan manuskrip tulisan jawi dalam bahasa Idahan di Teluk Darvel Lahad Datu yang bertarikh 1408M (Muhiddin Yusin : 1990). Suku kaum yang pertama memeluk Islam ialah suku kaum Idahan dan di ikuti oleh suku kaum Bajau dan Suluk. (Wacana Sejarah: Kedatangan Islam di Borneo-Arkib Negeri Sabah :2010).

Bukti lain yang menunjukkan Islam telah dating lebih awal ke Sabah ialah melalui sejarah penentangan terhadap penjajah yang dipelopori oleh Datu Tating, Datu Baginda Putih, Pengiran Syahbandar Hassan, Haji Saman, Syarif Osman, Mat Salleh, Pak Musa, Embo Ali dan lain-lain di sekitar tahun 1775 hingga tahun 1915.

Kegiatan menyampai risalah Islam di teruskan melalui Parti Barisan Pemuda (BARIP) pada tahun 1946. Di ikuti oleh Persatuan Islam Putatan (PIP), Persatuan Islam Tawau (PIT), Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Jamaah Tabligh, Darul Arqam, Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM) dan lain-lain.

Pada tahun 1880-an penduduk Islam Sabah hanya berjumlah 35% daripada keseluruhan penduduk. Pada tahun 1960-an penduduk Islam bertambah kepada 38%. (Saharudin dan Muddin : 2007)

Jumlah Penganut Islam bertambah melalui usaha dakwah parti politik dan NGO-NGO tempatan dan NGO-NGO yang berpusat di Semenanjung Malaysia.

Para VIP dan peserta yang menghadiri Seminar Dakwah: Islam sebagai agama risalah sempena ijtima' Haraki Pertama Wadah dan ABIM Sabah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Jumaat, 29 Julai 2011

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


60000 PATI Dijangka Didaftar <b>Di Sandakan</b> | :: cina islam | 2011 ::

Posted: 18 Jul 2011 12:30 AM PDT

16 Syaaban 1432H. [MOD] -
SANDAKAN: Pejabat Imigresen di sini menyasarkan untuk mendaftarkan 60,000 pendatang asing tanpa izin (Pati) pada program pendaftaran di bawah 5P yang bermula hari ini hingga 1 Ogos.
Ketuanya Jaimin Sumpit berkata kebanyakan mereka adalah pekerja dari sektor perladangan dan pertanian di sekitar daerah ini, Kinabatangan dan Beluran.
Sabah hanya melaksanakan lima perkara daripada Program 6P dan tidak melaksanakan proses pemutihan yang telah dilaksanakan pada 1997, 1998, 2008 dan 2009.
Jaimin berkata jumlah itu adalah termasuk tanggungan Pati iaitu isteri dan anak-anak mereka yang akan mengambil peluang pendaftaran di bawah 5P itu yang membolehkan mereka tidak diambil sebarang tindakan dan pulang ke negara mereka secara sukarela.
Menurutnya kategori Pati yang boleh mendaftar dalam program berkenaan ialah warga asing yang memasuki negara ini secara tidak sah, tinggal melebihi tempoh pas, melanggar syarat-syarat pas dan juga mereka yang dikeluarkan pasport oleh kedutaan masing-masing.
"Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada warga asing yang datang mendaftar di bawah program 5P itu yang dibuat serentak di lapan daerah lain di negeri ini," katanya ketika ditemui pada program pendaftaran itu bagi daerah Sandakan di Dewan Sibuga Batu 5 dekat sini, Isnin.
Lapan lagi pusat pendaftaran 5P itu ialah di Dewan Masyarakat Kudat, Dewan Masyarakat Menggatal (untuk Kota Kinabalu), Dewan Masyarakat Ranau, Dewan Masyarakat Keningau, Dewan Masyarakat Sipitang, Dewan Masyarakat Tawau, Dewan Masyarakat Lahad Datu dan Balai Seni Inabah, Semporna.
Jaimin berkata majikan dan mana-mana pihak yang terlibat mengaji Pati diminta mengambil peluang mendaftar pekerja mereka dalam program itu kerana tiada sebarang tindakan akan diambil terhadap mereka.
Beliau berkata ketika program 5P itu dilaksanakan, semua Pati turut didaftarkan ke dalam sistem biometrik yang akan membolehkan pihaknya mengesan jika mereka masuk semula bekerja di negeri ini.
Masa pendaftaran program itu bermula 8 pagi hingga 5 petang pada Isnin hingga Jumaat, manakala Sabtu dan Ahad, waktu pendaftaran dibuka bermula 8 pagi hingga 1 petang.-BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

10 di tambunan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tambunan - Google Blog Search


Gayus <b>Tambunan</b> Berjudi <b>di</b> Makau - AntaraNews.com

Posted: 26 Jul 2011 12:45 AM PDT

Gayus Tambunan. (FOTO.ANTARA)

Berita Terkait

Video

Tangerang (ANTARA News) - Gayus Halomoan Partahanan Tambunan alias Sony Laksono mengakui bermain judi di Makau meski tujuan utama ke luar negeri adalah berobat karena menderita penyakit jantung.

"Tujuan utama saya ke Makau adalah untuk berobat dan juga main judi tapi hanya sebentar," kata Gayus Tambunan di Tangerang, Banten, Selasa.

Gayus mengatakan masalah tersebut dalam persidangan di PN Tangerang, terkait dugaan pemalsuan paspor atas nama Sony Laksono sehingga harus berangkat ke Makau dan Singapura.

Dalam sidang dengan agenda mendengarkan keterangan saksi ahli dan pemeriksaan terdakwa tersebut dihadiri Jaksa Penuntut Umum Bambang Setyadi dan Riyadi dipimpin hakim Syamsul Bahri Harahap.

Menjawab pertanyaan hakim bahwa berapa dominal uang yang dibawa untuk berjudi, maka Gayus mengatakan hanya sedikit dan itu merupakan sambilan dan tidak serius.

Semula Gayus mengelak disebut bermain judi di Makau dan tetap bertahan dengan argumentasi ingin berobat penyakit jantung.

Menurut hakim, jika ada orang Indonesia yang berobat ke Singapura, Australia ke Amerika atau beberapa negara di Eropa itu merupakan wajar, tapi mayoritas bila ke Makau berjudi, maka suami dari Dian Anggraeni itu akhirnya membenarkan.

"Tidak banyak pak hakim uang yang saya gunakan untuk berjudi, tapi pada prinsipnya adalah merobat dan memeriksanakan kesehatan pada RS Internasional di Makau," katanya.

Gayus alias Sony Laksono diseret ke meja hijau PN Tangerang, dengan kasus dugaan pemalsuan paspor yang dikeluarkan aparat kantor Imigrasi Jakarta Timur.

Dalam amar dakwaan yang dibacakan jaksa penuntut umum, Bambang Setyadi bahwa Gayus diduga telah memalsukan paspor dengan nomor seri T-116444 yang sebelumnya adalah nama terdaftar Margareta Inggrid Anggraeni padahal telah membayar sebesar Rp270 ribu.

Sedangkan Margareta tidak melanjutkan pembuatan paspor tersebut dengan alasan tertentu, sehingga tidak dapat diterbitkan oleh Kantor Imigrasi Jakarta Timur.

Jaksa mengatakan Gayus mendapatkan paspor tersebut melalui perantara Ari Nur Iwan alias Ari Kalap agar menemui Jhon Jereme Grice untuk pembuatan Kartu Tanda Penduduk (KTP).

Menurut dia bahwa setelah paspor selesa, maka Gayus akhirnya memberikan imbalan uang sebesar 22.000 dolar Amerika Serikat.

Gayus yang juga tersangkut kasus mafia pajak bepergian ke luar negeri diantaranya ke Singapura, Malaysia, Makau dan Hongkong mengunakan paspor atas nama Sony Laksono. 
(*)

Editor: AA Ariwibowo

COPYRIGHT © 2011

Ikuti berita terkini di handphone anda di m.antaranews.com

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Komuniti Tombotuon, <b>Tambunan</b> SABAH: Sejarah yang kita mungkin <b>...</b>

Posted: 26 Jul 2011 05:36 PM PDT

Dari segi geografi ,Tambunan terletak di bahagian Pendalaman Sabah. 80km dari kota kinabalu (ibu Negeri) di sebelah barat 48km, dari Ranau di sebelah utara ,dan 48km dari keningau di selatan Lembah ini dikelilingi oleh oleh banjaran gunung.Gunung Kinabalu (4018).Lembah ini dikelilingi oleh oleh banjaran gunung.Gunung Kinabalu (4018)yang agung menjadi satu pemendangan di bahagian utara..Dari segi Budaya,barbagai bagai mitos dan legenda terutamanya yang berhubung dengan tradisi tradisi lama ,adat resam dan asal usul puak puak dan nama nama tempat di bahagian ini masih ada hingga sekarang.Kisah asal usul Tambunan adalah satu cerita yang menarik yang diceritakan dari mulut ke mulut daripada satu generasi ke generasi yang lain di kalangan orang Kadazan /Dusun di Tambunan. Sejarah Tambunan Pada zaman dahulu kawasan Tambunan hanya di penuhi oleh hutan hujan tropika .Hutan di situ penuh dengan pelbagai jenis haiwan , daripada lintah yang menghisap darah hinggahlah kerbau liar Borneo.Tidak ada manusia yang tinggal disitu pada mulanya.Namun demikian beberapa lama kemudian peneroka mula berhijrah ke selatan dari Nunukragang dan beberapa orang daripada mereka menetap di Tambunan. Kumpulan orang pertama yang sampai ketika itu dipimpin oleh Gombunan .Beliau seorang pahlawan dari kalangan puak Nunukragang,di samping juga seorang pemimpinyang berkeboleihandan baik hati.Beliau mula meneroka dataran Tambunan yang subur disamping pengikutnya. termasuk isteri dan anak mereka.Menanam tanaman seperti padi huma ,jagung ubi kayu ,labu dan keladi merupakan aktiviti utama kaum wanita .Kaum lelaki pula banyak menghabiskan masa dengan berburu binatang liar daripada tupai hingga babi hutan dan rusa. Buah buahan hutan dan beri yang boleh dimakan untuk setiap orang pada ketika itu.Dan setiap orang akan gembira dan berpuas hati.Apabila bilangan penduduk bertambah ,lebih banyak kawasan telah di bersihkan untuk menanam.Penduduk kampung itu yang mengelarkan diri mereka orang dataran(oleh keran mereka tinggal di dataran Tambunan)menjadi bertambah maju dan aman damai dan berharmoni di bawah kepimpinan Gombunan. Tetapi pada satu hari ,sekumpulan pahlawan yang ganas dari puak Tonsundung yang datang dari kawasan berbukit bukau datang di sebelah timur menyerang orang dataran .Mereka memusnahkan tanam tanaman dan harta benda lain dan juga membunuh sebahagian daripada orang kampung itu.Gombunan dan pahlawannya bertindak cepat dan berjaya dan berjaya menghalau mereka.Dan penyerang penyerang tersebut telah mengalami kecedreraan yang teruk. Puak Tonsundung yang marah atas kekalahan mereka itu bercadang hendak membalas dan membunuh Gombunan.Kejadian itu berlaku pada satu hari lebih kurang 30 orang pahlawan Tonsundung menangkap Gombunan yang ketika itu bersendirian di ladangnya dan membunuhnya . Mereka mencincang badanya dan membawa balik kepalanya sebagai tanda kemenangan.Kepala Gombunan digantung pada tiang yang tinggi untuk membolehkan orang Tonsundung membaca mentera dan memperolokan kematian ketua orang dataran. Orang Dataran amat berdukacita apabila mengatahui kematian ketua mereka .Mereka berkabung beberapa hari sebagai tanda menghormati nya dan bersumpah akan membalas atas kematiannya .Sebagai mengenang akan jasanya mereka telah menamakan penempatan mereka tiu GOMBUNAN . Dalam pada masa itu satu lagi puak dari kawasan berbukit bukau di sebelah barat datang berhijrah di dataran .Mereka adalah puak Tamadon.Orang Tamadon merupakan orang yang ramah dan baik hati terhadap puak Gombunan.Mereka bersedia menghulurkan bantuan bagi memerangi puak Tonsudung kerana lambat laun puak Tonsundung akan menyerang puak Tamadon.Oleh itu sebagai langkah mengelakan sebarang serangan yang menejutkan daripada puak Tonsundung ,puak Tamadon pun bergabung dengan puak Gombunan.Pada masa yang sama juga merancang hendak membunuh semua puak Gombunan.Mereka sebenarnya tidak sedar akan adanya gabungan dan pakatan daripada puak Gombunan dan puak Tamandon. Sampai sahaja masanya puak Tonsundung pun melaksanakan niat jahat mereka ,maka terperanjatlah mereka bahawa bilangan pihak lawan mereka bertambah ramai .Walaupun begitu pertempuran darah yang dashyat berlaku juga .Lebih setengah bilangan puak Tonsundung telah terbunuh .Pahalawan yang terselamat pula telah melarikan diri ke hutan di sebelah timur untuk beberapa lama tidak kelihatan.Dibanding dengan mereka jumlah yang mengalami kecederaan hanya sedikit. Puak Gombunan dan puak Tamadon merayakan kemenangan mereka dengan mengadak n pesta besar besaran ,makanan dan minuman tapai di hidangkan dengan banyaknya .Kemuncak upacara itu ialah menamakan semulah penempatan dari Gombunan ke Tambunan.selepas mendapat persetujuan orang orang tua kedua pihak .TAM diambil dari Tamadon dan BUNAN diambil dari Gombunan dengan itu lahirlah TAMBUNAN hingga sekarang. from : borneoheadhunter Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved