ads

Sabtu, 24 Mei 2014

10 di ranau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


17/5/2014: Satu Kemalangan berlaku <b>di</b> Jalan Tamparuli-<b>Ranau</b> <b>...</b>

Posted: 17 May 2014 04:15 AM PDT

Satu kemalangan berlaku di Jalan Tamparuli-Ranau kira-kira pukul 9.15
PAGI TADI melibatkan tiga kenderaan.

Kemalangan itu melibatkan lori treller, proton pesona dan mitsubishi pajero dengan lori treller tersebut terbakar di tempat kejadian.

Ketika dihubungi Pemberita RTM di Kota Kinabalu, Pegawai Pusat Gerakan Operasi Bomba Cawangan Sabah, Shahrul Suhaili berkata, seramai 6-mangsa terlibat dalam kemalangan tersebut.

Katanya, pihak bomba mengeluarkan dua mangsa kemalangan. Manakala, 4 mangsa telah dihantar ke hospital sebelum ketibaan bomba.

Juliana                                     (Jane/F-up)

Don….

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Empat lagi bangkai penyu ditemui <b>di Semporna</b> – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 16 Apr 2014 02:54 PM PDT

BANGKAI penyu yang ditemui di perairan antara Pulau Bum-Bum dan Pulau Kulapuan, Semporna.

KOTA KINABALU: Selepas penemuan bangkai 60 ekor penyu di Pulau Tiga Kudat awal tahun ini, empat ekor lagi bangkai spesis terancam itu ditemui terapung di perairan antara Pulau Bum-Bum dan Kulapuan Semporna pagi Selasa lepas.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun ketika memaklumkan laporan berkenaan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kelmarin berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan mengenai penemuan terbaru itu.

Katanya, dalam usaha menangani isu kegiatan pemburuan penyu di perairan negeri ini, kementeriannya mengambil beberapa tindakan wajar bagi memastikan isu terbabit segera diselesaikan.

Beliau berkata, satu pasukan bertindak yang dipengerusikan oleh setiausaha tetap kementeriannya sudah ditubuhkan bagi menangani kegiatan pemburuan penyu khususnya di perairan Kudat dalam jangka panjang.

Menurutnya, pasukan itu dianggotai oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Jabatan Hidupan Liar, Taman-Taman Sabah (TTS), Jabatan Perikanan Sabah, WWF-Malaysia, Pejabat Daerah Kudat, dan Kudat Turtles Conservation Society (KTCS).

"Penubuhan pasukan berkenaan bertujuan meningkatkan usaha membanteras pemburuan dan penyeludupan hidupan liar di dalam semua aktiviti penguatkuasaan pihak yang terlibat.

"Mesyuarat pertama pasukan ini dijalankan pada 26 Mac lepas dan ia akan diperluaskan di beberapa daerah terutamanya di kawasan yang berisiko tinggi berlakunya kegiatan penyeludupan dan pemburuan hidupan liar.

"Selain itu, satu jawatankuasa tetap mengenai pemburuan haram di seluruh Sabah sama ada di perairan atau daratan ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar," katanya.

Masidi berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing (PKR-Tamparuli) mengenai tindakan yang diambil oleh kerajaan berikutan kejadian penemuan bangkai 60 ekor penyu di perairan Pulau Tiga, Kudat.

Katanya, bulan ini kementerian turut mewujudkan talian aduan (hotline) yang membolehkan sesiapa sahaja membuat aduan mengenai kegiatan pemburuan hidupan liar di negeri ini.

Dengan adanya talian berkenaan jelasnya, tindakan segera dapat dilaksanakan atas setiap laporan yang diterima.

"Kita juga akan memastikan pejabat Jabatan Hidupan Liar akan mula berfungsi di Kudat tahun ini.

"Yang penting adalah usaha untuk mendidik masyarakat supaya menghargai kewujudan penyu kerana ia adalah aset besar terutamanya dalam sektor pelancongan.

"Hidupan istimewa ini tidak banyak terdapat di dunia kecuali di Sabah dan ia antara faktor kedatangan pelancong ke sini," katanya.

Justeru, beliau berkata, jika tidak ada tindakan diambil untuk membanteras kegiatan pemburuan spesis itu, Sabah akan kehilangan aset yang cukup berguna.

Pada masa sama, Masidi turut menyarankan supaya semua wakil rakyat di Sabah secara tidak langsung menjadi warden kehormat terhadap usaha membanteras masalah terbabit.

"Berdasarkan tindakan yang dibuat berhubung masalah ini, kementerian saya percaya kerajaan melalui agensi penguatkuasaan terlibat menjalan tindakan yang sewajarnya untuk menangani kegiatan kumpulan orang asing yang memburu penyu di perairan Sabah," katanya.

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved