ads

Ahad, 30 September 2012

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


Karnival Kerjaya “BN Youth Job Fair” <b>Di Sandakan</b>, 22-23 <b>...</b>

Posted: 18 Sep 2012 10:26 AM PDT

Karnival kerjaya terbesar "BN Youth Job Fair" di negara ini akan kembali dianjurkan di negeri Sabah pada 22 dan 23 September 2012 bertempat di Harbour Mall, Sandakan, Sabah.
Pengerusi Sekretariat Pekerja Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Nazir Hussain Akhtar Hussain berkata, pada tahun lalu ianya dianjurkan di Kota Kinabalu tetapi pada tahun ini karnival yang sama diterbangkan ke Sandakan, Sabah kerana mengambil kira keperluan dan permintaan rakyat di negeri Sabah khususnya golongan muda di Sandakan. YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman akan menyempurnakan majlis perasmian program ini pada hari pertama karnival.
"Negeri Sabah merupakan destinasi kedua BN Youth Job Fair 2012 selepas Stadium Nasional Bukit Jalil pada bulan Mei yang lalu. Pada kali ini, BN Youth Job Fair terdapat sedikit kelainan dengan beberapa penambahbaikkan dalam pengisian penganjuran bagi memenuhi keperluan dan minat golongan muda negara ini.  Peluang yang diberikan bermula dari lepasan SPM hingga ke peringkat tertinggi termasuk yang mempunyai pengalaman bekerja.
Penganjuran, BN Youth Job Fair 2012 mendapat kerjasama yang cukup baik oleh pihak Kementerian, agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat GLC, syarikat multinasional dan syarikat-syarikat korporat. Antara Kementerian dan syarikat yang akan menyertai karnival di Sandakan  ialah Bahagian Francais Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK), MARA, PETRONAS, Brandt International dan banyak lagi yang bakal menawarkan hampir 7,000 peluang pekerjaan kepada masyarakat di Sandakan dan seluruh Sabah," ujarnya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.
Tambahnya, untuk warga Sandakan, BN Youth Job Fair 2012 ini menjadi lapangan yang cukup baik kerana kita menekankan peluang-peluang pekerjaan yang sebahagian besarnya ditawarkan untuk berkhidmat di kawasan berkenaan sahaja. Ini memberi kemudahan yang cukup baik agar tiada berlaku penghijrahan golongan muda untuk bekerjaya.
Jika, diimbas dalam penganjuran yang sama pada tahun lalu di negeri Sabah, sebahagian besar pengunjung berjaya mendapat peluang pekerjaan mengikut bidang dan kemahiran serta kelayakan yang mereka ada.  Saya yakin dan percaya penganjuran di Sandakan ini akan memberi manfaat sepenuhnya kepada seluruh warga Sandakan dan Sabah amnya dalam memperolehi peluang pekerjaan dan peluang-peluang yang ditawarkan sebagai kunci kejayaan membina masa hadapan yang lebih sejahtera dan berjaya.
"BN Youth Job Fair 2012 di Sandakan ini juga memperlihatkan bahawa peluang-peluang pekerjaan di negeri Sabah adalah banyak dan pelbagai. Ini semua terhasil di atas kebijaksanaan kerajaan negeri Sabah mengurus ekonomi serta membawa pelaburan yang berterusan ke negeri ini.
Oleh yang demikian, saya mengharapkan seluruh warga Sandakan dan Sabah serta golongan pencari kerja yang tinggal berdekatan dapat meluangkan masa hadir untuk merebut peluang-peluang pekerjaan yang ditawarkan melalui BN Youth Job Fair ini yang dianjurkan selama dua hari pada 22 dan 23 September 2012 bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang di Harbour Mall, Sandakan.
Suka untuk saya mengingatkan kepada pengunjung-pengunjung yang akan datang supaya bukan hanya membawa resume yang lengkap malah apa yang lebih menjadi keutamaan adalah untuk mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal. Rebutlah peluang serta kemudahan yang diberikan ini sebaiknya dengan usaha dan kesungguhan bagi meyakinkan majikan-majikan yang hadir kerana temuduga secara terus turut diadakan. Kami mensasarkan, lebih dari 80% peluang pekerjaan yang ditawarkan di Sandakan ini dapat diisi melalui penganjuran karnival ini," tambahnya lagi.

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


CATATAN PERISTIWA BERDARAH <b>DI SEMPORNA</b>

Posted: 26 Sep 2012 03:45 AM PDT


Hari itu, 29 April, 1954, hari yang paling malang bagi penduduk Semporna. Hari yang paling celaka, yang mengorbankan nyawa dan harta benda. Malah ada yang dicabul kehormatan, dirogol dan diperkosa.
Tarikh hitam itu masih kekal dalam ingatan penduduk yang menyaksikan peristiwa berdarah akibat perbuatan ganas mundu-mundu (lanun-lanun) yang datangnya entah dari mana.
Pekan Semporna yang terletak di pinggir laut itu sepertimana biasa, aman

 dan damai. Petang itu, udara menghembus nyaman dari laut yang biru yang tenang itu.
Padang bola sepak yang terletak berhampiran dengan Balai Polis Semporna itu telahpun dipenuhi oleh peminat-peminat bolasepak yang saban petang punya pengunjungnya. Mereka bermain dengan begitu seronok sekali. Beberapa anggota polis juga turut bermain untuk mengeluarkan peluh di samping memupuk hubungan baik dengan masyarakat setempat.
Balai Polis Semporna yang terletak di bawah Kawalan Ketua Polis Daerah (OCPD) Lahad Datu mempunyai keanggotaan 7 orang sahaja. Ketua Polis Balai (OCS)- nya ialah Sarjan Sagar Singh. Perhubungan antara Balai Polis Semporna dengan ibu pejabat daerahnya di Lahad Datu hanya menerusi radio wireless dan jalan laut sahaja yang memakan masa lebih kurang 10 jam perjalanan.
Peristiwa berdarah itu masih segar dalam ingatan Encik Bullah Ganggal, bekas pegawai polis yang baru bersara dengan pangkat Penolong Penguasa Polis (ASP). En.Bullah, keturunan Kadazan, semasa kejadian itu bertugas di balai polis tersebut dengan pangkat Detektif Lans Koperal.
"Segala-galanya bermula pada jam 5.30 petang. Pada masa itu penduduk-penduduk Semporna sedang berehat setelah kembali dari menangkap ikan." En.Bullah Ganggal memulakan ceritanya.
"Para pemuda pula sedang seronok bermain bola. Ia turut berada berhampiran padang bola itu. Tiba-tiba bunyi tembak bertalu-talu dari arah jeti yang tidak jauh dari situ", katanya.
"Orang di pekan dan di padang itu lari bercempera sambil berteriak, mundu! mundu! (lanun! Lanun!) cepat lari. Masing-masing mencari tempat perlindungan".
"Melihatkan keadaan kelam-kabut dan serangan mengejut lanun itu, Sarjan Sagar Singh segera memerintahkan orang-orangnya bersiap sedia. Ia memerintahkan saya membawa isteri dan anak-anak anggota polis Semporna berlindung di balai. Ini disebabkan keadaan di balai itu lebih selamat kerana adanya pagar berduri dan segala senjatapi serta peluru ada di sana".
L/Kpl Bullah Ganggal segera bertindak dengan menjerit memanggil semua isteri dan anak-anak polis untuk mengikutnya ke balai.
"Belum sempat isteri-isteri dan anak-anak polis itu saya lindungkan di balai, saya lihat dari celah-celah lubang berek kami, lanun-lanun yang ramainya tidak kurang 50 hingga 70 orang itu telahpun hampir dengan Balai Polis Semporna. Mereka berpecah kepada dua kumpulan. Satu kumpulan mara ke balai polis satu lagi ke arah bot jabatan hutan".
Sementara itu di balai polis, Sarjan Sagar Singh dengan dibantu oleh orang-orangnya iaitu PC 442 Sulaiman dan PC Jambuan memuntahkan peluru ke arah lanun-lanun yang begitu ramai itu. Sarjan Sagar Singh dan orang-orangnya sekali-kali tidak mahu menyerah kalah kepada lanun-lanun itu sekalipun terpaksa mengorbankan nyawa mereka.
Sambil memuntahkan peluru ke arah balai yang dipertahankan bermati-matian oleh Sarjan Sagar Singh itu, lanun itu memusnahkan alat-alat hubungan wireless di luar balai itu. Dengan itu hubungan Balai Polis Semporna dengan Ibu Pejabat Daerah Polis Lahad Datu TERPUTUS.
"Kita mesti pertahankan balai ini hingga ke titisan darah terakhir. Biar putih tulang, jangan putih mata", kata Sagar Singh kepada dua orang anggotanya dengan penuh semangat. Mereka terus melawan dengan beraninya.
En.Bullah Ganggal yang ditugaskan melindungi isteri dan anak-anak polis tidak dapat berbuat apa-apa kerana pada masa itu senjata tiada di tangannya. Kalau dia keluar tanpa senjata tentu seperti menyerah diri tanpa berlawan. Ia melihat bagaimana rakannya PC Jambuan yang kehabisan peluru ditikam dengan barung (parang) oleh lanun-lanun itu. Ia dibunuh dengan kejam sekali di mana perutnya diburaikan.
Akhirnya kerana kehabisan peluru dan lanun-lanun yang ramai itu bersenjatakan senjata-senjata automatik, maka Sarjan Sagar Singh dan dua orang anggotanya terkorban. L/Kpl Bullah Ganggal cuba untuk keluar dari tempat persembunyian untuk memberi bantuan tetapi dihalang oleh permintaan isteri Sjn.Sagar dan isteri-isteri anggota polis yang lain supaya jangan pergi dan melindungi mereka di situ.
Bila saja lanun-lanun itu mendapati Sjn Sagar dan orang-orangnya terkorban , mereka lalu merempuh ke dalam balai polis. Bilik radio polis dipecah dan alat-alatnya dimusnahkan. Mereka juga memecahkan bilik besi tempat menyimpan senjatapi dan peluru lalu merampasnya.
Lanun-lanun itu semakin menganas. Senjatapi mereka ditembak ke sana ke mari. Mereka terus menggeledah seluruh rumah dan kedai di pekan Semporna.
"Apa yang saya dengar lepas itu ialah teriakan dan jeritan minta tolong oleh mangsa-mangsa lanun-lanun yang jahat itu. Mereka bukan sahaja merompak, mengambil apa sahaja barang-barang berharga, makanan, malah mereka juga merogol wanita dan anak dara. Mereka sungguh kejam dan tidak berkeperimanusiaan langsung", Kata En.Bullah dengan perasaan amat geram. "Apakan daya masa itu saya tidak bersenjata dan memikirkan pula keselamatan anak isteri anggota-anggota polis. Saya kesal tidak dapat membantu kawan-kawan saya yang gugur sebagai perwira negara".
"Lanun-lanun celaka itu telah bermaharajalela selama 3 jam iaitu dari jam 5.30 hingga 8.30 malam di pekan Semporna. Mereka melakukan pelbagai dosa yang tidak dapat diampun", terang beliau lagi.
Menurut En.Bullah ia tidak tahu dari mana datangnya lanun-lanun itu tetapi ia mengagakkan dari percakapannya adalah dari Seberang (Filipina).
Selama 3 jam Semporna telah menjadi neraka. Lanun-lanun bertindak sewenang-wenangnya kerana tiada siapa berani melawannya. Akibatnya, Semporna musnah semacam diserang garuda, menjadi padang jarak padang tekukur. Setelah lanun-lanun itu puas memuaskan hawa nasfu, mereka segera menghilangkan diri di lautan luas dengan kumpit-kumpit (perahu) yang dilengkapi dengan motosangkut laju.
"Bila mendapati lanun-lanun itu berlalu, saya dan anak isteri anggota-anggota polis keluar dari tempat persembunyian di berek polis itu. Betapa sedih hati saya melihatkan rakan-rakan saya, Sjn Sagar, PC Jambuan, PC Gimun terkorban. Mayat mereka yang berlumuran darah itu dipeluk dan ditangisi oleh anak dan isteri masing-masing. Saya turut menitiskan air mata melihatkan peristiwa itu. Hingga hari ini ianya kekal dalam ingatan saya," ceritanya lagi.
L/Kpl Bullah segera mengambilalih tugas Ketua Polis Balai. Didapatinya dua orang anggotanya masih hidup. Mereka itu sedang bermain bola ketika lanun menyerang. Oleh kerana tidak sempat lari ke balai, mereka terpaksa bersembunyi.
Setelah menguruskan mayat empat orang rakannya L/Kpl Bullah terus berbincang dengan Ketua Anak Negeri (Penghulu) Semporna, Panglima Jakarullah yang telahpun tiba di balai bersama-sama orangnya.
Dengan bantuan mereka, dia membuat rondaan di sekitar bandar Semporna untuk mengumpul mayat dan memberi pertolongan kepada orang yang cedera akibat kekejaman lanun-lanun tadi. Hasilnya mereka menemui mayat seorang pegawai hutan British, seorang pekedai Cina (tukang jahit) dan seorang pemuda Bajau Semonul. Mayat -mayat itu dibawa ke balai polis untuk diuruskan.
L/Kpl Bullah seterusnya mengadakan perbincangan dengan Panglima Jakarullah dan orang-orangnya pada malam kejadian itu. Mereka mengambil keputusan untuk menhantar dua orang awam ke Lahad Datu bagi membawa pembantu hospital Harry Chew dan Lian Chap Yit yang luka parah mendapat rawatan. Di samping itu mereka juga diarahkan meminta bantuan segera dari KPD Lahad Datu yang tidak dapat dihubungi menerusi wireless radio.
Pada malam itu L/Kpl, Bullah dan Panglima Jakarullan serta orang-orangnya mengambil keputusan untuk berjaga dan berwaspada bagi menentang lanun-lanun yang mungkin datang sekali lagi.
Petang esoknya, 30hb, Mac barulah rombongan yang diketuai oleh Pegawai Daerah Lahad Datu, Mr.Dalimore dan Ketua Polis Daerah (OCPD), Mr.W.R.H. Roberts tiba untuk menyaksikan pekan Semporna yang hampir menjadi padang jarak padang tekukur itu.
Peristiwa ngeri itu amat menakutkan penduduk-penduduk Semporna. Ada di antara mereka yang lari bersembunyi tidak mahu balik ke rumah beberapa hari kerana takutkan lanun mengganas lagi. Seorang kakitangan kerajaan yang bertugas di Semporna, ketika kejadian itu terus jadi 'gagap' hingga ke hari ini kerana terlampau terkejut, gamam dan ketakutan.
Sumber: Berita Bukit Aman, 1983.
✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

10 di kota belud - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


Kelapa Mawar: MUSLIHAT POLITIK TERBARU <b>DI KOTA BELUD</b> <b>...</b>

Posted: 30 Sep 2012 04:35 AM PDT

sDR Pkharuddin Bian , antara personaliti muda yang disebut mendapat restu kepimpinan USBO untuk menjadi calon di Tempasuk.
Desas-desus terbaru khabar politik di daerah Kota belud mencetuskan sedikit kekagitan di kalangan pemimpin masyarakat  rumpun USBO kelas pertengahan. Selain daripada cerita politik kedai kopi masih tidak lari dari kejayaan Tan Sri Pandikar Amin dan USBO mengadakan sambutan Hari Raya di Kg Rampayan menyaksikan dihadiri oleh PM Datuk Najib dan isteri, kononnya mencatat kehadiran rakyat  paling ramai pernah direkodkan dalam sejarah penganjuran rumah terbuka hari raya di Kota belud. Kini cerita itu turut ditokok tambah, bahawa Tan Sri Pandikar TIDAK akan melobi untuk diturunkan pada PRU 13 di DUN TEMPASUK. Sama ada selepas ini TSP tetap dikekalkan  sebagai YDP Dewan Rakyat atau pemimpin politik Iranun ini 'bakal' ,menduduki kerusi TYT negeri Sabah, walaupun ramai pemerhati politik meramalkan, TSP tidak kepingin untuk menjadi TYT.

Kesepakatan antara Datuk Salleh dan TSP dalam NGO USBO sekurang-kurangnya mencerminkan bagaimana percaturan dan perencanaan politik kedua tokoh di Kota belud dalam mengekalkan populariti dan penguasaan mereka di daerah Kota belud.

Isu retorik politik yang menjadi bualan ramai di kedaI KOPI sekitar pekan kota belud, kononnya TSP dan kepimpinan USBO mula menengahkan bakat baru dalam kepimpinan USBO di Kota belud apabila cuba merestui kemunculan Ketua pemuda USBO saudara Pkharudin Bian yang juga seorang kontraktor muda untuk turut merebut pelung menjadi calon di DUN TEMPASUK pada PRU 13 nanti.

Menurut maklumat yang diperolehi dari beberapa orang penggiat politik di Kota belud turut mengesahkan bahawa DSSK dan TSP memberi penajaan kepada sdr Pkharudin ini. Ceriteria politik di Kota belud sebelum ini ketika perebutan ketua Pemuda dalam UMNO KB juga dikhabarkan kedua tokoh politik ini turut menaja Sdr Barur untuk ,mengalahkan sdr Tadzul Radim. Berikutan itu dengan pengaruh dan kuasa politik, akhirnya Sdr Tadzul kalah dalam perbezaan undi yang sangat tipis.Selain untuk survival politik kedua tokoh ini dapat diselamatkan, percaturan mereka juga turut menjamin bahawa tidak akan ada pemimpin muda yang berkelibar menggantikan tempat mereka dalam waktu yang terdekat ini sebelum kerusi KM sabah belum diduduki. Justeru itu dengan meletakkan calon yang tidak punya outoriti besar dalam politik Kota Belud, maka kerusi DUN TEMPASUK ini boleh digilirkan apabila keadaan memerlukan.

Sama ada isu ini adalah muslihat politik terbaru di Kota belud akan menjadi sandaran apabila ia menjadi realiti kelak. dalam waktu yang terdekat sangat ini tentunya desas dan desus yang pelbagai bentuk akan menguasai medan politik Kota belud seterusnya menjadi spekulasi yang dicanang merata tempat.

10 di tenom - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tenom - Google Blog Search


Sabahdaily: PRU 13 : Mampukah Pakatan Gugat BN <b>DI Tenom</b>?

Posted: 26 Sep 2012 03:17 PM PDT

TENOM: Bahang Pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) semakin hangat dirasakan rakyat di seluruh negara dimana diantaranya turut dirasai terutamanya dikawasan Dun Melalap yang diramalkan pembangkang kononnya kawasan itu akan jatuh ke tangan mereka selepas PRU-13.

Pembangkang beralasan bahawa rakyat dikawasan sekitar Mukim Melalap yang penduduknya mencecah lebih 5,000 orang marah kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) telah gagal menunaikan beberapa pembangunan yang pernah dijanjikan mereka sejak PRU-12 (Tahun 2008).

Antara janji pembangunan yang didakwa mereka telah gagal ditunaikan kerajaan BN seperti pembinaan pekan kecil Melalap, pelaksanaan Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dan jambatan di Pusat Kebudayaan Murut (PKM) sebagai jalan pintas terus ke Taman Pertanian Sabah (TPS) Lagud Seberang.

Malahan pembangkang terus mengambil kesempatan dari kelemahan BN itu dan terus menjaja isu tersebut sejak Tahun 2008 dengan harapan bahawa rakyat akan terus membenci kerajaan BN terutamanya Wakil Rakyat Dun Melalap dengan berbagai tuduhan dilemparkan.

Bagaimana pun taktik politik pembangkang terutamanya Parti Maju Sabah (SAPP) tidak dapat bertahan lama untuk menjaja isu isu tersebut kerana pada akhirnya (sebelum PRU-13) kerajaan BN mampu menunaikan janji janji tertunggak mereka satu demi satu dalam masa terdekat ini.

Pembinaan pekan kecil Melalap yang menjadi tunggak isu mereka sebelum ini akan berlangsung majlis pecah tanah yang bakal disempurnakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman pada September 29, sebagai simbolik memulakan pelaksanaan projek tersebut manakala jambatan di PKM sudah diluluskan kerajaan termasuk perlantikkan kontraktor boleh dimulakan pelaksanaannya pada bila bila masa.

Tamparan demi tamparan terpaksa diterima pembangkang kerana isu isu yang mereka jaja sebelum ini kini kerajaan BN telah mula menunaikannya satu demi satu termasuk SDC yang baru sahaja Timbalan Ketua Menteri yang juga Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) ketika merasmikan persidangan tahunan PBS Dun Melalap beberapa bulan lalu dekat sini bahawa SDC akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Selain itu, gagasan pembangkang dikawasan Parlimen Tenom terdiri daripada SAPP, DAP, PKR dan Parti Star yang saling tidak sebulu dalam apa apa juga strategi untuk menghadapi BN pada PRU-13 kerana masing masing menjadi juara dijangka menjadi sebahagian daripada masalah mereka untuk merealisasikan impian mereka untuk menawan kawasan ini daripada kuasa BN.

Lebih parah lagi, apabila pergolakkan dalaman SAPP dikawasan CLC Melalap yang memperlihatkan 3 pemimpin bahagian dan beberapa lagi pemimpin diperingkat cawangan telah mengumumkan perletakkan jawatan masing masing pada beberapa hari lalu menjadikan fungsi bahagian itu kini semakin goyah.

Manakala PKR juga mengalami masalah yang sama ibarat "Tarian selalu sumbang" selepas kehadiran kumpulan NGO-APS (Angkatan Perubahan Sabah) yang menjadi sayap PKR dimana kehadiran NGO itu difahamkan tidak melalaui kepimpinan Cabang PKR Tenom yang dipimpin Datuk Halik Zaman.

Kekukuhan dan kesepakatan BN Tenom untuk meyakinkan jumlah pengundi terdaftar Parlimen Tenom (merangkumi Dun Melalap dan Kemabong) seramai hampir 22,000 dibawah teraju Pengerusinya Datuk Rubin Balang tidak dapat disangkal kewibawaannya yang telah pun terbukti malah mendapat pengiktirafan Ketua Menteri Sabah sendiri ketika beliau berucap merasmikan Persidangan Umno serentak antara Umno Tenom dengan Pensiangan dekat sini baru baru ini.

Senario politik di Tenom yang merangkumi dua Dun iaitu Dun Melalap dan Dun Kemabong pada ketika ini mungkin berbeza dengan lain lain kawasan kerana beberapa ramalan yang datangnya dari luar dimana pada sebelum ini banyak meramalkan ia memihak kepada pembangkang namun harapan ramalan itu banyak bergantung kepada faktor bakal calon yang diturunkan kelak oleh pembangkang yang harus memenuhi kreteria yang dikehendaki para pengundi yang mana rata rata daripadanya mahukan seorang pemimpin baru dan berwibawa.

Sebaliknya, begitu jugalah keadaannya dengan BN, selain janji janji pembangunan yang tertunggak perlu ditunaikan, kepimpinan BN perlu melepasi halangan kedua yang banyak berkisar kepada kreteria bakal calon yang perlu memenuhi kecirian sebagai "winnable candidate" sepertimana yang disyaratkan Perdana Menteri Dato'Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

Konklusinya, rakyat dikawasan disini pada keseluruhannya, mereka masih mempunyai deria yang tinggi untuk menyokong BN berdasarkan kewibawaan dan kemampuan BN memimpin kerajaan sebelum ini, masih diletakkan mereka sebagai pilihan tertinggi namun harapan itu akan berubah dengan pantas jika BN sekadar ibarat "Melepaskan batuk ditangga" terhadap syarat syarat yang diutarakan rakyat sebelum ini supaya pembaharuan drastik dan menyeluruh terhadap bakal calon yang diturunkan termasuk penstrukturan semula sistem kerajaan sebelum PRU-13.

Oleh: Mail Mathew

10 di tuaran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


sabahkini.net: PR TIDAK KEMPUNAN LAGI <b>DI TUARAN</b>

Posted: 24 Sep 2012 02:30 AM PDT


PADA 16 September lalu, satu sejarah lagi telah tercatat di bumi Tuaran kerana pada malam itu seramai 10,000 penduduk Tuaran, telah hadir di Resturan Singgarung, Pantai Dalit bagi merayakan hari pembentukan Malaysia ke 49 tahun.
Walaupun majlis itu telah dikejutkan dengan ribut hujan, akan tetapi, para rakyat jelata Tuaran tetap tidak berganjak. Sekalipun dibasahi hujan, mereka tetap bersemangat untuk tidak berganjak dari tempat masing-masing.
Pada malam itu juga kesemua pemimpin PR turut serta di majlis yang bersejarah itu. Dari Pemimpin terbilang PR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Tuan Guru Hadi Awang, Datuk Lajim serta pejuang KDM Datuk Wilfred Bumburing.
Di sini, kita boleh lihat kesungguhan rakyat Sabah, terutamanya penduduk Tuaran, bersungguh-sungguh mahu melihat satu perubahan tampuk pemerintahan negara Malaysia dan negeri Sabah.
Sesungguhnya bagi penduduk Tuaran, inilah peluang terbaik bagi orang Sabah meruntuhkan rejim BN. Mereka merasa bertuah kerana pemimpin berani mereka, dari Tuaran, telah mengejutkan rejim di Kuala Lumpur itu dengan mengisytiharkan dirinya keluar  dari BN.
Tindakannya sangat mujarab, kerana akhirnya RCI diumumkan setelah sekian lama bermain teka-teki. Ini satu kejayaan besar bagi Bumburing; kemahuan penduduk Tuaran ingin melihat satu tsunami politik melanda Sabah.
Jika dilihat keramaian sewaktu majlis pengumuman keluar BN oleh Bumburing pada 29 Julai lalu, hampir 15,000 penduduk Tuaran hadir; nampaknya tidak Bumburing tidak tersilap congak dan meyakini bahawa kerusi Parlimen Tuaran dan DUN Tamparuli dan Kiulu sudah pasti dalam genggaman Pakatan Rakyat.
Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan cawangan UMNO, PBS, UPKO hanya tinggal nama dan ketua cawangan sahaja kerana semuanya sudah berhijrah bersama Bumburing.
Peribadi Bumburing dan intipati perjuangan Bumburing selama ini mendapat sokongan dan simpati rakyat kerana perjuangan tidak terhad kepada isu IC palsu atau kerakyatan songsang; malah isu tanah adat, royalti minyak dan Borneonisasi.
Jika dahulu agar sukar bagi PR menawan Parlimen Tuaran, tetapi dengan adanya Bumburing sebagai 'Wira Rakyat Sabah', nampaknya bukan lagi penghalang kejayaan sekalipun terpaksa menghadapi Kubu Kuat UMNO di Tuaran kerana DUN Tamparuli dan Kiulu akan mudah ditawan PR dengan bantuan Bumburing.
Dipercayai Bumburing akan bertanding di kerusi DUN Tamparuli bersama seorang peguam terkenal di DUN Kiulu kerana Parlimen Tuaran akan dilepaskan kepada PKR sebagai kaedah penyelesaian terbaik.
Walaupun peluang PR di DUN Sulaman masih dilihat 50:50, namun dengan kemerosotan pengaruh Hajiji dan UMNO, maka tidak mustahil DUN Sulaman akan terlepas kepada PR.

10 di ranau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


sabahkini.net: LAGI JAMBATAN MAUT <b>DI RANAU</b>

Posted: 30 Sep 2012 12:18 AM PDT


SAMBUTAN Hari Malaysia baru sahaja berlalu, namun janji Wakil Rakyat untuk membaiki atau mengganti jambatan gantung 'Maut' Kg Terikon, Matupang, Ranau belum juga terlaksana. Semoga Bajet 2013 dapat menyelesaikan isu kecil ini yang mendatangkan masalah besar kepada penduduk yang juga mempunyai satu undi sama dengan penduduk di Putrajaya.

10 di keningau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


SabahanCrew: Kebakaran Kuarters <b>Di Keningau</b> 500 Pekerja <b>...</b>

Posted: 15 Aug 2012 08:45 AM PDT

Kebakaran Kuarters Di Keningau 500 Pekerja Hilang Tempat Tinggal. 500 pekerja sebuah kilang papan hilang tempat tinggal setelah kebakaran memusnahkan kira-kira 100 buah kuarters rumah pekerja itu, di Batu 5 Jalan Nabawan, pada Rabu.Tragedi yang dianggap terbesar dalam sejarah kebakaran di daerah itu, berlaku pada 1.45 tengah hari.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Keningau, Janil Jaya berkata dua jentera bomba dan penyelamat bersama 15 pegawai dan anggota dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada 2.03 petang.

"Kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya, meskipun menghadapi masalah bekalan air pada pili bomba dan mencari sumber air di kilang untuk disalurkan ke lokasi kebakaran," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, sebahagian besar daripada pekerja kilang terbabit berada di tempat kerja yang terletak kira-kira 200 meter dari kuarters yang terbakar itu.Tiada sebarang kehilangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dan sebahagian daripada penghuni unit kuarters itu, sempat menyelamatkan barang dan harta benda mereka, katanya.Punca dan anggaran kerugian masih disiasat, tambah beliau.

SabahanCrew : Jangan Lupa Like Facebook Page Dan Tinggalkan Komen TQ

10 di penampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


Terkini : Perang Bakal Calon Parti Pembangkang <b>Di Penampang</b> <b>...</b>

Posted: 25 Sep 2012 11:08 PM PDT


PERANG bagi merebut siapa bakal calon di kerusi Parlimen dan DUN Sabah yang melibatkan parti-parti pembangkang pada masa sekarang ini telah menimbulkan konflik sesama mereka sendiri dan merunsingkan pengundi.....bagus juga lah sebab awal-awal sudah gaduh. Hahaha....
Dalam artikel ini, penulis akan cuba membuat analisa bakal-bakal "Ayam Tambatan" parti-parti pembangkang dalam PRU-13 akan datang ini. Mereka ini disenaraikan dalam artikel ini kerana parti-parti pembangkang di kawasan berkenaan merasakan bahawa merekalah "SUPERMAN" untuk menjadi hero mereka kelak.
Untuk artikel yang pertama ini, penulis akan ketengahkan bagi kawasan Parlimen dan DUN Penampang terlebih dahulu sebab sia kebetulan singgah di Penampang. Untuk artikel akan datang, sia akan merantau ke Parlimen lain pulak membuat analisa yang sama.
"SUPERMAN" YANG PERTAMA
Nama Sebenar : Dr. Edwin Bosi
Planet/Parti Yang Diwakili :        DAP
Pekerjaan : Ahli Perniagaan a.k.a Booosinessman
Kekuatan dan Kedudukan Ekonomi : Sederhana Sahaja 
Keturunan : Kadazan Dusun 
Aktif dalam Pertubuhan NGO (Apa peranannya yang terselindung tidak tahulah..haha)
Pernah Berkhidmat di Jabatan Haiwan Daerah Penampang
Kekuatan: Bergiat Cergas dalam Pertubuhan NGO
                   (Setakat mana kekuatannya tidak tahu la....hihihi)
Kelemahan : SERING KE LUAR NEGARA.
              (Mungkin pergi Thailand rasanya...macam mana mahu jaga rakyat ni?)
 "SUPERMAN" YANG KEDUA
Planet/Parti Yang Diwakili : PKR (Ketua Cabang PKR Penampang)
                        (Menentukan siapa penjenayah atau tidak, mengalahkan kuasa Tuhan)
Kekuatan dan Kedudukan Ekonomi : Sederhana
Kekuatan :  Peramah dan mudah didekati
                             Menjadi tarikan kepada pengundi muda (Belia-belia) sahaja
                            (Entah-entah ramai sumandak ni....hahaha)
Kelemahan :  Terlalu muda
                        Kurang dikenali
Hahaha....adakah calon begini yang dikatakan boleh membela rakyat Sabah khususnya di kawasan Penampang? Kalau tidak sesuai, siapa lagi yang menonjol dan berada dalam ranking parti pembangkang? Adakah orang lain yang tidak tersenarai itu sehebat mereka? Atau mungkin ada yang hanya berlagak seolah-olah hebat daripada mereka berdua?
Apa yang peliknya di sini ialah mana perginya calon-calon dari Parti STAR, SAPP, dan PPS/APS (Belum diiktiraf parti) tu??? Adakah mereka takut untuk berhadapan dengan PKR dan DAP di kawasan Penampang tu? Ataupun masi main tapok-tapok dan ingin bermain dengan taktik kotor? Apa yang pasti ialah si Edwin sama si Darrel ini bukannya ngam sangat pun. Masing-masing mahu tersenarai jadi calon.
Parti pembangkang bilang mahu tawan Sabah. Kunun sangat kuat tetapi dengan rakan pembangkang depan mata pun  mereka tetap bergaduh. Kalau sudah begitu keadaannya, hancurlah rakyat Sabah khususnya di kawasan Penampang kerana calon yang tidak mantap dan sering bergaduh sesama sendiri.
Pikir-pikirkanlah!!! LAIN KALILAH!!!
 

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


Macam <b>Di</b> KK...: Kerajaan <b>Negeri Sabah</b> : Sokong Penubuhan RCI <b>...</b>

Posted: 09 Sep 2012 05:09 PM PDT


Parti-parti politik di Sabah dinasihati supaya menyokong penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bersabit dengan pendatang tanpa izin. Ini melibatkan soal bangsa atau agama, tidak sekali, tetapi ianya difokuskan kepada soal undang-undang Negara, peraturan dan kedaulatan negara kita Malaysia. Apa yang penting sekali jangan sesiapa berani membuat kenyataan untuk menakut-nakutkan rakyat negeri ini tentang penubuhan RCI. Ini hanya untuk kepentingan peribadi semata-mata. Jadi jangan mengunakan kesempatan ini untuk kepentingan peribadir. Ini selalu dibuat oleh pihak Pembangkang.

Mengenai penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bukanlah perkara baru. Berkenaan dengan ini telah diusahakan sejak beberapa tahun yang lalu. Perkara ini sudah menjadi masalah universal di seluruh dunia bukan sahaja di Malaysia atau di Sabah khasnya.

Kerajaan dan penduduk Sabah telah menandatangani surat rayuan (petition) untuk merayu kepada Kerajaan Persekutuan supaya ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) demi untuk menyelesaikan masalah PTI yang sudah sampai jumlah ratusan ribu di Sabah. 
Surat rayuan tersebut telah pun disampaikan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Sesiapa sahaja berhak memohon Kad Pengenalan (I.C) melalui proses-proses yang sah dan telus menurut Undang-undang yang diaktakan kepada Jabatan Pendaftaran Negara.

Maka jika benar kerajaan persekutuan serius, maka laksanakanlah perkara ini secepat yang mungkin. Kerana jika berterusan tertangguh akan menjejaskan sokongan kepada kerajaan Negeri Sabah sendiri nanti. Semoga yang terbaik akan dilaksanakan.

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved