ads

Selasa, 5 Julai 2011

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


My Tiny World: Sehari <b>di Semporna</b>

Posted: 27 Jun 2011 01:27 AM PDT

as salam..

Hai!! 

Hari ni saya nak bercerita pengalaman melompat pulau "island-hoping" kat Semporna, Sabah.. Ye lah, kerja pon kerja la jugak tapi bila orang dah ajak berjalan saya tak tolak, heehehe.. 

Island-hoping ni sempena lawatan kerja orang-orang besar JKR ke projek Tawau, lepas tu bawak diorang ke Semporna untuk pengalaman lagi mengasyikkan ini dan juga supaya projek kami tak delay, hehehe ada udang sebalik batu di situ ye!!! Actually ni second time saya ikut acara melompat2 dalam kapal navy ni, cuma yang hari tu kat kota kinabalu lah, yang ni upgrade sket ke semporna...

Saya ni tidaklah gemar sangat aktiviti lasak melasak lagi2 kalau bawah terik matahari, sensitif kulit mak ni!! ter'bako' nanti, susah nak oii nak kembali putih tulus mulus semula tapi sebab kerja, ku gagahkan jugak... hahahaha poyo!!!!

So lepas mesyuarat dan keliling tapak projek dengan matahari tegak atas kepala kat Tawau, kami bergerak dan tido semalam di Semporna.. Pagi2 bangun dan bersedia fizikal dan mental untuk melompat2 pulau..



First pulau, of course lah Pulau Sipadan, pulau yang di kawal ketat oleh pihak berkuasa.. Tak boleh bermalam disini kecuali kalau kau tu tentera yang menjaga kat sini lah dan pengunjung pon dilimitkan 120 orang sehari sahaja, kebanyakkan nya divers lah..

Lepas tu kami singgah di Pulau Mabul.. Cantik sangat resortnya dan lepas berangan2 jadi tourist, kami berjalan2 di kawasan kampung nelayan bajau laut, banyak jugak kerang, mutiara dan lain2 perhiasan yang dijual, murah2 pulak tu compare kat mana2 tapi sebab saya ni takde la kreatif sangat nak mencantikkan rumah or dengan maksud lebih jelas supaya perhiasan tu tak hancur jadi mainan iskandar, so takde apa pon yang dibeli, hehehe... Kat sini, ramai budak2 kecik main sambil bogel2, hehehe nasib baik comel walaupon comot2.. Dan kenangan tak boleh lupa bila ada sorang budak lelaki berjalan2 bersama haiwan peliharaan yang lengkap ada tali, iaitu seekor ketam.. Cute sangat!!! 



Last pulau yang kami singgah dan sempat pulak diorang bermandi manda time tengah hari ialah Kapalai.. Actually, Kapalai ni bukan la pulau tapi lebih kepada resort yang dibina atas air, kawasannya agak luas jugak dan siap boleh naik basikal untuk meronda2... Tempat ni ibarat syurga kepada divers.. Tapi untuk saya, waduh2 panasnya mencengkam kulit!!! Airnya sangat jernih dan boleh nampak ikan2 berenang2, ramai yang ber"snorkling" di sini, tepi2 jeti pon banyak ikan macam2 warna tu...




Oklah itu saja untuk dishare hari ni.. 

Ohh balik dari Semporna saya kedemaman, hahaha sampaikan my boss cakap "owhh pegi berjalan sampai sakit!!!" tidak bos, saya berkorban untuk amanah yang telah diletakkan di atas batu jemala patik, hahahaha...

See u again Semporna!!!!

Luv,

 

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MaCaM MaCaM AdA: Tempat Penginapan <b>Di Semporna</b>

Posted: 05 Jul 2011 08:18 PM PDT

Dragon inn merupakan tempat penginapan yang di sediakan untuk penduduk tempatan dan dan pelancong luar . Selain itu, Seafest Hotel juga terut menyediakan kemudahan penginapan. Penginapan yang ada di Semporna kedua-dua tersebut merupakan penginapan yang kelas khususnya di dearah Semporna.

 
  
 

Bayaran yang berpatutan akan dikenakan kepada mereka yang mendapat kemudahan ini. Pulau-Pulau pelancong utama di dearah Semporna seperti Pulau Sipadan dan Pulau Mabul terut kepada para pengungung atau pelancong

 Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di papar - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


paparnews: Banjir Kilat <b>Di Papar</b>

Posted: 08 Jun 2011 07:05 AM PDT

Banjir Kilat dilaporkan telah berlaku di kawasan Kampung Kawang, Papar, Sabah. Hujan lebat yang berterusan sehingga kini telah mengakibatkan banyak kawasan telah dinaiki air secara mendadak. Ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin hari ini telah turun ke Papar untuk melihat sendiri keadaan penduduk di kawasan yang mengalami bencana banjir kilat tersebut.

Mengikut laporan Twitter Datuk Rosnah, kini banjir di kawasan Kampung Kawang semakin surut. Usaha-usaha membantu para penduduk sedang giat dijalankan.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di kota belud - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


Ceramah Presiden PAS <b>di Kota Belud</b> mendapat sambutan

Posted: 04 Jul 2011 10:35 PM PDT

Kota Belud, 4hb: Sambutan penduduk Kota Belud terhadap kehadiran Dato Seri Tn. Guru Hj. Abd Hadi Awang diluar jangkaan apabila dewan lokasi ceramah ajuran PAS Kota Belud penuh dengan tetamu yang hadir. Turut sama pada program tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah, Saudara Aminuddin Aling, YDP PAS Kota Belud Ustaz Mustaqim Aling, ahli Parlimen DAP Dr Hiew King Cheu, Setiausaha PKR Negeri Sabah dan juga Ketua Cabang PKR Kota Belud, Saudara Saidil Simoi.

Menurut Ust Mustaqim di dalam ucapannya, beliau menyatakan terdapat pihak tertentu yang tidak membenarkan bendera PAS dinaikkan diluar dewan. Ini merupakan sistem demokrasi yang songsang apabila pemimpin UMNO hadir, bendera UMNO boleh dinaikkan, namun apabila ada pemimpin PAS yang hadir sebaliknya pula. 

Dato Seri Presiden ketika menyampaikan ucapan beliau

Kehadiran tetamu yang memenuhi setiap ruang dewan


Kemuncak ceramah tersebut ialah pada sesi ucapan Presiden PAS, dimana DS Tn.Guru Hj.Abd Hadi Awang telah menerangkan sejelasnya tentang konsep 'Ke Arah Negara Berkebajikan'. Konsep ini, bukan sahaja menumpukan kepada kehidupan rakyat yang sejahtera, namun juga merujuk kepada kepimpinan negara yang adil, amanah dan bersih. Namun apa yang berlaku sekarang, kekayaan negara telah diagihkan kepada ahli keluarga pemimpin dan kroni-kroni terdekat. Inilah yang menyebabkan rakyat terus hidup di dalam kesengsaraan dan kemiskinan. Mengenai perhimpunan BERSIH yang akan diadakan, PAS komited bahawa perhimpunan tersebut aman dan tidak akan menimbulkan sebarang kekacauan. Sebaliknya UMNO melalui PERKASA yang mengugut ingin menumpahkan darah dan menimbulkan huru-hara.

Tn.Guru Presiden merasmikan 'Pelancaran Borang Tanah Felda Plantation' peringkat Kota Belud

Pada majlis tersebut juga, Pengerusi NGO ANAK, Mazlan Aliman telah melancarkan 'Borang Tanah Felda Plantation'. Menurut beliau, agenda Buku Jingga yang akan mengembalikan Felda Plantation kepada rakyat akan dilaksanakan apabila kerajaan Pakatan Rakyat memerintah. Menurut beliau lagi, di Sabah sahaja terdapat 100 ribu ekar tanah Felda Plantation yang boleh dinikmati oleh rakyat Sabah yang berkelayakan. Apa yang penting, kerajaan Barisan Nasional mesti ditumbangkan pada PRU ke13 nanti sekiranya ingin melihat agenda ini dapat dilaksanakan, menurut beliau.

Lagi gambar sepanjang program:

 Penyokong Pakatan Rakyat dari Pitas (3 jam perjalanan) turut hadir mendengar ceramah

 Kaunter pendaftaran borang tanah, daftar pemilih dan ahli PAS turut dibuka

 Saudara Aminudin Aling (Pesuruhjaya PAS Sabah) ketika menyampaikan ceramah beliau

Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang turut sama hadir menyerikan majlis



Gambar terbaik dari Islamreturn untuk para pembaca:

 Pemimpin berjiwa rakyat: Dato Seri Presiden ketika menjamu selera, di sebelah beliau saudara Zulfikar Abd Mijan yang juga Ketua Penerangan PAS kawasan Sepangar


Program Dato Seri Tn.Guru Abd Hadi Awang sepanjang di Sabah: 

 Menyambut Tn.Guru Presiden di Lapangan Terbang Kota Kinabalu

Sidang Media di Pejabat PAS Putatan


Sebelum berangkat ke Kota Belud, Presiden PAS telah sudi merasmikan Pejabat PAS kawasan Putatan yang kini menjadi milik (aset) PAS di tengah-tengah bandar Kota Kinabalu (Pejabat PAS Putatan, rujuk disini). Seterusnya Dato Seri Presiden telah mengadakan 'sidang media' sejurus selepas merasmikan Pejabat PAS kawasan Putatan (disini dan disini).

Keesokannya beliau akan bergerak ke Pulutan, Pensiangan dan menziarahi penduduk pendalaman Sabah. Manakala pada sebelah malamnya pula, beliau akan berceramah di di Hotel Juta, Keningau.

-nantikan berita rombongan presiden di Sabah-

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


Dewan Ulamak PAS <b>Negeri Sabah</b> Hasrat Tubuh Institusi Ilmu dan <b>...</b>

Posted: 04 Jul 2011 08:27 PM PDT

Kota Kinabalu : Dewan Ulamak PAS Negeri (DUPN) Sabah akan terus menjadi sayap penting dalam memperkasakan gerak kerja Dewan Ulamak PAS di Sabah.

Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah akan terus berusaha sedaya upaya untuk menggerakkan agenda Dewan Ulamak PAS sepertimana yang ditegaskan oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat YB Tuan Guru Haji Dato' Harun bin Taib dalam ucap tamanya pada muktamar tahunan Dewan Ulamak PAS Pusat kali ke 50 di Gombak awal Jun yang lalu.

Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah juga insyaAllah akan berusaha untuk program pentarbiyahan dan ilmu secara berkala setiap bulan dalam jangka masa panjang dalam usaha ke arah menubuhkan institusi ilmu dan tarbiyah di bawah kelolaan Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah.

Perkara ini telah diluahkan kepada Setiausaha Dewan Ulamak PAS pusat, Dr. Khairuddin At-Takiri dalam pertemuan yang diadakan di Kota Kinabalu di antara Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat  dan Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah baru-baru ini.

Dr. Khairuddin At-Takiri melahirkan rasa optimis beliau terhadap kemampuan dan ketrampilan Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah dalam mengemudi perubahan rakyat Sabah menjelang PRU 13 yang akan datang.

Tambah beliau lagi, Dewan Ulamak PAS Sabah amat memerlukan sumbangan ilmu daripada tokoh-tokoh Ulamak Dewan Ulamak PAS Pusat  untuk turun ke sana untuk menyemarakkan lagi selera perubahan tersebut.

Filed under: News, PAS , , , , ,

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved