ads

Jumaat, 3 Jun 2011

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Airku Air Malaysia: HIDUPAN AKUATIK TERANCAM <b>DI SEMPORNA</b>

Posted: 14 May 2011 08:18 AM PDT

Kajian awal expedisi Dana Hidupan Liar (WWF) di luar pesisiran laut Sabah menunjukkan wujudnya kepelbagaian hidupan laut yang tinggi. Expedisi selama tiga minggu itu juga membuktikan kawasan laut di Sabah ini yang dikenali sebagai Kawasan Batu Karang Segi Tiga (Coral Triangle) kemungkinan merupakan kawasan yang mempunyai kepelbagaian hidupan di bumi.

Namun, kajian di kawasan batu karang Semporna telah menunjukkan berlakunya kerosakan dan kesihatan batu karang terjejas akibat peningkatan aktiviti manusia di kawasan marin ini.

Lapan belas ahli sains dari Malaysia, Belanda dan Amerika Syarikat telah melakukan kajian dan penilaian selama 3 minggu terhadap tahap kesihatan kawasan batu karang Semporna yang terkenal itu.
Dalam tempoh antara 29 November hingga 18 Disember 2010, pasukan ini telah mencatatkan tahap kesihatan kawasan batu karang dan spesies hidupan laut yang lain. Pasukan ini mendapati bahawa terdapat 43 spesis batu karang cendawan (mushroom coral) di Semporna. Jumlah ini melebihi jumlah yang dicatatkan di Indonesia dan Papua New Guinea.

" Mushroom coral ini boleh dijadikan sebagai 'wakil' bagi kepelbagaian spesis batu karang yang lain. Jika kita menjumpai kepelbagaian spesis yang tinggi bagi mushroom coral , maka kita juga akan dapat kepelbagaian spesis tinggi bagi spesis lain." ujar Dr. Bert Hoeksema, Ketua Jabatan Zoology Marin di NCB Naturalis.

Batu karang merupakan tapak asas kepada ekosistem di kawasan marin tropika. Terumbu batu karang yang terhasil itu membekalkan tempat tinggal kepada hidupan lain yang bersaiz kecil dan merupakan salah satu bahagian dalam rantaian makanan. Selain itu, ia juga memainkan peranan sebagai pembekal kepada rantaian makanan melalui hubungan simbiosis dengan alga yang terdapat dalam sel-sel batu karang.

Pada masa yang sama, pasukan kajian tersebut mencatatkan sebanyak 844 jenis ikan yang terdapat di kawasan Semporna. Ini merupakan kawasan yang paling banyak jenis ikan dicatat dalam kawasan Coral Triangle ini berbanding dengan kawasan laut di Filipina dan Indonesia.

Kajian awal expedisi tersebut menunjukkan hanya 5% terumbu karang yang hidup itu berada pada tahap kesihatan yang cemerlang. Manakala 23% terumbu karang berada pada tahap baik dan 36% pada tahap memuaskan. 36% yang lain mencatatkan tahap kesihatan yang kurang memuaskan.

Tanda-tanda pemutihan dan penyakit batu karang dapat diperhatikan di beberapa kawasan kajian. Aktiviti-aktiviti manusia yang semakin bertambah telah membinasakan  hidupan di kawasan tersebut. Antanya penggunaan bom ikan untuk menangkap ikan, pembuangan haram peralatan ikan dan juga pembuangan sisa sampah menyebabkan keadaan bertambah teruk.

Terdapat beratus ribu orang yang bergantung kepada kepelbagaian hidupan laut ini sebagai sumber makanan utama mereka. Selain itu, kawasan terumbu karang di Semporna ini menjadi destinasi bagi sukan selam skuba yang utama di Malaysia. Ia  menjana pendapatan yang lumayan kepada sektor pelancongan.

Banyak usaha pemuliharaan masih perlu dilakukan di kawasan batu karang Semporna ini bagi melindungi kawasan yang kaya dengan hidupan marin.


Foon Weng Lian
Forum Air Malaysia

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


Seminar SKOR A PMR BM <b>di Sandakan</b> pada - CIKGU ABDUL GHALIB YUNUS <b>...</b>

Posted: 28 May 2011 01:58 AM PDT

Seminar /Bengkel/Ceramah SPM 2011

(Waktu seminar/ceramah/bengkel yang saya kendalikan ini adalah pada hari Hari Jumaat 2.30 hingga 6.30 ptg, Sabtu dan Ahad 8.00 pg hg 11.00 mlm-Harap Maklum]

Program yang saya kendalikan ialah:

1.Kursus Peningkatan Bahasa Melayu untuk Guru BM.
2. Kursus Peningkatan Penggunaan Buku Teks BM.
3. Kursus Peningkatan Tatabahasa untuk Guru BM .
4. Kursus Penulisan Karangan untuk Guru BM
5. Kursus Kajian Tindakan
6. Bengkel Teknik Menjawab BM untuk Calon PMR
7. Bengkel Teknik Menjawab untuk Calon SPM
8. Kursus LADAP /profesionalisme untuk Guru
9. Kursus Penggunaan ICT dalam P&P.
10. Kursus Penataran Bahasa Malayu.

Perkara-perkara yang perlu disediakan oleh penganjur:

  1. Bayaran kepakaran
  2. Penginapan untuk penceramah (Jika perlu)
  3. Perbelanjaan Perjalanan termasuk tiket kapal terbang dan bayaran tol.
  4. Makanan dan minuman
  5. LCD dan sistem bunyi untuk persembahan
  6. Sijil Penghargaan

1.Kursus Peningkatan P&P Bahasa Melayu untuk guru BM SMK Batu Unjur, Klang Tarikh: 08/1/2011 Masa: 8.00 hingga 12.30 Hari: Sabtu Tempat: Bilik Mesyuarat

Sabtu ---12 Februari 2011 ---Mesyuarat Agung PIBG
Sabtu ---19 Februari 2011--Sekolah Ganti 1 Februari (Selasa)

2.Kursus Penulisan Karangan untuk guru-guru Bahasa Melayu SM Persendirian Cina, Zon Tengah (Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, N.Sembilan) Tarikh: 26 /2/2011 Masa: 8.00 hingga 5.00 petang Hari: Sabtu Tempat: Tingkat 7, DBP, KL

3.Seminar PMR SKOR A untuk Calon PMR Kuala Lumpur dan Selangor (Terbuka) Tarikh: 27 /2/2011 Masa: 8.00 hingga 5.00 petang Hari: AHAD Tempat: Universiti Malaysa.

4.Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) untuk guru-guru SMK Seri Serdang Tarikh: 5 /3/2011 Masa: 8.00 hingga 12.30 tgh Hari: Sabtu Tempat: Dewan seri

5. Seminar SKOR A Bahasa Melayu untuk Calon PMR, MRSM, Kuantan Tarikh: 06/3/2011 Masa: 8.00 hingga 12.30 Hari: Ahad Tempat: Dewan sekolah

6.Kursus Tatabahasa Bahasa Melayu untuk guru BM SMK Seri Istana, Klang Tarikh: 12/3/2011 Masa: 8.00 hingga 12.30 Hari: Sabtu Tempat: Bilik Komputer

7.Bengkel Tatabahasa Bahasa Melayu untuk calon STPM SMK Paya Besar, Kuantan Tarikh: 13/3/2011 Masa: 8.00 hingga 12.30 Hari: Ahad Tempat: Dewan Sekolah

8. Bengkel Tatabahasa Bahasa Melayu untuk calon SPM SMK Seri Serdang, Klang Tarikh: 14/3/2011 Masa: 8.00 hingga 10.00 Hari: Isnin Tempat: Dewan Sekolah

9.Kursus Penulisan Karangan untuk guru-guru Bahasa Melayu SM Persendirian Cina, Zon Utara (IPOH, P.Pinang) Tarikh: 19 /3/2011 Masa: 8.00 hingga 5.00 petang Hari: Sabtu Tempat: SM Persendirian Cina, Poi Lam

10.Kursus Penulisan Karangan untuk Calon PMR dan SPM SMK Batu Unjur, Klang Tarikh: 26 /3/2011 Masa: 8.00 hingga 12.00 petang Hari: Sabtu Tempat: Dewan Sekolah

11.Seminar PMR SKOR A untuk Calon PMR Kuala Lumpur dan Selangor (Terbuka) Tarikh: 27 /3/2011 Masa: 8.00 hingga 5.00 petang Hari: AHAD Tempat: Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaya.

12.Kursus Perkembangan Staf untuk guru-guru SMK Seri Serdang Tarikh: 2/4/2011 Masa: 8.00 hingga 5.00 petang Hari: Sabtu Tempat: Hutan Simpan Air Hitam

13.Ceramah BM SPM untuk Calon SPM Semasyhur Tarikh: 9 /4/2011 Masa: 2.30 hingga 5.00 petang Hari: SABTU Tempat: Dewan Sekolah.

Sabtu -16 April 2011 – kosong

Ahad-17 April 2010 – Seminar SKOR A Melaka

14. Seminar SKOR A Bahasa Melayu untuk Calon SPM SMK Agama, Nilai, Tarikh: 22/4/2011 Masa: 3.30 hingga 5.30 ptg Hari: Jumaat Tempat: Dewan sekolah

Sabtu -23 April 2011 –MRSM-Batu Pahat-

Ahad – 24 April 2011-Seminar SKOR A UM

Sabtu -30 April 2011 – Bengkel TTB Dewan di Hotel Singahsana

-Sekolah ganti 27 Oktobr 2011 (Khamis)

Ahad 1 Mei 2011 - Bengkel TTB Dewan di Hotel Singahsana

Sabtu -7 Mei 2011 – Sekolah Ganti 28 Oktober 2011 (Jumaat)

Ahad – 8 Mei 2011 – SMK Tawau, Sabah

Sabtu – 14 Mei 2011 – kosong.

Ahad – 15 Mei 2011- kosong

Sabtu 21 Mei 2011 – Kursus Penggunaan ICT dalam P&P untuk guru-guru SMK Seri Serdang

Ahad 21 Mei 2011 – kosong

Sabtu 28 Mei 2011 –Seminar SKOR A Edu Group di Sabah dan di Sarawak

Ahad 29 Mei 2011 – kosong

Isnin 30 Mei 2011 – Bengkel Pebulisan Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Menengah

Selasa 31 Mei 2011 – SM Tsun Jin, Kuala Lumpur

Rabu 1 Jun 2011 – SMK Sungai Pusu

Khamis 2 Jun 2011 – Seminar SKOR A di PT Prestige

Jumaat 3 Jun 2011 – SM Tsun Jin, Kuala Lumpur

Sabtu 4 Jun 2011 – kosong

Ahad 5 Jun 2011 – kosong

Isnin – 6 Jun 2011 – kosong

Selasa – 7 Jun 2011 – kosong

Rabu – 8 Jun 2011 – kosong

Khamis – 9 Jun 2011 – kosong

Jumaat -10 Jun 2011- kosong

Sabtu – 11 Jun 2011-kosong

Ahad – 12 Jun 2011 – kosong

Sabtu – 18 Jun 2011-SMK Baling, Kedah

Ahad – 19 Jun 2011-SMK Baling, Kedah

Sabtu 25 Jun 2011- Kejohanan Sukan SMKSS

Ahad 26 Jun 2011- SMK Selancar, 26700 Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur.-Penulisan BM SPM

Jumaat 1 Julai 2011-SDAR, Seremban-Bengkel Tatabahasa PMR

16 Julai 2011 – SMK Batu Unjur- Seminar BM PMR dan SPM

22 Julai 2o11 – SM Seri Puteri, KL

23 Julai 2011 – SM Seri Puteri, KL
30 Julai 2011-SMAIWP, KL
10 September 2011 -SMKDH, Klang(0133488842)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved