ads

Isnin, 2 Jun 2014

10 di sandakan - Google Blog Search

1 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di sandakan</b> - Google Blog Search

Posted: 12 May 2014 11:14 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

penjualan rokok seludup 24 jam <b>di sandakan</b> - Bersama Mazidul

Posted: 09 May 2014 08:41 PM PDT

Sewaktu minum pagi di restoran berhadapan Pasar Umum Sandakan, Sabah, saya didatangi oleh pembantu kenderaan mengangkut barangan.
"Siapakah penjual rokok seludup itu?," soal saya.
"Warga negara jiran, Filipina, suku kaum Suluk dan Bajau," balasnya. 
Tambah Nelson, dipercayai mereka bermastautin di Sandakan tanpa dokumen perjalanan sah. Dalam bahasa mudah, mereka pendatang haram. Selepas bersalaman, dia beredar. Selesai minun pagi, saya mula merakamkan gambar kegiatan penjualan rokok seludup di Jalan 1 dan di kawasan sekitar.
Saya terlihat seorang anak muda membeli rokok daripada lelaki di atas dan pantas menghampirinya. Kata pembeli itu, rokok berjenama L.A dijual dengan harga RM5 sekotak.
Sumber berkredibiliti saya, penduduk Sandakan, 'Nelson' bukan nama sebenar, saya hubungi.
"Saya difahamkan, terdapat stor di kawasan berhampiran, penjual mendapatkan bekalan pelbagai jenis rokok di situ. Kalau sekatun rokok L.A dijual di antara RM30 dan RM35. Taukeh besar, Suluk. Purata 70 peniaga rokok seludup beroperasi di sekitar bandar Sandakan setiap hari, lelaki dan wanita. Mereka berniaga 24 jam, cuma bilangan peniaga berkurangan pada waktu malam," ujarnya.
"Pihak berkuasa, kastam, polis dan imigresen tidak menjalankan operasi memberkas peniaga?," soal saya.
"Ada juga tetapi melalui pengamatan saya, mereka hanya menahan peniaga rokok seludup kecil-kecilan, bukan taukeh. Ikan bilis ditangkap, jerung tetap bebas meraih keuntungan. Saya melihat, pihak berkuasa terus diperlekehkan secara terang-terangan," tambah Nelson.
Sebaik menyedari gambar dirakamkan, mereka semua menghilangkan diri, bersembunyi di celah deretan kedai.
Melihat senario penjualan rokok seludup secara terbuka, terfikir, tidak logik jika Ketua Polis Daerah Sandakan dan pegawai Kastam Diraja Malaysia bertugas di bandar itu  tidak menyedari aktiviti terlarang terbabit.

Mustahil.
Berikut gambar saya rakamkan berhampiran pusat membeli-belah, Genting Mas Mall.
Saya dimaklumkan, kegiatan penjualan rokok seludup berlarutan sejak 20 tahun lalu.  Telur penyu juga ditawarkan kepada pelanggan di tepi jalan, biarpun bahan itu terlarang di Malaysia.
Isyarat 'OK', menunjukkan telur penyu dijual di lokasi itu.
Pihak berkuasa, wajib memberhentikan kegiatan penjualan rokok seludup dan telur penyu dengan kadar segera.  Tidak perlu terus mengizinkan undang-undang diperlekehkan oleh warga asing di hadapan mata sendiri. Masyarakat tentunya melihat dan sebilangan barangkali mencetuskan tanggapan negatif terhadap pihak berkuasa.
Tentunya, bukan tanggapan sebegitu diinginkan. 

10 di semporna - Google Blog Search

1 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Review Mabul Inn <b>di Semporna</b> & Arung Hayat Pulau Mabul

Posted: 27 May 2014 08:32 PM PDT

Mari kita buat review pasal penginapan.

Mabul inn Hotel Semporna

Hotel ni aku booking di Agoda harga RM70.00 semalam, memang murah! tapi aku tak suka dengan bilik dia! Bilik air dia kotor skit then luar bilik kita ada berbau macam bau sampah! hmmmmm! tak selesa kalau keluar dari bilik!

Aku tengok review & gambar dalam Agoda nampak Ok! sekali hampeh! dengan electricity fault masa kami check in... nak panggil technician kena turun bawah panggil mereka, paip dalam bilik air pun longgar! takde iniciative nak betul kan. Keadaan bilik yang dekat dengan jalan membuatkan bilik tu jadi bising! kedudukan TV pun tak betul! susah kami nak tengok.. dah la 1 channel je yang ada! pftttttt! sangat.

Walaupun banyak kekurangan, kedudukan hotel sangat strategik.. dengan dengan kedai makan & pasar, tapi jauh sikit dengan jeti. Sesiapa yang nak datang ke Mabul & nak stay di Semporna better stay kat tempat lain.

Arung Hayat Mabul

Pakej yang diberi adalah yang termurah, tapi korang kena deal betul-betul dengan management takut termiss-communication macam yang terjadi pada aku! spoil mood tau!

Makanan kat sini memang terbaik! layanan pun ok! bilik pun bersih.. overall is Good!

Tapi........... disebabkan dia dah spoilkan mood aku! makanya better cari tempat lain la, kawan aku cakap dia stay kat Scuba Jeff OK, nak buat DSD ke scuba ke lebih murah & layanan tip top!

Ok tu je nak review!

10 di papar - Google Blog Search

1 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


DUNIA ITU: Guru maut nahas <b>di Papar</b>

Posted: 20 Apr 2014 07:55 PM PDT

Keadaan Proton Iswara yang remuk teruk di lokasi kejadian.


PAPAR: Seorang guru wanita berusia 41 tahun dari Kampung Benoni, dekat sini terbunuh dalam satu kemalangan di Jalan Papar semalam.

Salmah Ag Jambul terbunuh serta merta apabila kereta Proton Iswara yang dinaikinya bertembung dengan sebuah kenderaan jenis Toyota Land Cruiser di KM2, Jalan Papar-Beaufort sekitar pukul 2.35 petang.

Salmah dilaporkan sedang menuju ke Kampung Benoni dari Papar apabila keretanya bertembung dengan Toyota Land Cruiser tersebut yang datang dari Keningau dan sedang menuju ke Kota Kinabalu.

Impak perlanggaran tersebut menyebabkan Salmah maut serta merta akibat cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Papar DSP George Abdul Rakman mengesahkan kejadian dan berkata siasatan sedang dijalankan.

Beliau menambah yang mayat mangsa telah dibawa ke hospital daerah untuk dibedah siasat dan ahli keluarganya telah dimaklumkan.

Beliau berkata pemandu Land Cruiser yang berusia 55 tahun hanya cedera ringan dan menggesa saksi kejadian supaya tampil untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber The Borneo Post 11 Apr 2014

10 di tuaran - Google Blog Search

1 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


punca bendera israel dikibarkan <b>di tuaran</b>, sabah? - ammboi dot com

Posted: 08 Apr 2014 01:50 AM PDT

Kecoh juga media sosial dengan penyebaran gambar bendera Israel yang dikibarkan di Raintree Beach Resort Tuaran Sabah. Ia mendapat kecaman dari penduduk dan pengguna laman sosial sejak beberapa hari yang lalu. Sebagaimana yang kita maklum, bendera israel diharamkan di Malaysia kerana menyentuh sensitivi umat islam. Ia berikutan tindakan tentera rejim zionis Israel menindas umat islam di Palestin.

Selain itu, Malaysia juga tidak pernah mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Israel. Jadi kenapa bendera berkenaan ada dikibarkan disana? Adakah ada pihak yang sengaja mahu mencetuskan kekecohan atau sebagainya?

Punca bendera Israel dikibarkan di Tuaran Sabah akhirnya terjawab.

bendera israel sabah

Sebuah syarikat perfileman dari China dikatakan menerbitkan filem The World Stewardess Contest (Pertandingan Pramugari Dunia) dan mereka telah membuat penggambaran sejak seminggu lepas di resort berkenaan.

Filem berkenaan menceritakan berkenaan pramugari dari seluruh dunia mengadakan pertandingan di resort tersebut. Bendera itu mungkin menggambarkan negara seorang daripada peserta yang bertanding. Pergerakan Pemuda Umno Tuaran juga telah difahamkan pergi ke resort berkenaan untuk memastikan bendera Israel tersebut diturunkan.

Sumber: melvister.com


 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved