ads

Selasa, 22 Mei 2012

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


PASPB: SHAFIE APDAL!!! Politiknya makin kelam <b>di Semporna</b>

Posted: 22 May 2012 08:10 PM PDT

POLITIK SEMPORNA MULA MEMBADAI 
SKANDAL.....Apakah Skandal Seks Shafie Apdal yang akan didedahkan Dayangku Intan menjadi penamat kesombongan Shafie atau Naib Presiden UMNO ini terus GAH di persada politik tanah air?

SEBILANGAN besar penduduk-penduduk yang tinggal di pesisir pantai dan kepulauan Semporna yang dibelenggu kemiskinan serta kedaifan hidup telah bertekad untuk tidak lagi memberikan undi kepada tiga Adun dan Ahli Parlimen Semporna pada PRU-13.

Menurut mereka hanya kroni-kroni, saudara mara serta kaum kerabat Wakil Rakyat sahaja yang mendapat pembelaan istimewa, terutama mendapat tanah dan projek; sedangkan rakyat biasa masih dirantai kemiskinan. 

Yang paling ketara sekali daripada jumlah 49 buah kampung, 11 daripadanya yang telah di lawati oleh Ketua Sri Kandi PKR Cabang Semporna Nazmahwati Walli baru-baru ini bersama-sama Wartawan Kanan Sabahkini.Net; termasuk Kampung Pulau Bum-Bum, Pulau Simandeh, Pulau Larapan, Pulau Tandoan, Pulau Labuan Haji, Pulau Selakan, Pulau Omadal, Pulau Bait, Pulau Pababag, Pulau Manampilik dan Pulau Denawan; ternyata telah terpinggir dan ketinggalan jauh dalam menikmati arus perdana pembangunan negara sejak 20 tahun lalu.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) bukannya tiada pentuntukan, tetapi saban tahun tiga (3) ADUN dan ADR mendapat peruntukan beratusan juta bagi membangunkan kawasan yang diwakili, tetapi mungkin disengajakan dengan alasan kononnya kampung-kampung yang yang didiami mereka 60 peratus adalah orang asing (PATI) dan hanya 40 peratus orang tempatan sahaja .

Persoalannya bukankah pemimpin BN/UMNO seperti Dato' Seri Shafie Apdal yang menggalakan PATI terus menetap di negeri ini, khususnya di Semporna yang secara automatik mendapatkan kerayatan yang berstatus Bumiputera melalui kad pengenalan projek? Perkara ini bukan menjadi rahsia lagi.

Dalam tinjauan dan penyelidikan rambang yang dilakukan Sabahkini.net, jika empat generasi Bajau tulen yang lahir di Semporna berpaling tadah kepada pembangkang, terutama PKR, maka BN hanya akan memperolehi undi daripada suku kaum Bajau/Suluk daripada Filipina yang diberikan MyKad projek dan akan kehilangan semua kerusi (tiga DUN dan satu Parlimen) di Semporna.

Dalam pada itu desas-desus yang bertiup kencang bahawa PKR telah menamakan empat orang tokoh muda untuk menentang calon BN di Semporna, iaitu Dr Zamri bin Hj Abdul Habbi (DUN Bugaya); Lokman Ureh (DUN Sulabayan); Tahir Ariffen (DUN Senallang) dan Ketua Sri Kandi PKR Cabang Semporna yang juga EXCO Wanita Negeri, Nazmahwati Walli (Parlimen Semporna).

Kini, senario politik di Semporna mula membadai dan bakal membuat kejutan kerana rata-rata rakyat di daerah ini mahukan perubahan besar dalam pelbagai aspek termasuk politik untuk mengeluarkan mereka daripada mimpi siang sejak 20 tahun berada di bawah ketiak Shafie Apdal dan ADUN yang bersilih ganti.

Walaupun Semporna kaya dengan khazanah alam semula jadi untuk menjana ekonomi rakyat, namun disebabkan ketiga-tiga ADUN dan ADR tersebut tidak mempunyai kredibiliti dan daya pemikiran yang luas; maka terdapat pelbagai kepincangan dalam sistem pentadbiran kerajaan, seolah-olah 'tidak berkerajaan lagi'.

Apapun ini, semuanya bergantung penilaian terhadap diri empat orang yang disebut-sebut sebagai calon DUN dan Parlimen yang bakal diketengah PKR pada PRU 13 untuk menamatkan penderitaan rakyat Semporna.-SK

10 di kota marudu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


Pilihan Terbaik Nasi Ayam Izzaty <b>Di Kota Marudu</b> | my.Mustaffa

Posted: 21 May 2012 10:28 PM PDT

Wajib Cuba, Nasi Ayam Sedap Beaufort 'Saiz XXL'!

about 1 week ago - 19 comments

Tweet Tweet Hz Tours – No.1 Muslim Online Travel Agency HIDANGAN NASI AYAM BERSAIZ XXL – Para penggemar nasi ayam pasti akan terliur dengan entri kali ini. Saya sendiri merupakan salah seorang penggemar nasi ayam. Saya berkesempatan untuk singgah menjamu selera pada tengah hari tadi di Pekan Beaufort. Kesempatan itu saya guna untuk mencuba nasi [...]

JANGAN Tunjuk Jari Ke PELANGI.. Nanti Jari Kudung! Betul ke?

pada 2 tahun lepas - 15 comments

Tweet Tweet Hz Tours – No.1 Muslim Online Travel Agency Hari ini, aku ke Kg. Bongkol , Kg. Bawang Daerah Pitas dan ke Kg. Limau-Limauan daerah Kudat kerana ada urusan kerja di sana. Aku dan rakan-rakan bermalam di Hotel Palm Villa di Kota Marudu. Pagi tadi dimulakan dengan bersarapan pagi di Rahayu Cafe di belakang [...]

10 di kudat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


SETIAUSAHA PAGISA DIRAMAL JADI CALON PKR <b>DI KUDAT</b>

Posted: 22 May 2012 05:50 AM PDT

Setiausaha PAGISA Sdr Milus Aloh yang juga lebih mesra dipanggil sebagai Cikgu Milus, disebut-sebut antara calon bagi parti PKR di Kawasan N2 Tanjong Kapor, Kudat. Kelapamawar menerima maklumat ini daripada seorang ahli keluarga sdr Milus yang turut mengesahkan kemungkinan itu.
Pada PRU 2008 N2 Tanjung kapor adalah antara kawasan Panas di  Kudat apabila kawasan berkenaan menyaksikan pertarungan 8 penjuru di mana  seramai 5 calon BEBAS mencuba nasib. Calon PKR pada waktu itu  NG Kim Kiat hanya memperolehi undi sebanyak 1831 sekaligus memberi laluan kemenangan kepada calon BN TEO CEE KANG yang memperolehi undi 6629. seorang lagi calon BEBAS TSEN HENG CHONG memperolhi undi 3010.
Jika berdasarkan rekod ini, kawasan berkenaan bukanlah kawasan yang boleh dimenangi olehi PKR. Justeru seolah memberi gambaran bahawa jika benar Sdr Milus Aloh berminat bertanding di kawasan ini, ada kemungkinan akan hilang wang deposit, apatah lagi sindrom menolak calon import mula melanda bumi Sabah sejak kebelakangan ini.

10 di tawau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Konsert Lefthanded Rock Comeback <b>Di Tawau</b>.

Posted: 27 Apr 2012 12:35 AM PDT

Seperti yang telah di war-war kan dalam artikel 'Mini Konsert Live Lefthanded Di Tawau', kedatangan Lefthanded di Tawau, adalah sesuatu yang amat dinantikan. Selepas Mini Konsert Live Lefthanded yang telah diadakan pada 20 Februari yang lalu, kini Lefthanded sekali lagi akan menggegarkan arena muzik di Tawau melalui Konsert Lefthanded Rock Comeback.

Konsert Lefthanded Rock Comeback.
Tempat: Dewan Masyarakat Tawau.
Tarikh/Masa: 30.04.2012 / 8.15 Malam.
Harga Tiket: RM20.

About

AKU SENTIASA DITEKAN, DIPAKSA DAN DISEKSA UNTUK MELAKUKAN SESUATU YANG AKU TAK SETUJU SEPERTI BLOG NI. LECEH TUL! KEBANYAKAN APA YANG AKU BUAT ADALAH UNTUK MEMENUHI TEKANAN DARI SEKELILING. AKU TAK TERPENGARUH LANGSUNG NAK BUAT ITU DAN INI KERANA KEUTAMAAN AKU ADALAH PADA KERJA. TAPI INILAH YANG TERPAKSA AKU HADAPI. SABAR LA WAHAI HATI. INI DIA UNTUK SEMUA. TERIMA KASIH. AKU DAH MENGGANAS DALAM INDUSTRI MEM'BLOG' KETIKA KEBANYAKAN KORANG MASIH BLUM CERAI SUSU LAGI! HAR HAR HAR!

10 di tambunan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tambunan - Google Blog Search


Travel Guide : Ranau & <b>Tambunan</b> | Pika Eugene <b>Di</b> sini

Posted: 22 May 2012 12:28 AM PDT

Tempoh hari jalan-jalan ngan satu family, kecuali dengan abang yang sorang lagi. Sibuk dengan kerja ofis dia. Sebenarnya dah lama pun gambar ni, tapi baru nak wat entry. fUH. 
Korang boleh bayangkan tak dalam tempoh 12jam boleh melancong sampai tiga lokasi. Hehehe.
Alaa..memang lah tak hairan kat kawasan Sabah juga kan. Bukan naik kapal terbang pun. ;p
Lagipun satu jalan juga dari Keningau. Jadi Lokasi pertama kitaorang pergi:
"Tagal" dalam dialek Kadazandusun,  bermaksud 'dilarang memancing'. Nak masuk ada FEE, tak ingat nak bayar berapa tapi tak mahal. Yang saya ingat kena bagi tempoh 15minit "kawan dengan ikan" yang jinak-jinak belaka ni. Hakhak. Saya ada masuk juga testing 1 2 3. Tapi tak berani bagi makan kat ikan tu.  Tapi korang yang tak pernah pergi sini, saya syorkan untuk pergi. hehe. Lokasinya ada jauh sikit dari pekan Ranau, tapi memang tak rugi kalau pergi :)

Haaa..ni adik saya. Satu-satunya adik saya haha. Dengan gagah dan berani bagi ikan tu makan.
Mama dan bapa saya yang super eksaitedd, sebab memang suka ikan. Hee.
**Dunno why my mom making that weird face. hahah. 
Sabah Tea Garden ne, tak jauh dari Kg.Luanti tadi. Tak sampai setengah jam dah sampai kat sini.
Ne lah tempat tumbuhnya(*ayat skema )teh sabah yang korang suka minum tu ;p
Singgah pula makan kat restoran sana. Santai ja restoran tu, makanan pun em..sedap sedap. Hee. Tapi harga pun sedap juga. Tapi best makan atas bukit haha rasa macam kat korea pula ;p
Kiri: My one&only older sister, Kaisan(anak buah) dan abang ipar. Kanan: Who's that fat girl? teehee.
Singgah pula kat souvenir gift shop ni, saya beli T'shirt "I Sabah Tea". 
Kalau mata korang teliti, korang boleh spot baju tu dalam salah satu video cover saya kat 
youtube. heheh :) Tempat ni memang best, cuaca tenang. Orang-orang kat sini pun mesra.
Mahua Waterfall Tambunan, Sabah.
Memang cantik tempat ni. Dijaga dengan rapi. Tak dapat gambar kawasan ni sepenuhnya, maklumlah ketinggian badan kurang mencukupi ;p. Kalau nak masuk pun ada bayaran juga tapi sekali lagi saya lupa berapa FEE nya :D 
Lokasinya tak jauh dari Pekan Tambunan. Tapi kalau nak masuk pergi kawasan air terjun kena jalan kaki. Kereta tak boleh masuk.  Tak sempat pula ambil gambar pathway pergi ke kawasan air terjun ni. Sebab saya rasa agak seram sikit. Haha mungkin sebab dah nak senja kot.
Sekali lagi mereka posing skema. Weekk. Tak rugi makan angin sini. Hee walaupun sekejap ja, dan tak sempat mandi pun dah cukup masuk dalam gambar ;p Lain kali kita ramai-ramai pula pergi pula ya, siap buat khemah lagi hehe. So, kalau ada masa tu cubalah cuti-cuti Malaysia, tak payah kot pergi jauh-jauh. Asalkan dapat habiskan masa dengan keluarga. Best!!
OK la. ok la. Cukup-cukup. Sekarang nak pergi Korea pula bye! ;p

Terima Kasih Sudi Baca. Sila datang lagi :)

10 di ranau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


Gempa Bumi <b>Di Ranau</b> | elwenes.com

Posted: 08 Feb 2010 07:11 PM PST

Woh! terkejut aku tadi, tetiba kawan aku dari KL telepon aku tanya pasal gempa bumi di Ranau. Tergagap-gagap suara kawan aku bertanyakan macamana sudah keadaan di Ranau. Dia kata dia dapat maklumat dari buletin TV jam 12.00 tengahari. Aku masuk web Geng Blogger ternampaklah aku dengan entry rakan. aku copy and paste kembali. Arap rakan tu tak marah ye..

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) — Satu gempa bumi lemah berukuran 2.6 pada skala Richter dikesan di Sabah, awal pagi Ahad.

Gempa itu dikesan berpusat di garisan lintang 6.1 Utara dan garisan bujur 116.8 Timur iaitu 11km dari timur laut Ranau dan 80km dari Kota Kinabalu, Sabah pada 2.07 pagi Ahad.

Gegaran kecil itu berkemungkinan dirasai di sekitar Ranau, kata Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan. @ BERNAMA

Apa-apa pun keadaan di kawasan taman air panas poring seperti tiada yang berlaku. Kejadian tersebut tidak pun di rasai di kawasan ini yang berada 19 km dari pekan Ranau. lagi pun mengikut fakta di atas, ia berlaku sebelah malam tadi.

10 di penampang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved