ads

Selasa, 16 Ogos 2011

10 di kudat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


Momen Indah bercuti <b>di Kudat</b>, SABAH « Noriyati Nawi

Posted: 01 Apr 2011 02:24 AM PDT

View Larger Map

Cuti persekolahan penggal pertama yang baru berlalu aku berpeluang mengikut suami pulang ke kampung halamannya di Kampung Suang Pai, Kudat, Sabah. Turut menyertai aku dan suami ialah ibu tersayangku dan permata hatiku, Alif dan Fatin.

Aku pernah beberapa kali pergi ke Sarawak atas urusan kerja dan melancong bersama anak-anak permata hati ku itu, tetapi belum pernah menjejakkan kaki ke negeri di bawah bayu ini. Lantaran itu aku dan anak-anak sedikit teruja sebaik sahaja kami sampai di KKIA. (Kota Kinabalu International Airport). Jarak dari KK ke Kudat lebih kurang 190km dan dari Kudat ke kampung Suang Pai pula ialah 10km. Memandangkan jarak perjalanan yang agak jauh ini kami mengambil keputusan berehat dahulu di salah sebuah hotel di KK sebelum meneruskan perjalanan ke Kudat. Suamiku telahpun menyewa sebuah kereta sewa selama seminggu kami disana. Kadar kereta sewa adalah sekitar RM180 keatas (Bergantung kepada jenis kereta) Kami menginap di Tang Dinasty Hotel yang terletak di tengah-tengah Bandar KK. Sempat juga kami meninjau-ninjau pemandangan disekitar ibu negeri Sabah itu.  Keesokan paginya, selepas bersarapan pagi kami meneruskan perjalanan kami ke Kudat. Nasib kami kurang baik kerana disepanjang perjalanan hujan turun dengan agak lebat. Di tambah dengan keadaan jalan raya yang tidak rata, berbukit dan berlubang, membuatkan perjalanan kami amat terbatas dan perlahan tetapi cukup mendamaikan. Perjalananan menuju ke Kudat juga melepasi persimpangan laluan ke Tuaran, Tamparuli, Kota Belud, Kota Marudu dan Pantai Bak Bak. Aku, ibu dan anak-anak terus  ceria menikmati pemandangan yang saujana mata memandang di sepanjang jalan. Suami ku tenang sahaja dengan pemanduannya. Sesekali  suasana didalam perut kereta Waja yang kami sewa riuh dengan hilai tawa aliff dan fatin. Lebih kurang jam 3.45 petang barulah kami sampai ke kampung halaman suamiku. Mama, nenek & adik iparku sudah pun menunggu kedatangan kami dan ternanti-nantikan kepulangan suamiku.

Kampung Suang Pai secara geografinya terletak di atas kawasan berbukit. Dari jalan besar menuju ke kampung ini masih lagi diselaputi tanah merah dan berbatu. Kami harus berhati-hati sewaktu menaiki dan menuruni bukit. Di sebelah kanan kaki bukitnya terbentang laut cina selatan yang dilindungi oleh Pulau Banggi manakala di sebelah kirinya dilembah bukit terbentang sawah padi yang sedang kuning keemasan menyambut kami. Puas mengadap laut biru nan luas dan bermain ombak laut yang airnya jernih, kami menghabiskan masa di sawah padi memerhati orang mengetam padi sambil memancing ikan puyu.  Penat memancing , kami membasahkan badan dengan mandi air telaga tepian sumur yang dingin airnya. Tidak sah kalau tidak berlama-lama mandi. Selesai mandi , kami suka duduk-duduk di pondok tepian sawah yang saujana mata memandang.. Semuanya membuatkan masa berlalu bergitu pantas sekali. Tak puas rasanya kami lalui saat2 indah itu.

 Di kampung ini tidak terdapat bekalan air paip bersih. Menurut penduduk disana, keadaan bentuk muka bumi yang berbukit menyebabkan tekanan air tidak sampai ke tempat mereka. Oleh kerana itu pihak kerajaan hanya menyediakan tong-tong air berukuran lebih kurang 3 kaki tinggi berwarna biru untuk memudahkan penduduk kampung membuat tadahan air hujan sebagai alternatif bekalan air mereka. Mujur juga anak-anak aku dapat menerima keadaan ini dan tidak merungut kerana kerana kekurangan kemudahan lainnya.

Kampung Suang Pai didiami oleh majoriti masyarakat kadazan dusun dari suku kaum Rungus. Mereka bercakap dalam bahasa rungus yang sukar benar aku memahaminya. Hanya beberapa patah perkataan sahaja yang aku boleh fahami. Majoriti masyarakat disini juga beragama Kristian. Hanya beberapa buah keluarga sahaja yang menganut ugama Islam. Tetapi itu tidak bermakna kami tidak boleh bergaul dan beramah mesra. Kedatangan orang luar seperti aku, ibu dan anak2ku amat dihargai oleh mereka. Setiap dari mereka tetap memberikan layanan yang baik buat kami sekeluarga.

Hari Ke-3 kami menunaikan hajat ibu mertuaku dan juga nenek untuk mengadakan sedikit kenduri kesyukuran atau masjlis sambut menantu buat aku dan suami. Aku dan suami juga sempat memakai pakaian tradisional kadazan untuk bergambar kenangan bersama sebahagian daripada mereka. Indahnya saat itu…..

Walaupun masa siang di sini terasa panjang, pejam dan celik masih  terasa cepat masa berlalu sehingga tidak sedar sampai masa untuk kami beredar dari Kampung Suang Pai. Kami hanya tinggal di Kampung Suangpai, Kudat selama 5 hari sahaja. Hajat kami untuk menetap lama terpaksa dibatalkan apabila bekalan air dalam tong sudah kehabisan. Dengan berat hati kami terpaksa meninggalkan kampung Suangpai yang terlalu sarat dengan momen indah kami. Nenek menitiskan air mata semasa kami ingin pulang. Aku cuba menahan sendu dihati… Takut suamiku juga akan turut merasa sedih. Memang lumrahnya alam, setiap yang bermula pasti akan berakhir.Syahdunya detik ini….

Kami sepakat untuk ke KK dan menginap di hotel sementara menanti hari dan masa untuk pulang ke Semenanjung. Pada 3 hari terakhir kami menginap di KK Times Square.. Di sini kami menghabiskan masa dengan berjalan-jalan disekitar kota. Melihat gelagat orang ramai, mencuba menu masakan Sabah dan sempat singgah di Pasar Filiphines yang terkenal itu. Malamnya kami meredah pasar malam yang beroperasi hampir setiap malam tanpa mengenal penat dan jemu.

Sebelum berangkat ke KKIA kami juga sempat bersantai di tepian pantai Tanjung Aru. Bergambar dan menghirup udara segar tepi pantai sekali lagi. Cepat sahaja rasanya kami sudah memijak LCCT 3 jam selepas itu.

Sehingga ke detik ini, aku masih terkenangkan percutian itu. Kenangan bersama keluarga suamiku dan penduduk kampung Suang Pai masih terpahat kuat. Aku ingin kembali lagi ….Terimakasih buat Suamiku tercinta kerana menghadiahkan percutian keluarga yang amat indah dan bermakna ini….

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


PZS Kutip RM834,551 Zakat Harta <b>Di Sandakan</b>

Posted: 09 Aug 2011 09:53 PM PDT

SANDAKAN – Pusat Zakat Sabah (PZS) Cawangan Sandakan mencatatkan kutipan sebanyak RM834, 551 bagi bayaran zakat harta bagi tempoh Januari hingga Jun lepas.

Ketua cawangan itu Wan Mohd Zakri Wan Yaacob berkata ia membabitkan 13,911 pembayar individu dan syarikat di sekitar daerah itu.

Katanya jumlah itu meningkat 22 peratus daripada kutipan tahun lepas sebanyak RM685,860.

Wan Mohd Zakri berkata bagi Skim Potongan Zakat Gaji Berjadual, seramai 2,300 penjawat awam kebanyakannya guru di Sandakan menyertainya dan menyumbang RM106,000. – BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

8 sekolah mubaligh <b>di Sandakan</b> terima cek bantuan « Himpunan <b>...</b>

Posted: 12 Aug 2011 03:32 AM PDT

8 sekolah mubaligh di Sandakan terima cek bantuan

12/08/2011 12:08pm

SANDAKAN 12 Ogos – Lapan sekolah mubaligh di daerah ini masing-masing menerima bantuan RM50,000 dari peruntukan khas kerajaan yang disampaikan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi, di sini hari ini.

Sekolah terbabit ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Mary, SMK St Micheal, SMK Convent St Cecelia, Sekolah Kebangsaan (SK) St Gabriel, SK St Mary Convent, SK St Mary Labuk dan SK St Monica.

Puad ketika berucap pada majlis itu berkata, sekolah berkenaan adalah antara 101 sekolah mubaligh di negeri ini yang menerima peruntukan khas daripada kerajaan tersebut.

Katanya, secara keseluruhan 441 sekolah mubaligh di negara ini akan menerima bantuan peruntukan khas kerajaan berjumlah RM70 juta.

"Bantuan itu adalah bukti kerajaan tidak meminggirkan sekolah bantuan kerajaan dan mubaligh yang terdapat di negara ini kerana mereka juga memberi sumbangan besar kepada pendidikan negara.

"Ada di antara sekolah itu mencatatkan rekod cemerlang termasuk sebagai sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi dan untuk itu kerajaan terus memberi bantuan kepada mereka termasuk dalam aspek pengurusan dan pentadbiran," katanya.

Setiausaha Lembaga Pengurusan SMK St. Mary, Francis Tan menyifatkan bantuan khas itu menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap sekolah mubaligh di negara ini.

Katanya, bantuan khas itu sememangnya diperlukan untuk penyelenggaraan dan naik taraf bangunan sekolah tersebut yang masih mengekalkan bangunan lama sejak dibina pada 1950an.

Semalam, Mohd Puad menyampaikan cek bantuan yang sama kepada SK Holy Cross di daerah Beluran dan 12 sekolah mubaligh di Kota Kinabalu. – Bernama

Advertisement

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

10 di tambunan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tambunan - Google Blog Search


ZIARAH SAUDARA SEAQIDAH <b>DI</b> KAMPUNG TONOP, <b>TAMBUNAN</b> | Laman Blog <b>...</b>

Posted: 13 Aug 2011 07:16 AM PDT

Bersama-sama dengan sahabat akrab, Ustaz Akub Baba menuju ke Kampung Tonop yang terletak sekitar 20km daripada Pekan Tambunan. Kampung ini terletak di tepi jalan besar menuju ke Daerah Ranau.

Kehadiran ini adalah bagi melengkapkan lawatan ajk USIA Tambunan pada kesekian cawangan yang wujud. Maklumlah USIA Tambunan mempunyai cawangan sebanyak 15 buah mengikut kampung di seluruh Daerah Tambunan.

Alhamdulillah, setibanya di sana kelihatan komuniti umat muslimin dan muslimat sudah menunggu lebih awal. Difahamkan ada yang datang dari jauh antaranya kampung Tampasak Liwan, Kampung Tiang, Kampung Puntingabai dan Kampung Kirokot.

Syabas pada sdr Jasrin Sipai yang telah bertungkus lumus menyediakan apa yang sewajarnya. Beliau merupakan antara penggerak USIA di cawangan berkenaan.

Syabas juga pada sahabat saya sdr Azmi Sidik, Ustaz Zaki Laumin, Kak Hajah Nursuhana Abdullah, Ust Salehuddin Rusinin, Ustaz Akub Baba dan ajk yang lain kerana punyai ruh perjuangan yang tidak pernah lentur.

Seusai majlis berbuka puasa, majlis seterusnya dimulakan dengan tazkirah yang di sampaikan oleh Ustaz Salehuddin, selaku ketua biro dakwah USIA Tambunan. Tazkirah panjang lebar banyak menyentuh mengenai kesedaran beragama, mengenai ramadhan dan mengenai kewajipan solat lima waktu.

Sebelum itu, saya sempat berbicara mengenai peranan USIA Tambunan dari dulu sehingga kini. Sekalung penghargaan pada para pejuang dan pendokong  USIA terdahulu kerana antara penyumbang kemasukan nur Islam di Daerah ini.

Seusai menunaikan solat Isya dan Terawih, sahabat seperjuangan iaitu Imam Daerah mengumumkan nama-nama penerima bantuan zakat di kalangan asnaf fakir miskin dan mualaf.

Sesungguhnya, saya amat berbangga mereka yang meskipun baru sahaja memeluk agama ini namun sudah menunjukkan kecintaan terhadap pengamalan agamanya. Alhamdulillah, inilah yang terjadi di kampung ini.

Saya berdoa, semoga sahabat-sahabat seperjuangan tidak akan luntur jiwanya dalam mendekati saudara baru ini. Mereka perlukan belaian bimbingan dan kasih ukhuwah sejati.

Advertisement
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

10 di tawau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Kenapa bekalan air putus, elektrik mati <b>di</b> <b>...</b> - <b>Tawau</b> Bloggers Unity

Posted: 08 Aug 2011 07:37 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Manakala gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan di Tawau berpunca dari yang rosak kabel elektrik 33kV kesan kegiatan tidak bertanggungjawab yang cuba menggergaji kabel itu di belakang Gelanggang Bola Keranjang Kg ...

MONAT©: # BIG APPLE kini <b>di TAWAU</b> ! :)

Posted: 25 Jul 2011 08:28 AM PDT

Disini ada berita baik untuk penggemar BIG APPLE yang berada di Tawau. Apa berita baik nya ? Alah , pura-pura tak tahu lagi , BIG APPLE DONUT & COFFEE (BADC) akan membuka cawangan mereka yang pertama di Tawau tidak lama lagi. YEAYYYY!!!! Bila tu? Bila tu? Sebelum nak bagitahu bila , kalau ikutkan sumber dari laman Facebook rasmi BADC , ini merupakan store BADC yang pertama yang dibina bukan di dalam shopping mall / gedung beli belah , tetapi sebuat LOT KEDAI. Wah , canggih!.  Bagi korang yang meminati BIG APPLE , tak perlu lagi tunggu sedara-mara , rakan taulan , ahli keluarga balik dari bercuti / jalan jauh untuk pesan BIG APPLE , sebab sekarang Tawau pun akan ada BIG APPLE yaww!! , Lokasi dan bila mula operasi ? Baca sampai habis.




 Mengikut laman rasmi BADC di Facebook , (klik sini) , ushar gambar dekat atas tu , pihak BADC menyatakan :

"Good news for Tawau fans! BADC Tawau is opening earlier than expected - on 29th July 2011 @ Lot 6, Ground Floor, Jalan Haji Karim (Next to King Park Hotel). This will be our first outlet to open outside a shopping mall - in a shop lot! Here we come Tawau!!!"

Makin maju nampaknya daerah Tawauku yang maju jaya ini , selepas pembukaan Old Town , datang pula Secret Resepi  dan kali ini BIG APPLE , peduli apa orang nak kata , orang Tawau ni kebarusan ka apa , suka hati , kami warga Tawau gembira , nak tunggu McDonald pulak buka dekat Tawau ni , jadi pada orang-orang kaya dekat Tawau ni , join venture la bukak restoran McDonald dekat sini. hehehehe...

WELCOME BIG APPLE !

ushar laman web Big Apple dekat sini : http://www.bigappledonuts.com

#UPDATED - Disebabkan aku terlalu eksited nak tengok sangat tempat BADC dekat Tawau ni , memandang petang semalam aku berjalan-jalan dekat Bandar Tawau tu dengan kawan-kawan , pusing lah area-area dimana BADC ni dikatakan dibuka , aku sempat snap gambar pulak yah! :) hahahaa.. tengok lah dekat bawah tu.


29hb ni dah mula operasi kan ? Ahah , waktu gambar ni , diorang masih susun barang dekat dalam tu lagi , jadi aku secara tak langsung eksited nak jadi orang pertama yang order dekat situ! hahaah! NAK PASANG KHEMAH LA DEPAN BADC NI HOI! haahaha. Ada satu lagi berita baik untuk korang , ni ha ,BADC dah umumkan akan berikan pemberian istimewa buat 100 pembeli pertama , apa dia tu ? sila alert dengan surat khabar Morning Post pada 29hb dan 30hb , cari keratan kupon di bawah ni , free donut tau!!! :

Hmmm : ok , jadi sila simpan duit anda untuk belanja Monat ya , belanja terus 6 pieces! Big Apple DURIAN! heheheh!!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

10 di tuaran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


SUARA BEBAS <b>TUARAN</b>: Pekan Tamparuli <b>Di</b> Landa Limpahan Sampah Sarap?

Posted: 13 Aug 2011 10:00 PM PDT


Baru-baru ini, sekumpulan penduduk dari pekan Tamparuli memfailkan aduan marah mereka kepada cawangan Sabah Kiulu DAP terhadap masaalah limpahan sampah sarap yang serius kerana selama hampir dua minggu pekan Tamparuli tidak dibersehkan oleh pehak Majlis Daerah Tuaran(MDT)
Longgokan sampah dan sampah sarap telah mewujudkan suasana bau yang sangat busuk, terutamanya yang dekat dengan kedai-kedai dan restoran-restoran di pekan tersebut. Dalam masa yang sama, Edmund Wong selaku Ketua Cawangan DAP Kiulu, berkata, bahawa kejadian ini melambangkan prestasi kerja yang kendur dan tidak cekap, wakil-wakil rakyat dikawasan berkenaan.
Justeru untuk mengelakkan rakyat dari terus menderita, maka sudah tiba masa nya rakyat berfikir untuk memilih wakil-wakil rakyat yang baik, bersih, telus dan bertanggungjawab. Dalam hal ini, YB yang tidak menunjukkan prestasi yang baik, perlu meletakkan jawatan, kata Edmund.
Sumber:DAP Media, Warga PekanTamparuli
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved