ads

Sabtu, 30 Julai 2011

10 di lahad datu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


SIAPA LINDUNGI &#39;KING PIN&#39; KUARI HARAM <b>DI LAHAD DATU</b>?

Posted: 24 Apr 2010 12:12 AM PDT

Share

HARAM.... Kuari haram di kaki Gunung Silam ini boleh dilihat daripada lebuh raya Kunak-Lahad Datu namun pihak berkuasa membutakan mata mereka.

Oleh: ZAZARIZA ZAZIZUL

SUDAH lebih 30 tahun kuari ini beroperasi secara haram, namun tidak ada pihak mempedulikan nasib dan nyawa penduduk kampung Silam yang terdedah kepada debu beracun ledakan kuari berkenaan; hatta Mantan Ketua Polis Daerah Lahad Datu tinggal tidak jauh daripada kuari haram berkenaan.

Sehubungan itu, Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (AMK) mengutuk tindakan Kerajaan Barisan Nasional Sabah kerana menghina wawasan kesemua Perdana Menteri Malaysia termasuk kerajaan '1Malaysia' Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang mahukan 'rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan'.

Ketua Penerangan AMK Sabah, Zainuddin Hassan ketika melakukan pemeriksaan mengejut ke kuari haram berkenaan yang terletak di atas tanah CL 115384015, CL 115414661, CL 115379247 dan CL 115379238 di kaki Gunung Silam, Lahad Datu setelah menerima aduan rasmi daripada penduduk kampung Silam Lamak, Kampung Bumiputera Silam dan sebagainya berikutan kejayaan AMK Sabah membongkar kes kuari haram di Keningau, Sabah baru-baru ini.

"Kita tidak tahu di mana silapnya kerana Jabatan Perlindungan Alam Sekitar tidak pernah meluluskan semua permohonan EIA yang dikemukakan oleh Fordeco Construction Sdn.Bhd; namun mereka boleh beroperasi secara haram sejak lebih 30 tahun lalu," tegas Zainuddin yang takjub dengan sikap taksub pemimpin Barisan Nasional Silam untuk membuka mulut menegur perbuatan jenayah oleh 'Penjenayah' Alam Sekitar seperti pemilik kuari haram ini.

 

 

KAWAL..... Jalan masuk ke kuari haram ini dikawal ketat dan berpalang sedangkan ianya jalan awam yang dibina di kawasan simpanan jalan Tanah Bumiputera Silam.

 

Kata Zainuddin, jika di Semenanjung, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memburu pemimpin Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Kedah seperti memburu babi hutan dan menjatuhi 'hukuman' sebelum dihadapkan ke mahkamah; namun SPRM di Sabah seperti 'makan sepiring dan minum secawan' dengan penjenayah alam sekitar yang dilindungi Adun dan Ahli Parlimen.

Zainuddin menyifatkan SPRM di Tawau dan Pengarah SPRM Sabah sebagai 'bacul' kerana hanya berani bertindak terhadap 'ikan kecil' namun gentar kepada 'jerung' yang menjadi penjenayah alam sekitar dan didalangi konglomerat perladangan yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

"Bukankah sudah jelas, ada laporan polis dibuat; laporan rasmi telah difailkan terhadap SPRM, berita telah disiarkan media dan rungutan rakyat telah disampaikan secara rasmi; namun kenapa sehingga ke hari ini mereka bebas melakukan jenayah dengan meletupkan batu granit pada waktu malam dan memunggah batu secara haram melalui hutan simpan dan tanah adat bumiputera?," tanya Zainuddin dalam nada kesal kerana Mantan Ketua Polis Daerah, Superintendan (B) Haji Idris Jikon dan Ketua Polis Daerah kini tidak mengambil tindakan sekalipun kuari haram berkenaan menggunakan bahan letupan tanpa lesen.

Sehubungan itu, Zainuddin menggesa agar sebuah Task Force ditubuhkan untuk memantau semua kuari haram bukan sahaja di Lahad Datu, malah di seluruh Sabah akibat berleluasanya rasuah di kalangan penguatkuasa termasuk Penolong Pemungut Hasil Tanah, Polis, Jabatan Perhutanan, Jabatan Perlindungan Alam Sekitar dan sebagainya kerana setiap daerah mempunyai kes kuari haram.

Tegas Zainuddin, sebelum satu kuari boleh beroperasi, satu penilaian impak alam sekitar harus dijalankan demi mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, (Akta 127) dan Perundangan di bawahnya (Perubahan 2000) Seksyen 34A dan di bawah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Impak Alam Sekitar) Orde 1987, Jadual 14, namun kuari haram ini gagal mendapat kelulusan daripada JPAS.

"Apakah wajar jika saya mencadangkan agar pejabat SPRM di Tawau ditutup kerana mereka membutakan mata terhadap kegiatan kuari haram yang semakin berleluasa di Lahad Datu sehingga menjadi salah satu punca pencemaran udara dan alam sekeliling," ujar Zainuddin yang turut mendesak Unit Khas SPRM Putrajaya dihantar untuk memberhentikan kegiatan kuari haram ini.

Sehubungan itu, Zainuddin turut mendesak agar SPRM menyiasat Ahli Parlimen Silam, Adun Lahad Datu, Pegawai Daerah Lahad Datu, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Audit Negara, Polis Di Raja Malaysia dan Penolong Pemungut Hasil Tanah Lahad Datu yang gagal mengambil tindakan terhadap pengusaha kuari haram ini.

Mengikut siasatan Sabahkini.net, Silam Quarry yang dimiliki sepenuhnya oleh Fordeco Construction Sdn.Bhd dan merupakan anak syarikat Kwantas Corporation Berhad iaitu konglomerat perladangan yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur yang dimiliki 'Bumiputera' melalui perolehan Sijil Anak Negeri Palsu daripada Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu (Bandaraya).

Siasatan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati Fordeco Construction Sdn.Bhd dimiliki oleh Kwan Bersaudara iaitu, Kwan Min Nyet (12,500 unit saham), Kwan Ngen Wah (1,512,500 unit saham), Kwan Jin Nget (12,500 unit saham) dan Kwan Ngen Chung (1,512,500 unit saham) yang mempunyai modal berbayar RM3.050 juta daripada modal dibenarkan sebanyak RM5 juta yang mencatatkan keuntungan bersih RM30 juta setiap tahun daripada operasi kuari.

Kedua-dua pemegang saham, Kwan Ngen Wah dan Kwan Ngen Chung turut menjadi pengarah Fordeco Construction Sdn.Bhd dan lebih 40 syarikat gabungan Kwantas Corporation Berhad.

Mengikut rekod Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS), permohonan Silam Quarry di Bukit Silam oleh Fordeco Construction Sdn.Bhd dihantar pada 10 Oktober 2005 namun pada 26 September 2006 JPAS Tidak Meluluskan permohonan yang dikemukakan melalui Sinoh Environmental Sdn.Bhd

 

 

 

 

CABUTAN.... Cabutan berikut diambil daripada Laman Web JPAS yang menunjukkan permohonan kuari berkenaan tidak dililuskan JPAS.

 

Pada 4 April 2008 sekali lagi Sinoh Environmental Sdn.Bhd mengemukakan permohonan bertajuk The Existing Quarrying at CL 115384015, CL 115414661, CL 115379247 dan CL 115379238 Gunung Silam Lahad Datu, namun sekali lagi permohonan Fordeco Construction Sdn.Bhd ditolak pada 16 Jun 2008.

Fordeco Construction Sdn.Bhd mengemukakan sekali lagi permohonan iaitu pada 30 Oktober 2009 melalui GM Consult setelah semua permohonan yang dibuat melalui Sinoh Environmental Sdn.Bhd ditolak; namun mengekalkan tajuk permohonan yang sama iaitu The Existing Quarrying Operation at CL 115384015, CL 115414661, CL 115379247 dan CL 115379238 Gunung Silam Lahad Datu, tetapi sehingga berita ini ditulis belum mendapat sebarang jawapan daripada Jabatan Perlindungan Alam Sekitar.

Dalam pada itu sumber SPRM mendakwa bahawa mereka telah berjaya memberkas seramai 38 orang di seluruh negara berhubung sindiket kuari haram; namun tidak seorangpun melibatkan negeri Sabah; sekalipun terdapat sembilan laporan rasmi dibuat kepada SPRM.

Walaupun SPRM mengatakan mereka amat komited dalam membanteras sindiket ini daripada terus berleluasa kerana ia memberi kesan kepada aspek ekonomi dan alam sekitar, namun tindakan punitif tidak melibatkan Sabah.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved