Subhanallah, apa petanda sebenar yang berlaku di Lahad Datu? Adakah kemungkinan tsunami sebagaimana yang pernah berlaku beberapa tahun dahulu. Menurut info berita, beribu-ribu ikan yang kebiasaannya hanya berenang di tengah lautan, hari ini dilihat berpusu-pusu berenang ke pesisiran pantai dan melompat naik ke daratan.
" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();
Fenomena aneh yang mengejutkan penduduk setempat ini berlaku kira-kira jam 9 pagi tadi. Menurut laporan sebuah akhbar, seorang penduduk berkata, kejadian itu disedari oleh penduduk sekitar yang melalui kawasan itu secara tiba-tiba melihat ikan meloncat naik ke daratan.
![ikan melompat ke darat di lahad datu](http://www.ammboi.com/wp-content/uploads/2013/12/ikan-melompat-ke-darat-di-lahad-datu.jpg)
"..situasi ini disedari oleh orang kampung yang kebetulan berada di tepi pantai, melihat kelainan dalam air tersebut di mana ikan-ikan meloncat naik ke darat. Sesetengah penduduk mengambil kesempatan untuk memungut ikan tersebut. Ini merupakan fenomena pertama berlaku di kampung tersebut," katanya.
![fenomena ikan lompat ke darat di lahad datu sabah](http://www.ammboi.com/wp-content/uploads/2013/12/fenomena-ikan-lompat-ke-darat-di-lahad-datu-sabah.jpg)
Sebelum ini, kejadian tsunami yang berlaku di Acheh pada 26 Disember 2004 turut mencatatkan tanda-tanda pelik sebelum berlaku bencana alam tersebut.
Fenomena ikan naik ke darat berlaku di Kg. Tambisan di Lahad Datu, Sabah
Adakah ia benar-benar tanda tsunami? Hanya DIA yang tahu. Ya, Allah, kau lindungilah saudara kami disana. Amin… Tags: darat, featured, Iklan, lahad datu, lompat, Sabah, tanda-tanda tsunami, tsunami, video iklan lompat ke darat di lahad datu
Category: INFO SEMASA