ads

Rabu, 20 November 2013

10 di beluran - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di beluran - Google Blog Search


Bayi dua minggu mati dipikul <b>di Beluran</b> | Berita Malaysia

Posted: 15 Oct 2013 06:02 AM PDT

Bayi dua minggu mati dipikul di Beluran

BELURAN: Seorang bayi lelaki berusia dua minggu mati disyaki dipukul oleh bapanya di rumah kongsi pekerja ladang kelapa sawit di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, lelaki berusia 34 tahun rakyat Indonesia itu turut mencederakan isterinya berusia 35 tahun dan tiga lagi anaknya berusia dua, empat dan tujuh tahun.

Ketua Polis Daerah Beluran Deputi Superintendan Sivanathan Velautham berkata lelaki terbabit ditahan kira-kira 3.30 pagi ini di rumah kongsi pekerja itu dan polis merampas sebilah parang daripadanya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian itu bermotifkan cemburu
apabila lelaki berkenaan mendakwa isterinya mempunyai hubungan sulit dengan
lelaki lain.
Selepas pergaduhan, lelaki terbabit bertindak menikam beberapa kali kepala
isterinya menggunakan gunting, katanya.

Beliau berkata lelaki itu kemudian memukul empat anaknya termasuk bayi
berkenaan, anak perempuan berusia tujuh tahun dan dua tahun serta anak lelaki
berusia empat tahun menggunakan besi paip.\

Sivanathan berkata bayi berkenaan mati di tempat kejadian, isteri dan anak
perempuannya yang berusia dua tahun cedera parah dan dirawat di Hospital Duchess
of Kent Sandakan. – BERNAMA

p 89EKCgBk8MZdE Bayi dua minggu mati dipikul di Beluran
Bayi dua minggu mati dipikul di Beluran

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved