ads

Khamis, 21 November 2013

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Polis Yakin Mangsa Culik <b>di Semporna</b> Masih Hidup | Jenayah

Posted: 17 Nov 2013 05:30 AM PST

alt

KINABATANGAN 17 Nov - Pihak polis percaya wanita Taiwan yang dilarikan oleh sekumpulan lelaki dalam kejadian bunuh dan culik di Pulau Pom Pom, Semporna, Jumaat lepas masih hidup.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, mangsa lelaki dan wanita berkenaan bukan pasangan suami isteri seperti yang dilapor oleh media.

"Usaha menjejaki kumpulan penjenayah terbabit sedang giat dijalankan oleh pasukan keselamatan," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Hari Kesedaran Jenayah dan Kembara Bermotosikal 2013 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah  Kinabatangan, di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 1 pagi itu, pelancong lelaki berusia 57 tahun terbabit ditemui mati dengan kesan tembakan pada badan, sementara rakan wanitanya yang berusia 58 tahun hilang, dipercayai diculik oleh sekumpulan lelaki yang menggunakan senjata berat.

Mengulas lanjut, Hamza berkata, bedah siasat mayat mangsa akan dijalankan oleh Jabatan Forensik polis pada 20 November ini.

Beliau juga mengulangi bahawa insiden itu adalah kejadian terpencil dan keadaan keselamatan di seluruh Sabah terkawal.

10 di kota belud - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


03/10/2013: usaha mencari budak hilang masih diteruskan…

Posted: 03 Nov 2013 03:16 AM PST

Usaha mencari dan menyelamat seorang kanak-kanak berumur 10 tahun yang dikhuatiri lemas ketika berkelah di tepi Pantai Kampung Rampayan Laut, Kota Belud, sedang giat dijalankan.

Kanak-kanak itu, Muhammad Syahmi, merupakan seorang murid tahfiz Al Quran Bestari, Kampung Pirasan, Kota Belud.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Cawangan Sabah, Affendy Ramin ketika dihubungi RTM memberitahu, Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan Dua, Julkifli Narawi bersama 5 anggota telah bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.35 malam tadi.

Pasukan berkenaan turut dibantu pasukan Skuba Bomba Sabah seramai 4 orang, pihak polis dan orang kampung. Usaha mencari ditumpukan di kawasan persisiran pantai berkenaan.

Bapa kepada kanak-kanak itu, Harriade Osing ketika ditemui pemberita RTM berkata, kehilangan anaknya itu disedari kira-kira pukul 5.30 petang kelmarin, oleh guru pengiring aktiviti perkelahan itu yang kemudiannya membuat laporan polis.

Berdasarkan maklumat awal, kanak-kanak berkenaan masih berpakaian mandi dengan seluar panjang berwarna merah dan tidak memakai baju.

Maria (Firdaus/Cov)

~mfja~

10 di lahad datu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


Balu Anggota Polis Terkorban <b>Di Lahad Datu</b> Terima Ijazah Suami <b>...</b>

Posted: 17 Nov 2013 07:16 AM PST

uum

ALOR SETAR: Pegawai polis yang terkorban dalam pertempuran dengan penceroboh militan di Lahad Datu, ASP Zulkifli Mamat merupakan antara penerima Ijazah Sarjana Muda pada majlis konvokesyen Universiti Utara Malaysia (UUM) yang ke-26 bermula 30 November ini.

Isteri Allahyarham, Noraziah Noor akan menerima Ijazah Sarjana Muda (Komunikasi) pada hari kedua konvokesyen pada 1 Disember.

Allahyarham merupakan anggota Pasukan Komando VAT yang 69 terkorban pada 1 Mac lalu dalam pertempuran dengan pengganas.

Naib Canselor UUM Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata Allahyarham baru sahaja menamatkan pengajian ketika berangkat ke Lahad Datu.

"Seramai 7,445 bakal menerima ijazah (termasuk seorang penerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah) pada sidang konvensyen selama empat hari itu yang berlangsung dalam lapan sesi sehingga 3 Dis," katanya dalam sidang media di sini Ahad.

Daripada jumlah itu, seramai 94 orang akan menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD), Doktor Pentadbiran (DBA) (19), Sarjana (1,069), Diploma Siswazah (47), Sarjana Muda (5,803) dan Diploma Lepas Ijazah (412).

Beliau berkata Pro Canselor UUM Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim yang merupakan bekas Ketua Hakim Negara akan menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Undang-Undang).

Katanya Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang juga Canselor UUM berkenan berangkat untuk menyampaikan anugerah di Dewan Mu'adzam Shah, Kampus Sintok pada sesi pertama.

"Konvokesyen kali ini cukup istimewa dengan penerima ijazah terdiri dari kalangan Speaker Dewan, timbalan menteri, Anggota Dewan Undangan Negeri dan penggiat seni," katanya.

Mohamed Mustafa berkata 249 orang daripada 5,803 penerima ijazah Sarjana Muda memperolehi keputusan cemerlang Kelas Pertama.

Seramai 420 graduan luar negara dari 22 negara yang mengikuti pengajian di UUM akan turut menerima ijazah.

Beliau berkata sebanyak 15 anugerah dan hadiah akan diberikan kepada 316 graduan dan seorang graduan akan menerima Pingat Emas Canselor dan dua graduan menerima Anugerah Pelajar DiRaja.

Seramai 40 graduan bakal menerima Anugerah Pingat Emas Naib Canselor yang diperkenalkan sejak 1988 manakala 258 lagi Anugerah Pingat Emas Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa).

Sempena konvokesyen itu, UUM menganjurkan ekspo konvo mulai 27 November hingga 3 Disember dengan mendirikan 230 gerai yang menjual pelbagai barangan.

- BERNAMA

10 di kunak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kunak - Google Blog Search


Andi Rosnita Berkata...: Malam Terakhir FunFair <b>Di Kunak</b>

Posted: 07 Nov 2013 12:10 AM PST

Salam Maal Hijrah dan Happy Bday, Zai...!!!~
5hb tu juga merupakan malam terakhir adanya FunFair di Kunak ni...
Seingat aku, inilah FunFair yang paling lama pernah ada...
Ada dalam dua bulan rasanya...
Tempoh nya sentiasa dilanjutkan dek permintaan yang memberangsangkan daripada warga kunak...
So far, aku ke FunFair dengan family sudah tiga kali termasuk yang malam terakhir ni...
Sekali ada mak dan Balqis, dua kali tiada mak dengan Balqis tapi ada TanSri...
Selebihnya mesti ada Uncle, Etta, dan Izan...
Ini antara FunFair yang acceptable sikit lah berbanding yang sebelum ini...
Tahniah pihak pengurusan!
Aku macam biasa, tukang beli token...
Tapi yang habiskan Izan, Uncle, dengan Etta...
Izan suka naik yang Swinging Ship tu dengan main dart belon...
Uncle dengan Etta suka main dart belon dengan lempar tin...
Tapi malam last ni, TanSri pun join the club, dia addict dengan Bingo sebab etta yang mulakan...
Lepas pusing-pusing habiskan duit beli token sampai RM40...
Untuk malam pertama dengan kedua, Etta yang spend makan...
Tapi untuk malam terakhir ni, TanSri pula yang belanja...
In short, menunggu untuk FunFair yang akan datang!
Ready to go...Uncle driver setia...

Etta yang ter'miss target...

Usha game mana lagi nak main...

The gentlemen and gentlekid...Hahaha...

Uncle dan Izan bersama hasil buruan pertama...

Hasil buruan pertama TanSri main Bingo...


We are family! (mak tinggal, ngantuk katanya)




Muka TanSri bila lapar...Hahaha...
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved