ads

Khamis, 21 November 2013

10 di semporna - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Polis Yakin Mangsa Culik <b>di Semporna</b> Masih Hidup | Jenayah

Posted: 17 Nov 2013 05:30 AM PST

alt

KINABATANGAN 17 Nov - Pihak polis percaya wanita Taiwan yang dilarikan oleh sekumpulan lelaki dalam kejadian bunuh dan culik di Pulau Pom Pom, Semporna, Jumaat lepas masih hidup.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, mangsa lelaki dan wanita berkenaan bukan pasangan suami isteri seperti yang dilapor oleh media.

"Usaha menjejaki kumpulan penjenayah terbabit sedang giat dijalankan oleh pasukan keselamatan," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Hari Kesedaran Jenayah dan Kembara Bermotosikal 2013 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah  Kinabatangan, di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 1 pagi itu, pelancong lelaki berusia 57 tahun terbabit ditemui mati dengan kesan tembakan pada badan, sementara rakan wanitanya yang berusia 58 tahun hilang, dipercayai diculik oleh sekumpulan lelaki yang menggunakan senjata berat.

Mengulas lanjut, Hamza berkata, bedah siasat mayat mangsa akan dijalankan oleh Jabatan Forensik polis pada 20 November ini.

Beliau juga mengulangi bahawa insiden itu adalah kejadian terpencil dan keadaan keselamatan di seluruh Sabah terkawal.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved