ads

Rabu, 23 Mei 2012

10 di kudat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


Hari Kedua <b>Di Kudat</b> | my.Mustaffa

Posted: 09 Mar 2012 12:09 AM PST

Minggu Ini Di Kudat Golf & Marina Resort, Kudat

pada 2 bulan lepas - 4 comments

Tweet Tweet Hz Tours – No.1 Muslim Online Travel Agency LANGIT MENDUNG – Beginilah keadaan petang di Kudat. Satu cabaran bagi saya kerana esok sehingga hujung minggu akan ada lawatan kerja pegawai atasan dari Putrajaya. Harap cuaca ketika itu baik. Saya pernah bermalam di Kudat Golf & Marina Resort dua tahun lepas. Hotel ini antara [...]

Cara Mudah Mencari Bilik Penginapan Semasa Bercuti

pada 6 bulan lepas - 21 comments

Tweet Tweet Hz Tours – No.1 Muslim Online Travel Agency Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Cuti sekolah bakal menjelma tidak lama lagi. Sudah pasti ada yang telah merancang lama untuk bercuti bersama ahli keluarga. Jika yang bercuti dalam jarak yang jauh seperti dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak atau sebaliknya, sudah pasti masalah penginapan [...]

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


&#39;EMPTY PROMISES&#39; OF MP FOR <b>SEMPORNA</b> - in Malay

Posted: 23 May 2012 08:10 PM PDT


JALAN utama Kampung Ayer di hadapan rumah Tun Sakaran ini telah dilaporkan kerosakannya sejak tahun lalu di media masa termasuk SabahkiniTV (TONTON VIDEOKLIP), namun tiada sebarang diambil untuk memperbaikinya, sama ada oleh Jabatan Kerjaraya, Majlis Daerah Semporna, ADUN dan Ahli Parlimen yang sebelum ini berjanji akan mengatasi masalah ini.
Maka benarlah kata orang bahawa kuasa harta dan wanita mengatasi kuasa warga; buktinya ada pemimpin yang sanggup menyerahkan wang tunai RM1.5 juta, rumah bernilai RM4 juta, kereta bernilai RM1 juta dan belanja bulanan lebih RM100,000 kepada gundik dan artis; tetapi tidak mampu menggantikan sekeping papan jambatan atau menampal lubang aspal.
Jalan yang terletak bersebelahan Masjid Daerah ini telah lama rosak namun terbiar begitu sahaja sehingga menyusahkan penduduk Kampung Ayer yang mempunyai pengundi paling ramai bagi DUN Senallang, DUN Bugaya dan juga Parlimen Semporna.
Kampung Ayer adalah kampung tradisi yang dihuni oleh penduduk asal Daerah Semporna, pernah dan sedang diwakili oleh hampir semua Adun dan Ahli Parlimen Semporna kerana sehingga ke hari ini rumah-rumah asal Wakil Rakyat berkenaan masih ada di sini walaupun majoriti mereka telah berhijrah dari kampung ini.
Namun, benarlah kata orang sifat manusia yang lupa daratan memang masih wujud di zaman moden ini, maka dakwaan pemimpin masyarakat Semporna sebelum ini bahawa wakil-wakil rakyat berkenaan hanya menaburkan janji 'KOSONG' dan 'PEMBOHONG' adalah tepat.
Jesteru itu saya mewakili penduduk di kawasan berkenaan yang mempunyai pengundi hampir 2,000 orang supaya jangan lagi memilih wakil rakyat yang tidak peka kepada kehendak rakyat dan suka bercakap bohong walaupun telah diberi peluang selama tiga atau empat penggal.
Pilihlah saya sebagai Wakil Rakyat baru kerana mereka telah diberi peluang seluas-luasnya oleh rakyat dan telah diberi sebesar-besar kuasa oleh kerajaan sehingga menjawat menteri penuh kabinet Sabah dan Persekutuan sejak berpuluh tahun lalu, namun isu sekecil jalan Kampung Ayer ini pun tidak dapat diselesaikan.
ABDULLAHSANI HAJI ABDUL SALLEH

10 di ranau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


Program Bantuan Ummah <b>di</b> Kg Tinutuan <b>Ranau</b> & Kg Waang <b>Ranau</b>.

Posted: 14 May 2012 12:00 AM PDT

Program Bantuan Ummah di Kg Tinutuan Ranau & Kg Waang Ranau.
Tarikh   : 14/05/2012 (Isnin)
                Pada 14/05/2012, program Bantuan Ummah diadakan di Kg Bongkud Ranau yang memakan masa perjalanan  selama sejam  dari pekan Ranau iaitu 35km. Menurut profail Kg Tinutuan terdapat 22 keluarga Islam (seramai 115 orang) daripada jumlah keseluruhan penduduk Kg Tinutuan iaitu seramai 250 orang. Kampung tersebut merupakan kawasan perkampungan Muallaf. Sasaran misi dakwah kali ini ialah membina sebuah rumah saudara kita iaitu Puan Lotihim Amit atau nama Islamnya Puan Latifah Abdullah yang memeluk islam pada bulan November 2011.
                Program Bantuan Ummah ini dilancarkan atas kerjasama 3 pihak iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah pimpinan Pusat Latihan Islam Kundasang (PLIK), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) daerah Ranau dan Persatuan Anak-Anak Kabin Muslim Hidayah (HILAL) Malaysia & Kumpulan Sukarelawan KLIA01, Penerbangan Malaysia.
                Sebelum hari program iaitu 13 Mei 2012 bersamaan hari ahad, Persatuan Anak-Anak Kabin Muslim Hidayah (HILAL) Malaysia & Kumpulan Sukarelawan KLIA01, Penerbangan Malaysia bersama JHEAINS Ranau dan Penggerak Dakwah JAKIM telah melancarkan satu bantuan ummah di Kg Waang sebagai satu ziarah mahabbah yang melibatkan 38 buah bantuan kepada setiap keluarga Islam di kampung tersebut.
                Pada hari program (14 Mei 2012), rombongan staf JHEAINS Ranau dan Penggerak Dakwah JAKIM bersama Persatuan Anak-Anak Kabin Muslim Hidayah (HILAL) Malaysia & Kumpulan Sukarelawan KLIA01, Penerbangan Malaysia berkumpul di masjid Ar – Rahman Pekan Ranau kira-kira jam 7 pagi dan mula bertolak ke kg Tinutuan jam 7.30 pagi. Rombongan mula bergotong royong mengangkat kayu dan membina rumah bersama- sama sekitar jam 9 pagi hinggalah jam 1 petang.
                Ketibaan Pengetua Pusat Latihan Islam Kundasang JAKIM Sabah pada jam 2 petang disambut oleh rombongan dan orang kampung dan kira-kira jam 2.30 petang, ketibaan Penolong Pengarah JAKIM Sabah Ustaz Mohd Shamsuri Bin Ghazali. Majlis diteruskan dengan Penyempurnaan Khidmat Bakti di tapak rumah yang dibina. Seterusnya majlis perasmian dijalankan di surau Kg Tinutuan yang dimulakan dengan majlis ucapan alu-aluan pengerusi surau Kg Tinutuan iaitu Mohd Sobri Abdullah, beliau melontarkan ucapan ribuan berbanyak-banyak terima kasih atas kehadiran serta penganjuran program tersebut di kampungnya dan memperkenalkan suasana kg. Tinutuan. Seterusnya ucapan alu-aluan kedua oleh wakil  Persatuan Anak-Anak Kabin Muslim Hidayah (HILAL) Malaysia & Kumpulan Sukarelawan KLIA01, Penerbangan Malaysia iaitu Tuan Haji Mahmud. Beliau amat bersyukur atas program yang berjaya dilaksanakan dan bantuan yang disumbangkan ini melalui persatuan tersebut termasuklah bantuan peruntukan pembinaan rumah.
                Seterusnya Ustaz Mohd Shamsuri Bin Ghazali, Penolong Pengarah JAKIM Sabah sebagai wakil Pengarah JAKIM Sabah memberikan ucapan alu-aluan serta amanat sebagai mengakhiri majlis penangguhan program tersebut. Beliau telah mengucapkan tanda syukur kepada Allah swt diatas pertemuan serta menyampaikan lafaz salam Pengarah JAKIM Sabah kepada semua yang hadir. Beliau menjelaskan kepada masyarakat Islam yang hadir betapa pentingnya persefahamanan dan hubungan silaturahim, beliau juga menjelaskan tentang program misi dakwah yang akan dilancarkan pada tahun ini iaitu sasaran kepada 200 buah kampung di seluruh Sabah. Program berakhir dengan penyampaian sumbangan kepada 42 keluarga Muallaf yang disampaikan oleh Tuan Haji Mahmud dan penyampaian cenderahati JAKIM Sabah kepada HILAL yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Shamsuri Bin Ghazali kepada Tuan Haji Mahmud. Selepas minum petang, majlis bersurai dan mula bertolak balik.

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved