ads

Rabu, 23 Mei 2012

10 di ranau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


Program Bantuan Ummah <b>di</b> Kg Tinutuan <b>Ranau</b> & Kg Waang <b>Ranau</b>.

Posted: 14 May 2012 12:00 AM PDT

Program Bantuan Ummah di Kg Tinutuan Ranau & Kg Waang Ranau.
Tarikh   : 14/05/2012 (Isnin)
                Pada 14/05/2012, program Bantuan Ummah diadakan di Kg Bongkud Ranau yang memakan masa perjalanan  selama sejam  dari pekan Ranau iaitu 35km. Menurut profail Kg Tinutuan terdapat 22 keluarga Islam (seramai 115 orang) daripada jumlah keseluruhan penduduk Kg Tinutuan iaitu seramai 250 orang. Kampung tersebut merupakan kawasan perkampungan Muallaf. Sasaran misi dakwah kali ini ialah membina sebuah rumah saudara kita iaitu Puan Lotihim Amit atau nama Islamnya Puan Latifah Abdullah yang memeluk islam pada bulan November 2011.
                Program Bantuan Ummah ini dilancarkan atas kerjasama 3 pihak iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah pimpinan Pusat Latihan Islam Kundasang (PLIK), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) daerah Ranau dan Persatuan Anak-Anak Kabin Muslim Hidayah (HILAL) Malaysia & Kumpulan Sukarelawan KLIA01, Penerbangan Malaysia.
                Sebelum hari program iaitu 13 Mei 2012 bersamaan hari ahad, Persatuan Anak-Anak Kabin Muslim Hidayah (HILAL) Malaysia & Kumpulan Sukarelawan KLIA01, Penerbangan Malaysia bersama JHEAINS Ranau dan Penggerak Dakwah JAKIM telah melancarkan satu bantuan ummah di Kg Waang sebagai satu ziarah mahabbah yang melibatkan 38 buah bantuan kepada setiap keluarga Islam di kampung tersebut.
                Pada hari program (14 Mei 2012), rombongan staf JHEAINS Ranau dan Penggerak Dakwah JAKIM bersama Persatuan Anak-Anak Kabin Muslim Hidayah (HILAL) Malaysia & Kumpulan Sukarelawan KLIA01, Penerbangan Malaysia berkumpul di masjid Ar – Rahman Pekan Ranau kira-kira jam 7 pagi dan mula bertolak ke kg Tinutuan jam 7.30 pagi. Rombongan mula bergotong royong mengangkat kayu dan membina rumah bersama- sama sekitar jam 9 pagi hinggalah jam 1 petang.
                Ketibaan Pengetua Pusat Latihan Islam Kundasang JAKIM Sabah pada jam 2 petang disambut oleh rombongan dan orang kampung dan kira-kira jam 2.30 petang, ketibaan Penolong Pengarah JAKIM Sabah Ustaz Mohd Shamsuri Bin Ghazali. Majlis diteruskan dengan Penyempurnaan Khidmat Bakti di tapak rumah yang dibina. Seterusnya majlis perasmian dijalankan di surau Kg Tinutuan yang dimulakan dengan majlis ucapan alu-aluan pengerusi surau Kg Tinutuan iaitu Mohd Sobri Abdullah, beliau melontarkan ucapan ribuan berbanyak-banyak terima kasih atas kehadiran serta penganjuran program tersebut di kampungnya dan memperkenalkan suasana kg. Tinutuan. Seterusnya ucapan alu-aluan kedua oleh wakil  Persatuan Anak-Anak Kabin Muslim Hidayah (HILAL) Malaysia & Kumpulan Sukarelawan KLIA01, Penerbangan Malaysia iaitu Tuan Haji Mahmud. Beliau amat bersyukur atas program yang berjaya dilaksanakan dan bantuan yang disumbangkan ini melalui persatuan tersebut termasuklah bantuan peruntukan pembinaan rumah.
                Seterusnya Ustaz Mohd Shamsuri Bin Ghazali, Penolong Pengarah JAKIM Sabah sebagai wakil Pengarah JAKIM Sabah memberikan ucapan alu-aluan serta amanat sebagai mengakhiri majlis penangguhan program tersebut. Beliau telah mengucapkan tanda syukur kepada Allah swt diatas pertemuan serta menyampaikan lafaz salam Pengarah JAKIM Sabah kepada semua yang hadir. Beliau menjelaskan kepada masyarakat Islam yang hadir betapa pentingnya persefahamanan dan hubungan silaturahim, beliau juga menjelaskan tentang program misi dakwah yang akan dilancarkan pada tahun ini iaitu sasaran kepada 200 buah kampung di seluruh Sabah. Program berakhir dengan penyampaian sumbangan kepada 42 keluarga Muallaf yang disampaikan oleh Tuan Haji Mahmud dan penyampaian cenderahati JAKIM Sabah kepada HILAL yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Shamsuri Bin Ghazali kepada Tuan Haji Mahmud. Selepas minum petang, majlis bersurai dan mula bertolak balik.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved