ads

Khamis, 19 April 2012

10 di semporna - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Kelapa Mawar: RUMAH PPRT <b>DI SEMPORNA</b> KELOLAAN KKLW <b>...</b>

Posted: 12 Apr 2012 02:17 AM PDT

Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dibawah Kementerian Luar Bandar Dan Wilayah terpaksa menghadapi dilema apabila sebuah rumah yang siap dibina di Kg. Air Semporna semalam dilaporkan roboh. Peristiwa itu mengejutkan masyarakat yang berada di kawasan berkenaan. 
Mengikut keterangan dari penduduk setempat insiden itu berlaku sekitar jam 10 malam.Daripada gambar diatas jelas menunjukkan rumah PPRT tersebut hampir tenggelam.







10 di sandakan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


Gambar Kemalangan Bas Sairah <b>Di Sandakan</b> Sabah | melvister.com

Posted: 18 Apr 2012 06:16 PM PDT

Share

Gambar kemalangan maut membabitkan Bas Ekspress Sairah di Sandakan Sabah pada 18 april 2012. Kemalangan ngeri telah berlaku apabila bas bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda Di Jalan Labuk Batu 22, Sandakan. Pemandu pacuan empat roda maut ditempat kejadian manakala beberapa penumpang cedera ringan.

Untuk rekod, bas ekspress Sairah pernah mengalami kemalangan jiwa sekitar tahun 2010 dan 2011 yang lepas.

Incoming search terms:

  • kemalangan di sandakan gambar (2)
  • bas sairah kemalangan (1)
  • kemalangan bas di sandakan (1)
  • kemalangan batu 22 sandakan (1)
  • kemalangan di jalan labuk sandakan (1)
  • kemalangan di sandakan (1)
  • kemalangan maut jalan labuk sandakan (1)
  • kemalangan maut sandakan (1)

Teruskan Membaca:

  1. Kemalangan Ngeri Bas Di Lebuhraya Karak Genting Highland
  2. Video Kemalangan Bas Pelancong Di Genting Highland 2012
  3. Gambar Marco Simoncelli Maut Kemalangan MOTOGP Sepang
  4. Gambar Iqram Dinzly Dan Fouziah Gous Kemalangan Jalan Raya
  5. Gambar Syazwan Zulkifly Apek Juvana Kemalangan Dengan Adik Ipar
  6. Wartawan BernamaTV Mati Ditembak Di Somalia Kena Peluru Sesat

10 di tambunan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tambunan - Google Blog Search


Empat maut dan empat cedera dalam kemalangan <b>di Tambunan</b>

Posted: 01 Jan 2012 06:40 AM PST

Tambunan: Empat maut dan empat lagi parah dalam satu kemalangan melibatkan sebuah pacuan empat roda dengan sebuah lori tangki minyak di Kilometer 15 Jalan Tambunan-Kota Kinabalu, berdekatan Kampung Kinabaan, di sini pada Jumaat. Pesuruhjaya Polis Negeri, Datuk Hamza Taib berkata dalam kejadian jam 5.20 petang itu, empat mangsa yang merupakan penumpang pacuan empat roda jenis Nissan Frontier maut di tempat kejadian. Menurut sumber, keempat-empat mangsa yang maut di tempat kejadian adalah Bryne Mathew, 31, Jubin Justinus, 21, Rupinah Maurus, 33, dan Maurus Masida, 59. Mereka yang cedera pula ialah Anthony Maurus Masida, 25, Thomas Murus, 20, Oliver Denis Bryan, 5, dan pemandu lori, Jaslan Congkeng, 32. Hamza berkata, kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki tujuh orang itu dipercayai merempuh sebuah lori tangki ketika dalam perjalanan meraikan majlis perkahwinan saudara mereka di Kampung Mangi Pangi, Tambunan, dekat sini. "Kenderaan pacuan empat roda itu dinaiki oleh tujuh ahli keluarga termasuk seorang kanak-kanak dipercayai dalam perjalanan dari Kampung Kinabaan menuju ke Tambunan bagi menghadiri majlis perkahwinan. "Bagaimanapun, kenderaan yang dinaiki mangsa telah bertembung dengan sebuah lori tangki dalam perjalanan dari Keningau menuju Kota Kinabalu," katanya ketika dihubungi. Hamza berkata, pemandu dan dua lagi penumpang Nissan Frontier terselamat, manakala pemandu lori dan kelindan lori tangki mengalami kecederaan parah dan semuanya dikejarkan ke Hospital Tambunan bagi mendapatkan rawatan lanjut. Menurutnya, tujuh ahli keluarga yang menaiki pacuan empat roda berkenaan baru sahaja menghadiri satu acara pertunangan dan dalam perjalanan untuk menghadiri majlis perkahwinaan saudara mereka di Tambunan. "Bagaimanapun, ketika melalui selekoh di tempat kejadian kenderaan pacuan empat roda berkenaan dipercayai terbabas sebelum merempuh sebuah lori tangki dari arah bertentangan," katanya. Akibat pertembungan itu, lori tangki minyak berkenaan terbalik lalu jatuh dalam sebuah gaung sedalam 10 meter di sebelah kanan jalan, manakala Nissan Frontier terbabit terbabas ke dalam parit di sebelah kiri jalan. Pemangku Ketua Balai Bomba Tambunan, Alan Ayuhang yang berada di lokasi kejadian berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tambunan menerima panggilan kecemasan pada jam 5.27 petang dan tiba di lokasi jam 5.35 petang bersama enam anggota dan sebuah jentera. Katanya, Bomba mengambil masa lebih kurang setengah jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam pacuan empat roda berkenaan. Sementara itu, seorang saksi yang enggan namanya disiarkan, berkata ketika kejadian itu dia sedang berehat di bilik rumah berdekatan lokasi kejadian itu. SUMBER

Empat bersaudara maut dalam kemalangan ngeri <b>di Tambunan</b> <b>...</b>

Posted: 30 Dec 2011 07:00 AM PST

KOTA KINABALU: Empat bersaudara maut manakala lima yang lain parah dalam kemalangan ngeri membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dengan lori tangki minyak di Kampung Kinabaan, Kilometer 15 Jalan Tambunan-Kota Kinabalu kira-kira 80 kilometer dari sini, petang tadi.

10 di tenom - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di tenom - Google Blog Search


PILIHAN RAKYAT: RAMPASAN TANAH <b>DI TENOM</b>

Posted: 09 Mar 2012 12:48 AM PST

TENOM : Tuan Hj. Ariffin Abdullah, 70, atau nama asalnya Arot Bin Ukab, mungkin memilih untuk terpaksa mengadaikan maruah dan agama jika kerajaan gagal untuk mempertahankan hak mereka untuk kekal menduduki kawasan perkampungan tersusun yang menempatkan seramai 100 orang saudara baru di Kg. Masanoi Kemabong.
TUAN HJ. ARIFFIN AROT MENUNJUKKAN SAMAN
Perkampungan tersususn seluas 77 ekar itu diwujudkan ketika era kerajaan parti Berjaya, sebagai penempatan baru kepada suku kaum Murut yang telah memeluk agama Islam melalui program pengIslaman beramai-ramai di situ.
Kg. Masanoi wujud sejak sebelum penjajahan British di kawasan itu , namun akhirnya kawasan itu disahkan termasuk dalam konsesi Estate Barlow Plantation.
Ariffin yang pada ketika era kerajaan parti Berjaya sebagai Ketua Pemuda parti telah mencadangkan kepada kerajaan, supaya penduduk yang hidup berselerak di kawasan itu disusunatur, dan pendekatan yang diberikan oleh Ketua Menteri Sabah pada ketika itu ialah penubuhan sebuah perkampungan tersusun.
Syarat yang diberikan menurut Ariffin ialah penduduk di situ perlu disatukan, dan kaedahnya ialah mereka harus bersedia sebagai sebuah komuniti.
"Atas kesederan, kami sepakat memeluk agama Islam secara beramai-ramai," katanya.
TUAN HJ. ARIFFIN MENUNJUKKAN PLAN KAWASAN TANAH
Jaminan kemudiannya diberikan kepada penduduk yang terlibat yang seterusnya mengusahakan lot-lot tanah yang dikhaskan untuk pelbagai tanaman seperti getah, buah-buahan serta padi dan Ariffin dipilih sebagai ketua.
Sungguhpun demikian Ariffin begitu terkilan apabila mengetahui bahawa kawasan tanah tersebut telah dimiliki oleh orang lain, iaitu orang yang telah diamanahkan oleh mantan Ketua Menteri Sabah Datuk Harris Salleh (Sekarang Tan Sri), untuk mengurus pemilikan tanah itu kepada saudara baru Islam itu.
Ariffin memberitahu, tanah tersebut kemudiannya dijual kepada seorang ahli perniagaan yang kini telah menghantar saman kepada beliau serta saudara-saudara baru Islam di situ yang terlibat.
"Pemilik baru ke atas tanah itu telah memfailkan saman kepada kami pada 29 November 2011," jelas Ariffin dan menambah;
"Saudara-saudara baru Islam yang terlibat di Kg. Masanoi Kemabong benar-benar terhina," katanya.
Beliau memberitahu bahawa perjuangannya ke atas tanah tersebut telah berjalan lebih 30 tahun, namun pengamanah tanah itu yang merupakan mantan orang kanan Datuk Harris Salleh sering meyakinkan beliau supaya bersabar.
"Lebih 30 tahun mereka berjanji kepada saya," jelasnya.
Menurut rekod, geran tanah pertama dikeluarkan pada 30 Oktober 1980 atas nama Mohamad B. Abdul Rahman (mantan Pegawai Daerah Tenom), Anthony Lamb dan seorang lagi Theddore Douglas Lind (mantan pegawai kanan Datuk Harris Salleh).
Ketiga-tiga penama ini telah diamanahkan oleh Datuk Harris Salleh untuk mengurustadbir tanah tersebut untuk penempatan saudara baru Islam di Kg. Masanoi.
Ariffin berkata, mereka telah memeluk agama Islam pada tahun 1979, dan geran tanah itu dikeluarkan setahun selepas pengIslaman beramai-ramai itu.
Tetapi katanya, ketiga-tiga mereka telah menabur janji yang bohong lebih 30 tahun kepada saudara baru Islam Kg. Masanoi, dengan menyatakan 'geran' tanah perkampungan tersusun itu akan dikeluarkan kepada setiap penama yang telah memeluk agama Islam, dan urusan itu sedang berjalanan.
"Ternyata mereka telah menganiya kami dan kaum Murut beragama Islam di Kg. Masanoi," katanya.
Ariffin yang telah mengusahakan lotnya dengan tanaman getah yang kini berusia 30 tahun itu memberitahu, pemilik baru tanah tersebut sedang mengheret mereka ke muka pengadilan dan harta benda mereka di situ, termasuk rumah, kebun getah, buah-buahan serta padi hanya menunggu masa sahaja untuk dimusnahkan.
Ayah kepada empat orang anak itu menjelaskan, beliau telah melaporkan kes itu kepada polis pada tahun yang lalu, tetapi sehingga kini tidak ada sebarang tindakan telah dibuat.
""Hari ini, esok atau bila-bila masa daripada sekarang kami akan diusir di tanah yang kami diami sejak berpuluh tahun yang lalu," katanya.
Nenek moyang Ariffin telah telah bertapak di Kg. Masanoi sejak sebelum kerajaan British menubuhkan sebuah pejabat daerah di Rundum pada tahun 1910, namun kedaifan mereka menyebabkan kampong itu yang termasuk dalam kawasan pentadibiran Rundum, diwartakan sebahagian daripada konsesi perladangan sebuah syarikat mailik British.
Menurut rekod, British tidak pernah mengusir kaum itu, sebaliknya memberikan mereka pekerajaan iaitu sebagai kuli (penoreh getah), dan pekerajaan itu telah diwarisi oleh keturunan Ariffin sehinggalah ke zamannya.
Ketika giliran Ariffin bekerja sebagai penoreh getah di lading Estate Barlow Plantation, beliau telah memohon kepada pengurus Ladang iaitu Mr. J.T.W agar tanah yang telah diduduki oleh nenek moyangnya dikeluarkan daripada konsesi Barlow.
Akhirnya pada tahun 1967 permohonannya diluluskan melalui resit rasmi bernombor 00672, namun ia tertakluk kepada sokongan kerajaan yang memerintah pada ketika itu.
Sebagai Ketua Pemuda parti Berjaya pada ketika itu, Ariffin mengemukakan pandangan itu kepada Ketua Menteri Sabah, yang kemudian menasihatkan, supaya pemilikan total ke atas tanah itu hanya boleh diperolehi melalui program perkampungan tersusun.
Atas nasihat itu, Ariffin bersetuju untuk melakukan pilihan iaitu bersetuju untuk menyertai program pengIslaman bersama 100 penduduk yang lain.
"Datuk Harris mengarahkan tiga orang tersebut mengurus tanah tersebut untuk kami," katanya dan menambah, Datuk Harris yang kini bergelar Tan Sri masih hidup dan pastinya mengingati peristiwa tersebut.
"Persoalannya kenapa tanah itu dimiliki oleh orang lain," katanya.
Ariffin mahu campurtangan Tan Sri Harris Salleh dalam urusan tersebut, kerana yakin hanya beliau yang mampu untuk menyelamatkan mereka daripada diusir daripada pemilik baru tanah tersebut.
Beliau berkata bahawa telah memohon bantuan daripada Jabatan Hal ehwal Agama Islam Sabah, Pejabat Daerah Tenom dan pihak berwajib yang berkaitan, namun kesemuanya belum mendapat sebarang petanda yang positif.
"Kini kami sedang dihalau daripada tanah kelahiran," katanya-Borneo Digest.

BORNEO DIGEST: 3000 PENGGUNA KERETAPI <b>DI TENOM</b> KECEWA

Posted: 05 Feb 2012 06:18 AM PST


TENOM (Sabah Malaysia): Ketika Jabatan Keretapi Negeri Sabah melancarkan perkhidmatan 'keretapi wap' pada Sabtu, penduduk di enam buah kampong dalam kawasan Pangi yang berjumlah Kira-kira 3000 orang,  mendesak kerajaan  supaya melakukan sesuatu yang lebih positif untuk menangani masalah kerosakan jentera lokomotip, yang menyebabkan perkhidmatan keretapi yang menjadi pengangkutan utama penduduk di situ terganggu sejak lebih sebulan yang lalu.
   Perkampungan penduduk itu terletak di pesisir Sungai Padas dan hanya boleh dihubungi melalui perkhidmatan keretapi.
   Penduduk mendakwa kerugian besar disebabkan hasil tani mereka gagal dipasarkan di Pekan Tenom, selain anak-anak mereka tidak dapat ke sekolah sejak lebih sebulan yang lalu.
   "Sepatutnya sesuatu telah dilakukan untuk meringankan bebanan penduduk," jelas Manggang Ingkim, 66 kepada wartawan – beliau merupakan mantan Pengerusi JKKK Kg. Pangi.
   Ketua kampong di situ Solomon Tandon, 47 turut kesal kerana sehingga kini semua pihak yang bertanggungjawab mengambil sikap membisu.
   "Seolah-olah mereka menafikan terdapat manusia wujud di di kawasan itu," tambah seorang penduduk yang bertugas di salah sebuah jabatan kerajaan di Pekan Tenom.
   Penduduk yang ditemui di situ memberitahu, desakan yang mereka luahkan bukan bersifat menentang kerajaan tetapi mereka mahu masalah mereka diselesaikan dengan segera.
   "Kami mahu kerajaan tahu bahawa kami ada di sini," jelas seorang aktivis masyarakat yang enggan namanya dipetik  dan menambah;
   "Kami mahu Pegawai Daerah dan Wakil Rakyat kawasan itu datang untuk melihat kesengsaraan penduduk di situ,".
    Perkhidmatan keretapi yang menjadi pengangkutan utama penduduk di enam buah kampong di kawasan itu tergendala sejak lebih sebulan yang lalu, ekoran daripada kerosakan injin lokomotif kenderaan itu.
    Kampung-kampung yang terlibat ialah – Rayoh, Batu 75, Batu 78,  Kalandos, Pangi Proper dan Matolop.
   Sekolah SK Pangi turut terjejas disebabkan murid-murid yang datang daripada enam buah kampong tersebut, tidak dapat hadir ke sekolah.
    Sebelum ini penduduk menggunakan troli buatan sendiri sebagai pengangkutan alternatif, namun kerajaan mengharamkan penggunaan kenderaan itu kerana dikatakan berisiko tinggi.
   Penduduk bagaimanapun mendedahkan penduduk terpaksa menggunakan troli tersebut sebagai pengangkutan penduduk, selain digunakan untuk mengeluarkan hasil tani mereka seperti getah, kopi  dan padi yang dianggarkan 1000 tan pada setiap bulan.
    Mereka juga menagih janji seorang timbalan menteri yang pada tahun 2011, telah berjanji untuk membina sebuah pemancar telekomunikasi di kawasan itu, bagi menyelesaikan jurang digital yang sedang dihadapi oleh penduduk di situ, namun janji tersebut masih belum ditunaikan.
   "Kami benar-benar sedih dengan keadaan ini," jelas KK Solomon dan berkata, "kemerdekaan bagi penduduk di situ seolah-olah tidak membawa sebarang makna".

10 di sipitang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di sipitang - Google Blog Search


fabulous mom: Sepetang <b>di Sipitang</b>

Posted: 24 Jan 2012 07:27 AM PST

Dan seharian di perjalanan. Because we made stops to eat and this and that, plus heavy rain.

My brother in law has to visit his family's kebun buah today in Sipitang so we tagged along, all 5 families, to see and 'help'. We got our city kids make themselves useful in the kebun and experience first hand a bit of the hardship of kampung life. Bitten by mosquitos, filling up the 'tekiding' with durians and heaved the heavy load to the car. Our salute to inlaw's mom for managing this all by herself all this time, in addition to living alone in a house remote from neighbours. The area is so empty and quiet. I feel a kind of sadness whenever I visit her. And how she manages it without transport is another mindblowing thing. She actually walk home with the load of durians on her back (and its not a short walk, oh my god). Durians are heavy ok. Have you tried carrying a sack of it? There's got to be at least 20kg in there.

The reward is ofcourse sampling the harvest. Durian putih, durian kuning, other fruits- mangosteen, langsat. No need to tell you they are all juicy and sweet.

We made our way back late afternoon and stopped by the esplanade for satay. I know that's not the wisest thing after durian but.. well..whatever..too late. I dont know why we were so hungry, did we work too hard in the kebun? Hardly. We were just posing and taking pictures but we finished about ..probably 200 cucuk satay and some 30 pc bbq chk wings between 20 of us. I guess that's not so bad.






Looks like pesta durian la sepanjang minggu ni.

10 di kinabatangan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


Blog Sikarap: Tanah runtuh <b>di Kinabatangan</b> Sabah | Lima keluarga <b>...</b>

Posted: 03 Jan 2012 01:56 AM PST

KINABATANGAN: Lima keluarga di Kampung Menggaris dekat sini dipindahkan dari rumah mereka kelmarin akibat kejadian tanah runtuh di lereng Bukit Mansuri berdekatan kediaman mereka.
Pegawai Daerah Kinabatangan Arisin Arifin ketika dihubungi berkata arahan berpindah dikeluarkan selepas pihaknya mendapati keadaan tidak selamat. Lima keluarga itu kini tinggal sementara di rumah saudara mereka di kampung itu, katanya.
Beliau berkata pemantauan dilakukan terhadap kejadian itu. Arisin berkata Pusat Kawalan Operasi Banjir di daerah itu juga dibuka pada waktu bekerja bagi memantau bencana alam terutama banjir.
Katanya paras air sungai Kinabatangan sehingga petang ini meningkat tetapi terkawal.
Menurutnya sebagai persiapan awal menghadapi bencana banjir, anggota Jabatan Pertahanan Awam telah ditempatkan di Kampung Abai sejak 28 Dis lepas.
**Tempat rendah banjir, tempat tinggi tanah runtuh, mana lagi nak lari..huhu**
  • Dapatkan buku-buku digital yang akan membantu anda menjadi bloger hebat berjaya dalam perniagaan online Download Sekarang 
  • Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI 
  • Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI

10 di keningau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Skill-Tech dapat tanah 200 hektar <b>di Keningau</b>

Posted: 02 Apr 2012 04:03 PM PDT

KOTA KINABALU 2 April – Institut latihan kemahiran pertanian swasta terbesar di Malaysia, Institut Skill-Tech (Skill-Tech) yang turut mempunyai cawangannya di Keningau, Sabah hari ini mendapat dua durian runtuh daripada kerajaan negeri.

Ia adalah pemberian tanah seluas 200 hektar di Keningau bagi pelaksanaan pelbagai aktiviti Skill-Tech termasuk program terbarunya, Sabah Young Agro Businessman (Sabah YAB).

Selain itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman turut mengumumkan akan menyediakan peruntukan khusus yang akan ditentukan kelak bagi membantu institut itu membangunkan modal insan belia di negeri ini bergiat secara aktif dalam sektor pertanian.

"Saya puji inisiatif Skill-Tech ini, sebenarnya kami telah rancang untuk melaksanakan program membantu graduan yang masih menganggur, antaranya ialah sektor pertanian memandangkan Sabah mempunyai tanah yang luas dan subur.

Dipetik dari Utusan Malaysia

10 di kota kinabalu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


IdrisTalu: Masjid Negeri Sabah <b>di Kota Kinabalu</b>.

Posted: 05 Apr 2012 07:54 PM PDT

إدريس اسماعیل تالو ‎
Idris Ismail Talu


Masjid Negeri Sabah dibina di kawasan seluas 14.5 ekar. Terletak di kawasan strategik bulatan Sembulan antara Jalan Mat Salleh dan Jalan Sembulan. Rekabentuk Masjid ini dicipta oleh Arkitek Jurubena Betiga. Kubah besar yang terletak di bahagian kiblat masjid diilhamkan dari masjid lama dan termasyhur di dunia seperti masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, Masjid Biru di Istanbul dan Masjid Jamek di New Delhi dan Lahore.

Menaranya setinggi 215 kaki diilhamkan daripada Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah. Masjid ini dirasmikan pembukaannya oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim pada 28 Jun 1977.

Sumber: Seksyen Dokumentasi, Arkib Negara Malaysia.


10 di nabawan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


ceritaku....: KARNIVAL KOAKADEMIK BAHASA MELAYU SEKOLAH <b>...</b>

Posted: 06 Apr 2012 07:27 AM PDT

Nabawan 4April 2012-Karnival Bahasa Melayu sekolah Rendah Daerah Nabawan telah diadakan.karnival yang julung kalinya diadakan ini melibatkan semua sekolah rendah Daerah Nabawan.Upacara perasmian telah diadakan di Dewan Smk Nabawan tetapi semua pertandingan diadakan di Sk.Pekan Nabawan.Terdapat empat kategori yang dipertandingkan iaitu pidato yang dikelolakan oleh Sk.Pekan Nabawan,Bercerita oleh Sk.Tetagas,Bicara berirama oleh Sk.Bahagia dan pesta pantun oleh Sk.Pandewan. 
Karnival ini telah dirasmikan oleh En.Ampalus Robert Sanaron selaku ketua Unit Pembanguan Kemanusiaan Pejabat Pelajaran Nabawan merangkap penolong pegawai pelajaran daerah Nabawan.
Ucapan pengetua SMK Nabawan En.Andau Sanan


Ucapan perasmian oleh En.Ampalus Robert Sanaron



Pengetua SMK Nabawan menyampaikan cenderakenangan kepada En.Ampalus



Pidato kelolaan Sk.Pekan Nabawan

 peserta pidato Sk Pekan Nabawan
Pesta pantun kelolaan Sk.Pandewan






Bicara berirama kelolaan Sk.Kg.Bahagia



 En.Ampalus sempat menyaksikan dan menyempaikan hadiah pertandingan bicara berirama yang diadakan di Ruai Kitai Sk.Pekan Nabawan









Juara bicara berirama Sk.Kg.Bahagia
Pemenang......Pidato johan Sk.Pekan Nabawan,bicara berirama johan Sk.Kg.Bahagia,pesta pantun johan Sk.Pekan Nabawan,bercerita tahap2 johan Sk.Pekan Nabawan dan bercerita tahap1 johan Sk.Kg.Bahagia.Tahniah dan selamat bertanding di peringkat bahagian dan negeri.

10 di beluran - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

10 di beluran - Google Blog Search


Warga emas rentung dalam kebakaran <b>di Beluran</b> - Home

Posted: 22 Jan 2012 09:20 PM PST

BELURAN: Seorang warga emas mati rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah di Kampung Cinabutan, Jalan Sapi Nangoh di sini malam tadi.

Ketua Zon Jabatan Bomba dan Penyelamat Sandakan, Alias Abu, berkata mangsa dikenali sebagai Domine Tuati berusia 75 tahun.

Katanya, mengikut laporan yang diterima, ketika kejadian dua lagi keluarga mangsa iaitu anak perempuan dan cucunya tidak berada di rumah tersebut kerana keluar ke klinik bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan.

"Sebuah jentera bersama empat anggota ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 11.38 malam.

"Bagaimanapun, lokasi kejadian yang jauh menyebabkan anggota bomba hanya tiba di tempat kejadian kira-kira 2.45 pagi dan mendapati rumah tersebut sudah musnah terbakar sepenuhnya, katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, rangka mayat mangsa ditemui di bawah rangka rumah yang terbakar itu.

"Punca kejadian masih disiasat," katanya. - BERNAMA

di negeri sabah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


TYT <b>Negeri Sabah</b> to attend closing ceremony with Tun Dr Mahathir <b>...</b>

Posted: 18 Apr 2012 09:09 PM PDT

KOTA KINABALU – SABAH'S first international cycling road race – Tour of Borneo which will start from Semporna on April 27 will receive a premier touch at the closing ceremony in Kota Kinabalu on May 1.

Tour of Borneo (ToB) Organising Chairman, Dato' Fredie Sua confirms that Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Bin Haji Mahiruddin will grace the event with Honorary Patron, former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad to officiate the closing ceremony of the inaugural edition of the five-stage tour.

ToB Organising Committee presented a Special Invitation to Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah at a press conference held in the Royal Palace today.

Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Bin Haji Mahiruddin upon receiving the invitation, also confessed to being a cycling enthusiast, having officiated and assisted in district level cycling competitions during the period as Member of the Malaysian Parliament for Kinabatangan.

"I am very happy to be a part of this historical event, this race will bring great improvement in the development of cycling in Sabah and I would really like to see our boys take the spot on the podium."

"I hope that through Tour of Borneo, the people, especially fans of cycling in this country will be able to feel the excitement of a cycling tour, at the same time highlighting the uniqueness of the rich culture and our friendly hospitality to the competitors and officials from overseas who will be here for the first time in Sabah," he added.

During the press conference, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah also witnessed a cheque handover from Datuk Lau Chen Kiong, Chairman of Sutranah Development  Sdn Bhd from Sarawak to Tour of Borneo organizer.

Dato' Fredie also confirmed that all parties involved have pledged their commitment and it is all systems go for the inaugural race. "To ensure the success of the first edition of Tour of Borneo, all government agencies at state and district level have agreed to fully commit to ensure the smooth running of the race and also hype up all the host venues especially at the start and finish locations."

"20 professional teams consisting of continental, national and club teams from all over Asia, including Malaysia, Europe, America, Australia and New Zealand have confirmed their participation and will be accompanied by over 520 race officials," Dato' Fredie added.

Tun Dr Mahathir as the race's Honorary Patron is also seen as the highest level of recognition for Tour of Borneo as the former Prime Minister was the man who inspired Le Tour de Langkawi (LTdL) 17 years ago, the tour has now been recognised as one of the most popular race in the world and Asia and successfully introduced Langkawi Island and Malaysia to the world.

The 2.2 category Tour is sanctioned by the International Cycling Union (UCI) and is listed in UCI Asian Tour calendar, it is hoped to promote Sabah as the ultimate sports tourism destination in Malaysia, and promote cycling in the state.

Tour of Borneo covers a total distance of 758.4 kilometer, will start from Semporna and will pass through pictureque locations of Tawau, Lahad Datu, Sandakan, Sepilok, Kundasang and ends in Kota Kinabalu.
Stage 4, the longest stage covering 214.8 kilometers from Sepilok to Kundasang, , is considered the most challenging due to the level of difficulty of the ascent through panoramic views of the foothills of Mount Kinabalu, it will become a household name among the riders who compete in the race, and could be labeled as the race's 'queen stage' – like the climb to Genting Highlands for Le Tour de Langkawi.

In addition to a challenging route, Tour of Borneo will also held at a time of various festivals held in Sabah such as Regatta Lepa Lepa, Sabah Fest and Borneo International Marathon, providing an opportunity for fans from within and outside the country to experience the joy of a holiday in the state.

Tour of Borneo will be monitored by UCI President Commissaire from New Zealand, Zac Prendergast. The organizer's main objective is to promote interest in cycling among the younger generations in Sabah, and expose Malaysian riders to more international level competition, thus contributing to the development of cycling in Malaysia.

The 20 teams confirmed for Tour of Borneo 2012 :

  1.          Team Genesys Wealth Advisers (AUS) – Continental Team
  2.          OCBC Singapore Continental Cycling Team (SIN) – Continental Team
  3.          Tabriz Petrochemical Team (IRI) – Continental Team
  4.          Suren Uzbekistan Team (UZB) – Continental Team
  5.          CCN Cycling Team (BRU) – Continental Team
  6.          Terengganu Cycling Team (MAS) – Continental Team
  7.          Kazakhstan Cycling Federation (KAZ) – National
  8.          Brunei Darussalam National Team (BRU) – National
  9.          Malaysian National Team – National
  10.        Pure Black Racing Team (NZL) – Club
  11.        Team Plan B (AUS) – Club
  12.        Polygon Sweet Nice (INA) – Club
  13.        Putra Perjuangan (INA) – Club
  14.        7 Eleven By Roadbike Philippines (PHI) – Club
  15.        Malaysian Armed Forces – Club
  16.        Kuala Lumpur – State
  17.        Negeri Sembilan – State
  18.        Pahang – State
  19.        Selangor – State
  20.        Sabah – State
 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved