ads

Khamis, 19 April 2012

10 di tenom - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tenom - Google Blog Search


PILIHAN RAKYAT: RAMPASAN TANAH <b>DI TENOM</b>

Posted: 09 Mar 2012 12:48 AM PST

TENOM : Tuan Hj. Ariffin Abdullah, 70, atau nama asalnya Arot Bin Ukab, mungkin memilih untuk terpaksa mengadaikan maruah dan agama jika kerajaan gagal untuk mempertahankan hak mereka untuk kekal menduduki kawasan perkampungan tersusun yang menempatkan seramai 100 orang saudara baru di Kg. Masanoi Kemabong.
TUAN HJ. ARIFFIN AROT MENUNJUKKAN SAMAN
Perkampungan tersususn seluas 77 ekar itu diwujudkan ketika era kerajaan parti Berjaya, sebagai penempatan baru kepada suku kaum Murut yang telah memeluk agama Islam melalui program pengIslaman beramai-ramai di situ.
Kg. Masanoi wujud sejak sebelum penjajahan British di kawasan itu , namun akhirnya kawasan itu disahkan termasuk dalam konsesi Estate Barlow Plantation.
Ariffin yang pada ketika era kerajaan parti Berjaya sebagai Ketua Pemuda parti telah mencadangkan kepada kerajaan, supaya penduduk yang hidup berselerak di kawasan itu disusunatur, dan pendekatan yang diberikan oleh Ketua Menteri Sabah pada ketika itu ialah penubuhan sebuah perkampungan tersusun.
Syarat yang diberikan menurut Ariffin ialah penduduk di situ perlu disatukan, dan kaedahnya ialah mereka harus bersedia sebagai sebuah komuniti.
"Atas kesederan, kami sepakat memeluk agama Islam secara beramai-ramai," katanya.
TUAN HJ. ARIFFIN MENUNJUKKAN PLAN KAWASAN TANAH
Jaminan kemudiannya diberikan kepada penduduk yang terlibat yang seterusnya mengusahakan lot-lot tanah yang dikhaskan untuk pelbagai tanaman seperti getah, buah-buahan serta padi dan Ariffin dipilih sebagai ketua.
Sungguhpun demikian Ariffin begitu terkilan apabila mengetahui bahawa kawasan tanah tersebut telah dimiliki oleh orang lain, iaitu orang yang telah diamanahkan oleh mantan Ketua Menteri Sabah Datuk Harris Salleh (Sekarang Tan Sri), untuk mengurus pemilikan tanah itu kepada saudara baru Islam itu.
Ariffin memberitahu, tanah tersebut kemudiannya dijual kepada seorang ahli perniagaan yang kini telah menghantar saman kepada beliau serta saudara-saudara baru Islam di situ yang terlibat.
"Pemilik baru ke atas tanah itu telah memfailkan saman kepada kami pada 29 November 2011," jelas Ariffin dan menambah;
"Saudara-saudara baru Islam yang terlibat di Kg. Masanoi Kemabong benar-benar terhina," katanya.
Beliau memberitahu bahawa perjuangannya ke atas tanah tersebut telah berjalan lebih 30 tahun, namun pengamanah tanah itu yang merupakan mantan orang kanan Datuk Harris Salleh sering meyakinkan beliau supaya bersabar.
"Lebih 30 tahun mereka berjanji kepada saya," jelasnya.
Menurut rekod, geran tanah pertama dikeluarkan pada 30 Oktober 1980 atas nama Mohamad B. Abdul Rahman (mantan Pegawai Daerah Tenom), Anthony Lamb dan seorang lagi Theddore Douglas Lind (mantan pegawai kanan Datuk Harris Salleh).
Ketiga-tiga penama ini telah diamanahkan oleh Datuk Harris Salleh untuk mengurustadbir tanah tersebut untuk penempatan saudara baru Islam di Kg. Masanoi.
Ariffin berkata, mereka telah memeluk agama Islam pada tahun 1979, dan geran tanah itu dikeluarkan setahun selepas pengIslaman beramai-ramai itu.
Tetapi katanya, ketiga-tiga mereka telah menabur janji yang bohong lebih 30 tahun kepada saudara baru Islam Kg. Masanoi, dengan menyatakan 'geran' tanah perkampungan tersusun itu akan dikeluarkan kepada setiap penama yang telah memeluk agama Islam, dan urusan itu sedang berjalanan.
"Ternyata mereka telah menganiya kami dan kaum Murut beragama Islam di Kg. Masanoi," katanya.
Ariffin yang telah mengusahakan lotnya dengan tanaman getah yang kini berusia 30 tahun itu memberitahu, pemilik baru tanah tersebut sedang mengheret mereka ke muka pengadilan dan harta benda mereka di situ, termasuk rumah, kebun getah, buah-buahan serta padi hanya menunggu masa sahaja untuk dimusnahkan.
Ayah kepada empat orang anak itu menjelaskan, beliau telah melaporkan kes itu kepada polis pada tahun yang lalu, tetapi sehingga kini tidak ada sebarang tindakan telah dibuat.
""Hari ini, esok atau bila-bila masa daripada sekarang kami akan diusir di tanah yang kami diami sejak berpuluh tahun yang lalu," katanya.
Nenek moyang Ariffin telah telah bertapak di Kg. Masanoi sejak sebelum kerajaan British menubuhkan sebuah pejabat daerah di Rundum pada tahun 1910, namun kedaifan mereka menyebabkan kampong itu yang termasuk dalam kawasan pentadibiran Rundum, diwartakan sebahagian daripada konsesi perladangan sebuah syarikat mailik British.
Menurut rekod, British tidak pernah mengusir kaum itu, sebaliknya memberikan mereka pekerajaan iaitu sebagai kuli (penoreh getah), dan pekerajaan itu telah diwarisi oleh keturunan Ariffin sehinggalah ke zamannya.
Ketika giliran Ariffin bekerja sebagai penoreh getah di lading Estate Barlow Plantation, beliau telah memohon kepada pengurus Ladang iaitu Mr. J.T.W agar tanah yang telah diduduki oleh nenek moyangnya dikeluarkan daripada konsesi Barlow.
Akhirnya pada tahun 1967 permohonannya diluluskan melalui resit rasmi bernombor 00672, namun ia tertakluk kepada sokongan kerajaan yang memerintah pada ketika itu.
Sebagai Ketua Pemuda parti Berjaya pada ketika itu, Ariffin mengemukakan pandangan itu kepada Ketua Menteri Sabah, yang kemudian menasihatkan, supaya pemilikan total ke atas tanah itu hanya boleh diperolehi melalui program perkampungan tersusun.
Atas nasihat itu, Ariffin bersetuju untuk melakukan pilihan iaitu bersetuju untuk menyertai program pengIslaman bersama 100 penduduk yang lain.
"Datuk Harris mengarahkan tiga orang tersebut mengurus tanah tersebut untuk kami," katanya dan menambah, Datuk Harris yang kini bergelar Tan Sri masih hidup dan pastinya mengingati peristiwa tersebut.
"Persoalannya kenapa tanah itu dimiliki oleh orang lain," katanya.
Ariffin mahu campurtangan Tan Sri Harris Salleh dalam urusan tersebut, kerana yakin hanya beliau yang mampu untuk menyelamatkan mereka daripada diusir daripada pemilik baru tanah tersebut.
Beliau berkata bahawa telah memohon bantuan daripada Jabatan Hal ehwal Agama Islam Sabah, Pejabat Daerah Tenom dan pihak berwajib yang berkaitan, namun kesemuanya belum mendapat sebarang petanda yang positif.
"Kini kami sedang dihalau daripada tanah kelahiran," katanya-Borneo Digest.

BORNEO DIGEST: 3000 PENGGUNA KERETAPI <b>DI TENOM</b> KECEWA

Posted: 05 Feb 2012 06:18 AM PST


TENOM (Sabah Malaysia): Ketika Jabatan Keretapi Negeri Sabah melancarkan perkhidmatan 'keretapi wap' pada Sabtu, penduduk di enam buah kampong dalam kawasan Pangi yang berjumlah Kira-kira 3000 orang,  mendesak kerajaan  supaya melakukan sesuatu yang lebih positif untuk menangani masalah kerosakan jentera lokomotip, yang menyebabkan perkhidmatan keretapi yang menjadi pengangkutan utama penduduk di situ terganggu sejak lebih sebulan yang lalu.
   Perkampungan penduduk itu terletak di pesisir Sungai Padas dan hanya boleh dihubungi melalui perkhidmatan keretapi.
   Penduduk mendakwa kerugian besar disebabkan hasil tani mereka gagal dipasarkan di Pekan Tenom, selain anak-anak mereka tidak dapat ke sekolah sejak lebih sebulan yang lalu.
   "Sepatutnya sesuatu telah dilakukan untuk meringankan bebanan penduduk," jelas Manggang Ingkim, 66 kepada wartawan – beliau merupakan mantan Pengerusi JKKK Kg. Pangi.
   Ketua kampong di situ Solomon Tandon, 47 turut kesal kerana sehingga kini semua pihak yang bertanggungjawab mengambil sikap membisu.
   "Seolah-olah mereka menafikan terdapat manusia wujud di di kawasan itu," tambah seorang penduduk yang bertugas di salah sebuah jabatan kerajaan di Pekan Tenom.
   Penduduk yang ditemui di situ memberitahu, desakan yang mereka luahkan bukan bersifat menentang kerajaan tetapi mereka mahu masalah mereka diselesaikan dengan segera.
   "Kami mahu kerajaan tahu bahawa kami ada di sini," jelas seorang aktivis masyarakat yang enggan namanya dipetik  dan menambah;
   "Kami mahu Pegawai Daerah dan Wakil Rakyat kawasan itu datang untuk melihat kesengsaraan penduduk di situ,".
    Perkhidmatan keretapi yang menjadi pengangkutan utama penduduk di enam buah kampong di kawasan itu tergendala sejak lebih sebulan yang lalu, ekoran daripada kerosakan injin lokomotif kenderaan itu.
    Kampung-kampung yang terlibat ialah – Rayoh, Batu 75, Batu 78,  Kalandos, Pangi Proper dan Matolop.
   Sekolah SK Pangi turut terjejas disebabkan murid-murid yang datang daripada enam buah kampong tersebut, tidak dapat hadir ke sekolah.
    Sebelum ini penduduk menggunakan troli buatan sendiri sebagai pengangkutan alternatif, namun kerajaan mengharamkan penggunaan kenderaan itu kerana dikatakan berisiko tinggi.
   Penduduk bagaimanapun mendedahkan penduduk terpaksa menggunakan troli tersebut sebagai pengangkutan penduduk, selain digunakan untuk mengeluarkan hasil tani mereka seperti getah, kopi  dan padi yang dianggarkan 1000 tan pada setiap bulan.
    Mereka juga menagih janji seorang timbalan menteri yang pada tahun 2011, telah berjanji untuk membina sebuah pemancar telekomunikasi di kawasan itu, bagi menyelesaikan jurang digital yang sedang dihadapi oleh penduduk di situ, namun janji tersebut masih belum ditunaikan.
   "Kami benar-benar sedih dengan keadaan ini," jelas KK Solomon dan berkata, "kemerdekaan bagi penduduk di situ seolah-olah tidak membawa sebarang makna".

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved