ads

Khamis, 30 Mei 2013

10 di papar - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di papar</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Apr 2013 09:30 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Uji bakat <b>di Papar</b> batal, penganjur umum tambahan dua lokasi <b>...</b>

Posted: 14 Mar 2013 02:37 AM PDT

Boyd PV
boyd_pv@myyzoom.com

logo kdm msia idolATAS sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, uji bakat kelapan program realiti KDM Malaysia Idol di Dewan Masyarakat Papar yang dijadualkan pada 16 Mac (Sabtu), dibatalkan.

Perkembangan yang agak mengecewakan kerana khabarnya, ramai bakal peserta, termasuk mereka yang bergelar artis, sudah bersedia untuk menyertai uji bakat di Papar itu.

Bagaimanapun, menurut penganjur, pembatalan itu terpaksa dilakukan kerana tarikh itu bertembung dengan lawatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke daerah berkenaan.

Mahu tidak mahu, mereka yang berminat untuk menyertai sesi uji bakat program realiti yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM235,000 anjuran KDM Malaysia itu perlu menunggu sehingga minggu hadapan apabila sesi uji bakat dibawa ke Dewan Masyarakat Beaufort (23 Mac) atau di Buhavan Square di Donggongon, Penampang pada 30 Mac.

Berita mengenai pembatalan sesi uji bakat di Papar itu, bagaimanapun, diimbangi oleh pengumuman oleh Presiden, KDM Malaysia, Datuk Peter Anthony di Tuaran baru-baru ini bahawa penganjur program realiti itu menambah dua lokasi uji bakat iaitu di Kota Marudu dan di Nabawan.

Ketika artikel ini ditulis, tarikh bagi kedua-dua lokasi tambahan itu belum dimuktamadkan.
Peter dipetik sebagai berkata bahawa penambahan lokasi uji bakat itu adalah "atas permintaan ramai".

Sementara itu, sesi uji bakat ketujuh di Padang Pekan Tuaran mencatat jumlah penyertaan terbanyak setakat ini dengan 127 peserta walaupun sebahagiannya adalah peserta berulang.

"Peserta yang datang kali pertama juga lebih ramai berbanding di tempat lain. Ini mungkin kerana lokasi Tuaran lebih dekat dengan kawasan bandar utama," kata Farrabe Abu Bakar, jurucakap program itu.

Di lokasi ketujuh itu, 49 peserta berjaya ke senarai awal Top 50 setelah mendapat 2 atau 3 kad hijau.

"Apa yang menarik dalam jelajah uji bakat kali ini," kata Farrabe, "ialah penyertaan daripada ramai artis tempatan tidak kira golongan muda mahupun yang sudah lama muncul di arena seni suara di negeri ini.

"Antaranya ialah Mary Intiang, seorang penyanyi lagu-lagu Dusun. Selain Mary dan artis-artis muda lain, ramai bakat baru turut menyahut cabaran."

Farrabe juga memaklumkan bahawa peserta-peserta uji bakat boleh menyemak jumlah kad hijau terkumpul di setiap lokasi melalui laman sesawang www.kdmmalaysia.org bermula hari ini (15 Mac).

Sebelum ini, ketua juri KDM Malaysia Idol, Asmin Mudin pernah memberitahu bahawa mana-mana peserta yang mendapat tiga kad hijau di empat lokasi berbeza "tidak perlu lagi mengejar jelajah uji bakat kerana tempat mereka sudah disahkan dalam Top 50".

Ketika berlangsungnya uji bakat di Tuaran, Peter turut mengumumkan Pertandingan Mencipta Lagu Kadazan Dusun Murut untuk Finalis KDM Malaysia Idol 2013 (lihat laporan berasingan).

Tuaran.jpeg

ANTARA peserta yang berada dalam senarai awal Top 50 di Tuaran.

Peserta-peserta yang layak ke senarai awal Top 50 di Tuaran ialah Edwin Sitiv, berumur 23 tahun dari Beaufort, Farhanna Francis (20, Kudat), Eusebius Eyahing (29, Telipok), Mohamad Fakrul Haidi (20, Ranau), Kennybers Edwin Qosmond (39, Tambunan), Alvin Clint Lim (18, Kota Kinabalu), Jessica Joseph (22, Penampang), Sitipa Jahamin (20, Ranau) dan Azira Jaikin (22, Ranau).

Eieliah Bianus (21, Tambunan), Evana Yusep Hera (20, Ranau), Jabla Amy Jimau (20, Kg Teringai Laut), Ordellamay Denis (16, Ranau), Rudy Banabas (22, Kg. Malawa, Telipok), Chudin Ansut (44, Tenom), Ranjit Rasit (38, Tenom), Mary @ Norasiah Intang (45, Tuaran), Deffny Pearl (24, Tuaran) dan Sonny Edip (41, Tuaran).

Peserta lain ialah Edgarronny Sisom (24, Kota Belud), Alfery Boruboi (23, Tamparuli), Rayon Sitim (16, Topokon), Malvin Kalbin (29, Beluran), Awoll Latun (26, Kota Belud), Mazeri Kulandu (26, Kota Kinabalu), Judith Davlip (28, Kota Kinabalu), Arie Famree Sius (24, Kota Belud), Johnnetry Pingut (43, Beluran), Joyce Bin Junaidi (21, Keningau) dan Mohamad Effendi Zul (24, Keningau).

Turut tersenarai ialah Sheryll Josh (25, Kota Kinabalu), Hendry Francis (23, Tamparuli), Mariyati Antoni (28, Sandakan), Raynold Thomas (25, Telupid), Donovon Andreey Damianus (20, Penampang), Bakhil Pinit (43, Tuaran), Rachel Wesley (19, Kota Kinabalu), Idzzan Dzuzaila Azamain (20, Ranau), Flora Petrus (34, Putatan) dan Fred Joane Asoon (27, Keningau).

Baki nama peserta yang berjaya ke senarai awal Top 50 ialah Jem Masain (26, Pitas), Pazidah Pavnin (22, Kota Kinabalu), Nurul Atiqah (15, Kota Marudu), Benzie Peter (27, Tambunan), Amy Masi (25, Kota Marudu), Mohd Rifanzie Ruji (25, Ranau), Ednestha Francis (24, Tamparuli), Hazlinda Haniff (25, Kota Kinabalu) dan Lindra Sylvia Selvister (25, Tuaran).

Penyertaan beberapa orang artis dalam uji bakat di Tuaran menggembirakan juri yang sebelum ini pernah melontarkan cabaran agar artis tempatan mengambil peluang terbaik itu untuk menimba pengalaman dan melonjakkan nama mereka di arena seni tempatan.
Ketiga-tiga juri – Asmin Mudin (ketua juri), Betsy Michael dan Mummy Yusof – juga gembira kerana ramai peserta berbakat muncul di Tuaran.

Dalam SMS yang dihantar oleh Mummy Yusof, beliau masih menyentuh imej peserta yang menurutnya tidak menepati apa yang beliau cari. Kandungan penuh SMS beliau:
"Tuaran paling ramai peserta 168 orang (menurut penganjur, jumlahnya ialah 127) dan banyak yang menambah kad hijau dari uji bakat yang lalu kerana mereka yang turut serta di Tuaran tidak kurang juga hebatnya. Peserta baru yang datang juga cukup berbakat dan mendapat tiga hijau.
"Ada juga peserta yang sudah pernah menghasilkan album tidak melepaskan peluang mengikuti uji bakat.
"Bagaimanapun, dari segi penampilan, kebanyakan peserta tidak tampil dengan personaliti sebagai idola kerana penampilan mereka di atas pentas biasa-biasa saja dari segi pakaian."

Menurut Betsy, uji bakat di Tuaran mendapat sambutan yang sangat baik dan jumlah penyertaan paling ramai setakat ini.

"Apa yang lebih mengembirakan ialah sambutan semakin positif daripada artis-artis tempatan.

"Inilah semangat yang boleh diambil sebagai contoh oleh rakan-rakan artis yang lain dan saya difahamkan, lebih ramai artis yang akan muncul di lokasi-lokasi seterusnya," kata Betsy.

Asmin pula berharap agar bakal-bakal peserta bersabar menunggu giliran masing-masing.
"Sementara menunggu giliran," katanya, "mereka boleh mengisi masa dengan melakukan apa-apa aktiviti sendiri supaya mood tetap segar."

Asmin juga menyebut secara khusus penyertaan penyanyi Mary Intiang yang tampil menyahut cabaran juri.

"Saya harap lebih ramai artis akan mengambil peluang ini," katanya.

KDM Malaysia Idol adalah sebuah pertandingan nyanyian yang menawarkan hadiah paling lumayan di Sabah setakat ini dengan RM100,000 menanti juara, RM50,000 untuk naib juara, RM30,000 untuk pemenang tempat ketiga dan RM15,000 untuk tempat keempat.

Pemenang di tempat kelima hingga kelapan masing-masing akan menerima RM10,000.
Kesemua peserta yang layak ke Top 50 akan dihimpunkan selama enam minggu di satu lokasi yang akan diberitahu kelak dan akan mengikuti satu modul pembelajaran yang turut menyentuh antaranya soal-soal sosio-ekonomi, politik dan budaya.

Pertandingan itu terbuka kepada penyanyi baru dan mereka yang sudah pernah merakam single atau album, warganegara Malaysia (tanpa mengira bangsa) dan berumur antara 15 dan 45 tahun.

Bagaimanapun, peserta harus boleh menyanyikan sebarang lagu dalam bahasa Kadazan, Dusun atau Murut.

KDM Malaysia Idol dianjurkan untuk mencungkil bakat terbaik dari kalangan anak muda di Sabah yang boleh diangkat menjadi 'idola' kepada golongan sebaya mereka.

Sumber:
Harian Ekspres
15 Mac 2013

Khabarkini: Buaya Sesat Masuk Kolam Ikan <b>Di Papar</b>

Posted: 23 Feb 2013 10:19 PM PST

PAPAR - Dua lelaki, termasuk seorang anggota Pertahanan Awam (JPAM), bergelut dengan seekor buaya lebih tiga jam sebelum menumpaskan reptilia ganas sepanjang tiga meter itu yang tersesat masuk ke kolam ikan di Kampung Beringgis, dekat sini, malam kelmarin. 
Wan Reman, 30, yang juga penjaga kolam ikan berkenaan bersama anggota JPAM Kota Kinabalu terbabit, Zaharin Jumarin, 29, tidak cedera, tetapi dalam keadaan lemah selepas bertarung lebih tiga jam. 
Dalam kejadian jam 11 malam, Wan yang berehat di rumahnya berhampiran kolam terbabit yang juga kawasan pusat memancing di Kampung Beringgis Papar pada mulanya terkejut selepas beberapa kaki pancing menjerit mengatakan ada buaya di dalam kolam ikan. 
"Saya kemudian keluar untuk melihat apa berlaku, dan beberapa kaki pancing memaklumkan mereka melihat buaya di dalam kolam ikan berhampiran pondok memancing di kawasan berkenaan. 
"Ketika memeriksa, saya terkejut melihat seekor buaya berlegar-legar di kawasan kolam, dipercayai tersesat kerana kawasan itu berhampiran paya bakau," katanya ketika ditemui semalam. - myMetro

BLOG SABAH: 10 <b>di papar</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Mar 2013 09:07 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Khabarkini: Buaya Sesat Masuk Kolam Ikan <b>Di Papar</b>

Posted: 23 Feb 2013 10:19 PM PST

PAPAR - Dua lelaki, termasuk seorang anggota Pertahanan Awam (JPAM), bergelut dengan seekor buaya lebih tiga jam sebelum menumpaskan reptilia ganas sepanjang tiga meter itu yang tersesat masuk ke kolam ikan di Kampung Beringgis, dekat sini, malam kelmarin. 
Wan Reman, 30, yang juga penjaga kolam ikan berkenaan bersama anggota JPAM Kota Kinabalu terbabit, Zaharin Jumarin, 29, tidak cedera, tetapi dalam keadaan lemah selepas bertarung lebih tiga jam. 
Dalam kejadian jam 11 malam, Wan yang berehat di rumahnya berhampiran kolam terbabit yang juga kawasan pusat memancing di Kampung Beringgis Papar pada mulanya terkejut selepas beberapa kaki pancing menjerit mengatakan ada buaya di dalam kolam ikan. 
"Saya kemudian keluar untuk melihat apa berlaku, dan beberapa kaki pancing memaklumkan mereka melihat buaya di dalam kolam ikan berhampiran pondok memancing di kawasan berkenaan. 
"Ketika memeriksa, saya terkejut melihat seekor buaya berlegar-legar di kawasan kolam, dipercayai tersesat kerana kawasan itu berhampiran paya bakau," katanya ketika ditemui semalam. - myMetro

20 Dijangkiti Kolera <b>Di Papar</b> – Rosnah | MyNewsHub

Posted: 23 Jan 2013 01:38 AM PST


PAPAR – Dua kes jangkitan kolera membabitkan 20 orang dilapor berlaku di daerah ini pada Selasa, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Katanya kejadian membabitkan 18 orang dari Pusat Tahanan Sementara Papar dan dua lagi dari Taman Limau-Limauan.

"Saya dimaklumkan kejadian di Limau-Limawan disebabkan makanan yang dibeli di tamu malam (pasar malam) dan kedua-dua mereka dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar.

"Kejadian di Pusat Tahanan Sementara Papar pula melibatkan 18 kes (orang). Kesemua mereka dimasukkan ke Hospital Papar semalam tetapi empat sudah keluar daripada hospital hari ini," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Rosnah menasihati penduduk agar tidak panik kerana wabak itu terkawal dan mendapatkan rawatan di klinik dan hospital jika mengalami simptom seperti cirit-birit atau muntah.

"Kes kolera selalunya berpunca daripada persekitaran dan makanan yang tidak bersih. Oleh itu, saya menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengambil langkah pencegahan dengan memasak makanan dan minuman," katanya.

Terdahulu, ketika berucap menutup program Kem Jejak Universiti di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Kinabalu, di Kinarut, Rosnah yang juga Anggota Parlimen Papar mengucapkan tahniah kepada warga MRSM itu yang mendapat pengiktirafan 'Smart School' berkuat kuasa bulan ini.

"Status Smart School membuktikan MRSM Kota Kinabalu memenuhi satu piawaian yang tinggi baik dalam segenap aspek seperti Gred Purata Sekolah, kokurikulum, kepimpinan pelajar, kecekapan pengurusan pentadbiran dan sebagainya.

"Saya yakin dan percaya pemilihan MRSM Kota Kinabalu sebagai Smart School sangat tepat dan saya berharap lebih banyak kejayaan dicipta dan dicapai oleh MRSM Kota Kinabalu sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa," katanya.- BERNAMA

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Kenangan Terindah <b>di Papar</b>, Sabah (1997 - 2001) | DADDY ZUKI <b>...</b>

Posted: 04 Mar 2013 07:00 PM PST

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved