10 di papar - Google Blog Search |
- Uji bakat <b>di Papar</b> batal, penganjur umum tambahan dua lokasi <b>...</b>
- Khabarkini: Buaya Sesat Masuk Kolam Ikan <b>Di Papar</b>
- BLOG SABAH: 10 <b>di papar</b> - Google Blog Search
Uji bakat <b>di Papar</b> batal, penganjur umum tambahan dua lokasi <b>...</b> Posted: 14 Mar 2013 02:37 AM PDT Boyd PV ATAS sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, uji bakat kelapan program realiti KDM Malaysia Idol di Dewan Masyarakat Papar yang dijadualkan pada 16 Mac (Sabtu), dibatalkan. Perkembangan yang agak mengecewakan kerana khabarnya, ramai bakal peserta, termasuk mereka yang bergelar artis, sudah bersedia untuk menyertai uji bakat di Papar itu. Bagaimanapun, menurut penganjur, pembatalan itu terpaksa dilakukan kerana tarikh itu bertembung dengan lawatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke daerah berkenaan. Mahu tidak mahu, mereka yang berminat untuk menyertai sesi uji bakat program realiti yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM235,000 anjuran KDM Malaysia itu perlu menunggu sehingga minggu hadapan apabila sesi uji bakat dibawa ke Dewan Masyarakat Beaufort (23 Mac) atau di Buhavan Square di Donggongon, Penampang pada 30 Mac. Berita mengenai pembatalan sesi uji bakat di Papar itu, bagaimanapun, diimbangi oleh pengumuman oleh Presiden, KDM Malaysia, Datuk Peter Anthony di Tuaran baru-baru ini bahawa penganjur program realiti itu menambah dua lokasi uji bakat iaitu di Kota Marudu dan di Nabawan. Ketika artikel ini ditulis, tarikh bagi kedua-dua lokasi tambahan itu belum dimuktamadkan. Sementara itu, sesi uji bakat ketujuh di Padang Pekan Tuaran mencatat jumlah penyertaan terbanyak setakat ini dengan 127 peserta walaupun sebahagiannya adalah peserta berulang. "Peserta yang datang kali pertama juga lebih ramai berbanding di tempat lain. Ini mungkin kerana lokasi Tuaran lebih dekat dengan kawasan bandar utama," kata Farrabe Abu Bakar, jurucakap program itu. Di lokasi ketujuh itu, 49 peserta berjaya ke senarai awal Top 50 setelah mendapat 2 atau 3 kad hijau. "Apa yang menarik dalam jelajah uji bakat kali ini," kata Farrabe, "ialah penyertaan daripada ramai artis tempatan tidak kira golongan muda mahupun yang sudah lama muncul di arena seni suara di negeri ini. "Antaranya ialah Mary Intiang, seorang penyanyi lagu-lagu Dusun. Selain Mary dan artis-artis muda lain, ramai bakat baru turut menyahut cabaran." Farrabe juga memaklumkan bahawa peserta-peserta uji bakat boleh menyemak jumlah kad hijau terkumpul di setiap lokasi melalui laman sesawang www.kdmmalaysia.org bermula hari ini (15 Mac). Sebelum ini, ketua juri KDM Malaysia Idol, Asmin Mudin pernah memberitahu bahawa mana-mana peserta yang mendapat tiga kad hijau di empat lokasi berbeza "tidak perlu lagi mengejar jelajah uji bakat kerana tempat mereka sudah disahkan dalam Top 50". Ketika berlangsungnya uji bakat di Tuaran, Peter turut mengumumkan Pertandingan Mencipta Lagu Kadazan Dusun Murut untuk Finalis KDM Malaysia Idol 2013 (lihat laporan berasingan). Peserta-peserta yang layak ke senarai awal Top 50 di Tuaran ialah Edwin Sitiv, berumur 23 tahun dari Beaufort, Farhanna Francis (20, Kudat), Eusebius Eyahing (29, Telipok), Mohamad Fakrul Haidi (20, Ranau), Kennybers Edwin Qosmond (39, Tambunan), Alvin Clint Lim (18, Kota Kinabalu), Jessica Joseph (22, Penampang), Sitipa Jahamin (20, Ranau) dan Azira Jaikin (22, Ranau). Eieliah Bianus (21, Tambunan), Evana Yusep Hera (20, Ranau), Jabla Amy Jimau (20, Kg Teringai Laut), Ordellamay Denis (16, Ranau), Rudy Banabas (22, Kg. Malawa, Telipok), Chudin Ansut (44, Tenom), Ranjit Rasit (38, Tenom), Mary @ Norasiah Intang (45, Tuaran), Deffny Pearl (24, Tuaran) dan Sonny Edip (41, Tuaran). Peserta lain ialah Edgarronny Sisom (24, Kota Belud), Alfery Boruboi (23, Tamparuli), Rayon Sitim (16, Topokon), Malvin Kalbin (29, Beluran), Awoll Latun (26, Kota Belud), Mazeri Kulandu (26, Kota Kinabalu), Judith Davlip (28, Kota Kinabalu), Arie Famree Sius (24, Kota Belud), Johnnetry Pingut (43, Beluran), Joyce Bin Junaidi (21, Keningau) dan Mohamad Effendi Zul (24, Keningau). Turut tersenarai ialah Sheryll Josh (25, Kota Kinabalu), Hendry Francis (23, Tamparuli), Mariyati Antoni (28, Sandakan), Raynold Thomas (25, Telupid), Donovon Andreey Damianus (20, Penampang), Bakhil Pinit (43, Tuaran), Rachel Wesley (19, Kota Kinabalu), Idzzan Dzuzaila Azamain (20, Ranau), Flora Petrus (34, Putatan) dan Fred Joane Asoon (27, Keningau). Baki nama peserta yang berjaya ke senarai awal Top 50 ialah Jem Masain (26, Pitas), Pazidah Pavnin (22, Kota Kinabalu), Nurul Atiqah (15, Kota Marudu), Benzie Peter (27, Tambunan), Amy Masi (25, Kota Marudu), Mohd Rifanzie Ruji (25, Ranau), Ednestha Francis (24, Tamparuli), Hazlinda Haniff (25, Kota Kinabalu) dan Lindra Sylvia Selvister (25, Tuaran). Penyertaan beberapa orang artis dalam uji bakat di Tuaran menggembirakan juri yang sebelum ini pernah melontarkan cabaran agar artis tempatan mengambil peluang terbaik itu untuk menimba pengalaman dan melonjakkan nama mereka di arena seni tempatan. Dalam SMS yang dihantar oleh Mummy Yusof, beliau masih menyentuh imej peserta yang menurutnya tidak menepati apa yang beliau cari. Kandungan penuh SMS beliau: Menurut Betsy, uji bakat di Tuaran mendapat sambutan yang sangat baik dan jumlah penyertaan paling ramai setakat ini. "Apa yang lebih mengembirakan ialah sambutan semakin positif daripada artis-artis tempatan. "Inilah semangat yang boleh diambil sebagai contoh oleh rakan-rakan artis yang lain dan saya difahamkan, lebih ramai artis yang akan muncul di lokasi-lokasi seterusnya," kata Betsy. Asmin pula berharap agar bakal-bakal peserta bersabar menunggu giliran masing-masing. Asmin juga menyebut secara khusus penyertaan penyanyi Mary Intiang yang tampil menyahut cabaran juri. "Saya harap lebih ramai artis akan mengambil peluang ini," katanya. KDM Malaysia Idol adalah sebuah pertandingan nyanyian yang menawarkan hadiah paling lumayan di Sabah setakat ini dengan RM100,000 menanti juara, RM50,000 untuk naib juara, RM30,000 untuk pemenang tempat ketiga dan RM15,000 untuk tempat keempat. Pemenang di tempat kelima hingga kelapan masing-masing akan menerima RM10,000. Pertandingan itu terbuka kepada penyanyi baru dan mereka yang sudah pernah merakam single atau album, warganegara Malaysia (tanpa mengira bangsa) dan berumur antara 15 dan 45 tahun. Bagaimanapun, peserta harus boleh menyanyikan sebarang lagu dalam bahasa Kadazan, Dusun atau Murut. KDM Malaysia Idol dianjurkan untuk mencungkil bakat terbaik dari kalangan anak muda di Sabah yang boleh diangkat menjadi 'idola' kepada golongan sebaya mereka. Sumber: | |||
Khabarkini: Buaya Sesat Masuk Kolam Ikan <b>Di Papar</b> Posted: 23 Feb 2013 10:19 PM PST
| |||
BLOG SABAH: 10 <b>di papar</b> - Google Blog Search Posted: 28 Mar 2013 09:07 PM PDT Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
|
You are subscribed to email updates from di papar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan