ads

Khamis, 28 Mac 2013

10 di papar - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


Khabarkini: Buaya Sesat Masuk Kolam Ikan <b>Di Papar</b>

Posted: 23 Feb 2013 10:19 PM PST

PAPAR - Dua lelaki, termasuk seorang anggota Pertahanan Awam (JPAM), bergelut dengan seekor buaya lebih tiga jam sebelum menumpaskan reptilia ganas sepanjang tiga meter itu yang tersesat masuk ke kolam ikan di Kampung Beringgis, dekat sini, malam kelmarin. 
Wan Reman, 30, yang juga penjaga kolam ikan berkenaan bersama anggota JPAM Kota Kinabalu terbabit, Zaharin Jumarin, 29, tidak cedera, tetapi dalam keadaan lemah selepas bertarung lebih tiga jam. 
Dalam kejadian jam 11 malam, Wan yang berehat di rumahnya berhampiran kolam terbabit yang juga kawasan pusat memancing di Kampung Beringgis Papar pada mulanya terkejut selepas beberapa kaki pancing menjerit mengatakan ada buaya di dalam kolam ikan. 
"Saya kemudian keluar untuk melihat apa berlaku, dan beberapa kaki pancing memaklumkan mereka melihat buaya di dalam kolam ikan berhampiran pondok memancing di kawasan berkenaan. 
"Ketika memeriksa, saya terkejut melihat seekor buaya berlegar-legar di kawasan kolam, dipercayai tersesat kerana kawasan itu berhampiran paya bakau," katanya ketika ditemui semalam. - myMetro

20 Dijangkiti Kolera <b>Di Papar</b> – Rosnah | MyNewsHub

Posted: 23 Jan 2013 01:38 AM PST


PAPAR – Dua kes jangkitan kolera membabitkan 20 orang dilapor berlaku di daerah ini pada Selasa, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Katanya kejadian membabitkan 18 orang dari Pusat Tahanan Sementara Papar dan dua lagi dari Taman Limau-Limauan.

"Saya dimaklumkan kejadian di Limau-Limawan disebabkan makanan yang dibeli di tamu malam (pasar malam) dan kedua-dua mereka dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar.

"Kejadian di Pusat Tahanan Sementara Papar pula melibatkan 18 kes (orang). Kesemua mereka dimasukkan ke Hospital Papar semalam tetapi empat sudah keluar daripada hospital hari ini," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Rosnah menasihati penduduk agar tidak panik kerana wabak itu terkawal dan mendapatkan rawatan di klinik dan hospital jika mengalami simptom seperti cirit-birit atau muntah.

"Kes kolera selalunya berpunca daripada persekitaran dan makanan yang tidak bersih. Oleh itu, saya menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengambil langkah pencegahan dengan memasak makanan dan minuman," katanya.

Terdahulu, ketika berucap menutup program Kem Jejak Universiti di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Kinabalu, di Kinarut, Rosnah yang juga Anggota Parlimen Papar mengucapkan tahniah kepada warga MRSM itu yang mendapat pengiktirafan 'Smart School' berkuat kuasa bulan ini.

"Status Smart School membuktikan MRSM Kota Kinabalu memenuhi satu piawaian yang tinggi baik dalam segenap aspek seperti Gred Purata Sekolah, kokurikulum, kepimpinan pelajar, kecekapan pengurusan pentadbiran dan sebagainya.

"Saya yakin dan percaya pemilihan MRSM Kota Kinabalu sebagai Smart School sangat tepat dan saya berharap lebih banyak kejayaan dicipta dan dicapai oleh MRSM Kota Kinabalu sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa," katanya.- BERNAMA

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Kenangan Terindah <b>di Papar</b>, Sabah (1997 - 2001) | DADDY ZUKI <b>...</b>

Posted: 04 Mar 2013 07:00 PM PST


Menaiki feri dengan rakan-rakan sejawat menuju ke Pulau Gayana. Kami ke sana sebulan sebelum aku berangkat pulang ke Kelantan. Yang berbaju putih tu Cikgu Adli. Yang sebelah aku tu Cikgu Norlin org JB.
 
Melawat Taman Burung Labuan pada tahun 2000 bersama rakanku, Cikgu Azrul yang mirip Norman Hakim. Dia masih mengajar di Papar dengan isterinya.


Mendaki  Gunung Kinabalu bersama rombongan sekolah semasa SUKOM 98. Syukurlah aku berjaya sampai ke Low's Peak dan memperolehi sijil.
 
Hari Sukan Sekolah pada tahun 2000. Kelihatan Cikgu Din Idris yang kacak dan berkepala botak itu. Dia berkahwin dengan orang Sabah dan terus menetap di sana.
Aku ditempatkan di SMK Majakir, Papar, Sabah bermula 16 September 1997 dan berakhir pada 31 Mei 2001.Sepanjang aku berada di Sabah pelbagai pengalaman dan pengetahuan yang aku perolehi terutama sekali tentang adat istiadat, budaya, kaum, agama dan cara hidup penduduk tempatan. Ternyata pengalaman mengajar di sana adalah saat terindah di dalam hidupku dan akan tetap ku pahat di dalam memori ini. Terasa ingin kembali ke sana lagi untuk melawat kawan-kawan yang sudah lama tidak ku jumpa. Di sini saya paparkan empat foto semasa di sana buat tatapan kawan-kawan sekalian. Biarlah foto-foto itu menceritakan segalanya tentang nostalgia di Papar, Sabah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved