ads

Khamis, 28 Mac 2013

10 di tuaran - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


seramai 600 anak muda <b>di tuaran</b> sertai pkr - Wartawan Rasmi <b>...</b>

Posted: 26 Mar 2013 10:01 AM PDT

Written by Admin   
Wednesday, 27 March 2013 00:25

LENCANA PKR.......kelihatan Mohd Najlin Haji Awang Puasa (tengah) sedang disematkan lencana PKR oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (Kanan) sambil disaksikan oleh Haji Ghulabdin Enjih (kiri).


TUARAN : Di saat-saat terakhir menjelang Pilihan Raya Umum ke 13, Barisan Nasional (BN) dan UMNO di Tuaran termasuklah di Kawasan Dewan Undangan Negeri Sulaman kian tergugat dengan kemaraan Pakatan Rakyat (PR) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak akhir-akhir ini di kawasan berkenaan.
Majlis Malam Jelajah Pakatan Harapan Rakyat anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Tuaran yang dihadiri oleh hampir 5,000 orang penyokong parti itu sebagai bukti setelah menerima kemasukan 600 ahli baharu dari kalangan anak muda yang diketuai oleh Mohd Najlin Haji Awang Puasa, 28 tahun.
Ketua Umum PKR Pusat, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima borang penyertaan kemasukan dalam PKR Tuaran di Majlis Jelajah PR yang berlangsung di Restaurant Transit Dalit, Kampung Lok Batik dekat sini pada malam Ahad lepas.
Majlis itu turut dihadiri oleh Ketua Cabang PKR Tuaran, Haji Ansari Abdullah; Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, Ahmad Tamrin Haji Jaini; Pengerusi Angkatan Perubahan Sabah (APS), Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing yang juga Ahli Parlimen Tuaran; Pengerusi Pertubuhan Pakatan Sabah (PPS), Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin; Bekas Ketua Penerangan UMNO Tuaran, Haji Ghulabdin Enjih; Bekas Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia, Leftenan Jeneral (B); Dato Abdul Ghafir Abdul Hamid dan Bekas Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Monggoh Orow.
"Penyertaan 600 ahli-ahli baharu yang sebilangan besarnya dari kalangan pemuda di Kawasan Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sulaman dan Parlimen Tuaran akan menambah kekuatan kepada Pakatan Rakyat dalam usaha untuk memenangi Kawasan DUN Sulaman dan Parlimen Tuaran dalam Pilihanraya Umum ke 13 tidak lama lagi," Kata Najlin yang juga merupakan bekas Ahli UMNO dari Cawangan Wawasan Lok Batik Tuaran.
Katanya, kemasukan ini haruslah disambut dan diterima oleh pimpinan PKR di Cabang Tuaran agar semangat dan kebangkitan anak-anak muda akan memberikan satu lagi kekuatan kepada Pakatan Rakyat dalam membuat persiapan menghadapi pilihanraya umum tidak lama lagi.
"Banyak sudah pemimpin UMNO yang telah berhijrah meninggalkan parti yang jelas sudah tidak relevan lagi. Jika perjuangannya untuk anak-anak muda sudah tidak relevan, apa lagi yang ditunggu? Lebih baik mereka tampil untuk memberikan kekuatan kepada PKR adan Pakatan Rakyat khasnya," kata Najlin lagi.
Sehubungan dengan perkembangan terbaru ini, Najrin berharap lebih ramai lagi ahli parti kerajaan yang akan menyertai PKR untuk memberikan satu keyakinan jitu terhadap kemantapan parti ini.
Majlis Malam Jelajah Pakatan Harapan Rakyat telah diisikan dengan ucapan oleh Datuk Seri Anwar, Ketua Caabang PKR Tuaran Haji Ansari Abdullah; Bekas Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia, Leftenan Jeneral (B) Dato Abdul Gafir Abdul Hamid; Naib Pengerusi DAP Sabah, Peter Liew; Aktivis Politik, Dr Chong Eng Leong dan Bekas Ketua Penerangan UMNO Tuaran, Haji Ghulabdin Enjih.

Ribuan <b>di Tuaran</b> – Kebangkitan Sabah Tidak Mampu Dibendung

Posted: 10 Mar 2013 12:15 AM PST

Home » All Post, Headlines

Chegubard sultan tiram ke77

Chegubard begitu konsisten dengan gerak kerja di Sabah, berucap di markas APS/PR Tuaran Bandar, Kg Marabahai

IMG-20130309-00070

Datuk Saifuddin juga turut sama berucap


IMG-20130309-00067

Ribuan hadir untuk menggapai maklumat yang tidak ada di siaran tv123

Edytotial: Hari ini program di Papar, merupakan hari ketiga lawatan kerja SAMM ke Sabah disusun bersama oleh Angkatan Perubahan Sabah (APS). Sabah sedia untuk pembangkang yang baru!

2 Lemas Ketika Mandi Sungai <b>Di Tuaran</b> | MyNewsHub

Posted: 27 Jan 2013 01:12 AM PST

2 Lemas Ketika Mandi Sungai Di Tuaran

TUARAN – Dua lelaki dilapor mati lemas ketika mandi di sungai berdekatan Kampung Nawai, Kiulu, kira-kira 40 kilometer dari sini, hari ini.

Mayat Safardi Taumin, 21, dan Ahmad Aimurrahim Paidi, 19, dijumpai penduduk kampung kira-kira jam 10.25 pagi tadi.

Difahamkan kedua-duanya dari Kampung Kebayau, Telipok mandi di sungai itu kira-kira jam 9 pagi.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendy K Ramin, berkata bomba sukarela dan polis turut dihantar ke tempat kejadian. – BERNAMA

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved