ads

Khamis, 28 Mac 2013

10 di tawau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Tiada bukti pengganas berbelanja <b>di Tawau</b> - The Borneo Post Online

Posted: 15 Mar 2013 04:50 AM PDT

by AMIR ANUAR. Posted on March 15, 2013, Friday

TAWAU: Pihak polis menafikan desas-desus yang mengatakan kononnya wujud bukti pembelian barang makanan oleh sekumpulan lelaki yang disyaki mempunyai kaitan dengan pengganas di premis beli-belah di sekitar daerah ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Awang Besaar Dullah, hasil siasatan yang dijalankan mendapati pekerja ataupun pemilik premis yang dimaksudkan tidak melihat ataupun mengetahui kehadiran individu-individu berkenaan.

"Kita tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan wujud pengganas ataupun pihak tertentu yang membeli barang makanan dalam kuantiti yang banyak untuk dibekalkan kepada pengganas di lokasi yang dinyatakan oleh orang awam," katanya.

Awang berkata, pihaknya menerima maklumat yang mengatakan kononnya ada sekumpulan lelaki yang tidak tahu berbahasa Melayu dan mencurigakan dilihat berada di Batu 8 dan Batu 10 Jalan Apas di sini.

Ekoran itu, beliau sekali lagi mengingatkan masyarakat supaya tidak mudah panik dan cuba menimbulkan huru-hara dengan menyebarkan khabar angin mengenai kehadiran pengganas di daerah ini.

"Sekali lagi saya tegaskan, tahap keselamatan di daerah ini terkawal dan masyarakat diharap sentiasa berhubung dengan pihak polis untuk mendapatkan pengesahan berhubung sebarang maklumat terlebih dahulu," katanya.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada Sebarang Pencerobohan <b>Di Tawau</b> | MyNewsHub

Posted: 03 Mar 2013 10:17 PM PST


Berita bahawa sekumpulan lelaki dari kumulan Tentara Diraja Kesultanan Sulu telah mendarat di Kg. Hidayat, Batu 4, Jalan Apas di Tawau pada hari Sabtu telah diketepikan sebagai spekulasi oleh Ketua Polis Daerah, Awang Besar Dullah.

Menurut beliau, polis menjalankan carian di kawasan itu berikutan tip-off tetapi mereka mendapati bahawa tiada kejadian seumpama itu telah berlaku.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas sesi taklimat dengan ketua-ketua kampung dan Jawatankuasa Keselamatan.

Beliau juga menafikan berlaku kejadian tembak-menmbak serta insiden cermin kereta dipecahkan pada malam hari yang sama di kawasan Batu 15, Jalan Apas.

"Insiden tembak-menembak hanya akan berlaku antara anggota keselamatan dan penceroboh dan ia tidak akan melibatkan orang awam dan kes kereta pecah tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan penceroboh," katanya.

Pada masa yang sama, Awang menggesa orang ramai untuk berhenti menyebarkan spekulasi atau menokok tambah maklumat di Internet kerana ia boleh membawa kepada keresahan dan panik di kalangan rakyat di sini.

"Jangan membuat spekulasi bahawa penceroboh telah mendarat di sini kerana keadaan di Tawau adalah selamat tanpa terdapat apa-apa maklumat pencerobohan.

"Jangan sebarkan khabar angin dan jika anda ingin tahu keadaan sebenar di sini, maka sila hubungi balai polis terdekat atau bertanya kepada saya.

"Apa yang boleh saya katakan sekarang ialah Tawau adalah tenang dan terkawal, "katanya.

Bagaimanapun, menurut beliau, langkah-langkah keselamatan telah meningkat dengan kakitangan keselamatan yang memantau keadaan di lokasi yang strategik.

Awang berkata menyebarkan spekulasi akan menjejaskan tugas mereka, terutama apabila spekulasi dibuat pada situasi yang berada di luar kawalan sedangkan keadaan sebenar adalah sebenarnya di bawah kawalan.

Penyebar khabar angin katanya, boleh didakwa di bawah Seksyen 504 dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

(Sumber: Daily Express)

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

BN Youth Job Fair <b>Di Tawau</b>, Sabah 2 Mac | MyNewsHub

Posted: 28 Feb 2013 02:44 AM PST


KUALA LUMPUR – BN Youth Job Fair akan diadakan di di Dewan Masyarakat Tawau, Sabah pada 2 dan 3 Mac ini, kata Pengerusi Sekretariat penganjuran, Nazir Hussin Akhtar Hussin.

Beliau berkata, BN Youth Job Fair merupakan inisiatif Pemuda Barisan Nasional (BN) untuk mendepani permasalahan utama golongan muda negara ini iaitu ekonomi dan peluang pekerjaan.

"BN Youth Job Fair 2013 Sabah akan dirasmikan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal pada 2 Mac ini bermula pukul 3.00 petang.

"Karnival kali ini mengambil kira kehendak dan cita rasa golongan muda di situ dalam membina masa hadapan yang lebih berjaya meliputi pelbagai peluang perniagaan, francais, pinjaman perniagaan, latihan kemahiran dan peluang perniagaan dalam industri asas tani," katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Nazir Hussin berkata, pengunjung bukan hanya berpeluang merebut peluang pekerjaan yang lebih menjamin masa hadapan tetapi diberikan pendedahan dengan pelbagai inisiatif yang disediakan kerajaan untuk menjadikan mereka seorang usahawan yang berjaya pada masa akan datang.

Justeru, katanya, golongan pencari kerja termasuk graduan yang masih belum bekerja atau mencari pekerjaan yang lebih baik dijemput datang ke BN Youth Job Fair 2013 Sabah yang dibuka bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang untuk merebut peluang disediakan.

Menurut beliau, pelbagai agensi kerajaan dan syarikat korporat akan terlibat dalam karnival itu seperti Petronas, UEM Group, Celcom Axiata Berhad, Ambank, Tan Chong Motor, RedTone dan 63 lagi golongan majikan yang menawarkan lebih 2,000 peluang pekerjaan. – mynewshub.my

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved