ads

Isnin, 12 Mac 2012

10 di semporna - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


TIADA TERMINAL BAS <b>DI SEMPORNA</b>?

Posted: 11 Mar 2012 12:16 PM PDT

Oleh : MEDIA USNO

BANGGA.....Apalah yang dibanggakan dengan bas dua tingkat jika tiada terminal dan jalan di Semporna tidak selamat.

SETELAH hampir 50 tahun merdeka dan Ahli Parlimennya menteri yang bertanggung jawab terhadap NKRA Luar Bandar, namun agar malang kerana Semporna tidak mempunyai Terminal Bas.

Seorang pengusaha bas, Abdul Kadir bin Unsah @ Gotex, kesal kerana Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Panglima Mohd Shafir Apdal hanya mementing diri dan melobi projek untuk kroni dan bukannya untuk penduduk yang menghadapi masalah disebabkan ketiadaan prasarana seperti Terminal Bas.

"Kita pernah ada TYT, Menteri Kabinet dan Menteri Negeri, tetapi masalah sekecil ini gagal diselesaikan oleh pemimpin yang selalu bercakap tentang GTP, Transformasi, NKRA, NKEA dan ETP, tetapi pada dasarnya hanya cakap kosong, semuanya pembohong," kata Abdul Kadir yang mendengar rungutan orang awam terutama ketika hari panas terik dan hujan.

Kata Abdul Kadir, sedangkan kambing ada kandang, tetapi bas di Semporna tidak langsung disediakan tempat tetap bagi memudahkan penduduk menggunakan kemudahan pengangkutan awam.

"Terdapat lebih dari 10 syarikat pengendali pengangkutan milik pengusaha tempatan yang menghadapi masalah ini. Kami terus berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat bagaikan pengangkutan unta di padang pasir," ujar Abdul Kadir yang kesal kerana Majlis Daerah gagal merancang pembangunan Semporna, malah lebih teruk daripada zaman British.

Abdul Kadir hairan dengan sikap tiga adun dan seorang ahli Parlimen di Semporna yang menyokong pembinaan jeti pelancongan bernilai ratusan ribu, malah berjuta, namun tidak mampu membina terminal bas yang tetap; tidak sampai setengah juta ringgit.

Ramai pelancong masih memberi gelaran 'Cow Boy Town' kerana sistem pengangkutannya mundur, terutama dibanjiri kereta sapu yang menjadi pengangkutan utama.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved