ads

Isnin, 12 Mac 2012

10 di lahad datu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


DUA MAUT RUMAH DITIMBUS TANAH RUNTUH <b>DI LAHAD DATU</b> <b>...</b>

Posted: 17 Feb 2012 10:30 PM PST

Number of View :866

DUA MAUT RUMAH DITIMBUS TANAH RUNTUH DI LAHAD DATU

LAHAD DATU – Dua orang maut termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun apabila rumah di lereng bukit di Kampung Terusan yang mereka diami, tertimbus dan ranap dalam kejadian tanah runtuh di sini awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Mohd. Apandi Mahmod berkata, mangsa pertama, seorang kanak-kanak perempuan ditemui pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 10.55 pagi manakala mangsa kedua, seorang wanita dewasa ditemui pada kira-kira pukul 11.10 pagi.

Mohd. Apandi berkata, kedua-dua mangsa yang mempunyai kaitan kekeluargaan yang namanya belum dikenal pasti itu, ditemui di dalam sebuah bilik di dalam rumah yang ranap sama sekali akibat ditimpa dengan runtuhan tanah, pokok kelapa sawit dan pokok-pokok kayu.

Menurut beliau, semasa kejadian, seramai tujuh orang berada di dalam rumah berkenaan namun empat daripadanya berjaya menyelamatkan diri manakala seorang lagi, seorang lelaki dewasa, walaupun terselamat namun cedera parah dan kini dirawat di Hospital Lahad Datu.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat yang disertai anggota bomba, polis dan Jabatan Pertahanan Awam dihentikan pada kira-kira pukul 12 tengah hari tadi. – BERNAMA

SUMBER : KOSMO

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved